Akui Kesalahan



"Abang kata nak makan luar malam tadi... tapi Abang balik lewat pulak... eiiii. Cubit Abang laju-laju" marah bini.

"Sori, Sori Sayang... Abang lupa. Sori sangat. Banyak dapat ikan tadi. Sedak mancing sampai lupa janji. Hehe. Sayang dah makan belum? Kentaki bukak lagi rasanya ni kalau nak pekena nasik ayam" laki cuba pujuk.

"Dah pukul 12 malam ni. Mesti lah dah. Kenyang makan hati! Penat je gosok baju tadi" marah bini lagi.

"Amboi... muncung mulut tu. Marah Abang lettew"

"Eiii... eiiii. Abang tidur luar malam ni. Tidur depan TV tuhhh!!!"

"Erkkk. Serius ke ni?"

"Yelaaa... pergiiii... nak selimut bantal!!!"

"Pehhh... kemain marah. Nak Abang lettew"

"Buweekkk!!!"

Dummmm. (Pintu di tutup laju)

"Sayang... Abang tak buat lagi dah. Maaf. Maaf Sayang, bukak la pintu ni. Insaf dan tawaduk dah ni. Mana loceng ni. Cilakak! Tak ada pulak"

***

Gulpp... Bini ni, kalau datang geram sama marah dia, memang power semacam. Kalau di ajak berkelahi betei-betei memang boleh kalah kita ye dak?

Sebenarnya... kalau salah kita lupa janji pada insan tersayang, kita kena mengaku. Jangan ego sangat. Bagi alasan macam-macam, marah bini balik misalnya. Redha je la apa tindakan sama hukuman dia nanti. Walaupun kita yang beli katil, bayar bil ekon atau tidur tak dapat peluk dia. Keh Keh Keh.

Jadi, tak rugi kalau mengaku silap kita dan kurangkan ego sebenarnya. Kita silap, kita mengaku. Dia marah macam singa tu... kita diam saja lah. Harap-harap dapat la dia pujuk kita balik bila dia dah okay nanti. Hehe.

***

"Aik, tidur luar jugak?" tanya laki yang bangun pagi esoknya.

"Hehehe... takut tidur dalam bilik sorang-sorang. Abang, peluk..." balas bini manja.

*Laki senyum nakal*



Peluang Kedua


Katakan lu orang ada pakwe yang suka marah, suka menggatal, kaki porno, suka curi coli, selalu membawa lu orang ke jalan maksiat, suka ajak lu orang main goyang-goyang dalam kereta dan goyang-goyang dalam hotel murah, ataupun pakwe lu orang suka raba-raba... belai belahan dedua lu orang, suka kumpul gambar makwe buat pipi kembung dan jari dekat dagu.

Pehh, banyak kemain gua senaraikan.

Lantas pada suatu hari yang indah, burung berkicauan, burung merpati, burung kakak tua pun turut mahu berkicauan sama... lu orang terfikir akan kejahatan dan kejahilan pakwe. Lu orang cuba berubah ke arah kebaikan. Lalu mengambil langkah untuk meninggalkan pakwe lu orang tu. Untuk berubah ke arah kebaikan.

Kenapa tidak jika lu orang sangat sayangkan pakwe, cuba ajak dia sama ke jalan yang lurus? Yang tiada belok kanan mahupun belok kiri? Lagi tiada tol iaitu persinggahan ke alam maksiat lagi. Lu orang mahu pakwe terkapai-kapai di arus maksiat sedang lu orang berubah menjadi baik dan ayu? Maksud gua, bukan lu orang tukar nama asal Maisarah kepada Ayu. Keh Keh Keh.

Jadi, tindakan lu orang tinggalkan pakwe untuk mencari lelaki lebih baik? Kenapa tak lu orang sama pakwe berubah jadi baik? Beri lah pakwe lu orang peluang kedua untuk berubah. Bincang baik-baik. Kalau pakwe lu orang tak sanggup berubah, itu memang langkah bijak untuk meninggalkan pakwe.

Alahh, gua rasa... lu orang bagi je apa pakwe lu orang minta. Maka, lu orang nak kata dia pun jahat juga? Gua rasa menda maksiat ni tak akan berlaku jika satu orang je. Lu orang boleh tolak permintaan nakal pakwe dengan kata-kata nakal jugak. Contoh;


Pakwe: Baby, nak gambar baby pakai coli saja...nak...nakkk!!!

Makwe: Bak bokser U, I bagi gambar berbokser sama pakai coli. Bweekk. Mana boleh!

Atau...

Pakwe: Ayang, dah lama kita tak melakukan agenda peluk-peluk. Dah tak rasa pakwe bertanggungjawab pulak.

Makwe: Dah mari perangai senget dia. B senget!!! Makkkk... tengok menantu mak nakal ni... tak nikoh nak peluk orang dah..kikiki.


Jadi, gua rasa... sampai bila lu orang nak lari daripada masalah? Lu sayang dia, lu mahu dia jadi suami lu orang... tapi dia sedikit jahil je kan?

Kalau pakwe menyesal dan sanggup berubah... kenapa tidak beri pakwe peluang dan ruang untuk pakwe berubah? Tegur dia, apa yang lu orang tak suka... jangan lari daripada masalah... itu semoleknya.

Tapi jangan jadi hamba cinta... boleh jadi buta hati di buatnya. Kononnya cinta sepenuh hati, bila dah 'klash' mula lah nampak buruknya perangai pakwe tu. Yang penting niat molek orang kabor. Supaya Tuhan permudah jodoh dan cepat nikoh. Ni gua kabor kalau lu orang masih sayangkan hubungan lu orang tu. Kalau dah benci nengoknya, gua tak boleh buat apa ye dak?



Coretan Hati


Pukul 1.03 pagi. Emm. Masa ni Abang baru aja selimutkan Sayang. Penat ye Sayang? Sebenarnya Abang tak mengantuk lagi ni. Nak layan menceste...tak ada 'match'. Tak kan nak layan Hagemaru ye dak?

Pertama sekali nya, terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan Abang. Berkongsi katil, berkongsi sabun, berkongsi nasik, semuanya kita kongsi. Bokser Abang? Haa.. Sayang yang ngada nak kongsi. Keh Keh Keh.

Syukur selama kita bercinta lima tahun, Abang perangai macam ilmuan Islam. Molek perangainya. Tak pernah minta bukan-bukan daripada Sayang. Minta Sayang peluk daripada belakang sambil Abang cium tangan Sayang misalnya. Selama lima tahun juga Abang tak pernah tengok rambut Sayang. Entah beruban atau kerinting tidak ketahu rupanya. Namun, kesabaran Abang berbaloi walaupun Abang banyak kali merusuh untuk tengok rambut Sayang.

Oh lupa. Ada sekali, dekat dahi Sayang ada rambut secebis. Sayang gopoh nak pakai tudung mungkin. Tak sabar nak dating kali ke-1805 lettewww.

Setelah kita kawen, baru lah Abang faham... kalau Sayang bagi apa Abang minta masa bercinta dulu, semuanya sudah tak berharga kini. Sudah jemu dipandang, sudah jemu diraba dan sudah jemu dipeluk. Senang kata, jemu di mata dan jemu di hati ye dak?

Abang nak Sayang tahu, Abang bertuah dapat mengahwini Sayang.


Salam Sayang,
Suami-mu.


*tampal dekat peti sejuk*


_______________________


Gua: Nak nikoh!!!




Hari Jadi Saya


Tajuk: Segmen Hari Jadi Saya


1) Sila letak header AKAL TUNJANG BLOG

Asyik taruk header abam je, ittew penat arrr.. meluat pun ada. Kenapa tak boleh taruk header ittew sendiri? Jeless arrrr... yela... yela... ittew taruk...cayam abam hiro..hik hik hik.
Sudah!!!

2) Ceritakan tentang pengalaman di hari jadi awak. Dengan siapa awak sambut, apa awak buat. Atau sekadar melepaskan batuk di sofa sambil berbalas mesej dengan pakwe? Atau menolong Pak Abu Saad Misai Lebat buat pagar halang babi masuk? Nak cerita pasal hari-hari sambut hari jadi pun boleh. Keh Keh Keh.

Panjang kemain abam tulis, ni mesti tak ada kerja ni... tak pun tak pergi gim... ye ittew tahu... ittew tahu... okiee wokiee... Nama ittew Intan Rabeeca... ittew berumur 13 tahun. Ittew dah ada pakwe. Dia berumur 14 tahun. Nama pakwe ittew Farid Black. Black gelaran dia. Bukan sebab dia 'black'... tapi sebab dia hitam. Pastu orang tukar bahasa Inggeris jadi la Black... lawak tak? Hehee..gurau je. Ittew dah bagi dia krim pencerah 2344,9573 dalam 1. Harap lepas ni dia putih sikit. Alaaa... macam kulit ittew. Putih dan gebu. Marvelossss...

Cakap banyak tak guna... tengok jela gambar hadiah besday pemberian Farid Cayunk ittew.


[gambar beg dia bagi]

[gambar teddy bear mucuk-mucuk]

[gambar baju lengan panjang pink]

[gambar coli berenda kaler kuning..nak tahu saiz? opsss..no no no..hehe]

[gambar top up RM10]

[gambar buku indahnya melayari bahtera perkahwinan di usia muda]

[gambar minyak wangi berbau strawberi]

[gambar kotak pensil berkaler biru muda yang ada tanda harga lagi..kikiki]


Perghhhhhhh! Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... Ada 13 semuanya... sebab ini besday ittew ke 13... bestttttttttttttttttttttt......


Tenkiuuuuu Cayunkkkkk Farid.....Muaaaahhhhhhh! dengan ucapan, bila nak hadiahkan BB? kikikiki.

[gambar my cayunk]

kamy sanat sayang menyayangi.
walaupun apa pun terjady.
kamy tetap bersama walau apa pun terjady.
promise! 100000X sayang.
I love Farid.
I love Farid.
I love Farid.


3) Soalan untuk Abang Hiro.

Abam hiroooo dengan Farid ittew, mana lagi kacak?



___________________________________________

Gua: Farid, Farid... kayo jugak lu ni. Kemain bagi makwe lu hadiah. 13 belas serba satu pulak tu. Pesen berlatih nak nikoh ke apa? Gua yakin. Itu semua duit mak bapak lu kan? Lu kabor nak guna untuk pelajaran... tapi guna untuk beli hadiah pada makwe lu? Konon romantik lettewww.

Gua ni sibuk hal lu? Pergi mampos la hal lu... gua nak kabor, lu dah la menipu mak bapak lu... pastu beri makwe coli. Pastu suruh makwe pakai coli baring atas katil. Pastu amik gambar sekeping dua ye dak? Lagi satu Farid, gua syak lu kena buat senarai semua hadiah lu kasi kat dia la. Senang bila 'klash' karang... lu nak tuntut balik. Kah Kah Kah!

Si Intan Rabeeca ni pulak duk menunjuk sakan hadiah dapat. Mau tak budak-budak sebaya dia mahu kapel. Budak sekolah kan mudah terpengaruh. Anggap kapel itu indah semuanya. Mahu nak ada pakwe walaupun tak penting pakwe masa sekolah. Dada masih belum masak ranum nak berpakwe sakan... piu piu!

Errr... bukan gua marah. Tapi masa sekolah tu jangan la terlampau, kemaruk nak bercinta... tak kekal pun gua rasa... lepas SPM, pakwe kelaut... makwe ke obersea. Habis jahanam di bakar buku indahnya bahtera kawen muda tu... keh keh keh. Duit mak bapak lu orang bagi tu bukan untuk bagi pada makwe lu, tapi untuk kegunaan seharian, bayar bila nak masuk tandas misalnya.

Berape peratus kapel masa sekolah pastu kawen?

Kejak gua kira guna dengan teori Pythagoras...Hue Hue Hue.

Gua dengan pakwe lu sapa lagi kacak? Oppss Kosss la gua. Kah Kah Kah!


SukaNeka:
Gua buat ni, bukan suruh lu orang ikut tahu. Baca dan komen kalau mampu. Haha.
Nama sekadar rekaan yep. Chowww!!!



Rezeki



Tutttt...tuttt...


Telefon Razman Khaider berdering. Lagu tema Maharaja Lawak. Minat betei dia dengan rancangan tu.

"Ada makan-makan sikit? Kat mana? Ooo..dekat rumah sewa Hamsani Basikal? Haikal Saleh pun ada?? Ok-ok..kejak lagi gua datang" balas Razman pada si pemanggil di sana.

Setengah jam kemudian. Razman Khaider sampai di rumah sewa Hamsani. Rumah sewa tu turut didiami budak kilang buat kicap. Member-member Razman Khaider juga.

"Hoiii.. lama tak nampak?" tegur Anuar Kicap. Dapat gelaran kicap sebab paling lama kerja dekat kilang tu.

"Sibuk kerja sikit. Hehe" balas Razman.

Di satu bilik. Terdengar zikir-zikir desahan. Sedak alunannya. Suara makwe cun mungkin.

"Woiii. Lu orang buat apa ni? Perempuan masuk rumah ni? Gila apa" Razman macam ajak berkelahi.

"Rilek der. Makwe ni nak. Gua jumpa dia dekat bus stop sana nuhh... dia tumpang gua tadi. Pergi la masuk kalau lu pun nak. Said Kedah dah lama tu," balas Hamsani Basikal yang berbokser sahaja. Sedak sandar sambil hisap rokok.

Razman terus meluru masuk setelah Said Kedah keluar dengan muka puas. Berpeluh atas bawah dia.

"Awak nak ke?" tanya makwe tu yang berlindung di sebalik selimut.

"Errr... tak... tak. Saya saja datang tengok keadaan awak. Kenapa awak datang sini?" tanya Razman.

"Saja... hilangkan tensen. Pakwe saya dah tinggalkan saya. Saya benci dia. Apa yang saya curahkan selama ini. Akhirnya dia buang juga saya. Bodohkan saya?"

"Awak tak takut dosa?" soal Razman.

"Ahhh!!! Persetankan soal dosa. Pakwe saya, semua orang sanjung dia. Selalu bagi mesej hadis kat saya tapi perangai macam setan juga. Saya tergadai dara pertama kali disebabkan dia. Jadi apa nak takut. Bertaubat lah sebelum mati. Itu katanya" menitik juga air mata makwe tu.

"Dahh. Pakai baju. Saya hantar awak ke rumah"


"Boooo..."

"Kah Kah Kah!"

Woiii... Razman pancit awal woii..." semua member-member bersorak padanya.



***

Gulppp. Telan air liur gua. Keh Keh Keh. Lu orang boleh bayangkan ke kalau berada tempat Razman tu? jabatan pencegah maksiat tak ada, tempat cun, kondom siap tersedia, katil empuk. Tunggu nak tu je.

Tapi Razman tolak. Kalau lu orang camno?

Gua nak tanya, kalau lu orang terlampau sayang kat pakwe? Lu orang beri je apa mereka mintak? Oh, lupa pakwe lu orang janji nak bahagiakan lu orang sama nikoh dengan lu orang kan. Jangan la mudah sangat tertipu dengan pakwe lu orang yang 'beriman' tu. Keh Keh Keh.

Orang baik ialah orang yang ada peluang untuk melakukan dosa dia tak buat. Itu gua rasa kita patut respek Razman.



7 Langkah Pertahan Cinta



Memandangkan bulan lima sesuai untuk manusia mencari pasangan, tak kiralah mulai 21 Mei atau tarikh lain. Yang dah ada pasangan tu, haruslah pandai hati makwe atau pakwe masing-masing. Setiap pasangan bercinta, tak kira lah tarikh mula bercinta pada 21 Mei atau tarikh lain, gua nak kabor sedikit ada benda lu orang kena buat. Menda ni untuk pastikan hubungan lu orang berkekalan. Gua bagi tujuh je. Nak lebih tanya orang dah kawen.


1. Lebiu.
Alahh, yang lu orang selalu kabor kat makwe tu. 'I L*&% U' tu. Malu pulak gua nak tulis. Lu orang kena kabor la tiap hari. Susah nak tekel, bila dah dapat tu hargai lah. Paling lama tak kabor kat makwe tak lebih tiga hari. Nanti meracau pulak di buatnya. Tak kiralah lu orang penat kerja ke pergi hantar adik ada kelas tambahan pada 21 Mei atau tarikh lain.


2. Kelam Kabut.
Lu orang jangan kelam kabut jika pasangan lu orang bersikap ramah. Tegur orang sana sini. Awek kaunter di tegur, abang jaga pam minyak pun di senyum kecil. Jangan mudah mengelabah. Dah memang dia suka bergaul. Cuma lu orang kena pandai nasihatkan supaya jangan lebih batas. Tak kiralah dia suka ramah dengan orang lahir pada 21 Mei atau tarikh lain. Ingat lu orang dah miliki hati dia. Dekat hati dia dah tulis nama lu orang kan. Keh Keh Keh.


3. Romantis.
Makwe memang suka pakwe dia romantik. Tapi gua nak kabor, jangan terlampau romantik. Bayangkan tiap hari lu kirim tiga kuntum bunga atau setiap bulan 10 bungkus kek tak kira lah kirim 21 Mei atau tarikh lain. Lama kelamaan lu orang bosan. Lepas tu tak buat dah. Pasangan lu orang mula merasai lu orang semakin kurang beri perhatian pada dia.




4.




Gua dah mengantuk ni. Nanti gua sambung pulak. Tak kiralah gua sambung 21 Mei atau tarikh lain. Nanti lu orang baca dan teliti betei-betei. Pehh, sedak bagi tips ni. Keh Keh Keh. Bukan apa, ini untuk peringatan pada lu orang yang dilamun cinta yang ulang tahun percintaan pada 21 Mei atau tarikh lain.




Gua tidur awal sejak dua menjak ni. Tempat praktikal gua masuk pukul 7.30 pagi. Tak kiralah pada 21 Mei atau tarikh lain. Semua pukul 7.30 pagi. Keh Keh Keh.



Pengajaran


Kita hidup ni selalu kena belajar kan. Belajar, belajar dan terus belajar. Siapa sahaja boleh jadi guru kita. Hatta mangsa kena tinggal dek pakwe sekalipun. Misalnya;

"Awak tak tahu perasaan saya di kala ini" getus makwe dengan linangan air mata mencurah.

Secara tak langsung dia mengajar kita erti perasaan yang tak pernah kita dalami. Betapa peritnya jika putus cinta. Jadi, kita boleh ambil pengajaran untuk masa hadapan. Gua nak kabor, Jika lu orang nak bercinta. Bercinta la molek-molek. Jangan main-main dengan cinta kalau lu mahu bahagia.

Tapi ada sesetengah mengajar cara tak betei. Contoh seorang makwe nak mengajar makwe lain supaya bertudung dengan betul. Hajat di hati mungkin mahu menegur makwe bertudung nampak saiz dada, makwe bertudung pakai baju nipis. Taruk hadis bagai. Padahal dia bertudung kejak buka kejak pakai. Tapi tak pernah jumpa pasal rambut tu aurat. Senyum kecil gua.

Mengajar sebenarnya benda yang susah. Mahu menyampaikan sesuatu yang orang tak tahu kepada tahu. Golongan power macam menceste ni, sering di kaitkan dengan cikgu.

Peranan cikgu masa kini sungguh mencabar. Belum tentu lelaki ada six-pack mampu menggalas tugas sebagai cikgu kan? Muka cantik badan ramping pun tak mungkin. Ia-nya perlu datang daripada hati yang ikhlas. Cewah!

Hormati guru. Sayangi guru. Dan Hargai Guru.

SELAMAT HARI GURU.

Dah boleh masuk cerpen sempena hari guru ye dak? Keh Keh Keh.


Ni lagi satu. Gua nak kongsi mende dengan lu orang. Gua selama ni anggap blog ni tak ada istimewanya. Tetapi gua dapat emel dari seorang makwe.





klik tuk besar.

Pehh. Rasa nak berdebor baca. Dah hampir sampai tahap menceste. Tahap yang gua impikan.

Kalau nak berenti berblog pun gua dah boleh berpuas hati orang kabor. Ada entri boleh sedarkan masyarakat. Makasih berani bagi respon sebegitu awak. Kalau tak suka gua siar. Kabor. Gua boleh padam. Tapi gua saja nak kongsi. Bukan nak riak menda. Tapi satu perhargaan pada gua. Hehe.

Akhir kata, belajar lah daripada pengajaran.

Jap... kenapa formal sangat gua punya entri kali ni? Sempena Hari Guru mungkin. Keh Keh Keh.


Calon Yang Layak

Pehhh. Cincin nikoh ni.


Gua nak halang lu orang kapel pun gua kapel jugak. Tapi pandai-pandai lah orang kabor. Sebab berpasangan tu fitrah kan. Gua kabor ni bukan apa. Nak membendung aktiviti main goyang-goyang atas katil tu. Tak nikoh lagi dah pandai main goyang-goyang.

Gua nak tanya ni, layak ke orang yang ajar lu orang menipu keluarga sendiri, tak pernah tegur pakaian lu orang, tak pernah tanya lu orang solat ke belum di angkat menjadi pakwe jesteru menjadi suami? Itu pun kalau lu orang tak kena tinggal masa 4 bulan mengandung. Keh Keh Keh.

Katakan lu orang ada kerajaan bernama 'Kerajaan Dara Kayangan II'. Mesti lu mahu serahkan kerajaan yang lu jaga selama 15 tahun tu pada orang yang layak kan? Pada orang yang bertanggungjawab dan punya wawasan yang jitu selaras dengan Kelantan Power 2011.

Jangan kebebasan dan kepercayaan mak bapak lu orang bagi di guna buat mende tak molek.

Umur muda tu, baik nikmati dunia remaja sedak-sedak dulu. Nak nikoh muda pun bagus juga. Kalau sampai seru, tak kan nak halang ye dak? Tapi jangan sampai nikoh dengan orang tak layak.

Jangan sampai asyik main goyang-goyan sebelum kawen, lepas dah kawen... dah tak ada 'spirit' nak goyang secara sah. Hehe. Maka laki lu orang cari lain misalnya.

Kesimpulannya, pilih la calon yang benar layak untuk lu bagi 'Kerajaan Dara II' tu. Kenapa II? Sebab kat kerajaan tu ada dua bukit yang indah. Hahaha.

Fikir-fikir balik, entri ni ditujukan khas tuk makwe. Keh Keh Keh.



Imaginasi Azrul Syafiq #4


Sambungan daripada Imaginasi Azrul Syafiq #1, #2, #3
______________________________________________


"Ammar... Ammar... pak cik pun nak berlakon dalam persembahan hari guru nanti la wahai Ammar Rohaidan" ada suara menegur Ammar daripada belakang.

"Pak cik gitahu Azrul Syafiq. Saya bukan berhak. Dia ketua" jelas Ammar.

"Hooo... kalau gitu pak cik nak jadi pokok je. Boleh kan?"

"Pesen bengap!" terus Ammar memulas leher pak cik tukang kebun sekolah tu. Lalu di tendang macam bola ragbi.


***

"Berat tugas yang cikgu bagi ni. Hmm.. tajuk persembahan apa yang aku nak buat ni. Ada idea?" Azrul Syafiq bertanya pada budak kelasnya.

"Liku-liku hidup Ammar Rohaidan menjadi tong gas"

"Mak cik karipap dengan anaknya di sekolah rendah dekat Jalan Gombak"

"Hantu sundal malam Selasa dan juga malam Sabtu yang lepak di KLCC"

"Kisah kekasih tak kesampaian. Lalu bunuh diri"

Suara-suara budak kelas memberi cadangan.


"Haaa... cukup... cukup... makin dibiarkan. Makin banyak kamu semua merepek" herdik Azrul.

"Aku rasa nak buat kisah pasal 'Relaku Kejar Cinta Mu Rozie' mengisahkan seorang jejaka kacak buat apa saja untuk mendapat cinta si perempuan lalu sanggup mengorbankan..."

Belum sempat Azrul Syafiq habiskan kata-katanya, dua kerusi dah melayang ke arahnya.

"Celake! Semua nak harapkan otak gua. Buat la pasal 'Misteri Hantu Rambut Panjang Cecah Tanah Dada Flat tu'. Itu pun nak suruh gua fikir. Kalau mende remeh ni pun gantung kat ketua kelas yang perangai macam mencester ni susah la" marah Ammar Rohaidan.

"Hoooo... haaaa..sedak-sedak. Baguih-baguih. Waaa..." semua budak kelas ternyata setuju dengan idea Ammar Rohaidan.

Azrul yang termakan kaki kerusi pun mengangguk tanda setuju.



Bersambung!!!



Ugutan Cinta


"Abang, nak pakai duit sikit... nak bayar hutang member. RM500 je. Kalau Sayang tak bagi... kita putus cinta!"

"Abang nak tengok dada Ayang kejak. Kalau Ayang tak bagi, Abang nak putuskan hubungan kita"

"Jangan keluar dengan member kelas. Kalau tak, memang tak sayang Abang. Baik putus je"

"Ma, malam nanti tak payah la ikut 'famili' pergi rumah datuk Ma tu. Pa nak 'webcam' dengan Ma. Kalau Ma pergi jugak. Ma dah ada lain. Kita putus je"


***

Wahhh, kemain tajuk entri gua ni kan. Haa. Ni gua nak kabor mende ni. Pernah jumpa tak lelaki nak sesuatu... dan suka mengugut atas nama cinta. Pernah?

Ya! Mungkin lu orang tak pernah jumpa lagi lelaki cegamp gini. Tapi gua dah jumpa. Tunggu, bukan bererti gua ada apa-apa hubungan dengan dia. Cukup sekadar berkawan.

Ya! Memang nampak tak gantang bukan? Ni gua nak tanya, kalau kita berada tempat makwe dia. Nak tak nak kita mesti ikut kehendak dia ye dak?

Kalau tak, mau putus hubungan tu. Sapa tak takut jika pakwe main ugut nak putuskan hubungan gitu. Makwe mesti sayang kan hubungan cinta yang murni tu. Persoalannya, adakah lu orang berani mengambil risiko dengan membuang jejaka pesen ini sebagai teman hidup.

Kalau gua ya! Gua buang je laki gini, bagi penendang dekat kangkang dia lalu berlari pergi. Keh Keh Keh.

Cuba bayangkan jika setiap permintaan di impikan. Mesti ditunaikan. Kalau tak tunai, kait nak putus hubungan. Ahh, lelaki pesen apa ini. Ugut atas hubungan cinta. Cewah. Memang gua rasa tak rugi kalau si makwe lupakan lelaki pesen ini. Pandai mengugut. Sebab dia tahu, makwe dia tak akan tolak. Makwe dia sayang hubungan cinta yang utuh bak menara yang tak pernah runtuh tu. Makwe dia akan setuju punya lah.

Sama juga dengan makwe yang suka ugut ni.

"Abang, nak rantai emas. Kalau tak, kita putus saja hubungan ini. Buat apa kapel tapi tak dapat rantai emas" makwe meminta.

"Ok. Putus!" pakwe menjawab.

Kan kacak tu. Sekali mereka pandai minta putus. Pastu lain kali mereka akan minta putus lagi. Kan?

Jadi, main ugut cinta ni memang tak molek. Nanti lepas kawen main ugut-ugut cerai pula?

Wadepak!



Gula-Gula Lawan 24:7


GULA-GULA


Dekat Malaysia ni, ramai ada penyakit. Tak kira kecik atau besar. Sebab utamanya tak jaga permakanan. Gula juga bahaya sebenarnya. Banyak gula membawa padah!

Tujuh Langkah Bijak Kurangkan Pengambilan gula ialah;

1. Amalkan minum air kosong.

2. Baca label makanan dan pilih produk yang ada kandungan gula yang rendah atau tiada langsung.

3. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan jus buah-buahan yang ditambah gula.

4. Kurangkan gula dalam resipi masakan.

5. Hadkan 1 sudu teh. Kurangkan atau elakkan pengambilan gula dalam minuman teh atau kopi.

6. Utamakan makan buah. Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut atau kurangkan makanan pencuci mulut yang mengandungi gula yang tinggi.

7. Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, biskut, coklat, aiskrim, dan snek berperisa.


Sebelum

Selepas

Dengan sedikit bantuan Dunia Ramping serta Juz Matez 5. Maka, betis lu orang bagi perempuan macam makwe Korea atau Jepun.


Mahu lebih sihat kelik Info Sihat.


24:7

Kita mesti mengingati Tuhan 24 jam dan 7 hari seminggu.

Itulah gua kabor lu orang tak dengar. Jika nampak nombor ini; 24:7 teruslah berzikir ke, solat ke, qada Subuh ke. Buat amal jariah ke. Okay? Jangan nak memaki saja.

24:7 ini membawa imej semangat perubahan. Daripada bukak sana sini, lama-lama pakai molek macam geng Raihan sama Rabbani la nanti.

Ye lah, dia punya 24:7 ingat Tuhan. Moga hidayah datang. Hehe.


Anak muda jiwannya meronta-ronta.

Akhirat serta dunia perlu seimbang.


Kesimpulannya, kalau sudah terturap itu punca rezeki mereka. Biarlah mereka nak bergula-gula, nak ber Mpop bagai. Biarlah. Biar... biar. Lu nak anti-anti bagai tak guna. Baik lu orang pergi pekena kopi sambil nengok Mancester United main. Keh Keh Keh.

Jadi, kehidupan kita sihat dunia dan akhirat hendaknya. Heee... Berilmiah tak? Sedak juga buat entri berilmiah ni kadang-kadang. Hue Hue Hue.


Ibu Segalanya




Bini : Hai Abang, 'morning'... *sambil baca surat khabar, minum milo dekat ruang tamu*

Gua: Emm... 'morning'. *malas layan sebab tak mandi lagi*


Bini: Abang, Sayang nak makan nasi goreng ayam hari ni. Tolong buatkan leh?

Gua: Okay.

Bini: Yeyy! *tetiba gedik itik*


Bini: Abang, Ica tak mandi lagi. Abang mandi kan okay?

Gua: Hmm... yelah.


Bini: Oh lupa!! Abang! anak tak minum susu lagi. Bancuh kan ehh. *statik lagi duduk di sofa, baca majalah wanita, lepas tu majalah gempak, lepas tu majalah dara*

Gua: .....


Bunyi pinggan pecah berderai dekat dapur... bini gua jeling tajam dari ruang tamu.


SukaNeka: Dialog dicedok dari sini.


***

Mak gua pesan;

"Kena buat baik dekat perempuan pada hari ibu ni". Jadi gua tak kesah la kena jadi orang gaji kejak nanti jika bini gua dah jadi ibu.

Tapi gua ni, hari-hari gua baik pada perempuan. Maka, rugi lah makwe-makwe terlepas pandang gua ni. Kah Kah Kah!

Gua nak buat baik pada mak gua pun, mak gua lagi lincah dari gua. Baju dah siap basuh bila gua bangun pukul 2 petang. Nasik dah siap masak bila gua celik mata. Katil dah kemas bila dah nak tidur. Oh indahnya hidup. Hehe.

Gua cintakan mak gua sangat-sangat. Pehh, jadi anak ibu kejak. Ah, bior lah. Bukan selalu gua up entri pasal keluarga gua ni.

Memandangkan gua kacak betei, baik lagi... mungkin mak mertua gua puji kemain gua nanti. Kalu mak mertua gua lagi sayangkan gua dari anaknya macam mana nanti? Keh Keh Keh.


Jadi, sayangi ibu. Mereka adalah segalanya. Mereka 'AWESOME!!!'



*pergi urut kaki mak gua*



Menjadi Ibu

Comel!


Realiti dunia kini;

"Wahhh, gembiranya aku. Aku mengandung Piah. Mengandung. Dah 10 tahun aku kawen. Akhirnya mengandung juga. Sempena hari ibu mungkin. Suka betei!!!" kedengaran suara perempuan dekat restoran kentaki dalam Pavilion.

"Itu nak kecoh ke, aku dah 3,4 kali mengandung. Tapi aku gugurkan. Dia tu pesen tak subur lettew. Kemain lambat dapat anak" makwe sama pakwenya di sebelah tu berbisik.


***


Gua terfikir satu perkara;

Mengapa yang nak anak sangat-sangat, susah nak dapat anak. Tapi makwe yang masih belajar terbuat anak dengan pakwe tu senang kambing je buang anak pula?

Tak rasa rugi ke kot-kot anak yang di buang itu bakal menjadi orang terkenal ke, peyumbang kemajuan ekonomi negara ke. Oh, lupa. Masa muda, semua nak mencuba. Apa salahnya kan?

Mungkin kerana tak malu dapat dosa. Kerana malu pun dapat dosa. Perempuan tak malu dapat dosa sebab izinkan dirinya dinodai lelaki. Lebih tepat lagi pakwenya. Kerana malu dapat dosa pula, dekat 7E tu ada kondom. Lelaki yang sangap tu, dah ada projek baik punya dalam otak sepatutnya beli la kondom kat situ. Bukannya malu nak beli.

Daripada main goyang-goyang atas katil, lepas tu makwe mengandung lantas buang anak. Kan dah buat dua dosa besar tu.

Beringat lah, nanti bila nak anak. Dah tak dapat dah. Asyik buang saja.

Macam Pak Cik Kordi jual mee sup. Dia bagi kat lu orang secara percuma, pastu lu selamber je buang. Lama-lama lu teringin nak mee sup dia dah tak bagi pula. Begitulah analoginya. Cewah!

Sempena hari ibu ni, beringat lah. Sebenarnya sang iblis saja tak bagi kita meramaikan umat Muhamad. Walaupun dah terlanjur tu, tak patut lu orang buang anak. Lagi tak patut bagi pakwe lu mengetuk pintu sebelum tiba waktunya. Keh Keh Keh.


Selamat Hari Ibu!



Imaginasi Azrul Syafiq #3



"Mulut dia hampir rapat dengan mulut Abang, lagi sejengkal kura-kura nak rapat. Abang laung;

"ROZIE!!!"

"Masa tu, Abang ingat Rozie sorang aja. Mana pernah Abang teringat makwe kalau nak buat benda terkutuk. Contohnya mencuri paku dekat bengkel Pak Hassan Tom Yam"

"Abang mana boleh menduakan Rozie. Rozie tahukan Abang cinta Rozie sangat-sangat?"

"Sudikah Rozie menjadi kekasih Abang yang sah lagi mengesahkan?" sambung Azrul lagi.


"Booooo"
"Blah la"
"Pirahhh"
"Tipu nak mampossss"
"Poyo poyo"
"Kelentong tak beragak"
"Cegampang!!!"

Suara-suara sumbang bergema.

Rupanya semua budak kelas Azrul Syafiq keliling dia nak dengar cerita pasal hantu rambut panjang cecah lantai dada flat tu.


"Memang kaki lipat. Dekat cikgu kabor lain. Kat Rozie lain," jerkah Ammar Rohaidan.

"Woiii... cikgu Sejarah datang woiii..." ada suara amaran daripada budak kelas.

"Rozieee... awak percaya kat Abang?" bicara Azrul Syafiq sambil pegang tangan Rozie.

Rozie laju menarik balik tangannya.

"Semuaaaaa bangunnnnnn. Selamat pagi Cikgu Hafizi Malik..." laung Ammar Rohaidan selaku ketua kelas.

Kacak dan suara 'market'. Ammar Rohaidan yang suka berlagak. Seluruh sekolah gempar pasal Azrul Syafiq jumpa hantu tu sebab Ammar Rohaidan lah sebarkan.

Masa nak tanda kedatangan dekat pejabat. Dia terdengar perbualan Azrul dengan cikgu disiplin, pengetua sama guru kelas.

Pasal Azrul kena rotan 10 kali di 'up' nya sampai 50 kali.

"Okay pelajar. Seperti kita tahu, sekolah kita akan mengadakan sambutan hari guru. Dah nak dekat ni. 16 Mei. Saya dengan ini melantik Azrul Syafiq sebagai ketua penyelaras" bicara cikgu Sejarah.

"Hah?" Ammar Rohaidan mengangga.


Macam biasa, Bersambung...



Imaginasi Azrul Syafiq #2



"Sudah puas kena rotan? Nak lagi?" tanya cikgu disiplin.

"Tak nak cikgu" balas Azrul Syafiq nada 'down'.

"Dah... pergi masuk kelas" bicara guru kelasnya.


Azrul Syafiq jalan menunduk. Dia dah tak ada 'feel' nak layan dada makwe yang kena tangkap berkhalwat sedang tunggu depan bilik cikgu disiplin. Sebenarnya dia telah melepas satu peluang terbesar. Makwe tu berdada besar.


***

"Azrul... Azrul.. cerita la pasal awak bertemu dengan hantu rambut panjang tu" ada seorang makwe menerjah kepadanya.

"Awak nak dengar ke Rozie?"

"Aaah" Rozie kawan kelas Azrul Syafiq duduk di kerusi depan Azrul Syafiq.

"Begini..." Azrul Syafiq memulakan ceritanya.

"Masa tu, Abang nak pergi sekolah taw. Abang punya 'dress up' punya la kacak. Memang macam model kelas pertama. Kalau bola, pasukan divisyen satu.

"Tiba-tiba ada suara mendayu minta tolong..."

"Tolonggggg... tolongggg... lembut sangat suaranya. Hati jejaka mana tak berkocak dengar suara lemak manis pemiliknya tu"

"Sebenarnya Abang tak mahu tolong. Memandangkan Abang berpegang pada 'hari ini kita tolong orang, esok orang tolong kita pula' Abang bergegas ke arah suara itu"

"Abang tengok ada makwe kena jala. Rozie tahu tak jala tu apa? Alaa... yang Pak Mail Guni tu guna untuk tangkap ikan tu. Perangkap jala mungkin. Jala tu datang dari mana pun Abang tak tahu. Abang pun tolong. Dia punya nak berterima kasih, sampai nak cium Abang!!"

Dia mula berjalan ke arah Abang. Hati Abang berdebar kemain.


Bersambung...

SukaNeka:
Semua watak yang sama hanya kebetulan. Harap maklum.

Imaginasi Azrul Syafiq #1



"Aduhhh... Aduhhh. Sakit cikgu. Sakitt!!"

"Awak ni Azrul Syafiq. Nak menipu pun, beragak la. Budak masih hisap botol susu boleh la awak kelentong" marah cikgu disiplinnya.

Azrul Syafiq termenung. Dia merenung balik kata-katanya sehingga kena rotan 10 kali.


***

"Saya lewat datang ke sekolah bukan apa cikgu. Tayar basikal saya pancit tengah jalan. Betul. Lepas tu saya berlari ikut jalan 'Hutan Bahaya Jangan Masuk Ada Harimau' tu. Jarang anak muda berani masuk hutan tu. Lebih-lebih lagi ada muka Pan Asian macam saya. Keh keh Keh"

"Hutan Bahaya Jangan Masuk Ada Harimau tu bukan ada harimau sebenarnya cikgu. Sebenarnya ada hantu rambut panjang cecah tanah dada flat. Hantu baik cikgu. Dia ajak saya main congkak sama dam haji. Dia ni dulu pondan cikgu. Rambut dia panjang sangat. Cecah tanah"

"Lepas tu, dia ajak saya pergi rumah dia. Fuyooo. Ada PS3 tu. Cikgu bayangkan. Hantu tu ada PS3 dekat rumah dia. PS3 tu kepunyaan kaum toyol hijau buncit. Dia curik, lepas tu simpan rumah hantu tu. Sedak kawan dengan mereka cikgu. Ramah. Sempat juga saya main PES sepam dua. Hehe"

"Nak tahu cikgu... mak hantu tu boleh cakap Sepanyol. Dia ni minat betei dengan Jonny Deep. Rambut pun ada macam si Jonny tu. Lagi satu..."


'Piutttttt..' rotan hinggap di betis Azrul Syafiq. Pedih!!!


"Kaki DVD gamaknya" getus pengetua sekolah.

Guru kelas Azrul Syafiq menggeleng kepala. Sudah banyak kali Azrul Syafiq bercerita pasal hantu tu. Wujud sebenarkah hantu tu?

Dia sebagai guru berkaliber dan bakal naik pangkat sebagai penyelaras buku teks ada nafsu ingin tahu.



Bersambung...


SukaNeka:
Siri terbaru karya sampah gua. Kui Kui Kui. Ada tujuh siri semuanya. Nantikan kemunculannya.


Tak nak nantikan? Okay... gua tacing!!!


Menten



"Kau ni, walau dah kawen lima tahun. badan masih 'menten'. Biasa lelaki dah lama kawen akan buncit atau gemuk. Apa rahsia kau?" tanya member pejabat gua.

"Heh!"

***

"Icaaaa... jangan lari... jangan lari" laung gua.

"Kejar lah... kejar lah... haha. Tak dapat. Tak dapat"

"Abah penat nak kejar ni Ca"

"Kejar la Ica... wekkk tak dapat..."

"Adoiii... nak tolong potongkan kuku pun kena kejar sakan. Ica woiiii" gua menjerit. Ica dah di dapur.

"Hehe..." dari kejauhan bini gua senyum sorang.

Haaa... cuba jawab kalau lu orang ada anak lincah begini? Perangai macam lelaki. Tak boleh duk diam. Itu tak kira nak suruh mandi malam lagi. Pun kena kejar juga.

Bak kata seorang makwe, "bagai Hiro tak duduk diam"

Makna nya semasa dia baby, pantang lepa, hilang lah dia... jika di katil letak, tiba-tiba wujud di atas meja makan. Mungkin anak nya, begitu juga... di situ diletak,di sana ia melata..

Ternyata memang betul kata makwe itu dulu.

"Ica. Mandi"

"Wekkk... kejar laaa"

"Ah sudah! Maghrib gini orang tak main kejar-kejar Ca"

"Alaa...kejar la Abah. Cubit Abah!"

Saja ja main cubit-cubit supaya orang kejar dia. Kalau nak di ikutkan malas benor gua layan perangai Ica tu. Tapi saja ambik hati.

Kalau mama Ica nak main kejar-kejar malam Jumaat ni memang gua 'surender'. Main masa woiii. Keh Keh Keh.


***

"Woii.. mengelamun pula. Camna kau menten ni? Sixpack masih power lagi"

"Berlari dalam rumah" jawab gua ringkas. Lalu pergi mengorat makwe kerani yang buat rambut baru.