Banglo Putih Atas Bukit

Nampak ja begini, kat bawah ada lagi 9 tingkat.



Lepas penat main badminton malam-malam, gua dengan Mat Nor singgah sekejap di sebuah warung di tepi jalan. Memang ketika itu sejuk embun memaksa gua dan Mat Nor berhenti sekejap pekene teh tarik. Tak dapat teh tarik, fresh oren panas kira bersyukur di kala itu. Kira pinguin dan beruang kutub pun menyerah diri dengan suhu yang sejuk malam itu.

Gua pesan milo panas. Teh tarik dah hilang tah ke mana. Mat Nor pula memesan nescafe tarik lagi panas. Meja depan gua ada tiga orang pemuda sedang rancak berbual. Asyik tunjuk-tunjuk banglo putih atas bukit berhampiran warung ini. Topik perbualan menarik minat gua untuk pasang telinga.

"Ko tahu, rumah banglo putih tu...baik ko jangan dekat...Orang kata umah tu keras..." brader pakai baju oren asyik bercerita.

"Aku tengok pun memang keras semacam... anjing hitam ada dalam tu. Orang pernah nampak rumah itu hilang. Kejap ada. Kejap tak da. Macam Oreo", brader pakai jersey Chelsea mencelah.

"Yea..yea.." balas kawan mereka yang berbadan besar. Muka dah cuak gila. Harapkan rambut panjang. Nampak rock tapi penakut.

"Macam Chipsmore la...sampuk gua dalam hati.

Gua berkira-kira. Malam ini malam Selasa. Biasa dalam TV, malam Khamis bahaya. Lagipun gua ada Mat Nor. Waris Haji Wardikar Superjo. Kacukan Jawa Terengganu. Keturunan berani dan panas baran. Motor pun baru servis. Peristiwa motor tak boleh hidup tengah jalan memang tak akan berlaku.

Gua tengok Mat Nor asyik berbalas mesej. Dari tadi duk layan makwe tak kenal muka. Sofea namanya. Pemuda bertiga meja depan gua beredar setelah brader yang berbadan besar berpeluh semacam.

"Der...lu nampak banglo putih atas bukit tu?" Jom usha nak?", bisik gua pada Mat Nor. Ternampak pula Mat Nor sedang taip mesej,Honey...u so sweet.

"Lu jangan wat gila malam-malam ne. Mau ada yang kejor malam-malam ne, naya.. Gua dah la kekurangan tenaga. Mau pukul 3 petang esok baru bangun", tolak Mat Nor.

"Pehh..sejak bila lu penakot ne..jom la..kejap je...nak tahu apa ada ja..please..please..please...Mat Nor jangan takut. Kita pergi sebentar bukan tuk kacau..."gua cuba pujuk Mat Nor.

"Jom lah..lu kalu dah buat keputusan. Pendekar Pergu Vijaya pun terpaksa ikut. Tapi lu belanja gua minum ne. Hahaha", balas Mat Nor sambil senyum lepas taip mesej.

Lampu dari banglo itu agak kelam. Sedikit sahaja cahaja dibias dari dalam. Penggunaan lilin berleluasa. Gua rasa pemilik rumah ini mahu jimatkan kos letrik. Halaman rumah agak terurus. Mungkin dapat aspirasi dari "FarmVille". Mata Mat Nor ke sana ke mari memandang dan bersiap apa sahaja yang berlaku. Sunyi dan sepi.

Gua melangkah masuk. Mat Nor turut. Pintu pagar tak kunci. Terbuka luas. Rezeki pencuri mungkin pagi buta nanti.

"Dah la..tak ada apa. Mungkin warga emas tinggal di sini..." suara Mat nor dalam dengar tak dengar.

Gua nampak sorang mamat India datang hampiri gua kami. Tinggi dan hitam. Dada gua berdebar kencang. Mat Nor pun kecut perut. Dada gua macam askar Russia dah tak ada. Gua teringat mak dan abah gua. Mat Nor mungkin teringat mesej Sofea tak balas lagi.

"Apa kabar elincik? Selamat datang ke Banglo Putih Berhantu... mari masuk dalam mahu tengok lagi...", warga India bercakap Melayu.

"Pehh..debor aku..hang ne manusia?" tanya Mat Nor.

"Mesti la elincik..saya manusia itu macam..ini rumah saya punya.. punya buat rumah hantu-hantu lah", terang brader India.

"Oh..tak apa la.. kami tengok-tengok saja. Ok..lain kali ye", balas gua sambil tarik tangan Mat Nor.

"Elencik mahu keluar..kena bayar....masuk percuma..keluar kena bayar itu macam elencik..Lima ringgit saja", brader India ini bicara dengan muka senyum. Tak macam Rosyam Nor senyum.

Hampeh...sepuluh ringgit gua melayang. Mat Nor sengih-sengih. Gua rasa mahu terajang saja papan tanda rumah banglo itu.


"BANGLO PUTIH BERHANTU"

DI BUKA 24 JAM.
7 KALI SEMINGGU.
MASUK PERCUMA.

KELUAR BERBAYAR.


MURAH...MURAH...MURAH LAGI CHEAPER.

RM3-KANAK-KANAK
RM5- DEWASA.


Bawah tu tulisan India. Celake. Gua tak reti baca.

"Esok datang lagi elincik", laung mamat India sambil bilang duit.

Gua memecut laju. Harap ada asap keluar dari eksoz motor. Biar mamat tu makan asap motor Mat Nor.




Anjakan Paradigma

Kadang-kadang beger resepi rahsia buat dalam 'air-con' tak se-kick beger resepi biasa brader tepi jalan.

Abang Samad dan Abang Usop memang di label kaki lepak kampung. Pak
Haji Nazrul Oji memang selalu lepak dengan mereka sebelum pergi ke masjid. Bukan lepak kosong, lepak mahu mengajak mereka solat berjemaah sama. Bukan jauh sangat dari tempat lepak mereka dari masjid. 25 kali kayuh rakit buluh saja. Tapi mereka tak biasa.

"Ada molek semoleknyo kito pakat maye sekali ne Mad, Sop", ajak Pak Haji Nazrul yang pekat loghat Kelantan.

"G la dulu Pok Aji, ambo nok g amik kain pelikat", balas Samad cuba berloghat Kelantan dan cuba mengelak.

Begitulah seharian hidup mereka. Melepak dari pagi. Tengahari balik makan. Tidur. Petang sambung balik. Time waktu petang itu kadang kala gua turut serta juga. Rugi wooiii tak lepak kat situ waktu petang. Makwe kilang balik kerja ketika itu.

Lepak kat situ ketika hujan lagi seronok. Sebab tempat lepak mereka adalah hentian bas. Bas kilang bawa makwe memang berhenti betul-betul dekat situ. Hari hujan macam bonus pada mereka. Makwe pakai baju kurung memang akan angkat sikit kain mereka. Tak kasi kena air hujan, tapi kasi abang Samad dan abang Usop layan betis mereka. Kui Kui Kui.

Hujung bulan lepas, gua lepak dengan brader-brader itu.
"Bang, sedap ke duk lepak sini? Tak penat ke asyik petik gitar kapak tu?", sindir gua dalam-dalam.

"Enko tak tahu...lepak kat sini best", dapat layan minah motor dari kampung seberang", laung abang Samad.

"Pehh.. dari duk sini... baik berniaga bang... dapat juga hasil..." gua bagi cadangan.

"Kami pun memang dari dulu mahu niaga... tapi kami bukan keturunan niaga... Nak sebut nombor dalam Omputih pun tak reti. Mana tahu time niaga tu, makwe omputih mai beli kat kedai kami...kah kah kah", balas abang Usop, nampak satu batang gigi depan dia patah.

"Hehehe...niaga la dekat
pasar malam dulu. Kecil-kecilan dulu", gua cuba beri idea sebernas mungkin berkat belajar kitab akal tunjang.

Abang Usop dan Abang Samad berpandangan. Pandangan mesra. Abang Samad senyum kambing. Abang Usop balas. Abang Usop kenyit mata. Gua tak sanggup lihat lagi agenda romantik mereka. Loya semacam. Gua mula beristigfar panjang. Kot mereka ajak gua main mata sama.


"Kami bersetuju...", laung mereka berdua.
"Terima kasih der", pekik abang Usop, suara macam hon lori pecah. "Esok hari rabu kan? Boleh lah niaga esok... gua beri cadangan lagi sambil petik gitar abang Usop. Dia pernah bagitahu pada gua. Gitar ini brader Amy Search pernah guna.


***


Esoknya... Petang rabu. Burung-burung pulang ke sarang masing-masing. Kelihatan burung gagak sahaja masih mengorat si janda tong sampah. Makwe-makwe, kanak-kanak, ibu-ibu, ayah-ayah dan pasangan hangat bercinta berduyun-duyun pergi ke pasar malam hujung kampung. Tapi tak kelihatan pula ikan duyung singgah kat pasar malam ini. Gua rasa mereka ada pasar malam mereka sendiri. Gua jeling kat pasangan sedang bercinta itu.

"Hek eleh...apa kelas dating kat pasar malam? Dating dekat pasar tani lagi elok. Dapat beli bunga pada makwe", gua cakap sorang-sorang. Mat Nor senyap sahaja dari tadi. Mamai tidur petang tak hilang lagi. Mungkin.

Gua guna motor Mat Nor ke pasar malam. Gua bawa. Mat Nor jadi pembonceng. Agak senonoh sikit jika gua bawa motor. Jika Mat Nor bawa, dia akan 'Wheelie' dari rumah dia sampai pasar malam. Tak bagus bagi budak pelapis samseng kampung tengok.

Sejam berkucar-kacir dalam pasar malam itu buat gua bosan. Semua makwe kat sini gua dah penat tatap. Mat Nor dah dapat dua nombor telefon makwe. Anak kepada pak cik jual tiub motor dan makwe jual air 'coconut shake'. Tetapi Abang Samad dan Abang Usop masih tidak kelihatan. Gua gusar mereka masih di takuk lama. Isu melepak di kalangan pemuda amat membimbangkan gua di kala ini. Tenaga muda membazir begitu sahaja. Kui Kui Kui.

Gua mahu kemukakan isu ini kepada Sameon Sengeh sebagai Ketua Pemuda
Kampung.

Bersambung....

Makwe Mengadu

Makan dengan berhemah, anda mampu melakukannya.



Petang itu, gua bersiar-siar petang sorang-sorang. Memerhati kaler baju dalam makwe yang berbaju nipis bukan la hobi tetap gua, ketika bulan mengambang ataupun baru balik dari mendaki gunung daik bersama Berd dan Frodo baru rasa nak buat hobi tu. Itu pun jika termakan pujuk rayu mereka berdua.

Di benak gua tiada lain, dapat tolong makwe baru balik kilang bawa plastik Mydin kira bagus dah. Mereka baru dapat gaji. Bilang Mat Nor. Untung-untung dapat minuman Vitagen pemberian cik-cik gadis, lagi untung jika dipelawa balik ke rumah jumpa mak ayah terus. Kui Kui Kui.

Mata gua tetiba tertarik pada seorang gadis sedang melepak dekat Warung Pak Mail Perak. Macam magnet tertarik pada besi, kuprum, emas mahupun tembaga, kaki gua melangkah sendiri masuk ke warung. Kemas dan bergaya. Itu gua dapat simpulkan. Jika Hasbullah Awang membuat simpulan pula, mesti dia cakap bergaya, mutu dan keunggulan budaya kita. Dada gua sebijik macam dada tentera Russia. Mantap. Angin pun tak mampu menolak gua kebelakang ketika itu.

Gua usha dari jauh, dia main-main sahaja makanan di depan matanya. Makwe 'free hair' sekali sekala memang 'taste' gua mahu dekat. Gua terus duduk tepi makwe itu. Rambut hitam bersinar tambah karat oren sedikit menambah lagi kecantikannya. Muka gila nature. Siri National Geography episod "Nature" gua dah tak mahu ingat. Mahu sembang juga dengannya.

Emah Sherry. Nama tidak asing lagi di kampung atuk gua. Majlis perkahwinan tidak begitu meriah jika suara Emah Sherry tak kedengaran. Artis undangan begitu popular mengalahkan brader pencak silat. Nampak saja gua duduk depan dia, terus dia cuba menyembunyi muka toye dia pada gua.

"Kenapa monyok je Sherry?" sapa gua mesra.

"Eh..mana ada. Aku biasa ja. 'Cool' je", balas Sherry sambil makan balik nasi goreng kampung.

"Aku taw la..ko ade masalah. Kita kan kenal lama. Cerita je. Aku dari jauh datang semata-mata nak dengar masalah ko", pujuk gua.

"Ok..ok... sebenarnyaaa... aku baru balik dari K.L. Tengok konsert AF. Kalau aku berjaya dalam kelayakan memang aku dah ada dalam AF8 sekarang. Sedih aku", getus hatinya sedikit berduka.

Dalam hati gua memang terasa ada sesuatu suruh gelakkan makwe tu. Tapi tengok dia serius sedih, gua tahan. Mungkin kalau tak dapat tahan juga, gua tunggu daun jatuh baru lepas gelak. Nanti bagi alasan gelakkan daun sebab jatuh dari pokok. Gua rasa kalu dia ada dalam AF8, memang Warung Pak Mail Perak jadi 'port' orang kampung lepak malam minggu. Ustaz Sapawi mungkin menggeleng kepala sebab kuliah dekat masjid makin kurang sambutan.

Lama gua berfikir, akhirnya...

"Jom gua belanja hang makan, bagi hilang ketensenan kt stesen otak hang", gua cuba berbahasa Utara. Promosi bercuti ke Kedah.

"Ye ke? baiknya hang pada cheq... hilang tensen cheq...nak tambah air milo ais dengan burger king dua dengan moyonis lebih. Emmm...Nasi lemak pagi tadi macam elok lagi...cheq tolong habiskan tiga bungkus ne ye. Tak lupa juga pizza mini air tangan Pak Mail. Panas gak petang-petang ne... air kelapa jelly pun best, hang nak satu?", sangat lancar Sherry membalas.

Tahu la taraf makwe bersaiz XXL tapi macam seminggu tak makan je. Makan untuk bayi dalam perut pe? Mogok makan tak dapat masuk AF ke? Enot tak mencekik cam dia... Gua bermonolog dalaman.

Gua terkesima sebentar. Gua rasa dalam dompet gua ada Ringgit Malaysia Lima sahaja. Itu pun duit adik gua kirim suruh beli 'Top Up'. Mati guaaaaa...

Ringgit Malaysia Sembilan

Brader ini tak semantap dalam filem Gladiator.



Malam minggu lepas, gua lepak dengan member kolej gua. Geng Mat Brutal sibuk semacam. Mat Nor memang susah nak balas mesej gua, jika gua tak 'share' seringgit dua kredit. Mat Pih lagi la. Sibuk 'berkuch-kuch hota hai' dengan makwe dia. Gua bermata kuyu pun mahu keluar lagi. Tapi tak mengapa. Demi semangat 'kememberan'. Balik nanti gua tidur tak ingat makan.


Rancangan asal mahu main gasing, batu seremban, congkak dan permainan tradisional yang lain. Tapi disebabkan dekat pusat membeli-belah tak menawarkan permainan itu terpaksa ditukar kepada tengok wayang dan berkaraoke.

Bab berkaraoke gua memang lemah semacam. Gua tak turut serta. Sebab mata gua tak berapa boleh bukak waktu itu, nanti tak baca dengan betul lirik kat bawah tu. Kui Kui Kui.


Mahu tengok filem dengan mata kuyu memang cabaran terbesar buat gua. Cerita "Robin Hood" menjadi pilihan semua member gua. Member gua time tu ada 16 orang semuanya. Antaranya, Mat Goyang, Mijah Jepun, Misz Ishika Asyik, Eijat Travolta Sudey, dan lain-lain. Banyak nak tulis nama 16 orang tu.

'Dressing' gua kali ini sempoi sahaja, tak mahu bagi makwe kaunter GSC bagi gua tiket percuma. Nanti dengki pula member gua yang lain. Lagi teruk jika makwe kaunter itu tutup kaunter tiket, mahu tengok cerita sama dengan gua. Tak ke rugi tokey GSC? Kui Kui Kui.

Pehh... penyaman udara memang 'kick' semacam. Sedap pula udara menghela muka gua. Gua tak boleh tidur. Rugi tak tengok cerita ini. Gua tengok sorang member gua duduk barisan depan dah tidur. Baru 20 minit cerita. Seorang kecundang. Sejam seterusnya, semua member gua duduk barisan depan dah tidur.

Gua mula mengangguk faham cerita ini, jalan cerita yang 'slow' memang sebijik seperti lagu etnik kreatif nyanyian Noraniza Idris. Akhirnya gua tertidur.

"Wooii...Woiii...bangun, citer dah abis... tidor je..." pekik Fatman Fati.

Mata gua berkaca berlian. Rugi duit gua RM 9. Beli tiket untuk tidur dalam panggung wayang. Rupanya semua member gua 16 orang tidur daaa.. ada yang tidur-tidur ayam, tidur di bawah pokok cemara, tidur rock ringan-ringan, tidur Indie, tidur Isabella, tidur pakai buang dan tidur jaguh dengkur.




SukaNeka:
21 Mei ini, hari jadi gua... syukur-syukur.
Terima kasih semua sudi melepak dekat belog gua.
Makasih...kui kui kui.. tetiba nak touching lak..

Isteri Idaman

Kalu ikutkan hati, memang gua nak kawen muda. Kui Kui Kui.



Hari minggu ini, gua dapat melepak bersama geng Mat Brutal. Budak muka ada parut,budak rambut pacak kuning dan budak tiga line bersua muka. Sama-sama brutal bersatu menambahkan lagi kegerunan mak cik jual kerepek nak masuk dekat ketika nak makan nanti.

Selepas kenyang mencekik makanan kegemaran masing-masing, budak muka ada parut, Mat Nor ajak bual kosong. Gua dah la pekene roti canai kosong dan air kosong, memang otak gua pada masa itu kosong kecuali nak bagi pelempang jenis maruku perisa strawberi. Ejek gua pe. Gua dah la tengah pokai sampai nak masuk tandas awam pun gua masuk ikut tingkap belakang.

Tapi tak mengapa, tajuk bincang petang itu sangat berilmiah berbanding tajuk tempat jual baju bandle yang paling murah atau bertukar-tukar makwe jumpa dalam fesbuk. Mat Nor tanya kat gua.

"Lu bro, ciri makwe camne jadi tarikan, nak buat bini?", soal Mat Nor sambil jentik telinga budak tiga line.

"Pehh... gua malas la nak cakap sal makwe. Tanye Mat Pih dulu", Si Budak Tiga Line.

" Hahaha... Mat Nor nak kawen ke? Sampai seru? Anak dara Pak Ku Baharom pun tak dapat lagi nombor telefon die...hahaaha", perli Mat Pih.

"Hehehe... Kalu gua, mesti la pilih muka yang cantik punye, kalu boleh yang makwe dalam Miss Malaysia yang dapat masuk suku akhir pun takpe", Budak rambut pacak kuning bersuara selepas rokok jenama murah lekat dekat mulut dia.

"Perasan...muka cam rumah tak siap. Ada hati nak makwe misskol", balas Mat Nor.

"Gua nak cari makwe yang sedap mata memandang, sedap lagi bahu membawa beg galas dia nanti dan dapat terima keluarga gua seadanya. Kalu dapat cikgu yang ajar Bahasa Inggeris, memang gua tangkap cintan habis, senang time gua nak baca New Strait Time nanti. Kui Kui Kui", gua jawab dengan menggunakan akal tunjang. Biasa jawab tak pernah tepat dengan soalan.

"Amboi...amboi..amboiiii...nanti lu tengok EPL tak la mengangga sebab tak faham ye dak?", perli Mat Nor kat gua.

"Lu asyik duk tanya orang je. Lu pulak ciri idaman wanita yang boleh mengetuk pintu hati lu?", tanya gua kat Mat Nor. Gua sedikit berpuitis.

"Gua suruh mak gua cari ja", ringkas saja balasnya.

Tersembur air kosong dari mulut gua kena muka Mat Nor, Mat Pih tetiba sawan dan budak rambut pacak kuning tetiba pitam.



Gua Pergi Berakit Seminggu

Mula-mula berakit, lepas itu baru Cruise, ye dak?



Pagi itu, dalam pukul 9 pagi, ada panggilan masuk. Arggghh..kenapa tiap gua nak manjakan diri ada saja yang menganggu, time main game, time nak mengusha betis makwe, time nak dapat nombor makwe kilang. Gua lemah la begini.

"Kenapa dunia ini kejaaaaaaammmm", laung gua sesorang.

Time mak gua suruh beli gula, tak ada pula mahu mengacau. Kui Kui Kui Kui. Gua nekad. Jika nama terpampar kat skrin telefon bimbit gua nama makwe, gua jawab. Jika tidak. "I'm Sorry". Hampeh. Nombor tak dikenali. Hehe..kena jawab ne. Mungkin makwe baru. Kui Kui Kui.

"Assalamualaikum", jawab gua memulakan bicara.

"Wasalam, emmm... muka awak ne hensem kan?", balas suara di sana.

"Yea", jawab gua tanpa ragu-ragu.

"Ok. Kami sedang mencari peserta berakit ne, dekat Sungai Pahang, seminggu, berminat tak?", suara itu bertanya.

"Ermm..boleh juga. Percuma ke?", tanya gua cepat-cepat untuk habiskan bicara secepat mungkin.

"Di jamin percuma. Free of charge, dapat baju pula", balas orang di sana.

"Ok. Berminat", balas orang di sini, gua la tu.

" Ok. Terima Kasih. Nanti mesej nama penuh, no matrik, I.C dan falkulti", balasnya dengan ramah.

"Baiklah", terus gua letak.

Sapa lu orang ingat? Makwe? Bukan..Pak Cik Kerani kolej gua mungkin. Tetiba gua sebak. Teringat Halim Ayam. Sampai bila dia tak boleh sertai program macam ni jika paras di titik beratkan. Biarlah. Mungkin mereka perlu orang yang hensem sahaja. Kui Kui Kui.

Kenalah gua buka balik kitab yang di hadiahkan oleh Tarzan kepada gua. Kebanyakan 'skill' yang diajarnya gua sudah lupa. Lompat pokok ke pokok, menjinakkan harimau, menangkap kelawar semua gua lupa. Yang gua masih ingat nak kupas kulit pisang yang ada tiga bahagian. Gua sambung tidur balik lepas set jam pukul 3 petang.


SukaNeka:
Gua tak ada seminggu. Kalau rindu nak baca entri gua, baca yang ada berkali-kali, rindu jugak=hafal, rindu sampai tak boleh tidur=baca dari bawah ke atas. Kui Kui Kui. Bancian jangan lupa tau.

Makan Malam Di Warung Pak Mail Perak

Yang ini saja tak ada lagi di Warung Pak Mail Perak.



Malam itu, gua tak berapa selera makan dekat rumah. Tak tahu kenapa. Masakan mak gua malam itu sangat mantap sedapnya. Tapi perut gua rasa tak berapa nak masuk. Puas gua memujuk perut dengan mendendangkan lagu etnik kreatif ciptaan gua sendiri. Biasa perut gua mengamuk sakan bila dengar lagu-lagu etnik kreatif ni.

Untuk tidak melukakan hati mak gua. Gua makan sikit untuk ambil hati mak gua. Malam itu, gua makan agak stailo. Duduk beradab atas kerusi dan makan guna sudu. Entah kenapa gua buang tabiat, biasa makan depan TV dengan tangan saja. Mungkin sebab mahu tunjuk buku rekod prestasi pada abah gua subuh nanti. Kui Kui Kui.

Pehh. Pukul 11 malam perut gua mula lapar. Lauk makan malam dah habis. Terpaksa la gua keluar merayau-rayau cari makan. Gua buat-buat berani merempit ke rumah Mat Nor, mahu ajak teman gua makan dekat Warung Pak Mail Perak. Dia 'ON' saja. Baru nak ugut tak mahu bagi nombor Ecah, anak Pak Cik Dollah tadi.

Sepuluh minit dari rumah Mat Nor, dah sampai di Warung Pak Mail Perak. Walaupun berstatus warung tapi kebersihan kelas A. Itu gua suka. Murah pun murah.

"Nak Tom Yam Kuah X, dengan Ayam Kentaki Set A", gua membuat pesanan sejurus makwe yang tak berapa gua kenal datang dekat gua.

" Eiiiiii..please la..muka I ne, muka makwe waitress ke?", jerit makwe yang agak berumur tetapi masih berada dalam kelompok makwe cun kelas bintang hatiku.

"Hahahaha", Mat Nor gelak sakan.

"Erkkk..tak eh?, Maappp..I tak tahu U. U pun pegang kertas tu.", gua ber I dan ber U secara tiba-tiba.

"Tolonglah..I ne nak buat bancian, tak de masa nak keje kat warung kecik ne taw!!", ujar makwe yang pakai kot hitam malam-malam.

"Ok...apa bancian nya?", Mat Nor cuba masuk line.

"Saudara dan saudari, I sedang buat bancian makanan yang di sukai pada waktu malam, bos I yang suruh k", balas makwe itu sambil menunding kat gua guna pen.

Cilakak...dia kata saudara sambil tunjuk pada Mat Nor, tapi kata saudari lantas tunjuk dekat gua. Darah tentera darat gua memuncak. Mahu juga nak baling sudu yang dah lama gua asah guna garfu. Nasib baik cikgu Sejarah gua sempat masuk bab kesabaran punca kejayaan Parameswara.

"Saya suka makan makanan panas, contohnya nasi goreng cam gitu lah", Mat Nor membalas sesuai dengan soalan.

Mat Nor memang layan habis makwe tu.

"Cik pula?", tanya makwe itu pada gua.

Ermm..erkkk..emmmm..yanggg..sukaa..saya tak berapa suka makan malam", balas gua, cuba bagi fakta salah.

"No no no...bagi saja. Menu. Lauk apa", makwe itu potong cakap gua, sambil dia goyang pen itu kiri dan kanan.

"Ok. Saya suka makan makanan yang di masak oleh emak saya pada waktu malam", jawab gua dengan penuh yakin.

Dammmmmm... bunyi pintu kereta Honda Civic ditutup kuat. Gua tengok jam pukul 12 tengah malam, mungkin dah habis waktu kerja dia. Mat Nor melopong tak sempat minta nombor telefon.

Tapi gua rasa dia marah dekat gua. Gua jawab apa yang gua rasa. Ikhlas dan jujur serta percaya diri sendiri bersatu.

Pawang Kampung

Semua pawang di Malaysia berbangga jika anak didik mereka ialah brader ini.



Dekat hujung kampung atuk gua, ada sorang pawang, juga di panggil bomoh. Memang tersohor di pelusuk kampung dan peringkat negeri. Peringkat dunia tak berapa nak popular sebab dia tak pandai cakap English jika nak hantar pertandingan. Gua pun tak pasti warganegara pawang ini. Sekali gua lawat semasa nak bagi juadah berbuka puasa, dia cakap.

"Baik molek sedaro maro kito, ore mace ne meme kawe suko la", kata pawang ini sambil mencekik walaupun lagi sejam nak berbuka.

Adakalanya time gua ditugaskan untuk ajak pawang ini solat hajat kat rumah Pak Cik Aiman Ganu, dia cakap Kedah dengan gua.

"Satna..pak cik ada kerja sikit. Satgi pak cik mai", cakap pawang itu kepada gua sambil tekun makan sireh.

Gua pening juga. Ada sekali dia pernah cakap bahasa Siam, Perancis, Portugal, Afrika Selatan dan Itali. Pergh, gua pun tak pandai cakap bahasa banyak. Ke sebab pawang ini sudah demam piala dunia, jadi dia belajar bahasa pasukan kegemaran dia. Tapi yang pelik, dia tak layan ESPN, main bola kat padang pun tak pernah. Muskil-muskil.

Tapi tak pernah pula pawang ini cakap dalam bahasa English. Gua rasa dia anti-barat. Dasar pandang ke timur, selatan dan utara di tanam kemas-kemas dalam hati.

Sekali sekala seronok juga lepak dekat rumah dia. Dengar dia bercerita pasal pengalaman dia. Gua pergi sorang? Gila lu. Siang-siang pun gua tak berani pergi sorang-sorang. Gua tarik Budak muka ada parut la.

Banyak juga pengalaman yang dia kongsi bersama. Tak lokek juga. Mungkin sebab nak balas jasa gua sebab tak bagi tahu orang kampung yang dia tak pergi solat Jumaat lima kali berturut-turut.

Gua pun ragu-ragu juga tentang agama di pegang pawang ini. Orang kampung ada bercerita, pawang ini pandai tangkap makluk halus, puteri-puteri kayangan,makwe-makwe tak berapa baik dan makwe tak berapa nak cantik. Memang kerjaya di geruni dan di hormati budak darjah kelas dua.

Petang itu gua dan Budak muka ada parut, Mat Nor. Nekad. Mahu belajar buat itu semua.

"Ate...kome sume minat nak tangkap makhlus halus?", bicara pawang ini dalam bahasa Perak palsu.

"Yea..."jawab Mat Nor. Gua hanya mengangguk.

"Baiklah. Dengan ini. Kamu semua, mesti mengambil beberapa ujian", berbahasa baku pula pawang ini.

"Apa dia?", jawab gua dengan muka teruja. Mat Nor pula sedang main-main daun sireh.

Pawang itu berfikir-fikir. Memang bergaya time itu. Jika pekene kot hitam, baju kemeja lengan panjang selak dalam dan bertali leher, memang ada rupa ahli parlimen. Cilakak Mat Nor, dia sedang sapu jem strawberry pada roti Gardenia, laju pula mencekik. Tak minta pula tu.

"Ok, pembantu i cakap, u all ne dari key el eh?", agak bersopan santun dan bermak nyah. Hayunan tangan begitu lemah gemalai.

"Aippp aipp", spontan dari Mat Nor dengan mulut makan roti Gardenia.

"Ok..ini ujiannya", bicara pawang itu dengan muka serius. Sangat serius.

Sekeliling jadi lain, sunyi sepi. Mat Nor telan terus saki baki roti yang ada. Hati gua berombak kencang.




Bersambung...


SukaNeka:
Peh..bersambung la pulak, kui kui ku
i.

Gua Versi Kapel

Dalam hati ada taman macam ini ke?



Petang itu selepas tamat kelas tambahan, saya terus berlari anak ke kafe. Dari jauh saya terpandang seorang gadis. Kulit muka yang putih lagi mulus, pipi sedikit gebu dan badan yang sangat menawan. Nampak saja kelibat saya, gadis itu terus tersenyum riang.

Saya duduk berdepan dengan dia sambil lap peluh di dahi. Dia membalas dengan membetulkan tudung sisi dan tiup tudung atas. Saya tengok memang itu tabiat dia dari dulu. Zaman sedang mengusha hingga zaman mengorat.Time zaman berYM tak pasti pula. Saya mulakan perbualan.

"Lama tunggu?", sapa saya mesra sambil memicit telefon bimbit, ada makwe salah hantar mesej. Mesej bertaip I LOVE U. Saya bosan dah. Selalu begini. Terus saya padam.

"Tak la.. 10 minit je", balas dia ramah lagi sopan.

"Maaf", saya rasa turut rasa bersalah.

"Tak pe", dia balas dengan senyuman manis. Pipi gebu bertambah jelas.

"Petang ne nak keluar mana?", tanya saya dengan nada yang lemah lembut, ikut nada lemah lembut si dia.

"Nak...nak...nak lumba lari berpagar dengan awak", dia gurau senda sambil ketawa kecil-kecil resam padi.

"Hehe..awak ne, bergurau pula", dia tak tahu yang dada saya sudah berombak kencang. Kalu betul betul dia ajak, memang kalah saya. Dah dia memang main olahraga untuk negeri dia. Mampus saya di tinggalkan. Saya tercari-cari alasan nak tolak pelawaannya.

"Haha, awak ne, tak la...tengok saya 'dressing' cantik-cantik ne. Tak nak berpeluh. Bucuk", balasnya sambil menaip mesej pada seseorang.

Fuhh..sungguh lega. Kali terakhir berdebar macam ini sejak Cikgu Musa, cikgu matematik saya suruh jawab soalan kat depan. Dah la tak pandai. Bilangan makwe dalam kelas banyak daripada lelaki pula tuh. Boleh jatuh mendadak saham. Kui Kui Kui.

"Ok lah awak, Shamsuri dah ada depan tu, saya pergi dulu ya", kata-katanya menghampus lamunan saya.

"Oh..ok..jaga diri. Kirim salam pada Sham", balas gua sambil angkat tangan pada Sham dalam kereta Wira warna kelabu.

Sham 'steady' ja dalam kereta dengan berkaca mata hitam.

Cilakak, makwe gua duk lama syok sudah dapat pada Sham. Member yang aktif juga mendaki gunung macam gua.
Tambahan: gua terpaksa guna ganti diri saya untuk entru (entri baru) kali ini. Memang lepas ne gua tak tulis saya dah. Serius gua kena kutuk dengan geng Mat Brutal, Abang Amy Search, Tok Guru Ramli Sarip, Jaafar Onn dan Nabila Huda.
Versi asal, bertajuk Gua Terlepas Cinta. Kui Kui Kui.