Cinderlily

Hitam menawan, hati tertawan.

Ting...ting..ting... jam besar menunjukkan pukul 12.01 pagi. Cinderlily harus kembali ke asrama. Ketika inilah warden asrama Cinderlily baru bangun tidur selepas makan malam tadi. Hatinya sama berdentum dengan bunyi jam. Kenapa dia leka sangat
menari dengan Tengku
Aduka Iruka Persia. Nama tengku terpaksa gua kelentong.

Majlis tari menari malam itu terpaksa dimulakan lewat, bukan sebab Cinderlily datang lambat, tapi sebab elektrik terpadam. Huru-hara jadi dekat rumah besar milik ayah tengku itu. Ada yang jatuh dalam kolam, ada makan kentang tak ingat dunia, ada sorok gula-gula dalam baju dan ada pula yang masih dalam kegelapan. Kenapa gua tahu semua ini? Sebab gua kerja katering ketika itu. Agak seronok. Pakai baju bos bagi pulak tu.

Muka Cinderlily macam muka pendekar kecut perut. Wajah cantik dah mula dipenuhi peluh. Kosmetik Maybelline mula cair. Gua rasa Maybelline, sebab tak kan guna Silky Girl je kot. Dia berbisik sesuatu kepada tengku. Gua tak dengar. Cinderlily mula resah. Pintu keluar pun dah tak nampak.

Riak muka dia yang kucar kacir itu gua pernah tengok. Macam riak muka Mat Nor ketika rembat bola kena muka Haji Munawer. Sampai koma 2 hari. Memang tak syak lagi. Itu riak muka keresahan.
Tapi tadi gembira saja. Siap menari peluk pinggang, peluk-peluk dan peluk tubuh. Sampai tengku dapat rasa Cinderlily punya bukit berkembar. Gua bukan usha yea. Ternampak sahaja.

Mungkin sebab jam besar di dinding itu, gua mula berfikir-fikir. Mungkin masa perjalanan bas untuk dia balik kampung pukul 12 pagi. Tapi dia masih dekat rumah besar. Gua rasa begitulah. Gua difahamkan Cinderlily baru pertama kali kenal tengku. Ternampak juga mereka berjabat tangan.

Tengku pula malu-malu. Cinderlily pula tergedik-gedik ditegur tengku. Ahh..gua tercegat dekat bahagian air ne Cinderlily tak datang nak bergedik pula. Memang kalu Tengku itu datang mintak air memang gua mahu taruk racun tikus. Tapi kenapa gua cemburu? Makwe gua kan dah ramai. Kui Kui Kui.

Cinderlily mahu meninggalkan Tengku. Tengku terus tarik tangan Cinderlily, memang sebijik dalam filem Jangan Pandang Cintaku Lagi. Cinderlily terus menarik tangannya. Cinderlily lari sekuat-kuatnya. Laju jugak. Tetiba kasut Cinderlily tercicir di tangga. Cinderlily tengok gua. Pehh.
Baru perasan yea? Gua rasa taraf tengku pun tak guna jika muka tak berapa nak kacak. Kui Kui Kui.

Cinderlily berlari menuju ke arah gua. Pehh..lari laju-laju pastu peluk gua. Nasib baik dia kurus. Langsing.
Jadi momentum perpelukan tak ada la kuat sangat. Gua mendepakan tangan. Ala-ala cerita Tamil pula. Dia mula memperlahankan langkah. Macam tak jadi peluk gua. Gua rasa dia tengok dari jauh, hensem tahap dewata raya. Tapi bila dah dekat muka macam singa laut pula.

"Abang..tisu ada? Pen?", agak tercungap-cungap dia bicara sama gua.

"Erkkk..ada-ada. Nah.", gua hulur pen dengan tisu. Sambil tengok gaun dia. Cantik wooo.

Dalam hati gua tak ada yang lain, dia mesti nak bagi no telefon dekat gua. Tapi sedikit kecewa, sebab dia tak peluk gua.

"Nahhh..bagi ini pada tengku muda", dihulurnya tisu ada tulisan. Terus Cinderlily sambung lari.

Aduhh..bukan untuk gua. Gua buka tisu itu. Ternampak dia tulis emel. Dekat bawah ada.

P/s: Ini emel saya. Nanti add la fesbuk. YM =).

Gilos. Gua rasa nak meraung saja. Haha. Tapi gua tabah. Bunga bukan sebuah. Ternyata penjodoh bilangan gua salah. Asyik ponteng kelas Bahasa Melayu. Tapi ingat pada cerita Cinderlily memang tak leh dijadikan cerita dongeng. Sebab 'ending' dia tak menarik macam Cinderella. Macam mana masa itu dah ada khidmat emel? Telegram pun cukup lah. Senang putera raja cari Cinderella.






SukaNeka: Gua sibuk kebelakangan ini, maaf tak menziarah.

29 ulasan:

tweety suwitt berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tweety suwitt berkata...

-__-"
ohh..emel..for everything..

Ery Farieha berkata...

kehkeh
dah advance
jimat kredit xyah msj2 call
hahaha

shey berkata...

haha , sumpah best cite ney ! :DD

reen_sofee berkata...

hahahah
gilers dramatik cite ko neh!
neh kire impian ko ehh?
hahahahah

BalqisShafiqa berkata...

salam ziarah.
kalau dah dpt fb cindalily pun oke.
nanti boleh usya lebih2.

hahaha.

Ann berkata...

canggih sungguh ending ko ni ek...bgus2...kreatif..hehe

MiloMasihPanas berkata...

hahaha.. sempoi punye cerita...

-hazen berkata...

babi!

same dengan kisah gua dowh. celaka an?

mati2 gau ingat no tepun, hati da bebunga da bhai.

alih2 dia bagi alamat rumah? ces betul

dulu fb n ym tak ramai tau lagi. huhu.

n.a.n.a berkata...

hahaha. pergh canggih siot bg alamat fb. sng cikit nak carik. haha

Bongkar sifat peribadi melalui tulisan

aLy berkata...

tp tengku tu bukan ke blum ade fesbuk dgn ym gak

tot tot kecik berkata...

salam..

dlm keadaan bz masih smpt buat cerite pnjg2 cmni..haih rajin sgguh..

pape pn gud luck for evrything..

p/s: jgn nakal2..ahaha.. :)

J. Love berkata...

ah lu bz tidur siang-siang sebab malam-malam tengok WC kan sebenarnye kan? lu jangan nak kelentong readers lu banyak sangat..

hellioz berkata...

gyahahhah~

sengal
cinderally pnye cte bile nk publish?

Lya Colours berkata...

haha maju ok ada pesbuk

♥ ecahladyGAGAH ♥ berkata...

citer cinderela versi advanced woo .
encik hiro ada bakat jadi pendongeng crta .
hehehe .
amek jelaa emel tuh nyamar jadik tengku versi hensem skit .
hahah .

♥ ecahladyGAGAH ♥ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nurul Harun berkata...

well, dunia dh maju la hiro. HAHA. (:

Nurul Harun berkata...

eeee. lamanya tak dtg sini. sorry tau. ada masalah sikit..

Miss ... berkata...

wakaka ending x bley blah weh kekekek

redplasticbag berkata...

haha
sempat lg kerja katering masa tu

DuniakuAbstrak berkata...

ahaha..weh pass la emel cinderlily tu kat haku..nk cuba nasib ngorat mane tau kot2 leh sangkut..

AQu APi berkata...

tu belom cite sang kancil ngan sang boye lagik..

si kechik nuyie berkata...

walopown bz ttp adew mase na wt cite cenggini..i loike..ending uh paling taleyh bla...haha

Cik SHiN~JU berkata...

Cinderllily la pulok....
hehehe... ;p

ApekxHensem™ berkata...

kuikuikui lawak2...cayala hilo

bukan penggoda berkata...

gua nk jd org fes komen, tp xdpt. xpela. gua jd org last jela.

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

hahaha.... asik perati aweks je... add YM cinderlily men Ym gak eh?

hiro cerita karut ko no1!!!

little ain berkata...

haha! dah lame tak melawat sini. arini qada, bace sume post inchek hiro yang dah missed time balek rumah cuti sem.

lawak la post nih. sengal betol. anyway, entry award tuh, ain pon nak ambek award tu, boleh ek? ;)