3P



Persahabatan-Percintaan-Permusuhan


Persahabatan

"Hai.. lama tak mesej awak. Rindu la pula saya di sini sama awak"

Percintaan

"Hai... rindu la kat baby Abang ni. Wat pe tu?"

Permusuhan

Woi babi, patung barbie aku bagi kat kau tu bila nak pulangkan? Cilake!"


Okay. Begini... sebelum masuk peringkat percintaan mesti ada peringkat persahabatan kan? Misalnya, berakhir percintaan mengapa harus ada permusuhan?

(hadam kejak)

Bersandarkan pada pernah berkawan, lu tak kan nak buka aib bekas makwe/pakwe lu bila dah putus?

Contohnya;

"Pssst... Ex aku sebenarnya tak pernah solat wehh. Harap ja bertudung. Sebenarnya dia bertudung nak tutup rambut dia bergerbang tu"

"Ex I kan. Selalu rembat sos Thai kat kentaki cawangan Abu Taib. Masa dating pun rembat juga? What the Hell!!!"

"Balak aku ni fukimak punya orang. Nak top up pun suruh aku. Nak makan nasik pun mintak duit aku. Pesen miskin!"


Rasanya cukuplah tiga ini.


Jadikan, memang lepas putus dah hilang terus persahabatan? Sampai kena mencarut bagai dekat bekas pakwe/makwe?

Sebenarnya risau juga cinta tak jadi ni, rahsia yang di jaga selama boleh terbongkar serta merta jika putus. Jadi, masa bercinta tu.. jangan buat benda tak molek la. Bahaya. Potensi dia akan khinati kita pun kena fikir juga.

Kalau semua bekas pakwe baik, masakan tidak tersebarnya gambar-gambar awek berdada pink dalam tandas, gambar makwe pakai coli baring atas katil kan? Keh Keh Keh.

Pandai-pandai la lu orang bercinta. Gua nak nasihat pun, gua mana reti sangat. Hanya ada secebis iman dan segunung harapan supaya berkawan la molek-molek.

Bukan ruginya kawan dengan bekas pakwe atau makwe. Kawan biasa-biasa apa salahnya ye dak? Sekadar dia tahu kita tak simpan dendam dan hutang apa-apa. Tak kawan pun tak apa kalau benci sesangat. Jangan kianati dia. Dedah gambar, perkara buruk bekas pasangan dah molek dah.

Bekas pakwe atau pun makwe lu orang tu... tak kan sanggup nak dedah aib dia? Ohhh... lupa dah ada kebencian dalam diri. Emmm.



Slot Cengkerama Siri 7 - Antara Dosa Dan Jasa (Episod 2)

Edisi Sabtu - Episod 2


Baca episod 1 dulu. Tekan sini.


________________________(.)(.)______________________


"Dengar cerita, budak Berahim ni pernah masuk mencuri dalam kedai kau kan Zim?" tanya Mak Cik Rogoyah yang baru sampai ke kedai runcit tu dengan menaiki basikal anaknya.

"Aah. Masuk sepital seminggu budak Berahim ni aku kerjakan. Kalau tak kerana dia anak Tok Ayai, dah lama aku hantar budak ni ke neraka," balas Encik Azim.

"Budak Berahim ni bukan tak tahu aku ada senapang gajah. Masa masuk askar dulu pun, aku power pegang senapang tahu? Dah beratus kepala askar Jepun aku tembak," tambah Encik Azim lagi.

"Amboiii... kemain. Dia jahat sekalipun, belum tentu dia masuk neraka lagi" sampuk Cik Senah.

"Dah tutup seminggu, buka dua hari ja. Mana taknya. Kih Kih Kih" gelak Mak Cik Rogayah sendiri. Tapi pelan. Tak sampai pada telinga Encik Azim.

"Dah perangai macam setan, mencuri macam toyol! merompak, main judi, minum arak macam Macgyver tu? bukan setan ke?" lantang Encik Azim bersuara.

"Kot nanti dia bertaubat ke?" Cik Senah bersuara.

"Iman tak boleh diwarisi dan tiada di tepian pantai umpama buih-buih berlaga-laga sendiri wahai Cik Senah woiiiiiii," Encik Azim mula dada berkocak. Marahnya pada budak Berahim mula membuih.

Ada benar juga kata Encik Azim. Nur Ibrahim memang raja segala setan. Mat kutu. Motor mat rempit selamber aja di rembatnya. Motor EX5 Pak Haji Hassan kening bersambung pun di rembatnya mentah-mentah.

Hari itu, anak Pak Mulsalman baru beli motor LC. Duit daripada PTPTN. Kemain suka anak Pak Mulsalman. Bawa Intan Fazura keliling kampung naik LC-nya. Dalam seminggu gitu, dah lesap. Alahhh, anak Pak Mulsalman berenti kencing kejak dekat tandas masjid hujung kampung. Cuma lama sikit sebab zip seluar susah nak tarik.

Dua bulan menangis anak Pak Mulsalman tu. Sampai Intan Fazura keluar dengan Ferdi anak Pak Wijoyo pun dah tak ambil peduli.

***

"Nur, kalau ayah tak ada nanti. Kau jaga ibu molek-molek ya? Kau anak lelaki. Kau kena lindungi ibu," beritahu Tok Ayai.

"Hmmm... " balas Nur ringkas. Sambil garu-garu kepala dengan mulut menguap. Luas betei dia menganga. Luasnya sampai boleh makan sebiji epal sekali gus.

Ayahnya nak ke masjid solat subuh, dia pula baru balik dari lepak dengan kawan-kawannya. Begitulah rutin seharian Nur Ibrahim. Subuh balik rumah lepas makan tengahari baru keluar. Makan tengahari pukul tiga, empat petang memang kebiasaanya. Perut sebagai jam locengnya.

***

"Abang, Abang tak ada cara ke nak ubat Nur ni? Pergi la jumpa Bomoh Pak Usu dekat Kampung Bagai Rotan Di Belah Hujungnya Lalu Di Raut Halus-Halus Hingga Menjadi Lidi Lalu Di Jadikan Penyapu tu. Dia pandai buat air tawar. Terer kata orang kampung," bicara Fatimah. Bini Tok Ayai.

"Biarlah dia tu Fatimah. Awak jangan paksa dia sangat," balas Tok Ayai.

"Abang tak malu ke dia dilabel mat kutu kampung? Kaki hisap dadah? Pencuri bang? Saya tak sanggup bang. Kaki rogol? Hina-hina dia, dia tak pernah kacau anak dara orang bang. Rosak anak dara orang. Main lepas tu tinggal. Macam perangai anak Saleh Kuda tu," air mata Fatimah mula menitik.

"Dia akan berubah. Kita berdoa saja. Dia masa kecik tu, abang didik dia dengan molek. Abang dah tanam benih keimanan. Cuma benih tu belum bercambah lagi. Awak sabar ya Fatimah. Mana kopi saya ni? haus dah ni. Nur tak bangun lagi?
Lewat dia 'check out'. Keh Keh Keh," gelak Tok Ayai sorang.

Fatimah bini Tok ayai bergegas menuju ke dapur. Merajuk gamaknya.

"Nur... Nur... kau lupa ye?, dulu kau marahkan ayah. 'Kenapa ayah pergi masjid tak ajak Nur?', 'Kenapa ayah pergi ajar orang ngaji tak ajak Nur?', 'kenapa ayah solat tak panggil Nur?" Tok Ayai main dengan hati sendiri.

Soalan Nur yang sering berlegar-legar di fikiran Tok Ayai. Rindu. Masa tu, Nur masih berumur lima tahun. Dah tahu solat. Dah tahu mengaji.

***

Malam tu bulan mengambang. Bintang pula banyak berkedipan di langit sana. Burung daripada pantai timur mula berhijrah ke pantai barat.

"Ayah... Anna dah habis kerja. Abang mana?" suara Anna masuk dalam gegendang Pak Mikael. Halus dan lembut.

"Abang Jemy kau tak balik lagi ni. Tadi petang pergi pantai dengan kawan SPM dia dulu. Kau tunggu kejak. Ayah pergi ambil. Kau tunggu situ," balas Pak Mikael guna Black Berry.

Anna. Anak Pak Mikael. Baru lepas SPM, tapi rajin kerja sambil tunggu keputusan SPM. Dia kerja dekat kilang buat air botol dekat pekan kampung Nur Ibrahim.

"Mana ayah ni. Dah sejam dah ni," Anna bermonolog.

"Ah... jalan la dulu slow-slow," bisik Anna dalam hati.

Anna Farisya mula membuka langkah. Sampai cabang empat. Ada budak-budak lepak situ. Anak Saleh Kuda pun ada. Sekelip mata, Anna sudah diheret ke dalam semak belakang pondok tunggu bas.

***

"Kau buat apa dengan anak aku setannnnnnnnnnnnn", laung Pak Mikael.

Encik Azim yang kebetulan lalu dekat situ terus balik ambil senapang. Kejak lagi ada la kepala ditembaknya. Semakin ramai pula orang datang situ.

Anna masih menangis teresak-esak.


Bersambung...

Ikuti sambungan pada Brader Kemal. Baru di ambil kerja.







Peribahasa Pelajar

Semangat Melayu!



Peribahasa dan kata hikmat yang direka. Tiada kaitan apa-apa. Sekadar melepaskan tekanan di fikiran. Nafsu di testis. Kah Kah Kah!

Memandang ramai sedang belajar. Buat entri kena fikir guna otak... memang bukan tindakan yang bijak kan?

Rilek otak kejak.

_______________________


Bagai Belangkas Di Tepian Pantai

Maksud: Pasangan ada ke sana dan ke mari sentiasa bersama.

Contoh: Ali Seperjo dan Aminah Rozita selalu belajar bersama di mana saja macam belangkas di tepian pantai.


Bagai Air Yang Tenang Pun Buaya Boleh Lemas

Maksud: Jangan perkecilkan benda yang senang. Meremehkan dengan terlalu remeh.

Contoh: Ahmad Sharizal menyesal tak dapat A dalam subjek Kajian Tempatan sebab dia tak menyangka soalan pasal kenapa air yang tenang pun buaya boleh lemas.


Apa Salahnya Mengintai Nota Di Sebalik Kalkulator

Maksud: Mengintai di sebalik tirai kamar tu Exist, mengintai di sebalik coli itu mat goyang, mengintai nota di sebalik kalkulator itu pelajar.

Contoh: Fakrul Rohaimi memang suka mengintai nota di sebalik kalkulator apa bila lupa rumus subjek Termodinamik.


Biar Mati Akal, Jangan Mati Nafsu

Maksud: Selepas akal di guna semaksimum, nafsu mula melayu.

Contoh: Faiz Tapit baru habis pekse. Lalu nafsu melihat porno 'down' semacam. Ternyata dia belajar bersungguh-sungguh. Lantas kawannya bilang "biar mati akal, jangan mati nafsu". Maka kawannya memberi sekeping vcd porno Thailand kepadanya.


Sambil Menelaah Usha Betis Makwe

Maksud: Buat kerja terer dalam satu masa.

Contoh: Patam suka menelaah dalam perpustakaan kerana dapat melayan betis awek Cina. Selalu dia "menelaah sambil usha betis makwe".


Bagai Nota Di Belah Dua

Maksud: Marah sesuatu lalu membelah sesuatu.

Contoh: Brader Chacha telah sebulan menghafal rumus penghasilan kalsium klorida. Tapi tak juga di kuasainya. Lantas dia mengoyakkan notanya. Ternyata dia telah berbagai nota di belah enam belas.


Alang-Alang Tiru Biar Bijak

Maksud: Buat kerja kena bijak walaupun meniru.

Contoh: "Tak kan tiru member salah eja pun turut tiru sama?" marah Amirul Bozu kepada Sepul Azimi yang meniru bulat-bulat jawapan Brader Lep Lep.


Jauh Punggung Dari Kerusi

Maksud: Tidak senang duduk.

Contoh: Semua hint, ramalan soalan tak tepat.. lalu Akmal jauh punggung dari kerusi. Menitik air matanya kena kertas soalan. Mamposssss aku katanya.


***

Siapa tengah sewel? Buat lagi peribahasa di bahagian komen. Okay? Haha.



Selamat Mengulangkaji Pelajaran...

&

dan Menghadapi Peperiksaan...


Semoga dapat jawab jayanya.




Entri Promo: ZineSatuMalam




Ada pasangan kekasih yang sedang manja-manja dekat taman. Berbaring, berpelukan. Dalam kelam malam hanya diterangi cahaya rembulan.

"Abang... geli lah..." makwe bersuara manja.

"Memang tempat tu boleh geli sket bila di sentuhnya... hehe" balas pakwe.

Pasangan itu masih enak bermadu kasih. Berbasah meraba. Berbumbungkan langit. Berlantaikan rumput. Beradu bersama cengkerik. Hebat macam belangkas.

Dari kejauhan ada empat pasang mata sedang melihat tayangan percuma tu.

"Sedakkkkkkkk" bilang salah seorang daripada mereka.

"Woiii, rakam woi..." ujar seorang lagi.

Daripada sudut lain, kelihatan Sang Iblis sedang pekena rokok Dunhill sambil hembus asap bulat.

Sang iblis berkata-kata;

"TERIMA KASIH wahai pasangan. Di sebabkan kau, ada manusia lain dapat dosa.

Kalau video itu di rakam, dan tersebar... lagi banyak jiwa akan berdosa. Senang lah kerja aku...

Hahahahahahaha," gelak puas Sang Iblis.

______________________


Ini karya gua hantar dekat ZineSatuMalam. Pernah dengar?

Sili kelik perkataan Z untuk tahu lebih lanjut. Gua rasa bagus sangat ideanya. Memupuk semangat suka berkarya. Tak adalah anak muda asyik ambil gambar dalam tandas up dekat blog ja. Main cari-cari dekat page pencarian. Keh Keh keh.

Karya sedak ja mungkin terpilih. Kalau tak terbit pun, jangan risau. Anggap saja sebagai senaman jari taip panjang-panjang. Hehe.

Gua pun tak tahu apa itu Zine, yang gua tahu gua nak tengok M.U lawan kejak lagi.

Kelantan dah menang. M.U tak kan kalah, ye dak?





Cinta Klorok



Hai Pa... Sihat sejahtera?

Pa, Ma tulis surat ni untuk Pa tahu. Ma sangat-sangat cintakan Pa. Sangat-sangat Pa. Sangat. Kalau ada bahasa boleh ganti sangat tu. Ma nak Pa tahu bahasa Melayu Ma tak pernah dapat A. Hehe.

Pa ingat masa kita mula kenal dulu? Pa tak cukup duit nak bayar tambang bas kan? Ma bayarkan Pa. Lepas tu Pa nak belanja Ma minggu depan.

Ma terkejut Pa terus lafazkan kata cinta pada Ma. Ma terharu sangat. Pa memang dah lama sayangkan Ma. Emmm... Ma pun sayangkan Pa.

Lepas bercinta, Pa jadi lain macam. Pa selalu nak raba Ma. Pa selalu main tempat orang dah nikah main. Nakal betei Pa. Ma selalu jadi mangsa pelepas nafsu Pa. Kenapa Pa? Kenapa? Pa terlalu layan porno ke apa?

Kenapa Pa tak belajar bersungguh? Janji nak kawen dengan Ma. Bila dah macam ni, kenapa Pa lari meninggalkan Ma? Kenapa?

Hancur musnah masa depan Ma. Pa janji nak sehidup semati. Ada sekandang lembu sama seekor tenuk. Nak beli kereta sorong buat main dekat taman. Bina keluarga bahagia, ada anak lapan orang masa kita dalam hotel murah. Mana semua janji tu, mana?

Okaylah. Ma nak sambung lap lantai guna klorok ni. Ada ke patut warden sekolah ni guna lantai. Pesen tak belajar Kemahiran Hidup rupanya.

Kalau Pa baca ni, jenguk la Ma dekat sini. Sejak Ma masuk sini. Pa tak pernah datang lawat. Mak Pa je datang sini sebab mak Pa tu warden sini. Ehhh, mak Pa tak belajar Kemahiran Hidup? Hehe. Gurau je. Ma sayang mak mertua Ma.


Kecewanya Ma... kecewa!!!


Faten Syafinie, 15

Sekolah Hamil, Melaka.
4.20 petang.
23/4/2011.

___________________________________

Gua:

Suspen betei surat adik Faten ni. Berdebor gua baca walaupun gua taip. Kah Kah Kah!

Bertunang bukanlah tiket boleh main goyang-goyang katil dalam hotel murah apatah lagi bercinta ye dak?

Masa nak main goyang-goyang tu tak ingat ibu bapa? Cuba bayangkan masa tengah main goyang-goyang tu, ibu bapa lu eksiden? Insaf tak? Oh lupa, itu dara lu punya. Ikut suka lu la kan? Alasan boleh di terima.

Lagi satu, cuba kita bayangkan kita di tempat budak kena alami mengandung bawah umur tu. Kesian kan. Muda-muda dah mengandung. Tak sempat nak kenal apa itu erti dunia, nak baca blog akal tunjang, masuk kontes pencarian perempuan kiut. Tengok cerita korea bersama rakan.

Sabarlah ya awak. Semoga awak diringankan ujian-Nya. Dah jadi, nak buat macam mana. Tapi kalau dah keluar sekolah tu buat lagi, memang mintak penendang.

Pakwe dia buat dekat dia sampai mengandung pun, dia masih sayang dan cinta pakwe dia. Tak nampakkah wahai jejaka berpedang? Walau lu ada peluang nak menikam dia guna pedang lu sekali pun, fikir lah sejenak... lu bakal ada anak juga nanti. Ingat tu.


Adehh. Gua pulak insaf. Keh keh Keh.




Merajuk


"Alaa... mencik arr. Papa! Kenapa lewat?"

"Arghhh! Ni bergambar dengan sapa ni Pa? Rapat semacam je. Nak merajuk!"

"Euwwww..euwww. Lambat angkat kol. Nak merajuk" *masuk dalam kotak*

"Selalu gini. Pergi mana tak kabor. Mencikkk betei! Nak merajuk 21 hari"

"Amboi, kemain wallpost dekat makwe orang. Macam tak ada Fesbuk makwe sendiri. Merajuk arr cenggini!"

Selalu keluar makan dengan member, dengan awek sendiri diabaikan. Merajuk. Merajuk!

"Waaa... kenapa tak mesej ittew. Nak majuk dengan abang!"


Ehemm... *ambil feel*


Lu orang ada awek tak? Mesti kena belajar ilmu memujuk ye dak? Kalau tak, sakit kepala di buatnya. Rasa tak senang duduk pun ada.

Katakan semua dialog di atas boleh di pujuk manja oleh pakwe, tapi kalau dialog ni berulang pada tahun tiga bercinta macam mana? Tapi ini realitinya untuk golongan berdada mantap. Pehhh, asyik guna dada je gua ni. Okay tukar. Golongan tidak punya halkum.

Mula-mula bercinta lu punya pakwe memang 'true' semacam. Terer giler memujuk! Tapi dah lama bercinta, teknik memujuk pakwe lu 'down' semacam. Malah dia tak pandai memujuk terus. Di makan oleh saka atau toyol gamaknya.

Orang kabor 'dia senyap, lu sentap'. Keh Keh Keh.

Tapi, jangan terkejut jika lu orang bagi perempuan kena pujuk diri sendiri. Sebab pakwe lu dah bosan dah. Ye dak?

Contohnya;


"Abang, kata nak pergi kentaki, dah dua minggu janji"

"Abang sibuk"

"Sibuk memanjang! nak merajuk!!!"

"Pergi la. Jalan terus belok kiri sket. Nampak masjid. Merajuk dalam tandas masjid tu ye!"

"Arghhhh! Benciiiiiii!"


Memang la perempuan suka di pujuk, masa tu la lelaki akan bagi ayat manis, indah beromantika, lembut bermesra. Terasa diri dibuai kata-kata indah bak burung berterbangan di kala mahu hujan awan berarak lembut membawa cebisan air-air hujan.

Gua kabor ni. Pada tengah bercinta, merajuk sikit-sikit sudah la. Karang sampai putus hubungan lak tak molek pula.

Cumanya, orang kabor lelaki selalu biar perempuan dua tiga hari baru pujuk itu dongeng. Lelaki ada kerja nak 'setel' dan ia lebih penting daripada misi memujuk. Tengok-tengok perempuan dah okay dah. Lantas keluar dongeng perempuan kena pujuk diri sendiri. Keh Keh Keh.




Segenap Setahun

Ada makwe cakap mata gua sama dengan budak ni. Comel kan?



Entri kali ini pendek. Ye pendek. Gua yang post, gua tahu la. Air sependek lutut jangan di sangka tiada buaya. Ye!!!. Itu pepatah entah daripada mana gua rembat.

***

Begini, gua pergi kentaki dengan member gua kelmarin. Hajat di hati nak rembat sos Thai sebotol dua. Tapi botol sos Thai dah duk dalam almari yang kena tekan-tekan tu. Baru gua nak berjinak-jinak dalam bidang 'makan-dekat-kentaki-percuma-sos -Thai'.

Okay, itu selingan saja.

Gua sebenarnya nak kabor gua dah satu tahun menjaga Akal Tunjang ni. Penat juga jaga blog ni rupanya. Melatih gua jaga Ica juga nanti. Ye dak?

Disebabkan gua nak riak dan berbangga sedikit setelah masuk tahun pertama... gua buat page di panggil GENG AKAL TUNJANG. Akal Tunjang perlukan teman untuk bertahan menemui umur dua tahun. Jika diizin-Nya. Sebarang teguran, kritikan, kutukan membina boleh kat sana. Jangan puji. Gua dah biasa. Keh Keh Keh.

Di sini lu orang boleh la post entri lu orang bila dah update jika lu orang tak ada page sendiri. Sesama geng, gua tak berkira sangat. Nak ajak berkelahi pun boleh.

Akhir sekali, jikalau gua menghilang mahupun tak update lagi... gua nak lu orang tahu... GUA SANGAT-SANGAT-SANGAT HARGAI LU ORANG.

Terima kasih dengan sokongan dan teguran di berikan. Gua perangai molek sikit kan sekarang? Entri pun sedak kan? Haha... semuanya jasa lu orang semua.

Terima kasih!



Surat Layang Untuk Ica II


Impak maksimum, baca ini dulu...Surat Layang Untuk Ica I

---------------------------------------------------------------------------------------------


Masa tu, gua sedang rilek-rilek menikmati suasana pagi. Indahnya susah nak kabor. Nyaman dan kacak suhu di kala itu. Bini gua yang sedang sidai kain baju gua perati. Tergoda la pulak di buatnya. Burung kakak tua jiran ada menegur gua sepam dua.

"Heyy. Makan apa?" burung tu bertanya.

"Makan sup burung"

"Kejam. Kejam. Kejam"

Oh..tahu pula dia spesis burung. Ahhh... daripada layan burung tu, baik gua pekena surat khabar. Lantas bini gua jerit.


Abang!!!

Daripada pagar rumah, dia berlari bini menerkam gua sambil memegang sepucuk surat. Awal betul abang posmen buat kerja. Bilang gua dalam hati.

Gua bukak surat itu rakus sedikit.


Amin Azimi Mat Rauf.

17 April 2025.
7.05 Pagi.


Merujuk kepada surat yang dihantar pada tarikh dan masa yang saya telah lupa, pak cik masih tidak menghantar lagi kata putus.

Masih ingatkah pada saya? Saya kini telah bekerja dan berniat untuk beli kereta Persona jika cukup duit lagi. Sokong barang Malaysia.

Saya juga pandai buat kopi, kalau pak cik datang rumah kami nanti, saya akan buat kopi kaw untuk pak cik dan pak cik jangan puji lebih-lebih. Nanti merah pula pipi saya.


Tujuan surat ini untuk saya berkenalan dengan Mak Ica pula.

Hai mak cik. Mak cik sihat? Lawa dada. Hehe... gurau je. Lawa pipi. Gebu tol! Aummm.

Mak cik ni pernah ke Mesir enn? saya dulu pernah juga tapi bukan Mesir, tapi Pasir Mas dekat Kelantan... ada sir sir tu kira sama ye dak?

Mak cik kerja doktor ape? kiranya kalau saya jatuh motor, mak cik boleh rawat saya dengan kos murah mahupun free terus? alaahh, bakal menantu pun jangan berkira sangat... hehe.

Okaylah. Saya nak masuk kerja kejap. I miss Ica. Lama dah tak tengok Ica. Rindu la fulokkk.

Bye!


***

Ini serius! Gua gelabah juga di buatnya. Kali terakhir gua gelabah macam tu ialah semasa gua lihat labah-labah nak beranak. Kesian dan gelabah. Risau juga kalau labah-labah tu anaknya songsang. Gua mana reti bidang bidan-bidan ni.

Jika dia ni culik Ica macam mana? Paksa Ica kawen dengan dia ke. Abah penyayang katakan. Hehe.



Rahsia Lelaki



1. "Sayang, dah enam bulan kita kapel, Abang tak tengok lagi rambut Sayang... boleh tak hantar gambar Sayang free-hair?"

2. "Sayang, kita tak ada lagi gambar pegang tangan. Rugi datang pantai tak pegang tangan"

3. "Ayang, Abang nak baring atas riba Ayang boleh? Sakit belakang"

4. "Sayang, Abang nak tengok gambar Sayang bertuala saja boleh? Berkemban je pun! Alaaa... nanti Abang delete la... hantar ye"

5. "Sayang... cinta kat Sayang sangat-sangat" *Sambil peluk dari belakang*

6. "Abang tak mintak apa-apa daripada Anje. Sudah menjadi tugas Abang bahagiakan Anje"

7. "Pa, sanggup berhabis wang ringgit untuk Ma. Supaya Ma bahagia"


Realitinya, lelaki sedang mentarbiah diri perempuan. Lelaki sedang membinasakan diri perempuan ke jalan maksiat. Sedikit demi sedikit lu orang akan terpengaruh dan terbiasa. Mulanya malu, lama-lama dah terbiasa dan akan jadi tabiat.

Contohnya...

1. "Abang dah biasa tengok rambut Sayang. Apa salahnya nak tengok dada saya seket. Hehe. Nanti kita akan kawen jugak. Nak gambar Sayang dalam tandas. Berkemban pun jadilah"

2. "Sayang, dah lama kita pegang tangan dekat pantai ni. Rasanya molek kita pegang benda lain lak. Hehe"

3. "Sayang, nak baring atas Ayang boleh? Gersang la..."

4. "Sayang, Abang dah biasa tengok gambar Sayang bertuala saja. Nak tengok gambar Sayang tak pakai apa-apa lak! Alaaa... nanti Abang delete la...hantar ye. Pelissss"

5. "Sayang... cinta kat Sayang sangat-sangat. Abang nak baringkan Ayang ni"

6. "Abang tak pernah minta apa-apa daripada Anje. Tapi kali ini Abang nak cium pipi Anje boleh?"

7. "Banyak wang ringgit Pa habiskan untuk Ma, tak kan nak raba-raba, cumbu sikit tak boleh? Kedutttt arrrr!"


Itu lah realitinya, tapi bukan semua lelaki begitu. Jika dapat pakwe baik, baiklah. Ada yang tahun pertama baik, tahun kedua dah berubah jadi setan. Tahun ketiga lu kena tanggung perut membesar. Itu perkara biasa sangat. Jangan sampai;


"Sayang, Abang dah biasa. pegang, raba, main, uli semua aset Sayang. Dah tak ada apa-apa untuk hadiah perkahwinan kita. Jadi elok la kita berpisah. Selamat tinggal. Adios!"


Lelaki yang lu orang sayang selami ni boleh jamin ke dia akan kahwin dengan lu wahai si golongan berdada mantap? Sudah ada hitam putihnya? Jadi jangan la bagi semua ketika bercinta walau nak buktikan lu orang sayang pakwe lu sangat-sangat. Minum klorok lagi la bangang! Apatah lagi bagi dara, ye dak?


Jadi, pesanan gua. 'Sila jaga kemaluan anda daripada di cerobohi tanpa permit yang sah'. Keh Keh Keh.

Macam mana? Pernah terkena?

BAGUS!!!


Generasi


Tahun 2030.


Anak Yuyu Lar: Mama aku ada blog la... sedak juga blog dia. Banyak tips gitu. Hehe.

Anak Alexa: Mak I pun ada. Kemain ada gambar dia dekat Rusia. Cantik. Papa I pun ada. Cayalah mama.

Anak Patam: Ayah aku ada jugak! Blog dia lawak. Nanti korang cuba baca. Kikiki.

Anak Ustaz Judin: Ayoh ambo ado blog jugok. Dio ngaji Mesir dulu. Pok sedaro ambo kemba dengan ayoh ambo. Sedak wehh baco blog ayoh ambo. Gambar dio maso ngaji dulu ado.

Anak Jiji: Hokkk aloh..demo ore kelate ko? Samo la kito. Abah kawe pom ado blog.

Anak Faiz: Abah gua paling terer! Follower dia banyak doe.

Anak gua: Hik hik hik. Abah Ica pun ada blog. Dia selalu sebut nama Ica dekat blog dia. Kuat lipat ah. Ica baik jeww. Mana nakal camtu. Heee.


***


Keh Keh Keh. Bayangkan nanti anak kita baca blog kita. Lepas tu, mereka berkawan pulak sesama mereka di alam maya ni. Berhubung dekat Friendster. Ketika itu Facebook dah bankrup gua rasa. Kah Kah Kah.


Gua ingat nak bagi blog ini dekat anak gua si Ica lah nanti, pandai-pandai la dia 'handle'.

Jangan pelik pulak "Akal Tunjang" ada 'tips macam mana nak melebatkan bulu mata' ataupun 'tips pink-kan dada' opsss... silap. 'tips pink-kan bibir'.

Apa-apa pun, Sayangi anak kita. Kepada penyumbang statistik buangan bayi, jangan la suka sangat buang anak tu. Tak sayang ke muka lu cantik, pakwe lu hensem, mesti dapat anak cantik. Dah terlanjur tu, nak buat macam mana. Tapi kalu nam belas kali terlanjur tu memang faking la.


Err..kalau anak gua baca ni, Abah sayang lu orang taw. Hik Hik Hik.




Roda Itu Berputar



"Manusia berubah di sebabkan wang dan beruang berubah di sebabkan manusia"


Itu gua dapat simpulkan pada dunia berteknologi dan dunia tanpa sempadan sekarang ni.

Manusia cepat benar buta hati bila melibatkan duit. Kalau tak sebab duit, tak ada pula budak nak ambil PMR sibuk 'blog walk', siang malam mencari trafik mahupun 'follower'.

"Adik habiskan la SPM dulu, baru la main blog dengan serius kalau nak cari duit pun. Bijak cari duit sampingan. Tak nak menyusahkan ibu bapa. Bagus betul niat adik tu. Tapi berblog dapat ajar adik ilmu ukur bahan? ilmu pengawalan harga barang? ilmu kejuruteraan elektrik macam abang belajar sekarang?"

Ce jawab dalam hati.

Budak yang tak habis SPM duk blogging ni terpengaruh dengan akak sama abam yang duk tayang duit beribu-ribu dekat blog punya pasal la. Sampai belajar pun tak berapa nak fokus.

Faking menunjuk!

Berbalik pada buta hati tadi, gua dulu mak gua suruh pekena beli santan sama ayam sama sayur sama budu pun, gua tak mintak upah. Mak gua bagi, gua terima lah. Jika duit mak bagi ngam-ngam dengan barangan di pesan, gua lari laju-laju pekena air sejuk teguk berbunyi dalam peti ais.

Tapi sekarang, kemain;

"Dik kirim majalah Playboy bulan April sama Dunhill 20 dekat kedai Pak Haslim hujung kampung," ujar gua setelah berjaya menyekat budak balik mengaji.

"Upah bang. Upah," balas budak itu.

"Nah seringgit"

"Mak aihhh... seringgit bang? Nak pekena ABC pun tak lepas"

Gua lantas masuk balik duit seringgit dalam poket.

Nahhhh!!!

Gua bagi penendang. Pesen budak gini, memang kena ajar cara kasar sikit. Baru tahu apa itu dunia. Budak tu mengerang kesakitan tapi gua tak peduli. Dah la tak ada nilai tolong-menolong. Ada nilai tamak pulak tu.

Berbalik kepada "Manusia berubah di sebabkan wang" tu gua rasa dunia blogging sekarang makin bangang!

Blogger yang dilabel femes kena kritik boleh pulak up entri paling pilu, sedih, kesian dan seangkatan dengannya. Sebabnya? Mahu dapat perhatian. Mahu orang kasihan. Mulalah main kutuk-kutuk. Maka, ramai la kenalan blogger lain mempertahankan. Serta-merta trafik naik lalu senyuman terukir manis. Perkara kecil sahaja jika diikutkan.

Faking hipokrit!

Pasal beruang berubah tu, beruang dulunya seorang yang baik hati, saling bekerjasama dengan manusia. Mengapa gua kabor seorang? Sebab beruang kadang-kadang lagi pandai lagi dari orang. Kerana ada sistem "Tiada Anak Buangan"

Beruang berubah sebab kelakuan manusia terlalu mengejar kekayaan dunia. Ceroboh hak asasi mereka. Hutan habis dimusnahkan. Jadi, jangan marahlah kalau beruang mengganas.

Berbalik kepada mak gua tadi, gua rindu mak gua sangat-sangat. Pesen anak mak gua ni. Perasaan ini melanda di kala minggu ulangkaji belajar dan nak dekat peperiksaan akhir semester.

Tak sabar nak balik rumah woiii!!!

Akhirnya, berbalik pada tajuk, gua tak tahu nak taruk tajuk apa. Gua bukan reti nak fikir tajuk pemancing trafik ni. Tajuk dipilih sebab gua tengah layan lagu Nidji-Sang Mantan. Keh Keh Keh. Pekena lagu Indon tengah pagi buta ni sedak juga.




Janji Manis


Selagi ombak membelai pantai, selagi itu saya akan mencintai awak.

Jika planet berpusing pada orbitnya, saya pula mencintai awak seluas orbit planet itu!!!

Apa gunanya matahari jika bukan untuk menerangi. Apa gunanya hati ini jika bukan untuk awak.

Saya akan pastikan awak selalu bahagia dan gembira di samping saya.

Saya akan terus sayangi awak. Sepenuh hati saya. Selagi saya bernafas.

Setiap detik saya ingat awak. Setiap cinta saya hanya untuk awak.

Senyuman awak, wajah awak... selalu dalam ingatan saya.



Pehhh. Golongan lelaki ni suka menabur janji manis mahupun ayat-ayat romantik. Daripada menabur janji baik menabur benih buah-buahan. Ada juga hasilnya. Keh Keh Keh.

Golongan berkromoson XX ni sangat suka mendengar ayat manis untuk meyakinkan mereka si jejaka adalah pilihan yang sangat-sangat betul.

Persoalannya pada lelaki ialah, adakah janji manis yang keluar daripada mulut tersebut boleh kekalkan dan ditunaikan? Untuk lima tahun akan datang boleh la. Tapi 10 tahun? 20 tahun?

Lelaki adalah makhluk paling mudah lupa janji pada golongan perempuan. Jika satu hubungan itu gagal, golongan lelaki selalu di persalahkan. Nampak sangat golongan lelaki penyebab kegagalan itu.

Dikatakan perempuan lebih suka dengar ayat manis daripada mulut orang yang dia orang cintai. Contohnya;


"Abang akan cinta Sayang sampai bila-bila. Tak ada orang lain selain Sayang"


Kemain ayat. Tapi kalau dah putus, golongan lelaki la cepat dapat pengganti dulu. Walaupun dia pernah berjanji tak akan mencintai perempuan lain selain bekas makwe dia? Adakah makwe dia yang baru dia tak cintai sepenuhnya? Adakah golongan lelaki mudah lupa janji atau ada niat perbuatannya?

Persoalannya...berapa banyak soalan daaa...haha.


Okay. Motif sebenarnya. Gua cuma risau janji pada si dia tak dapat tunaikan. Saya akan cuba yang terbaik ya awak!


ANH1805.

Bertekak Mesra

Si dia tak sabar nak bertunang?



"Saya tumpangkan dia je. Semalam hujan kan. Tak kan nak biar dia sorang-sorang di bus stop tu?" ujar pakwe menyelamatkan diri.

"Alahhh... awak saja nak buat baik kan? Ambil hati dia? Cuba pikat dia?" balas makwe.

"Saya tak ada niat pun. Saya tak nak perkara buruk terjadi je"

"Habis kenapa tak kol saya? Beritahu saya dulu?"

"Laaa..hujan kan. Bahaya kol. Karang pape berlaku. Menangis pun tak guna. Awak ni jeles sangat kenapa?"

"Huuu... awak tu. Gatal... gatal... gatal..."

"Dah laa awak, kalau duk bertekak gini esok pun tak habis. Awak tak sayang saya ke?"

"Sayang laa... saya tak nak ada orang rampas awak je"

"Yee, tahu... saya pun tak nak orang rampas saya dari awak... okay?"

"Okay... tapi... jom pergi kedai makan..haus la bertekak tadi..hehe"

"Haaa... tahu pun haus. Jom"

***

Seperti dialog di atas, setiap pasangan tu tak akan lari daripada bertekak, gaduh bagai. Biasalah tu kan?


Tapi amat melampau jika satu pasangan bergaduh sampai melampaui batas. Contohnya ada yang memukul pasangannya walaupun tak ada ikatan sah. Itu sudah di dedah di media massa.

Tak lupa juga kepada golongan suka berlebih-lebih gaduh dengan menghambur kata-kata kesat.

Dalam perbualan harian pun mulut macam puaka, bila dah marah tu... tersemburlah dekat awek tanpa di sedari. Ye dak?

Contoh: sial, xabi, fukimak, lahapiu, gila, harem J, dan lain-lain.

Tak patut betei orang tersayang kena dengan hembusan perkataan tersebut kan?

Kata sayang, tak kan sayang boleh panggil awek dengan gelaran sial? Tak kacak bukan? Biasanya golongan bertestis lah perangai macam ni. Yang berdada mantap ni, biasanya sopan. Lembut dan ayu. Boleh berfikir lagi dan penyabar.

Kalau bincang elok-elok, tak ada yang kecil hati kan? Sampai rasa nak cerai bagai jika dah kahwin. Jika bertekak mesra, rasa nak bertekak hari-hari sebab boleh tengok perempuan buat muka marah tapi comel. Ahhh... tak sabar!

Jadi, ubahlah cara percakapan dan adab kita. Kita semua ni akan jadi papa/daddy/abah/ayah/mama/umi/ibu/ kepada generasi akan datang. Kalau perangai kita dah puaka, anak kita macam mana nanti?





*pesan pada diri sendiri juga.
Kalau Abang nakal, babap mulut Abang guna mulut Sayang ye? Kui Kui Kui.
#jika dah kawen nanti.


Oh Pakwe Kau

Bila gua nak dapat ros sama surat cinta ni. Keh Keh Keh.


Saya sayang awak. Saya suka awak.

Indahnya malam, jika sering mendengar alunan suara awak. Indah. Semua itu akan lebih indah jika awak sudi menjadi suri hati saya.

Awak... kalau awak cinta katakan cinta, jangan buat saya tertunggu-tunggu.

Tanam padi dalam gua, kalau jadi kita dua.

Benarkan saya bahagiakan awak...

Jika awak berikan secebis kepercayaan kepada saya. Nescaya, saya akan membalas segunung kebahagian kepada awak. Percayalah.

Awak kenal Rosyam Malik Darius? Dia mat romeo kan? Romantik kan? Saya lebih daripada dia. Saya akan lebih romantik daripda dia. Janji.

Jika emas di tangan kiriku. Cintamu di tangan kananku. Akan ku buang emas lalu pegang cintamu erat-erat.


***


Itu diaaaaa. Ayat mula nak mengorat. Punyalah terer!

Awek yang hatinya keras bak kapal terbang Airbus ataupun kulit kapal selam pun boleh cair.

Itulah lelaki. Kalau nak, punyalah berusaha. Bila dah dapat. Rasa dah puas. Mula la nak buang jauh-jauh.

Apa, lu orang ingat hati perempuan ni plastik sampah? Baki coki-coki? Coli dah lusuh nak main buang-buang gitu ja?

Percayakah lu orang cinta budak sekolah hanya bertahan, bahagia, manis dan indah hanya dua bulan? Ahh, budak besar pun sama jika lelaki tu ada perangai tak puas hati apa yang ada.

Contohnya dah ada awek punyalah cun. Bila dah lama berkapel, mula rasa bosan. Awek yang di sanjung selama ni rasa dah meluat. Semua kesalahan dan kelemahan dijadikan faktor untuk putus.

Padahal selama ini...

"Kita saling terima segala kelemahan diri ye Sayang?, baru lengkap-melengkapi!


Tapi bila dah tak suka, bagi macam-macam ALASAN! Contoh alasan paling faking ialah;


Saya nak fokus belajar.


Alasan ini paling gampang sekali. Memalukan golongan lelaki dan juga pondan.

Pondan pun turut terkesan jika dengar lu nak putus sebab nak belajar tahu? Apalah bangangnya pesen ni? Dulu mintak kapel tak fikir nak belajar?

Woiii jantan, lu tak ada alasan yang lebih kacak lagi ke woiii?

Jadi, baik lu orang yang berdada mantap ni, fikir elok-elok nak kapel budak pandai ni, budak suka pergi perpustakaan dan suka belajar 24 jam.

Golongan ni pesen tengok orang ada awek, dia nak ada awek juga. Segelintir lah. Hue Hue Hue.

Eh kejap...

*Bukak bokser*

Gua ni lelaki ke perempuan. Asal gua pulak emo? 'Back up' perempuan pulak?


Ini semua soal maruah wanita! Member gua kena tinggal sebab pakwe dia nak fokus belajar. Rasa nak bagi penendang pun ada.

Wadepak!




Teknologi


Pagi tadi saya bangun pukul lapan pagi. Kelas pukul sembilan pagi. Tahu tak? Saya tidur pukul enam pagi. Pehhh. Kira berapa jam saya tidur? Enam jam kan? Enam jam tu hari ini punya. Lepas habis kelas, saya nak ganti tidur. Hehe.

Okay. Isu saya nak cakap hari ini ialahhhhhhhhhhhhh. Ramai lelaki yang ada temannnnnnnnn wanita suka mengooooooooorattttttttttttt awek lain.

Eiiiiiiiiiiiiii. Sayaaaaaaa takkkkkkkkkkkkkkk sukaaaaaaaa laaaaa. Perangai macam ni pun ada? Boleh ke awak semuaaaaaaaaaaaa tahan dengan pakwe awak? Asyikkkkkkkkkkk duk mengorat sana-sini?

Tak setia punya orang. Tak cukup satu. Dah la tak suka minum kopi pastu tak kacak lak! Ada hati nak mengorat kita ni kan? Hehe~

Macam kekasih tak di anggap kan?

Kalau awak semua ada pakwe gitu..Piu Piu je dia. Tampar-tampar je muka dia deras-deras.
Kena ajar tu. Kena ajar.

Ok. Cukuplah la saya update kali ni. Sedak juga ada telefon bimbit boleh update di mana jua. Dalam tandas pun ada wireless. Ada kelas gitu.

Saya ada meeting tadi. Itu pasal tertekan lama. Okay. Jumpa lagi!


***

Jangan tanya gua mengapa dia tekan huruf lama-lama!

Ptuihhh! Nak update entri tiap jam pun, tak kan tengah berjuang dalam tandas pun update woiii?

Tahulah hanset terer! Ada wireless dan tandas duduk pulak tu! Rasanya update tiap jam ni tak perlu la kot. Sebab macam pembaca seakan terkejar nak ikuti tajuk panas awak tu. Pembaca pun makin muak. Apa, kau ingat kau sorang pandai menulis???

Contohnya;


Pukul 8 pagi: Bangun pagi dan bersarapan.

Pukul 11pagi: Pergi beli seekor hamster dengan mama.

Pukul 12 tengahari: Cici Namanya.

Pukul 2 petang: Cici sedang makan.

Pukul 4 petang: Makan petang di tepi tasik.

Pukul 6 petang: Gambar makan petang di tepi tasik.

Tengok pengunjung dekat statistik. Jika tak cukup 2000 sehari, aktiviti malam dan BW berlaku.

Pukul 8 malam: Tak malu. Tak malu.

Pukul 10 malam: Aduh..gersangnya.

Sebenarnya Cici sedang gersang. Dan esoknya mahu beli seekor lagi hamster betina.

Apakah semua ini?


Semuanya pasal TEKNOLOGI..di mana ada wireless di situ ada entri baru. Ye dak?

Jadi, jangan salah guna teknologi!



Membebebebebel




Perempuan ni sering dilabel kaki bebel. Tak kira la, mak kita ke, nenek, kakak, isteri ke kucing betina pun kadang-kadang membebel juga dekat laki dia. Hue Hue Hue.

Biasanya, apa yang di bebel oleh golongan mereka ada moleknya. Semuanya untuk nasihat. Kita yang lelaki ni memang selekeh. Dah biasa hidup selamber.

Minum kopi misalnya. Cawan tu esok-esok boleh basuh. Perempuan ni. Kalau nampak cawan merata mula la mulakan sesi kaunseling dan tatacara.

Buang baju dalam baldi nak basuh tapi tak masuk dalam baldi dah kira okay dah. Tapi bagi perempuan itu boleh menyelerakkan dan tidak menyelerakan pandangan.

Kalau dah kahwin, pehhh..tunggu je la. Kena bebel sebab selerak bilik.

Bukan apa, penat juga si isteri dan kaum hawa nak kena kutip tu. Dah jadi tabiat lelaki. Nak wat camne, ye dak?


Jangan pula ketika mereka bebel kita marah pula pada mereka. Tangani dengan sifat jejaka dan mengekalkan ciri kacak kita. Contohnya;


Jap Sayang, Abang nak pergi beli kuaci. Sedak juga dengar Sayang bebel sambil makan kuaci ni.

Esok jelah Ayang bebel, hari ini rasa tak feel la nak dengar. Spirit mendengar down sikit.

Ica nanti besar, Ica kena bebel macam mama taw. Baru cantik macam mama. Hehe.


Jangan nak marah mereka. Kalau mereka membebel, kita mendengar. Diam dan angguk je. Sedak tahu tengok bibir dia bergerak kencang. Haha. Err. itu kalau isteri lu orang la. Kalau mak lu orang, tunduk je la.


Mereka gemar membebel sebab banyak lemak di bahagian dada, punggung dan mulut gamaknya. Keh Keh Keh.

Akhir kata, mereka sungguh istimewa! Hehe.


Idea Dari Blogger Pakar


Salam Sejahtera.

Semua orang sedang sibuk update pasal Anugerah Bintang Popular (ABP). Berduyun-duyun entri pasal ni. Boleh di katakan menjadi tajuk utama entri.


Errr, persoalannya perlu ke di bawa ke blog? Jika Juara Lagu dulu, sibuk tulis pasal Ana Rafali. Sekarang pasal Sam pula.


Kalau setakat nak up pemenang, surat khabar pun dah ada. Siap gambar lagi. Kalau pasal Sam itu abang kalian dan lu sangat bangga dengannya lain cerita.


Relevennya, apa yang membuatkan doktor pakar menjadi begitu di segani? Sebab bilangan pakar dalam bidang itu adalah sedikit. Maka dia menjadi begitu istimewa.

Sama juga dengan blogger, kalau dah beribu up entri pasal ABP, sudah tak jadi pakar lah blogger itu jika buat benda sama.


Blogger ada pengikut 3000 orang pun borak pasal benda sama, budak UPSR yang ada pengikut 4 orang pun up benda sama. Jadi pakar ke blogger yang ada 3000 pengikut tu?

Tak kan.

Kalau blogger up pasal ABP sebab dia ada di sana, boleh terima lagi. Ini duk terkangkang depan TV, tunggu habis. Terus up. Tak terer langsung!


Maka, boleh keluar daripada kepompong? Idea yang cemerlang dan jitu yang di inginkan oleh pembaca. Biar entri bodoh sekalipun tapi jangan jadi bodoh.

Akhirnya, dunia blog semakin membosankan jika isi yang sama ada merata-rata. Banyak lagi idea dan isu boleh di bangkitkan dan entri kesedaran seperti Harga Coli Mungkin Murah Disebabkan Minyak Naik misalnya.

Kami mahukan idea daripada blogger yang pakar!


Daripada;

Ketua Penyelaras,
Hiro.
Kementerian Blog Negara.
(KBN)


Cetakan Komputer Tidak Memerlukan Tanda Tangan.


Fuhhh..Sedak jugak jadi orang besar ni sebenarnya. Keh Keh Keh.


Dunia Artis?
Fakkk Ptuihh!


LSAB



Gua bukak Facebook tadi, tengok ramai member gua duk like page ni Pencarian Lelaki Sweet dan Awek Bertudung.

Wadepak!

Anak muda sekarang suka sangat populariti, di kenali ke?

Serius gua rasa page paling fakkk tuihhh dalam banyak page-page. Kedua page ialah jom bersegmen lah. Kah Kah Kah.

Okay, mengapa gua anti sangat.

Satu je gua bagi.

Tajuk pun dah gampang dah. Pencarian Lelaki Sweet dan Awek Bertudung.

Kenapa perlu bertudung?

Cikaro tak boleh sertai lah sebab dorang tak suka bertudung? Awek pondon pun cantik. Tak leh join jugak? Minah 3gp tepi tangga pun ada hati nak jon woiii. Walaupun dia bergiat aktif tepi tangga dan juga dalam kereta, hati dia masih berjiwa awek. Wadepak. Tak adil.

Ima bukan nama sebenar, dia tak bertudung... tapi di sebabkan mahu turut sertai dengan terpaksa pakai tudung.

Bersusah payah dia pinjam tudung mak dia. Lalu di ambil gambar sendiri sambil buat muka kiut.

Lantas laju dia pergi edit. Walaupun hasil photoshopnya tak setanding Misz Xuxu, dia tetap tekun.


Tak ke hipokrit tu?

Johan Haris Haikal... meninggal di sebabkan di di gigit semut. Berjuta semut daripada lapisan umur mengigit mukanya. Sebab semut percaya mukanya sangat sweet sebab menang pada bulan Julai.

Gula pun kalah dengan muka yang sweeeeetttttt giler!!!

Euwww. Kalau member gua, memang gua kikis muka dia jadikan penyedap kopi gua ni.

Arwah sangat tak sweet, tapi berkat usahanya menjaja gambar berjaya jugak menang. Sama juga konsep, U Like I, I Like U. Di blog, U follow I, I follow U.

Sudah la... lu dapat apa join page bangang tu?

Oh lupa, anak muda sekarang lebih gemar hiburan, hal artis dan sebagainya.

Lagi satu...


Faking! Gua tak dapat siapkan entri ini sebab teringat senyuman lelaki dekat page tu. Rasa nak muntah pun ada. Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Tapi camna nak turut serta? Gua tengah godek-godek gambar gua paling sweet tadi. Cilakak! Tak de! Itu sebab gua tulis entri ni. Kah Kah Kah!

*pergi Unlike page gampang tu balik.



SukaNeka:
Adik, Abang bukan jeles dengan muka adik yang cantik dan sweet tu. Tapi dapat apa tayang muka sana sini. Lelaki sweet tu Abang tak kisah. Yang awek tu. Euwww..lagi satu, jangan mudah sentap boleh? Pergi belajar buku PMR dulu, baru boleh main Facebook ni. Di medium kebodohan ini terserlah kebodohan dik. Jelas!


Tak panas bontot lagi? Baca lagi:




dan lain-lain.


Cinta Di Kau Jauh



Hai. Salam sejahtera. Hari ini kita bincang pasal Percintaan Jarak Jauh. Haa... lu orang mesti pernah alami ya?

*cilakak punya pendahuluan. Buat malu gua je.


Bercinta jarak jauh ni sedak juga orang kabor. Manisnya ada dalam pahit. Keh Keh Keh. Jarak hanyalah ukuran. Yang penting sejauh mana lu sayangkan hubungan lu orang tu.

Bayangkan jika bercinta jarak dekat. Hari-hari jumpa, kelas sama pulak tu. Bapak tak best. Tiap hari tengok muka sama je.

Nak usha betis makwe lain pun kena kawal. Euwww. Nanti kahwin jangan cepat bosan sudah. Sebabnya dah biasa tengok, asyik makan sekali. Jalan sekali.

Saiz dada awek makin membesar pun lu orang tak perasan.

Kalau jauh;

"Err... dada Ayang makin membesar je?"

"Weee... berkat rabaan Abang. Opsss gurau je, berkat bahagia dengan Abang. Kui Kui Kui"

Haaa... nampak? Leh puji dia. Makin cantik, makin kurus, makin mantap!


Jadi, semua atas lu orang. Sayangkan hubungan tersebut atau mahu cari lain. Kalau cari lain yang dekat. Tetapi dia kena sambung belajar jauh pulak. Macam mana haa? Kalau cinta lu orang umpama piramid kononnya, mestilah kukuh. Sebab ada pelan jangka panjang sekali. Buat stok laki bini orang kabor.

Jadi, apa yang lu orang boleh buat jika sayangkan cinta murni dan sejati itu? Antaranya;


Luang Masa
Walau sejauh mana pasangan lu orang, luang masa sedikit untuk bertanya kabar, tanya sudah makan, tanya kawan dia yang cantik tu single lagi tak atau sebagainya. Jangan diam membisu. Sekarang medium perantaran atau pengganti dirikan banyak. YM, Facebook, Twitter dan lain-lain.


Jumpa
Sekali-sekala lu orang mesti berjumpa juga. Dalam setahun ke. Bukan apa, untuk memastikan pasangan lu orang sihat sejahtera. Bukan berjumpa untuk melepaskan nafsu masing-masing. Ada faham???


Memberi dan Menerima
Lu tinggal di Melaka, pasangan lu tinggal kat Kedah misalnya. Jadi apalah sangat jika berjumpa tu, saling bertukar hadiah. Si awek bagi keris tamingsari pada pakwe, dan pakwe bagi padi dari Kedah. Baru bagus!


Ruang
Walaupun jauh, lu orang kena bagi ruang juga pada pasangan. Jangan la pakwe lu orang nak keluar makan nasik pun kena hantar mesej, masuk tandas pun kena beritahu, nak usha pondan pun kena lapor. Alahhh. Biasalah tu. Tapi jangan pula ruang di berikan di gunakan untuk perkara tak baik belakang pasangan masing-masing.

Rasanya cukuplah tu. Apa-apa nanti, pakar cinta, perunding kebahagiaan dan doktor cinta akan tanpa di ruangan komen. Cepat respon!!!




"Kak, dah la letak pisau kat leher saya...saya dah siap karang entri pasal ni. Walaupun saya insan yang naif bab cinta ni, kak paksa saya jugak"

Gua di paksa buat entri ni woiii!