Keharmonian Keluarga



Gua perati orang dulu dulu kes penceraian memang kurang. Kisah keluarga pecah belah memang tipis. Padahal ada yang nikoh dengan pilihan keluarga ye dak? 

Satu ni gua perasan Abah dan Mak gua. Kalau sorang marah-marah, sorang kool. Kalau sorang membebel. Sorang senyak dan mengangguk je. Bahagia bukan? 

Contohnya macam ni;

Si suami keluar melepak bersama kawan menonton perlawanan bola. Lepas tu balik rumah.

Isteri: Laaa... balik awak rupanya, ingat nak tidur dekat kedai mamak tu.

Suami: Sayang... walau Abang pergi mendaki gunung Everest, mencari tenuk, mendulang emas, membaiki enjin bot sekalipun... Abang tetap akan balik juga dekat rumah kita ni. Sebab apa? sebab ada Sayang..taw?

Tak ke tersengih bini kita nanti? Entah-entah bini lu orang tarik tangan masuk bilik. Dia tidak tidur lagi sebab nak lu orang la tu. Jangan risau, kalau lu tak ada deria kelakar sekalipun. Lu boleh kabor "saya dah mengantuk, nak marah simpan esok leh". 

Apa lah, janji tak tengking, tak marah bini balik. Nanti kita balas pula bila sampai waktu nya, contoh bini kita sedang membeli belah, berjam-jam lamanya:

Suami: Laaa... awak ada bawa bantal? membeli belah serupa nak tidur sini je malam ni.

Isteri: Yelaa... balik la ni. Nak pergi cari coli baru kejak.



Tapi kalau marah lawan dengan marah. Jawabnya makin panas lah. 

Isteri: Laaa..balik awak rupanya, ingat nak tidur dekat kedai mamak tu.

Suami: Balik balik dah memekak. Eyhh..rimas lah! Kalau macam ni baik tak payah balik. 

*suasana tegang*

Suami: Laaa... awak ada bawa bantal? membeli belah serupa nak tidur sini je malam ni.

Isteri: Awak tu berjam-jam lepak dengan member tak pe pulakkkk..teman saya sekejak pun membebel. Huhh!

*suasana tegang lagi*

Jadi, sama-samalah kawal bengang atau marah tu. Dua dua nak marah, habis sapa nak pujuk? Kucing? Anak kunci? Cerek? Apron? 



________________________




Entri berbaur kehormonian keluarga yek? Biarlah, member gua dah besar-besar tu. Dah nak masuk alam perkahwinan dah dua tiga tahun lagi. Jadi apa salahnya bersedia yek? Kakaka. 


Okay, secara ringkasnya... di kala pasangan kita marah, kita jangan jadi batu api. jadi batu air, batu tanah gua tak pasti boleh ke tak. tapi molek jadi batu loncatan untuk dia kasi dia reda. kbai.


Genetik



Dalam dingin kesejukkan petang, gua melemparkan pandangan ke arah sebuah tadika yang tersergam indah. Diluarnya penuh dengan warna warni. Alatan permainan seperti jongkang-jongkit dan buaian basah dek titisan hujan daripada pagi tadi.

"Lambatnya Ica keluor tadika hari ini. Ini malas datang awal ni. Tapi datang lewat tak sempat nengok Cikgu Zulaikha pulek.. hehehe...," gelak gua sendirian.

Bila Ica tengok gua dari jauh, terus dia berlari. Astaga, kalah ratu pecut Malaysia nampak gayanya.

Sampai je dekat gua, terus dia berkata;

"Abah... abah... nak eskerim.nak eskerim,"

"Hujan kan ni..karang sejuk pulak esofagus Ica tu"

"Nak... nak eskerim..."

"Hujan-hujan mana sedak makan eskerim. Hujan sedak makan pisang goreng la Ca..." pujuk gua ramah.

"Nak jugak... nakkkkkk...nak.." Ica buat-buat menangis.

"Haaa... yelah... jom"

"Yeyyyy..." lompat-lompat dia dalam kereta.


***


7 tahun yang lalu.

"Ni, Abang beg ni... suka kaler merah. Tapi kaler kelabu lawa gak"

"Haa... ni beg ni nak letak landak ke kancil? kan dah banyak beg Sayang dekat rumah tu.."

"Nak jugak. Nak jugak... kalau Abang tak beli... Abang tak sayang bini. Wekkk."

"Haa... yelah..."

"Yeyyyyy..."

Air mata gua mencurah laju mengenang dua puteri dalam hidup gua. Genetik bini gua banyak pengaruhi sikap Ica. Keras kepala dan degil tapi lembut hatinya. Kakaka. Rupanya lepas kawen baru lah terbukti peribahasa "Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasik" ni rupanya...




Sarapan Sayang





"Sayang, bangun... dah Subuh ni.."

Bini gua yang masih tidur nyenyak itu gua belai pelan-pelan rambutnya. Masih hitam pekat. Tanda-tanda penuaan masih tiada. Maklumlah, dua tahun muda dari gua. Bergetah lagi orang kabor.

"Abang..."

Pehhh... dah goyang iman gua bila dengar suara dia bangun tidur. Kalu dia mintak beli tanah dekat Kota Keriangan Genting Highland waktu ni, gua sanggup pergi culik Zeti Aziz si gabenor bank negara tu. Lepas tu mintak wang tebusan 5 juta. 1 juta kasi ke anak yatim. 1 juta kasi ke pasukan Kelantan. 1 juta kasi ke Zeti Aziz dan 2 juta beli tanah di Genting Highland. Pelaburan yang begitu bijak kan? Kakaka.

Berbalik pada cerita tadi;

"Ye Sayang... nape?"

"Tak larat masak bekfes la pagi ni... Sayang buat biasa-biasa je boleh? roti cicah milo? okay?"

"Okay dah tu Sayang... cedapp canad-canad dah tu"

"Emm..."

Matanya tutup kembali. Lantas berkata;

"Abang... lagi lima minit kejut Sayang... Abang pergi mandi dulu..."

Gua fikir sejenak. Emmm... semalam mana ada buat apa-apa. Mana ada mesra-mesra. Ke ada masa gua mamai. Lain lah kalau gua kacau dia secara tak sedar dek medula oblongata gua ni.

"Okay Yang," terus gua selimutkan dia lalu capai tuala.


***


Tengah sedak mandi air bersuhu sejuk, hati gua terdetik. Oh... hari ni ulang tahun perkahwinan kami rupanya. Lantas gua mahu buat 'seprise' ke dia. Untung-untung malam ni gua dapat habuan. Tapi rasanya dia piyed. Kakaka. Terus gua mandi cepat-cepat. Lepas solat Subuh, terus gua ke dapur.

Hari ni gua nak buat sarapan untuk bini gua. Bersusah payah jugeklah gua menceburi kejuruteraan memasak ni. Menu hari ni, omelet, roti bakar, buah anggur, roti canai segera dan air limau segar.

Gua karang sedikit ucapan berbunyi "Setahun Bersama Mu Sangat Bermakna Bagiku".

Lantas gua angkat sarapan ke bilik.

"Sayang bangun..." kata gua ketika siap 'seting' sarapan atas katil.

"Tadddaaaa... epi eniveseri!!! Abang buat bekfes sempena ulang tahun perkahwinan kita. Hehe... harap Sayang suka,"

"Abang!" dari muka mamai terus dia senyum tak terhingga. 

"Hehehehe..." gelak gua bersahaja.



***


"Emmm... dah pagi... " getus gua dalam hati.

Perut lapar kemain, tapi malas nak buat sarapan... macam mana ni? Emm... sambung tidur je lah... makan tengahari nanti. 

Nanti lepas nikoh ingat gua rajin sangat ke nak buat bekfes untuk bini? kakakaka.





Tahun Baru Saya



Tajuk: Segmen Mari Berazam. Tahun 2011 membawa seribu harapan dan cabaran, mulakan dengan azam baru. Jom ceritakan azam awak semua =)


1) Sila letak Header AKAL TUNJANG BLOG


Dah abang hiro!




2) Apakah azam awak tahun baru?

Azam aque? Azam  aque  nak berusaha jadi teman wanita yang terbaik untuk si dia~~ngee~~ selalu disisinya~~ngee~~selalu mencintainya~~ngee~~ akan selalu menyayanginya ~~ngee~~ akan setia kepadanya~~ngee~~  

3) Apakah aktiviti malam tahun baru kalian? 

Seperti tahun lepas, aque keluar dengan  balak  aque. ~~ngee~~  Pergi tengok mercun~~ngee~~ lepas tu makan-makan~~ngee~~  balak aque kata malam ni aque cantik sangat~~ngee~~  aque tak macam pasangan lain yang sewa hotel tu~~ngee~~   balak  aque baik~~ngee~~  balak  aque sayang aque~~ngee~~ pukul 2 pagi,  balak  aque hantar aque ke rumah dengan selamatnya~~ngee~~  

4) Ucapan tahun baru?

Tahun lepas ramai owg kaco balak aque. Ajak kawan la, ajak kapel la... Aque paling benci kalau ade owg yg add BALAK aque !! pantang nenek moyang aque dewr owg add balak aque...asal nak add balak aque? nak try? sampai aque nuck clash nun balak aque...aque pown x thu lorh ape yg koe nak....mcm lawh x de jantan laen yg koe bleyh try..nie balak aque jugak yg koe nak try...jadi ucapan aque tahun nie, jangan kacau BALAK aque okay!



luv U Bie

___________________________________________________________


Hal engko dengan pakwe engko tu gua tak kisah la. Itu hal engko dengan Tuhan nak setel macam mana. Tapi dalam azam engko tu tak ada selit pasal nak sayang mak bapak engko ke, nak jadi anak baik ke, nak masuk dapur lebih lama dari main fesbuk ke?  Hado?

Grrrr... abang marah ni... marah ni? Garang tak?



Kakakaka..