Pergi Ke Kedai


   
   Aku ingat lagi masa aku darjah enam. Pukul 11 pagi dah serupa pukul satu petang... panas kemain. Bulan puasa yang mencabar bagi seorang remaja yang kacak dan maskulin macam aku ni.

Cuaca panas sehingga ada burung murai datang mintak air sejuk rumah aku. Belalang pulak berlumba-lumba nak masuk dalam peti sejuk rumah aku. Haaa... boleh bayang dia punya panas? Boleh?

Tengah sedap-sedap aku tidur, mak aku kejutkan aku suruh beli kunyit, santan dan garam. Nak buat gulai kancil katanya. Tengah malas-malas nak bangun aku layan jugek cakap mak aku tu. Sapa tak sayang mak iye dok? Lagipun masa tu, aku baru pandai bawak motor... spirit nak bawak motor tu tinggilah.  

Masa tu kat kampung aku ada satu kedai runcit. 100 meter saja dengan rumah. Nak jadikan cerita, mesin kelapa kat kedai yang dekat tu rosak. Terpaksa lah aku pergi ke kedai runcit yang jauhnya dua kilometer.

Tak jadi masalah lah sebab aku naik motor abah aku. Pulas je kuat-kuat handle minyak terus sampai. Budak kampung, umur sepuluh tahun ke, sebelas ke dah pandai bawak motor... ada umur lapan tahun dah pandai merempit.

Sikit je nak sampai kat kedai tu, motor abah aku habis minyak. Segala kata cacian yang engkau berikan... minyak motorku kosong... kosong ooo. Amboi, ter-Najwa Latif la pulak. Berbalik pada cerita aku tadi, aku parkir motor aku dekat kedai tu. Maka, terpaksa lah aku menapak dua kilometer balik ke rumah.

"Aaaaaaaahhhh... lega," kata aku selepas teguk jus epal berkali-kali. Habis duit mak aku kirim tadi, aku beli jus epal bersaiz besar. Santan, kunyit dan garam aku tak beli.

Gila enko nak jalan dua kilometer dengan cuaca panas tak minum air? Biawak pun berkira-kira nak melintas jalan inikan pula manusia nak jalan kaki dua kilometer.

Aku terus teguk-teguk jus epal itu, sambil melangkah dan terus melangkah. Tengah sedap meneguk jus epal, ada dua orang makwe naik motor lintasi aku. Aku sempat melontarkan senyuman madu pada mereka. Lantas mereka berbisik sesama mereka. Ngumpat aku tak puasa lettew. 

Tapi ada aku kesah? Berat tahu keputusan aku nak ambil masa tu. Sama ada nak beli barang mak aku kirim atau jus epal.



Salam Romadhon





Ehemmm...aku up satu entri menandakan aku masih hidup lagi. Aku sibuk mendalami ilmu agama untuk mencapai ustak 1Malaysia pada tahun 2015. Sebenarnya aku bangun tidur, fikir nak update... lepas tu member ajak lepak. Aku pun pergi melepak sampai ke petang. Keesokkan harinya aku buat benda yang sama. Begitulah ceritanya.


Selamat menyambut Ramadhan untuk semua pembaca blog gua. Yang tak reti-reti nak setat puasa tu, ingatlah, walaupun hidup seribu tahun kalu tak puasa, apa gunanya. Oklah aku pergi bukak tudung saji kejak. Nak bagi kucing aku makan ikan lauk sahur tadi.


Pasal nak jadi ustak tu, enkorang jangan percaya sangat. Kehkeh.


Kalu aku larat lagi, aku update lagi... ini pun aku suruh hantu raya aku taipkan... aku kabor je ke dia melalui hantaran separa Instagram melalui medula oblongata aku ni. Setelah aku pujuk nak kasi nasi lauk zirafah percik baru nak dia taip. Pesen memilih la hantu raya sekarang yek? Saranan aku..jangan la bela hantu raya ni. Menyusahkan!


Ok bye!

Bicara Tentang Kpop


Bosannya tiap keluor bandor orang kabor muka gua sama dengan muka dia ni... emmm.




Tengah sedak layan nasi berlauk ikan masak kicap untuk makan malam, saya tersedak selepas mendapat satu mesej. Lantas saya berhenti makan. Tanpa menghiraukan basuh tangan, terus saya mencapai kunci kereta lalu bergegas menuju ke tempat yang nak saya tuju. Sempat juga saya lap tangan saya dekat langsir rumah. Esok pagi mak saya basuh. Pagi hari Jumaat sebulan sekali memang mak saya basuh langsir ni. Alang-alang tu baik kotorkan. 

Sampai di tempat yang tertera dalam mesej, terus saya duduk bertentangan dengan seorang gadis. Lantas dia mulakan bicara.

"Kenapa yek ramai orang tak suka Kpop?," tanyanya pendek.

Saya terdiam. Saya hairan. Wajahnya saya tenung lama. Tergoda jugek tengok bulu mata dia lentik semacam. 

Bayangan fatamorgana saya berkecai bila dia sekali lagi tanya soalan sama.

"Heyyy... kenapa orang tak suka Kpop?," kali ini suara dia sedikit meninggi.

Dalam hati saya semasa dalam kereta tadi tiada lain dah. Dia nak ajak kapel atau kawan dia yang nama Sofea itu nak ajak dating. Lalu saya jawab soalan dia dengan ramah untuk tenangkan jiwanya seakan kacau.

"Entahlah awak... mungkin lagu dia susah nak faham ataupun mereka ini tak suka ikut saranan bekas PM kita iaitu dasar pandang ke timur...," terang saya ringkas dan caring.

"Bencilah..." jawab dia sepatah.

"Emm... budak minat Kpop ni yang obsesnya budak sekolah. Baru nak tumbuh bulu. Coli saiz 28 Cup A. Pantang di cuit sikit, mula lah nak mencarut, marah marah... berontak sana sini...," mata saya sedikit meliar untuk tahu saiz coli si dia. Ternyata saiz coli dia 34 Cup B. Begitu cekap analisa saya dan sungguh power analisa saya ini diakui rakan taulan.

"Hurmmm..." jawab dia sepatah lagi.

"Awak tahu kan malam ni Jumaat. Malam ni biasa orang mengaji ke, baca Yassin ke, baca tazkirah ke..." kata saya lembut.

"Tahulah..." jawab dia sepatah lagi sekali.

"Habis yang awak bantai pasang lagu Kpop kuat-kuat tu kenapa? Lepas tu lari dari rumah ni ikut budaya apa pulak? Budaya Kpop? Bukan... ini bukan budaya Kpop ni Adila woiii... ini budaya orang minat sinetron lah!!," saya bernada tegas sambil mencalit sos cili dekat dahi dia.

"Hehehe...," gelak dia kecil.

***
30 minit yang lalu.

Hiro, saya ada dekat mekdi 24jam ni... lari dari rumah.. mak marah saya pasang lagu kpop kuat-kuat... :(

Sender:
Adila Kpop.

***


"Dah, lepas makan mekdi ni saya hantar awak balik. Tak payah ngada nak lari rumah. Karang saya tampor karang mula lah kabor saya suka buli golongan yang lemah," tegas saya lagi lalu menampakkan ciri-ciri lelaki diimpikan oleh wanita berdada mantap.

"Yelahhh... tadi ingat nak tidur hotel. Lepas tu duit ada RM50 je... hehe...", kata Adila lalu suap kentang ke mulut saya

Suasana menjadi meriah kembali dan ada makwe di meja hadapan seakan cemburu pada Adila kerana mereka sangka saya pakwe Adila. Kakaka.

______________________________



Itulah anak muda sekarang, pantang ditegur sikit mula lah nak melenting. Lari dari rumah contohnya. Kalu lari rumah cakak kat gua tak pe. Ini lari rumah ikut pakwe. Lepas tu, pakwe bawa ke rumah sewa dia mula lah nak menyesal.

Fikir dulu nak buat menda. Kalu tak boleh fikir, buntu, mati akal, otak serabut, akal merusuh tak nak bekerja, tak tahu nak tanya sapa, awak  tanya je sama pokok. Kakaka.





SukaNeka: Dialog adalah pentipu. Kahkah!