Satu Satu Satu Satu. Semua dalam dunia ini mahu nombor satu. Dapat nombor satu dalam kelas, gaji satu juta seminggu mahupun kekal sebagai jadi isteri yang satu.
Mari kita buka lembaran baru pada tahun ini. Lembaran yang penuh bermakna. Okay Okay. Kejap lah. Gua baru nak tulis berilmiah ni. Tapi tak boleh. Haha. Berbalik kepada diri gua.
Selamat Berblog pada remaja lepasan SPM tu, harap-harap lepas tiga bulan 'follower' mau 2000 lebih, baru leh buat muka kerek walaupun kebanyakan entri dipetik daripada Metro ataupun Kosmo.
Satu je gua pesan,
Apa salahnya jika ber-BW tu, kita kenal blogger itu sendiri. Dekati sebagai kawan. Jangan semata-mata 'folo'. Ini akan bagi kesan jika blogger akan ingat kita walaupun kita lama tak lawat blog dia.
Lagi satu,
Tak payah la taruk widget banyak-banyak. Berat taw. Mahu dapat Anugerah Widget terbanyak ke apa?
Dan lagi satu,
Kalau asyik update entri sama dekat Utusan tu, lama-lama pembaca bosan juga. Tak payah jadi blogger la, jadi wartawan okay?
Tambah lagi satu,
Buat la lesen keta ke, lesen keretapi, lesan kapal selam ke, belajar jadi penjaga gol ke. Jangan bazir masa tiga bulan ni.
Oh. Lupa nak beritahu satu ni,
Esok gua balik Pahang. Syukur dapat sambung belajar lagi. Nanti lu dapat result SPM tu, datang la belajar dekat kolej gua.
Tapi kena pegang pada satu ni,
Jujurlah semasa berblog, jangan curi entri orang banyak sangat. Tak baik.
Copp. Satu yang terakhir.
Kenapa gua cakap pasal polo molo ni? Sebab teringat gua baru beli bokser Polo dan dapat perfume Polo hadiah daripada..... nanti lah gua cerita. Kui Kui Kui.