Keharmonian Keluarga



Gua perati orang dulu dulu kes penceraian memang kurang. Kisah keluarga pecah belah memang tipis. Padahal ada yang nikoh dengan pilihan keluarga ye dak? 

Satu ni gua perasan Abah dan Mak gua. Kalau sorang marah-marah, sorang kool. Kalau sorang membebel. Sorang senyak dan mengangguk je. Bahagia bukan? 

Contohnya macam ni;

Si suami keluar melepak bersama kawan menonton perlawanan bola. Lepas tu balik rumah.

Isteri: Laaa... balik awak rupanya, ingat nak tidur dekat kedai mamak tu.

Suami: Sayang... walau Abang pergi mendaki gunung Everest, mencari tenuk, mendulang emas, membaiki enjin bot sekalipun... Abang tetap akan balik juga dekat rumah kita ni. Sebab apa? sebab ada Sayang..taw?

Tak ke tersengih bini kita nanti? Entah-entah bini lu orang tarik tangan masuk bilik. Dia tidak tidur lagi sebab nak lu orang la tu. Jangan risau, kalau lu tak ada deria kelakar sekalipun. Lu boleh kabor "saya dah mengantuk, nak marah simpan esok leh". 

Apa lah, janji tak tengking, tak marah bini balik. Nanti kita balas pula bila sampai waktu nya, contoh bini kita sedang membeli belah, berjam-jam lamanya:

Suami: Laaa... awak ada bawa bantal? membeli belah serupa nak tidur sini je malam ni.

Isteri: Yelaa... balik la ni. Nak pergi cari coli baru kejak.



Tapi kalau marah lawan dengan marah. Jawabnya makin panas lah. 

Isteri: Laaa..balik awak rupanya, ingat nak tidur dekat kedai mamak tu.

Suami: Balik balik dah memekak. Eyhh..rimas lah! Kalau macam ni baik tak payah balik. 

*suasana tegang*

Suami: Laaa... awak ada bawa bantal? membeli belah serupa nak tidur sini je malam ni.

Isteri: Awak tu berjam-jam lepak dengan member tak pe pulakkkk..teman saya sekejak pun membebel. Huhh!

*suasana tegang lagi*

Jadi, sama-samalah kawal bengang atau marah tu. Dua dua nak marah, habis sapa nak pujuk? Kucing? Anak kunci? Cerek? Apron? 



________________________




Entri berbaur kehormonian keluarga yek? Biarlah, member gua dah besar-besar tu. Dah nak masuk alam perkahwinan dah dua tiga tahun lagi. Jadi apa salahnya bersedia yek? Kakaka. 


Okay, secara ringkasnya... di kala pasangan kita marah, kita jangan jadi batu api. jadi batu air, batu tanah gua tak pasti boleh ke tak. tapi molek jadi batu loncatan untuk dia kasi dia reda. kbai.


27 ulasan:

♥CIK SHA♥ berkata...

smart la entri ni..ai like! ;p

betol dh tu..psgn kawen muda mudi skang ni mmg suke berperang..konon cinta sepenuh hati smpai mati..tpi bergaduh kemaen lagi berapi-api..

!eNa PnG berkata...

Salam geng..

lama tak lalu sini..
memang pon.. bnykk doh skarang nie.. yang xreti nak control diri.. tak sama mcm mak ayah dulu-dulu..

erysweetie berkata...

wow, tips nampak. kihkih

Abang Zam berkata...

mohon menjadi ustaz hiro dalam tivi 9 di hatiku

theRandomcraps berkata...

nipu mung. hahaha

Tasha berkata...

hehe,harmoni hendaknya nanti... :P

Eyda Syahida berkata...

harmoni la kan? hahaha



"amboi abang ni! beli coli lama sikit pon nak marah." hahahahahaha

DuniakuAbstrak berkata...

ilmu rumah tangga dah berkilo-kilo kau ni..persediaan yang sangat teliti dan rapi sebelum berumah tangga..

baguih2

Amna.Qadeeja berkata...

wiwit tips rumah tangga bahagia hiks

nurkaloi berkata...

hahah pentingnya kalau kite tahu cmne nak handle situasi kann

hanaahmad berkata...

hamboih, nasihat dan macam gaya bapak2. kehkehkeh

aleen aiden berkata...

amboiii kemaen kemas entry dia.keh3

cikpia berkata...

kalau tak coli, batu... kalau tak batu, coli.....
(eh, apa aku merepek ni???)

apapun, i loikeeee!!!

Lieyanna Esmeralda berkata...

hahahah...alamatnye nanti ramai yang nak jadi bini hang hiro...

Lea Isnawi berkata...

mesti si suami hepi bila isteri nak beli coli baru kan

hehe

+qasih nadira+ berkata...

sama yang berlaku kat umah aku,umi mengamuk tapi daddy tetap cool~hahaha~alhamdulillah,tetap bahagia sehingga sekarang lg2 dengan kehadiran 4 puteri~ :)

Aween Md Zahir berkata...

jgnlaa marah,,auuww !
kena laa reromantik sket :p haha

dill berkata...

bagus pak ica ni. penuh nilai2 murni

dill.

Nursyairah berkata...

so sweet la kalau dapat laki cam tu hewhew. k lama lagi aihh nak kawin XD

poyotito's berkata...

amboi, bagus juga kepala hotak ko ni hiro kadang kadang

Bella Bell berkata...

kabor je la ko yang nak kahwin tak lama lagi. hahaha.


weyh. apsal deaktif fesbuk? aku ingat ko main2 je hari tu.

si ngokngek berkata...

alar tarik tarik tangan..HAHA

family choice bkan penyebab kan,diri seseorang tue sendiri:))

chemay berkata...

hang bila nak kawen hiro?
ke dah kawen?
ehhh.

Hiro berkata...

belum lagi che may..

Nur berkata...

tuh dia nasihat daripada abang hiro. Macam dah ada pengalaman je..hak3

aswadz berkata...

kalo dua2 pun bikin panas, mmg panas la situasi. *sambil rendahkan suhu aircond

semutsengal berkata...

suruh basikal piksi lah pujuk. eh ?