Aku, Dia dan Shawl

Hati mesti tenang macam ini, jika mahu mengayat makwe.



Seminggu sebelum gua masuk kolej, member gua yang perempuan mesej gua.

Ko balik kolej bila?

Terus gua check kredit. Kalau ada kredit atas RM2 gua balas. Jika tidak, gua tak balas. Gua dah buat janjji dengan hati gua. Kena simpan kredit sekurang-kurangnya RM2. Bukan apa, senang gua nak tanya khabar mak gua bila duk jauh nanti. Lagi pula, gua ingat pesan member gua, 'Carilah makwe yang berdada macam nasi lemak berharga RM2. Subur'.

Gua balas dengan agak mantap setelah fikir malas nak mencarut.

Bila ko datang bulan, aku gerak lah.

Agak celake tak? Itu memang habis sopan dah gua rasa. Biasanya,

Jika badanmu mahukan pelukan hangatku, serulah namaku. Akan ku berada dibilikmu. Moga-moga rindumu padaku dilepaskan menggunakan saluran laluan yang betul.

Bodoh. Balasnya manja. Gua tahu. Bodoh tu memang untuk orang hensem dan kacak sahaja. Sebab:

Si A: Bodohlah... muka hensem... tapi muka makwe macam celaka. Tak sesuai kan nyah.

Si B: Bodohlahh... kenapa kena makwe tu pilih budak tu. Apa kurangnya aku. Hensem apa aku ne.

Gua senyum melirik saja. Rindu juga gua kepada makwe kelas gua itu. Suka sangat gua sakat dia.

Lantas gua mahu pujuk balik.

Oit ganster. Sori2... ko pergi bila kolej? Ne mesti mau suruh aku beli pape ne. Cepat cakap. Dengan aku pun mau malu ka?

Lama juga dia mahu balas. Sempat jugalah jika gua tolong mak gua di dapur. Potong cili, buang insang ikan dan makan kuih semalam. Keh Keh.

Mesej masuk tiba-tiba.

Belikan orang shawl bleh?? ;)

Cesss... gua dah agak. Memang tiap buka semester baru. Ada saja dia suruh gua belikan. Kalau beli jersey tak apa lagi. Tahulah gua tinggal dekat tinggal dengan Thailand, shawl pun mesti murah. Jersi Malaysia pun keluaran Thailand.

Gua balas Ok. Gua tak peduli sangat. Gua layan ja. Mana tahu nanti dekat-dekat nak masuk kolej dia mesej.

Belikan orang coli ada bendera Spain ya?

Untung-untung gua dapat tahu saiz coli dia pakai. Haha. Kena la gua bawa adik gua yang perempuan pergi beli shawl tu. Pehh. Gua nak sebut pun lidah gua menggeliat semacam. Nama tudung mahu otai-otai je. Ada tak nama Tudung Muslimah? Kalau tak ada, memang gua nak reka tudung gitu. Nak sebut pun senang. Boleh mintak tolong brader Mus May promotkan Tudung Muslimah tu. Kui Kui Kui.



Kawen Muda

Semua ibu bapa mahukan anak mereka sihat dan comel macam budak ne. Ye dak?




Hari minggu itu, gua dah janjji dengan bini gua pergi beli barang dapur. Beras dah hampir habis. Nak beli makanan arnab juga. Anak gua pula merengek mahu beli buku mewarna baru. Tak habis-habis duk mewarna. Gua ingat mahu lukis gambar pokok dan awan pastu bagi dia kaler saja. Jimat pun jimat. Lukisan gua puas hati juga bila tengok dari jauh.

Gua ingat mahu beli CD game. Pehh. Perangai masa belajar dulu masih belum gua lupakan. Bezanya, dulu pinjam CD member dan download secara haram. Sekarang beli sendiri. Siap beli yang original lagi. Kalau masuk kedai CD, mungkin anak gua nak beli katun kegemaran dia juga. Cerita Barbie. Suka sangat dia.

Entah mengapa sampai saja pusat membeli belah, anak gua tak mahu jalan sendiri. Mahu gua dukung dia pula. Nasib baik comel. Hati gua terus setuju. Anak derrr... sapa tak sayang. Penat buat tu. Kui Kui Kui. Minggu depan ulang tahun kelahiran bini gua, gua ingat mahu hadiahkan coli pink. Asyik hadiahkan barang kemas saja. Kadang-kadang kena hadiakan barang 'exotic' juga.

Gua dukung anak gua dengan pimpin tangan bini gua sekali. Sweet tak? Ada makwe sekolah menengah usha gua semacam. Gua rasa dia nak laki dia buat begitu juga nanti. Pengaruh novel Alaf 21 betul budak pompuan zaman sekarang. Baru nak tumbuh bulu dah gian nak kapel. Cess. Baik tambah ilmu di dada seiring pertumbuhan besaran dada.

Oh. Romantik sungguh. Mungkin makwe tu berkata dalam hati. Gua tak kesah. Gua dah sah jadi ayah dan suami. Jadi pegang-pegang tangan memang patut pun. Menambah kebahagian dalam keluarga. Ye dak?

Rasanya. Cukup setakat itulah gua mengelamun. Kad undangan perkahwinan gua tutup kemas-kemas. Wangi sampulnya. Kawan gua kawen hari raya ketiga nanti. Seronok betul. Muda-muda dah kawen. Belum umur 25 tahun mungkin dah dapat anak. Jeles betul gua.




Kekasih Gelapmu

Dekatkan diri dengan masjid, pasti imanmu akan kukuh- Abah gua.




Tengah malam itu, kelibat sebuah kereta kancil berwarna coklat. 'Parking' betul-betul bawah pokok rendang. Bayu malam memang mengasyikkan. Gelora nafsu sama tinggi dengan gelora ombak laut. Jauh daripada pandangan orang ramai. Sudut tundukan dari burung hantu pun nipis. Kedengaran suara manja sepasang kekasih dalam kereta kecil itu. Samar tapi jelas.


Mat Ate: I Love U.

Gadis Buah: I Love U juga.

Mat Ate: Cantik baju Sayang. Rambut baru potong eh?

Gadis Buah: Emm. Petang tadi pergi salon dengan rumet.

Mat Ate: Ayang, Abang nak Ayang. Boleh?

Gadis Buah: Ne Ayang ada ne. Nak apa lagi?

Mat Ate: Alaaa. Cayang ne. Nak manja-manja lah.

Gadis Buah: Tak nak la Abang. Takut. Nanti Papa marah.

Mat Ate: Baby... kejap ja. Tak ada apa-apa. Ayang cayang Abang tak? Fine.

Gadis Buah: Cayang laaa. Nanti kalau apa-apa berlaku kat Ayang, Abang jangan lari taw. Kita sama-sama hadapi?

Mat Ate: Ok. Abang janjji. Lagipun ada kan sekolah hamil. Jadi Ayang masuk sekolah tu kalau termengandung. Papa tak akan tahu. Ne sayang Sayang ne.

Gadis Buah: Hee. Okies. Sayang Abang juga.

Burung hantu terbang meninggalkan kereta kancil itu.



Foreplay didahulukan, bahagian bawah diutamakan. Cilakak. Gua ada baca ada sekolah hamil bakal didirikan. Gua rasa nanti dekat fesbuk bahagian info, dekat 'Education' ada Sekolah Hamil. Pehh. Mantap. Gua tak berapa nak sokong, yakin kah boleh banteras masalah pembuangan bayi?

Kalau ramai masuk sekolah hamil, sekolah tamil sapa nak masuk? Sapa mahu kawan dengan Deva? Vijay? Muttu? Sigg? Deusdu? Faridku? Gua begitu serius dalam bab ne. Fine. Gua mahu turut sertai rondaan tengah malam cegah maksiat dekat kolej gua jika ada program macam itu.

Gua rasa media cetak mainkan peranan penting untuk menyumbangkan statistik pembuangan bayi. Mana taknya, muka depan tajuk nak lucah je. Gilos. Baca tajuk pun dah boleh mesej makwe suruh hantar gambar pakai coli saja. Memang merosakan akhlak. Kira boleh henti langgan majalah Playboy jika beli surat khabar tempatan kini.

Perlu ke tajuk muka depan panas-panas? Artis-artis? Filem dari barat? Pasal artis cerai? Pasal artis ada video porno guna hanset murah? menteri buat perangai macam siot? Tapi kalu buat pasal Tok Haji Ikram ada lima orang anak hafiz Al-Quran, pasal Akademi Al-Quran tak laku pula surat khabar dia orang. Ye dak? Agak ilmiah juga entri gua kali ini ya. Hehe.