Selamat Beraya



Hai...emm... Haiiiii... eh, Hai.. Amboi... tak sapa gua balik pun. Gua kabor hai ne. Oh lupa, lu orang dah insaf. Dahulukan Salam ye dak? Ok, kita mulakan sekali lagi ye?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat sejahtera bagi bukan Islam... baru tenang nak bercerita gak kan?

Okay, sempena raya ni. Gua pun tak mahu ketinggalan dalam arus perdana anak muda buat entri pasal raya. Maklumlah, gua pun beraya juga.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Gua minta ampun maaf kalau ada terkasar bahasa, terkata ke apa.. entri gua buat terkena lebih-lebih ke. Anggap saja semua tu hanyalah gurauan dari gua. Tak lebih dari itu. Biasa lah, adat berkawan. Mesti kena ada campuran gurau-gurau sikit. Kalau tak, tak sedak berkawan tu. Macam lemang dan ketupat juga. Ada manis, ada pahit, pastu cicah dengan rendang yang sedak. Baru kombinasi nye jadi bertambah sedak. Eh, melalut lagi.



Selamat merayakan kemerdekaan ke-54 juga. Sama-samalah kita menjaga kemerdekaan yang susah kita kecapi.

Akhir kata terimalah pantun, eh syair, eh gurindam.. entoh. Gua tak tahu nak spesifikasi ne;


SHRMZB.



Eh, kejak.. lu orang jawab ke salam bagi tadi?





Makanan Di Pagi Raya


Mesyuarat di adakan sempena mahu membuktikan kuih dan makanan paling popular di kalangan manusia. Sama-sama mahu nak buktikan mereka paling lazat. Berhampiran dengan Pavilion.

Lemang Lehman: Di hari raya, akulah paling terkenal. Paling digemari. Punya kelazatan hakiki. Kalau tak ada aku, memang tak sah raya. Jadi akulah kuih dan makanan paling 'top' di pagi raya.

Ketupat Mek Kiah: Sedap batang awak. Opss.. silap, sedap mulut awak. Ni hah, saya ramai orang tempah. Mau dekat 200 seorang tempah tahu. Itu tak kira ada rang buat sendiri lagi.

Kuih Tart: Haiya... lu orang ni kan buat tak nampak ke kehebatan dan kelazatan gua di pagi raya. Sehingga ada orang namakan dia Lim Tat sempena nama gua tahu.

Almond London: Hello, I ni lagi femes okay!! I walaupun dari London, memang kat Malaysia ni I terkenal. Tengok la rupa I. Auwwwwwsome!!

Murtabak Pak Ayub yang tiba-tiba lalu selepas membersihkan rel kereta api menegur.

Murtabak Pak Ayub: Ni gua nak kabor, tak kisah la siapa paling terkenal di pagi raya tu. Apa paling penting ialah macam mana raya itu di sambut. Kepelbagaian kita ni umpama keluarga di sini. Ramai dan meriah. Ada anak muda yang pagi raya pekena roti canai kedai mamak, tengok filem, pergi bersiar-siar. Itu semua tak patut gua rasa.

"Sepatutnya di pagi raya, mereka ziarah orang tua kita, ziarah saudara mara. Bermaaf-maafan. Buat rumah terbuka dan sebagainya," tambah Murtabak Pak Ayub lagi.

Mereka semua terdiam.

"Yea...sokong!!!" ujar Meriam Buluh The Gunners.

Tentang Alam: Epal




Perempuan. Seindah-indah ciptaan-Nya. Pelengkap bagi kaum Adam. Penyeri dunia yang paling mengagumkan. Tapi gua amat kesiankan pada makwe yang kena tinggalkan. Tak kiralah dengan pakwe ke, suami ke. Sayu sangat bila dengar cerita. Sebabnya terlalu cepat bermain cinta.

Cinta kaum mereka ibarat epal. Jadi bagi kaum Hawa, mereka harus siapkan diri sebelum menyerahkan epalnya pada yang layak.

Katakan;

Makwe yang baru putus cinta, mandi dengan air mata sekali mencurah. Bekas pakwe?

Makwe yang baru putus cinta, tidur dengan selimutkan air mata. Bekas pakwe?

Makanya, kaum Hawa haruslah jadi pokok epal yang tinggi. Hanya kaum Adam yang layak saja mampu petik epal itu. Biar masak ranum dahulu. Tak adalah mudah sangat di kecewakan. Penuhi ilmu di dada dahulu makanya tak mudah di tipu oleh penggemar dada pink mahupun penggemar dara. Keh Keh Keh.


Ada kakak yang menasihati adiknya;

Kakak: Adik... tak payah la bercinta lagi... SPM tak habis lagi.

Adik: Alahh akak ni. Akak pun dah ada pakwe. Bercinta sejak tingkatan satu lagi. Nak nasihatkan orang.



Emm... kadang kala, si kakak mungkin merasa dia dah buat silap. Maka dia tak nak adiknya buat silap sama. Itu je. Tapi itulah. Anak muda. Semua nak mencuba. Biarlah dia merasa. Betapa peritnya duka dan luka dikala bercinta. Kalau tak merasa, masakan bisa nak serik ye dak?

Bak kata Dadali;

"semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta"


Sekali dah terbuai akan indahnya cinta daaa...Keh Keh Keh. Fikir kan masa depan. Habiskan SPM dulu kalau gatal sangat nak bercinta pun. Boleh?


Cupkek Cinta (Akhir)


"Kau nak tunggu bila ni Bal?" soal Alyah caring.

"Tengok la dulu..." Iqbal mencebik.

"Kang terlepas kang. Rugi je usaha kau selama ni"

"Dah tak ada jodoh. Nak buat macam mana..."

"Menjawab... menjawab. Kau tak cuba. Mana tahu... perempuan ni nak kan kepastian. Sekurangnya kau beritahu dia. Dah dua tahun kau pendamkan," cadang Alyah.

"Emmm..."

"Tahun ni kita SPM. Lepas tu semua bawa haluan masing-masing. Aku risau kau tak sempat beritahu dia"

"Tengok la nanti"

"Eiiiii... nak bercinta tapi takut nak bilang?"

Iqbas kuis-kuis kulit gula-gula dikakinya. Itulah Alyah. Satu-satu kawan perempuan yang tahu Iqbal sukakan Intan.


***


Malam itu Intan sedang asyik memerhatikan kek cawan khas sempena hari jadinya. Berbeza sedikit dengan yang biasa. Ada simbol hati di tengah-tengah kek cawan tu.

Dia belek-belek setiap nota ringkas. Setiap bawah nota tu ada huruf. Baru dia perasan! Ada huruf L, I, B, Q, A. Semua 17 nota ringkas itu ada huruf ni. Intan dapat satu ideal. Dia cuba mereka satu nama dengan huruf tersebut.

I.Q.B.A.L. Nama tertera di atas katilnya. Bersungguh dia gunting huruf di kertas itu untuk meneka.

"Iqbal?" Intan tercenggang.


***

Tiada kek cawan pada pagi itu. Intan sedikit kecewa. Bukan kecewa sebab tak dapat makan kek cawan. Tetapi kecewa tiada kata-kata penyeri paginya.

"Eh, Intan... kau tak tahu ke pasal Iqbal berhenti sekolah sebab dia kecewa bercinta?," tanya Alyah.

"Intan... Sebenarnya Iqbal bagi kek cawan tu. Dia sukakan kau. Dah dua tahun di menanti kau. Keluarga dia pindah ke U.K pun dia masih tinggal di sini. Alasannya nak habiskan SPM di Malaysia dulu. Tapi hakikatnya dia nak dapatkan cinta kau," sambung Alyah lagi.

"Errr... saya tak tahu pun"

"Kau yang tak pernah ambil tahu. Kau tak buka pintu hati kau untuk dia kan?"

Soalan itu terputus disebabkan cikgu BM masuk.


***

"Awak nak lari ke U.K pun... tak kan tak beritahu saya?" suara gadis dari belakang.

"Intan... awak buat apa dekat sini?"

"Dengar cerita ada orang kecewa kena 'rejek' sampai berhenti sekolah. Hehe"

"Ehh, mana ada..."

"Alaahh... Alyah beritahu saya... "

"Cilakak Alyah" bicara Iqbal dalam hati. Alyah memang tahu pasal Iqbal selalu ke U.K setiap akhir bulan. Itu sebab dia sengaja buat cerita.

"Hehe. Tak adalah, saya setiap akhir bulan memang pergi U.K. Pergi lawat keluarga saya. Daddy saya buka kedai kek kat sana," terang Iqbal.

"Oh, itu kek cawan dari kedai keluarga awak ye?"

"Hehe... mana awak tahu?"

"Alyah"

"Emm... jadi awak dah tahu saya suka awak?"

"Hee... kenapa tak beritahu saya?"

"Malu"

"Ea?"

"Saya suka awak Intan Umie Afiqah binti Nashir. 930530-08-5460!!" Hampir semua tenaga jugalah dia guna untuk lafaz tu.

"Amboi, IC saya awak ingat?"

"Hehee..."

"Tapi Abang saya tak kasi bercinta selagi tak dapat ijazah. Awak sanggup tunggu?" tanya Intan.

"Ahh, Daddy saya pun tak bagi bercinta selagi saya tak dapat PhD tahu... hehe," Iqbal tak mahu mengalah.

"Yela tuu.."


Mereka berbual-bual mesra. Menanti waktu pelepasan kapal terbang Iqbal. Iqbal merasakan satu titik mula yang paling bahagia dalam hidupnya. Ada cerita cinta baharu dalam kamus hidupnya nanti. Kenangan yang indah bakal berlaku dan yang paling penting pujaan hatinya sudah tahu isi hatinya.


'Lembab!' mesej dari Alyah.

Ditaipnya laju-laju 'Hehe..tenkiu my fren!!' terus dia balas.



TAMAT.





Cupkek Cinta



Sejak kebelakangan ini, kerap jugalah kek cawan dalam laci meja Intan Umie Syafiqah. Entah daripada siapa tidak ketahuinya. Ada juga satu nota ringkas yang terselit setiap kek cawan itu.

"Hey, for U. Makan ye. Ikhlas ni"

"Hari Rabu hari ni ye? Hehe. Special for U"

"Untuk awak daripada seseorang bakal membahagiakan awak"

"Awak makan tak cupkek tu? Jangan risau...selamat dan halal. Tak ada racun ye. Khas untuk Intan Sayang..." tulisan sayang tu kecik. Tapi boleh baca.

Kehadiran kek cawan berserta nota ringkas buat hidup Intan kecelaruan. Entah mengapa dia mahu kenal saja dengan orang memberi kek cawan kepadanya itu. Dia rasakan sesuatu yang istimewa tentang orang itu.


***


Hari ini hari jadinya ke 17 tahun. Dia nekad dia mahu datang awal ke sekolah hari ni. Sebab kek cawan itu selalu dah ada bila dia sampai ke sekolah.

"Allah... ni sapa letak 'Permanent' kat sini. Celake betul. Susah nak tanggal ni. Nak tak nak kena padam balik ni. Karang bising pulak cikgu! Arghhhh!!"

Tulisan "Selamat Hari Jadi Intan Umie Afiqah" terpapar dekat papan putih. Terkial-kial jugalah lelaki itu nak padam balik. Dalam hati nak mencarut pun ada. Habis rancangan dia tak menjadi.

"Iqbal... awak buat apa tu?" Nak saya tolong?" tegur suara makwe daripada belakang.

"Pehhh. Intan. Cilakak!" spontan dari Iqbal.

"Erkk... maaf Intan. Tak ada, saya datang awal tadi. Tengok papan ni tak padam. Tolong padamkan. Hehe" alasan Iqbal.

Nasib baik tinggal sikit lagi. Lega tu ada dalam kelam kabut nak padam balik.

"Ooo... tak apa lah. Saya duduk dulu ye?"

"Yeye..." balas Iqbal.

Itulah Intan. Dia punya muka lembut. Sopan santun. Memang cair la sapa cakap dengan dia. Dia bukan jenis suka sangat layan lelaki. Tapi ramah jugalah dengan kawan kelas. Member rapat yang dia kenal.

"Erkk... nak tanya? Awak ada nampak sesiapa tak masuk kelas kita?" tanya Intan.

Bergetar jugalah jantung si Iqbal ni nak jawab.

"Tak pasti la Intan. Saya baru sampai lima minit yang lalu"

"Ohh... tak sempat jumpa dia. Baru nak ucapkan terima kasih. Nak cakap cupkek dia sedap"

"Dapat cupkek? Nak!!"

"Wekkk... saya punya. Dia kasi saya. Hehe. Kita kongsi ye?"

Aduhhh... Meruntun jiwa Iqbal. Memang gila sekejap sistem pernafasan dia. Jarang dia berpeluang cakap dengan Intan walaupun dah dua tahun sekelas. Intan selalu lepak dengan kawan-kawannya yang perempuan ja. Ada cakap pun soal pelajaran sahaja.


***

"Selamat Hari Jadi Intan. Semoga Bahagia Selalu. Dah 17 tahun awak ye? Tak nak ada teman lelaki ke? Kalau nak ada orang sudi di sini"

Gila hapa Iqbal tulis ucapan begitu. Tak romantik langsung. Tapi ucapan ringkas itu buat Intan menguntum senyuman. Manis dan ikhlas.

"Bersama 16 cupkek yang sebelum ini dan ini yang ke 17 melambangkan hari jadi awak ke 17. Terimalah cupkek ini. Ikhlas daripada saya"

"Dia senyum!!" gembira tak terhingga Iqbal. Dia melihat Intan dari tempat duduknya. Masa tu dah ramai yang datang ke kelas.

Bersambung...


Esok sambung ye? Dengan gua jangan berkira sangat. Keh Keh Keh.


SukaNeka:
Asalnya nak buat tajuk 'Kek Cawan Cinta'...tapi tak lejen pulak bunyinya. Hehe.



Ceritera 14: Ica Dan Teman Tidur



Puasa tiba lagi. Hari pertama puasa gua dah berkira-kira. Balik raya rumah mak gua tahun ni. Senyum melirik tak terhingga. Terus mesej adik-beradik gua yang lain sapa balik raya dekat kampung. Hehe.

Langit tak selalu membiru, awan tak selalu memutih. Itulah perumpamaan boleh gua ibaratkan. Bini gua kena kursus pula dekat Peneng tu. Doktor pesen apa kena kursus kursus ni woii?? Puasa kedua nanti dia berangkat. Lalu gua menadah tangan lalu berdoa;

"Ya Allah...Ramadhan tanpa isteri tersayang memang berat dugaannya. Semoga diberi kekuatan dan keredhaan"

Tak kan hari-hari nak sahur makan kurma cicah air masak? Sahur dengan murtabak baki berbuka nanti? Kan tak pasal-pasal makan pagi bersama Ica nanti. Doa dalam resah gua.

Biasanya kerja yang paling berat ialah tidurkan Ica. Tangunggjawab ni biasa bini gua buat. Alih-alih gua kena ambil alih. Gua mana biasa. Nak bacakan cerita Nabi lagi. Nak nyanyikan lagi. Aishhh. Termenung panjang gua.

"Ica, tidur Sayang... dah pukul 10 malam ni"

"Rindu kat Mama. Ca nak Mama..." Ica mengomel comel.

"Ye Sayang. Lagi tiga hari Mama balik ye?" pujuk gua.

"Nak Abah bacakan cerita"

Dalam tak nak... gua terpaksa buat. Gua pasrah. Gua redha.


Tiga hari selepasnya.


"Yang, awak kata... Ica susah nak tidur. Kena nyanyikan banyak lagu. Mintak lagu itu ini. Tapi senang je. Dia mintak satu je lagu dari Abang ni" muka gua sedikit bangga.

"Hehehehe..." bini gua gelak.

"Kenapa?" tanya gua.

"Ica kata, suara Abang tak sedap" ringkas tapi menusuk.

"Aaaahhhhh!!!" terus gua rasa merusuh. Nak berbuka terus rasanya. Gua tengok Ica dah lari menuju ruang tamu. Nak kena budak ni!! Sejak pandai tengok akademi, mentor bagai ni... pandai pulak dia komen. Keh Keh Keh.


Menduga



1. "Amboiii, kemain besaqnya gambar... sampai habis satu page muka dia saja. gila 'glemor' ke apa?"

2. "Gila hape buat entri lucah je. Mesti suka tengok porno HD ni"

3. "Asyik-asyik cerita pasal pakwe dia je. Ingat dia je ada pakwe?? Puihhh!"

Itu dalam hati... tapi bila komen dekat ruangan komen tu;

1."Chantek bangat! Like sejuta kali darab 2.34 Joule"

2. "You Awesome!!! Lawak gila babi. Babi panggang madu pun tak selawak ko weh!! Betei-betei Awesome!"

3. "Pakwe kita haruslah menghormati kita dan mampu menjana ekonomi rumah tangga dan sosial kekeluargaan"

Plastik bukan? Pernahkah lu orang?

Kita tak patut menduga seseorang berdasarkan entri dia tu. Mungkin dunia realiti dia lain... suka tolong mak siram pokok bunga pada pukul lima petang misalnya.

Tak kemana berkawan dengan orang yang plastik ni. Mak gua pesan satu je;

"Kalau kita mudah dengan orang, orang akan mudah dengan kita"

Maksudnya, kalau member nak mintak tolong... kita tolong sedaya mungkin. Kalau tak dapat nak buat camna kan? Lain masa, bila kita susah... ada la orang tolong kita nanti. Ye dak?

Lagi satu, ramai pertikaikan tentang identiti masa tulis blog. Wadehel. Nak 'straight' sangat buat apa. Benda ni percuma kot. Ye, kita wajar ada identiti sendiri... tapi tak perlu la sampai nak pertikaikan dia tu tak ada identiti... dua identiti bagai. Bakal menuju kejahilan hakiki sebab tak ada identiti sendiri?

Mungkin sekadar tulis blog untuk hilang kebosanan, bazirkan elektrik, mahupun nak habiskan duit PTPTN dengan bayar bil internet. Keh Keh Keh.

Alangkah indahnya jika kita berbaik-baik. Jangan nak kutuk saja, bagi cadangan mahupun teguran kan molek. Dari tok nenek sampai sekarang pun...perangai kutuk masih ada?

Orang tak respek kita sebab kita pandai kutuk... tapi orang akan respek kita jika kita pandai bagi cadangan ke arah kebaikan. Tak gitu?

Aaaa... asal gua up entri ni? Lapar nasik gamaknya.


SukaNeka:
Banyak betei persoalan. Kah Kah Kah!!!




Kerja Rumah


Sekarang gua cuti. Cuti lima hari... eh, itu makwe gua. Dia cuti. 'Piyed' katanya. Gua cuti empat bulan. Gila ke apa bagi budak universiti cuti lama sangat. Kalau budak universiti bijak macam gua, memang tiap malam pergi pecah rumah. Yelah, dah dekat universiti pun tidur pukul empat lima bagi. Punyalah power nak siapkan kerja. Mata pun dah tak boleh tidur malam.

Tapi nasib baik gua kena praktikal. Selamat rumah orang kaya. Ada yang cuti sampai lapan bulan. Itu budak lain. Budak baru habis ngaji. Tak dapat kerja lagi. Member gua.

Berbalik pada tajuk, sempena nak habiskan cuti yang tinggal ini... gua ingat nak bina badan lah. Kasi sedak sikit otot bahu gua. Baru senang nak angkat 12 monitor komputer sekali gus.

Gua ingat lepas sahur tak mahu tidur. Nak pergi jogging. Angkat motor abah gua. Angkat pasu rumah pindah ke belakang bawa ke depan lepas tu pindah balik ke belakang lepas tu pindah ke tempat asal. Sapu daun-daun kering yang jatuh melayan di halaman rumah, masuk dalam plastik hitam. Angkat guna dua jari saja. Pergi buat reban landak belakang rumah. Buat perangkap biawak, buat apa saja yang memerlukan tenaga lebih daripada 100,000 HP.


Esoknya;

Gulp gulp gulp... sedak betul air milo mak gua buat. Sampai licin gua minumnya.

"Ayang suka orang badan kurus" mesej daripada makwe Mesir.

Terus gua tarik selimut. Jangan harap suruh gua buat kerja rumah lepas ni. Keh Keh Keh.




Siang Malam



Ada pasangan pakwe makwe dalam rumah sewa dekat pavilion.

***

Pakwe tenung kipas. "Berkejaran dikau wahai kipas tiga bersaudara. Sampai rosak pun belum tentu dapat tangkap satu sama lain. Ibarat matlamat yang jelas tapi tak mampu terlaksana," getus pakwe dalam hati.

Pakwe bingkas jeling jam tangannya. Lalu;

"Cayang... bangun masak sahur... dah nak habis sahur ni... hehe."

"Aaa... nantok aa B... nanti Sayang jadi bini B, Sayang macak laa... " jawab makwe manja.

Lalu pakwe hanya bersahur dengan seteguk air masak yang masih berbaki dalam botol.

"B, malam ni Mama ajak berbuka sama. Datang ye. Pakai 'smart-smart' sikit bawa la buah tangan sket ye."

"Yea... Abang tahu la... manti Abang beli murtabak. "

"Bestnya bukak puasa sama-sama..."

"Dah nak pagi ni, jom Abang hantar Sayang balik. Mandi jom."

"Cejukkkk... Abang mandi la dulu..."

"Nak Abang dukung ke?"

"Tamooooo... nak tidur 5 minit lagi."

"..."

Pakwe berjalan menuju kamar mandi.

***

Dunia kini; Siang jadi hamba Tuhan... Malam jadi hamba Iblis/Nafsu...

Semoga kita di beri kekuatan untuk menjalani kehidupan di dunia.



Teguran Cinta


Sempena mahu menyumbangkan cerpen kat Terfaktab Afterdak.com nanti... dan peneman hari puasa dan sahur lu orang...terima lah cerita tak seberapa;

Teguran Cinta.

_____________________________________


"Abang... Abang ni memang kejam..kejam!!!"

"Saya dah berubah banyak Abang. Abang banyak memberi teguran pada saya. Tapi kenapa Abang pergi begitu saja. Mengapa Abang..."

"Saya dah mula bertudung. Terasa jijik kalau pakai baju lengan pendek. Pakai seluar jeans ketat. Semuanya saya berubah setelah Abang ajar dan ajar saya. Nasihat demi nasihat. Tak jemu-jemu Abang bagi pandangan dan analogi merepek tapi masuk akal"

"Contohnya pasal rambut. Ada ke patut Abang suruh bayangkan rambut saya dengan mahkota puteri Nigeria. Mahkota itu sangat bernilai, kalau nak simpan kena taruk dalam peti besi apa semua. Hanya puteri Nigeria itu saja layak. Risau di dedah dan di tunjuk, maunya di cilok oleh masyarakat Sumantera Barat atau orang pedalaman Mongolia. Sama juga dengan rambut. Kena jaga dan lindungi rapi daripada pandangan liar lelaki lain. Hanya suami saja yang layak"

"Tapi setelah saya berubah... dan berusaha menjadi yang terbaik di mata Abang... Abang pergi jua tanpa kata. Saya tahu, Abang tak pernah berjanji mahu kawen dengan saya... memang hak Abang boleh memilih calon yang layak untuk jadi isteri lantas menjadi ibu kepada anak Abang..."

Rintih Suzana Damia.

Jejaka yang di sanjungnya selama ini menghilang khabar berita. Memang Suzana tidak tahu menahu mana asal usulnya. Hadirnya sepantas kilat dan menghilangnya sekencang ribut. Yang dia tahu, Ammar hanya menetap di rumah sewa dekat hujung sekolah tu. Ada projek syarikat dia dengan pembangunan infrastruktur tempatan.

Beberapa minggu lalu;

Maaf Su. Abang terpaksa pergi. Bukan niat Abang untuk meninggalkan Su. Setelah kita bersama, ada cinta di antara kita. Mungkin ia tak berpanjangan, tapi Abang bahagia sangat Su. Memang Abang sengaja membentuk nilai akhlak Su. Abang nak jadikan Su isteri Abang yang sah. Tapi apakan daya Su. Abang disahkan mengidap barah otak. Penyakit keturunan mungkin. Hampir semua keluarga Abang kena.

Harap Su sentiasa tabah dan meneruskan hidup dengan tenang. Mungkin Su baca surat ini, Abang sudah selamat dikebumikan. Abang tak mahu dilabel pengecut atau tak bertanggunjawab. Sebab itu Abang utus surat ini untuk menjelaskan hal sebenar.

Niat Abang hanya satu... Abang tak mahu Su merana. Biar kita tiada ikatan yang sah, nanti parah pula luka ditinggalkan Abang ditemani kenangan kita. Risau cinta kita berakhir dengan benci.

Menitik juga Suzana membaca surat diutuskan kepadanya itu.




***

"Begitulah kisah cinta pertama Mama dengan Pak Cik Ammar" bicara Suzana Damia yang kini bahagia dengan rumah tangganya.

"Sofea ingat cinta pertama Mama dengan Papa..." tanya anaknya yang sulung.

"Bukan la Sayang... Mama jumpa Papa tu di majlis nikah Uncle Khalid dengan Auntie Maisarah"

"Hooo... Mama Sayang lagi tak dengan Pak Cik Ammar?"

"Mama tak pernah berhenti mencintainya. Dia manusia yang merubah hidup Mama. Daripada jahil kepada baik sikit. Daripada tak mengenal apa itu aurat kepada imej Islamik ni. Mama tak pasti berdosa atau tidak perbuatan Mama yang masih terkenangkan Pak Cik Ammar sehingga kini. Manusia akan lebih hargai pada orang yang berjaya mengubah dirinya daripada tak elok kepada elok. Betul tak?"


"Dah la Sayang... mari kita borak pasal pakwe Sofea pula. Dah pandai bermain cinta ek sekarang" gurau Damia.


Dua beranak yang ralit bercerita disusuli gelak tawa.

_____________________________________


Cinta itu umpama ombak... yang mampu mengubah pantai tapi kasih dan sayangnya sentiasa membelai pantai..selalu.

Jadi kepada lelaki tu, jangan selalu mengeji makwe macam dia kurang daripada semua segi, tak sempurna daripada aspek. Tegur la, jangan asyik nak membebel dan mengeji aja. Faking you! Kbai.





Menu Berbuka


Ada pasangan suami isteri yang baru nikoh pergi bazar Ramadhan dekat Pavilion. Baju kurung si bini itu. Comel sangat. Berisi sedak pula tu... Aummm...*Woiii. bini orang tu...* Keh Keh Keh.


***

"Wah, ramai betul orang kat sini ye bang?"

"Emm..."

"Orang jual pun ramai, bagus la gitu kan?"

"Emm..." jawab suami malas sambil melangkah kaki pelan-pelan.

"Lepas ni kita beli rendang ayam pulak je Abang, lepas tu murtabak, ayam madu sama sup daging" cadang bini.

"Emm..."

"Kat depan tu ada ayam percik la Abang..nak..." sambil tunjuk kat pak cik rancak bakar ayam.

"Emmm..."

"Haaa...bestnya...eh, ada jual nasi kerabu la Abang, nak beli... nak beli... pastu nak beli kuih, air tebu, air sirap, air pepsi, dr rosmey kentaki... bla... bla..."

"Sayang ni, mengalahkan nafsu orang puasa... kan Sayang 'piyed' hari ni, kenapa mencekik macam tak pernah makan dua tahun empat hari ni?" tegur laki.

"Heee...malu-malu..jangan cakap kuat-kuat..hee..Okay dah cukup ni... lenguh dah bawak beg plastik ni.."

***

Puasa sebulan beb, jangan nak melantak semua makanan dalam sehari. Tak ada nikmat makan gitu. Jangan puaskan nafsu di hari puasa lu orang. Jimat sikit. Baru power! Keh Keh Keh.


SukaNeka:
Watak dan lokasi hanyalah rekaan semata-mata. Chow!



Sinar Ramadhan


Rasanya belum terlewat gua nak ucapkan selamat berpuasa pada lu orang semua. Selagi tak habis berpuasa selagi tu boleh ucap ye dak? Untung-untung ada makwe baru boleh puasa hari ne... Keh Keh Keh.

Semoga Ramadhan ni membawa satu sinar perubahan kepada kita semua. Sekarang ne, kita berlawan dengan nafsu je. Syaitan dah kena rantai... Makanya kalau masih malas-malas solat, suka buat maksiat memang diri kita je. Gua syak syaitan dekat sana boleh goyang kaki sambil main fesbuk. Langsung tak risau kita ne berubah jadi baik kan.

"Gua goyang kaki beb... 11 bulan gua didik Si Mael Misai Tebal tu"

Memang dia komen;

"Lu memang power... dia tak yah kena hasutan lu pun... masih raja maksiat. rosak anak dara orang lagi tu.. tak la kuat sangat iman dia tu. LEMAH!!!"



Maka nak ke kita dilabel lemah sedemikian rupa? Apa kata kita bagi goyang sikit depa semua bila keluar nanti. Biar peluh menitis laju... Keh Keh Keh.


Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Berbuka Puasa!!


SukaNeka:
Kekok la nak menulis balik blog ne. Hehe.