Selangkah Ke Akademi Fantasi II



"Dipersilakan Hiro...."

Seperti biasa, gua yang berpengalaman nyanyi di atas pentas memang suka goyang-goyang dulu. Biasanya gua goyang kaki ke belakang dan ke depan. Entah mengapa semasa gua goyang kaki gua kena anak jin yang turut sama menonton Akademi Fantasia daripada belakang tirai.

"Wa bilang sama mak wa..." anak jin yang berketurunan Cina bicara. Air matanya mula menitik di sebabkan padunya penangan kaki gua.

"Maaf la. Gua tak perasan. Woitt..jangan lupa AFUNDI HIRO yep? Bilang sama toyol, hantu galah, pocong, langsuir dan puaka-puaka yang lain. Kalau boleh beritahu juga seluruh tenaga kerja Lembaga Hantu Pantai Timur Se-Malaysia ya?"

Gua yang cukup arif selok-belok pasal persatuan hantu ini bicara ramah.

"Kami ada Akademi Nyanyian Antara Kami. ANAK. Kami tu golongan makhluk halus" balas anak jin itu.

"Ooo..." gua mula faham.


"Hiro ooo Hiro" Aznil memekak.


"Okaylah. Nanti ada masa kita borak lagi" cadang gua.

Lantas gua menerjah ke pentas.

"Apa kabar semua? Sihat? Dah makan ke belum? Tanpa melengahkan masa. Gua persembahan lagu pertama gua... Andainya dirimu di rampas orang. Aku akan rampas balik. Cintamu hanya untuk diriku. Semoga kita kekal bahagia sentiasa lalu dikurniakan anak yang comel dan soleh!!!!"

Dalam hati gua;

"Cilakak! Komposer mana buat lagu ni. Kemain panjang lagunya. Letak tajuk Andai Ada Cinta sudah," bicara gua dalam hati.

Fikir-fikir balik, itu lagu gua buat sendiri. Keh Keh Keh. Gua gelak sendiri.

"Nanti nanti nanti" halang Aznil.


"Sebelum buat persembahan. Kita borak-borak la dulu Hiro" bicara Aznil.

Gua terlupa pula. Bangang!

"Ini ye calon pertama anda. Hiro Kacak Punya. Dikatakan beliau akan cuba menyanyi lagu hasil ciptaannya sendiri. Berbeza dengan peserta lain. Ada bakat menyanyi, menulis lirik dan pandai bergaya"

"Penyokong awak nampak macam sikit lagi. Apa komen awak?"

"Penyokong saya akan datang sendiri jika kita jujur dan berniat ikhlas mahu menghiburkan mereka" balas gua sekacak mungkin.

Lalu tepukan gemuruh buat gua.

Macam biasa, kita saksikan sedutan klip yang kami sediakan untuk Hiro Kacak Punya.


"Wahh..dekat kampung ada bilik khas untuk main muzik? Siapa banyak bagi sokongan?" tanya Aznil selepas video habis.

"Ibu bapa. Kawan-kawan. Keluarga"

"Comelnya budak main dalam bilik tu. Siapa dia tu?"

"Ica" jawab gua ringkas.

"Jadi awak dah kahwin? Mana isteri awak?" tanya Aznil

Cilakak! Banyak tanya pula dia ni.

"Itu..." gua tunjuk ke arah penonton lalu balik ke hati gua.

Gua harap Aznil terkena. Aznil tenung gua semacam. Memang tak ada dalam skrip yang produser sediakan.

"Bijak bijak. Nakal juga awak ni" gelak kecil Aznil.

"Hehehehe. Biasa bang. Nak cari makan"

"Okay. Lagu apa awak mahu nyanyi kali ini?" soal Aznil.

"Andainya dirimu di rampas orang. Aku akan rampas balik. Cintamu hanya untuk diriku. Semoga kita kekal bahagia sentiasa lalu dikurniakan anak yang comel dan soleh"

"Lagu ini khas gua tujukan kepada jiwa peramas yang suka nak rampas awek orang. Serta gua selitkan juga unsur Ketuhanan sebab jiran kepada jiran gua minat Maher Zain" sambung gua lagi.


"Terimalah..." gua menutup mata sekejap lalu...


"Bang...dah habis baca akhbar tu?" ada suara seakan manis bicaranya dan gua dapat agak itu daripada seorang awek.

"Errk...okay okay. Dah nah" sambil gua bagi akhbar kepada awek tu.

Lantas gua keluar daripada perpustakaan. Dengan muka steadi. Cilakak. Lama sangat gua tenung peserta AF tadi sampai berangan.


AF?... Fakkk Tuihhh!



SukaNeka:

Antara Selangkah Ke Akedemi Fantasi yang lain;





Bekas Kekasih Saya


Tajuk: Segmen Bekas Kekasih Saya

1) Sila letak header AKAL TUNJANG BLOG
Sudah!!!


2) Ceritakan tentang bekas kekasih kalian. Nak cerita pasal kekasih kalian sesama lelaki, bekas kekasih itu sesama perempuan boleh juga ataupun pasal bekas makanan hadiah hari jadi bekas kekasih bagi pun boleh.

Eloooo. Nama Ittew...tengok la dekat profile tu. Facebook pun ada. Add la ye. Twitter pun ada, Nuffnang, Churp Churp, Coli On9, Legging Murah, Tudung Manyak Cantik Ah, Macam-macam iklan lain lagi sila la klik jika berkenan. Kalau tak berkenan? Hado ittew kesah???

Hehe... ittew gurau jerkkk. Alolo. Jangan la tekan X lagi. Baca la habis. Pasti komen yerrrrkkkkkk.

Okay Okay. Ittew ada pakwe. Lebih tepat lagi, bekas pakwe. Nama dia. Izmir Izuddin. Psst. Bukan nama sebenar. Hehe.

Ittew dengan dia sudah tiga tahun bercinta, tapi entah mengapa, ittew putus dengan dia.

Ittew tak faham mengapa harus ada perpisahan di kala hati di ulit kebahagian di semi benih cinta di bajai kasih sayang dia.


Pakwe ittew dulu pernah berpuisi pada ittew. Ittew ingat lagi;

Aku bukan seperti jejaka lain;

Yang selalu bermain kata cinta,
Yang sering bermadah indah,
Yang asyik menabur janji,

Aku akan tunaikan sumpah bahwa.

AKU AKAN JADIKAN DIKAU ISTERI YANG SAH.

Tapi kini.....

Ewwww. Ittew sedih. Dah tak leh karang da. Bye Bye.


3) Mengapa berlaku perpisahan?

Abang Hiro kejam. Ittew sedih balik dah! Nak tisu, nak tisu!


4) Soalan untuk Abang Hiro.

Abang Hiro dah follow ittew blom? Hehe.


___________________________________


Kawan ittew pun banyak kisah percintaan di sekerat jalan. Opss. maaf. Kawan gua.

Pelbagai faktor boleh menyebabkan perpisahan antaranya;


Masih tak mempercayai pasangan walaupun sudah berlama.
Pasangan yang melafazkan kata cinta atau lebih tepat lagi 'I LOVE U', mesti sudah tersedia kepercayaan yang penuh buat si dia. Ada faham?


Masih sangsi dengan pasangan.
Pakwe/Makwe keluar dengan kawan kelas pun masih curiga. Keluar sambut hari jadi pun nak kongkong kemain. Tak boleh ambil gambar berdua dengan kawan contohnya.


Masih tak berubah.
Okay, andai mula mengorat kononnya sang jejaka berjanji manis bahawa akan berhenti merokok. Akan tetapi jejaka itu tak boleh berhenti. Lama kelamaan jejaka itu tak boleh tahan dengan bebelan makwe. Lantas berakhir lah kisah cinta sebab rokok je.


Itu pada pendapat gua. Pendapat lu orang apa? mengapa boleh putus cinta? Ce kongsi sikit. Boleh adik-adik baru nak tumbuh sepasang dada tu boleh belajar. Hue Hue Hue.

Jadahnya gua jadi doktor cinta?


Wadepak!



Terfikir


Hari tu gua pergi berkayak. Kena libas dek ombak. Kayak terbalik. Tenggelam. Kayak naik atas kepala. Gua rasa macam dah mati. Berapa ratus isi padu air laut di telan oleh gua. Syukur selamat. Bila dah balik kolej, dan gua terfikir;

Gua risau kalau ada pembaca Akal Tunjang tertipu dengan Ceritera Ica tu.

Risau tak sempat beritahu hal sebenar. Kot dah meninggal. Tapi gua bilang awal-awal. Gua tak suka taruk hal peribadi dekat sini. (.) eh silap. 90 peratus tipu je entri ni.

Jelas di situ?

Sebenarnya cerita Ica tu rekaan je. Cerita masa depan orang kabor. Nanti Ica dah wujud dengan kehendak-Nya dan persetujuan isteri halal gua. Gua tunjuk gambar la ye.

Dan lagi satu, gua juga terfikir...

Mengapa harus ada blog jika kehadiran blog kita bakal;

Mengundang dengki orang.
Mengundang amarah orang.
Mengundang riak sendiri.
Mengundang tak kepuasan hati orang.
Mengundang dosa orang.

Lu orang tak fikir hal sama?

Akhir sekali...

Kita kena letak bloglist, komen entri orang dulu baru orang tu komen kita balik?

Hah. Itu bukan nama kawan. Itu ialah PENGIKUT atau FOLLOWER.

Tolong, gua tak suka lu orang jadi pengikut. Umpama lembu ditarik hidungnya. Gua mahu sesiapa boleh jadi kawan. Errr. Kawan? Layak ke gua jadi kawan lu orang sebenarnya kan? Okay. Maaf di situ. Gua bukan sesiapa pun. Tak leh bangga pun kalau mengaku Hiro ni kawan lu orang.

Itu sebab gua tak letak Facebook dekat blog. Gua bukan la terer sangat. Kehidupan tak seberapa nak mewah. Bintang pun tak terang. Nak bangga ada pengikut ramai dekat FB bagai. Tapi gua rasa blog ni medium yang bodoh.

Sebab?
Kita jadi Hamba Blog.

Mengapa?
Jika isu panas contohnya hal Pornolitik,
Bersepah orang buat pasal hal itu walau selama ini mereka kaki jiwang.

Jika isu hangat contohnya hal Pasha Sendra nak kawen.
Berjuta orang buat pasal hal itu walau selama ini mereka kaki taruk gambar sendiri.

Jika isu sensasi contohnya hal budak bunuh diri,
Berkeliaran orang buat pasal hal itu walau selama ini mereka kaki puisi.


Kalau gua rasa lama tak baca blog sering bermain di fikiran, gua lawat la. Kepada yang lama gua tak lawat tu, gua memang sengaja tak lawat. Sebab kalian kaki trafik, pengejar pengikut, jual coli ataupun promosi entri segmen.

Sebab blog kita boleh;
Bergaduh.
Dengki.
Nak tunjuk sapa ada pengikut banyak.
Buang masa.

Lagi satu, sudah-sudah la jadi ahli segmen berjaya. Macam lu orang ni tak ada identiti sendiri, perlukan bantuan untuk up entri. Buat je entri mengarut ikut akal sendiri. Ayuh, majulah ke hadapan. Serius rasa bodoh dan hina duk memuji orang yang tak layak. Wadepak!


Ok. Ini entri sampah. Tulus ikhlas dari hati.

Hue Hue Hue!


Bidang Goyang-Goyang


Pasangan satu:

"Sayang, izinkan Abang belek-belek baju Sayang. Cantiknya kaler kuning... hehe" puji pakwe.

"Hee... boleh" balas makwe yang mula goyang.

"Sayang, izinkan Abang lagi untuk belek-belek coli kaler hitam ni... geramnyeee"

"Nakal ye? Boleh"

"Sayang... boleh izinkan Abang belek-belek di sebalik coli ni? Nampak macam ada harta disebaliknya"

"Abang ni nakallllllll... ehhe... leh"

Kereta yang berhenti di tepi taman jalan dekat taman permainan mula bergoyang lembut. Zikir desahan mula kedengaran. Pasangan kucing yang sedang bermanja-manja pun naik menyampah lalu berlari lincah menuju ke tempat lain.


Pasangan dua:

Pakwe: Ayang... tempat ni orang kabor 'clear'. Jom manje-manje?

Makwe: Ye ke Abang? Risau laaa. Ni 'first time' kita ni Bang.

Pakwe: Jangan risau. Sini 'port' baik punya. Kawan Abang rekemen. Pencegah maksiat tak sampai sini.

Makwe: Tapi Abang... auw. Abang. Abang. Sabarrrr... hehe.

Pakwe: Mana bisa mahu halang ombak memukul pantai! Hehe.

'TOK TOK TOK' cermin kereta di ketuk.

Pencegah 1: Kami dari pencegah maksiat. Sila keluar dari kereta. Ni kenapa pakai coli atas kepala ni?

Makwe: Abang... takut.

Pakwe: Saya tak wat apa-apa cik. Saja pakai coli atas kepala ni. Buat kajian seket.

Pencegah 2: Keluar dulu...

Mak cik pencegah: Pakai baju adik.

_________________________


Kadang-kadang Tuhan terus bagi kita peluang untuk melakukan maksiat supaya kita ada usaha, niat untuk berhenti.

Tapi ada juga Tuhan tak bagi kita melakukan maksiat kerana Tuhan sayang kan kita.

Sama macam pasangan dua tu, mereka baru pertama kali menceburi bidang 'kereta bergoyang di tempat gelap di kala bulan menjelma dan bintang berkelipan, burung hantu pula rajin mencari makanan'. Bidang ini panjang sikit namanya sedondong dengan kerjanya yang makan masa yang agak lama. Yang pancit awal tu lain cerita la. Keh Keh Keh.

Izinkan fahami betul-betul ye!

Hue Hue Hue.



Ceritera 12: Ica, Coklat Dan Gigi


Ica berlari-lari dari ruang tamu ke dapur lalu di bukanya pintu sejuk laju-laju. Di capainya coklat yang cantik tersusun di ruangan atas.

Gua yang sedap pekena kopi lalu menegur Ica.

"Ica, dah berapa banyak makan coklat?"

"Enam dah!" jawab Ica lincah.

"Ica, tadi dah makan banyak coklat tu. Nanti makan banyak-banyak rosak pula gigi"

"Tengok gigi sikit..." bicara gua.

Ica nganga.

"Haaa... putih lagi gigi tu... tak sayang ke kalau rosak?"

"Ica nak makan tiga je" jawab Ica.

"Haa.. kejap" lantas gua berlari ke bilik.

Gua pergi ambil baju putih doktor yang bini gua punya lalu berlagak jadi doktor gigi.

"Ica tahu gigi kita ada rongga-rongga di antara gigi ni?"

Lalu gua capai dua biji epal di atas meja makan.

"Rongga ini sama juga macam ruang kosong antara buah epal ini. Kalau banyak makan coklat, jadi gigi mudah rosak kerana coklat terlekat di celah gigi"

"Tapi Ica gosok gigi Bah" jawab Ica.

"Gosok gigi juga tak memadai, kita mesti kena jaga pemakanan kita. Ica tak pernah jumpa doktor gigi kan? Dia punya alat, memang menakutkan tahu? Sakit kalau kena cabut sebab gigi kita rosak"

"Cuba Ica bayangkan. Gigi rosak. Dah tak boleh makan kentaki. Haa.." sambung gua lagi.

"Tapi Ica nak makan satu ja. Nah Abah simpan dua lagi" jawab Ica.

Lalu Ica berlari ke ruang tamu balik.



*Arghhhhhhhhhhhhh.


Ica tak faham gua tak bagi makan dah coklat walaupun satu pun!


Pendorong Kejayaan Saya


Tajuk: Segmen Pendorong Kejayan Saya

1) Sila letak header AKAL TUNJANG BLOG

Sudah!!!

2) Ceritakan tentang orang yang mendorong kejayaan kamu. Nak cerita pasal pernah melalui lorong hitam boleh juga.

Hai Hai... nama ittew... tutttt... rahsia. Ittew berumur 16 tahun. 16 tahun erk?

Okay. Berbalik pada segmen Abang Hiro yang kacak lagi berpedoman dan pujaan ramai, pendorong kejayaan saya ialah PAKWE ITTEW. (Sila berikan tepukan gemuruh). Nama pakwe ittew ialah... tetttttt. Rahsia. Rahsia erk?

Hehe. Pakwe ittew banyak memberi semangat pada ittew semasa ittew mahu ambil PMR dahulu. Kami banyak belajar bersama kerana kami sebaya. Diew tolong ajar ittew apa yang ittew tak faham, dan sebaliknya.

Pakwe ittew turut memberi motivasi seperti;

"Sayang mesti belajar pandai-pandai, nanti anak kita kagum"

Sukew Sukew!!!


3) Pujian untuk pendorong saya?

Ittew sayang awak! Ittew tak tahu macam mana keputusan PMR ittew kalau awak tak ada di sisi ittew. Ittew perlukan awak. Nanti SPM kitew belajar sama ea? Erk?


4) Soalan untuk Abang Hiro.

Abang Hiro hencem!!! Ittew suka blog abang Hiro. Datang la singgah blog ittew taw. Ada gambar pakwe kesayangan ittew. Erk?

Hehe.



___________________________________

Perghhh... Pakwe 'diew' diutamakan???

Cilakak betei!!!

Mana perginya rasa terhutang budi pada mak dan ayah??? Mak dan ayah yang tolong kejut pagi-pagi, bagi duit, teman buat kerja sekolah masa kecik-kecik. Tolong siapkan karangan jika anak demam, punyalah risau kalau anak kena denda dengan cikgu.

Ingatlah dik, Mak dan Ayah walaupun tak nampak pendorong kita secara langsung, tapi mereka sentiasa mendoakan kejayaan kita.

Kita tengah sedap-sedap berdating dalam masa yang sama sedang belajar bersama, Mak Ayah kita menitis kan air mata berdoa. Siang dan malam tu.

Gua menyampah baca entri orang yang suka sangat puja dan puji pakwe/makwe dia;

"Makasih U, teman kita belajar tadi. Sayang awak!"

Tengah syok bercinta, memangla best...kalau dah kawen, tak ada punya nak I love U, U love Me tayang-tayang bagai.

Tak ada maknanya kalau ade pakwe/makwe, dia boleh bagi semangat nak belajar. Kalau tengah gaduh?

Sedar la ye.

Erk?




Ekpedisi Berbasikal Ke Air Terjun Pelangi



Budak-budak hebat!


Hari pertama: Mendaki Bukit Panorama di malam hari. Tujuan hanya satu, untuk melihat matahari terbit pagi esok.

Lebih kurang satu jam setengah mendaki, tiba di puncak. Mendirikan khemah. Masak. Tidur.

5.45 pagi: Terkejut dengan keriuhan puak berkulit putih. Melaung bising. Nak juga gua ambil lighter bakar kulit dorang.

6.50 pagi: Mendung. Lantas hujan turun. Hati berduka mata berkaca. Hajat mahu lihat matahari terbit tidak kesampaian.


Hari Kedua: Mengayuh basikal menuju ke Air Terjun Pelangi. Bermalam dahulu di tapak perkhemahan. Ada air terjun juga dekat situ.

4.00 pagi: Bangun. Masak sarapan. Pekena roti campur telur hancur dengan air teh. Dia punya sejuk, memang juara sejuk. Macam dekat luar negara. Cakap keluar wap air. Keh Keh Keh.

5.30 pagi: Bertolak gerak ke Air Terjun Pelangi. Dalam gelap gelita namun di temani dengan cahaya rembulan serta lampu Hilux. Ada bawa headlight dan juga lampu suluh macam pak cik balik masjid pun ada.

6.45 pagi: Berhenti solat Subuh. Isian air. Rehat.

7.10 pagi: bertolak ke Air Terjun Pelangi. Dengan berbasikal. Dia punya curam bukit, memang boleh di bawa taubat. Dah tak ingin dah nak datang lagi guna basikal.

10.15 pagi: Sampai di kaki bukit Air Terjun Pelangi.. Perlu mendaki ke Air Terjun Pelangi..

11.00 pagi: Sampai di Air Terjun Pelangi. Perghhhh. Macam masuk satu alam fantasi. Cantik kemain. Tak dapat gambarkan perasaan suka. Segala lelah dan penat terus hilang di kala kaki masuk dalam Air Terjun Pelangi.

1.30 petang: bergerak pulang.

Antara gambar Air Terjun Pelangi:


Tinggi woooiii!


Abaikan puteri bunian tersebut.


Air terjun Pelangi berada Sungai Lembing, Pahang.


Pelangi berlaku kerana matahari berada betul-betul mengadap air terjun ini.



Sekian daripada gua setiausaha tak bertauliah. Keh Keh Keh. Best juga tulis entri berdiari rupanya. Haha.


Gambar kredit kepada: Fa' Cystal (Awek ber-DSLR)




Ceritera 11: Ica Dan Darah


Petang itu Ica jatuh. Lutut dia berdarah. Nasib baik tak nangis. Main kejar-kejar dengan arnab dia.


"Meh sini Ca. Abah sapu luka tu"

"Bah, kenapa berdarah Bah?"

"Sebab dalam badan kita ada darah. Darah ni penting untuk mengangkut oksigen. Ica boleh bernafas sebab oksigen la.." jawab gua kagum.

"Ooo..kenapa warna merah?"

"Sebab bukan warna hijau. Kuang Kuang Kuang" balas gua nakal tapi masih mengekalkan ciri kebapaan.

Ica pandang gua tak puas hati.

"Okay, mari Abah terangkan proses pembekuan darah ni. Bila kita berdarah atau luka, keping-keping darah ataupun dikenali sebagai trombosit berfungsi untk membekukan darah. Trombosit yang pecah mengeluarkan enzim trombokinase di kenali sebagai pengaktif protombin. Trombokinase mengubah protombin menjadi trombin dangan bantuan mineral calsium dan vitamin K.," terang gua.

"Selanjutnya, trombin merangsang fibrinogen membentuk benang fibrin. Benang fibrin menyebabkan darah membeku kerana benang fibrin berbentuk seperti jaring yang menangkap dan menghalangi sel darah merah keluar dari pembuluh darah yang rosak," sambung gua lagi.

"Fibrinogen ialah sejenis protein darah yang berperanan dalam pembekuan darah'

"Ica faham tak?" tanya gua.

"Ica nak sambung main la Bah" kelihatan Ica pening menerima ilmu peringkat tinggi daripada gua.

Fikir-fikir balik, gua belajar Biologi ni untuk terangkan pada budak berumur tujuh tahun rupanya.


Terima kasih Cikgu Nor Hayati. Ajar gua Biologi. Keh Keh Keh.


Slot Cengkerama Siri 6 :Tersimpul Mati Di Kaki Banjaran (Akhir)


Maaf atas sebab kelewatan daripada Krew Cengkerama bikin cerita. Maaf sekali lagi. Keh Keh Keh! Bajet ada orang baca. Haha.

Macam biasa:

Episod 1: Chacha

Episod 2: Leplep

Dan slot yang sudah berjaya terbit: Slot Cengkerama Blog

____________________________________________________


"Hahahahahaha.." gelak Muiz rakus.

"Hahahaa..." Muiz gelak lagi.

"Kau ingat kau akan terlepas?"

Melihat jejak kaki mereka, Muiz dapat agak mereka bakal menuju ke arah sarang maut mereka.

"Kau orang bertiga tak boleh lari!!!" laung Muiz yakin.

Pengalaman Muiz dalam hutan ini sudah setahun. Selok-belok hutan ini memang dalam ingatan dia.


*******

Lans Koperal Bukhari berulang kali memeriksa peluru pistolnya. LK Bukhari tak mahu kejadian kehabisan peluru semasa latihan dia dalam hutan berulang kembali.

Pistol keramatnya yang sudah tujuh tahun di milikinya. Pernah menang pertandingan Counter-Strike semasa tingkatan tiga. Dan menang dua tahun berturut-turut memaksa dia menceburi bidang polis.

Dalam polis, dia antara penembak handalan. Paling persis dan tepat tembakannya.

Wahab, Amin dan John masih tidur. Matahari mula menegak. LK Bukhari bagi peluang mereka untuk dapat tidur yang cukup. Malam tadi mereka berjalan walaupun dalam keadaan gelap. Penat lelah hanya Yang Satu saja tahu. Berjalan tanpa henti dari senja sampai subuh.

"Kesian..." desus LK Bukhari dalam hati.

Wajah kepenatan kelihatan. Mereka bertiga terpaksa terbabit dalam hal ini. Mungkin mereka saksi. Saksi kepada apa? Haa.. yang tu LK Bukhari tak dapat pastikan.

"Woiii. woiii.." LK Bukhari mengoncang badan mereka bertiga. Mahu juga LK Bukhari guna kaki. Tapi integriti Polis dia kena jaga.

"Kita kena gerak sekarang" ujar LK Bukhari.

"Lapar...." sayu saja suara Wahab.

"Saya pun lapar Cik. Rindu nak update status dekat Facebook," Amin berkata-kata.

"Saya nak berak" bicara John.

"Macam-macam lah! Kita akan menyusur sungai. Nanti apa-apa kita cari makanan dekat situ. Okay?" balas LK Bukhari.

Mereka bertiga menganguk lemah.

Lantas mereka membuka langkah.


********

"Air...air..." laung Wahid.

Wahid bergegas terjun dalam anak sungai itu.

"Tunggu! Jangan minum lagi!" LK Bukhari bagi amaran.

Hampa di riak muka Wahid.

"Kenapa? Air ni... bukannya nasi briyani nak basi-basi," tanya Amin.

"Air itu nampak berminyak! Warna pun macam pelik je" terang LK Bukhari.

"Emmm" John cuba berfikir.

"Cik... macam lorong menuju ke ladang je tu" beritahu Amin yang masih ingat.

"Cik ini paip apa?" tunjuk John.

"Jangan bergerak! Tempat ini sudah di kepung!!!" ada suara dari belakang mereka.

"Tunggu! LK Bukhari di sini" sambil menunjukkan lencana polis.

Pihak polis lengkap bersenjata M-16 masih mengacukan kepada mereka berempat.

"Mahu gua bacakan nombor polis ke?" sambung LK Bukhari lagi.

"Kami dari pihak Polis Elit. Gerak khas cawangan Pahang" beritahu ketua dia sambil merapati LK Bukhari.

"Ehh..itu bukan Inspektor Haliza ke? Pehh korang buat reunion ke? ini drama Datuk Yusuf eh? Mana kamera?" soal Amin.

"Sayang, jika sayang lihat abang dalam TV nanti... percayalah Nor Hayati bukan awek abang. Cinta abang pada sayang masih utuh!" bermadah oleh Wahid.

"Betul ke ni hanya drama? Nak jugak nak jugak..Hello there, I'm john. I not terrorist. I animal lover. Keh keh Keh" gurau John.

"Tiga-tiga aku hatuk karang. Itu adik Abby Abadi lah. Dia kerja polis gak," balas ketua polis gerak khas itu.

"Oooooo..." mereka bertiga mula malu dengan awek polis.

"Jadi ni bukan drama?" soal Wahid untuk mendapat kepastian.

"Yes!" jawab ketua polis itu lantang.

"LK Bukhari, saya Inspektor Halim. Kami dapat maklumat mengenai ada rumah yang proses dadah berkualiti tinggi. Dadah ini akan di eksport di seluruh Asia Tenggara," ketua polis itu bersuara.

"Hoo. Patutlah mereka bertiga ni sangat bernilai" balas LK Bukhari.

"Mungkin hasil dadah mereka dalam 45 Billion US Dollar," sambung ketua polis itu lagi.

Terbeliak semua mata yang ada disitu.


*******

"Terima kasih. Terima kasih. Saya hanya menjalankan tugas. Sudah menjadi tanggungjawab saya menjaga nyawa orang tak bersalah," ucap Koperal Bukhari.

Beliau sudah naik pangkat hasil daripada tindakan beraninya tempoh hari. Ketiga-tiga saksi itu selamat.

Pommmm.

Kedengaran satu das tembakan. Dada Koperal Bukhari mula berdarah. Koperal Bukhari cuba menutup pengaliran darah. Tetapi masih laju alirannya.

Pemuda yang tembak Koperal Bukhari terus menghilang.


*******

"Haha. Puas hati aku," gelak Razif selepas mendapat berita kematian Koperal Bukhari.

"Kau memang terer... memang terer Muiz" puji Razif.

Razif yang dulunya Inspektor Razif telah meringkuk dalam penjara dan menghitung hari ke tali gantung. Dia dipercayai dalang di sebalik rumah proses dadah bermutu tinggi itu.

"Kau memang kena mati Bukhari. Sejak kau pindah, aku tahu kau bakal bawa sial pada aku. Rasakan"

"Hahahahahahahahaaa.." gelak tawa Razif masih berterusan. Puas di hatinya tak terkata.


*******

Ketiga-tiga saksi yang terselamat juga di jumpai mati kena tembak.

"Aku hanya menjalankan tugas," bilang Muiz selepas menembak John di kepala. John adalah orang terakhir selepas Muiz berjaya menembak Amin dan Wahab.

Lantas Muiz berjalan sambil memegang pistol yang masih berasap dengan rokok Wiston di mulutnya.




Malam Maksiat



Malam tadi, kami bercadang untuk menikmati keindahan alam dan alam burung serta alam maksiat dekat Teluk Cempedak, Pahang.

"Malam ni ada sekumpulan burung kakak tua berterbangan girang daripada Kelantan mahu ke Johor. Permindahan kawasan. Ikut angin timur tengah," bilang Alif yakin.

"Hoo Hoo," setuju sahaja kami.

Alif seorang yang paling pendidikan tentang hal burung ni. Dia sorang sahaja yang tak masuk 'U'. Jadi dia bolehlah isi otak dia dengan molekul-molekul serta jisim ilmu alam dengan berkawan dengan orang tua di warung kopi.

Alif: Sebelum itu, adalah molek kita pergi tinjau pasaran saham awek-awek tak berapa nak awek ni.

Suffian Johan: Maksud sedara??

Tanya Suffian yang berada di tepi Alif yang ligat memutar steering kereta.

"Pondan la ngok", jawab Sepul Azimi.

"Oooo..." Suffian Johan mula mengerti.

"Sedak. Sedak" sampuk gua.

Kereta kancil yang sarat dengan lima penumpang menuju lorong hitam.

Dari kejauhan, ada kereta Mercedes berhenti tepi awek pondan yang cantik lagi menggoda.

"Berapa?" tanya pemuda dalam kereta Mercedes itu.

Awek tu gesel-gesel pada tingkap kereta Mercedes itu lalu menunjukkan jari 5. RM0.50 barang kali.

Lalu kereta Mercedes itu berlalu pergi. Ada sedikit kehampaan pada wajah awek tu.

Lalu Alif memandu terus ke awek tu. Lantas awek tu langsung tak pandang kami. Mentang-mentang la naik kereta kancil.

"Cilakak!" laung gua.

Kami teruskan lagi perjalanan. Dalam cahaya samar. Masih ada sekumpulan pondan dekat lorang gelap.

"Ni kenapa dalam gelap ni?" soal Aliff.

"Hodoh!"

Awek tu dikatakan punya rupa paras yang tak menjadi, lalu terpaksa menyorok dalam yang samar.

"Ni kenapa termenung ni?" tanya Alif lagi.

"Tak dapat lagi 'makanan'!" balas akak yang agak berumur. Suara garaunya masih jelas walaupun berkecimpung mungkin sudah lima tahun.

Gelak sakan kami berempat. Gua gelak sopan dan masih mengekalkan ciri jejaka pilihan. Semua gelak kecuali Farid.

"Kau ni kenapa senyap daripada tadi Farid?" soal gua.

"Ittew rindu awek ittew!!" jawab Farid.


Demm!


Lalu kereta kancil putih menuju ke Teluk Cempedak. Farid di tinggalkan bersama awek-awek pondan itu.

Kah Kah Kah!


Siri Bercakap Dengan Tok Chacha: Makanan Hantu



Malam sudah lama menerjah. Sinar mentari kian tak kelihatan. Rumah usang yang di diami Tok Chacha dengan Amirul Amir hanya bercahayakan lilin dan lampu minyak tanah.

Daripada lilin itu, Tok Chacha dapat meneka sekarang sudah pukul 9.47 malam.

Tok Chacha: Tok baru nak tido nih... kalau Tok bangun lambat karang, kamu tolong bagi makan Tok punya polong 2 ekor tu yer... makanan deme Tok dah siapkan. Kepala beruk dengan darah belut... ada dalam kereta sorong kat belakang nun.

"Untuk hantu kopek Tok?" tanya Amirul.

"Hantu kopek tu, kamu bagi daging badak air campur minyak sensaoil dengan darah lintah, kadang kala kena taruk sos sikit. Kalau muka dia toye semacam tu, kamu taruk cuka. Semua ada dalam peti tu"

"Makanan tuk toyol Tok?" tanya Amirul lagi.

"Petang tadi Tok ada pergi pasar malam. Tok ada beli patung barbie. Ralit tengok dia duk main. Tak bagi takpe. Kalau dia merengek lapar, bagi friskies yang si Tommy punya tu"

"Jembalang Siam Tok?"

"Puasa" jawab Tok Chacha ringkas.

"Siap tok!!"

"Tok aku ni, suka sangat bela benda pelik ni. Urban katanya. Senang nak itu la, nak ini lah. Aishhh, dah la makan susah nak cari. Ada ke jembalang siam ni nak dating dengan Rapunzel?" getus Amirul dalam hati.

"Bapak mengarut! Keh Keh Keh," gelak Amirul Amir sendiri lalu sambung kerja sekolah yang di beri oleh Cikgu Nadia.

_______________________________


Aishhh, banyak pantang-larang nak jaga deme tu. Bahaya kan? kan? kan?

Lu orang berani nak main dengan dorang ni? Dah la susah nak cari makanan dia, nak jaga hati mereka pula. Baik berdoa pada Illahi je kan? kan? kan?

Baik kita berusaha dengan daya upaya sendiri kan? kan? kan?

Tak yah la main bela-bela ni kan? kan? kan?



Hidup Ini Biar Ber-Etika

Bercinta pun perlu etika juga.



Keluar daripada kelas, laju sahaja Suffian Alias berjalan menuju ke kafe. Lapar katanya.

"Tunggu lah aku Suffian," laung gua.

"Cess... pesen tak ada etika. Laung macam pasar malam," balas Alias.

"Hik Hik," gua gelak sopan.

Tengok ramai budak junior sedang beli makanan lantas Alias berkata;

"Mereka ni tak boleh beratur elok-elok ke? Etika mana??"

Marah sungguh Alias.

"Woii Man... ponteng pasni?" budak junior borak sesama mereka.

"Budak tak ada etika camnilah. Mak bapak bagi duit suruh belajar. Tapi ralit nak bercintalah, berkaraoke la, shopping lah, ponteng lah" marah Alias.

Insaf juga gua tengok geng budak junior daripada riak wajah mereka.

Habis je kuliah, gua dan Alias serta member lain berjalan sama.

Nampak je kucing sedang berusaha menambahkan populasi di kolej gua, Alias jerkah kucing tu.

"Kucing ni, tak ada etika betul!! Ada ke romen tengah jalan ni. Bapak tak ajar ke. Dah la siang lagi ni"

"Kalau bernafsu kucing sekalipun, romen lah bawah kereta ke, dalam longkang ke, ni tak..di depan ramai jugak di pra-tontonnya" sambung Alias lagi.

"Ni, sapa parking macang faking ni!! Langsung tak ada etika. Noob" marah Alias lagi.

"Sebenarnya etika tu apa Alias?" tanya member gua yang tak berapa nak kacak sangat.

"Ko ni pun satu. Dah nak graduate pun tak faham apa itu etika" jerit Alias pedas.

Amar Asaruddin tunduk malu. Menitik juga air matanya sepam dua.

"Etika tu nama awek aku la. Erin Etika Zurin" ujar Alias lembut.

Faking Shitttttt...

Alias di belasah dengan kejam. Tunggu lah akhbar esok, Kosmo, Utusan ke, Metro. Mungkin tajuk muka depan begini;


"Mahasiswa Dibelasah Kejam"


Xabi... ingat apa la tadi. Alias dapat awek baru. Nama Erin Etika Zurin. Kalau tak keluar akhbar juga, gua lipat la jawabnya. Keh Keh Keh.




Pakwe Kesayangan Saya


Tajuk: Segmen Pakwe Kesayangan Saya (Edisi Untuk Follower Perempuan/Gadis/Lelaki anggap dia perempuan/Lelaki pakai coli)


1) Sila letak header AKAL TUNJANG BLOG
Sudah!!!


2) Ceritakan tentang pakwe awak sekarang. Nak cerita pasal peribadi mahupun serius boleh juga. Pakwe awak tu perempuan misalnya.

Hmm..ittew berumur 14 tahun. Ittew baru ada pakwe. Nama pakwe ittew Khairul Akmal Hakim. Kacak orangnya. Dia ketua pelajar semasa berada darjah 6 Azam Membara dan ketua kelas darjah 4 Bunga Mewangi.

Dulu ittew tak suka lagi kat abang khai ittew tu, bila dah naik tingkatan satu, ittew mula berkenan. Ittew mula mengorat dia pelan-pelan. Ittew rasa sedak disampingnya.

Naik tingkatan dua baru diew rindukan ittew, sayang kan ittew. Pastu ittew sah jadi awek diew. Ittew suka sangat.

Ittew sayang kat abang khai iteww sangat-sangat.

Cayang!!!!

Pengalaman bersama si dia?
Ittew selalu tengok wayang ngan diew. Ittew tak pernah wat pape yang bertentang dengan agama. Setakat diew pimpin tangan ittew tu ada la. SUKA!!!


3) Soalan untuk Abang Hiro.
Okay, abang hiro, ittew dah 12 kali jawab segmen abang ni. Tak pernah abang datang jenguk. Sedangkan pengetua sekolah ittew pernah datang ke kelas ittew. Abang khai ittew pernah singgah blog ittew. Hue Hue.

Sedih tawwww!!!

___________________________________

Budak-budak sekarang bulu tak tumbuh dengan mekar mahupun dada tak masak ranum pun dah berpakwe bagai. Lepas tu mula lah ketagih cinta. Ketagih kasih sayang. Putus cinta mulalah meroyan sakan. Mengamuk. Penyakit babi hutan semua.

Apa tak cukup ke kasih sayang ibu bapa?

Putus kapel. Putus kapel sampai kahwin. Kalau ada yang hati tisu tu;

"Saya benci lelaki. Sama saja. Benci"

Mengapa gua kisah sangat?

Sebab lu kata...


"Saya tak boleh hidup tanpa pakwe saya..."


Bukan ke kita perlukan oksigen, air dan makanan untuk hidup. Konsep Sains awak salah. Kesian cikgu Sains awak ajar penat-penat.

Gua lain la..hehe.


Keh Keh Keh.



Ceritera 10: Ica Dan Kentaki


Hari-hari makan kentaki tak muak ke woii?


Berada dalam rumah;
Ica: Mama, mama masak la ayam macam dekat kentaki tu.

Selepas membeli-belah;
Ica: Abah..lapar. Nak makan kentaki.

Selepas tengok filem;
Ica: Kentaki pasni ye bah?

Bila balik rumah tok ma di Kelantan;
Gua: Ica, dekat kelantan ni banyak makanan sedap. Ica nak makan apa?
Ica: Kentaki!!!

Bila balik rumah nenek di Perak;
Gua: Nanti sampai rumah nenek, Ica nak suruh nenek masak ape?
Ica: Kentaki bah.

Tenang je dia jawab.

***

Arghhhh! Dalam sehari "KENTAKI" sering bermain-main di ruang pendengaran gua. Jadahnya balik Kelantan pun nak pekena kentaki. Jalan jauh ke Perak pun kena pekena kentaki?

Baik pekena kijang madu. Keh Keh Keh.


***

Ica: Lain kentaki kat KL dengan kentaki kat Kelantan bah. Kat Perak kentaki dia besar seket.

Adehhh!



Cuti Sekolah Saya


Tajuk: Segmen Pengalaman Cuti Sekolah Saya.

1) Sila letak header AKAL TUNJANG BLOG

Sudah!!!


2) Ceritakan pengalaman cuti sekolah anda secara ringkas... peribadi pun leh cerita. Datang bulan tak henti-henti misalnya.

Hmm..hari nie ittew cuti sekolah. Seminggu..sedak oiii. Shuke betei ittew. Sebelum cuti ittew ada pekse. Senang la jugak, sebab mak ittew ajar sikit, abah ittew ajar banyak. Hehe.

Oh. Pengalaman cuti sekolah ittew?
Ittew tak wat pape, ittew duk rumah. On9. Ittew nak update blog tiap hari cuti ni. Ittew nak berfesbuk puas-puas. Nak upload gambar ittew kat sekolah hari tu.

3) Soalan untuk Abang Hiro.
Okay, abang hiro, ittew dah 23 kali jawab segmen abang ni. Tak pernah abang datang jenguk. Sedangkan PM pun turun padang jenguk masyarakat. Abang tu tak datang pun blog ittew yang kaler pink lagi menarik ni. Hue Hue.

Sedih tawwww!!!

___________________________________

Budak-budak sekarang dah tak teruja nak balik kampung jumpa nenek, datuk, saudara jika ada alam maya ni. Gua harap anak gua tak macam ni nanti.

Seingat gua, dulu pantang je ada cuti terus gua dan adik-adik ajak keluarga keluar jalan-jalan, bercuti, tengok alam, pergi zoo mahupun pergi beli sup belut.

Kalau abah gua tak leh bawak bercuti, gua pergi dengan abang, kakak, adik mahupun kawan-kawan. Bila lagi nak gembira di alam realiti. Kan?

Nafsu mahu bercuti sudah bertukar menjadi nafsu untuk melayari internet. Patut pun lemah je fizikal budak zaman sekarang. Ye dak?



Peringkat Cinta



Ketika tadika 5 tahun-6 tahun..tak ada awek.

Ketika darjah 1-6...tak ada awek.

Ketika tingkatan 1-5...tak ada awek nak.

Ketika matrik....pun tak ada awek lagi.


Fikir-fikir balik, tak kacak juga gua sebenarnya.

Budak zaman sekarang darjah 1 dah berkapel bagai.

Tapi gua ni?

Masuk universiti baru orang nak. Skema betul gua dulu. Keh Keh Keh.


Siri Bercakap Dengan Tok Chacha: Cinta



Amirul Amir ini baru berusia 15 tahun. Tapi mahu juga untuk mengetahui apa itu cinta. Maka, dia tanya pada datuknya yang penuh ilmu di dada. Selaras dengan datuknya pakar ilmu bomoh dan ilmu silat.


Amirul Amir: Tok, tok boleh jelaskan apa itu cinta tak tok?

Tok Chacha: Kamu masih mentah lagi untuk bicara soal cinta wahai anak muda.

Amirul Amir: Masa muda inilah berguna untuk pelajari apa saja. Termasuk belajar soal cinta. Karang umur tok baru nak belajar. Memang tak masuk!

Tok Chacha: Ye lah cu. Maka, pergilah engkau ke kampung sebelah. Di sana ada pasar tani. Kau tanya pada peniaga apa itu cinta. Tapi hanya tujuh orang peniaga saja. Faham?

Amirul Amir: Iye tok. Iye.

Perjalanan yang makan masa 1 jam berjalan kaki itu tidak mematahkan semangat Amirul Amir mengetahui apa itu cinta.

Maka, selepas sampai di pasar tani. Amirul Amir terus bertanya pada para niaga dekat sana.

Amirul Amir: Tumpang tanya, apa itu cinta ye pak cik?

Peniaga 1: Cinta itu indah. Cinta itu melalaikan. Cinta itu buta. Jika anak muda mahu bercinta. Hati-hati. Jerat percintaan mungkin nanti dihadapi anak muda.

Peniaga 2: Cinta itu umpama hembusan nafas. Kita dapat rasa. Tapi tak dapat pegang. Adakalanya hembusan nafas kita terpaksa kita lepas kan?

Peniaga 3: Cinta itu seperti ombak memukul hentian pantai. Sering dan beralun. Mesra dan lembut. Sentiasa dan tiada henti. Siang dan malam. Itu lah cinta. Sentiasa mahu bersama orang kita cinta.

Peniaga 4: Cinta itu indah. Mendamaikan. Memerlukan kasih sayang, kejujuran, kepercayaan dan keikhlasan.

Peniaga 5: Cinta ini umpama kau mengejar rama-rama. Semakin kau kejar, semakin dia menjauh. Jadi, biarkan cinta hadir dalam sendiri.

Peniaga 6: Cinta boleh diibarat wanita. Kompleks. Sukar di fahami. Kadang kala okay, kadang kala kena baling dek mangkuk.

Peniaga 7: Cinta bak ais. Nikmati dia sebelum cair. Tapi jika kau nak menjaga. Dan sayang akan cinta itu. Kau harus fikir macam mana nak buat cinta itu tak cair. Faham??

"Amboi..pening kepalaan nak ingat semua maksud ni. Aduhhhh. Marah dek datuk nanti. Menyesal tak catat"

Amirul Amir sedikit gusar. Risau kena marah. Kena jalan kaki selama satu jam. Lepas tu nak ingat pulak ketujuh-tujuh maksud ni.

***

Tok Chacha: Bagamaina anak muda? Apa itu cinta.

Amirul Amir: Errr. Cinta itu umpama rama-rama. Jika kita kejar. Dia akan lari. Kalau tak kejar dia datang. Cam gitu lah tok.

Tok Chacha: Lagi...

Amirul Amir: Aiyak! Tak ingat la tok.

Tok Chacha: Sudah nampak apa itu cinta?

Amirul Amir: Hah?

Tok Chacha: Cinta itu banyak definisi. Lain orang, lain tanggapan. Maka kamu ingat satu tu kerana kamu suka akan kata-kata dia. Kan. Samalah cinta. Kamu sudah jumpa orang yang sesuai. Maka kamu berkenan dengan dia. Lantas kamu bercinta dengannya.

Peniaga itu umpama persinggahan cinta kamu. Kamu harus kenal ramai orang untuk mencari siapa cinta kamu. Jika kamu ada 7 pilihan. Hanya 1 pilihan yang benar-benar kamu yakin akannya. Maka pilihlah dia. Percaya dia. Dan setia dengannya.

Faham?

"Tak!" jawab Amirul Amir ringkas.

Lantas Tok Chacha menbelasah Amirul Amir dengan kasarnya.

"Pesen bengap!" getus Tok Chacha dalam hati.


_____________________________________________


Lu orang bercinta bagai nak gila tu..habaq mai definisi cinta sket!!!

Keh Keh Keh.





Slot Cengkerama Siri 5: Rock n Roll Anak Seni Jalanan (Akhir)


Maaf lewat update. Dengan gua jangan la berkira sangat. Cayang korunk!! Hik Hik. Sila muntah.
Edisi Ahad.


Kalau mahu lebih faham dan kesan terbaik. Lebih molek baca yang ni dulu.




___________________________________________________________


Pakar motivasi ni memang pakar orang nya. Di katakan beliau ini adalah guru kepada Dr. Fadzilah Kamsah. Cuma dia ini 'low profile' sikit. Malas nak masuk TV.

Setelah jalani beberapa petemuan dengan Ismail Harun. Beliau dapat temui beberapa cara paling berkesan.

Beberapa saranan pakar motivasi ini ialah, Ismail Harun terpaksa menukar nama kepada Wardikar Superjo Suparman.

Beliau berpendapat, roh Kurt Cobain amat takut pada Wardikar Superjo Suparman kerana semasa mengadakan konsert di Indonesia, Wardikar ini telah memarahi Kurt kerana Kurt memijak katak yang ada saka. Lantas saka terbaiknya mati. Mati katak.

Saka itu minat Kurt Cobain. Merayu-rayu mahu menonton konsert Kurt. Nak tak nak, Wardikar ini terpaksa bomohkan saka menjadi kata lalu dihantar di atas pentas di mana Kurt sedang adakan konsert.

Secara tak sengaja, Kurt terpijak katak itu.

Lantas selepas kena marah dengan Wardikar Superjo, Kurt demam seminggu.

Maka, hebohlah satu Malaya mengatakan Ismail Harun ini sebenarnya pendatang asing tanpa izin. Buruh binaan la. Ariel Peterpan la, Anak presiden Indonesia la.

Yang paling gampang tajuk sensasi ialah. Fasha Berbikini, Wadikar Superjo Berspender'

Macam biasa, Metvo Harian masih membekalkan berita lucahnya bertajuk; "Wadikar Lemas Dalam Dakapan Luna Maya"

Selepas menggunakan nama itu selama setahun. Wadikar Superjo masih merasakan ada yang tak kena. Masih terngiang-ngiang suara Kurt itu.

Langkah pertama tak menjadi. Maka pakar motivasi menggunakan segala ilmu dan pengalamannya. Segala tenaga otak dan sel DHA dikerah. Di gabungkan segala virus bijak dan virus pintar.

"Saya syak roh Kurt ni gay. Apa kata awak bedah jantina. Jadi ponnndaa..."

Belum sempat pakar motivasi habiskan kata-katanya, beliau dilempang. Ismail Harun guna kaki. Itu teknik terbaru dipelajari Ismail Harun selepas bosan bermain gitar menggunakan tangan. Adakalanya dia bermain gitar guna kaki. Itu sebab kawalan kakinya sangat padu.

Tersungkur pakar motivasi itu. Tag nama tertulis "Dr. Suffian" terpelanting masuk dalam akuarium ikan emas.

"Nah. RM30. Kita dah habis. Selamat tinggal" kata Ismail selepas membaling duit berwarna merah tiga helai.

Doktor Suffian ni pakar motivasi. Tapi murah. Itu sebab segala nasihatnya macam gampang.

Fikir-fikir punya fikir. Suara itu hanya mahukan sesuatu yang bernilai daripada Ismail.


"Kah kah kah..Gua kemari bukan nak berkawan atau bersilat dengan lu..Gua cuma mahu menyampaikan pesan..Lu akan berjaya Ismail..Akan berjaya..Jadi artis terkenal..Banyak wang..Lu boleh main judi, tengok wayang..Boleh tengok joget..Ramai gadis akan tergila-gilakan lu..Tapi..Lu perlu melalui satu perjalanan yang perit dan payah..Lu juga perlu korbankan sesuatu yang paling lu sayang", kata lembaga tersebut


Masih lumat di ingatan Ismail.

***

Ismail Harun Di Jumpai Mati Bunuh Diri -Berita Harimu.

Ismail Harun Terjun Bangunan 32.1 Tingkat -Utus Utus.

Penerjun Tak Bertauliah- Malaysia Hari Ini.

Artis Popular Ceburi Bidang Terjun- Bi*Pop

Artis Popular Cemburui Daniel Bego- Berita Sarawak Kini.

Bangunan 32.1 Mungkin Akan Berhantu Di sebabkan Wardikar Bunuh Diri- Kosmoz

The King of Voice Suicide- New Left Times.

Tak dapat kawen dengan Risa Rusihani. Ismail bunuh diri- Manggis

Merogol Ifa Fauziah Lalu Bunuh Diri- Metvo Harian.


Ismail Harun bunuh diri. Kerana tak sanggup hadapi tekanan. Suara lembaga itu makin kuat mengacaunya. Dia di jumpai mati. Mati akibat terjun bangunan 32.1 tingkat. Bangunan terbengkalai.

"Haiyaa..ini orang ma..nak mati punya. Mati tempat lain ya...ini kasino bikin maaaa..." pemilik bangunan membuat ulasan tentang kematian Ismail Harun.


"Jiwanya kosong. Tiada pengisian Islamik. Tak pernah solat. Jauh lagi nak solat Jumaat. Fikirannya mungkin bercelaru. Terlalu fikir bukan-bukan. Tidak mendekati para ulama dan ustaz. Tak ada buku "Jangan Bersedih" dan juga tak menonton filem 2 Alam"


Begitulah kesimpulan dapat dibuat oleh Dr. Suffian Haikal. Pakar motivasi. Dan juga pewaris harta Ismail Harun secara tak sengaja.



SukaNeka: Kalau ada slot yang terlepas, boleh baca sini : Slot Cengkerama