Entri Hujung Tahun


1. Pertama sekali, gua mahu ucap terima kasih di atas sokongan lu orang pada gua selama ini, tanpa lu orang, siapa lah Hiro dan AkalTunjang.

2. Minta maaf juga kepada blogger berjiwa sensitif. Entri gua ni kadang kala, macam celake juge sindirnya... ye dak? Ibu-ibu baca belog gua, (ambo ore baik bena). Hehe.

3. Gua harap, tahun 2011 merupakan tahun penuh bererti bagi kita semua.

4. Sapa duk oversea tu, balik la Malaysia ni. Tengok Piala Suzuki dekat Muzium Negara.

5. Gua pesen tak tanam azam baru. Tapi sejak ade blog ni. Nak tanam juga azam. Antaranya;

a.
b.
c.
d.

Kemudian lah gua isi. Kui Kui Kui.

6. Hampir lapan bulan punya blog ni, gua sudah merasa jadi peserta kontes, juri, buat onar, berpuaka, semua menarik dan mencabar.

7. Sapa rasa muka ala-ala budak ni, jom kapel? Pelisss. Gua terpaksa merayu. Nanti Pelan Kebahagian Dalam Berkeluarga bakal punah. Ica pun entah kemana. Keh Keh Keh.

Hai Abang Hiro. (gambar curi dari Puaka Lep-Lep)

Agak-agak, apa azam gua patut perazamkan?

Terima Kasih.
Hiro
31/12/2010.


Oh Tudung


Pemilik empat pasang dada sedang rancak berbual. Lapan mangkuk coli bergoyang ke sana ke mari tanda riang hati. Kalau tak pakai coli tu, tak pasti la lapan ke enam ke. Berbual sambil makan di Chiken Yes Rice dalam Pavilion.


Gadis 1: Haha. Kau ni jangan buang tabiat doe. Pakai tudung lak.

Gadis 2: Hehe. Alah. Apa salahnya. Hari ini kan hari Jumaat. Ye dak?

Gadis 3: Betul. Betul. Kau nampak cantik pakai tudung lah. Jeles aku.

Gadis 4: Nanti kita beli shawl nak? Try pakai. Haha.

Mereka sambung makan di selang seli menyuap makanan dalam mulut mereka.

***

"Haha. Nak tutup rambut rosak la tu, dasar perempuan licik!"

"Kui Kui Kui. Korang tak tahu kat dada dan kat leher aku penuh love bite. Nafsu pakwe aku kemain tinggi semalam"

"Elehhh. Buruk sangat. Macam nenek kebayan"

"Aku perli kau ni doe. Haha"


Pengajaran: Fikirlah sendiri. Banyak tu... Kui Kui Kui.



SukaNeka:

Sapa bakal jadi Hero Chelsea? Pasukan anda diperkotak-katikan oleh puaka-puaka.

Klik sini untuk lebih lanjut.


Ulasan 7 Mat pada tahun 2010


Mat rempit
Berjaya men-rekruit ahli-ahli baru yang berkaliber. Berani di jalan raya dan juga di ranjang. Pakar mekanik dan juga pakar mencuri. Punya kaki yang ramai sehingga sekatan jalan raya tak berapa berkesan.

Mat Puaka
Berjaya add Makwe dekat Facebook dan juga Twitter 50 makwe sehari. Begitu taksub dengan alam maya sehingga lupa makan minum serta menyiram pokok bunga. Gemar bertwitter dan menyalahkan twitter jika '#overlimit'. Siap post dekat Facebook.

Mat Kote
Bangga dengan gelaran Mat Ayah. Penyumbang utama anak buangan bayi. Mat kote yang baik sikit sarankan pada pasangannya untuk ke Sekolah Hamil. Mula munggunakan kondom semasa beraksi.

Mat Ganja
Tahun 2010 tahun gembira. Rampasan ganja dari pihak berkuasa tidak membanggakan. Bekalan ganja masih mencukupi sehingga 2012. Terpaksa mengurangkan harga ganja di lorong-lorong hitam untuk tarik lebih banyak pengguna.

Mat Indon
Mula menyimpan dendam pada orang Malaysia. Sudah lama negara mereka tidak berjaya menjulang Piala Suzuki. Buruh kasar di ibu kota mula tunjuk perangai tanda tak puas hati. Bakso mula naik harga sehingga 12 peratus.

Mat Salleh
Mula mengenali Malaysia sebagai Malingsial. Tetap akan bersama dengan Malaysia kerana Malaysia punya kedudukan ekonomi yang kukuh. Masih erat dengan hubungan dua hala.

Mat Geli
Lebih dikenali sebagai Geli-Mat. Sering bertukar-tukar makwe hanya untuk bergeli-geli sahaja. Tak sampai taraf Mat Kote lagi. Sekadar raba-raba, tarik tali coli, jentik-jentik dada. Suka merajuk dan nak upah comolot sebagai tanda pujuk.

Gua ingat nak jadi Mat Geli la... Saya Geli-Geli dan Saya Okay. Xabi!!! Mat Hiro=Mat Geli ye dak?

Rasa-rasa, Mat mana kena bagi penendang kencang-kencang?


Gua Versi Kapel II


Sangap. Eh silap. Girang. Itulah perasaan saya dikala ini. Hati saya sungguh berbunga bak kumbang menghirup madu bunga. Salah? Lantak la. Fikiran saya semakin kacau bila kaki saya mula menjejak lantai Pavilion.

"Betul ni awak setuju mahu jumpa dengan saya?" tanya saya mahu dapat kepastian.

"Yelah. Kita kan dah lama kenal. Makan ke, tengok filem ke. Okay?"

"Yahooo. Sukanyaaaa. Esok ye. Pukul 11 pagi di Pavilion"

Hanset ditangan saya rasa mahu baling jauh-jauh tanda gembira.

Ayuna. Gadis cantik yang saya kenal dekat fesbuk. Menambat hati saya untuk kenal dia lebih rapat lagi. Kalau sesuai, dia suka saya... mahu juga sunting dia jadi isteri saya yang ketiga. Keh Keh Keh. Tipu ja. Yang pertama.

Orang zaman dahulu bilang, jika jumpa jodoh musim tengkujuh ni. Jodoh panjang. Sampai liang lahad. Mudah-mudahan. Alahhh. Musim suami isteri dalam selimut katakan. Aissh. Fikiran saya mula kotor. Biasalah. Tak sabar nak kahwin. Hik Hik Hik.

Setibanya saya di Pavillion. Terus saya menuju ke tempat berjanjjinya saya dengan dia. Saya lihat akak jaga bahagian coli pun gembira semacam. Bakal dapat gaji mungkin.

"Hai Ayuna" sapa saya ramah. Lupa bagi salam.

"Eh. Kata nak pakai tudung kaler pink. Tapi kenapa tudung hitam?"

"Abaikanlah. Awak dah makan?"

"Kita nak makan dulu ke? Atau tengok filem dulu?"

"Makan dulu ye?"

"Tapi kalau kita pergi beli tiket. Pastu makan apa salahnya ye dak?"

Bertubi-tubi saya tanya pada Ayuna. Ayuna tak sempat balas. Padan muka dia. Hik Hik Hik.

"Woooiitttt!!!"

Saya diwoit.

"Suprisessss..." member saya buat kejutan daripada belakang.

Hati saya sayu. Roslan dan Ayuna selama pernah bercinta. Lepas itu putus. Roslan, kawan saya semasa PMR. Mereka mahu sambung bercinta selepas lama putus.

"Jom tengok filem. Aku belanja kau" bilang Roslan kepada saya.

Saya mengangguk lemah.

Saya ikut mereka daripada belakang.

"Alahai Ayuna..." getus saya dengan nada kecewa.


Cilakak! Ayuna sudah dikebas orang. Member sendiri pulak tu. Aisshh. Bukan jodoh gua lagi si Ayuna ni.


SukaNeka:
1. Ini yang Gua Versi Kapel I. Tak ada kaitan. Merapu!

2. Kontes hujung tahun.
Rose , Tempat Pertama: RM100.
Akim, Tempat Pertama: Klik je la sini.


Ceritera 4: Ica dan 2035


Tahun 2035. Ica sudah besar. Punya badan menawan. 'Solid'.


"Perghhhh..." itu saja mampu dikatakan anak muda lelaki apabila Ica lintas depan mereka.

Yang baik sikit, atau sempat khatam ngaji;

"Indahnya ciptaan-Mu"

"Tetapkan rezeki aku untuk jadi suaminya"


Yang perempuan selalu bergosip;

"Eleh, buat suntikan la tu"

Fakkk Tuihhh. Berani sangat la tu kutuk anak gua.


Ica balik daripada kolej. Pintu ditutup kuat-kuat. Beg dihempas atas sofa laju-laju. Tudung di campak atas kerusi meja makan rata-rata.

"Kenapa ni Ca?" sapa gua mesra.

"Abah la. Malu taw tak kat kolej..." Ica tak daya nak sambung.

"Kenapa. Why my dear?"

"Abah ada blog kan masa muda dulu? Sebut coli-coli. Lucah-lucah... dada pink la. Belahan dedua la... Malu taw tak kat kawan!!!" sambung Ica lalu berlalu ke bilik.

Air mata gua menitis kena buku akaun tabung haji.

"Kalaulah dulu gua buat blog islamik." ujar hati kecil gua.


7 Status Fesbuk Malam Nanti Dan Panduan Anda Membidasnya


Kemain panjang tajuk. Kui Kui Kui.

Berguna untuk sesiapa punya hajat untuk buang frenlist yang beribu tapi tak pernah tegur.

1. Xabi main macam celake. Kalau gua ada bini ni, memang gua ajak bini masuk bilik.
Respon anda: Bukan dengan kucing pun lu ajak masuk bilik?

2. Syukur... Malaysia menang.
Respon anda: Syukur-syukur juga. Kau dah solat Isyak belum?

3 .Walaupun saya tak minat bola sepak. Saya menyokong pasukan bola sepak Malaysia.
Respon anda: Baik kau sokong diri kau dulu weh. Status macam gampang. 'Sakit putus cinta'. 'Tak mahu hidup lagi.' 'Yelah, aku tak hensem, Mana kau nak kat aku kan.' 'Keseorangan lagi'. 'Seronok agaknye maenkn perasaan org ni..~'. 'I wonder if you miss me as much as I miss you.' 'Days without you. sigh~.' Fakkk Tuuuih.

4. I Love Harimau Malaya.
Respon anda: Baik kau Love Tuhan dulu. Yelah. Hidup tak lama kan.

5. Berfesbuk fesbuk juga, Harimau mesti kena tonton.
Respon anda: Berfesbuk fesbuk juga, qada Subuh bila nak buat?

6. Malaysia Loser. Malaysia Okay.
Respon anda: Kemain omputih. Bahasa Arab tak nak belajar ke bang?

7. Keh Keh Keh. Malaysial kalah sih. Suke bangat guwe.
Respon anda: Lu patut 'remove' pastu 'block' mamat tu.



Agak-agak member dekat fesbuk lu berkurang tak? Kui Kui Kui.

Hiro&Hakim: Jiwa Sunyi


Malam tadi. Dalam pukul 2300. Atau 11 malam, Hakim datang lepak rumah gua. Dalam perjalanan jalan kaki ke rumah gua, dia terserempak dengan anak jin baru balik mengaji. Rajin betul anak jin itu.

"Baru balik mengaji?" sapa Hakim ramah.

"Iye bang. Baru Iqra Tiga. Ingat bila buka Sekolah-Sekolah Makhluk Halus Bersatu Garuda mahu habis ngaji. Baru ada 'feel' nak kenyit-kenyit mata dengan Puteri Bunian ye dak?," lancar anak jin balas.

"Cilakak. Mengaji ada maksud. Mentaliti kaum jin pun kian lencong. Mahu jadi makhluk kamil jauh sekali," getus Hakim dalam hati.

Selepas bersalaman dan ambil emel untuk 'add' fesbuk, Hakim terus betulkan niatnya ke rumah gua.

"Hirooo... Hiroooo.. " pekik Hakim dari tanah.

Pesen tak letak tanda 'Memberi Salam Amalan Mulia' memang tak lekat nak bagi salam.

Gua: Kau nak ape. Baru nak layan FM sedas dua ni.

Bicara gua sambil buka baju tayang badan yang mantap. Six pack? Jangan diragui kewujudannya.

Hakim: Aku sunyi doe. Bosan pula single ni. Ingat nak cari awek.

Kui Kui Kui. Gelak memperli gua.

Hakim: Kau ade akak kan? Kenalkan aku. Bak sini nombor telefon.

Gua: Xabi. Akak aku dah berpunya.

Hakim: Oh kalau begitu mai nombor adik kau lah.


Gua sedang berkira-kira mahu bagi penendang guna lutut ke pelempang guna siku. Senang betul bercinta sekarang. Cinta sejati konon. Tak dapat akak, adik pula dimahunya. Cilakak.


Pengajaran: Cinta sejati? Cepat betul ada pengganti. Kui Kui Kui.


SukaNeka: Hakim, sabar ye? Haha. Hakim ini baik sebenarnya. Gua je tak baik. Mereka cerita. Kui Kui Kui.


Bicara Bersama Santa



Tepat pukul 4 pagi. Gua sempat berbual dengan Santa selepas dia tolong belikan gua air pepsi twist. Lalu gua dengan beliau borak kosong sambil pekene kopi buatan gua.


Gua: Lu tak bosan ke kerja hantar-hantar hadiah camni?


Santa: Dah kerja bang. Nak buat camne. Lagipun dulu saya kerja Posmen. Dah biasa bang.


Gua: Laa. Santa ni pekerjaan ke? Sedak juge hantar hadiah ni. Boleh usha makwe tengah tidur ye dak?


Santa: Tak baik bang. Dosa skodeng-skodeng ni bang. Dah la nak masuk macam harem dah. Susah juga.


Gua: Mana lu dapat duit nak beli hadiah? Bungkus? Bagi rusa lu makan lagi. Buat family day ke?


Santa: Duit tu duit rakyat bang. Duit tak habis jika bahagia dapat berkongsi bersama.


Gua: Betul juga... Eh, lu bukan dah tua ke? Kenapa ber-abang dengan gua?


Santa: Tadi saya nampak adik abang. Saya nak jadi adik ipar abang boleh? Lawa adik abang. Hohoho.


Terus gua berceramah pada dia yang kat bawah tu kena kasi potong dulu. Bergegas Santa beredar dengan lajunya. Banyak hadiah tak hantar lagi katanya. Eh, rumah lu orang Santa datang tak? 'Oh My God'... lupa lu orang duk Malaysia. Kui Kui Kui.

Pink Itu Perlu Ditutup


Mereka punya;

Dada pink


Mulut pink


 Hidung pink


Ketiak pink


 Paha pink


Buah pink.

Setengah jam yang lalu...

"Abang, buang la langsir, kain yang lama ni ye? Buat semak ja," pinta bini gua.

Gua pegang langsir dengan air mata menitis. 

"Kalau lah gua boleh sedekahkan langsir ini untuk tutup semua yang pink tu," ujar gua dalam hati dengan hati yang sayu. Kui Kui Kui.


Mak Siat


Bersalah
Pada mulanya aku rasa bersalah. Menyesal pun ada. Rasa insaf sangat. Aku janjji tak buat lagi. Jiwa muda. Biasalah. Mahu mencoba. Mahu merasa. Tak perih. Tapi sedap.

Biasa
Lepas itu aku sudah biasa. Hari-hari buat. Pagi petang siang malam. Kala hujan lagi rakus. Sama 'up' dengan katak sedang panggil hujan. Orang azan tidak peduli. Sedaknya usah diragui.

Seronok
Aku comolot. Aku kena raba. Aku kena bontot. Aku main-main. Aku puas. Aku dah besar. Seronok. Keluarga tak tahu. Tak kena pun bala. Tak kena seksa pun. Ayah aku hidup lagi. Kaya lagi la. Tak mengandung pun.

Leka
Aku leka. Aku persona. Aku waja diterokai. Aku laku. Aku ada teman lelaki. Aku bangga. Aku cantik. Kau 'Loser'. Penakut. Layan porno tapi tak aplikasi? What the heck.

Amacam?

Cuba kita selami jiwa perempuan sebentar. Kalau lu orang perempuan.,tak yah selami lah. Raba je dada tu, ada tak belahan dedua. Kui Kui Kui.

Liku-liku hidup perempuan yang rosak akhlaknya diluar sebenarnya ramai. Kalau silap gua minta maaf. Mereka terjebak kerana mereka sudah biasa. Tiada apa yang buruk berlaku. Jadi sempurna pula hidup mereka. 'Ekceli' lelaki pun sama juga.

Apa yang gua ingin sampaikan ialah, kalau kita biasa buat maksiat, dan tak terjadi apa-apa bala, musibah mahupun kesan buruk... kita akan buat buat buat lagi. Walaupun kita tahu itu haram. Ye dak?

Alah... esok masih ada untuk bertaubat. Lambat lagi mati kan? Muda-muda ni bagi la peluang kat Haji Ismail, Pak Abu, Pak Cik Lep buat pahala kan.

Bersalah-Biasa-Seronok-Leka. Maksiat je pun. Bukan minum arak. Berjudi. Bunuh orang. Kan? Lu jangan 'over' sangat. Kena sambar kilat tak sempat taubat karang, ape cer?


Gua harap gua tak kena kutuk buat entri kesedaran ni. Hehe.


SukaNeka:
Bro, hari jadi lu hari Jumaat la bro. Tak leh nak wish lucah2...haha. Selamat ulang tahun kelahiran buat Che Arm.


Polowerku Sayang


Hakim. Usianya begitu muda untuk memiliki blog. Walaupun berusia muda, blognya dikenali ramai. Bangga memiliki blog bernama "Jangan Lintas Blog Ini". Buka matanya, bukalah blognya. Hidup matinya dengan blog. Ada kawannya bawa motor laju dan Hakim jadi pembonceng;

"Celake, jangan bawa laju sangat. Kalau eksiden, susah gua nak update entri nanti"

Cuti sekolahnya dihabiskan untuk berblog. Mencari polower sana sini. Bersalam ziarah sakan. Usahkan maknya suruh beli sayur dan pekakas sup, hamsternya yang dibela dua tahun lalu pun terabai. Adiknya pula terpaksa jaga makan Han Han, si hamster.

Pagi minggu. Hakim biasa bangun awal. Dalam pukul 9 pagi. Dulu rancangan Kamen Rider menjadi sebab utamanya bangun awal, sekarang sudah bertukar. Untuk melihat keadaan blognya.

Mak dan Ayah dia keluar pagi lagi. Ada urusan dengan pejabat tanah kata kakak sulungnya. Adik Hakim dari tadi sedang melukis lukisan bertajuk 'Keluarga Saya'.

Sejurus bangun. Hakim terus buka laptop. Brodband masih tercucuk sedap dekat laptopnya. Barulah dia pergi cuci muka. Makan kuih yang Ayahnya beli dari kedai Zul Bulat.

Berjaya capai donut, Hakim bergegas berlari kecil untuk melihat blognya. Tengah sedap menyental donut depan laptop, Hakim terpaku. Matanya lurus memandang angka polowernya. Donut yang berbaki terus ditelan hidup hidup.

Marahnya memuncak. Mencarut sakan dalam hati. Di ambil lukisan adiknya cepat-cepat. Dikoyaknya. Diulinya lumat-lumat. Lalu dibentuk menjadi bentuk bola. Ditendangnya jauh-jauh bola kertas itu. Adiknya hanya mampu memandang kelakuan Hakim dengan air mata menitis.

Ditendangnya kerusi plastik. Meja kecil diterbalikkan. Buku habis diselerakannya. VCD porno yang disimpan dalam buku lalu terjatuh tak diendahnya.

Diambilnya coli kakaknya yang indah tergantung. Lembap dek cuaca mendung. Ditariknya coli itu panjang-panjang. Dilastiknya coli itu kena cicak sedang comolot. Terkial-kial cicak itu lari bertempiaran.

Hah hah hah... Hakim kepenatan. Nafsu marahnya kian menurun.

Dia betulkan kerusi plastik balik. Pasang lagu Fauziah Latipp kuat-kuat.

"Celake mana unpolo blog aku. Semalam baik aja 1000 polower. Hari ini jadi 999. Babi. Puake. Bajet. Bengong molek. Perangai cam harem..." cakap Hakim sorang.

Terus Hakim buat blog satu lagi guna emel adiknya. Dengan harapan dapat polo blog dia sendiri. Biar cukup 1000 polower.

Selesai buat blog 'fake', dia terus tekan 'IKUT' blog dia sendiri. Senyum ikhlas. Bangga. Puas. Sangap. Syahdu. Girang. Dusta. Gersang. Fana dia melihat followernya berangka 1000.

"Blog gua ada 1000 polower bai. Empat angka tuuuu.. Hahaha," ketawa Hakim puas.



Pengajaran: Polower tak capai 1000 tak sedap buat muka kerek ye dak?


SukaNeka:

1. Ingat mahu post, 31hb... tapi nak dapat no 7..hehe. Rose, gua demand ne..haha. Siapa mahu cabar kewibawaan brader leplep... jom join.

2. Hari ini ulang tahun kelahiran member gua, Cidak. Kalau sapa gersang-gersang, klik sini.
Moga Tuhan merahmati beliau. Jangan layan blog unsur lucah sangat..Kui Kui Kui.


Klik sini untuk sertai.


Janjji Cinta (Akhir)


Myra bangun pagi itu. Ada lima mesej dari jejaka itu.

Awak dah tidur? Selamat malam.

Bintang. Awak bintang saya.

Sebanyak bintang di langit. Ada satu bersinar indah. Itu adalah awak.

Pagi esok. Makan pagi.

Selamat belajar pagi nanti.

Myra kesat-kesat matanya sambil menguap.

"Memang orang gila. Main puitis-puitis lagi. Gila," monolog Myra sendiri.

***

Hari ini sudah dua hari 'Orang Gila' itu tak hantar mesej pada Myra. Ada secebis rindu berputik dihatinya. Myra sekarang pantang bunyi nada mesej. Terus berkejar mahu baca. Harap dari OG.

"Mana Orang Gila ni...," mengeluh Myra sakan.

Dia pandang siling. Baring dalam bilik sendiri. Baca balik mesej dari OG. Memang indah bahasanya. Berpuitis. Memberi semangat. Penuh motivasi. Harinya kini kian indah. Umpama ros sedang mekar di taman bunga.

Awak. Buat apa?

Myra secara sepontan hantar mesej pada OG. Sepi. Tiada respon.

***

Hehe. Awak kangen sama saya?

Sender:
OG

Yahuuuuu... Myra melompat sakan. Gembira tak terkata. Senyumnya Tuhan saja tahu. Suka betul bila dapat mesej dari OG.

Pelik, kenapa aku suka dia mesej aku? Bukan aku tak kenal dia? Dia ni perogol ke, jual dadah ke. Tapi kenapa aku rasa dekat saja dengan dia. Rasa kenal dia. Pelbagai soalan menjentik mindanya.

Awak sakit ke? Myra balas mesej pada OG.

Tak lah. Demam je. Tak daya mesej awak. Maaf ye? balas OG balik.

Tak ape. Awak makan la ubat. Sekarang dah ok? Pergi jumpa doktor tak? Lelaki. Sakit tapi tak jumpa doktor. Gagah la konon. Hehe.

Awak la doktor saya. Mahu awak rawat saya. Hehe.

Eh, macam mana awak tahu saya belajar medik?

Hehe. Kan saya kata saya kenal awak. Ok. Awak dah makan?

Dah.

Ok. Saya akan kol awak japg.

Mereka berbalas mesej. Gelak tawa Myra. Masih kedengaran walaupun hanya bermesej.

***

Myra mengimbau memori lama. Kenangan 13 tahun yang lalu dikuak kembali.

"Anuar... awak nak tinggal saya?" sedu tangis Myra kecil.

"Tak. Saya ikut Papa dan Mama saya ke Jepun," balas Anuar berhemah.

"Awak pasti akan lupa saya," keluh Myra.

"Awak kan bintang saya. Mana boleh lupa awak. Jangan la begini. Tak nak sedih" pujuk Anuar.

"I Promise U. Ingat tu," sambung Anuar lagi.

Myra senyum sendiri. Puas. Anuar. Jiran pada zaman kecilnya sudah kembali menunai janjji. Tak sangka dia pegang pada janjjinya. Lepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mereka berpisah.

Anuar berjanjji akan kembali. Menunaikan janjji zaman kanak-kanak. Jadikan Myra sebagai isterinya.

Anuar. Lelaki yang dikenalnya semasa umur lima tahun lagi. Masa itu Myra di taman permainan. Sedang main buaian. Ada budak nakal curi gelang tangan Myra. Anuar lah yang dapatkan balik walaupun kena penumbuk sedas dua.

"Nanti besar, kita kawen ye"

Banyak kali Anuar membisik ucapan ini depannya. Indah. Sungguh bererti. Entah mengapa hati Myra tertutup kemas-kemas untuk jejaka lain. Dia begitu yakin Anuar akan kembali. Dia hanya berkahwin dengan Anuar sahaja. Tak kesah berapa lama dia akan tunggu.

"Nak tahu, saya letak nama kenalan Abang dekat hanset OG," Suara Myra di hujung talian. Selepas tahu perihal jejaka tersebut.

"Apa tu?" bicara Anuar melalu telefon.

"Orang Gila.. haha"

"Awak jahat"

"Abang lagi jahat... mainkan Myra. Hehe"

"Awak lah. Ada ke kata dah tunang. Esok Abang datang rumah ye?"

"Hmm. Esok tak ade kuliah"

"Tahu. Abang dah pergi rumah awak. Jumpa Mama awak. Dah bincang pun pasal pertunangan kita. Mama Abang ada sekali. Hehe"

"Yea? Betul ke?"

"Yelah. Mana leh main-main. Papa masih dekat Jepun. Hari minggu ne balik. Awak ada satu tahun lagi kan? "

"Yeaaaaa. Tak sabar nak habisssss..."

Hati Myra berbunga.

"Kenapa?"

"Nak kawen dengan Abang"

"Gelojoh"

"Biarlah. Abang ajak kahwin dari kecik tu, tak gelojoh?"

"Hehe"

Mereka berbual panjang sampai dua-dua tertidur.


"Terima Kasih Tuhan"

Myra sampai terngigau-ngigau. Hatinya tak sabar menanti esok.


TAMAT.



Janjji Cinta


Abang bangun lambat hari ni. Dalam pukul 8 pagi. Huhu.

Abang tak berapa sihat. Tak biasa suhu Malaysia. Hehe.

Abang rasa nak puasa esok. Jom puasa sama? ;)

Abang nak pergi bandar. Beli mouse baru. Mouse dah rosak :(


Amyra Shamila garu kepala sambil membaca mesej tersebut. Sejak dua hari lalu, mesej dari nombor tak dikenali masuk dalam kotak mesejnya. Pada mulanya Myra langsung tak endahkan. Mungkin silap nombor. Tapi dah dua hari. Rasa macam puaka juga.

Abang dah balik Malaysia.

Mesej tersebut adalah mesej pertama dari nombor tak dikenalinya. Memang tak senang duduk Myra. Risau ada orang mahu berniat jahat padanya.

Hari ini sudah tiga hari mesej daripada orang tak dikenalinya. Myra tulis dekat kenalan telefon bimbitnya dengan nama OG. Singkatan untuk Orang Gila.

Myra sangka orang tak dikenali ialah Razif. Lelaki selalu kacaunya. Syok sendiri. Cinta sejati katanya pada Myra. Sebab Razif ada pergi ke China ikut rombongan kolej.

***

Hari ini hari Isnin. Mula kuliah. Myra nekad. Dalam kuliah nanti, dia mahu telefon nombor tak kenali itu. Mahu buktikan itu adalah Razif.

Tuutt... tuutt.. Myra berdebar menunggu jawapan.

Razif tenang. Bunyi nada dering pun tak kedengaran. Ternyata bukan Razif.

***

Malamnya. Myra mahu mesej dengan orang yang tak dikenalinya. Mahu juga dia tahu gerangan yang selalu kacau harinya.

Haaii. Awak siapa?

Saya Abang Awak. Sepantas kilat orang sana balas.

Terus Myra telefon nombor itu. Tak diangkatnya.

Myra hantar mesej balik.

Eleh. Penakut.

Abang tak sedia lagi. Risau awak tak dapat terima Abang. Awak masih single?

Sudah. Ini lebih menjurus soal hati ni. Memang Myra masih tak berpunya lagi. Tapi dia mahu menduga orang tersebut.

Ye. Dah tunang pun. Hehe. Btw, awak lelaki ke perempuan?

Lelaki.

Awak kenal saya? Saya tak kenal awak pun.

Awak kenal saya. Balas jejaka tersebut.

Terus Myra berfikir siapa gerangan jejaka itu. Fikir punya fikir. Dia tertidur.



Bersambung la pulak...esok ye?


Ceritera 3: Ica Dan Fesbuk



"Abah, nak laptop nak men fesbuk," pinta Ica setelah selesai minum petang.

"Abah duk wat teje ne Sayang. Pinjam laptop mama," gua bagi alasan.

"Abah kedekut macam kuda. Kedut kedut. Yeyy, mama bagi," sambil Ica buat muka.

5 minit kemudian.

"Abah buka fesbuk Abah kejap"

Gua buka dengan malas.

"Ada apa Ica?" laung gua pada Ica yang menirap atas sofa.

"Buka chat bawah tu," balas Ica.

"Dah"

Tak lama kemudian...

Abahh.. Ica chat dekat fesbuk.

Gua tak layan.

"Abah balas la," Ica terpekik

"Yelah.." gua malas-malas.

Gua balas I luv U.

Hehe. Abah ngah wat apa. Ica balas lagi.

Gua tak layan lagi

"Abahhhh. Balas la" jerit Ica.

Grrr..abah duk memasak. Ica?

Ica duk tengok Dora

Gua sambung buat keje.

Mama sihat? Ica chat lagi.


Ada juga pesen macam ni. Kena paksa berbalas chating. Nyesal juga bagi dia ada fesbuk. Myspace ade tak chating-chating bawah gitu? Suruh dia buka Myspace lah nanti. Kui Kui Kui.


SDK#7: Gadis Dada

Dada gadis tersebut macam ini.



Menunggu bas. Memang bosan. Begitulah kami berempat mahu pergi ke kelas Cikgu Kila. Xabi lama. Kena keluar rumah pukul 7 pagi. Bas datang pula tak menentu. Ada gadis cun. Lintas depan kami berempat. Maka;


Prodo: Uissshh... dada cam tu, macam dah tak dara dah.

Hamjah: Tak baik la. Aku Masih Dara. Har Har Har. Eh. Dia Masih Dara.

Gua: Enak betul pagi-pagi buta sarapan macam ni.

Heck: Lapar doe. Jangan sebut sarapan.

Prodo: Betul lah. Macam 'alignment' dada dia dah lari sikit. Dah berapa kali kena ni.

Heck: Subur semacam ja.

Hamjah: Makin mendada dia bila kita asyik pandang. Hati-hati. Depan tu ada lubang. Gua suka tengok awek masuk lubang ni. Har Har Har.

Heck: Shit giler ko Hamjah. Nasib baik tak ada makwe UIA sini.

Prodo: Sah. Dengan ini, gua sahkan. Awek tu dah tak ada dara. Tengok melalui dada pun gua taw la. Dada yang membulat kian meleper.

Heck: Lu jangan buat fitnah. Tak baik.

Gua: Prodo, lu pergi ngorat dia, pastikan dapat. Pastu kawen. Malam pertama nanti beritahu gua. Dara atau tak dia. Kui Kui Kui.

Hamjah dan Heck angkat ibu jari tanda setuju.

Prodo: Malas gua nak menspenderkan diri sendiri.


Tepat pukul 7.30 pagi. Bas nombor 43 datang. Prodo masih berusaha memandang gadis itu dari tingkap bas. Gadis itu kian menjauh.


Hiro&Hakim: Dating


Pagi buta. Dalam pukul 11 pagi, Hakim datang rumah gua.

Hakim: Hiro... Hiro. Hiro babi... Weii... tidur mampus ke? Babiiiiiii...

Gua terus bangun.

Bukan bangun sebab nak tahu apa dia nak, tapi sebab nak bagi kerengga gigit konek dia. Gila apa jerit macam tu depan rumah gua. Gua keluar sambil garu-garu celah kangkang. Berbokser sahaja. Makwe tepi Hakim terliur semacam tengok gua. Urut dada pelan-pelan dia.

Hakim bawa makwe. Cantik. Lebih tepat lagi. Boleh tahan. Pesen pakai baju kurung raya tahun lepas. Hakim pula kacak semacam. Entah dari mana dia kebas baju kemeja Polo.

Hakim: Gua nak pinjam kereta Abah lu. Boleh?

Gua: Xabi. Mentang-mentang la Abah gua pergi Ke-El, berani lu ye?

Hakim: Hehe. Kejap ja. Dua jam.

Gua: Pakai smart-smart tapi dating Kedai ABC Pak Su memang tak stail kan? Ne makwe mana lu cilok ne?

Hakim: Awek gua la ni. Aten nama beliau.

Gua: Itu berbeg sekolah tu?

Hakim: Mak dia hantar pergi tuisyen, gua amik dia datang sini. Mau dating hajat dihati.

Gua: Rosakkan anak orang kau ni.

Hakim: Releks la. SPM lambat lagi.


Sejurus makwe itu cium pipi dan tangan gua, terus gua kasi kunci kereta. Haha. Gua Islam lagi. Tak buat budaya barat walaupun kadang-kadang makan kepci.


Pengajaran: Lu orang jangan la buat perangai semacam. Mak hantar pergi tuisyen tu, jangan la lari dengan pakwe. Okay?

Sangkar Cinta (Bahagian Akhir)


"Huhh!!! Terkejut aku. Kenapa kau tenung aku begitu?" gelabah Zulaika.

"Aku dah 10 minit duk depan kau ni ha. Tunggu kau habis mengelamun. Dah habis?" seloroh Suraya.

"Hehe. Dah. Kau masak apa weih?"

"Ada la... special untuk teman baik aku ni. Jom." ajak Suraya ramah.


Mereka berdua berlalu ke meja makan.

***

"Hey... kenapa ni. Suram saja?" tanya Zahiril.

"Tak ada apa-apa. Kita order makan yep?"

"Ok. Benci sangat awak kat saya ye. Pandang muka saya menyampah dah kan, rasa muka saya kacak lagi ne. hehehe.," Zahiril cuba buat Zulaika ketawa.

"Uhuk... uhukk," Zahiril batuk kecil.

"Tak de la. Penat drive tadi" Zulaika beri alasan.

"Oh. Ok-ok. Bila awak akan berkahwin?" tanya Zahiril.

"Errr. Awak tahu saya bertunang?"

"Haha. Saya tak ada dengan awak, tak semestinya saya tahu kan. Bila?"

"Lagi dua bulan"

"Oh. Bagus lah..."


Lebih kurang sejam berbual panjang. Mereka pun beredar dari Restoren Selera. Tempat biasa mereka jumpa sewaktu bersama dahulu.

Malamnya, Zulaika tak senang duduk. Entah kenapa fikirannya diganggu kata-kata Zahiril petang tadi. Resah. Bersalah. Menyesal. Semua ada.

"Tak kesah la siapa awak pilih. Janjji dia mampu bahagiakan awak. Jaga awak dengan baik. Dengar masalah awak. Hantar awak pergi kerja, suap awak makanan di kala awak sakit. Selimutkan awak malam-malam. Ketuk dahi awak kalau awak malas-malas solat. Sepak montot awak kalau liat bangun Subuh. Hehe. Lagi apa ye. Teman awak tengok Chelsea main, belikan awak piza, aiskrim, coklat, strawberi dan slurpee. Dia tu kena masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Tak boleh tinggal sampah dalam kereta kan?"

Panjang Zahiril bicara. Mungkin kali terakhir.

"Saya tak berharap awak kembali kepada saya. Sebab awak dah jadi tunang orang. Tapi saya nak awak tahu. Saya dah berubah. Dan saya akan balik kampung. Mungkin ini last kita jumpa. Selamat menempuh alam perkahwinan. Dah jadi isteri orang, jangan nakal-nakal. Nah hadiah perkahwinan daripada saya"

Zahiril masih ingat kegemaran Zulaika. Semua pantang Zulaika. Langsung dia tak lupa.

Jiwanya melayang ke sana ke mari. Zahiril. Zahiril. Zahiril saja dalam hatinya. Dia tak mungkin kembali kepada jejaka itu kerna telah mengkhinati cinta mereka. Dia ada nampak Zahiril dengan perempuan lain dekat hospital. Zulaika tak beri Zahiril peluang untuk menjelaskan. Tambahan pula Zahiril terus setuju untuk putuskan hubungan mereka.

Perkenalan dia dengan Halim membawa sinar kembali. Suraya memperkenalkan Halim. Lalu mereka rapat berkawan sehingga Halim jatuh hati.

"Halim," Halim memperkenalkan diri.

"Zulaika. Awak boleh panggil saya Ika," jelas Zulaika.

"Err. Panggil dia Zulek," sampuk Suraya.

"Suraya!" jerkah Zulaika kecil.

"Tak apa. Panggil saja dia Zulek," ujar Suraya.

Suraya sengaja suruh Halim panggil Zulaika dengan panggilan Zulek. Supaya sisa cinta pada Zahiril dihapuskan. Supaya tiada lagi istimewa Zahiril di dalam hati Zulaika.

Pukul empat pagi baru Zulaika dapat lelapkan matanya. Emosi dia begitu kacau.

***

Pagi itu dia terserempak dengan Azman, kawan baik Zahiril.

"Azman kan?" tegur Zulaika.

"Err. Zulaika? Ika?" balas Azman sopan.

"Ye... ye... ye. Saya lah ni. Zahiril mana?"

"Dia balik kampung. Habiskan sisa hidup dia bersama keluarganya"

"Apa awak kata? Dia akan..."

"Ya Ika. Zahiril akan mati. Dia ada penyakit batuk kering. Dah tenat. Tunggu ajal saja. Doktor tak dapat buat apa-apa" ujar Azman.

"Kenapa dia tak beritahu saya?" fikir Zulaika.

"Dia mahu awak bahagia Ika. Dia cukup gembira apabila dengar berita awak sudah bertunang. Barulah dia boleh pergi dengan aman. Dia telah sangkarkan cinta kamu berdua dalam hatinya. Tiada perempuan lain dihati melainkan Zulaika Zainor. Sehingga kini dia cintakan awak. Bukan untuk seketika. Tapi untuk selamanya" terang Azman.

"Awak tahu rumahya?" Zulaika gusar.

"Tak. Kalau saya tahu pun saya tak akan beritahu awak. Dia tak izinkan. Dia nak awak bahagia bukan. Tapi saya beritahu awak sebenar sebab saya tak mahu rasa bersalah," Azman jelas perkara sebenarnya.

"Zahiril!!!!!" jerit Zulaika.

Terus Zulaika memandu keretanya. Dia tahu dia tunang orang. Dia akan kahwin dengan Halim. Tapi buat masa ini, dia akan jaga Zahiril. Dia akan jaga Zahiril seperti Zahiril menjaganya dahulu.

Keretanya menghala ke Kedah. Walaupun dia tak tahu rumahnya. Tapi dia masih ingat alamat rumah Zahiril. Dalam Alor Setar.

"Awak... awak pelangi saya..." terbisik hati kecil Zulaika.

Kereta Zulaika memecut laju.


TAMAT.



Sangkar Cinta (Bahagian 1)


Saya bertuah sebab kita akan berkawen Zulek.

Halim menghantar mesej pada Zulaika Zainor. Ada jiwa kesyukuran di situ. Bertuah sangat Halim. Memang lama dia menanti saat Zulaika bersetuju berkawen dengannya.

Zulaika memandang mesej itu dalam-dalam. Hansetnya dipegang erat-erat. Kepalanya ligat fikir akan keputusannya seminggu yang lalu.

"Awak, bila nak masuk meminang saya?" tanya Zulaika berterus terang.

"Betul ni?" Halim menduga.

"Iya lah dong"

"Ok. Ok. Halim. Tenang. Fuhhh. Tarik nafas dalam-dalam. Hari Ahad nanti okay?"

Zulaika tersenyum ikhlas.


Memori seminggu lalu di sebuah kafe memang tak dapat dilupakannya.

Tapi minggu ini jiwanya kembali meracau. Kepalanya serabut. Anggota badannya hilang fungsi.

Zulek... saya mahu jumpa awak. Please. Kali terakhir.

Mesej daripada Zahiril. Bekas teman lelakinya. Sudah lama Zahiril tidak bertanya khabar. Entah mengapa di saat dia mencapai kebahagiaan dengan Halim, Zahiril muncul kembali.

***

"Kau nak jumpa juga Zahiril tu?" tanya Suraya.

"Mungkin"

"Kau jangan doe. Dia macam nak rampas kebahagiaan kau. Kau dah ada Halim bukan. Dah jadi tunang orang pun"

"Ye. Aku tahu. Tapi keluar makan je. Tak kan tak boleh? Just kawan dengan kawan.
Lagipun aku sudah lupakan dia..."

Zulaika tersentap. Memori dengan Zahiril kembali berlegar dalam benaknya.


"Awak... awak percaya tak pelangi akan muncul kalau kita panggilnya?" tanya Zahiril.

"Hehe. Awak ni. Pelangi kan anugerah selepas hujan. Kesan pembiasan cahaya"

Zulaika memang pelajar pintar.

"Awak ni. Potong stim je. Saya nak beritahu, yang saya mahu jadi pelangi awak. Kalau awak kesepian, kesunyian awak telefon saja saya ye?" terang Zahiril.

Zulaika senyum panjang. Sehingga matanya turut tersenyum.


"Hoooiii... mengelamun nampak" jerkah Suraya.

"Hehe. Tak ada lah," balas Zulaika.

Zahiril hilang dek jerkahan Suraya.

"Aku pergi panaskan lauk kejap. Kau tunggu ye. Nanti kita makan sama-sama"

"Ok," jawab Zulaika ringkas.

Zahiril. Lelaki pertama mencintainya.
Zahiri. Lelaki pertama sanggup naik bas dari Kedah ke Johor untuk berjumpa dengannya.
Zahiril. Lelaki pertama yang menangis dengannya.

Banyak kenangan dengan Zahiril. Dua tahun bukan sekejap. Dia memang tak boleh lupa akan lelaki itu!!!


"Semua kawan awak panggil awak Ika kan?" bicara Zahiril.

"Ye. Napa?" balas Zulaika.

"Ok. Kalau begitu, saya nak panggil awak Zulek"

"Zulek? Peliknya"

"Hehe. Lain dari lain. Saya kan istimewa Saya nak saya sorang saja panggil awak Zulek. Jangan bagi orang lain. Taw?"

"Tak biasa la..." jawab Zulaika masih ragu-ragu.

"Kena biasakan la Puan Zulekkkkk," Sambil Zahiril menarik pipi Zulaika yang mulus.


Bersambung lagi...


Macam biasa. Esok sambungan dan akhir. Hue Hue Hue. Panjang-panjang korang tak baca. Haha.


Anak Dan KLCC


Kelihatan Mak Cik Berbaju Kebaya di pintu masuk KLCC. Senyum manja dia. Riak muka puas dan bangga bersatu.

Mak Cik Berbaju Kebaya sengih-sengih melihat seni bina KLCC. Pandangan meliar masyarakat urban di situ tak di ambil peduli.

"Kagum" itu saja dapat diungkapkan oleh Mak Cik Berbaju Kebaya.

Mana taknya. Heboh video anaknya comolot dengan jantan mana. Riuh satu kampung. Halimah Anak Mak Cik Kiah Gelang la hebohkan. Dengki dengan anak Mak Cik Berbaju Kebaya sejak kecil lagi. Halimah kurang cantik. Berdada kecik. Tak pandai bergaya. Kerja kilang saja. Menginap pula bukannya di Kuala Lumpur.

"Puas hati aku. Padan muka kau. Kau ingat kau sorang pandai comolot? Aku ni. Duduk kampung pun pandai laaa," ketawa Halimah puas.

Mak Cik Berbaju Kebaya masuk dalam KLCC. Seluruh dindingya diketuk. Bunyinya berlainan setiap tingkap. Tangga bergerak dipegangnya bersungguh.

"Mana ketua dekat sini?" tanya Mak Cik Berbaju Kebaya selepas nampak seorang lelaki beruniform kemas.

"Mengapa Mak Cik?" tanya Pak Guard mesra.

"Anak saya. Dia mula nak KLCC. Lepas tu dia nak pakwe dia pulak. Jadinya KLCC ni, emak dia punya la dak? Mak Cik ni emak kandung dia. Mak Cik nak ambil KLCC ni"

Pak Guard terus urut dada pelan-pelan. Mengucap panjang.


Pengajaran: Jangan buat malu keluarga di kampung.


Sembang Engkau (Minggu 1)



Bersama gua, Hiro dalam rancangan terbaru Sembang Engkau. Rancangan Sembang Engkau ini menampilkan temu bual di studio bersama tetamu jemputan gua. Buat minggu pertama Sembang Engkau ini, Gua menjemput Doktor Rohaimey.


Gua: Selamat datang ke Sembang Engkau. Apa khabar Doktor? Sihat?

Doktor: Syukur. Berkat doa pembeli produk saya.

Gua: Doktor... saya tak faham. Mengapa Doktor dapat gelaran Doktor walaupun Doktor hanya pengusaha budu?

Doktor: Oh. Semua orang pelik. Sebenarnya, saya minat dalam bidang pengusaha sejak kecil lagi. Saya sempat menjadi doktor selama 10 tahun. Pakar cinta dua tahun. Single tiga hari dan orang bermuka kacak selama 47 tahun lalu beralih arah dalam mengusaha budu. Saya tak boleh tinggalkan Kelantan lama-lama.

Gua: Begitu. Doktor juga teringin membuat filem juga ye.? Tajuk apa dan bagaimana genrenya?

Doktor: Buat masa ini, tajuknya Mak Limah Makan Budu. Genre Seram Komedi. Semua sudah siap. Tunggu mahu shooting saja.

Gua: Boleh tahan kelakar cerita itu nanti. Apa yang Doktor harapkan pada filem ini nanti?

Doktor: Saya harap, semua penonton filem komedi, seram dan cinta semua tonton filem saya. Semua unsur itu bersatu dalam Mak Limah Makan Budu. Gerenti menghiburkan.

Gua: Begitulah harapnya. Akhir sekali apa nasihat doktor kepada mereka yang pernah gagal dalam hidup? Gagal meraih untung ke.

Doktor: Gagal sekali. Gagal dua kali dan gagal berkali-kali tak bermakna anda tak boleh berjaya. Itu adalah anda belum terbaik lagi. Teruskan berusaha.

Gua: Terima kasih doktor kerana sudi hadir.

Doktor: Sama-sama.

Begitulah. Perjalan seorang Doktor dan Pengusaha budu yang berjaya. Menjadi kacak selama 47 tahun. Amat sukar sekali. Gua baru menjadi kacak selama 21 tahun. Jumpa lagi minggu hadapan. Pada hari yang sama masa yang lain.



7 Perkara Benar Tentang BLOGGER

7 perkara dari pandangan gua.



Mengapa tujuh? Tak sepuluh? Sebab gua anak ke-7. Maka semua tujuh. Huehue.


1. Ramai lagi tak tahu erti butang IKUT atau FOLLOW diwujudkan.

2. Lebih pentingkan jumlah pengikut (follower) berbanding mutu entri.

3. 40 peratus penggemar lagu turut pasang dekat blog dia. Terpaksa pembaca 'mute' speaker.

4. 50 peratus kaki ampu. 'Blog awak best'. 'Blog awak cantik'.

5. 60 peratus tak berani kutuk entri blogger. Puji saja. Kalau entri dia sampah. Cakap saja sampah okay. Baru dia tahu. Dan dapat majukan diri. (Gua sangat berharap orang kutuk hasil penulisan gua. Please. Haha).

6. 40 peratus gemar buat buat entri pasal Nuffnang. Graf tu suma-suma. Dapat check. (Lu sorang je la dapat trafik tinggi gamatnya).

7. Pengikut blog beribu. Maka entri mesti la gempak punya. Ini tidak. Update pasal melawat anak sedara bersunat. Blog pesen ini memang tunggu kena maki dengan gua. Tak berikan yang terbaik untuk pembaca. Xabi. Menyampah.


Pasal peratus tu, gua tipu ja. Haha. Diharap semua kaki blogger dapat sedar. Pembaca ingin terbaik dari kamu semua.

Sekian.


Ceritera 2: Ica dan Dadali


Sejak dua hari ini, gua dapat kesan satu perangai baru Ica.

"Mama nak susu"

"Abah nak hanset. Nak dengar lagu Dadali"

Dua arahan yang padu di beri oleh Ica pada gua dan bini gua. Bahaya juga ya kalau dedahkan lagu cinta-cinta pada anak berusia enam tahun.

Okay. Itu gua tak gusar sangat. Tapi,

"Abah, nanti Abah dapat cuti, kita pergi Indonesia ye? Nak jupe Dadali"


Maunya gua tak kata "Boleh sayang Ica". Nanti dia lari ke Indonesia ikut Herman yang kerja dengan Roznah buat baju macam mana? Gerun juga gua dengar soalan itu. Huehue.


Hiro&Hakim: Gurauan Manja



"Bosan," laung Hakim sambil tutup laptopnya dengan kaki.

Tiba-tiba terdetik dalam hati Hiro ingin mengejek.

"Itulah, layan porno hari-hari. Memang bosan"

Mata dia meliar pandang Hiro. Xabi. Gila. Harem. Segala kata-kata kesat dalam hati Hakim disimpan dalam-dalam. Disalurkan pada urat testis. Rugi layan dengan orang sedang bercinta. Semua indah. Semua nak pegang. Semua nak rasa. Banyak juga Hakim bermonolog dalaman.

Hakim tetiba tersengih. Nafsu jahat dia makin ganas. Dia ada 'plan' baik punya. Hakim melihat Hiro dengan penuh harapan. Penuh nafsu amarah. Urat testis dia makin mengendur. Nafsu nak buang anak jahat terpaksa 'postpone'.

Terus Hakim buka laptop dia balik. Buka Windows Movie Maker pelan-pelan. Sambil-sambil itu, dia pura-pura melayan fesbuk. Layan awek berdada pink. LIKE apa yang patut.

"Xabi juga Dr Rohaimey ni ya? Ramai juga Like Fan Page dia"

Hiro tak layan. Sengih-sengih membalas mesej makwe. Dulu kata dengan Rokiah Anak Pak Mansur. Lepas itu, Maznah Putih, Fauziah L. Diana Diani dan Paremisha. Dasar buaya. Tak cukup satu. Dasar keparat. Dasar playboy. Dasar binatang. Semua dasar tersembur dalam hatinya. Malah Dasar Hak Kebebasan Tidak Bercoli pun timbul.

Petang tadi elok saja mereka layan Spangebob bersama. Tengok Teletubis The Movie lagi. Berblog bersama-sama. 'Follow' sana sini blog makwe cun. Kritik makwe berdada kecik. Malamnya mula lah tunjuk ego masing-masing.

"Siap kau" dendam Hakim kian memuncak.

Hehehe. Hehe. Haha. Adoii. Haha. Hiro saja mendengus manja. Tanda bahagia. Itu baru sedang berbalas mesej. Mahu saja Hakim nak meniru suara 'star porno' pujaannya. Sudah sebati dalam urat testisnya.

"Xabi, ko nak dah tengok yang kapel comolot dekat Pavi kan? Ni ada kat Youtube, kapel itu kantoi dalam rumah sewa. Baru lagi" ujar Hakim tiba-tiba.

"Mana-mana," Hiro menerjah laju.

"Nah. Aku dah 'download'. Ko bukak lah" balas Hakim.


Anda sudah saksikan Aksi Anak Muda Malaysia?
Mari kita ikuti sambungannya.

Hanset 3310 dipegang Hiro kian lemah dalam dakapan tangannya. Jatuh ke lantai. Tak terusik. Hakim terus berlalu pergi ke dapur.

Han. Jangan Han. Han. An An An. Tottemo daisuki Doraemon.

Lagu Doraemon berkumandang.

"MATI KAU AKIMMMMMMMMM!!!"

Hakim edit: "Anda sudah saksikan Aksi Anak Muda Malaysia? Mari kita ikuti sambungannya, episod kapel comolot dan tambah lagu Doremon. Bijak bukan?



SukaNeka: Entri selepas ini gua buat H&H saja ye?


Hati Cinta (Akhir)


Esok gua ada perlawanan bola. Biasa dia akan datang bagi sokongan. Tapi gua tak pasti dia datang atau tidak.

Akhirnya selepas berjuang habis-habisan, pasukan gua menang. Menang bergaya. 3-0. Gua dapat jaringkan satu gol. Dan gol yang lain teman sepasukan. Gua tercari-cari isteri gua.

"Ah. Mengapa selalu aku fikir pasal dia. Biasa dia ada depan mata aku tak peduli pun. Dia balik rumah mama mungkin," gua bermonolog kecil.

Memang sah dia tak datang. Biasanya dia akan menerpa memeluk gua walaupun asyik larang. Gua berpeluh. Tapi dia tak kesah langsung. Terus gua meraba-raba kunci kereta dalam beg galas Adidas hadiah daripada Hani.

Sambil leka gua mencari anak kunci dan lintas jalan, ada lori menuju laju ke arah gua. Gua tak sempat buat apa-apa.

Bummmm... dentuman kuat kedengaran.

***

"Syukurlah Abang dah sedar"

Suara itu seakan gua kenal. Itu suara adik perempuan gua. Tapi bukan suara itu gua cari.

"Ada nampak Kak Hani?" Gua cuba bersuara.

"Ada. Tuuu..." jari telunjuk Aryani lurus pada hati gua.

Gila berdebar gua ketika itu. Jangan kata Hani korbankan hidup dia semata-mata mahu gua hidup. Gua tak senang duduk. Gua rasa mahu melaung sekuat hati gua.

"HANI!!!!!!"

Suara lelaki gua terjah juga.

"HANIIIIIIII... maafkan Abang" gua menangis tak ingat dunia. Gua peluk dada gua erat-erat.

"Hani. Hani... " menyesal tak sudah gua. Banyak dosa gua pada dia.

"Abang..."

Suara kecil dari arah pintu. Seorang perempuan berbaju kurung kuning senyum pada gua. Matanya seakan bengkak tanda menangis malam.

"Sayang..." gua bingkas bangun. Mahu peluk dia sepuas-puasnya.

Hani terlebih dahulu memeluk gua. Wayar entah apa yang membantut pergerakan lincah gua seperti di padang.

"Jangan tinggal Abang..." bisik gua kecil ke arah telinga kanannya.

Dalam hati Tuhan saja tahu. Bersyukur. Terharu. Gembira. Berdebar. Sakit. Geram pada adik gua bercampur aduk.

Gua dibenarkan pulang setelah dua minggu dibawah jagaan rapi doktor. Rupanya begini, Hani telah siap terlantar di katil bedah. Mahu bagi hati dia pada gua. Walaupun dia tahu tindakan dia ini boleh membawa maut. Doktor tidak benarkan. Tapi dia tetap berkeras.

Apa gunanya dia hidup jika 'cahaya' dia sudah tiada. 10 minit sebelum pembedahan pertukaran hati, ada Pak Cik Polis yang telah meninggal dunia. Mati ketika bertugas. Mangsa peluru sesat perompak bank. Terkena kepala Pak Cik Polis itu. Lantas doktor membuat keputusan untuk guna hati Pak Cik Polis bukannya hati Hani.

Hani yang baru sedar daripada bius juga tak sabar-sabar mahu melihat keadaan gua.

***

Abang mencari tempat berteduh di kala hujan walaupun Abang sudah punya payung.

Abang mencari duit berjuta walaupun Abang sudah punya emas.

Abang mencari 'Honey' walaupun Abang sudah punya Hani.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke II.

Salam Sayang,
Suamimu.
Arsyad Aziz.


2112. 1 pagi.

Gua tinggalkan kad sempena ulangtahun kami yang ke-dua di atas meja makan. Beserta cincin berlian dengan bunga ros 21 kuntum. Hari jadinya dan hari perkahwinan kami serentak. Gua harap bila dia bangun pagi esok dia suka.

TAMAT.