7 Senarai Semak Anak Muda Sebelum Beli Rumah Pertama



1. CCRIS CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod pinjaman daripada institusi kewangan seperti 
pembiayaan kereta, kad kredit, pinjaman peribadi. Penting ada CCRIS ini untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran 
balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia. Boleh juga semak guna emel. 
Aku buat guna emel, hantar permohonan lengkap 22.1 dan dapat 28.1. Free Of Charge
 
 2. CTOS 
 
 CTOS ni Sistem Informasi Rujukan. Pastikan kau bebas daripada CTOS. Bahasa lain dia disenarai hitam. 
Kadangkala kau tak sedar pun kau kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik beradik 
ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang tertunggak.

3. DSR
Debt Service Ratio adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyak lah hutang / komitmen kau. 
Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan 
pembiayaan rumah kau boleh dapat. Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank namun konsep dia tetap sama. 
Kau ada DSLR belum tentu DSR kau cun. Kakakaka. 
 
 4. Kelayakan Jumlah Pembiayaan 
Kalau boleh, 'walk in' ke bank untuk tanya berapa jumlah kelayakan pembiayaan perumahan boleh beli dengan gaji /pendapatan. 
Jika pegawai bank kata kau banyak komitmen. Jangan risau. Tambahkan pendapatan ataupun kurangkan dulu komitmen. Jangan putus asa.

5. Dokumen Lengkap
Pastikan sudah siap sedia dengan dokumen berikut;
1) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
2) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: penjawat awam) (2 Tahun)
3) Surat Pengesahan Majikan (kalau kerja kerajaan boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
4) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau ada bulan tu terima bonus ataupun OT)
5) Penyata EPF (terkini)
6) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan, ikut nombor 4)
7) Dokumen sokongan:
i. TH, ASB 
ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank tiap bulan. Untuk perkiraan DSR.
iv. Sebarang dokumen boleh menampakkan kau mampu bayar ansuran bulanan.
v. Rekod CCRIS

6. Duit Pendahuluan
Sangat berminat tapi duit pendahuluan pun tak ada ni susah jugak. Nak beli rumah ni bukan serupa nak beli sayur kat pasar ataupun
nak beli pantun je. Pastikan ada tunai dalam 15% daripada harga rumah yang kau berminat tu.
Jadi tak reti-reti lagi nak menyimpan? 
 
 7. Baki Minimum Bulanan Dalam Bank
Kalau nak beli rumah tu pastikan dah dapat gaji, jangan biarkan baki minimum bulanan ada RM100 je tiap bulan. 
Pihak bank akan tengok kemampuan kau untuk membayar balik. 

Susah ke senang nak buat perkara di atas?  Kalau susah, banyak kan lagi menimba ilmu. Berkawan dengan orang berpengalaman. 
Jangan duk baca pasal Fakta Anak Bongsu la, Fakta Pakai Jam Tangan Kanan, Fakta Lelaki Kelantan la, fakta itu ini.

Lagi 5 tahun nak menuju Wawasan 2020 pun kau masih nak percaya fakta mengarut dekat media sosial ni. Kah!

P/S: Ini panduan asas sahaja. Untuk lebih lanjut rujuk pakar, pegawai bank dan ejen hartanah.