Makwe Berjersi Jerman

Jerman main menarik. Malaysia bila lagi?


"Wah... wah... selera sungguh korang makan ye", kata gua memecahkan keheningan bunyi mulut sedang menguyah laju.

"Ye lah..makanan free katakan. Rugi oii.."sampuk Syakirah, member kuliah gua.

"Makan-makan juga, air mana ne.. nanti tercekikkk", kata Hamizah dengan mulut penuh dengan nasi.

"Aahkan. Lama pulak Si Fati amik air. Tadi nampak macam macho sangat nak amik air tuk kita", gua sedikit guna gear marah.

"Ehhh..korang, nampak tak makwe pakai jersi Jerman tu?" bicara Fati dengan membawa air sirap.

"Yang mana dong?" tanya Syakirah.

"Alahh..yang duk hujung meja sana tuu.." balas Fati sambil tunjuk ke arah makwe berjersi Jerman itu.

"Oh... yang itu. Kenapa dengan dia? Terpikat? Pergilah ngejas, lagi pun dia duk sorang tu.." Hamizah memberi saranan.

"Kalu lu ada halkum, pergi lah. Duk usha saja buat apa. Dapat tahu nama pun jadi lah", gua sedikit menghasut Fati.

"Ahh... malas gua, ada ke datang kenduri kawen pakai jersi Jerman. Aku pelik la. Lagipun aku tak pernah nampak pun dia. Kawan Linda ke kawan suami dia.

Lagu renjis-renjis berkumandang. Semua member gua mengangguk tanda setuju. Gua rasa makwe pakai jersi Jerman sangat minat pada pasukan Jerman. Mungkin sebab semalam ada perlawanan Jerman dengan Australia. Jerman menang 4-0.
Sampai tak mahu buka jersi tanda gembira. Inilah akibat majlis perkahwinan di buat pada musim Piala Dunia.

Hari ini majlis perkahwinan Linda, member kuliah gua. Suka sangat dia dapat kawen dengan jejaka pilihan hati. Nama apa tah suami dia. Mungkin sebab gua ini laki sejati kot. Nama laki tak berapa suka mahu ingat. Perempuan laju je gua hafal. Siap nama ayah dan datuk sekali.

Gua lupa mahu beli hadiah untuk Linda dan laki dia, nasib baik gua bawa marker pen. Gua tulis nama gua atas kotak hadiah yang dibawa oleh Hamizah. Dia sedikit berkeras. Lepas gua janji mahu balas cinta dia, terus dia setuju. Dia pula tambah tepi nama gua. 'And our kids'. Kui Kui Kui.

Okay, gua tipu. Gua tak lupa bawa hadiah. Gua rembat jam dinding rumah gua. Gua termakan kata-kata kementerian, kitar semula amalan mulia. Celake, nasib baik gua kasi lap sikit dengan body kit kereta abah gua. Nampak macam baru. Gua siap bagi bateri jam cap Energigi.

Sudah selesai sorang member gua kawen. Harap berkekalan. Gua bila lagi mahu kawen? Gua rasa, jadi laki memang punya tanggungjawab besar bila dah kawen nanti. Oh... gua lupa. Selamat Hari Bapa kepada semua ayah lu orang, kepada bakal bapa. Selamat Hari Bapa tuk abah gua. Selamat Hari Daddy untuk gua lima tahun akan datang. Kui Kui Kui.




Sang Niaga

Bermula dari bawah mampu membina bangunan pencakar langit- Pengusaha Dodol.



Lu orang tak faham cerita ini jika tak baca ini dulu, tekan.




Azan Maghrib berkumandang. Ternyata Abang Samad dan Abang Usop tidak jadi berniaga di pasar malam. Hilang terus semangat gua nak tengok Abang Samad dan Abang Usop berjaya dalam perniagaan. Gua ingat mahu solat dekat masjid. Mahu berdoa bagi Abang Samad dan Abang Usop berubah.

Mereka berdua umur sudah 31 tahun. Kalau tak ada lagi makwe gua tak kesah, tapi nombor tepon makwe sorang pun tak ada. Makwe kilang yang selalu mereka phewit-phewit pun dah jadi makwe budak laki kampung seberang. Celake sungguh.

Pergilah bercinta dengan makwe kampung sendiri. Tahulah kampung gua berpontesi melahirkan makwe-makwe cun melecun. Sampai laki Kedah, Penang dan Selangor suka pada makwe-makwe dalam kampung gua.

Gua tengok Mat Nor sedang main 'Brick Game'. Hasil dari rembatan sorang budak tadika. Kecik-kecik dah main alat elektronik. Pastu, gasing, congkak, layang-layang dan batu seremban sapa mahu main? Gua sedikit merembeskan enzim marah.

Rugi betul kalau kecik-kecik tak pergi mandi tali air, main dalam hutan dan pergi rembat mangga dekat dusun Pak Cik Nawab.
Gua teringat pula masa lampau gua. Penuh dengan onak berduri. Kui Kui Kui.

Gua ajak Mat Nor solat dekat masjid. Mat Nor kata seluar dia kotor. Gua pun dalam dua juga. Badan gua berpeluh. Lagipun gua malu dekat Pak Bilal Sudin. Gua terngorat anak dara dia. Marah-marah dia dekat gua. Sebaik gua mahu hidupkan motor, gua dengar ada orang panggil nama gua.

"Woiii... tak kan nak balik dah. Kata nak tengok abang niaga", jerit Abang Samad.

"Haram jadah betul... orang datang pukul enam petang lagi. Ini dah nak masuk pukul lapan", gua buat-buat marah.

Mat Nor pun buat muka marah juga, walaupun tak jadi.


"Hehe... sori-sori. Nah surya. Kasi reda sikit lu punya marah", pelawa Abang Usop dekat gua.

"Tak apalah. Gua tak hisap rokok. Lagipun gua kidal. Nanti hisap rokok guna tangan kiri nampak tak sopan pula", gua tolak dengan berhemah.

"Hahaha... muka lu tak hisap rokok? Pelik-pelik. Tak boleh jadi laki sejati laa...", Abang Samad sedikit memerli.

Celake, muka menggambarkan personaliti kah? Kena hisap rokok baru jadi lelaki sejati? Fatwa dari mana ni? Pada ahli tertinggi Majlis-Majlis Masjid Kampung Batang Berjuntai. Anda harus mengadakan kempen kesedaran. Ini penting. Gua bermonolog dalaman.

"Okay. Gua tak solat lagi ini. Boleh gua tahu apa Abang Samad dan Abang Usop niaga apa? kalau nak niaga Surya memang tak laku", tanya gua.


"No No No... Hahaha...abang tak sebodoh itu", Abang Samad membela pasukan niaganya.


"Kami mahu niaga Lampu Suluh", jerit mereka berdua.


"Ahhh...", otak gua berpinar. Mahu pitam.


"Yelah... kami fikir, pasar malam kan. Mesti niaga pada waktu malam. Peniaga-peniaga lupa bawa lampu boleh beli dekat kami. Orang ramai pun lupa bawa lampu suluh, tapi takut nak balik rumah boleh beli...", Abang Samad menjelaskan pada gua.


"Orang putih datang pun boleh beli sebagai tanda kenangan datang pasar malam. Hehehe", Abang Usop mula merasakan mereka bakal untung besar.

Gua angkat ibu jari tanda bagus. Terus 'start' motor. Gua terus memecut laju. Orang macam gini, tak elok layan. Mungkin ada betul cakap Abang Samad dan Abang Usop. Peluang ada di mana-mana. Kita harus merebutnya kalau kita mahu. Umpama Di Mana ada Kemahuan, Di Situ Ada Gunung Daik.


TAMAT

Kebenaran Kunci Kesefahaman

Budak zaman sekarang suka fesbuk daripada buku.


Petang itu gua merayau-rayau kedai buku tingkat atas KLCC. Gua habis menyorok ketika mahu masuk kedai buku. Nanti pakcik-pakcik tengah cari calon menantu merisik gua pula. Itu yang gua tak suka masuk kedai buku. Lelaki berjiwa murni dan sangat sukakan ilmu memang idaman si ayah.

Mahupun begitu, rezeki gua dekat kedai buku itu sangat murah. Gua rasa gua langkah dengan kaki kiri ketika masuk kedai buku itu. Entah mengapa pula gua terserempak makwe agak cun. Bertudung merah pula tu. Tengah membelek-belek novel ketika itu. Gua cuba dekati dia. Gua duk dekat
rak buku berilmiah. Buku 'Kelebihan Menunaikan Solat Berjemaah' gua ambil.

Gua cuba memulakan perbualan selepas gua tak tahan lagi apabila gua dengan dia saling membalas senyuman.

"Aii... nak beli novel ne?" tanya gua sopan.

"Hmm.. kawan cakap best citer dia. Ada unsur cerita cinta menarik. Lagipun pengarang dia popular jugak", balas dia dengan penuh ramah. Gua terpaku mendengar lunak suaranya. Perlahan tapi boleh dengar juga.

"Ohh... cerita ini, memang pun menarik. Formasi dia pun taraf EPL. Saya baca pun seronok. Sampai lupa nak tonton
bola sepak", gua cuba meyakinkan dia. Sebijik macam brader promoter.

"Yeke? Awak dah baca? Memang best? Tak rugi beli?" bertubi-tubi dia tanya gua.

Emm.. saya bagi tujuh bintang daripada lima bintang", balas gua tanpa menjawab soalan dia. Ternyata gua guna teknik pecahan tak wajar untuk menunjukkan buku ini memang menarik.

"Okay lah. Saya mahu beli lah satu. Lagipun tak rugi beli. By the way... saya Zety Amyra", akhirnya dia bagitahu nama dia.

Gua rasa gua tak pernah baca novel Melayu lagi. Ketika cikgu Bahasa Melayu gua suruh gua baca cerpen dalam buku Komsas Tingkatan Empat pun gua liat. Inikan pula novel setebal tiga jari gua. Gua rasa mahu juga karang novel bertajuk 'Kubisikkan Dalam Telingamu Tapi Engkau Tak Mendengarinya'. Kui Kui Kui.

Tetiba hati gua tak sedap. Rasa gundah gulana semacam. Makwe yang gua borak tadi datang balik dekat gua.

"Inii... saya sudah bayar", kata dia sambil tunjuk beg plastik berisi novel.
Suka sangat dia.

"Oh..okay. Saya nak bagitahu sesuatu ini. Saya tak baca lagi. Saya tipu awak. Maaf. Sebenarnya saya mahu beli balik novel kawan saya. Dia suruh saya simpan. Tapi tah macam mana boleh hilang. Saya mahu ganti balik lah", cerita panjang gua pada dia.

Gua tetiba teringat perenggan tah dari mana gua baca, 'Jangan Jadikan Pertemuan Pertama dengan Penipuan'. Gua genggam tangan bila nak habiskan ayat bagitahu dia hal sebenar. Gua tak suka menipu. Kali terakhir gua menipu, makwe orang tanya nombor telefon gua. Gua kata gua tak ada
telefon bimbit. Gua tak suka sangat layan makwe orang. Lagipun gua memang tak suka bermesej yang remeh-temeh. Tak nampak macam bakal jurutera kelas pertama. Kui Kui Kui.

"Oh..it's ok. Saya tahu dah. Mana ada laki-laki rock cam awak baca novel cam gini. Hehe", senyum riang dia.

"Hehe..sebagai hukuman... jom saya belanja awak minum. Kalau awak free lagi kita tengok movie", gua cuba hiburkan hatinya.

"Sure", balasnya ringkas tanda setuju.

Pehh...bertuah gila gua kalau dia setuju. Tapi dia jawab,

"Tak apa lah. Saya dah nak balik ni. Lain kali keyh".

Gua senyum saja tengok dia berlalu pergi. Lutut lemah. Mungkinkah apabila gua jujur dia akan setuju minum dengan gua. Sadis betul. Mungkin gua kena jujur dari awal. Ataupun dia rasa gua ini penipu besar. Apapun gua kena ganti balik novel member gua yang hilang tu. Camna tah boleh hilang. Celake cuai gua ini.


Sampai Masa

Anak adalah kurnia Illahi. Didiklah dengan sempurna.




Jalan raya dekat KLCC sangat sesak. Memang setiap hari minggu begitu. Gua pun mahu menyumbangkan kesesakan lalu lintas juga. Gua nampak brader luar negara tengah baiki apa tah dalam longkang. Fokus betul beliau.

Memang beliau mempunyai semangat kerja yang tinggi. Kalau gua ada kilang memproses ubat gigi, memang gua amik brader tu kerja dengan gua. Dengan panas begini, masih 'cool' saja. Mahu juga gua belikan minuman isotonik 135 Plus, bagi dekat brader tu. Panas terik tu.

Lama jugak gua mengusha brader tu buat kerja. Memang pro. Kenapa gua asyik sedang usha brader ne? Sebab gua sedang tunggu lampu isyarat. Sudah dua kali hijau pun tak gua tak lepas-lepas lagi. Memang mengharukan. Banyak pula kereta hari ini.

Tapi gua amik contoh brader luar negara. 'Cool'. Gua cuba 'cool'. Walaupun dalam hati mahu berkata bukan-bukan. Kui Kui Kui.

Gua tiba dekat rumah gua. Rumah banglo berkos murah sahaja. Gua rasa, lepas 20 tahun kerja, bolehlah kaya. Sampai pintu pagar pun ada orang bukak. Gua akan letak pengawal keselamatan dekat pagar rumah. Memang malas nak bukak sendiri. Gua tengok pokok bunga. Mekar mewangi. Sungguh pandai isteri gua jaga pokok-pokok bunga.

Anak sulung gua tetiba menerpa dekat gua.

"Daddy...daddy...engok ne, Cha betul cemuaa..", anak gua berkata pada gua sambil tunjuk buku dia.

Buku Bahasa English. Yang tadika punya. Anak gua belajar haiwan hari ini. Semua betul. Gua senyum sorang. Kecik-kecik dah pandai macam gua. Haha.

Gua tengok anak gua pandai eja itik dalam English. D.U.C.K. Tak macam kanak-kanak lain, salah eja. Tempat D tulis F. Sudah pandai tulis nama sendiri, Arisa Jazmin. Gua bangga dengan anak gua.

"Abang..dah balik. Lambat sampai bang. Nak air Oren? Kiwi? Grape? Kopi? Tea?" tanya isteri gua lepas salam dengan gua.

"Ikutla. Abang ok ja", balas gua sambil duduk dekat ruang tamu.

Sekali rumah gua macam restoren, semua ada. Gua rasa sangat bahagia dikala itu. Gua duduk dekat sofa sambil tonton Upin Dan Ipin dengan anak gua. Lepas solat asar nanti, mesti anak gua ajak pergi taman. Walaupun letih, tapi gua kata ya juga.

"Nah..ini Abang. Sayang buat air 'grape' tuk abang. Spesel..Kenapa Abang balik lewat? Meeting ka? Ke jalan sesak?" tanya isteri gua penuh ramah.

Gua cuba ingat kembali. Eh. Kan tadi gua tengah tunggu lampu hijau. Jalan sesak gila. Tapi macam mana boleh muncul perempuan dan kanak-kanak pula. Celaka. Gua mengelamun. Ternyata brader-brader kereta belakang gua mengamuk.

Pommm...ponnnn...

Ternyata gua memang berkhayal. Brader luar negara dah tiada. Gua angkat tangan tanda minta maaf. Terus tekan minyak dan memecut laju.




SukaNeka:
Gua dah mula fikir pasal baby, budak-budak. Kira dah sampai seru la kan? Kui Kui Kui.

Cinderlily

Hitam menawan, hati tertawan.

Ting...ting..ting... jam besar menunjukkan pukul 12.01 pagi. Cinderlily harus kembali ke asrama. Ketika inilah warden asrama Cinderlily baru bangun tidur selepas makan malam tadi. Hatinya sama berdentum dengan bunyi jam. Kenapa dia leka sangat
menari dengan Tengku
Aduka Iruka Persia. Nama tengku terpaksa gua kelentong.

Majlis tari menari malam itu terpaksa dimulakan lewat, bukan sebab Cinderlily datang lambat, tapi sebab elektrik terpadam. Huru-hara jadi dekat rumah besar milik ayah tengku itu. Ada yang jatuh dalam kolam, ada makan kentang tak ingat dunia, ada sorok gula-gula dalam baju dan ada pula yang masih dalam kegelapan. Kenapa gua tahu semua ini? Sebab gua kerja katering ketika itu. Agak seronok. Pakai baju bos bagi pulak tu.

Muka Cinderlily macam muka pendekar kecut perut. Wajah cantik dah mula dipenuhi peluh. Kosmetik Maybelline mula cair. Gua rasa Maybelline, sebab tak kan guna Silky Girl je kot. Dia berbisik sesuatu kepada tengku. Gua tak dengar. Cinderlily mula resah. Pintu keluar pun dah tak nampak.

Riak muka dia yang kucar kacir itu gua pernah tengok. Macam riak muka Mat Nor ketika rembat bola kena muka Haji Munawer. Sampai koma 2 hari. Memang tak syak lagi. Itu riak muka keresahan.
Tapi tadi gembira saja. Siap menari peluk pinggang, peluk-peluk dan peluk tubuh. Sampai tengku dapat rasa Cinderlily punya bukit berkembar. Gua bukan usha yea. Ternampak sahaja.

Mungkin sebab jam besar di dinding itu, gua mula berfikir-fikir. Mungkin masa perjalanan bas untuk dia balik kampung pukul 12 pagi. Tapi dia masih dekat rumah besar. Gua rasa begitulah. Gua difahamkan Cinderlily baru pertama kali kenal tengku. Ternampak juga mereka berjabat tangan.

Tengku pula malu-malu. Cinderlily pula tergedik-gedik ditegur tengku. Ahh..gua tercegat dekat bahagian air ne Cinderlily tak datang nak bergedik pula. Memang kalu Tengku itu datang mintak air memang gua mahu taruk racun tikus. Tapi kenapa gua cemburu? Makwe gua kan dah ramai. Kui Kui Kui.

Cinderlily mahu meninggalkan Tengku. Tengku terus tarik tangan Cinderlily, memang sebijik dalam filem Jangan Pandang Cintaku Lagi. Cinderlily terus menarik tangannya. Cinderlily lari sekuat-kuatnya. Laju jugak. Tetiba kasut Cinderlily tercicir di tangga. Cinderlily tengok gua. Pehh.
Baru perasan yea? Gua rasa taraf tengku pun tak guna jika muka tak berapa nak kacak. Kui Kui Kui.

Cinderlily berlari menuju ke arah gua. Pehh..lari laju-laju pastu peluk gua. Nasib baik dia kurus. Langsing.
Jadi momentum perpelukan tak ada la kuat sangat. Gua mendepakan tangan. Ala-ala cerita Tamil pula. Dia mula memperlahankan langkah. Macam tak jadi peluk gua. Gua rasa dia tengok dari jauh, hensem tahap dewata raya. Tapi bila dah dekat muka macam singa laut pula.

"Abang..tisu ada? Pen?", agak tercungap-cungap dia bicara sama gua.

"Erkkk..ada-ada. Nah.", gua hulur pen dengan tisu. Sambil tengok gaun dia. Cantik wooo.

Dalam hati gua tak ada yang lain, dia mesti nak bagi no telefon dekat gua. Tapi sedikit kecewa, sebab dia tak peluk gua.

"Nahhh..bagi ini pada tengku muda", dihulurnya tisu ada tulisan. Terus Cinderlily sambung lari.

Aduhh..bukan untuk gua. Gua buka tisu itu. Ternampak dia tulis emel. Dekat bawah ada.

P/s: Ini emel saya. Nanti add la fesbuk. YM =).

Gilos. Gua rasa nak meraung saja. Haha. Tapi gua tabah. Bunga bukan sebuah. Ternyata penjodoh bilangan gua salah. Asyik ponteng kelas Bahasa Melayu. Tapi ingat pada cerita Cinderlily memang tak leh dijadikan cerita dongeng. Sebab 'ending' dia tak menarik macam Cinderella. Macam mana masa itu dah ada khidmat emel? Telegram pun cukup lah. Senang putera raja cari Cinderella.






SukaNeka: Gua sibuk kebelakangan ini, maaf tak menziarah.

Bersukan Empat Tahun Sekali

Dikejar. Disepak. Digolek. Ditanduk. Kesian.


Demam Piala Dunia kian terasa, gua yang malas bermain bola sepak
padang pun makin rajin main. Dulu kalau member gua tak datang jemput, memang gua terperap dalam rumah. Layan sinetron lagi bagus. Kui Kui Kui. Petang itu, cuaca baik. Sangat baik. Hujan nak turun tapi tak jadi. Mendung kan? Bawa makwe siar-siar dekat taman, pantai dan nikah memang masuk. Tapi kalau mahu bertunang tapi tak jadi. Menung kan?

Gua pun mengambil keputusan untuk mengajak Mat Nor main bola. Dia tu boleh dikatakan handal juga. Setakat Amri Yahya tu, dia boleh lawan lagi. Katanya lah. Tapi kesahihannya memang diragukan lagi. Masih dalam kategori misteri. Persoalaan menjadi tanda tanya bak kata brader Nas Ahmad.

Gua kadang-kadang jika mahu ke rumah Mat Nor kena mesej dulu, dia sekarang sibuk tak bertempat. Ada saja makwe ajak keluar minum. Tapi gua? Tak ada pun. Untung juga jika ada makwe dekat kampung. 'Dating' depan tangga rumah pun kira 'kick' dah. Dekat parit air, gerai sayur Mak Cik Limah, bawah pokok jambu batu memang dah kira mewah.

Rumah gua dengan Mat Nor tak jauh, 10 minit sahaja. Kalau merempit pun dalam 4 minit boleh sampai. Tapi nampak tak sopan sebab kena lalu depan masjid. Nanti tok imam perasan gua merempit, memang tandas masjid gua kena cuci pada hari jumaat.

Setibanya gua tangga Mat Nor, gua bagi salam. Mak Mat Nor jenguk. Jangan kata Mat Nor keluar dengan makwe baru dia, gua dah buat janji pukul 9 pagi lagi. Memang gua bangun awal semata-mata nak ajak Mat Nor main bola dekat padang.

"Haaa..kamuu..mari-mari naik dulu. Mat Nor ada atas ne", ajak mak Mat Nor.
Pelik, kenapa Mat Nor tak turun terus. Gua malas lah naik. Gua pakai seluar bola memang malu nak naik rumah Mat Nor. Nampak bulu kaki. Kui Kui Kui.

"Naiklah.. aishhh.. kamu ne... mari lah minum tea ke kejap", laung mak Mat Nor.

Gua rasa berdebar semacam. Tak pernah dada berombak seperti ombak tiruan di taman tema air. Kalu nak ikutkan, adik Mat Nor yang perempuan baru berumur 15 tahun. PMR tak lepas lagi. Tak kan keluarga Mat Nor nak merisik gua. Gua mula membuat andaian karut.

Gua naik ke rumah Mat Nor. Gua nampak Mat Nor sedang asyik layan lipat kain baju. Memang seperti gadis-gadis sunti buat kerja. Gua dalam dilema, nak gelak ke nak cakap dia anak soleh.

Gua duduk tepi Mat Nor. Lantas Mat Nor cakap.

"Bang, susu anak kita dah habis, bil air dah sampai, Mak Semah pulak dah mintak duit hutang, bumbung dekat dapur bocor, lampin pun nak habis ne bang", Mat Nor berkata-kata tenang.

"Nasib baik ayah Mat Nor ada. Asyik baca surat khabar. Kalau tak, memang lutut gua dah dalam mulut Mat Nor. Takpe-takpe. dekat padang nanti gua mahu rembat bola kena muka Mat Nor. Huahuahua.."getus gua dalam hati.




SukaNeka: kalau gua sokong Perancis, ada bantahan? Kui Kui Kui.

Akan Gua Ketuk Pintu Rumahnya

Setelah pintu hatinya diketuk, lambat laun pintu rumahnya gua kena ketuk juga.


Perjalanan lapan jam dari Kolompo bagai tak terasa. Gua nekad. Mahu mintak juga mahu menikah dengan anak perempuan dia. Orang kata dari Kolompo ke Kedah makan jugak dalam 10 jam perjalanan. Tapi gua boleh sampai dalam lapan jam ja. Gua rasa gua tak memandu laju. Buktinya pak cik aji selamber je motong gua. Berbasikal pulak tu. Mahu pergi solat berjemaah agaknya.

Kad alamat dia gua pegang erat-erat. Baru pertama kali masuk kawasan bandar Kedah. Memang sayu. Banyak hang-hang dekat sini. Tak boleh buat onar sebarangan. Pandu ikut peraturan. Bahaya kena tidur dalam penjara. Risau. Ikan emas dalam fesbuk tak bagi makan lagi.

Mata gua meliar. Mencari lorong patut masuk. Kad alamat dia tak berapa nak lengkap. Tak ada anak panah macam kad kenduri kawen. Sistem GPS pun tak ada dalam kereta gua.


Sapa makwe gua? Kena bagitahu ke? Makwe gua bernama... gilos gua nak bagitahu. Nanti penjahat-penjahat, mat-mat kote atau Profesor Plon buat onar pula. Culik makwe gua. Naya gua. Gua kan superhiro, ada ke superhiro bagitahu siapa makwe dia dekat umum? Tapi yang pasti, makwe gua bukan bawah umur. Nak ehem-ehem sikit pun senang. Haha.

20 minit berlalu...

Maka, gua sampai lah di rumahnya. Gua di sambut mesra oleh dia. Sangat suka dia apabila gua sampai di rumahnya. Senyum memanjang. Sampai 10 minit dekat luar. Lupa mahu ajak gua masuk. Dia dah bagitahu pasal gua pada ayah dia. Semalaman gua bertutur bahasa Kedah. Mahu tambat hati bakal ayah mertua punya pasal.

Dia masuk dapur buat air. Gua dengan ayah dia dekat ruang tamu. Masak gua. Nak cakap apa dengan ayah dia ne. Ahhh..Hentam saja. Janjji ada huruf Q belakang. Ayaq. Biaq. Sabaq.


"Hang dari mana?" Ayah dia mulakan perbualan.

"Kolompoq pak cik..." tutur gua mesra. Sambil senyum.

"Pak cik sihat?", gua cuba amik kesah.

"Sihat..sihat", garang juga ayah dia balas.

"Hang kerja apa?", soal ayah dia.

"Tak kerja lagi pak cik...belajaq lagi..." muka gua lenguh dah senyum.

"Belajaq apa?", lagi gua di soal siasat.

"Elektrik...kejuruteraan..." gua berhenti senyum dah.

"Ooo..kalau tak dapat kerja macam mana?", soalan cepu emas ayah dia bagi dekat gua. Berpinar juga otak gua.

"Rezeki dari Tuhan pakcik..sapa pun tak taw", balas gua berhati-hati.

"Kalau tak kerja, kamu ada apa tuk anak pak cik?" tanya ayah dia sambil jeling gua dari atas sampai bawah.

"Saya ada akal tunjang pak cik..." gua balas dengan budi pekerti.

Arghhh..malas la gua nak mengelamun pasal jumpa bakal bapak mertua ne. Layan Semanis Kurma lagi masyuk. Gua tak dapat bayang apabila jumpa bakal bapak mertua gua. Garangkah dia? Baikkah dia? Pemurahkah? Tapi yang pasti semua ayah mahukan yang terbaik untuk anak dia. Tak gitu? Kui Kui Kui.




SukaNeka: Gua terpaksa menggunakan bantuan penafasan nak tulis 'caption' bawah benda merah tu. Gua tak berapa suka sangat. Gua bagitahu awal-awal. Haha.

Kebahagian Dalam Berbelog Edisi Member Sejati















Pilih, jangan tak pilih. Tapi jangan pilih jalan hitam mahupun jalan belakang.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa kabar dinda di sana? Kanda di sini baik-baik saja. Tettttt... ini bukan jenis karya gua. Terhasut daripada contoh Karangan A Bahasa Malaysia buku anak sedara gua. Pehh.. pertama kali gua bagi salam. Agak beristigfar panjang. Mungkin jika gua masuk dalam Program Imam Muda mungkin ada harapan menang kena gelak dengan mudir.

Berkali-kali 'check' ejaan salam tu. Kot-kot salah eja. Nampak sangat jarang guna. Naifnye gua ne. Sekurang-kurangnya orang dah tahu gua ini Islam. Sebenarnya ini bukan entri macam biasa-biasa. Ini macam edisi khas. Aduan khas jika dekat TV3 Zimbabwe.


Okey. Gua berterus terang. Entri kali ini ingin memaklumkan gua mahu memberi 'award' pada semua member-member setia gua. Sudikah kome mengambilnya? Letaklah di celah mana dekat belog lu orang. Gua tak kisah. Gua hargai semua member gua. Kot gua bersara tanpa sebab dunia belog ini, sekurang-kurangnya gua dah balas budi baik lu orang bertandang ke belog gua.

Gua buat beraneka 'design'. Kot-kot ada menepati cita rasa lu orang.
Gua tak paksa ye. Manalah tahu, cucu gua datang pula belog lu orang. Jadi dia tahu lah kita member. Kui Kui Kui.

Jika lu orang dah ambil, bagitahu gua, senang gua nak 'Like'. Alamak, terpengaruh fesbuk la pulak.
Terima kasih kepada Cik Tweety bagi idea tuk 'design' award. Akhir kata, kata-kata lu orang hanya mimpi di siang hariiiiiii..haha. Gurau saja. Sekian.




SukaNeka:
Kepada ada punya penyakit suka jawab tag, buat karangan tak lebih 180 patah perkataan.
Akhir karangan, rupa-rupanya, Hiro adalah seorang pembunuh disegani. Tapi sayang dia hensem, patut dalam bidang modeling, bukan bidang pembunuhan.

Dongengan Si Arjuna

Pendekar zaman dahulu suka bertapa di gunung, pendekar zaman sekarang di pusat membeli belah.


M=Untuk bacaan umum. Bukan baju makwe bersaiz M. Ibu-ibu tak perlu mengawasi anak-anak mereka ketika membaca cerita ini.

Cerita tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Rekaan semata-mata. Tidak kena mengena dengan nama member gua, Muhamad Arjuna. Kepada makwe dia. Jangan perasan keyh. Kui Kui Kui.

Masa: 730 Tahun Tembaga

Arjuna Setiawan IcHellioz dan Indra Putra ReRazman berkawan baik. Dari kecik berkawan. Sampai menuntut ilmu seni silat dari Tok Guru Adira Mega Apekx pun bersama. Tok Guru itu adalah juara guru-guru seni silat pada masa itu. Memang dia paling kuat.

Kira bolehlah jadi wakil Pahang pada zaman sekarang main SUKMA jika beliau masih wujud. Tua tapi masih kacak bergaya. Beliau suka pegang tongkat sakti. Mungkin tongkat daripada dahan pokok kacip fatimah. Janggut semput putih menjadi idaman janda-janda pada masa itu.


Pada masa itu, Tok Guru ada anak perempuan bernama Cempaka Cempedak Si Bunga Bunga Love. Indra amat meminati Cempaka. Tanpa pengetahuan Indra, Cempaka menyukai Arjuna. Bukan Indra tidak kacak. Tapi Indra bukan 'taste' Cempaka. Arjuna, seiras Remy Ishak jika mahu lihat muka dan badannya di alam nyata kini.

Cempaka. Sebut sahaja namanya. Gadis-gadis lain terus cemburu. Ada cemburu anak-anak, cemburu berkadar terus, cemburu berkadar songsang, cemburu nasi kandar, cemburu peringkat ketiga dan banyak lagi jenis cemburu yang lain.

Ada naik meremang bulu roma, ada yang meracau mahu kawen dengan Cempaka dan ada yang berbisik sesama mak cik jika Cempaka lalu depan mereka. Wajah memang sesuai untuk mengalahkan pelakon, penyanyi Malaysia kini. Muka bersih dari sebarang jenis pembedahan dan suntikan. Terus daripada Illahi.


Akan tetapi, Arjuna tidaklah begitu kejam. Mahu merampas hati Cempaka daripada kawan baik dia sendiri. Dia menganggap Indra macam abang dia sendiri. Abang ipar atau abang angkat itu tak pasti. Arjuna tidak mahu Indra bunuh diri kerana terlalu kecewa dengan cinta pertamanya.

Pada masa itu, istilah bunuh diri masih dalam perbincangan para ilmuan bahasa Melayu bersama wakil Oxford. Sebelum ini, bunuh tanpa bantuan orang lain, bunuh dengan rela sendiri, bunuh menggunakan kudrat sendiri dan bunuh menggunakan tangan sendiri masih digunakan. Bunuh diri tak begitu dipopularkan kerana pada zaman itu, nyawa begitu bernilai.

Setelah bulan lari berganti-ganti, dengan bangganya Tok Guru mengumumkan gelanggang latihan ditutup. Maka mereka berdua tahulah sudah habis ilmu diturunkan kepada mereka. Seraya, tok guru mengumpulkan anak didiknya.

"Anak muda...tenaga tuan hamba sekalian amat bernilai kepada penduduk kampung yang dalam kesusahan", jelas Tok Guru.

"Janganlah tuan hamba sekalian menyalahgunakan ilmu silat. Buruk padahnya..." suara Tok Guru meninggi.

Kedua-dua mengangguk faham.

"Tok ada sesuatu mahu bicara sama kalian. Di atas gunung sana. Ada dua bilah pedang. Pergilah mengambilnya. Tapi susah sekali mahu mendapatkan pedang itu. Ilmu di dada kalian tidak cukup", jelas Tok Guru.

Mereka faham. Mereka harus berlatih lagi untuk mendapatkan pedang sakti tersebut.

"Tok ada satu lagi perkara penting mahu bicara sama kalian", serius kali ini Tok Guru bicara.

"Cempaka akan kawen dengan anak ketua kampung...cukup bulan mengambang nanti...kalian boleh buat pertunjukan silat?" tanya Tok Guru.

Arjuna dapat agak gelora di hati Indra. Cukup untuk membuat para nelayan takut untuk turun ke laut. Gelora gergasi mungkin. Tapi mungkin hatinya tabah. Jauh dari Arjuna sangka. Mungkin Cempaka minat sahaja pada Arjuna kerana budi pekertinya, tapi mencintai anak ketua kampung. Anak ketua kampung pun baik orangnya. Baru habis belajar ilmu agama dengan Tok Murad. Bakal ustaz. Pasangan baik mungkin melahirkan zuriat yang baik.

"Baguslah", getus hati Indra.

Perubahan

Jersey lawa, tapi main tak berapa nak lawa.



Sambungan dari Ajakan Paradigma.

Gua penat menunggu. Gua cuba cari makwe tuk main mata. Tapi gua tak ada 'feel' ketika itu. Ternyata berkat solat Asar gua. Ataupun masih dalam berwuduk lagi. Memang tak da semangat langsung nak usha mengusha. Gua tunduk saja kepala gua. Badan sandar dekat tiang elektrik. Nampak bergaya lagi jika gua pakai spek hitam. Kui Kui Kui.

Gua tengok ada brader jual jersey. Gua pergi dekat. Banyak jersey kelab ternama di gantung guna tali. Teringat cerita hubungan artis gantung tak bertali. Ataupun kaler tali bra makwe kaunter. Masih segar bermain di fikiran. Jersey negara yang masuk World Cup pun ada. Gua belek-belek jersey Malaysia. Gua senyum riang bila ternampak ada tulisan "Made In Thailand" dekat koler jersey tu. Ternyata negara jiran gemar juga menonton Piala Liga Malaysia.

Tak lama selepas itu, bammmmmmm...

Seorang budak rambut kerinting naik basikal langgar bahagia depan kereta Wira. Sungguh patriotik menggunakan produk tempatan. Tetapi kereta Wira dah tak nampak macam kereta Wira asal. Sudah menjadi Wirvo. Kereta Wira nampak macam kereta Mitubishi Evolution. Jadilah Wirvo. Kacukan gen berjaya membuatkan kereta bertambah menarik di samping menjimatkan wang.

"Woi budak!!, ko letak mata kat mana ah?" Ko tahu mahal kereta aku beli ne..." tengking brader kereta itu.

Budak itu senyap sahaja. Muka simpati yang dibuat-buat. Riak muka tak sama dengan budak dalam siri Bersamamu. Brader kereta itu ada unsur rock dalam dirinya. Jelas. Rambut panjang juga. Ada koyak-koyak di seluar jeans di kedua lututnya.

Gua rasa, rock zaman 3023 dia punya rock, ada koyak-koyak dekat kelangkang. Sikap keterbukaan di terap dalam-dalam. Tapi versi rock brader ne tak berapa nak baik. Malas gua nak masuk campur. Sebab ada tok imam dekat situ. Kalau gua buat onar karang, tak bagi gua duk saf depan pulak nanti solat Jumaat. Kui Kui Kui.


"Ko ada duit banyak? Harta? Ko ada lembu ke? Nak bayar ganti rugi baiki kemek-kemek kereta aku ne?", marah brader kereta.

"Ada lembu...empat ekor. Bapak punya", balas budak dalam sedia nak nangis.

"Empat ekorrrrrrr...mana cukup bai kalu jual pun...kena jual dengan kandang sekali baru cukup nak baiki kereta aku ne taw!" balas brader sedikit berbangga.

"Udah la tu Ramli oiii..kerja sakat budak saja, budak itu tak perasan kereta kamu tu...maapkan dia. Alahh..sikit aja ne...Kamu kan kerja kat Kolompo..tak kan tak mampu," tok imam membela budak itu.

Melihat tok imam dan orang ramai asyik tengok brader kereta itu. Dia pun beredar sambil memberi isyarat lucah kat budak itu. Budak itu dalam dua. Nak jelir lidah atau pergi peluk tok imam. Ternyata budak itu suci lagi. Dia pergi salam dengan tok imam. Baik. Gua teringat masa gua kecik. Gua baik macam budak itu. Hormat orang tua. Kui Kui Kui.

Bersambung lagi...haha