Sarapan Sayang





"Sayang, bangun... dah Subuh ni.."

Bini gua yang masih tidur nyenyak itu gua belai pelan-pelan rambutnya. Masih hitam pekat. Tanda-tanda penuaan masih tiada. Maklumlah, dua tahun muda dari gua. Bergetah lagi orang kabor.

"Abang..."

Pehhh... dah goyang iman gua bila dengar suara dia bangun tidur. Kalu dia mintak beli tanah dekat Kota Keriangan Genting Highland waktu ni, gua sanggup pergi culik Zeti Aziz si gabenor bank negara tu. Lepas tu mintak wang tebusan 5 juta. 1 juta kasi ke anak yatim. 1 juta kasi ke pasukan Kelantan. 1 juta kasi ke Zeti Aziz dan 2 juta beli tanah di Genting Highland. Pelaburan yang begitu bijak kan? Kakaka.

Berbalik pada cerita tadi;

"Ye Sayang... nape?"

"Tak larat masak bekfes la pagi ni... Sayang buat biasa-biasa je boleh? roti cicah milo? okay?"

"Okay dah tu Sayang... cedapp canad-canad dah tu"

"Emm..."

Matanya tutup kembali. Lantas berkata;

"Abang... lagi lima minit kejut Sayang... Abang pergi mandi dulu..."

Gua fikir sejenak. Emmm... semalam mana ada buat apa-apa. Mana ada mesra-mesra. Ke ada masa gua mamai. Lain lah kalau gua kacau dia secara tak sedar dek medula oblongata gua ni.

"Okay Yang," terus gua selimutkan dia lalu capai tuala.


***


Tengah sedak mandi air bersuhu sejuk, hati gua terdetik. Oh... hari ni ulang tahun perkahwinan kami rupanya. Lantas gua mahu buat 'seprise' ke dia. Untung-untung malam ni gua dapat habuan. Tapi rasanya dia piyed. Kakaka. Terus gua mandi cepat-cepat. Lepas solat Subuh, terus gua ke dapur.

Hari ni gua nak buat sarapan untuk bini gua. Bersusah payah jugeklah gua menceburi kejuruteraan memasak ni. Menu hari ni, omelet, roti bakar, buah anggur, roti canai segera dan air limau segar.

Gua karang sedikit ucapan berbunyi "Setahun Bersama Mu Sangat Bermakna Bagiku".

Lantas gua angkat sarapan ke bilik.

"Sayang bangun..." kata gua ketika siap 'seting' sarapan atas katil.

"Tadddaaaa... epi eniveseri!!! Abang buat bekfes sempena ulang tahun perkahwinan kita. Hehe... harap Sayang suka,"

"Abang!" dari muka mamai terus dia senyum tak terhingga. 

"Hehehehe..." gelak gua bersahaja.



***


"Emmm... dah pagi... " getus gua dalam hati.

Perut lapar kemain, tapi malas nak buat sarapan... macam mana ni? Emm... sambung tidur je lah... makan tengahari nanti. 

Nanti lepas nikoh ingat gua rajin sangat ke nak buat bekfes untuk bini? kakakaka.





36 ulasan:

fatinizzati berkata...

kamon la hiro. rajin sikit la. kata sayang bini

Fadzrul Hisyam berkata...

Haha...berangan kuat.

Hiro berkata...

fatin--hehe..awal benor engko bangun..



hisyam--hehehe...biasa..

fatinizzati berkata...

lepas subuh tak elok tido

Bella ♥ berkata...

imagination~



kahkahkah kim salam ke bini mu!

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

siak hiro..horny plak baca cite aok ni pagi2..

DuniakuAbstrak berkata...

kemain

Fina Fento berkata...

lorr..berangan. haha

♥CIK SHA♥ berkata...

err..nampaknye kena kawen cepat hiro ni..;p

Lieyanna Esmeralda berkata...

kahkahkah....wojik kawen doh ni.....

fierul berkata...

bini suka tau lau laki manjakan .. hahaha

missSenget berkata...

aaah hiro..

kemain lagi imajinasi ko..

kLiPKeRt@sPiNk berkata...

"semalam mana ada buat apa-apa. Mana ada mesra-mesra. Ke ada masa gua mamai."

ni memang kes slalu mamai ni...
hahaha

so cweettt la klo hiro sanggup bgn pepagi wat bekpes utk bini...
biarkan angan2 itu menjadi kenyataan k!

haha

bact. berkata...

lu kalo bab buat2 bajet cute mmg terer la

lu pon hero gadis gadis jugak ka?
hahhaha

cikpia berkata...

dasar jantan..... imaginasi setinggi gunung, padahal hampeh pun tadak!!!

hanaahmad berkata...

kah3. gua tak boleh blah sangat2 ni.....tapi hati lu sebenarnya memang ada jiwa lelaki romantik la Hiro. hak3

cimOt berkata...

pehhhhhhh..rajen ke?

jhnrdzi berkata...

letak biskut, milo panas, dan kalau nak sedapkan sikit letak planta atas meja tu.

tidur balik. keh keh!

fairuz berkata...

k

Cikgu Jaja™ berkata...

hahahahahaha...kemain...hahaha

zuhaida berkata...

aku ingatkan betul2 la tadi. heh.

Khry Hnry berkata...

dalam hati ada kebun bunga... haha

Tanpa Nama berkata...

hahah double kemon kemon li hiro . untunglah sape dapat laki macam lu ... haremmm hahahah

Bella Bell berkata...

4 Januari 2011- 4 Januari 2012. setahun dah korang ea. kakakaka.

Liyana Aziz berkata...

auwwwww, untung siapa dapat abam hirooo! lol...

by the way, nokss 3 dlm pembikinan tapi dah tade idea ni... any idea? kikikiki

hiedayahrosli berkata...

memang hiro betei.

Tasha berkata...

untunglah kalau laki bgn dulu,haha...

tumbuh jerawat kat idung kang,berangan jek :P

erysweetie berkata...

ceh..bangun la dulu sangatnyee.. kehkeh.

cik violet berkata...

ceittt...ingt realiti..haha..fantasi jeeee

laskar pelangi berkata...

cheh! berangan je kerja ;D ahahaha..

fuh! cair lol bini hang kalau dapat bekpesss cam gitu. kalau boleh nak hari2. hahaha~

|arieza| berkata...

hahahah senget ko hiro! beriya aku baca!! dh nmpk sweet dh. alih2. pfffftt!!!

+qAsiH naDiRa+ berkata...

hahaha~jahat punye entry~ingat betol2 la buat sume tu tuk wife~haha~

vampire's lovex berkata...

semoga laki ana nanti tak pemalas macam enta,, amin ya rabbal'alamin....






haha

Fay berkata...

berangan kuat la hiro.. hahaha

Emira Darmia berkata...

sesuai dengan nama hiro anda..slalunya hero dlm tb kan romantik n sweet...tp realitinya jarang ada laki yg sanggup buat benda sweet untuk bini...al maklumlah dah jadi bini kan....

Tanpa Nama berkata...

sye bace entri2 awk.. sy rase awk boleh jd peguam. pndai mengolah, putar belit, n pling penting membohong. :)