Ikut Suka

Pedih gak yea bila kena sound pakai Jeans dalam kuliah.



Sekarang, malam dan suhu panas tak dapat dipisahkan. Walaupun mandi berendam pun, hawa panas masih ada. Sampai cicak yang duk merayap-rayap atas syiling bilik gua pun berpeluh. Walaupun hampir tiap petang hujan di bumi Pahang ini, malamnya tidak berubah. Lantas gua berkata pada kawan gua;

"Gua rasa kan, kipas bilik kita dah kotor sangat. Kipas pun dah tak laju. Kalau buat nombor satu macam anak burung kipaskan ibunya," Bla Bla Bla lagi gua berceramah sorang.

Lama juga member gua mahu sampuk. Masing-masing sibuk melayan makwe masing-masing.

"Tengok aku ne, selesa... sejuk je. Maklum la... orang beriman," member gua yang berboxer menyampuk.

Hari ini hari Isnin. Esok Selasa. Seterusnya Rabu dan Khamis. Dia akan sentiasa pakai boxer yang sama sehingga hari Khamis. Gua bukan ghairah melihat keseksian beliau. Tapi gua mahu kongsi satu tips. Mengapa dia boleh pakai satu boxer yang sama sampai empat hari.

Dia punya tips, pakar sakit puan pun setuju. Macam mana? Dia pakai boxer macam normal hari Isnin. Esok dia terbalikkan, lusa dia pakai yang atas pergi bawah. Dan hari berikutnya dia terbalikkan yang pakai songsang tu. Faham tak?

Amacam? Nampak macam gangster tak? Haha. Mat rempit pun baru berminat nak pakai boxer camne. Keh Keh Keh. Tips ini penting jika lu orang masuk hutan, ketika air kena potong dan sayang akan boxer pemberian makwe. Eh, bukan boxer saja. Gua rasa yang lain pun boleh. G-string? Erkkk... Hahaha.




Kerana Dia #5




Lagi sebulan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan bermula. Semua pelajar di sekolah Aryan tekun menelaah pelajaran. Aryan dan Izyan selalu belajar bersama. Aryan pakar dalam mata pelajaran jenis pengiraan. Izyan pula suka subjek Biologi.


Tapi Izyan juga pandai dalam subjek pengiraan. Tak mustahil Izyan dapat keputusan cemerlang nanti. Memang Izyan bercita-cita mahu menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang perubatan.

"Kata lepas SPM mahu ambil 'course' Engineering? Jadi?" tanya Izyan kepada Aryan.

Aryan mengelamun seketika.

"Lepas SPM, Papa mahu Aryan belajar ekonomi dan bisnes management. Boleh tolong papa dalam menguruskan syarikat," Papa Aryan seakan memberi arahan.

"Papa rasa, tak payah teruskan niat Aryan nak belajar Engineering tu. Ok? Nanti kita bincang lagi, Papa kena pergi Kanada hari ini. Jaga diri. Ada apa-apa call Mama," kata Papa Aryan sebelum bertolak ke KLIA.

"Heii. Yan, Yan, Mengelamun pulak dia," Izyan cubit-cubit paha Aryan.

"Oh. Hehe. Tak lah. Teringat kata-kata Papa, Ya. Nak sambung Engineering," balas Aryan.

***

"Aku tengok, rapat sungguh ko dengan Aryan," tanya Syamimi kepada Izyan.

"Hehe..." Izyan tersimpul malu.

"Dia okay saja. Baik. Kaya juga, tapi tak pernah sombong aku tengok," membebel pula Syamimi.

"Kawan ja laa.." Izyan cuba menyembunyikan sesuatu.

***

Demam SPM bermula. Semua pelajar tidak lagi main-main dalam kelas. Pelajar yang suka ponteng kelas dulu pun sudah berubah. Yang suka tidur dalam kelas pun kini bertenaga semacam. Ada pasangan yang hot bercinta pun ada yang putus. Mahu bagi komitmen pada peperiksaan.

Begitu juga dengan Aryan. Sedang sibuk membuat nota ringkas dan jawab contoh soalan SPM tahun yang lepas-lepas. Dia juga rajin buat peta minda. Izyan mencadangkan tips ini.

"Saya tak yakin saya boleh score subjek Bio," Aryan seakan merengek.

"Heiii... come on la Yan. Jangan la begini. Sebelum berjuang dah menyerah kalah? You can do it," Izyan cuba membakar semangat Aryan.

"Ok... awak juga mesti belajar bersungguh taw. Saya doakan awak. Nanti bila dah jadi doktor, jangan lupakan saya," muka Aryan mencuka.

"Saya akan jaga awak seumur hidup saya... hehe," Izyan berkias.


Bersambung...



Kerana Dia #4



Kerana Dia #3 tekan sini.



Hari ini hari Rabu. Hari Ko-Kurikulum. Izyan nampak menawan bila berbaju PBSM. Aryan pula berbaju Kadet Polis. Lengkap dengan aksesori semua. Nampak macam pegawai polis. Pertemuan mereka pada hari Isnin yang lalu merupakan permulaan satu titik yang positif.

Malam tadi, Aryan nekad. Hari ini dia perlu buat sesuatu. Dia nak Izyan tahu yang dia sukakan Iryan. Mungkin jika semangat dia tika itu tinggi, mahu juga dia sebut "I LOVE U".

Tapi dia rasa macam Izyan bukan jenis orang yang suka bercinta. Kawan-kawan dia kebanyakan perempuan. Mereka berdua sekelas. Jadi, gerak geri Izyan memang dalam pemerhatian Aryan. Ketika waktu rehat, Aryan dan kawan-kawan berehat di kantin.

"Eh, cun kan budak baru masuk sekolah kita?," Amirul Baki mulakan perbualan.

Aryan senyum simpul saja.

"Ko nak tahu tak, kenapa dia masuk sekolah kita? Orang kata dia dah.... " Hamizah berkata-kata.

"Weiii... mulut lu jangan sama dengan longkang doe," Aryan mencelah. Mempertahankan Izyan.

***

Seperti biasa, Izyan menunggu ayahnya datang jemput. Aryan dah tahu semua rutin harian Izyan. Jadi, waktu itu saja dia dapat berbual-bual dengan Izyan. Sebelum kenal lebih rapat, dia menemani Izyan jarak jauh. Dia lepak dekat beranda kelas. Nampak Izyan sedang duduk menunggu.

"Aii... Ayah keje apa?" tanya Aryan sambil duduk tepi Izyan di pondok bacaan.

"Eh, Yan, tak perasan awak dah ada kat sini. Em, ayah keje cikgu. Ayah Yan pula?" lembut percakapan Izyan.

Aduh... sedap sungguh suara Izyan. Sopan santun pula. Walaupun tidak bertudung labuh, cara percakapan Izyan menambat hati Aryan.

"Hehe. First time orang panggil saya Yan. Hehe. Ayah saya ada buat bisnes sikit," Aryan cuba sopan.

"Boleh tak kita belajar bersama?" Aryan tiba-tiba bertanya.

Ah... Kenapa dia tercakap begitu. Dia nak cakap, boleh tak kita bercinta?.

"Sure,"jawab Izyan ringkas.

Aryan suka sangat dengan jawapan itu. Terus dia tukar topik pasal Biologi, Fizik, Kimia dan subjek lain sehingga ayah Izyan datang.

"Jumpa esok ye Yan." Ayat ringkas yang terngiang-ngiang dalam telinga Aryan. Aryan senyum selepas kereta Persona Ayah Izyan perlahan-lahan meninggalkan kawasan sekolah.

"Pergi pejabat Papa dulu, Pak Roslan, Papa mahu makan tengahari sekali."

"Baik Tuan Muda," Pak Roslan jawab ringkas.

Kereta Mercedes-Benz berlalu pergi menghala ke bandar.



Bersambung...



Puteri Gunung Buah

Tengok, ada dua gunung kan yang besar?




Puteri Gunung Buah sungguh cantik menawan. Seluruh pelusuk Tanah Melayu berbicara tentangnya. Masakan tidak, ada pedagang dari negeri China sanggup berdagang dekat istana untuk tahu di mana Puteri itu tinggal.

Sultan Hamzah. Sultan yang berhati rakyat. Seluruh rakyat di bawah naungannya hidup aman sentosa. Baginda begitu ingin berkawen dengan Tuan Puteri itu. Hasrat baginda tidak dapat dibendung lagi. Cukup bulan mengambang, baginda menghantar rombongan pinang dari pihak istana.

Pihak istana yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Hiro, Tun Parid dan pengikut yang lain. Mereka berdua ini sangat setia pada baginda. Kawan karib baginda semasa belajar di Engelang.

Semasa kecil lagi, Hang Hiro sudah pandai berkata-kata manis. Mungkin rundingan bakal berjaya. Hang Hiro juga selalu mencari ulam-ulaman dalam hutan Gunung Buah. Jadi, selok belok hutan itu beliau sudah biasa.

Akan tetapi, Hang Hiro tak dapat ikut pada hari mereka mahu berangkat. Di katakan Hang Hiro terpaksa di hantar ke negeri Kedah. Ada Sukan di-Raja. Kali ini, negeri Kedah menjadi tuan rumah. Hang Hiro menjadi ayam tambatan dalam pasukan sepak takraw.

Oleh sebab itu, Tun Parid diutuskan ke puncak Gunung Buah itu. Selama berminggu-minggu Tun Parid mendaki Gunung Buah. Biasanya beberapa hari saja, akan tetapi saiz badan Tun Parid agak cemerlang itu sebab mengambil masa berminggu-minggu.

Di pertengahan gunung, beliau menemui seorang nenek tua yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Buah.

Tun Parid menjadi teruja seketika. Walaupun wajah dimamah usia, bahagian exotic nenek itu masih padu. Selepas memperkenalkan diri, nenek itu dikatakan utusan Puteri Gunung Buah. Nenek itu bilang bahawa Tuan Puteri menolak pinangan Sultan Hamzah dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:


* 1 eskelator berteknologi Jerman dari istana ke Gunung Buah.

* 1 Asimo berkaler pink.

* 7 dulang hati Pok Ke

* 7 dulang hempedu Pok Ke.

* 7 tempayan air mata perawan gadis dangdut.

* 7 tempayan air pinang dekat Kampung Sungai Pinang.

* 1 mangkuk darah Sultan Berd. Anak kepada baginda. Yang belajar sedang belajar tadika dekat negara sebelah Arab.

Riak muka baginda begitu pilu. Baginda sangat mahukan Puteri itu. Tapi nyawa anaknya bakal menjadi taruhan. Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan.

Seraya Baginda menghantar utusan supaya putera tunggalnya balik ke istana.

"Buat anak baru dengan Tuan Puteri Buah ye dak?"

Baginda ketawa senang diikuti Bendahara yang berkaca mata putih.


"Begitulah cu. Dulu atuk la Hang Hiro itu, kalau atuk tak ke negeri Kedah. Memang atuk dapat buat Sultan fikir dua kali. Putera Sultan sudah tiada. Masih kecil lagi ketika itu."

Gua bercerita pada cucu gua yang berumur empat tahun.
Gua nampak mata cucu gua menjeling semacam. Memang sah. Budak zaman kini sukar ditipu. Baru gua nak cerita gua dapat jadi Perdana Menteri Mongolia. Cess.
Huk Huk Huk... batuk kecil gua tak hilang lagi.


Haji Hiro
Akal Tunjang,
2061



Menara Gading

Mahu masuk U sebab nak dapat kerja best?


Seminggu lepas raya, kedai makan mula buka. Tudung litup pakai time raya mula simpan dalam almari, boxer raya pun gosok kemas dan simpan baik-baik. Guna untuk pergi dating pula. Lemang-lemang basi terus dijadikan kayu api. Itu lah antara ragam orang kampung gua.

Sedang lepak dekat Kedai Kopi Bakaq, datang sorang Pak Cik. Gayanya mahu beli rokok, tapi ada berita hangat mahu di sampaikan. Pak cik ini femes juga dekat kampung gua. Pakar tukang perak orangnya.

"Weiii... anak aku dapat masuk U..." laung Pak Cik tu sebelum berlalu pergi.

Lantas member gua bilang pada gua,

"Alah, anak dia baru dapat surat panggilan temuduga je. Bukan komfem pun dapat masuk U lagi"

"Oh... begitu ke. Tinggi menggunung harapan Pak Cik tu," gua cuba bagi pendapat.

Tetiba hati gua terdetik,

Best sangat ke masuk U?
Bila selalu ponteng kuliah...

Best sangat ke masuk U?
Bila duit belanja digunakan pada benda tak berfaedah...

Best sangat ke masuk U?
Bila selalu layan porno berepisod...

Best sangat ke masuk U?
Bila duk selalu geledah bahagian exotic makwe...

Best sangat ke masuk U?
Bila selalu kena tangkap khalwat....

Bagi gua, kalau duk dekat kampung tak dapat masuk U pun tak apa. Memang orang akan pandang rendah ke apa. Tapi masuk U, perangai cam ci wat pe. Ye dak?

Baik jaga mak ayah dekat kampung, keja dekat-dekat ke, ini tak... malu gila ke tak dapat masuk U atau dapat sambung pelajaran? Kalau ada rezeki tu tak ke mana. Ah... gua ne kenapa. Mahu jadi pakar motivasi ke apa. Haha.

Tapi tu la, kalau orang tua sekarang, mahu menantu lepasan U, ada kereta semua. Apa ingat boleh jamin kebahagiaan anak pak cik ke? Oh lupa, semua orang masuk U ne pandai kan. Ah... pandai la sangat...pandai buat anak time duk U adalah. Keh Keh Keh.



Perjuangan Bermula

Ok. Sila 'translate' sendiri. Gua tak pandang English. Keh Keh Keh.


Tu diaaaaa... kejarrrrr...

Tak pasal-pasal tengah malam tu gua dikejar lima orang laki. Badan pun mantap jugak dorang tu. Gua apa lagi. Lari la jugak. Tak kan senang-senang nak paw key-chain Garfield yang makwe gua bagi.

Akan tetapi, malang tak berbau, gua kena tangkap juga. Tangan gua kena ikat dari belakang. Gua yakin dorang ikat guna ikatan macam gua belajar dalam ikatan Pengakap. Tapi gua lupa apa nama ikatan itu.

Tak lama lepas tu, ada sorang budak kecik masuk dekat bilik yang gua kena kurung. Gua rasa budak kecik itu umur dalam 11 tahun. Bahagian exotic dia sudah disalai ke belum gua tidak pasti. Tapi muka macam budak sekolah rendah.

Lama juga gua amati muka budak itu. Macam muka anak sedara gua. Lantas budak itu berkata;

"Ko ne Hiro kan? Betul?"

"Gua bukan Hiro... gua Superhero... haha. Gua cuba mencetus keriangan di hatinya. "

"Yanadeeee... jangan main-main laa... Aku cepokk nak?"

Haaa... gua sedikit resah. Risau muka hensem gua kena tumbuk. Nasib baik dia main-main saja.

"Akal Tunjang milik ko kan? Mantap sangat penulisan ko. Aku ingat nak suruh ko tolong jawab pekse Bahasa Melayu Penulisan aku. UPSR je pun. Boleh?

Sah. Ini mimpi. Gua terus terjaga. Memang ada anak sedara gua jawab UPSR tahun ne. Keh Keh Keh. Gua tengok jam dah pukul 1 tengahari dah. Tidur lepas subuh. Memang senang mimpi karut. Hehe.

Sudah sembilan tahun berlalu lepas gua amik UPSR. Cepat betul. Ok... Ucapan gua pada kakak yang ada adik pelajar tahun 6, leh kenal? Haha. Ok gua gurau.



SukaNeka: Selamat menduduki UPSR. Pada cikgu-cikgu pernah ajar gua, makasih.

Beraya Bersama-sama

Budak sedang lepak tunggu mak gua bagi duit raya.


Hari Raya Pertama. Hari yang mantap untuk budak-budak mengumpul duit. Hasil kutipan duit raya yang mampu menjeleskan Mak Cik Markonah yang jual maruku. Gua dulu pun begitu juga. Taksub kumpul duit raya. Siap ada 'team' sendiri taw.

Team gua terdiri daripada saudara, sepupu dan adik yang umur hampir dengan gua juga. Objektif penubuhan team ini senang saja. Mahu beraya bersama. Pergi rumah orang kampung sekitar untuk beraya. Untung-untung dapat duit raya. Hehe.

Seingat gua, masa tu umur gua dalam lapan tahun. Gua paling tua. Jadi gua kena la jaga saudara gua yang kecik-kecik. Masa tu, tak malu lagi. Tak segan nak pergi raya rumah orang tak kenal. Budak-budak katakan. Sedara gua yang pompuan pun belum pakai coli lagi time tu. Haha.

Ada sebuah rumah gua pergi beraya bagi RM1 pada gua. Time tu kira bersyukur dapat RM1. Gua mahu buat sujud syukur dah dekat sofa raya tuan rumah, takpun dekat kapet yang bayar ansuran dengan brader hidung mancung. Tengok-tengok suruh kongsi lima orang antara kami.

Ok. Gua tahu lu orang boring baca. Kenapa gua tulis ini semua, sebab gua tengok budak-budak zaman sekarang dah tak rasa raya macam gua dulu. Pagi raya dah layan PSP. Tak pergi beraya sehingga mak ayah bawak pergi beraya. Langsung tak ada suasana raya.

"Abang... kami nak beraya..." suara kecil menghembus lamunan gua.

"Makkkk... terkejut aku... Makkk... ada budak datang beraya," gua laung sekuat hati. Gua cuba kaver gua terkejut.

Pehh. Nasib baik budak-budak tak bawak kakak dia beraya sekali. Kalau tak memang gua dilabel suka mengelamun di dalam kereta. Tak kuasa gua nak layan budak-budak. Baik pergi beraya rumah makwe yang ke-166.

"Masih ada budak-budak datang beraya rupanya," hati kecil gua bicara.



Selamat Hari Raya

Bermaaf-maafan amalan mulia.



Salam Aidilfitri buat kawan semua. Di harap hari lebaran ini terus berpanjangan. Di tambah pula dengan ketinggian akhlak kita semasa di jalan raya. Gua harap kita bukan salah seorang dalam statistik mangsa OPS SIKAP.


Di hari raya ini, teringat kata-kata kawan gua.

"Aku raya sehari ja, jadi kena aku nak puasa sehari juga".

Jadi kita yang cukup puasa 30 hari ini, apa salahnya jika kita beraya 30 hari. Ye dak? Hehe.

Masa kecik, gua pernah dapat RM500 lebih. Kautim-kautim dengan muka gua yang kiut ketika itu, putih, pipi tembam, ada lesung pipit lagi memang ramai kata:

"Eeeeiii, kiutnya budak ne. Nah duit raya. Muaaaahh."

"Alahaiii...tomeiii.. Geram nak pelukkkkk..."

"Muahhhh... muaaaahhhh. Geram-geram. Sambil mak sedara gua taruk sampul duit raya dalam poket."

Jadi, berdasarkan ayat di atas, gua tak tipu kan. Hehe. Yang peliknya, sekarang gua dah tak maam dulu. Kenapaaaa??? Hahaha. Tapi sekarang. Fuhh. Dapat RM 7000. Ok gua tipu. Itu duit gua kena bayar balik. Duit PTPTN. Anak buah gua jeling semacam jika gua tak hulur 'seringgit dua'. Cess. Gua tak keje lagi oooii. Haha.

Oklah. Di kesempatan ini, walaupun gua bukan duduk dekat Kampung Sempat, gua mahu mintak maaf kepada semua. Mungkin gua buat salah secara sedar atau tidak. Maaf ya. Gua raya kehadiran gua dalam dunia Blog ini banyak buat orang sakit hati. Hura hara. Maaf sesangat.

Raya dengan selamat. Apa-apa pun, esok gua nak cari rendang unta. Mengidam tol. Haha. Terima kasih semua!!!

Oh Ibu

Mahu bawa keluarga tersayang ke pulau yang cantik.




Petang itu, kira-kira pukul 3 petang ada orang mesej gua. Ngam-ngam lepas gua berbuka puasa waktu Mongolia. Lauk kambing golek.

Gua dengan malasnya membuka mesej itu.

"Mama tak suka la blog kamu. Banyak entri tak menyenangkan hati para ibu."

"Oh da tu Mama... dah habis tapis dah," Gua balas mesej dengan muka cuak. Harap-harap tak kena tutup blog.

"Kamu pernah tengok forum Perdana Hal Ehwal Islam? Baik kamu tulis entri pasal isu dibincangkan program tu. Baru la ilmiah seket." Mama gua balas balik.

"Tengok la dulu camna Mama." Gua balas cepat-cepat.


Harap-harap Mama gua tak tanya sapa makwe asyik duk kacau gua dekat Cbox tu. Keh Keh Keh.

Lepas lima minit, sah. Mama puas hati dengan jawapan gua. Dia tak balas dah. Terus gua bukak laptop. Mahu layan cerita Mantra. Tetiba ada mesej masuk pula.


Gua buka dengan hati-hati.


"Jangan lewat solat. Baru pahala puasa penuh."


"Ok." Gua balas ringkas.

Ma gua hantar mesej. Oh. Padunya mesej itu. Gua rasa dunia ini gelap semacam. Berpinar. Haha.

Begitulah bila ada dua orang ibu di sisi. Mama, ibu makwe gua. Ma, ibu gua sendiri. Memang bila dah nak kawen gua bakal jadi suami mithali lah. Pesanan gua, sayang dan hormati ibu kita. Kui Kui Kui.


Gua sudah berada di sisi bonda gua. Enak sungguh. Makan sahur pun selera semacam. Mood nak ponteng puasa pun berkurang. Keh Keh Keh. Lu orang tak balik raya lagi?



Zakat Fitrah

Berbuka puasa dalam masjid pun sudah, luar masjid pun sudah.



Setelah selesai solat asar dalam masjid, gua duduk sandar dekat tiang masjid. Amik 'feel' nak pergi beli makanan kat bazar dekat Padang MPK, Kuantan. Sedap betul berehat dalam masjid. Lega yang amat.

Gua terlihat ada orang bayar zakat fitrah. Suka saja dia bayar. Itu tanda bayar dengan ikhlas kan. Tetiba gua mengelamun.

"Sayang... abang dah bayar zakat fitrah ne. Abang buat awal. Nanti lewat-lewat sibuk lak," gua berkata pada bini gua.

"Oh... bagus lah abang... Sayang kat abang," tetiba isteri gua datang peluk gua.

"Emm... nanti 2 tahun lagi, bayar untuk tiga orang pula," gua cuba bagi petanda yang gua tak sabar nak ada anak.

"Hehe..."bini gua malu semacam.

Huhu... gua senyum sorang-sorang. Nasib baik tak ada Pak Haji tengok, kalau tak mau kena ceramah gua ne. Ok dah. Puasa-puasa tak boleh banyak mengelamun, nanti pahala kurang.

Jadi, siapa yang bertanggungjawab kena bayar zakat tu, buat cepat-cepat lah. Baru tak kelam kabut di kemudian hari.


SukaNeka:
Kepada Nen dan Tek, suami anda sudah membayar zakat fitrah? Haha.




Belajar Luar Negara

Sampul cantik, duit dalam kena cantik juga- Budak zaman sekarang.


Malam itu gua kebosanan. Banyak kelas petang batal. Buat gua ada banyak masa untuk tidur petang. Tetiba gua ingat kawan gua yang belajar di luar negara. Kawan lama gua. Terus gua berYM dengan dia. Khai Pak Is nama dia. Tapi kawan-kawan gua panggil dia Forlan. Lebih tepat lagi, Ustak Forlan.

Gua: Aok balik raya Malaysia ke tak? Rindu nak jumpa. Keh2.

Khai Pak Is: Aku blik rayer ke 6... ader Bakti Siswa... sory2...

Gua: Oh... ingat tiket kapal selam habis. Aok tak sempat beli.

Khai Pak Is: Taklah. Aku sedap je duk oversea ne. Waktu berbuka awal.

Gua: Cehh. Ustak, kensian kat lu balik lewat... xper... gua simpan lemang untuk ko.

Khai Pak Is: Lemang tu apa?? Aku tak kenal laaa.....Ambo duk saing dengan Richard kat sini....

Gua: 'That' lemang... Ore Ganu sebut... lemangg... Macam makan pulut dalam buluh. Pastu kitar buluh tu jadi meriam buluh pulak... hehe.

Khai Pak Is: Owhh... I xpernah makang pon... ketupat pon sama laaa... duk sini make pizza jahhhh....

Gua: Hoo...Nak hotdog... Ajak la Richard balik raye Malaysia.

Khai Pak Is: Richard xleh datang... mama dio nak g Umrah... hotdog sini dio buat nga ikan... xsedap laa...

Gua: Hoo..xpe la..Bosan dah makan ikan... wat balik Sally la... bukan Sally Bidin... ehhe.

Khai Pak Is: Sally Monie??? dio sama jah nga Keropok Monie.... cumo dio tambah bawang putih goreng jahhh...

Gua: Dah-dah. Layan lu memang tak habis. Berapa tahun lagi dekat Sekolah Pondok Siam tu?

Khai Pak Is: 2 Sem lagi la nate.

Gua: Ok-ok. Maju tol sekarang. Dah ada wireless. Hehe.

Khai Pak Is: Memang la. Nak tidur. Malam nanti nak bangun qiam.Perbualan kita tamat di sini saja...ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz.


Itulah kawan gua. Belajar sekolah pondok dekat Siam. Bakal jadi Ustak. Otak gila. Senget seket. Keh keh keh. Ilmu agama penuh di dada. Haha.Harap-harap dapat bertemu di raya nanti.