Ceritera 9: Ica Dan Pergi Sekolah


Burung berkicau riang. Mentari senyum kecil. Cahaya dibiasnya sedikit. Ketumpatan oksigen berbeza daripada tadi. Alam semesta dengan alam sekitar saling bertukar-tukar pandangan mengenai gejala sosial budak zaman sekarang.

Dalam bilik Ica;

"Ca..Ca sayang..Bangun Ca. Dah pukul 6.40. Dah lewat nak pergi sekolah" gua kejut Ica.

Ica mamai.

"Abah. Peyuk"

"Meh. Ica tak puas tidur lagi? Buka la mata tu. Hehe"

"Hmmm. Cejuk nak mandi. Nak dukung..."

"Boleh-boleh. Abah mandikan ea?"

"Yeyy!!!" Ica menjerit gembira.

***

Ica nyanyi dalam tandas. Sah itu lagu Kalau Berpacaran.

Selepas 10 minit bersiap;


"Mama...Abah... Ica dah siap.." laung Ica selepas keluar bilik.

"Abang!!!" bini gua jerit.

Ica lengkap berbaju sekolah. Siap bertudung.

Gua gelak guling-guling. Sebenarnya pukul 6.40 petang ketika gua kejut Ica tu.


Hahahahaha... sekali-sekala pekena anak, apa salahnya. Ye dak?




Slot Cengkerama Siri 4: Kasus Pembunuhan Tragis (Episod Akhir)

Edisi Ahad.

Apa-apa pun, muat turun haram dulu cerita dekat sini.

Episod 1: Chacha

Episod 2: Lep Lep


_____________________________________________________


Awek kau bernama Rifa Fauziah dalam tahanan aku- Doctor


"Hah??? Kenapa letak nama doktor? Rosak lah reputasi dan nama baik Lembaga Doktor Mynamar Timur je," bicara Haji Dusuki.

"Ini nama spy aku ketika di Ohio la. Kau tahu ape. Tengok cara pakar buat kerja," terang Jeff Bukhari riak.

Jeff Bukhari terus menampal nota layang itu dekat pintu masuk rumah hantu milik lelaki itu.

***

"Sayang... sayang dimana?"

Laung suara lelaki itu daripada luar pagar. Setelah berbalas mesej dengan Jeff Bukhari mengenai tempat tahanan dan syarat-syarat. Lelaki itu bergegas mencari aweknya.

"Lepaskan awek aku!"

"Tenang anak muda. Muka kau macam babi. Jangan la perangai pun macam babi" lantang suara Jeff.

Di sebalik kotak besar, kelihatan Haji Dasuki mengekek kecil.

"Awek kau akan selamat jika kau jujur. Kau kenal mereka ni semua?" lantas Jeff menunjukkan gambar keluarga Haji Dasuki.

Lelaki itu terkejut.

"Heh. Jelas la kau bunuhkan?" gertak Jeff sambil mengacukan pistol di kepala lelaki itu.

"Tunggu. Lelaki pakai baju merah ni. Aku pernah jumpa. Dia pernah datang sini. Bagi duit pada aku untuk bina rumah hantu," terang lelaki tersebut.

Suasana menjadi sunyi. Angin lembut membelai pipi Haji Dasuki. Muka Haji Dasuki pucat. Haji Dasuki tak tahan. Arahan Jeff supaya berada di sebalik kotak di abaikan.

"Itu anak ketiga aku, Jeff. Ramon. Ramon Muzaffar Pilus Bin Haji Dasuki. Dia sekarang berada di UK. Sambung belajar dalam bisnes" ujar Haji Dasuki.

"Kau biar betul? Kot kau salah tengok?" tanya Jeff sambil acukan di bahagian kemaluan lelaki itu.

"Sumpah!" jerit lelaki itu ketakutan.

"Dia ada beli rumah di Cherating. Hujung sana" tambah lelaki itu lagi.

"Hah???" Haji Dasuki kepeningan.

"Okay. Kau tunjukkan aku. Dan aku lepaskan teman wanita kau," balas Jeff bijak.

***

"Mengapa Ramon? Mengapa? Sanggup kau bunuh ahli keluarga kau. Adik-adik kau. Ibu kau hampir mati," tanya Haji Dasuki.

"Haha. Aku dah lama kena buang kolej. Aku berada di Cherating hampir satu tahun. Aku malu nak beritahu pada keluarga"

"Kamu semua tak pernah ambil peduli tentang aku di sana. Apa yang kau inginkan ialah segulung ijazah lepas tu kerja dengan kau"

"Aku telah rancang satu rancangan terbaik untuk bunuh kau Haji Dasuki. Tapi engkau bertindak cekap. Kau datang mencari aku sebelum aku mencari kau.

"Aku dengar, kau bagi wasiat kepada semua ahli keluarga. Tapi untuk aku? Apa? Kau lupa ke kau ada anak bernama Ramon????"

"Aku sengaja bunuh mereka. Dan ambil ibu jari meraka. Hanya untuk cop jari permindahan wasiat dan harta milik. Sudah selesai semua. Hanya tunggu kau mati sahaja Dasuki!!!!!!!!"

"Aku tanam mayat anak-anak kau, apa bahagian tertinggal di bawah tanah. Betul-betul dibawah tapak rumah berhantu tu"

"Aku puas. Aku puas. Selama ini, memang kau benci aku kan? Kau hantar aku jauh-jauh untuk kau sekeluarga bahagia tanpa aku"

"Bila kau datang ke Cherating, aku mula jalankan rancangan aku. Tengok. Selepas kau mati, aku adalah manusia terkaya Asia Tenggara. Dengan aset lebih 40 Billion seluruh dunia" bicara panjang Ramon.

"Hahahahahahaha...." gelak besar Ramon.


Haji Dasuki tak fikir panjang. Dia mengambil pistol di tangan Jeff lalu menembak kepala Ramon.

"Kau silap Ramon. Kau silap" Haji Dasuki merintih.

"Aku berikan kau ilmu. Itulah harta paling bernilai. Kau bakal meraih lebih daripada harta aku sekarang dengan ilmu kau....."

Darah di kepala Ramon mula keluar laju. Jeff masih terkejut dengan tindakan kawannya itu. Dia sungguh tak menduga.

Haji Dasuki menangis kepiluan.

"Kerna harta, keluarga merana" bisik Jeff sendiri.




Malu Bertempat

Awak malu orang mencarut. Tapi kadang-kadang awak mencarut juga.


Malu amat penting dalam setiap insan. Setiap insan yang bernama manusia, sifat malu haruslah dibaiki. Nak gelak jap. Hehe. Okay. Kembali serius. Setiap insan kamil mahupun pencari sinar raudah haruslah ada lapisan malu membaluti dirinya. Walaweh!

Sifat malu penting di masa tertentu. Ada kalanya malunya harus dibuang seperti menuntut ilmu.

Mengapa sifat malu ini penting?

1. Ketika bersama pakwe
Pakwe: Sayang, tak ada orang ni. Main jom?
Makwe: Jom... kondom ane? Lupa nak beli lettewww.


2. Ketika bersama ayah
Anak: Ayahhh... ayah nak duit. Pihak sekolah nak minta derma.
Ayah: Kan hari tu baru derma untuk Kak Yah tercekik biji durian?
Anak: Bagi je la. (Hehe. Dapat beli top up untuk kol awek).


3. Ketika keluar bandar
Lelaki: Perghhh. Awek tu tak malu ke? Pakai seluar ketat. Nampak susuk montot yang mantap.
Perempuan: Yes. Ada juga yang ngusha. Tak rugi beli seluar ni.


4. Ketika bersama teman
Jejaka: Kau tahu, budak perempuan tu dah kena jolok.
Jejaka tak kacak: Punggung dah leper. Memang arrr.


5. Ketika bersama kambing
Lelaki gersang: Wahh... nak ramas la katung susu kambing ni. Aku nak bayang kan dada Wan Siti Nur Subaidah. Aummm.
Kambing: Embekkk Embekkkk.


6. Ketika bersama teman FB
Anon: Woiii faking. Kau rampas awek aku hah? Ada apa hal? Kau duk mana celake?
Mangsa: Gilo mung natang!!!


7. Ketika bersama teman Blog
Suraya Muhd Azmi Azam: Dah follow awak.
Hamzah Faez: Celake! Tak folo pun.


Ya. Sifat malu penting dalam kehidupan kita seharian. Jika kita tak malu, tangan, mata, mulut, cara fikir, telinga kita tak jaga.

Kita sering malu dengan manusia. Tapi tak malu dengan......

Ce sambung...Kui Kui Kui.



Kalau Sayang Tak Perlu Marah





"Maaf sebab susahkan awak"

"Eh. Tak apa"

"Awak dah tak marah saya?"

"Kalau sayang tak perlu marah"

"Saya sayang awak!!!"

***

Jejaka: Awak, nak hujan ni... tak payah la pergi rumah Nadiah tu.

Gadis: Nak pergi kejap je. Borak kosong. Plus ada kerja seket. Hal perempuan. Hehe.

Jejaka: Esok bolehkan. Pergi esok je?

Gadis: Awak tak boleh kongkong saya. Saya pergi pun bukan guna kaki awak. Bukan guna tenaga awak!!!

***

"Dah. Jom balik. Mari"

Dari kejauhan kelihatan satu pasangan meredah hujan yang renyai-renyai.

Gadis: (Apabila saya marah, gembira, geram, sedih, dialah selalu jadi mangsa. Tapi dia tetap SETIA di sisi saya. Sayang Awak Sangat Sangat)


Dalam hatinya berjanji akan sayang jejaka yang sedang pegang payung dan basah kuyup itu sepanjang hayatnya.



Pesanan yang lu orang kena percaya: Hiro cuti jawab test. Kui Kui Kui.



Pelupa Di Usia Muda


Petang itu, cuaca mendung. Awan dalam dua lagi. Mahu menangis atau berduka. Ternyata masih sebak di dada. Awan kumulus kelihatan sedang mengorat mentari yang sedang cuci muka untuk masuk tidur.

"Kalau dapat peluk-peluk sedak ni," getus gua dalam hati yang masih memandu kereta balik daripada kerja.

Hari ini gua kerja. Bini gua tak kerja. Pening kepala katanya. Entah. Bakal pembawa budak gamaknya.

Sampai rumah, gua parkir kereta di luar rumah.

Di muka pintu rumah. Bini gua menguntum senyuman. Bebola matanya yang bersinar merenung tajam tepat kena mata gua. Rambut dia yang ikal mayang di belainya lembut.

Gua tunduk malu. Pipi gua dah kemerah-merahan. Pehhh. Gua syak tak ada lain dah. Malam ni gua kena masuk tidur awal sikit. Ica kena bagi makan awal-awal. Nanti senang dia tidur awal. Kalau boleh, sekarang juga gua nak tarik tangan dia masuk bilik.

"Abang!!!!!" bini gua menjerit.

Erkkkk. Lamunan gua menghilang.

"Mana barang dapur Sayang kirim? Susu Ica mana?" lontaran suaranya membunuh anak iblis di telinga gua.

"Ohhh... susu Ica dah beli. Pagi tadi Abang tengok susu Ica cam nak habis"

"Sayur? Ayam semua? Minyak masak?"

"Errr... Sayang ada suruh beli?"

"Iyeeeee!!! Tengok hanset. Sayang mesej"

"Oh... yeke. Tapi tak masuk pun"

"Hah? Mana mungkin itu terjadi. Jap..."

***

Abang, belikan susu ica. Dah nak habis. Malam ni sayang nak masak ayam sup. Abang beli la ayam, pekakas sup, sayur sket, minyak masak dah habis abang..lagi satuuuu..

Ni hah mesej. Sayang tak sempat hantar. Lupa nak tekan 'Send'. Lepas tu cerek berbunyi. Pastu kemas-kemas dapur. Basuh baju semua. Lupa. Ingat dah hantar. Hehe. Soriii Abang.

***

Ahhh. Kalau gua masa muda lagi, darah senang ke testis, kaki dan tangan. Kaki senang naik ke dada. Gua tak kira lah, babi ke, arnab ke. lembu ke, paku pakis ke, penunu bunsen ke memang semua gua bagi penendang.

Pesen tak tekan 'send' ni memang gua cepat hangin satu badan!!!



Boneka


Baca dialog di bawah dan senaraikan beberapa peribahasa dalam perbualan tersebut;


Bom Makalele: Woiii!!! Dulu kau baru nak up, kemain baik dengan aku, sertai saja segala Moh La Join aku buat. Sekarang dah ada Follower 2000 lebih, kau dah sombong? Tak ikut MLJ aku dah. Malah duk kutuk kutuk aku ea?

Bom Junior: Wakkk lu. Aku bosan sangat-sangat dengan MLJ lu. Macam gampang. Malas dah jadi hamba bontot kau. Boneka kau!!!

Bom Makalele: Celake, dulu kau mengaku aku abang kau lah. Pak cik kesayangan lah. Sekarang sanggup kau kutuk aku bagai? What the F.

Bom Junior: Ahhh. Aku buka blog pun jeles tengok kau tayang-tayang Nuffnang. Rasa nak buat blog juga. Sekarang aku dah gagah. Buat apa jadi hamba kau lagi. Ye dak?

Bom Makalele: Guna nama profil nak sama dengan aku. Gila. Gila.

Bom Junior: Ya. Aku akui. Aku terlalu terikut dengan kau. Habis, sampai bila industri blog mahu maju jika asyik ikut MLJ xabi kau tu? Blogger tak boleh kreatif. Blogger jadi tunggu MLJ kau saja nak buat entri. Baik tulis nama blog "KHAS UNTUK MLJ".

Bom Makalele: Demmm gilerrrr!!!!

Bom Junior: Persetan. Dulu kau ada buat MLJ edisi MLJ: Gambar Haiwan Kesayangan. Aku letak gambar babi. Lepas tu kau kata, menang dapat hadiah. Aku menang nombor tiga. Tengok-tengok hadiahnya letak dekat bloglist kau je. Lepas sebulan, hilang dah link blog aku? Harem J apakah?

Bom Makalele: Wadepakkk!!!

Bom Junior: Aku ni anak merdeka, tak perlu orang beri tajuk untuk aku update entri. Jiwa merdeka tulis apa sahaja. Selagi tak langgar hukum hakam Islam.

Bom Makalele: Fakinggg!!!

Bom Junior: Selepas dapat follower 2000, baru aku faham. Aku sering mengejar follower, sebenarnya mereka hanyalah kosong jika nak dibandingkan dengan kawan. Kena lawat blog dorang dulu baru datang blog kita. Kau ada lawat blog dorang?

Bom Makalele: Fakkk Tuihhhh!!!

Bom Junior: Aku bukan lagi boneka....

Selepas itu, Bom Junior melepaskan satu tendangan kencang kena Bom Makalele. Ternyata selama ini dia sangat berdendam.

Geram betul dia tengok Bom Makalele tu.

Dia baru sedar selama ini dia tak ubah seperti seorang hamba. Persis semut hitam yang berkhidmat untuk sang ratu.

Menitik juga air mata Bom Makalele.

***

Ini baru contoh dialog patut cikgu sekolah rendah bagi pada murid supaya cari peribahasa tersembunyi!

Kah Kah Kah.


Menerima Kisah Lalu



Akmal Haikal: Saya cintakan awak. Saya janji akan bahagiakan awak. Percayalah.

Siti Nur Baizura: Saya tahu... tapi saya ada sesuatu nak beritahu pada awak. Penting ni. Saya dah tak dara. Saya terlanjur. Saya harap awak dapat menerima saya.

Akmal Haikal: Hah? Baizura... sebenarnya saya sudah ada awek. Tak patut saya curang dengan dia. Ok bye.

***

Fakrul Amin Yazid: Walau apa pun berlaku, saya tetap akan cinta awak. Selagi nyawa di kandung badan.

Siti Nur Baizura: Ea? Tapi saya ada rahsia. Selama ini saya pendam. Saya dah tak ada dara lagi, Amin...

Fakrul Amin Yazid: Erkkk. Saya ada seminar kejap lagi. Awak balik dengan teksi ea? Malam nanti saya mesej. Bye.

***

Patam Alif Patam Hakim: Jika awak menerima saya sebagai teman hidup, sayalah orang paling bertuah sekali di dunia ini.

Siti Nur Baizura: Kita sudah sampai tahap serius ni. Baik saya berterus terang. Saya dah tak dara Alif...

Patam Alif Patam Hakim: Huh?? Pakai tudung, sopan santun, percakapan jaga. Memang aku tak sangka! Memang manusia bertopengkan syaitan la kau betina!

***

Nordin Ahmad: Cinta ku umpama ombak memukul pasir pantai. Pukulan mesra
dan bertalu. Siang malam mencintaimu. Sampai kapan pun!

Siti Nur Baizura: Sebenarnya saya tak mahu jujur. Tapi cinta memerlukan kejujuran kan?

Nordin Ahmad: Semestinya!

Siti Nur Baizura: Saya dah tak dara.

Nordin Ahmad: Alamak. Betul ke? Saya rasa kita tak patut teruskan hubungan ini. Awak jaga diri taw Siti.

***

Mohd Farid Sabri: Walau apa pun berlaku. Saya akan tetap setia dengan awak.

Siti Nur Baizura: Sudah la Farid. Saya sudah letih dengan ayat-ayat manis lelaki. Semua lelaki mahukan dara. Tapi saya sudah tiada itu semua! Pergilah awak macam lelaki lain!!!

Mohd Farid Sabri: Entah mengapa awak anggap saya macam lelaki lain. Saya ada cinta yang sempurna.

Siti Nur Baizura: Maksud awak?

Mohd Farid Sabri: Masa lalu awak biarkan berlalu. Sekarang awak ada saya. Ia masa kini. Saya terima awak di kala masa lalu, masa kini dan sepanjang masa.

Siti Nur Baizura: Farid...

Lantas air mata Siti Nur Baizura menitik dengan lajunya.


Yang berlalu biarkan berlalu. Jika kita cintakan dia, kita juga kena cintakan kisah hitam si dia juga.

Amacam? Deep tak? Keh Keh Keh.


SukaNeka: Dialog dan watak hanyalah rekaan semata-mata.



Ceritera 8: Ica dan Anak Arnab


Hari ini hari minggu. Adalah molek jika gua rilek-rilek bersama keluarga dengan tidur sampai pukul dua petang. Malam karang baru keluar jalan-jalan.

Malangnya...

Pukul 10 pagi dah ada suara kecil bersorak sakan. Gembira bukan kepalang dia.

"Arnab Ica beranak Tok Ma. Empat ekor"

"Arnab Ica dah beranak nenek. Datang la tengok"

"Arnab Ica dah beranak la Auntie Fiq"

Suara daripada ruang tamu. Tengah bertelefon la tu.

Tapi gua sedikit musykil;

Gua bagi makan.
Gua bersih kandang.
Gua bagi minum.
Gua bagi kangkung.
Gua bagi lobak merah.

Tapi Ica buat apa?


Itu satu hal. Tapi ada ke patut;

"Abah-abah... bangun la. Tengok baby arnab ne. Tak ada bulu lagi" Ica menerjah masuk bilik gua.

"Aishhh. Kesian anak arnab tu. Mana boleh main-main lagi. Pergi simpan balik"

"Kejap la abah. Ica nak gosok-gosok mata dia. Suruh cepat buka"

"Abah kata pergi bagi kat mak dia balik!"

Budak-budak kadang kala kena bertegas juga.

"Yela yela. Ica nak namakan dia ni Na. Sorang lagi Dee. Adik dia Ra. Pastu yang akak dia nama Ica. Jadi Ica Nadeera"

Lalu Ica berlari keluar. Harap dia tak cekik badan anak arnab tu kuat sangat.

Jadah bagi nama arnab sama dengan nama orang?

Terus gua sambung tidur!



Slot Cengkerama 3: Pak Leman Makan Lemang

Edisi Jumaat



Kampung Belalang Amai-Amai. Indahnya nama sukar di ungkap dengan kata-kata. Peribahasa yang terindah pun belum tentu dapat samakan nama kampung itu.

Asal usul Kampung Belalang Amai-Amai dikatakan ada saudagar daripada Kelantan yang diusir keluar negeri kerana difitnah meniduri isteri ketua kampung tersebut. Nama saudagar itu ialah Pok Mat Golok.

Pok Mat Golok yang tak bersalah itu terpaksa lari meninggalkan Kelantan dan berlayar mencari kampung baru.

Semasa Pok Mat Golok menjejak kaki di tanah yang kini di kenali Kampung Belalang Amai Amai, dia terserempak dengan keluarga jin.

"Awat hang datang sini sorang-sorang?" tegur ayah jin itu yang sedang mengajar anak jin bahasa Mandarin. Senang jika nak minta kerja dengan hantu cina katanya.

"Kawe maghri jauh. Dari Kelate. Kawe tok se kaca demo. Kawe nok tupe tidur. Nok wat kampung sini. Bereh dop?" Pok Mat bersuara.

"Demo ni ore Kelate? Hoo. Buleh la. Bakpo tok leh nyoh. Kawe meme suko ore Kelate. Baik-baik belako" ayah jin itu balas ramah.

"Aik. Leh kecek Kelate?" tanya Pok Mat.

"Kawe 23 tahun duk Kelate. Keno hantar kerja dekat Kedah ni"

"Ooo.." jawab Pok Mat ringkas.

"Tapi ada satu syarat," muka ayah jin kelihatan serius.

"Selepas generasi ke 21, waris kau ada perhitungan dengan aku. Ingat. Ingat"

Lantas keluarga jin itu menghilang.

***

Dalam kampung itu, ada seorang warga tua bernama Pak Leman. Pak Leman ini sudah berusia 41 tahun. Tapi lengannya yang sasa masih mampu mengugat iman anak dara.

"Abang Lemannnn...nak pergi beli lemang ke?"

"Abang Lemannnn... tolong dukung saya. Letih la nak jalan ni"

"Abang Leman. Abang Leman. Lengan Abang Leman sungguh menggoda!"

Ada saja suara perempuan kacau Pak Leman jika ternampak Pak Leman.

Pak Leman ini sebenarnya waris ke 21 generasi Pok Golok. Tapi sampai sekarang jin tak datang jumpa dia. Lupa mungkin. Itu lah, tak catit dalam buku 666 sangat.

***

Pak Leman ini nama sebenarnya ialah Faez Haikal. Tapi di sebabkan dia suka makan lemang. Dia di gelar Pak Leman. Sampai sekarang nama itu dilekat di hati penduduk kampung.

Lemang ini dah jadi makanan ruji dia. Sehari tak pekena boleh dibawa kencing berdarah. Dia punya simpton boleh kalahkan orang kena sawan.

Dalam sehari Pak Leman boleh makan 25 batang lemang. Itu kalau dia tak layan tengok tarian joget anjuran unit kebudayaan kampung. Kadang kala boleh cecah 42 batang lemang satu hari dia makan.

***

Tapi sejak dua menjak ini... ada sesuatu yang menganggu hidup Pak Leman...


Bersambung...


SukaNeka:
Macam biasa;

Sabtu: Chacha

Ahad: LepLep

Jangan tak baca taw.

Penghargaan:
Terima Kasih kepada M. Faiz Syahmi kerana menaja header gua. Cayalah bro!


Surat Layang Cinta Untuk Ica


Amin Azimi Mat Rauf.

17 Febuari 2025.
2.05 Pagi.


Saya. Seperti nama di atas, ingin berkenalan dengan lebih rapat dengan anak pak cik. Maka ini saya layangkan surat sebagai tanda ikhlasnya hati saya.

Pertama saya lihat anak pak cik, Ica. Saya amat tertarik. Badannya yang sedang-sedang. Matanya redup dan kulit yang putih mulus membuat hati saya berdebar kencang.

"Ahhh. Jodoh aku mungkin" tetiba hati saya berdetak.

Cara pakai yang di jaga rapi sebijik perempuan melayu. Di arus kemodenan ini dia masih mengekalkan ciri ketimuran di samping aspek fesyen Korea yang dititik beratkan.

Saya ada motosikal Yamaha LC. Ini akan memudahkan kami keluar dating. Saya janji akan ambil dan hantar pulang dengan selamat. Pengalaman rempit saya selama 10 tahun dan tak pernah berlanggar memaksa saya riak dan angkuh. Pernah menyertai lumba dengan kawan dan saya menang. Di tempat nombor tiga.

Asal usul saya? Saya sekarang menetap di Kolompo. Ayah saya kerani dan mak saya dah tak kerja. Kira sekufu ye dak?

Saya sekarang belajar di politeknik. Ambil jurusan Mekanikal. Saya juga mahu riak disini kerana pointer saya sekarang cecah 3.00. Diploma baru. Ada rezeki saya ambil ijazah.

Saya terpegun dengan sopan santun anak pak cik yang saya jumpa di pertama kali di supermarket. Dia tengah beli coli gamaknya. Tapi saya tak intai. Saya tunggu dia di kaunter bayaran.


Okay. Itu sahaja berkenaan dengan saya. Harap pak cik terima saya seadanya jadi menantu pak cik.

Di harap pak cik dapat mesej saya di nombor di bawah.

Yang ikhlas lagi budiman,

Amin Azimi Mat Rauf.
015-21051805

***

Gua jumpa surat ni dekat cermin depan kereta gua. Celake!

Tapi dia tahu mana anak gua nama Ica? Gampang!



Menantu Sulung


"Mari sini, mak ada nak cakap sesuatu," bicara mak mertua gua selepas seminit dua tenung wajah gua.

Gua yang sedang rilek-rilek baca buku 'Aku Seorang Suami Sejati' karya Hiro dekat sofa terus menuju ke meja makan. Mak mertua gua ingat gua tak tahu ke gua tahu dia tenung gua.

"Amboiii, kacak juga menantu aku ni ea. Dah la bekerjaya sesuai dengan anak perempuan aku"

Mungkin mak mertua gua terdetik di hati sebegitu.

"Ada apa mak?" tanya gua ramah.

"Hmmm. Mak ni dah tua. Mak nak kamu jaga anak mak baik-baik. Dia tu manja sikit. Jiwa sensitif."

"Baik mak. Saya dah kenal dia sepenuhnya. Layan je kalau kita tak suka kan mak?"

"Ye ye. Tapi ada sesuatu yang penting lagi"

Dalam hati gua, tak ada yang lain dah. Yang mak mertua izin kalau gua nak kahwin dua.

"Apa mak? Royak selalu"

"Mak nak cucu cepat. Mak dah lama tak timang baby ni. Boleh?"

Gua tersenyum kecil.

Lantas gua mengangguk tanda faham. Terus gua tarik tangan bini gua yang sedang ralit menonton cerita kartun Dora.

Mak mertua gua angkat ibu jari. Dua tangan pula tu.

***

"Ica...jom abah hantar kelas Fardu Ain" ajak gua.

"Kejap la Abah... Ica nak tengok Dora sampai habis ni" jawab Ica lengkap berbaju kurung.

Keh Keh Keh.


V



Ini adalah entri tertunda. Maaf. Dan harap sudi baca. Kalau tak sudi, sila baca 14 Februari 2012. Keh Keh Keh.

Pasangan 1
Kita tak sambut Valentine's kan Abang?
Emm. Tak-tak. Kita keluar makan-makan. Jalan pimpin tangan. Lintas jalan kena hati-hati. Abang sayang Sayang kan.

Pasangan 2
Kita tak sambut Valentine's kan Abang?
Semestinya tak. Kita hanya sambut ulang tahun kapel kita. 14 Mac. Lagi sebulan. Auww. Tak sabar.

Pasangan 3
Kita tak sambut Valentine's kan Abang?
Mana ada kita sambut. Keluar dating tu biasa. Kau pernah kan? Pekena suap-suap makanan, minum satu straw. Romantik kan.

Pasangan 4
Kita tak sambut Valentine's kan Abang?
Uishhh. Orang barat sambut dia ehemm. Abang raba aja Sayang kan?

Pasangan 5
Kita tak sambut Valentine's kan Abang?
Tak. Abang nak kahwin dengan Sayang kan. Sayang kena la biasa-biasa kena tujahan nafsu Abang ni. Kalau mengandung ubat kan ada.

Pasangan 6
Kita tak sambut Valentine's kan Abang?
Tak. Esok kita keluar. Lusa dating. Alahhh. Sama je kan hari biasa. Kiss pipi Abang sikitttt leh?

Pasangan 7
Kita tak sambut Valentine's kan Abang?
Shhhh. Abang pakai kondom ni. Orang barat tak pakai. Shhhh. Abang masuk ea?


Lu orang tak payah la up entri Valentine's HARAM ke apa ke. Sebab sepanjang tahun pasangan-pasangan ini sambut. Dorang dah tahu lama dah.

Hari ini insaf. Esok sedikit insaf. Lusa insaf berkurang. Hari minggu kembali macam biasa. Auwww.

Ye dak?


Contohi Sifat Terpuji Nabi



Tatkala selepas bacakan Ica peribadi Nabi S.A.W, gua dengan sengaja merajinkan diri sendiri.

"Sayang, jarum mana jarum?" tanya gua kepada bini gua.

"Napa Abang?"

"Abang nak jahit bokser. Ni hah. Koyak kena paku dekat ampaian. Coli Sayang okay lagi? Boleh Abang tolong jahit. Mood rajin ni. Keh Keh"

"Aishhh... tu hah. Dalam almari hitam dalam bekas hijau. Rajin Abang hari ini"

"Maklum la, hari ini kan Maulud Nabi. Baginda pun pernah jahit pakaian sendiri. Abang kena la contohi. Ye dak?"

"Waaa... bagus-bagus"


Esoknya...


"Abang, baju kemeja Abang ni. Koyak sikit. Kena gigit tikus kot. Amm Ammm. Hehe,"

"Sayang je la jahit"


HAREM....



SukaNeka:

1. Marilah kita selawat kepada Nabi kita. Pembawa sinar cahaya yang sangat-sangat bernilai.

2. Awak, jangan risau. Saya akan belajar jadi suami persis Nabi. Mudah-mudahan. Saya cuba ya.

3. Woiii!!!. Dah selawat ke belum?

4. Baca nombor satu balik.

5. Dah?

6. Selawat sekali lagi. Alahhh, nak buat pahala susah je. Kalau tonton filem tu. Bangga je ulang enam belas kali.

7. Esok pun selawat lagi. Lusa. Dan seterusnya.


Slot Cengkerama Siri 2: Tok Ketua Mencari Miyabi

Episod 1 (Edisi Jumaat)


Burung berterbang riang. Ayam berkokok tanpa perlu rasa bersalah. Belalang kadang kala melompat ke depan atau pun ke belakang. Landak pula ralit mengasah duri menggunakan batu sungai.

Angin pula membelai dingin. Sejuk. Aliran air sungai bersih. Suci. Boleh di minum tanpa was-was. Tanaman pula subur menghijau. Indah.

Itulah antara fenomena di sebuah kampung di beri nama Kampung Telur Di Hujung Tanduk.

Hidupan eksotik yang di anggap pupus kini masih ada di kampung itu, malah kadang kala tanpa segan silu haiwan itu bercakap dengan penduduk kampung. Sudah menjadi perkara biasa.

Di kampung itu pula, ada seorang tok ketua. Beliau ini berkuasa meneraju kampung tersebut. Segala permasalahan bolehlah dirujuk pada beliau. Kredibiliti beliau terserlah setelah lebih 15 tahun memegang jawatan itu.

Ekonomi penduduk kampung adalah bercucuk tanam. Mengguna pakai konsep berjasa pada tanah, tok ketua mereka satu tanah terancang dilengkapi sistem aliran air yang sistematik.

***

"Tok ketua...ooo... tok ketua..." laung orang kampung dari halaman rumah.

Tok ketua yang sedang membaiki kandang zirafah bergegas bertemu dengan orang kampungnya. Omar Marzuki nama orang itu.

"Haa. Pesal?" tanya tok ketua ringkas.

"Ni hah. Macam mana nak kopek kelapa ni. Saya lupa dah," soal Omar Marzuki.

"Sedara kena guna parang. Kapak. Mahupun benda yang lebih tajam lagi seperti mata lembing. Bukan dengan garfu sedara. Bukan," jelas tok ketua ramah.

Selepas tok ketua menikam perut Omar Marzuki enam belas kali dengan garfu itu, baru lah Omar Marzuki faham. Pesen bengap. Dah 10 tahun tanya benda yang sama.

Tapi tok ketua tetap bersabar. Melayan karenah orang bawah jagaannya.

Bukan itu saja, tok ketua juga pernah menyelesaikan satu soalan peringkat tinggi seperti membantu orang menyelesaikan masalah kebocoran kapal selam dengan mengguna pakai konsep Archimedes. Segala ilmu di dada di kerah.

"Daya tujah ke atas tak berapa nak 'in'," fikir tok ketua tenang.

Lantas tok ketua membaiki kapal selam milik saudagar daripada Kelantan.

***

"Bang, ulam dan sayur dah abis. Adalah molek jika Abang ke hutan sana. Mencari sedikit ulam dan sayuran sebangkul dua. Kalau ada buah betik. Petik lah. Patik nak makan. Teringin. Hehe," bicara bini tok ketua. Manja.

Berusia 45 tahun. Badan masih mantap. Lentik.

"Baiklah," balas tok ketua tanpa banyak soal.

Selepas isterinya siapkan bekalan makanan. Tok ketua mahu berangkat ke hutan. Lantas beliau;

"Justin Biebir. Justin Biebir," laung tok ketua.

Dengan laju kuda berwarna hitam ada nombor siri 1805 XFC di leher laju berlari mendapatkan tuannya.

"Bagus. Bagus," puji tok ketua.

Justin Biebir ni memang pantang tok ketua panggil. Lantas sekencangnya berlari menuju tuannya.

Justin Biebir ni tok ketua jumpa masa kecil lagi. Tersepit dalam sepit ketam. Ketam dulu makan anak kuda. Besar juga ketam itu. Boleh sebesar kereta sorong sekarang.

Selepas beberapa lama di hutan. Tok ketua ternampak satu makhluk. Mukanya lain daripada sebarang gadis di kampung. Indah. dan menawan. Berbogel. Tiada seurat benang pun menutup badannya. Tak segan silu pula tu. Sedang ralit makan buah betik.

"Indahnya," kata tok ketua.

Pandangan nafsu tok ketua seraya Justin Biebir berhenti.

Dada lentik. Bibir melekit. Mulut yang cantik. Mungkin sebab suka makan betik.

Kaki berkilat. Badannya yang mempersonakan mata, lantas mewajarkan hati untuk memeluk tubuh itu. Segala macam sempurna la. Terkesima tok ketua seketika.

Air liur tok ketua mula menitik kena leher Justin Biebir. Lantas Justin Biebir teliur juga.

Tok ketua mula memasang niat jahat. Alahhh, bukan ada sapa dalam hutan ni.

Terus tok ketua buka kain pelikatnya....

Bersambung...


SukaNeka:

Pertama:
Sambungan akan diteruskan oleh Cha. (Hari Sabtu)
Sambungan ketiga dan penutup oleh Lep. (Hari Ahad)

Kedua:
Kami hanya berbincang tajuk. Gua pun tak tahu apa sambungannya. Keh Keh Keh. Sama-sama kita tunggu.


Dada Yang Kau Megahkan


Jejaka 1: Hmmm... dada. Best. Hehe.

Jejaka 2: Kawe ko demo tanyo? Hoo... mesti suko tengok kopek dulu.

Jejaka 3: Kalau cheq, cheq suka tengok pada bahagian dada. Hmm.

Jejaka 4: Bengong mu. Apa ada pada rupa paras jika tetek kecikkk. Haha.

Jejaka 5: Haaa... tengok bahagian dada la bro. Barang baik barang jadi.

Jejaka 6: Yang lembut. Enak dipandang. Nyaman terasa di dada. Dada. Payudara. Oh yeahh.

Jejaka 7: Gua ni raja pengimbas tetek. Dapat tahu kesuburan awek berdasarkan tengok tetek je. Saiz coli semua. Hebat tak? Rupa paras tak penting. Janjji tetek mantappppp..

Jejaka 8: Rupa adalah segalanya. Baru tak malu bila ajak dating. Har Har Har.

Jejaka 9: Senyuman. Kalau senyuman menawan. Gua berani nak tegur. Tenang.

Jejaka 10: Aku tengok pada keimanan, cara pakai semua. Islamik ke tak.


Soalan gua: Kalau perempuan datang arah depan depan. Bahagian mana lu orang usha dulu?

Kenapa ramai banyak tengok bahagian dada? Sebab gua buat bancian ketika dalam clubbing. Keh Keh Keh.

Tapi kan geng, kalau perempuan pula... dorang usha kita punya tuttt dulu ke? Hue Hue.

Sabar dulu sedari, mungkin ada yang malu jika gua tulis tetek semua. Sebab sedari bukan golongan begitu. Syukur. Baguslah. Tapi kalau sedari berada di tempat mereka;


Gadis A: Wakluuu nak tegur aku?

Gadis B: Kecoh gelewww mamat ne. Dah rase alim sangat lettewww.

Gadis C: Elehhh. Ada ketetapan iman sikit, dah nak kerek... blah la weiiihhh.

Tengok? Sedari kena cuba berada di tempat mereka. Selami dan Dalami. Bukan di tempat sedari sekarang. Pandang dengan mata hati. Keh Keh Keh.


Kesimpulannya, pekena la tudung yang tutup dada. Bior nampak ikhlas sikit. Itu pun jika lu orang malu lelaki usha lu punya dada. Jika bermegah, gua pun usha juga woiii. Kah Kah Kah.


Surat Lewat Ke Kelas


Burung berkicauan riang. Udara dingin makin memanas. Sipi-sipi cahaya mentari kena cermin lantas terkena mata saya. Silau. Cahaya mentari itu juga anak patung saya.

Saya celik mata. Jam dinding berbentuk buah epal jelas menunjukkan pukul 8 pagi.

Ahhh. Lewat!!!. Lantas saya berlari ke bilik abah saya. Di sebabkan saya anak kepada abah saya. Maka bolehlah saya berlari anak.

"Abah-abah. Bangun. Lewat dah ni. Abah tak kerja ke?" kejut saya.

Abah saya terkejut. Risau semacam dia. Terus abah saya dukung saya lalu mandikan saya.

***

Tengah abah saya sedang berusaha hidupkan enjin kereta, saya termenung jauh.

Dah lewat ni. Mesti cikgu marah. saya berfikir-fikir mahu ponteng kelas terus. Mama saya ada kursus pula di Kelantan. Kalau tak, tak akan lewat. Nak harapkan abah saya...hampeh.

"Ica... jom jalan kaki. Kereta tak boleh hidup pulakkk," laung abah saya.

Abah saya memang pakar jalan pintas ni. Walaupun jalan kaki, boleh sampai ke sekolah kurang sejam.

Di perjalanan, kami terjumpa dengan seorang wanita bermain batu seremban. Nescaya itu hantu rambut panjang cecah tanah.

Abah saya dukung saya. Lantas kami lari. Tak guna cari pasal dengan hantu ketika lewat ni. Kalau tak lewat, boleh la sertai dia kejap. Ada juga bau kentaki . Menyelerakan. Abah saya syak itu daripada kentaki cawangan bunian. Kalau tak lewat, boleh singgah. Beritahu abah saya.

Selepas melalui jalan hutan dan kampung. Maka sampai lah ke sekolah. Hasil daripada berkat kesabaran yang kuat.

Oleh sebab itu, saya lewat ke kelas cikgu.

Sekian.
Aleesya
Darjah 1 Gemilang.

***
Malamnya,

"Abah-abah... cikgu suruh tulis surat sebab datang lewat. Tak reti. Abah tulis leh?" pinta Ica.

Gua: Emmm.

***

'Kompem-kompem' cikgu kelas Ica percaya. Kan? Kan? Kan?


Pakweku Durjana


Awek bertudung- "Sayang, bukak lah tudung tu. Bagi Abang tengok. Alaaa... kejap je. Manalah tahu rambut kena bawa pergi salon. Leh Abang teman. Tak mahu la kalau rambut Sayang rosak. Jangan kedut sangat"


Awek tutup lengan- "Sayang, Abang selak ye kejap? Saja. Nak ukur lengan Sayang siap-siap. Kalau ada rezeki, dapat nak buat gelang"


Awek berbaju kurung- "Sayang, pakai seluar jeans la. Abang nak usha punggung. Boleh tahu masih dara dengan tengok bentuk punggung taw. Kot la Sayang dah di tebuk tupai. Abang tak suka. Jujur kay"


Awek pakai tudung tutup dada- "Ayang angkat sikit tudung tu, Abang nak tengok dada. Kot la besar sebelah. Orang kata kurang subur. Hehe."


Awek bibir pink- "Abang nak cium sikit leh? Bukan apa, nanti Sayang tak caya Abang. Kata Abang pasang tiga la, pasang empat la, pasang lampu leplep la. Main kayu besbol la. Mehhh..."


Adakah pakwe anda begini? Jika ya... tinggalkan dia sekarang. Gua berani bertaruh. Lu tak akan lama dengan dia. Kalau bahagia masa kapel, tak semestinya bahagia lepas kahwin.

Kenapa gua kesah?

Xabi... bila dapat pakwe begini, maksiat berlaku. Bila dapat anak luar nikah nanti? Lu orang nak jaga? Gua ni warganegara Malaysia, insan punya cebisan iman lantas rasa terpanggil nak selamatkan makhluk Tuhan.

Fikir-fikirkan. Bukan untuk lu je Fikri. Faiz, Badrul, Patam, Cha, Alif pun kena fikir gak. Haa. Sepul pun.

Play safe. Kahwin. Kondom (pilihan lain). Hue Hue Hue.

Kalau makwe suka pakai baju bukak sana sini dan pegang dada sambil goyang-goyang lantas berkata-kata,

"Abang tak nak sentuh Sayang? Tak nak cumbu-cumbu? Tak nak raba-raba?"

Itu lain cerita la. Gua pun tak tolak oiii... Kih Kih Kih.


7 Ayat Mempertahan Blog Anda Daripada Dibahan Teman





Gua kadang-kadang kutuk juga blog ada lagu semua, tapi gua sudah bosan. Mempertahan insan lemah adalah ciri gua. Biarlah dorang sedar sendiri. Keh Keh Keh.

1. Blog lu orang ada lagu
Susah juga mahu bicara dengan orang tak tahu apa-apa tentang seni lagu ni. Lagu dekat blog saya ni lagu terbaik dunia dan patut menang Anugerah Lagu Peringkat Olimpik serta Anugerah Lagu Terbaik dalam kategori muat turun haram.


2. Blog lu orang lambat buka/berat
Lahhh, dah tahu lambat load tu, berzikir la sepatah dua. Baca sirah Nabi ke, hafal doa makan ke. Buat peta minda ke. Kalau perkara remeh ni aku nak ajar, susah la mahu depan realiti dunia nanti. Kah Kah Kah.


3. Blog lu orang ada gambar pasangan sebagai header
Kekuatan cinta kami bergantung pada header ni. Putus cinta karang, saya buang lah. Letak header kucing ke, kancil ke. Semut ke. Alam ke. Hehe.


4. Blog lu orang berunsur pink
Ini nasib baik warna pink, kalau warna hitam...7 kali lu tengok boleh mempercepat seliuh urat testis tahu?


5. Blog lu orang ada bahasa rojak
Kalau saya buat bahasa Arab, kompem korang tak faham kan? Sekurangnya awak dapat 'recall vocab' awak tu...Hik Hik Hik.


6. Blog lu ada pengesahan kata
Bersyukurlah. Kalau saya taruk ada pengesahan kad pengenalan? Pengesahan sijil anak halal ke haram? Pengesahan doktor bebas penyakit berjangkit? Hah...jawab jawab.


7. Blog lu ada gajet banyak
Wakluuu nak protes-protes. Ini kreativiti tahu tak? Lu tak tahu pasal kreativiti ni tolong diam. D.I.A.M.


Apa lagi ea? Oh, yang blog ada entri gedik-gedik pasal bahagia dengan pakwe/makwe tu gua tak boleh selami sangat. Haha.

Kata orang tua, sindir adalah teknik berkesan untuk tegur teman. Kalau teman tak sindir, bukan teman sejati namanya. Kalau pakwe sejati pula... dia akan tindih makwe sebelum kahwin. Kah Kah Kah.



Slot Cengkerama: Sindiket Mendidik Basri Nordin

Untuk hari Jumaat.



"Sayang... Abang tahu... Abang tahu Sayang. Sayang lebih pentingkan harta benda dan kekayaan daripada Abang kan?" duga Basri Nordin.

"Habis. Abang nak bagi saya makan pasir? Euwww. Setakat kerja cikgu tu... gaji apalah sangat. Saya tak boleh rasa hidup mewah!!!" balas awek Basri Nordin.

"Ayangggggg..." jerit Basri Nordin.

"Kot nak lari pun... jangan laju sangat... jangan... eh.. Ayang terbang? Ayang boleh terbang? Ayanggg... jangan terbang... kalau nak terbang pun, bawalah aku bersamauuuuuuu..." pinta Basri Nordin.

Gedebukkk.

Basri Nordin jatuh katil lagi. Masuk ini sudah tujuh kali termasuk pagi ini. Maknanya sudah seminggu Basri Nordin sudah putus cinta dengan aweknya.

Tambahan pula, dia baru ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman. Jauh daripada ibu kota. Tapi nasib dia baik, sekolah bakal dia mengajar adalah dekat kampung datuk dan neneknya.

"Din... Din... tak bangun lagi ke?" laung neneknya.

Basri Nordin dengan pantas terpacak tegap.

"Alamak... sudah pukul 7 setengah pagi. Mampus aku. Aku kena daftar diri pada pengetua pagi ni," kelam kabut Basri Nordin.

Selepas berperang dengan air perigi, Basri Nordin terus mengenakan baju kemeja. Kemas. Bertali leher lengkap. Kemas. Baju masuk dalam. Kemas. Memang kemaslah senang cerita.

"Mari sarapan dulu cu. Mari. Nenek ada buat karipap ni. Atuk kau dah makan dah tadi sebelum ke kebun," panggil neneknya bila nampak cucunya bergegas keluar daripada bilik.

"Saya dah lambat nek. Saya makan di sekolah je nanti," bilang Basri Nordin.

"Kamu pergi sekolah pakai seluar jeans?"

"Saya tak ada seluar slack nek"

"Lahhh. Kenapa tak beritahu? Nanti nek amik seluar atuk kamu. Elok lagi. Hari pertama tak elok tunjuk rock kamu tu Dinnnn. Tunggu..."

Basri Nordin antara dua. Nak cabut lari ataupun tunggu neneknya....


Bersambung...

Episod dua klik sini....(Chacha)


SukaNeka:
Kenapa bersambung?
Baca bawah entri bawah.

Slot Cengkerama: Pengenalan


Alam Bikin Cerita, Kami Bikin Drama...


Pengenalan:

Ini ialah episod cengkerama tapi pengenalan. Berkualiti daripada kami bertiga. Penuh drama-drama. Jangan lepaskan membacanya. Cerita ini akan berlangsung tiga hari berturut-turut. Penyambung cerita seperti dibawah.

Jumaat: Hiro.

Sabtu: Chacha.

Ahad: Lep Lep.

Setiap sambungan bakal di update dekat blog masing-masing. Okay.

Sapa cakap hari ini hari Sabtu gua bagi penendang. Gua nak up entri untuk hari Jumaat kejap lagi. Kira lu orang yakin diri. Urut dada pelan-pelan sambil maafkan gua sebab lambat up untuk hari Jumaat. Keh Keh Keh.



SukaNeka:
Link blog sendiri adalah sama dengan update status Facebook lepas tu Like diri sendiri.


Cerita Tersembunyi Cinta Limau Mandarin



Untuk lebih berkesan di petang raya cina ini, adalah molek kalian baca yang ini dulu... Cinta Limau Mandarin.

***

Dia tak tahu yang saya sangat sayangkan dia. Sangat-sangat.

Saya masih ingat lagi kenangan Wong Chep Pit datang buat onar dekat gerai saya. Dia sanggup lebam biji mata akibat pertahankan gerai limau tu daripada geng Wong Chep Pit. Wong Chep Pit ni memang kutu bagi kaum cina. Jahatnya usah di ragui.

"Insan yang cemerlang... datang daripada hati yang berani. Jiwa yang berpendekar," katanya. Saya masih ingat lagi. Berani betul dia.

Tapi...

Sampai bila saya harus menunggu. Sampai kapan? Menunggu sampai limau mandarin berbulu? Limau mandarin berduri mahupun ada ekor macam arnab milik Ica?

Dia tak pernah cakap yang dia cintakan saya. Sungguh. Saya tak tipu.

Kalau 'Saya Suka Awak' tu pernah la. Itu pun ketika mahu mempergunakan saya. Aishhh. Kalian jangan fikir dia suka ambil kesempatan. Dia jujur orangnya. Adalah sekali dia paw duit saya untuk beli burger. Tapi saya tak kisah. Saya sayang sangat dia di kala itu.

Setakat suka je? Kambing pun dia suka. Seperti katanya..

"Saya suka kambing Pak Meon tu. Nanti raya korban nak angkat satu. Bukan apa, senang nak cari urat merih. Senang nak sembelih"

Saya ni perempuan. Perempuan. Tak kan saya nak beritahu dia dulu yang saya cinta dia. Apa pulak makcik-makcik kata. Apa itu peribahasa Melayu yang di cina kan, ibarat angpaw mencari duit.

Akhirnya... saya yakin. saya pasrah dan saya terima.

Saya terima Ravi. Muka Ravi sama macam si dia. Yang pernah mencuri hatiku. Sungguh. Demi Persatuan Cinta Sedunia, saya sangat cinta dia sampai hari ini!!!

Jujur Ikhlas dan Benar.
Sui Lin

Pengajaran:

@Lelaki... kalau cinta sesorang tu, kabor la awal-awal. Kalau melepas, apa cer?

Tapi kalau perempuan bilang dulu dia cintakan lelaki... memang gua salute kencang-kencang weiii.


SukaNeka:
Tengs Dear. Saya ada semangat menulis kembali. Huhu.