Makwe Berjersi Jerman

Jerman main menarik. Malaysia bila lagi?


"Wah... wah... selera sungguh korang makan ye", kata gua memecahkan keheningan bunyi mulut sedang menguyah laju.

"Ye lah..makanan free katakan. Rugi oii.."sampuk Syakirah, member kuliah gua.

"Makan-makan juga, air mana ne.. nanti tercekikkk", kata Hamizah dengan mulut penuh dengan nasi.

"Aahkan. Lama pulak Si Fati amik air. Tadi nampak macam macho sangat nak amik air tuk kita", gua sedikit guna gear marah.

"Ehhh..korang, nampak tak makwe pakai jersi Jerman tu?" bicara Fati dengan membawa air sirap.

"Yang mana dong?" tanya Syakirah.

"Alahh..yang duk hujung meja sana tuu.." balas Fati sambil tunjuk ke arah makwe berjersi Jerman itu.

"Oh... yang itu. Kenapa dengan dia? Terpikat? Pergilah ngejas, lagi pun dia duk sorang tu.." Hamizah memberi saranan.

"Kalu lu ada halkum, pergi lah. Duk usha saja buat apa. Dapat tahu nama pun jadi lah", gua sedikit menghasut Fati.

"Ahh... malas gua, ada ke datang kenduri kawen pakai jersi Jerman. Aku pelik la. Lagipun aku tak pernah nampak pun dia. Kawan Linda ke kawan suami dia.

Lagu renjis-renjis berkumandang. Semua member gua mengangguk tanda setuju. Gua rasa makwe pakai jersi Jerman sangat minat pada pasukan Jerman. Mungkin sebab semalam ada perlawanan Jerman dengan Australia. Jerman menang 4-0.
Sampai tak mahu buka jersi tanda gembira. Inilah akibat majlis perkahwinan di buat pada musim Piala Dunia.

Hari ini majlis perkahwinan Linda, member kuliah gua. Suka sangat dia dapat kawen dengan jejaka pilihan hati. Nama apa tah suami dia. Mungkin sebab gua ini laki sejati kot. Nama laki tak berapa suka mahu ingat. Perempuan laju je gua hafal. Siap nama ayah dan datuk sekali.

Gua lupa mahu beli hadiah untuk Linda dan laki dia, nasib baik gua bawa marker pen. Gua tulis nama gua atas kotak hadiah yang dibawa oleh Hamizah. Dia sedikit berkeras. Lepas gua janji mahu balas cinta dia, terus dia setuju. Dia pula tambah tepi nama gua. 'And our kids'. Kui Kui Kui.

Okay, gua tipu. Gua tak lupa bawa hadiah. Gua rembat jam dinding rumah gua. Gua termakan kata-kata kementerian, kitar semula amalan mulia. Celake, nasib baik gua kasi lap sikit dengan body kit kereta abah gua. Nampak macam baru. Gua siap bagi bateri jam cap Energigi.

Sudah selesai sorang member gua kawen. Harap berkekalan. Gua bila lagi mahu kawen? Gua rasa, jadi laki memang punya tanggungjawab besar bila dah kawen nanti. Oh... gua lupa. Selamat Hari Bapa kepada semua ayah lu orang, kepada bakal bapa. Selamat Hari Bapa tuk abah gua. Selamat Hari Daddy untuk gua lima tahun akan datang. Kui Kui Kui.




Sang Niaga

Bermula dari bawah mampu membina bangunan pencakar langit- Pengusaha Dodol.



Lu orang tak faham cerita ini jika tak baca ini dulu, tekan.




Azan Maghrib berkumandang. Ternyata Abang Samad dan Abang Usop tidak jadi berniaga di pasar malam. Hilang terus semangat gua nak tengok Abang Samad dan Abang Usop berjaya dalam perniagaan. Gua ingat mahu solat dekat masjid. Mahu berdoa bagi Abang Samad dan Abang Usop berubah.

Mereka berdua umur sudah 31 tahun. Kalau tak ada lagi makwe gua tak kesah, tapi nombor tepon makwe sorang pun tak ada. Makwe kilang yang selalu mereka phewit-phewit pun dah jadi makwe budak laki kampung seberang. Celake sungguh.

Pergilah bercinta dengan makwe kampung sendiri. Tahulah kampung gua berpontesi melahirkan makwe-makwe cun melecun. Sampai laki Kedah, Penang dan Selangor suka pada makwe-makwe dalam kampung gua.

Gua tengok Mat Nor sedang main 'Brick Game'. Hasil dari rembatan sorang budak tadika. Kecik-kecik dah main alat elektronik. Pastu, gasing, congkak, layang-layang dan batu seremban sapa mahu main? Gua sedikit merembeskan enzim marah.

Rugi betul kalau kecik-kecik tak pergi mandi tali air, main dalam hutan dan pergi rembat mangga dekat dusun Pak Cik Nawab.
Gua teringat pula masa lampau gua. Penuh dengan onak berduri. Kui Kui Kui.

Gua ajak Mat Nor solat dekat masjid. Mat Nor kata seluar dia kotor. Gua pun dalam dua juga. Badan gua berpeluh. Lagipun gua malu dekat Pak Bilal Sudin. Gua terngorat anak dara dia. Marah-marah dia dekat gua. Sebaik gua mahu hidupkan motor, gua dengar ada orang panggil nama gua.

"Woiii... tak kan nak balik dah. Kata nak tengok abang niaga", jerit Abang Samad.

"Haram jadah betul... orang datang pukul enam petang lagi. Ini dah nak masuk pukul lapan", gua buat-buat marah.

Mat Nor pun buat muka marah juga, walaupun tak jadi.


"Hehe... sori-sori. Nah surya. Kasi reda sikit lu punya marah", pelawa Abang Usop dekat gua.

"Tak apalah. Gua tak hisap rokok. Lagipun gua kidal. Nanti hisap rokok guna tangan kiri nampak tak sopan pula", gua tolak dengan berhemah.

"Hahaha... muka lu tak hisap rokok? Pelik-pelik. Tak boleh jadi laki sejati laa...", Abang Samad sedikit memerli.

Celake, muka menggambarkan personaliti kah? Kena hisap rokok baru jadi lelaki sejati? Fatwa dari mana ni? Pada ahli tertinggi Majlis-Majlis Masjid Kampung Batang Berjuntai. Anda harus mengadakan kempen kesedaran. Ini penting. Gua bermonolog dalaman.

"Okay. Gua tak solat lagi ini. Boleh gua tahu apa Abang Samad dan Abang Usop niaga apa? kalau nak niaga Surya memang tak laku", tanya gua.


"No No No... Hahaha...abang tak sebodoh itu", Abang Samad membela pasukan niaganya.


"Kami mahu niaga Lampu Suluh", jerit mereka berdua.


"Ahhh...", otak gua berpinar. Mahu pitam.


"Yelah... kami fikir, pasar malam kan. Mesti niaga pada waktu malam. Peniaga-peniaga lupa bawa lampu boleh beli dekat kami. Orang ramai pun lupa bawa lampu suluh, tapi takut nak balik rumah boleh beli...", Abang Samad menjelaskan pada gua.


"Orang putih datang pun boleh beli sebagai tanda kenangan datang pasar malam. Hehehe", Abang Usop mula merasakan mereka bakal untung besar.

Gua angkat ibu jari tanda bagus. Terus 'start' motor. Gua terus memecut laju. Orang macam gini, tak elok layan. Mungkin ada betul cakap Abang Samad dan Abang Usop. Peluang ada di mana-mana. Kita harus merebutnya kalau kita mahu. Umpama Di Mana ada Kemahuan, Di Situ Ada Gunung Daik.


TAMAT

Kebenaran Kunci Kesefahaman

Budak zaman sekarang suka fesbuk daripada buku.


Petang itu gua merayau-rayau kedai buku tingkat atas KLCC. Gua habis menyorok ketika mahu masuk kedai buku. Nanti pakcik-pakcik tengah cari calon menantu merisik gua pula. Itu yang gua tak suka masuk kedai buku. Lelaki berjiwa murni dan sangat sukakan ilmu memang idaman si ayah.

Mahupun begitu, rezeki gua dekat kedai buku itu sangat murah. Gua rasa gua langkah dengan kaki kiri ketika masuk kedai buku itu. Entah mengapa pula gua terserempak makwe agak cun. Bertudung merah pula tu. Tengah membelek-belek novel ketika itu. Gua cuba dekati dia. Gua duk dekat
rak buku berilmiah. Buku 'Kelebihan Menunaikan Solat Berjemaah' gua ambil.

Gua cuba memulakan perbualan selepas gua tak tahan lagi apabila gua dengan dia saling membalas senyuman.

"Aii... nak beli novel ne?" tanya gua sopan.

"Hmm.. kawan cakap best citer dia. Ada unsur cerita cinta menarik. Lagipun pengarang dia popular jugak", balas dia dengan penuh ramah. Gua terpaku mendengar lunak suaranya. Perlahan tapi boleh dengar juga.

"Ohh... cerita ini, memang pun menarik. Formasi dia pun taraf EPL. Saya baca pun seronok. Sampai lupa nak tonton
bola sepak", gua cuba meyakinkan dia. Sebijik macam brader promoter.

"Yeke? Awak dah baca? Memang best? Tak rugi beli?" bertubi-tubi dia tanya gua.

Emm.. saya bagi tujuh bintang daripada lima bintang", balas gua tanpa menjawab soalan dia. Ternyata gua guna teknik pecahan tak wajar untuk menunjukkan buku ini memang menarik.

"Okay lah. Saya mahu beli lah satu. Lagipun tak rugi beli. By the way... saya Zety Amyra", akhirnya dia bagitahu nama dia.

Gua rasa gua tak pernah baca novel Melayu lagi. Ketika cikgu Bahasa Melayu gua suruh gua baca cerpen dalam buku Komsas Tingkatan Empat pun gua liat. Inikan pula novel setebal tiga jari gua. Gua rasa mahu juga karang novel bertajuk 'Kubisikkan Dalam Telingamu Tapi Engkau Tak Mendengarinya'. Kui Kui Kui.

Tetiba hati gua tak sedap. Rasa gundah gulana semacam. Makwe yang gua borak tadi datang balik dekat gua.

"Inii... saya sudah bayar", kata dia sambil tunjuk beg plastik berisi novel.
Suka sangat dia.

"Oh..okay. Saya nak bagitahu sesuatu ini. Saya tak baca lagi. Saya tipu awak. Maaf. Sebenarnya saya mahu beli balik novel kawan saya. Dia suruh saya simpan. Tapi tah macam mana boleh hilang. Saya mahu ganti balik lah", cerita panjang gua pada dia.

Gua tetiba teringat perenggan tah dari mana gua baca, 'Jangan Jadikan Pertemuan Pertama dengan Penipuan'. Gua genggam tangan bila nak habiskan ayat bagitahu dia hal sebenar. Gua tak suka menipu. Kali terakhir gua menipu, makwe orang tanya nombor telefon gua. Gua kata gua tak ada
telefon bimbit. Gua tak suka sangat layan makwe orang. Lagipun gua memang tak suka bermesej yang remeh-temeh. Tak nampak macam bakal jurutera kelas pertama. Kui Kui Kui.

"Oh..it's ok. Saya tahu dah. Mana ada laki-laki rock cam awak baca novel cam gini. Hehe", senyum riang dia.

"Hehe..sebagai hukuman... jom saya belanja awak minum. Kalau awak free lagi kita tengok movie", gua cuba hiburkan hatinya.

"Sure", balasnya ringkas tanda setuju.

Pehh...bertuah gila gua kalau dia setuju. Tapi dia jawab,

"Tak apa lah. Saya dah nak balik ni. Lain kali keyh".

Gua senyum saja tengok dia berlalu pergi. Lutut lemah. Mungkinkah apabila gua jujur dia akan setuju minum dengan gua. Sadis betul. Mungkin gua kena jujur dari awal. Ataupun dia rasa gua ini penipu besar. Apapun gua kena ganti balik novel member gua yang hilang tu. Camna tah boleh hilang. Celake cuai gua ini.