Pergi Ke Kedai


   
   Aku ingat lagi masa aku darjah enam. Pukul 11 pagi dah serupa pukul satu petang... panas kemain. Bulan puasa yang mencabar bagi seorang remaja yang kacak dan maskulin macam aku ni.

Cuaca panas sehingga ada burung murai datang mintak air sejuk rumah aku. Belalang pulak berlumba-lumba nak masuk dalam peti sejuk rumah aku. Haaa... boleh bayang dia punya panas? Boleh?

Tengah sedap-sedap aku tidur, mak aku kejutkan aku suruh beli kunyit, santan dan garam. Nak buat gulai kancil katanya. Tengah malas-malas nak bangun aku layan jugek cakap mak aku tu. Sapa tak sayang mak iye dok? Lagipun masa tu, aku baru pandai bawak motor... spirit nak bawak motor tu tinggilah.  

Masa tu kat kampung aku ada satu kedai runcit. 100 meter saja dengan rumah. Nak jadikan cerita, mesin kelapa kat kedai yang dekat tu rosak. Terpaksa lah aku pergi ke kedai runcit yang jauhnya dua kilometer.

Tak jadi masalah lah sebab aku naik motor abah aku. Pulas je kuat-kuat handle minyak terus sampai. Budak kampung, umur sepuluh tahun ke, sebelas ke dah pandai bawak motor... ada umur lapan tahun dah pandai merempit.

Sikit je nak sampai kat kedai tu, motor abah aku habis minyak. Segala kata cacian yang engkau berikan... minyak motorku kosong... kosong ooo. Amboi, ter-Najwa Latif la pulak. Berbalik pada cerita aku tadi, aku parkir motor aku dekat kedai tu. Maka, terpaksa lah aku menapak dua kilometer balik ke rumah.

"Aaaaaaaahhhh... lega," kata aku selepas teguk jus epal berkali-kali. Habis duit mak aku kirim tadi, aku beli jus epal bersaiz besar. Santan, kunyit dan garam aku tak beli.

Gila enko nak jalan dua kilometer dengan cuaca panas tak minum air? Biawak pun berkira-kira nak melintas jalan inikan pula manusia nak jalan kaki dua kilometer.

Aku terus teguk-teguk jus epal itu, sambil melangkah dan terus melangkah. Tengah sedap meneguk jus epal, ada dua orang makwe naik motor lintasi aku. Aku sempat melontarkan senyuman madu pada mereka. Lantas mereka berbisik sesama mereka. Ngumpat aku tak puasa lettew. 

Tapi ada aku kesah? Berat tahu keputusan aku nak ambil masa tu. Sama ada nak beli barang mak aku kirim atau jus epal.



Salam Romadhon





Ehemmm...aku up satu entri menandakan aku masih hidup lagi. Aku sibuk mendalami ilmu agama untuk mencapai ustak 1Malaysia pada tahun 2015. Sebenarnya aku bangun tidur, fikir nak update... lepas tu member ajak lepak. Aku pun pergi melepak sampai ke petang. Keesokkan harinya aku buat benda yang sama. Begitulah ceritanya.


Selamat menyambut Ramadhan untuk semua pembaca blog gua. Yang tak reti-reti nak setat puasa tu, ingatlah, walaupun hidup seribu tahun kalu tak puasa, apa gunanya. Oklah aku pergi bukak tudung saji kejak. Nak bagi kucing aku makan ikan lauk sahur tadi.


Pasal nak jadi ustak tu, enkorang jangan percaya sangat. Kehkeh.


Kalu aku larat lagi, aku update lagi... ini pun aku suruh hantu raya aku taipkan... aku kabor je ke dia melalui hantaran separa Instagram melalui medula oblongata aku ni. Setelah aku pujuk nak kasi nasi lauk zirafah percik baru nak dia taip. Pesen memilih la hantu raya sekarang yek? Saranan aku..jangan la bela hantu raya ni. Menyusahkan!


Ok bye!