Lepas penat main badminton malam-malam, gua dengan Mat Nor singgah sekejap di sebuah warung di tepi jalan. Memang ketika itu sejuk embun memaksa gua dan Mat Nor berhenti sekejap pekene teh tarik. Tak dapat teh tarik, fresh oren panas kira bersyukur di kala itu. Kira pinguin dan beruang kutub pun menyerah diri dengan suhu yang sejuk malam itu.
Gua pesan milo panas. Teh tarik dah hilang tah ke mana. Mat Nor pula memesan nescafe tarik lagi panas. Meja depan gua ada tiga orang pemuda sedang rancak berbual. Asyik tunjuk-tunjuk banglo putih atas bukit berhampiran warung ini. Topik perbualan menarik minat gua untuk pasang telinga.
"Ko tahu, rumah banglo putih tu...baik ko jangan dekat...Orang kata umah tu keras..." brader pakai baju oren asyik bercerita.
"Aku tengok pun memang keras semacam... anjing hitam ada dalam tu. Orang pernah nampak rumah itu hilang. Kejap ada. Kejap tak da. Macam Oreo", brader pakai jersey Chelsea mencelah.
"Yea..yea.." balas kawan mereka yang berbadan besar. Muka dah cuak gila. Harapkan rambut panjang. Nampak rock tapi penakut.
"Macam Chipsmore la...sampuk gua dalam hati.
Gua berkira-kira. Malam ini malam Selasa. Biasa dalam TV, malam Khamis bahaya. Lagipun gua ada Mat Nor. Waris Haji Wardikar Superjo. Kacukan Jawa Terengganu. Keturunan berani dan panas baran. Motor pun baru servis. Peristiwa motor tak boleh hidup tengah jalan memang tak akan berlaku.
Gua tengok Mat Nor asyik berbalas mesej. Dari tadi duk layan makwe tak kenal muka. Sofea namanya. Pemuda bertiga meja depan gua beredar setelah brader yang berbadan besar berpeluh semacam.
"Der...lu nampak banglo putih atas bukit tu?" Jom usha nak?", bisik gua pada Mat Nor. Ternampak pula Mat Nor sedang taip mesej,Honey...u so sweet.
"Lu jangan wat gila malam-malam ne. Mau ada yang kejor malam-malam ne, naya.. Gua dah la kekurangan tenaga. Mau pukul 3 petang esok baru bangun", tolak Mat Nor.
"Pehh..sejak bila lu penakot ne..jom la..kejap je...nak tahu apa ada ja..please..please..please...Mat Nor jangan takut. Kita pergi sebentar bukan tuk kacau..."gua cuba pujuk Mat Nor.
"Jom lah..lu kalu dah buat keputusan. Pendekar Pergu Vijaya pun terpaksa ikut. Tapi lu belanja gua minum ne. Hahaha", balas Mat Nor sambil senyum lepas taip mesej.
Lampu dari banglo itu agak kelam. Sedikit sahaja cahaja dibias dari dalam. Penggunaan lilin berleluasa. Gua rasa pemilik rumah ini mahu jimatkan kos letrik. Halaman rumah agak terurus. Mungkin dapat aspirasi dari "FarmVille". Mata Mat Nor ke sana ke mari memandang dan bersiap apa sahaja yang berlaku. Sunyi dan sepi.
Gua melangkah masuk. Mat Nor turut. Pintu pagar tak kunci. Terbuka luas. Rezeki pencuri mungkin pagi buta nanti.
"Dah la..tak ada apa. Mungkin warga emas tinggal di sini..." suara Mat nor dalam dengar tak dengar.
Gua nampak sorang mamat India datang hampiri gua kami. Tinggi dan hitam. Dada gua berdebar kencang. Mat Nor pun kecut perut. Dada gua macam askar Russia dah tak ada. Gua teringat mak dan abah gua. Mat Nor mungkin teringat mesej Sofea tak balas lagi.
"Apa kabar elincik? Selamat datang ke Banglo Putih Berhantu... mari masuk dalam mahu tengok lagi...", warga India bercakap Melayu.
"Pehh..debor aku..hang ne manusia?" tanya Mat Nor.
"Mesti la elincik..saya manusia itu macam..ini rumah saya punya.. punya buat rumah hantu-hantu lah", terang brader India.
"Oh..tak apa la.. kami tengok-tengok saja. Ok..lain kali ye", balas gua sambil tarik tangan Mat Nor.
"Elencik mahu keluar..kena bayar....masuk percuma..keluar kena bayar itu macam elencik..Lima ringgit saja", brader India ini bicara dengan muka senyum. Tak macam Rosyam Nor senyum.
Hampeh...sepuluh ringgit gua melayang. Mat Nor sengih-sengih. Gua rasa mahu terajang saja papan tanda rumah banglo itu.
"BANGLO PUTIH BERHANTU"
DI BUKA 24 JAM.
7 KALI SEMINGGU.
MASUK PERCUMA.
KELUAR BERBAYAR.
MURAH...MURAH...MURAH LAGI CHEAPER.
RM3-KANAK-KANAK
RM5- DEWASA.
Bawah tu tulisan India. Celake. Gua tak reti baca.
"Esok datang lagi elincik", laung mamat India sambil bilang duit.
Gua memecut laju. Harap ada asap keluar dari eksoz motor. Biar mamat tu makan asap motor Mat Nor.