Jangan Marah


Pagi yang indah. Mentari mendayu memancarkan sinar harapan. Burung berkicauan riang dari segenap arah. Indah suasananya di kala itu. Awan masih memutih suci, langit masih membiru indah. Syukur.

***

"Sayang, pagi tadi Abang angkat coli Sayang dekat ampaian. Lepas tu tali coli sangkut dekat paku. Tarik punya tarik, sampai putus tali coli Sayang dibuatnya. Marah la Abang... Marah la" bicara gua.

"Ea? Takpe... yang tu lama dah Sayang nak buang. Dah 'expired' dah pakai. Ekekeke. Ni, tadi Ica duk main laptop Abang. Sayang nak alih... lepas tu terhempas pulak. Camne? I'm Sorry k? Marah tak?" balas bini gua ramah.

"Nice try Sayang... nice try. Tak marah. Abang ada back-up dalam extenel. KahKah. Semalam lepas Abang tolong gosok coli Sayang, Abang gosok baju kurung raya Sayang. Alaa, yang harga RM200 tu. Dah berlubang dekat dada. Mungkin panas sangat kot suhu seterika tu"

"Eh, takpe... takpe... baju tu dah lama dah. Memang kain tak power dah kot. Petang semalam masa Sayang amik Ica kat tadika. Sayang langgar tiang letrik. Kemek jugeklah bahagian bontot kereta tu. Maaf Abang? Sikit je kot"

"Maksud Sayang, kereta Honda Civic biru Abang tu?"

"Yelah... kereta mana lagi kita ada?"

Daripada muka kacak dan caring, terus berubah ke muka kacak dan bengis. Kacak tu tak boleh berubah sebab gua kacak. Tapi bengis gua ni, bengis mengalahkan bengis Hulk punya.

"Sayang! Kenapa tak hati-hati. Kan Abang dah pesan hati-hati. Sayang tak tengok ke belakang ada apa?"

Terus gua berlari menuju ke kereta.

"Hehehehehe" suara manja gelak daripada belakang.

Cilakak! Gua kalah. Hebat jugek kejuruteraan lakonan dan kejuruteraan emosi bini gua rupanya.

"Yeyy! Dapat RM200. Boleh beli beg baru. Lepas tengok muvi kejak lagi, teman Sayang pergi beli beg ye Abang"

***

Malam sebelumnya.

"Sayang, nak kita main sapa marah kena bayar RM200? Nak? Eleh, tak nak lettew..." ujar gua dengan muka kacak sedang.

"Sapa kata tak nak! Jom... pagi esok setat. Abang jangan main kotor pulak" balas bini gua.

"Set" jawab gua yakin.



Nota: Bini nombor dua lelaki ialah kereta woi!





Menari Sang Puteri



Tersebutlah kisah ada sebuah negara bernama 'Sepohon Kayu Daunnya Lebat, Apa Gunanya Jika Hidup Seribu Tahun Kalau Tak Mandi'. Nama negara itu sedemikian rupa dikatakan Raja-Raja zaman dahulu kala tidak suka mandi dan teguran Raja Ketujuh Belas untuk mentitah supaya Raja selepasnya mandi.

Adapun puteri kepada Raja Ketujuh Belas itu umpama dewi kayangan yang mempunyai rupa paras dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Rupa paras puteri Raja Ketujuh Belas negara itu bagaikan purnama menjelma di kala malam. Menyinar kelam di kala malam mahupun bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang cantik lentik dan ekor mata bak teratai bunga indah di tasik tenang airnya.

Kononnya suara puteri itu sungguh merdu seperti seruling bambu. Sang haiwan di hutan turut menyanyi sama tika sang puteri menyanyi. Di khabarkan puteri suka mencari cendawan yang boleh di makan di hutan sambil menyanyi. Maka indahlah suasana di hutan di kala puteri menyanyi.

Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain di bibir. Senyuman mampu menyurutkan lautan. Senyuman mampu meredupkan mentari, senyuman mampu menjinakkan ombak dan senyuman mampu mencairkan hati dan jiwa teruna.

Adapun diceritakan ada pahlawan yang juga ketua panglima perang selaku Ketua Perang Arah Timur. Sungguh tertib dan sistematik corak pertahanan negara di kala itu.

Diceritakan nama ketua panglima perang itu ialah Hiro Achemelego Aguero. Sungguh hebat namanya. Desas-desus mengatakan kalau beliau tumbuk muka orang. Memang sampai tak cam. Hilang seluruh salsiah rupa manusia di bahagian muka. Kadang-kadang sampai melarat sampai ke perut. Begitu sekali kata orang kampung mengenai ketua panglima itu.

Sungguhpun kejayaan negara itu menang dalam pertandingan harmonika seluruh Negara Punya Raja, Raja Ketujuh Belas mengadakan jamuan makan dan tari-menari di dewan istana. Adapun di jemput seluruh rakyat jelata dan tentera perkasa.

Melihat rupa paras anggun puteri di dalam dewan istana, Panglima Perang Hiro Achemelego Aguero menegur puteri yang lengkap pakai baju kebaya bersaiz sedang.

"Dinda... jika sudi kata sudi... tidak Kanda ternanti-nanti... marilah... marilah menari"

Di datangi puteri itu penuh kelembutan. Di urutnya dada ketua panglima itu. Di tarikya rantai perak hadiah daripada Raja Ketujuh Belas kemas-kemas. Tercekik ketua panglima itu. Tanpa belas kasihan. Di tariknya rantai itu lama.


"Aduhhhh!" laung gua sekuat hati.

Cilakak! Tadi gua tertidur masa gayut dengan makwe. Punya sedak gayut. Tidur sampai leher terbelit wayar headfon. Sakit betei leher. Habis nak makan kurma macam mana ni? Itu tak apa lagi. Apa lebih penting, nak makan nasik pun risau tak ada feel.

Gua urut leher. Baca doa tidur dan sambung tidur. Esok-esok la cari wayar headfon entah dekat mana gua campak.

"Kalau nak terjaga pun, bior la sampai dapat cium puteri tu," bisik gua lalu tarik selimut laju-laju.


Senyuman manis macam ini puteri itu.




Panduan Bini-Bini: Meminta Pertolongan Laki



Kebanyak 70.67 peratus pembaca blog gua ialah golongan makwe dan 0.67 peratus daripada makwe tak asli. Maka, terdetik la alveolus gua ni nak tulis satu panduan buat makwe bakal jadi bini mahupun sudah mendapat pangkat bini. Fuhh, power power!



1. Minta Sekali
Laki ni ego nya power kemain. Kalau mahukan pertolongan. Kabor satu kali pun tak apa dah. Kabor baik-baik. Supaya laki anggap bukan suruhan mahupun arahan.

"Abang, tolong basuh coli Anje ni. Kena sos cili... tolong Abang. Sakit tangan nak berus. Lenguh dah. Pelisss Abang... Pelishhhh... huuu"

"Siap!!!" *mata bersinar*

Lu orang kena belajar teknik merayu jugek gua rasa dan teknik memujuk dengan berkesan.


2. Berterima Kasih
Berterima kasihlah pada laki lu orang kerana menolong buat kerja. Bukan mudah nak menyuruh laki buat kerja lebih-lebih lagi bila dah nonton bola.

"Abang, terima kasih lah susah-susah berus bahagian tali coli Anje tu. Dia kena sos cili tadi masa masak. Tenkiu kay? Tenkiuuuu sooo much. Meh Anje lap peluh kat dahi Abang meh."

"Hehehehe... tak apa, Abang suka basuh bahagian dalam Anje sebenarnya"

Tengok, yang terasa terpaksa pun jadi rajin kalau bini berterima kasih dan hargai apa laki buat.


3. Bagi Hadiah
Tak salah bagi hadiah, tips, ganjaran pada laki sendiri. Tulisan nota dan lekat dekat kereta dia pun dah kira romantik dah gua rasa. Apa yang penting, cara kita nak kasi perhargaan tu.

"Di sebabkan Abang rajin cuci coli dan pekakas dalam Anje petang tadi. Taddaaaaaa!!! Anje belikan bokser Ben 10 baru. Suka tak suka tak?"

"Shukewwww nyewwww Sayanggggg... makasih Anjeeeeeee... nak peluk skettt..."

Lain kali, tanpa meminta pun... laki sendiri dengan rela hati tolong.



***

Begitulah serba sedikit panduan gua. Gua bukan reti sangat. Fikir logik dan tengok cerita-cerita drama dekat tibi je.

Ini tidak, kalau laki malas sikit... mula la mesej member rapat,up status dekat pesbuk;

Laki aku pemalas bak hang...

Eeeiii... geramnya dekat dia. Nak suruh tu malas, suruh ni malas. Mencik ><

Gila dulu bukan main rajin belom kawen..bila dah kawen pemalas betei! Dushhh Dushhh.


Sebenarnya bukan malas, lu orang warga berdada mantap je tidak reti nak minta. Bukan dengan cara mengarah dan menyuruh tapi meminta. Cuba cara baru yang efektif dan berkesan. Kalau nak tambah, tambah la dekat bahagian komen. Sama-sama kita membentuk keluarga muhibah dan harmoni. Hek Hek Hek.



Pesanan Buat Adik SPM



2000

Gambar di atas di ambil masa teman-teman Abang sehari sebelum SPM, (Sijil Pelajaran Malaysia).

*tiada dalam gambar; Abang Hiro lah. Abang Hiro kacak terpaksa jadi tukang ambil gambar*


2011

Tengok, kami dah berjaya dalam bidang masing-masing. Semua ada kehidupan yang molek serta bersahsiah yang tinggi. Power tu susah nak kaborlah. Artis dan kami sama naik belake. Dikatakan sungguh power kami ini.

Pernah tengok KLCC? Pernah... ha.. tak ada pun teman Abang kerja kat situ. Pernah dengar Dubai? Pun tak ada teman Abang kerja kat sana. Tapi cukuplah Abang dan teman-teman Abang jadi orang berguna dan tak mencuri, merompak mahupun meragut untuk mencari sesuap nasik.

Pesanan Abang, belajar la elok-elok dalam masa sebulan ni. Pekena kaw-kaw punya studi. Bukan apa, bila dah dapat keputusan nanti... nak menyesal tak guna kan?

Orang kabor, SPM ni segalanya. Tapi Abang percaya makan nasik pun penting jugek. Jangan nak fokus studi je. Nasik pun kena makan. Mana bisa nonton dada makwe berbaju nipis bercoli kaler oren bila perut keroncong seribu kali ye dak? Amboi, mengarut pula Abang ni. Maklumlah... Abang dah lepas SPM... hikhik. Idok sabar nak habis SPM lettew!

Kalau lepas SPM nak nikoh pun kasi la kredit dulu Bahasa Melayu tu. Baru tak malu jadi orang Melayu. Benda penting ni. Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia ni sebenarnya? Abang pun dah lama meninggalkan kejuruteraan SPM ni. Biasa Abang guna BM je.

Akhir kata Abang mewakili teman-teman yang lain... belajar bersungguh selagi ada masa. Kalau sehari sebelum SPM lalu tersedar dari tidur lantas menyesal... padan muka jelah Abang ucapkan.


Selamat menduduki SPM. Bulan SPM, bulan hayati dan memahami buku SPM.





Ceritera 15: Ica Dan Telefon


Di suatu petang yang redup suasananya. Mentari sedikit mengambil lebuh raya barat. Di ufuk timur pula, kelihatan awan yang gelap mula menuju ke ufuk barat. Pagi tadi fajar menyinsing dengan enaknya. Lantas telefon gua berdering. Lagu Cinta Coli nyanyian Najwa Lokman sedak bergema.

*celaka menda intro sedemikian rupa?*

***


"Hello, Abah ke tu?"

"Ye...ye.. Abah Ica la ni."

"Abah buat apa?"

"Abah duk baca surat khabar kat luar ni. Ica buat apa?"

"Ica duk nonton katun Dora... Mama mana Abah?"

"Kat dapur kot. Bunyi macam sedang basuh pinggan"

"Ooo... Abah petang ni pergi taman lagi?"

"Ye... ye.. Pergi. Ica jangan lari laju-laju lagi macam kelmarin. Jatuh pulak nanti"

"Okay Abah. Ica nak sambung nonton Dora ni"

"Okay-okay. Bye. Love you"

"Love Abah!"


***

Bila Ica dah pandai main telefon rumah dan ingat nombor gua ni gua tak berapa berkenan. Pantang ada masa terluang sikit. Terus menge-kol gua. Keh Keh Keh.



E.Coli


Hari minggu. Biasalah, anak muda. Kalau tak pergi membazir masa tak sah. Antarnya ialah pergi melepak dekat pasar raya. Biasa gua melepak dekat Pavilion.

Entoh bila bumi Pahang ada Pavilion pun gua tak tahu. Maka bahawasanya dikhabarkan salsiah Pavilon dekat Pahang ni berkait rapat dekat Pavilion dekat KL, Tehran, Paris, Zürich dan juga dekat Le Tour de France.

Biasa nya gua dan member suka lepak dekat atas sekali. Boleh ngusha makwe kat bawah-bawah. Yang makwe kat eskelator mahupun dekat pintu masuk.

Di satu sudut dekat ruangan Mekdi kelihatan warga Yuna sedang borak mesra. Di satu sudut dR. Romzey Kentaki pula ada warga Hana Tajima. Di ruangan jalan kaki pula ada warga K-pop. Sungguh muhibah dan majmuk dekat pasar raya ni. Aman sentosa serta aman damai. Warga Bangladesh dan juga warga Myanmar tidak kelihatan. Mungkin ada rumah terbuka di rumah tok ketua mereka mungkin.

Di ruangan legar bahagian bawah ada 'sale' coli. Amboi, sampai 80 peratus. Ni coli bundle ke hape ni jual murah-murah.

Walaupun melepak, seperti anak muda berilmuan yang lain, gua beli jugek surat khabar untuk baca. Dekat situ ada artikel pasal E.coli.

Sedang member gua ralit membaca komik Naruto versi Melayu, lantas gua tanya;


"Uden, lu tau apa itu Escherichia coli atau dikenali E. coli?" tanya gua ramah.

"Tahu sangat. Saiz dada makwe berlevel sarjan kan? Macam dada Rozita Che Wan mahupun macam dada Pamela Anderson... kan?"


Benda kalau jawapan di jawab dengan penuh keyakinan dan keikhlasan ni, gua tak leh buat menda dah. Setan! Setan! Setan!





Mencuri Cinta Makwe




Ada benda gua nak kongsi ni. Antara cara-cara golongan tidak bercoli memikat cinta golongan bercoli. Kalau golongan bercoli tak asli entoh berkesan atau idok. Keh Keh Keh. Antaranya;


1. Boleh buat makwe tersenyum sendiri.
Kebanyakan makwe suka pakwe yang kelakar. Yang boleh buat dia ketawa. Bukan perlu jadi pelawak pun. Tapi sekadar mencuit hati. Gua ni pun ada orang kabor kelakar. Aishhh, malu nak kabor sebenarnya. Hikhik.

2. Jadi yang istimewa.
Kalau nama target tu Suraya.. orang lain panggil dia Su... Su... lu panggil la Aya ke Sura ke. Baru mudoh dia ingat kat lu.

3. Mudah mintak tolong.
Tapi yang penting, bior ikhlas. Kalau boleh terus tolong.

"Awak, saya nak minta tolong ni..."

"Ye. Coli awak saiz 32 Cup D kan? Takpe... saya pergi beli sekarang"

"Bukan... bukan... Boleh tolong pergi mampos? Saya rimas betei. Awak selalu kacau hidup saya"

"Aiyakkk!"

4. Kejut Subuh.
Ada makwe mahu pakwe dia tanggungjawab. Boleh bimbing ke arah jalan yang lurus. Apa kata sekali sekala pekena kejut si target solat Subuh. Semanja pun suara makwe baru bangun tidur, se-stim mana pun lu dikala itu, buat bior ikhlas. Kejut makwe nak kasi solat. Lu pun kena solat jugek.

"Awak, bangun Subuh.. Su...Su... bangun la solat Subuh"

"Subuh jadah mendanya pukul 3.30 petang ni"

"Aaa... saya baru bangun ni... aiyakkk!"

5. Kawan dengan kawan dia.
Ada jugek makwe suka kalau lu orang rapat dengan member dia. Bukan sebab nak ngorat ke apa. Tapi sekadar berkawan. Kenali siapa member rapat dia. Apa anak muda kabor, BFF? Best Frewwwwnnn Foreber? Euwww... geli geli!

6. Penyayang.
Pegang oik oik (cara baca: babi) sebagai tanda lu orang berjiwa penyayang itu bangang namanya.

7. Ambil berat.
Makwe ni mudah goyang bila mana ada lelaki ambil berat pasal dia. Nak tak nak masa makwe tengah down. Baru habis nonton cerita Tamil yang pasangan kekasih mati di bunuh misalnya. Tanya soal makan dan kesihatan cukup buat makwe terasa di sayangi.

8.Buat analisa.
Gua ada jugek dengar member gua pasal mak makwe tak suka dia bakal kerja jururawat lelaki. Entoh menda la pesen gini. Jadi sebelum masuk alam kejuruteraan percintaan, adalah molek kalau kenali salsiah keluarga target dulu.

9. Kenali target.
Cuba selami jiwanya nan lembut ibarat bayu dari Gunung Kinabalu. Sikit-sikit tanya apa dia suka. Apa yang dia tak suka. Suka makan apa..kegemaran. Suka bergambar buat pipi kembong contohnya.

10. Terima dia seadanya.
Tak di nafikan rupa perkara asas pakwe akan mendekati makwe. Tapi kalau muka makwe cun tapi dada tak punya mantap. Lu orang kena terima dia seadanya jugek. Ehh, macam pelik je huraian ni. Lantok ler. Entri gua.


***

Banyak lagi cara yang power tapi memandangkan gua ada menandatangani Perjanjian Jejaka Kacak Dan Cara Mengejas Makwe Daerah Pangkor Bersekutu 1964. Terpaksa gua kasi yang berlevel rendah je.

Okay geng! Kita dah tahun akhir. Kepada member gua yang masih di lambung ombak kesepian dan di belai angin keseorangan tu. Cuba peduli apa yang gua kabor ni.

Yang pasti, gua tak akan guna lagi menda ni sebab gua dah dapat Puteri Mesir. Hikhik. Tapi percayalah, makwe matang memang nak kan hubungan percintaan yang boleh bawa ke dunia nikoh. Jadi terserah pada lu orang nak yakinkan target lu bukannya main-main. Cewah! Baru habis berguru dengan doktor cinta ke hape gua ni. Keh Keh Keh.




Kembali



Hai...*lambai-lambai macam artis*

Hai semorang... semorang rindu saya tak? Tak? Tak apa.Tak apa... jangan gundah gulana. Siapalah saya ni kan. Emm... saya ni tak la femes sangat pun. Entri pun merapu.. <--Rendah diri.

Hai semorang... semorang ternanti saya umpama hujan turun membasahi bumi di ufuk barat tak? kalau ternanti... sila senyum manja. Amboi, jangan la sampai senyum pipi kembong.. tak molek sangat rasanya. Dah? Berdegil jugek nak senyum pipi kembong? Yelah-yelah... saya bagi can. Cilakak... susah jugek nak senyum pipi kembong dalam satu masa ni.. <-- Bersenang-senang di hari yang senang.

Hai semorang... semorang apa kabar? Sihat tak? Susah betul nak up entri pertama kali. Mengalahkan budak baru mula nak masuk berblog kan Blog semorang apa kabar? Susah nak kawal perangai dia? <--Buat-buat peduli hal kesihatan dan kesejahteraan.


Semorang Semorang.. kecik hati jugeklah A.Samad Said nanti! Huhh!!.

***

Okaylah. Gua nak kabor satu je. Gua penat dah tulis entri pastu dilit. Tak post pun. Dah nak post terus dah ni. Gua nak kembali menulis menda karut dan harap tak dapat tentangan cikgu Bahasa Melayu dan pakar pertukangan barangan perak.