Bercuti




Salam.

Gua ingat nak bercuti dari dunia blog ni. Boleh dalam sepurnama mahupun satu kitaran lengkap hidup bagi sang rama-rama. Cewah, kemain drama. Apa, lu orang ingat bini-bini kerja dengan kerajaan je boleh cuti bersalin?

Hanya orang power dan tertentu sahaja je boleh bercuti sambil bersikap acuh tak acuh pada blognya. Kalau tak, dah tinggal blog sehari... boleh meracau. Merusuh nak update.

Betul ni. Gua nak berehat. Mahu cuba belajar pasal penulisan yang sedak-sedak. Kumpul bahan penulisan. Sebab gua perasan blog gua makin lama makin haroooommm jadinya. Macam gampang kalau dibiarkan. Boleh terkubur akal tunjang dek zaman. #syok sendiri.

Okay. Jaga diri lu orang baik-baik. Lagi satu kalau update tu... taruk la dekat page gua tu sediakan. Memang tujuan nak suruh lu orang kongsi dekat situlah. Lu ingat kat situ tak power macam page Geng Blogger ke? Keh Keh Keh. Ada masa, gua lawat nanti.

Retis bukan tulis entri gini? Hehhh!

Chow!