Ceritera 16: Ica dan Borak Lawak



Hari minggu terutamanya hari Sabtu, gua, bini dan anak lepak-lepak dekat rumah. Cas tenaga orang kabor. Hari Ahad barulah jalan-jalan. Pergi beli barang dapur atau pergi tengok wayang misalnya.

Pagi Sabtu yang redup, sesudah makan bihun goreng hasil sentuhan bini gua dan gua tukang kacau serta potong sayur, gua berkata kepada bini dan Ica;

"Semalam tengok Maharaja Lawak Mega kan? Apa kata kita main cerita lawak-lawak. Tapi kena berkisahkan lawak berkait dengan haiwan. Siapa lawak, dia menang. Mau?"

Ica: Nak! Nak! Ica nak hadiah barbie baru...

Gua: Amboi... tak menang lagi dah kabor nak hadiah apa.

Bini: Boleh la Bang... Abang setat dulu. Lepas tu Sayang dan Ica akhir sekali.

Selepas setuju dicapai, gua memulakan cerita lawak.

Gua: Ada satu laki bini serta anak seorang mengalami gangguan nyamuk yang kronik. Dah pasang kelambu, guna ubat nyamuk tapi tak menjadi. Maka, semua ahli keluarga bermusyawarah fikir jalan penyelesaiannya. Pelbagai kaedah diguna tapi semua tak menjadi. Akhir sekali anak mereka berkata;

"Apa kata kita sembunyikan selipar dan kasut dalam rumah? Dengan itu nyamuk akan fikir kita tiada di dalam rumah? Lantas nyamuk tertipu dan berlalu pergi ke rumah orang lain? Nak?"

Maka berderailah ketawa tak henti-henti daripada ayah dan maknya.. Tamat..

Gua : Lawak tak? Kakaka. Giliran Sayang pulak.

Ica dan bini gua tepuk-tepuk tangan tanda cerita gua sedak.

Bini: Begini, ada satu mak cik ni ada kedai serbaneka. Pada suatu hari, ada janda datang nak beli gula. <

"Mak cik, gula ada?" tanya janda itu

"Ada, ada... hujung sana tu," jawab mak cik yang sibuk buat kira-kira.

"Ok... saya ambil ye,"

"Tak ada la mak cik. Habis kot?"

"Mana ada habis lagi... baru sampai stoknya,"

"Mana ada ni.."

"Ada... ko tengok betul betul"

"Tak ada... yang ada kotak dengan tulisan garam,"

"Haa... dalam kotak itulah. Mak cik saja nak tipu semut. Maka, semut ingat kedai mak cik ni tak jual gula... tapi jual garam. Nanti tak rosak la gula mak cik. Hehe,"

Bini: Begitulah ceritanya..

Gua: Emm..boleh tahan lawaknya.. Ica pulak..

Ica: Pada petang Jumaat yang lalu, Abah datang amik Ica di tadika. Lepas tu Ica nak makan aiskrim. Di kedai aiskrim, tiba-tiba Abah terserempak dengan kawan perempuan Abah. Kawan lama kata Abah. Cantik. Kawan perempuan Abah tu belanja Ica dua eskrem. Mama tak pernah. Mama kedekut. Kakak tu mahu mencari haiwan belaan, iaitu hamster. Akhirnya Abah rela hati tunjuk jalan ke kedai itu. Siap Abah bayar lagi hamster tu Mama. Ica nak hamster tapi Abah tak bagi. Dia kata rumah kite ada rebit da.. tamat cerita lawak tentang haiwan... lawak tak Mama? Abah?

Gua menunduk pandang lantai. Gua tak berani pandang mata bini gua. Gua tahu, bini gua sedang merenung tajam ke arah gua ni. Gua terbayang cubit ketam singgah ke perut gua ketika gua sedak layan betis makwe masa dekat pasar malam tempoh hari. Sampai sekarang lebam ada lagi ni hah. Syahdunya.

Dalam hati, gua berdoa kepada-Nya semoga bini gua tak marah gua... kehkeh.

Lantas gua kabor; 

"Pemenangnya ialah Mama! Hadiahnya ialah pakej tak payah masak petang nanti dan malam. Sila beri tepukan gemuruh!"

Ica dan gua bertepuk-tepuk tangan tanda girang di hati.

Bini gua masih merenung tajam gua. Terus gua undur diri buat-buat mahu jemur baju di ampaian.

"Mampos gua malam karang!!!" getus hati gua berserta linangan air mata mula mencurah. 






Melawat Kota Korea


Pada cuti akhir tahun yang lalu, saya berpeluang melawat Kota Korea dengan kornea saya sendiri. Indahnya tak terperi, sedaknya bagaikan mimpi.

Kami bertolak dari rumah tumpangan lebih kurang jam 11.30 pagi. Untuk ke pusat membeli belah yang terkenal di Kota Korea ini mengambil masa hanya 30 minit.

Sepanjang perjalanan, banyak pemandangan menarik yang boleh dilihat. Kebanyakkan bangunan tinggi mencakar melangit. Suhu masa tu sejuk boleh tahan sejuk… sekitar -15° Celcius. Entah la, saya pun mana reti baca suhu semasa ni. Saya main agak je. Kakakaka.

Sekitar jam 12.15 petang, kami pun tiba pusat membeli belah yang saya teringin pergi. Pusat membeli belah dalam bahasa Korea di sebut "sangga" kalau saya tak silap.

Inilah pertama kali saya berpeluang merasai dan menikmati suasana warga Korea membeli belah. Pakaian mereka ini usah diragui. Tip top punya fesyen. Gadis belasan tahun pun dah pandai pakai skirt dan legging. Yang pakai baju nampak pusat pun ada. Itu saya tak cerita pasal makwe tindik dekat hidung lagi tu. Maka, berguguranlah pahala saya ibarat gugurnya sehelai daun daripada pokok cempedak.

Namun, disebalik kehampaan dan mengenangkan dosa semakin bertambah, saya dan rakan taulan teruja bila terlihat seakan artis yang ada dalam siri Running Man, Kim Jong Kook.

Saya bersama rakan taulan tak berniat malukan rakyat Malaysia di rantau orang. Maka, perbualan kami secara automatik bertukar menjadi bahasa orang putih.

"Look that, that is Kim Jong Kook rite?," Brader Leplep mula berbicara.

"Yes-yes... but he look small," jawab Brader Chacha.

"Oh yeah? I dono wat really he look... emmm..." kata saya yang tak berapa reti cakap English.

Maka kami pun berlalu meninjau ke tingkat lebih tinggi lagi. Kami sempat berjalan di sekitar pusat membeli belah itu. Beberapa deretan kedai kecil menjual pelbagai barangan seperti cenderahati dan makanan. 

Selesai menjamu mata dan berjalan-jalan, kami begitu kagum melihat seni bina pusat membeli belah ini. 

"Sungguh padu kejuruteraan binaanya," getus saya dalam hati.

Sudah menjadi kebiasaan jika datang pusat membeli belah di sini wajib mengambil gambar untuk dijadikan memori terindah yang tak mampu dilupakan. Maka, menurut arus perdana anak muda, kami berlima berjalan menuju tempat di mana pelawat mahupun pengunjung wajib bergambar di situ.

Selepas sampai di lokasi wajib jika bercuti di Kota Korea, Brader Chacha terus mengeluarkan kameranya.

"Lepas ni gua nak gambar sorang depan Pavilion, nak buat gambor DP Fesbuk!," ujar Brader Leplep dalam tandas.

Selesai mengambil gambar dalam tandas. Maka kami berlima pun belah. Maka, saya dapat simpulkan itu percutian menarik saya!


Pusat mengambil gambar dan belah. Itu semoleknya dari pusat membeli belah. Sebab kami tak membeli apa-apapun. Maklumlah, hujung tahun. Kering dompetnya. Keh Keh Keh! 



Dari kiri, Brader Chacha, Amirull Bozu, Brader Leplep dan yang depan sekali tu, saya ingat-ingat lupa nama dia, Paeh rasanya. Kebetulan masa ni mak saya kol, maka saya tiada dalam gambar :(







Cuba

Gua sebenarnya tak ada menda nak update, cuma tertekan ruangan New Post, tengok dah lain macam sikit. 
Ni dah lama ke baru ni?  


*Nampak sangat lama tak update* 


Ni tengah test power la ni. Facebook dah tukor baru, dia pun nak ikut arus perdana jugak. Takpun, ini azam 2011 baru selesai dibuat.  


Okay bye. 


Haiii...
saya winduww awark cangat-cangat. hqhq. Hai semua... sihat ke tak? Emmmm.. 


*** 


Okay, inilah di namakan entri sampah kalau lu orang nak tahu. Tak tahu nak update tapi berlagak nak update. Dah banyak blog gua jumpa entri begini. Kemonlah, sekali dua tu boleh la.  


Hari-hari pembaca baca entri awok yang entah apa-apa, lama-lama pembaca jadi bosan. Barulah, sibuk nak tayang statistik pembaca blog makin kurang.

*Dah sikit owang bacey blog saia.JPG* 

Hehh, nasib baik ada butang pangkah (X). 

Sekian bebelan hari ini sebab gua tak makan nasik lagi. Kahkah! 

*ni mana nak tekan publish ni* 

Bunuh Syaitan


Serekkkkkkk.

Bunyi tayar kereta berhenti di depan kilang botol kicap. Perkataan 'Kilang Cong Li Kicap' terpampang besar. Dulu Cong Li nak buat kilang coli, tapi tak jadi. Kos mahal katanya.

Sebaik sahaja ada makwe masuk dalam kereta, lalu seorang jejaka memulakan perbualan.

"Anje, Anje nak tau tak, tadi dekat fesbuk, Bebi ada terbaca pasal ada ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu atau bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan"

"Amboi, rajinnya Bebi baca pasal hal ehwal agama?"

"Grrrrr" Bebi buat muka garang yang dibuat-buat.

"Hehehehe.. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak Bebi" kata Anje sambil ketawa.

"Tapi kita tak nikoh lagi... tak pe ke?" tanya Anje.

"Takpe... janji kita ikhlas. Nawaitu kita betul untuk bunuh syaitan. Kan?" balas Bebi yakin.

Anje hanya tersenyum panjang.

"Bebi bukak coli dulu ye?"

Kelihatan kereta di bahu jalan tempat gelap sedang goyang-goyang berirama sehati sedansa, kadang kala kereta itu goyang gerudi.

Selang dua hari kemudian, Bebi berkata;

"Anje, jom kita bunuh syaitan..."

Anje hanya tersenyum manja.

Selang dua hari kemudian lagi, Bebi hantar mesej ke Anje.

Lepas keluor makan malam, jom kita bunuh syaitan... Anje.. hehe.

Aummmmm...nak! nak! okay!! balas Anje laju-laju.

Esoknya, lepas ambil Anje balik kerja, Bebi berkata "Anje, jom kita bunuh syaitan... "

Anje terkedu lalu mengangguk lemah.

Esoknya lepas Anje masuk dalam kereta terus Bebi berkata "Anje, Syaitan tunggu nak dibunuh!!! Ayuh kita berjuang untuk bunuh syaitan... "

Anje dengan tiba-tiba marah dan berkata ;

"Bebi ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh Anje!!!"


*bunyi cengkerik*


________________________


Pehhh... niat nak bunuh syaitan. Murni dah harmoni betei niatnya. Tapi bila iman senipis kulit bawang, yang halal dan haram jadi tungang-langgang.

Setan! Setan! Setan!




Gambar Kegemaran Saya



Tajuk: Segmen Gambar Kegemaran Saya (Edisi Untuk Follower Perempuan/Makwe/Gadis/Mereka Berdada Mantap/Organisma Berdada Pink)

1) Sila letak Header AKAL TUNJANG BLOG





Sudah bang... Sudah.



Hee -,- soryy , tak comeyy :D


2) Ceritakan tentang gambar pilihan awak. Mengapa suka gambar ni.

Tak secantik korang yang lagi cantik. Apew-apew pun , ittew bersyukur ape yang ade . PEACE (Y). Gambar ni ittew shukeww sebab lama gila nak dapat hasil yang terbaik. Mula-mula ittew duk depan cermin, ittew beliakkan mata macam mak ittew marah ittew mandi lewat, Hehe..tettt... jangan gitahu orang ya? Ittew kembungkan pipi. Lepas tu ittew muncungkan mulut. Ittew tahan nafas..pewww. Itu susah tu..part tahan nafas. Nak tercirit pun ada... hikhik.

Akhirnya jadi!!!

Yeyy! Ittew up dekat fesbuk dapat 2,262 likes dan 3,049 komen, 954 share tahu? Power tak power tak?


3) Ada edit tak?
Amboi, soalan nak kasi ittew merusuh keww? Jaga-jaga. Ittew ni ada darah pahlawan Pavilion tahu tak? Darah mudah panassssssss... hewhew. Gambar ittew tu 1000 peratus asli. No photoshop, no photoscape okay?


4) Kasi ke pakwe ke gambar tu?
Bilaaa cintaaa...kini..tak lagi bermaknaaa.. Errr..errr... ittew baru klash la abam. (╥﹏╥). Cedihnyeww. Tapi bagi aaa dulu... dieww buat wallpaper~ dan juga simpan belakang almari. Buat halau tikus dan lipas katanya. Ittew tahu dia gurau, tapi ittew tacing aaa...


5. Soalan Untuk Abang Hiro.
Abang Hiro nengok tentang Dhia? Ittew la Dhia tu. Hikhik. Bila lagi Abam nak follow blog ittew? Mencik aaaaa... sedih ittewwww..
(╥﹏╥)(╥﹏╥)(╥﹏╥)

_____________________


Terlebih dahulu, gua kasi sensor sikit dekat mata budak tu. Nanti ada yang ralit nengok tak siapkan kerja sekolah pulak. Gua kelih kat pesbuk, blog dan alam maya yang lain banyak tayang gambor pelik-pelik posingnya.

Gua nak komen lebih-lebih karang tacing pulak. Yelah, budak-budak kan. Ke ada yang berumur 20 ke atas buat gitu? Astaga, ada menda tak kena tu. Baik cek balik dengan doktor. Kadar pertumbuhan besaran dada ke, organ pembiakkan ke. Ada tak kena tu. Kehkeh.

Yelah, kalu budak besar buat jugek, memang lu orang ni pesen terencat gamaknya. Badan membesar, otak mengecil.

Alam maya ni, sekali dah up. Boleh timbul fitnah orang. Susah dah nak dilitnya. Ada yang dah share sana, dah save sini. Haaa... jangan kasi malu orang kita la dik.

Faham? Pergi tengok balik gambor patut dilit dekat fesbuk ke, blog ke, dilit la. Tak nak dilit tu rezeki gua dan puaka lain la nanti. Kakakaka.

Tak faham? Tak faham sudah!