Dikejar Hantu Rambut Panjang Cecah Tanah


Saya berlari dari tadi. Lari dan terus berlari. Lari-lari anak. Penat lari anak, saya lari abah, lari mak dan lari datuk. Mahu juga saya lari harimau tapi ternyata saya di usia tujuh tahun tak mampu lari sekencang harimau.

Bila hantu nak dekat, saya pederas langkah. Begitulah teknik saya.

Arghhh. Hantu yang saya jumpa tadi masih mengejar saya. Hantu rambut panjang cecah tanah. Muka hodoh. Ada parut di pipi. Gampang. Rambut sedikit macam megi.

Pada mulanya saya tak mahu kacau hantu tu. Tapi akibat lewat balik rumah. Saya telah terlanggar hantu tu sedang main batu seremban sorang diri.

Saya minta maaf pada dia. Tapi dia;

"Makannn Budakkk..." jerit hantu itu.

Dari tadi dia laung ayat itu. Ternyata dia pandai cakap Bahasa Melayu.

Semasa hantu rambut panjang cecah tanah kejar saya, dia telah terpijak rambut dia sendiri. Lalu terjatuh. Bergolek-golek lepas empat pokok. Terkena taik babi dan taik gajah. Muka dia comot ada taik. Tapi dia tak berdarah.

Saya nak baling batu pada dia. Tapi saya takut. Saya masih berkira-kira nak gelak atau simpati. Tak sampai tahap nak geli hati lagi ni. Malah saya lebih terjurus kepada geli urat testis sebab terasa nak terkencing.

Saya teruskan larian kerbau. Pelan tapi 'steady'. Segala tenaga saya habis semasa main bola tadi.

Saya dengan hantu itu makin menjauh. Dari kejauhan, saya nampak ada pak cik jual kacang dal. Ternyata pak cik itu tak suka solat Maghrib berjemaah.

"Pak cik tolong saya. Ada hantu rambut panjang cecah tanah kejar saya. Tuhhhhh," tunjuk saya bersungguh.

"Iye?" balas pak cik itu ringkas.

"Yeee... yeee," jawab saya tercungap-cungap.

"Makannn kacang dalll..." jerkah pakcik itu lantas bertukar jadi hantu rambut panjang cecah tanah. Sebijik macam hantu di belakang saya tadi.

"Bukan makan budak ke pak cik?" tanya saya.

"Hoo. Lupo-lupo... makannn budakkkk," sempat hantu itu tukar dialog.

Makkk!!!... terus saya buka langkah tujuh ribu balik. Sampai rumah. Terus saya demam seminggu.

Lepas daripada itu, terus saya balik awal. Bila azan Maghrib berkumandang, saya senyum kecil. Saya sudah siap mandi. berbaju melayu untuk ke surau ikut ayah saya.

"Rindu juga main kejar-kejar dengan awak si hantu. Hehe.," bilang saya nakal.

***

"Haa. Begitu lah Ca. Pengalaman abah masa kecik-kecik dulu. Takut tak balik lewat? Azan Maghrib baru ingat nak balik?," gertak gua.

Ica balik lewat lagi. Asyik bermain di taman dengan Iqa dan Ima la ni. Dengan Syafikah dengar kata gaduh. Ain pula demam. Budak zaman sekarang tak boleh bagi muka. Kena cerita yang seram-seram sikit. Baru insaf.

"Tak pun. Nanti Ica bawak dia pergi salun la bah," balas Ica.

Terus Ica jalan releks ke dapur.

"Mama, nak air milo ais," jerit Ica.

Pehhh...

Tersungkur gua di pintu rumah sendiri...



Manusia Berubah


Hari ini hari Jumaat. Ana dan sahabat ana di sini tak ada kelas. Tak macam sahabat ana di Kuala Lumpur sana. Di sini hari Jumaat cuti. Ana sekarang berada di Zagazig, Mesir. Mengambil jurusan Perubatan.

Usai membaca Al-Mathurat, ana tidak mengikut nafsu tidur. Ana buka buku subjek Physiology.

Suhu dikala itu, sungguh menyengat. Sampai ke tulang rasanya gigitan sang embun. Memang dalam otak fikiran ana memang nak masuk dalam selimut.

Selepas setengah jam ana belek-belek buku itu, hati ana terdetik. Rasa nak buka Facebook pula.

Ana terkejut besar melihat kiriman mesej daripada sahabat ana yang berada di Malaysia

Syeikh, tengok dekat Facebook gua. Gambar Rosli. Salah sahabat ana mesej dekat Facebook.

Sayang betul. Semasa di sekolah menengah, ana dengan Rosli selalu berebut nombor pertama dan kedua dalam kelas. Kadang-kadang ana nombor satu. Kadang-kadang dia. Akhirnya kami berdua dapat sambung belajar di luar negara.

Pada peramatan ana, sahabat ana mengalami tekanan pelajaran mungkin. Bekalan iman untuk ke luar negara kurang.


Ini lah Rosli dan rakan-rakan dia. Teka lah yang mana satu Rosli.

Tapi kan, mengancam juga Rosli tu. Pandai dia make up.



Bertemu Dua Blogger


Gua jumpa dengan blogger tersebut dalam pukul lima petang. Kebetulan dekat kawasan blogger tersebut ada pasar malam. Sempat juga gua beli serbuk kopi untuk jamuan nanti.

Gua tak pasti blogger ini perlukan bantuan Bersamamu ataupun tidak. Hal ini disebabkan semasa gua tiba di rumah mereka, mereka berdua sedang makan nasi putih dengan ayam goreng serta sos Thai.

Setelah di temu bual, ternyata sos Thai itu hasil titik peluh yang murni. Mereka dapat sos Thai percuma selepas makan Kentaki Cawangan Manusia. Tambah mereka lagi, di atas meja mereka makan ada dua sos Thai. Apalah sangat jika dirembat satu.

Lagipun bukan jarang mereka dapat pekena kentaki. Ketika gaji masuk ataupun dapat ihsan awek masing-masing. Biasanya si Brader Lep Lep penyumbang bekalan sos Thai.

Mereka begitu yakin jika mereka pergi Kentaki Cawangan Bunian, di mana Para Ikan Duyung dan Jin-Jin selalu lepak. Di sana ada kicap. Untung-untung mereka dapat rembat kicap. Tak la muak sangat asyik pekena sos Thai ja.

Ruangan dapur memang mengharukan. Tikus dan Lipas bermaharajela. Tikus dan Lipas bekerjasama membentuk komuniti dan ekosistem yang stabil. Di mana mereka menghalau semut supaya tak mencuri hasil makanan. Domain disana ialah Lipas.

Sebab itu salah seorang blogger itu dapat berbual dengan ketua pertahanan Lipas. Yang bernama Cikaro. Mereka berbual dengan baik. Sindir-menyidir perkara biasa bagi mereka berdua. Yang suka cakap dengan Lipas ialah Brader Cha.

Hati gua hampa. Selama ini mereka tak pernah ada sistem pemanas air. Serbuk kopi itu gua bagi pada Lipas. Gua harap si Cikaro ceritakan jasa gua pada anak cucu mereka.

Setelah bersalaman dan mengatakan 'gathering' ini sungguh happening, gua blah.

"Walaupun mereka kutu, mereka ada blog. Menakjubkan," getus gua dalam hati.

Ternyata ini adalah mimpi gua di siang hari. Celake.

Persoalannya, sampai ke mimpi kutu ni cari gua. Mengapa? Mengucap panjang gua.


Jiwa Tenang


Petang itu gua bangun lewat. Burung yang selalu usha gua luar tingkap senyum kecil. Ada peningkatan. Awal 20 minit gua bangun.

"Hai sedara, mimpi apakah bangun awal daripada biasa?," tegur burung itu.

Gua tenung tajam burung itu. Ternyata dia tahu gua dalam keadaan tak boleh dibawa bergurau. Lantas dia buka kepak lalu terbang meninggalkan gua.

Ahhhhh!!!. Gua mendengus kuat.

Apa sahaja di depan gua, terus gua tendang. Kerusi, meja, katil, almari dan apa-apa benda yang lembut tidak menyakitkan kaki gua.

Lepas siap mandi. Jiwang gua tak tenang juga.

Terus gua menuju ke bawah. Gua tendang tong sampah. Bila gua nampak air mata mak cik klener mula menitis, gua angkat balik tong sampah tu. Nasib baik penutup tutup. Kalau tak, langkah seribu juga gua.

Anak jin baru balik mengaji pun gua tendang. Ah. Mana gua tahu dia baru balik mengaji.

"Saya jin Islam bang. Baru balik mengaji," rayu anak jin itu.

"Hmm. Maaf," balas gua ringkas.

Terus gua beredar begitu sahaja.

Nasib baik tiada makwe lintas depan gua. Kalau tak, memang... memang gua senyum. Hue Hue.

Jiwa gua memang celaru. Tak tenang. Bangun-bangun memang rasa nak bagi penendang.

Kenyang. Selepas pekene nasi sepinggang dua. Jiwa gua tenang. Ingat-ingat balik, menyesal juga main tendang-tendang tadi.

Harap-harap Ibu jin tak cari gua nanti.

Lepas makan, perut kenyang... gua masuk tandas pun bagi salam. Apa kes? Memang jiwa tenang sangat. Ye dak?

Ternyatalah kutu macam gua "Jiwa Yang Tenang Datang Daripada Perut Yang Kenyang".



Lapar



"Sayang, Abang lapar la..." ngadu gua pada bini.

"Abang pergi la dapur tu... ada lagi kot lauk tadi, Abang panaskan"

Bini gua yang baru baring katil mengomel comel.

"Sayang boleh buat roti bakar untuk Abang?" pinta gua.

"Sayang ngantuk la Abang. Pesakit tadi macam-macam hal"

Bini gua matanya tertutup rapat tapi masih mampu bersuara. Mulutnya memang begitu. Pesen pernah mengikuti kelab Membebel Untuk Suami.

"Makan kat KFC nak Sayang?"

"Nanak. Nantok"

Meremang juga bulu roma gua bila bini gua balas manja begitu. Nak ajak Ica memang tak manis pula. Proses nak cantik dia berlaku sekarang. Baru pukul dua pagi. Semua sudah tidur.

Nak tak nak, memang gua kena ada anak lelaki sorang ni. Kah Kah Kah.



SukaNeka:

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat rakan gua. Semoga bahagia dengan Abang Azri. Keh Keh Keh.

Ini lah orang nye Ain.


Nama Indah



Heyyy Uolls... Hari ini kan. Hari Isnin. Guess what?
I tak ada kelasssssssssssssss. Yeaaahhh. Hue Hue. I nak keluar jap lagi. Pergi shoping.

Lupa nak gitu nama I, Nama I ialah Ruby. I masih belajar dekat Ling Kup Wong Kolej. Jurusan fesyen.


Tetttt tetttt

Eh. Ada mesej. Kejap ye. =)

Ruby, nanti bawa heel lebih. I nyer cam nak tercabut.

Sender:
Amy


Hehe. Ini member baekkk I. Amy. Nama dia Aminah Huda. Cun nama kan? Empunya nama pun cun.

Oh. Ekceli, I nak beritahu je. I tak ada kelas setiap hari Isnin. Uolls mesti jeles ennnn.

Kejap lagi member baik I datang ambil I. Nama dia Katty. Pssssttt... Uolls jangan perli dia dengan Hello Katty yep. Dia tak shukeee. Hue Hue Hue.

Kami bertiga dari sekolah menengah agama lagi... Mau tengok gambar kami bertudung labuh ketika SPM?

Jangan Harap!!!

NeVer. Hehehe.

Okay. Kawan I dah sampai. Bye. Nanti I update dengan gambar dekat shopping nanti. Sambil tunggu I, klik-klik arrr Nuffnang I tu. Jangan lupa promot blog I dengan kawan Uollls.

www.srikandiruby.blogspot.com.

***

Ruby: Rabiatul Adawiyah Binti Hussein
Amy: Aminah Huda Binti Abdullah
Katty: Khadijah Binti Hasnor

Ini pesen nama glemor ke pesen nama gelenya?



Peribahasa 1: Cari Orang Pakar


Cahaya mentari sipi-sipi menghunus ke dalam bilik gua. Burung sedikit mengintai dari luar tingkap gua yang berbokser tapi berselimut. Kipas yang berkejar lembut sesama sendiri itu gua tatap laju. Gua patah-patahkan jari sopan.

Pintu bilik masih diketuk.

Gua tengah berkira-kira nak bagi pelempang ke penendang pada empunya tangan yang sedang ketuk pintu tu.

Ah. Pesen setan, kalau tak dibuat... memang sampai mampus la diketuknya.

Gua jalan malas menuju pintu.

Tok Tok Tok. Bunyi yang tenang tapi menyakitkan.

Member gua yang lengkap berbaju dengan 'sweater'. Baju dalamnya ada baju t-shirt Pulau Pangkor yang ada tapak kaki.

"Okay tak aku dressing macam ni?"

"Emmm," jawab gua ringkas.

Masuk kali ini, dah tiga kali dia tanya pendapat gua mengenai 'dressing'.

Penampilan pertama adalah penting baginya. Pukul 11 nanti, kali pertama dia jumpa bakal aweknya. Kalau jadi, terus kapel.

"Dia kata, dia suka lelaki yang bersukan. Kalau bersweater luar ni nampak macam sportman dah aku rasa" sambung beliau lagi.

"Tapikan... macam tak masuk je baju aku dengan..." dia cuba meneruskan kata-kata.

Dia tak sempat habiskan kata-katanya lagi. Terus menerus gua bagi penendang kena dadanya. Tambah lagi satu tapak kaki dekat tapak kaki baju Pulau Pangkor.

"Kau ingat aku budak fesyen ke? Aku budak engine tau. Budak engine. Tak pernah belajar pun pasal dressing ni. Kau pakai la apa yang kau rasa ok," jerkah gua.

Dia yang terduduk akibat penendang kencang gua mengangguk lemah sambil air mata mula menitis.


Berdasarkan di atas, jelaslah peribahasa 'Bagai penendang dipagari bintang'

Maksud: Penendang seseorang yang tiada bandingannya.



Cik Polisi



Gua ada tiga soalan. Tiga je.

1. Siapa tahu apa hukuman paling ringan yang tak kena bayar denda di Indonesia?

2. Kesalahan apa memerlukan berada dalam lokap selama 2 malam?

3. Balai polis Indonesia ada katil yang empuk tak?




Ke nak gua lari ikut makwe ni?


Ceritera 7: Ica Dan Arnab

Nama arnab Ica sering bertukar mengikut waktu dan cerita dia tengok. Keh Keh.



Hari minggu. Gua memang setting nak bangun pukul 12 tengahari ke atas. Tidur sepuasnya. Tapi ada insan comel ganggu tidur gua. Dalam pukul lapan pagi gitu. Bini gua sudah bangun waktu tu.

"Abah-abah...bangun la" jerit Ica kecil.

"Ye... Ca nak apa" tanya gua.

Gua kesat-kesat mata. Mata kemain tak leh bukak lagi. Kena tunggu bantuan perut. Lapar baru bangun. Hue Hue.

"Bangun... bangun"

Tangan dia yang kecik tepuk-tepuk pipi gua. Sakit dan pedih juga.

"Yeye. Ada apa?"

Dulu. Ada sorang je kacau tidur gua. Iaitu bini gua. Sekarang dah ada dua orang. Tunggu je masa Ica nak warisi teknik membebel yang berkesan dan padu daripada mamanya.

"Ica mimpi tadi" bicara Ica.

"Mimpi apa?" tanya gua malas.

"Mimpi bunyi rabbit kita gini. Caaaa Caaaa.. "

"Oh. Bagus lah. Ica pergi tengor Dora ye. Abah nak tidur"

"Okay bah. Dia jalan sambil bawa buku mewarna"


Petang karang boleh ceritaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Sinar Jumaat III


Saya tepuk-tepuk seluar Jeans saya. Seraya saya berbual denganya.

"Kau pergi solat Jumaat hari ini wahai Jeans. Susah benar kaum kau pergi masjid?"

Seluar Jeans jenama Lewis saya diam kecil. Tompok putih di bahagian paha seluar entah dari mana dapatnya.

Eh. Tompok putih itu bukan seperti kalian sangka. Jauh sekali. Saya tak buat perkara kurang sopan itu. Mungkin itu ubat gigi.

Malam ini saya mahu kurangkan sedikit bersosial di alam maya. Rugi masa. Rugi pahala kalau berbual dengan binatang-binatang, puaka-puaka di alam maya saya. Terfikir juga saya mahu 'Unfriend' dengan mereka.

Tapi saya bukan pesen menyalahkan orang lain jika apa-apa berlaku.

Jam pukul 8 malam. Tapi saya tak solat magrib lagi. Syahdu betul. Tata tertib saya kurang sopan. Lantas saya pederas langkah mengambil wuduk.

Sujud saya kali terakhir di tikar sejadah agak lama.

"Lalai sungguh hamba-Mu ini ya Allah" sayu dihati saya.


***

Indahnya hidup beriman. Sejahat mananya kita, selagi kita beragama Islam masih ada sinar raudah dihati kita.

Cuma kita tak terbiasa...


Sinar Jumaat II


Dalam perjalanan menuju ke masjid, saya telah selisih dengan makwe kelas. Saya berkira-kira mahu mengorat atau tidak. Makwe jurusan saya kemain jiwa sensitif.

Akhirnya saya hanya senyum kecil. Saya harap dia faham.

Saya sampai di masjid dengan selamatnya. Mendirikan solat tahiyatul masjid dan duduk bersila. Takafur.

Antara ayat khutbah yang menusuk kalbu ialah;

Setelah kalian mengucap dua kalimah syahadah, darjah kalian sesama Islam adalah sama.

Selepas sudah saya solat Jumaat, saya menuju ke kafe untuk memenuhi tuntutan perut. Perut saya mula runcing bila tak diisi daripada pagi lagi.

Syukur. Saya makan nasi putih ayam pedas.

Semua member saya sudah habis mencekik. Tapi saya tak habis lagi. Saya mengunyah 40 kali. Tapi lupa. Saya kira daripada satu balik. Itu sebab saya makan lambat.

Tengah basuh tangan selepas habis mencekik, saya teringat yang saya lupa doa sebelum makan dan doa selepas makan.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk makan lagi satu pinggan. Bukan kekenyangan yang saya cari, tapi keberkatan Illahi. Hue Hue.

Habis makan, saya menuju ke bilik dengan sopan dan tertib. Dengan gosok perut tanda tangki penuh. Gila!


Sinar Jumaat I



Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hajat dihati mahu solat Jumaat dengan mendapat pahala yang optimum. Ada kelas dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari tak membantut niat suci saya ini.

Solat Jumaat ni, seminggu sekali. Kalau 'dating' boleh pergi. Solat Jumaat mesti tak boleh ponteng ye dak?

Habis sahaja kelas, saya bersiap-siap untuk pergi masjid. Mandi sunat Jumaat mengikut sunnah Nabi kita.

Tengah mengelap badan yang sasa lagi punya 'six pack', baru teringat saya lupa baca doa masuk dan keluar tandas.

Sepantas kilat saya masuk dan keluar balik untuk merebut pahala tersebut. Ucapan syukur sentiasa di hati saya.

"Mandi junub bila lagi?," getus saya dalam hati. Nakal.

Selepas mengenakan pakaian yang sesuai, saya menuju ke masjid dengan mulut terkumat-kamit berzikir.

Tenang...

Sesi Temubual Dengan Wartawan

Hai abang Hiro, abang ni... kadang-kadang kacak lah-Erin Malik di FesLipat (FL).




Wartawan: Setelah 7 tahun berkecimpung dalam dunia blog ni, akaltunjang telah diterima ramai. Ramai warga pendidik merujuk akaltunjang untuk membasmi masalah ponteng dan masalah kerosakan akhlak.

Ada juga yang buat blog iras kamu, Hiro. Perkataan akal di depan tumbuh bagai payung pasar malam pada hari Ahad. Pengunaan nama Hiros, Hori, Hari-Hari pun ada. Apa faktor kejayaan kamu sebenarnya?

Gua: Cakap banyak pun tak guna. Tapi satu je gua nak beritahu. Apabila kita dekat dengan-Nya, Dia akan dekat pada kita. Insan kamil pun turut sama dekat pada kita.

Wartawan: Errrrr...


Inilah wartawan. Bila gua cakap guna akal sikit. Berilmiah sikit. Deep sikit. Lipat sikit. Mula la mengelabah. Nanti kang gua balas no komen cakap gua sombong pula. Keh Keh Keh.

Lagi satu, Erin Malik... saya sentiasa kacak okay. Hatta tengah pekene kopi sekalipun.


Ayu Di Alam Magika 1


"Makkkkkkk... mana adik?"

Ayu terus ke bilik adiknya selepas melaungkan soalan pada ibunya yang sedang rancak memasak sambil melayan radio.

"Entah. Tadi ada di depan tu. Main guli" balas emaknya tenang.

Ayu yang masih berbaju sekolah berkejar ke sana ke sini mencari adiknya.

"Ping. Mana Malik?" tanya Ayu kepada Ping. Landak yang baru dijumpanya semalam. Landak betina yang terkena perangkap untuk tangkap ayam hutan.

Ping buat tak tahu. Senyum kecil sahaja Ping sambil meneruskan aktiviti mengali lubang.

"Pingggg... Malik mana?" Jerkah Ayu. Suara ayunya lantas bertukar.

Serta-merta Ping naikkan durinya tanda tak berkenan dengan sikap Ayu yang suka jerkah-jerkah.

Nampak Ping tiada reaksi nak jawab soalannya, dia terus ke halaman depan. Di situ ada kebun rambutan bilik arwah ayahnya. Malik suka benar bermain dekat sana.

"Di sini tak ada," bilang Ayu dalam hati.

Sayang sungguh Ayu pada adiknya, Malik. Dia begitu menyayangi adiknya kerana dia sudah lama menjadi anak tunggal. Selepas 10 tahun barulah emaknya melahirkan Malik. Maka, dia berjanjji akan menyayangi adiknya sepenuh hatinya.

"Hah! Dekat sungai belakang rumah," lalu Ayu berlari sambil angkat kain sedikit.

"Adikkkkkkkkk... Adikkkkk..." laung Ayu kuat. Ternyata launganya tak berbalas.

"Adikkkkkk... Malikkkkk..." Ayu masih berusaha.

"Cucu mencari adik cu?" bicara seorang pendeta tiba-tiba ada dibelakang Ayu.

"Fuhh. Terkejut saya atuk. Ye ye. Atuk ada nampak adik saya tak?"

"Panjang ceritanya... biarlah Atuk terangkan yang mana penting dulu"

Ayu nampak gelisah.

"Adik cucu sebenarnya bakal jadi Raja Di Alam Magika. Alam Magika ialah sebuah alam penuh magika dan tipu muslihat. Segala yang tak pernah lihat di alam kita," jelas Pendeta berusia itu.

"Tapi adik saya?"

"Cucu masih boleh sempat menyelamatkan adik cucu. Tapi perjalanannya sungguh berbahaya dan beronak duri. Cucu sanggup?" soal Pendeta tersebut.

"Apa saja untuk kembalikan adik saya" jawab Ayu yakin.

"Jiwa waja cucu ni. Mari ke mari. Atuk mahu tunjuk sesuatu pada cu"


Ayu berjalan menuruti langkah Pendeta Nan Duka.


Hargai Diri Bersama Dr.H (Siri Dua)


Ini Siri Satu.


Rozmah, 23 tahun. Klang.

Dr H. Saya ini punya masalah yang sejak dari tingkatan satu lagi. Saya gemuk. Boleh dikatakan saya sering gagal dalam percintaan sebab saya gemuk. ( Hello... saya pernah kapel okay... yahoooo!!. Sori terover. Sewel kejap. Hehe. Abaikan).

Semua orang ejek saya secara langsung tak langsung. Kutuk dekat blog lagi la. Blog akaltunjang boleh tahan babi juga. Layan makwe berdada pink saja. Makwe berdada pink tapi berlemak tak nak pula.

Okay. Saya ne memang macam ne Doktor Hiro. Merapu. Maklum lah. Saya kan blogger. Suka tengok jari saya menari-nari atas papan kekunci ini. Nampak seksi. Macam Fahrin pun ada. Arghhh. Saya tak beritahu lagi ne masalah saya. Ok. Err... Doktor hebat tak? Fikir apa masalah saya dan selesaikan. Cepatttt!!!


Penyelesaian:

Terima kasih Roz. Nama boleh tahan stail. Okay. Apa yang boleh gua katakan. Cik Roz mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Serendah ukur lilit badan Cik Roz. Apapun Cik Roz kena ingat tiga perkara.

1. Utamakan akhirat.
2. Akhlak yang terpuji.
3. Jangan mudah terpedaya.

Gua huraikan satu persatu.

1. Dunia ini tempat persinggahan saja. Jangan terlalu hiraukan pandangan orang serta kutukan orang. Mereka suka suka kutuk daripada baiki diri sendiri. Okay. Paling penting akhirat. Blog tu suma duniawi. Jangan lalai. Solat lambat sebab berblog. Terasa tak?

2. Walaupun Cik Roz berbadan besar tapi berdada pink, Cik Roz kena ada akhlak yang baik. Hormat orang semua tu. Bagi landak makan. Buat kandang kambing dengan ada atap. Hubungan dengan manusia pun kena jaga.

3. Jangan mudah terpedaya dengan cinta dusta. Cik Roz pernah bercinta tu, hanya sekadar hilangkan kesunyian? Mahu tunjuk ada kapel? Kena ikhlas ya. Malas dah nak berceramah lebih-lebih.

Okay, gua tak boleh hurai panjang lagi. Ada pesakit mintak penendang kencang. Bye.


7 Ciri Blog Pilihan




Salam bahagia. Mari kita renung kembali keadaan blog kita. Mungkin kita terlepas pandang. Kadang kala kita kena adakan majlis bincang-bincang peringkat akademi coli-coli bersekutu. Baru Melayu boleh maju. Ye dok?


1. Bahasa rojak
"Well, you tahu tak? Yang Pasha adalah man sebenarnya". Euwww. Cuba jangan guna bahasa rojak. Tetap pendirian. Bahasa Melayu, English, Tamil mahupun Mongolia.

2. Kreatif
Ini merangkumi semua aspek penulisan entri. Kalau lu orang pandai melukis, itu memang sangat bagus. Selitkan anugerah Illahi dalam blog lu orang, pasti...dapat tarik ramai pembaca.

3. Ada unsur jenaka
Penulisan yang santai lagi berilmiah memang menarik. Contohnya...ehemm. Kalau baca sampai demam tu, memang terlampau jenaka.

4. Jiwang
Cuba jangan selitkan rindu lu orang dan emosi dalam misteri dalam blog. Membosankan. Sekali sekala bolehlah nak mengadu tu. Kalau banyak kali... tak berapa nak masuk la.

5. Tujuh juta entri dalam sehari
Amat melampau kalau update 10 entri sehari. Blog bukanlah sebahagian daripada Twitter ataupun Facebook. Hasilnya, lu orang akan buat entri bukan-bukan maka pembaca dapat agak apa lu bakal merepek.

6. Pelangi
Tulisan penuh warna warni. Tahulah kehidupan lu orang dihiasi bunga-bunga cinta. Keh Keh Keh. Cuba elakkan guna warna merah, kuning, pink pastu biru. Pastu semua warna pelangi. Mentang-mentanglah masa SPM amik aliran Sains. Hehe.

7. Lambat untuk buka blog
Ini sebabkan terlampau asyik menghiasi blog. Kekuatan blog maju adalah di entri. Bukan hiasan. Okay?



Sebenarnya ini 7 ciri blog pilihan gua. Keh Keh Keh.


Sapa mahu tambah?

Saya bercuti. Saya berbikini. Saya berstim


Pulau Pangkor
Pemandangan tak cantik. Lelaki bercuti dekat situ tak ada six-pack. Panas. Nenek tua boleh la bercuti kat situ. Boleh majukan Malaysia. Buat apaaaa...

Zagazig
Islamik sangat tempat tu. Tak ke celaka kalau media tulis 'Alang-alang pergi bumi anbiya' pergilah umrah terus'. Euwwww. Gampang juga media sekarang.

Bali
Menarik. Media tak berapa ada di sini. Maklumlah, media Melayu bukannya maju sangat bercuti. 24 jam nak cari gosip panas. Anak dia yang rosak akhlak tu tak ambil kisah pun. Haha. Konfem. Saya mahu bercuti disini.

***

Hari 1
Hari ini saya sampai Bali. Seronok tu tak boleh nak kata. Pemandangan indah. Oh Bali, I LOVE U. Saya nampak, orang kat sini suka berbikini. Kalau saya bercoli nampak macam orang berlevel rendah.

Hari 2
Saya nekad. Nak beli juga bikini buatan Bali. Orang kata bikini buatan tempatan kat sini lembut. Macam membelai belahan dedua saya ini. Rasa macam diurut-urut mesra. Ouccchhhh. My God. I beli 5 helai u know!!!

Hari 3
Bikini ni orang panggil helai ke biji ke buah. Kalau buah, saya pakai satu buah bikini untuk tutup buah dada saya yang pink ini. Wakaka. Tak ke rosak Bahasa Melayu saya?

Hari 4
Saya mula berbikini. Ramai juga orang tengok ke arah dada saya sambil bicara sesama mereka. Kata tetek saya besar dan mantap lettewww. Haha. Saya bangga. Muka saya dah la cantik. Ada tetek pink pula. Wowwwwww...

Hari 5
Mulakan aktiviti berjemur. Segala aktiviti dekat laut. Boleh tahan babi juga berjemur dengan bikini ni. Stim gila rasanya bila letak tetek atas pasir di bumi Bali. Bayangkan pasir yang putih itu pelakon kacak negara Barat. Ah Ah Ah.. gersang. Hehehehehe.

Hari 6
Boleh tahan celake juga ular tadi. Boleh ke dia nak raba tetek saya. Nasib baik saya berbikini. Jadi tak la ular itu bernafsu sangat. Serve your right Ular yang gatal. Saya ingat buaya je gatal, ular pun lagi pervert. Haha.

Hari 7
Penat sungguh bercuti di Bali. Seronok dan Stim. Dua S itu jelas menunjukkan saya menggunakan cuti saya sepenuhnya. Balik Malaysia. Teruskan kerja. Berlakon dengan mutu yang optimum. Saya dah lama tak dapat anugerah ni. Celake punya juri.

Saya dalam flight ni. Tidur sambil ramas-ramas bikini pun sedak juga. Haha.




Cinta Coli



Gua buka mata gua pelan-pelan. Demam panas gua sampai ke mata. Sakit. Nak buka mata pun perlu tenaga macam nak angkat tong gas biasa gua buat. Sebelah tangan. Lenguh badan tak perlu dicerita. Sampai nak bagi semut lalu belakang badan pun dah tak larat.

Tiba-tiba gua tersentak.

"Awak dah bangun? Pintu rumah awak tak kunci. Saya jiran sebelah rumah awak. Lama tak nampak awak lalu depan rumah saya, jadi saya ambil keputusan nak jenguk awak. Tengok-tengok awak sakit"

"Oh.. Err.." gua tak tahu nak cakap apa. Gua dah la berbokser dikala itu.

"Jangan cakap lagi. Awak kena demam panas rupanya. Ni saya ada buat nasi bubur. Bagi tenaga sikit"

Gua dah la berbokser sahaja. Makwe jiran gua pula bercoli sahaja. Mungkin lu orang tak percayakan? Tapi ini adalah hakikat. Mungkin dia panas kot.

Ahhh. Gua memang tak percaya. Terus gua ketuk-ketuk kepala gua.

Ternyata gua sedang berangan. Makwe jiran gua sedang jaga bahagian coli dekat Pavilion. Dari tadi gua tercegat depan bahagian coli tu rupanya. Gua memang lama dah angau dekat dia. Cantik semacam.

Gua tengah tunggu tawaran kerja dengan Pak Engku Deraman je. Kalau dah ada kerja, memang gua boleh teruskan niat gua meminang makwe jiran gua tu.


Pengajaran: Rugi wooiii sapa jadi gay. Keh Keh Keh.




Semoga Indah Selamanya

Kekuatan Cinta.



Sebelum kahwin;

"B... jangan paksa Ayang makan budu taw. Tak suka. Busuk"

"B... nanti anak nak dua je. Tak mau lebih"

"B... jauh la balik Kelantan. Balik dengan flight je lah"


Lepas kawin;

"Abang, Mak Abang tak kirim budu?"

"Abang, sangap pulak rasanya nak mengandung. Stim pula rasanya beranak. Nak anak lagi Abang"

"Abang, romantik bukan kita berdua menyusuri jalan raya ni. Sentimental betul"


***

Dengar ni, gua nak kabor sikit. Yang punya belahan dedua tu. Mahupun pemilik dada pink. Nanti lu dah kahwin, semua lu tak suka tentang pakwe lu dulu terus bertukar jadi suka selepas lu hidup berdua dengan dia.

Hal ini berlaku disebabkan keserasian lu orang berdua makin menjadi. Tidur sekatil lagi. Berkuak lentang sama-sama tiap malam Jumaat. Segala yang dia suka, lu orang pun turut suka. Kan?

Tapi mengapa ada pasangan masih bercerai? Mengapa selepas dua tahun berkahwin lantas bercerai? Tapi kapel kemain lama. Lima tahun tuuu. Tak rasa rugi ke?

Apa penyebab faktor perceraian di kalangan suami isteri Melayu? Fikir-fikir. Keh Keh Keh. Pada yang sedang bercinta tu, jangan fikir indah saja.

Zaman bercinta ni, semua indah. Semua bahagia. Tapi mengapa zaman berlaki bini mula goyah?

Antaranya, mungkin sebab masa kahwin tu, pakwe lu orang tunjuk cool, baik sakan. Nyamuk gigit pun masih mampu tersenyum lirik. Sedekah darah depan makwe kononnya.

Tapi sebenarnya jauh berbeza dengan diri sebenarnya. Jadi, masa tengah bercinta tu cuba selami diri sebenar pakwe lu. Tanya dekat member-member dia.

Pakwe dan makwe sama-sama jangan hipokrit okay?


Gua bukan apa, kesian tengok makwe cun jadi janda. Keh Keh Keh.


Cinta Ringan-Ringan

Cinta ada di mana-mana.


Gua ada kenal sorang mamat. Tapi nama dia bukan Mamat mahupun Pak Mat. Manis bicaranya sama dengan manis wajahnya. Makwe duduk Hospital Bahagia mungkin jatuh hati pada ayat manisnya. Tapi sayang perangai macam celaka.

"Saya akan berubah jika saya dapat awak. Pecayalah"

Puaka betul ayat macam ni. Kalau gua perempuan memang gua jelir lidah. Xabi ayat nak sweet. Perangai celake semua orang tahu. Pastu putus selepas dapat dada makwe, dia kata tak kapel ini salah. Kapel buat dosa. Jadi putus.

Seminggu kemudian, dapat makwe baru. Paling stail bila dia kata 'dah tak ada jodoh, nak buat macam mana'. Ini serius faking. Dah tahu bukan jodoh, buat apa ringan-ringan? Raba-raba bagai.

Gua tak pasti sapa salah dalam bab ni. Perempuan tu terlalu cepat tergoda ataupun mamat tu perangai cam gampang. Tapi bak kata pepatah, kera mendapat tetek. Mamat mesti ON saja kan. Kalau perempuan tak rela bagi. Mamat tu gigit jari la.

Nak juga gua jadi perempuan seminggu, nak kapel dengan mamat tu. Pastu kata;

"B, Ayang dah tak tahan. Nak hisap"

"Hisap lah"

Terus gua gunting dia punya konek. Wakaka.

Ngeri tak? Ini entri genre seram lucah. Keh Keh Keh.



Persoalannya, kapel ni untuk ringan-ringan je?



Pengajaran: Sayangilah tetek anda. Kui Kui Kui.



Hancur Hancus


Anneyo... salam.

Bangun pagi tadi, malas nak pergi kerja. Macam tak ada 'feel' nak kerja bila si dia tu tak ada. Arghhhhh.

Malam tadi, aku tengok drama Korea lagi. Daripada kenal dengan si dia, sampai sekarang tak boleh 'stop'. Layan 10 episod sampai tertidur. Boring sudaa tak ada si dia. Tak ape, nanti si dia balik, nak suruh dia peluk lama-lama.

Oh. Si dia suruh aku update blog dia. Tapi nak update ape? Lantak la. Dasar-amik-hati-suami-tapi-terpaksa. Auwww... Best lak ennn sabotaj akaltunjang ennnn.

Nak tanya ni... ada tak tengah kena tinggal laki sekarang?

Ta suke!! Ta suke!! Ta suke kena tinggal lama. Mari kita laung tak suke suami kena outstation!!! Haha. Apa kata kita semua buat demo, pasti kerajaan ambil tindakan. I know. Mesti ramai setuju dengan aku. Euwww. Ahakss.



Adik Ica.

Godek-godek Google jumpa gambar ni. Cumilllllll...Yu olls rasa comel tak? Aku kata comel.



Ouww... kacaknya. Tapi kacak si dia lagi. Hehe.

Aku selaku ahli tetap drama Korea mengesahkan laki aku kacak!


Ok. Tak ada idea nak update apa. Hiro la suro update ni. Aku bini dia ja. Rindu diaaaaaaaa ;(((((((

***

Seminggu yang lalu;

Gua: Sayang, Abang nak pergi outstation ni. Ada kerosakan teruk janakuasa dalam perkampungan orang asli. Mungkin tak dapat kol sayang. Sayang update ye akaltunjang tu? Ape-ape je.

Bini: Alaaa... kena tinggal lagi?

Gua: Yela. Abang kan jurutera elektrik 'maintenance'. Ica ada tu. Tak pe. Seminggu je. Duk elok-elok.

***

Mungkin lepas kawin gua guna khidmat bini gua untuk update blog. Baca jelah ye? Amik hati dia. Keh Keh Keh.

Hancur tak bila bukan gua update akaltunjang? Haha.


Warkah Buat Bakal Bonda


Kehadapan mak cik yang dikasihi. Mak cik sihat? Makan apa? Tak ada sakit-sakit urat belakang? Pak cik macam mana? Emm. Tak manis pula guna mak cik mengikut firasat saya. Boleh saya guna mak ganti mak cik? Nampak lebih sopan dan mesra bukan?

Okay. Tujuan saya tulis surat ini ialah, ingin beritahu saya amat berminat dengan anak mak yang sulung tu. Geram betul saya tengok dia. Mata bulat, pipi gebu. Auuuummm. Okay, mungkin saya terlalu emosi. Hehe. Maaf ye mak.

Mungkin dari sudut lembah kehinaan, saya punyai blog yang kacak. Kacak segi bahasa dan kandungannya. Tapi bukan bererti saya tak punya iman langsung mak. Boleh saja saya 'switch' akaltunjang kepada akalISLAM. Iaitu mengandungi entri kesedaran. Tapi biasalah, anak muda. Kena bagi kesedaran bentuk sindir mahu berbentuk porno. Daripada mereka layan porno, baik layan blog saya kan mak? Ye dak?

Berbalik kepada tujuan surat, saya memang lama ada hati dengan anak mak ni. Tak pernah rasa getaran hati macam ni. Kalau remaja kini sebut tangkap cintan la senang.

Tapi saya tak lah sampai nak masuk minang lagi. Mahu kenal-kenal dengan keluarga dia, mahu mak kenal hati budi saya yang tak berapa berbudi ni. Tapi saya pernah berada di Tingkatan Satu Budi dulu.

Tapi serius. Ini serius kata hamster kalau dia pandai cakap. Saya sangat sayang anak mak cik. Tak main-main dah. Stok buat bini. Kalau nak tulis ayat jiwang umpama-umpama, bagai seperti semua tu, nanti mak geli pula. Hehe. Tapi nak tulis satu je;

Kasih sayang padanya umpama ombak di laut. Sentiasa setia membelai hatinya tak kira waktu.

Saya harap mak kasi la saya berkawan dengan anak mak dulu. Kalau dah serasi, ada duit dan jodoh serta tak ada makwe lain nak kat saya, saya masuk la minang anak mak tu.

Panjang pula saya tulis ni. Sebenar terlalu ghairah dan stim dapat tulis surat kepada mak. Kalaulah mak balas, Lagi lah saya gersang nak masuk minang anak mak cepat-cepat. Hehe.

Mak pandai baca BM ke? Ke nak saya tulis jawi? Saya pandai saja. Malas nak eksen. Keh Keh Keh.

Sekian.

Salam Ikhlas,
Iruka Ichiro
Amir Syahir Yaakob
Bakal menantumu.

***

Okay tak surat gua? Ke kena buat balik? Selit hadis ke, selit syair mahupun selit pantun pecah kaca pecah gelas tu? Haha.



Seminggu Pertama (PPS)




Pagi yang indah. Arnab berenang dengan bantuan ikan keli. Kura-kura terbang dengan pertolongan dua ekor burung helang. Belalang mengajar itik melompat di sertai kancil. Begitulah harmoni ekosistem dekat kampung gua dulu. Kini, ikan keli pun makan ayam. Ekoran tiada makanan bersih. Order ayam kentaki daripada cawangan kentaki milik bersama bunian-ikan duyung.

Pada 21 Mei 1989, ataupun 15 Ramadhan... lahirlah anak ustaz Yaakob yang ke tujuh. Menangis berlagu selepas disambut bidan Mak Kiah. Gadis berusia sehari. Oh. "Ada kote, lelakiiiiii..."laung bidan Mak Kiah. Lelaki berusia sehari sungguh kacak daripada kecil. Gua la yang lahir tu.

Ayah gua tiada ketika gua lahir. Abah gua sertai orang kampung halau babi dalam sawah padi milik Pak Noh. Kakak atas gua sedang bagi landak makan terus bergegas ke bilik mak gua.

Selepas seminggu, terjadilah detik hitam. Peristiwa pahit dalam hidup gua. Iaitu gua digigit nyamuk. Memang celaka. Gua yang kiut ini dibahannye mentah-mentah. Habis merah badan gua yang dulunya putih melepak.

Itu sahaja pengalaman pahit gua. Kalau nak kira, kakak nurse yang selalu datang jenguk mak gua pun ade cium-cium gua. Siap peluk gua dengan erat. Gua tak pasti itu pengalaman pahit atau manis.

Sekian. Itu sahaja lah dapat gua kongsikan. Dah cukup sebak dah ni. Nak pinjam dada boyeh??? Eerrr... maksud gua nak pinjam bahu.

Pengajaran:
1. Gua malas nak cerita pengalaman pahit yang betul-betul, sebab tak ada orang kisah pun kau mati ke hidup ke ennn?
2. Susah doe nak cari kawan boleh kongsi pahit. Kalau ada pun, member nama dia Paa Hit.
3. Hormati ibu bapa kita.
4. Hargai flora dan fauna.
5. Janji mesti dipenuhi. Itu adalah maksud janji. Gua dah langsai janji dengan lu Akim.
6. Hisaplah rokok diusia muda, pancit awal..gua tak boleh tolong.
7. Gua tak mahu menang Akim. Saja bagi up kontes deme.

SukaNeka:
Gua malas nak tag orang. Sebab ini entri kucar-kacirkan kontes. Keh Keh Keh.

Klik sini nak join. Pukul 11.59 malam ni tutup. Cepat.



Ceritera 6: Ica Dan Botol Susu


Malam itu, gua teman Ica buat kerja sekolah Cikgu BM bagi. Gua senyum bangga saja setakat nak ajar anak subjek BM ni.

"Abah-abah"

"Ye Ca.

"Tadikan, kawan kelas Ica nangis"

"Napa?"

"Dia tertinggal botol susu dia bah"

"Oh... nasib baik Ica dah tak guna botol susu. Kan?"

Ica buat muka.

"Rasa nak hisap botol susu la bah"

"Minum guna gelas la Ca. Baru nampak besar. Kan"

"Tapi Ica tak ada adik lagi. Kawan Ica cakap gitu. Tak ada adik, leh lagi hisap botol susu."

"Abah tak kasi. Tanya mama"

Terus Ica berlari ke dapur.

"Mama... mama.. Ica nak susu mama"

Gua rasa panas semacam. Menyirap pun ada. Tadi nak botol susu. Sekarang nak susu dada pula.

Agak-agak, apa lah kawan kelas Ica beritahu pada Ica. Dia masih hisap susu dada mak dia mungkin.


Kenangan Kelas


Di keheningan pagi. Embun semalam yang menitis kian mengembang pergi. Pemilik sepasang dada berpakaian sekolah menengah lintas di warung kopi. Belakang pemilik dada itu, ada budak lelaki yang berpakaian sekolah juga. Tapi selekeh. Baju sekolah tak masuk dalam.

Pak cik-pak cik di warung kopi lantas buka cerita pasal sekolah.

Pak cik 1: Aku dulu dekat sekolah. Jahat betul. Mencuri je kerja dalam kelas.

Pak cik 2: Ah kau, aku dulu. Time muda. Kacak. Pernah main judi dalam kelas.

Pak cik 3: Aku lagi true jahatnya, aku pernah padam papan hitam guna tuala wanita budak kelas aku. Kah Kah Kah.

Pak cik meja sebelah pula menyampuk;

"Aku pernah ramas tetek budak perempuan kelas. Releks je"

Tokey warung menyampuk;

"Fakkk tuiihh. Itu pun nak kerek ke? Aku pernah romen dengan cikgu dalam kelassssss. Bukan sekali. Tiga kali. Tiga kaliiiiii"

"Dah la pak cik-pak cik... Saya pernah keluar agama dalam kelas. Pak cik pernah? Ada bran?," bilang budak lelaki yang berpakaian sekolah selepas membeli sekotak rokok.

Angin sayu terus menyelubungi warung tersebut.

Memori Cinta (Akhir)


"Abang ingat lagi tak? Yang Abang kata Abang tak cinta Sayang? Sayang terkejut betul. Sebenarnya Abang nak kata Abang tak cinta Sayang saja... tapi Abang setia. Hehe. Sayang Abang"

"Budak-budak je bercinta saja, Sayang. Setia harem"

"Sayanggggg Abang... peluk leh?"

"Wekkk!"

"Jahat"

"Haha. Dah la. Jom makan. Emm. Lapar da ni. Nak berapa senduk? Malam ni, abang jadi 'Butler'. Hehe"

"Dua senduk je. Nanti gemuk"

"Dua senduk Sayang minta. Abang bagi tiga senduk percuma. Jadi lima senduk. Haha"

"Abang! Tak mauuuuu..."

Mereka makan sambil disusuli gelak tawa. Bebola mata Afiqah turut menguntum senyum melihat latah suaminya.

***

"Doktor Haslan. Kawan saya berperangai pelik. Dia selalu cakap sorang-sorang" ujar Suraya.

"Maksud Cik Suraya?"

"Emm. Ada minggu lepas, dia mahu belikan suaminya hadiah. Balik awal sebab suami dia demam la. Suami dia tanya bila saya mahu kahwin la. Tapi suami dia sudah meninggal dunia. Setahun yang lalu" terang Suraya.

"Meninggal sebab apa?"

"Keracunan gas dalam laluan bawah tanah. Suami dia pegawai OSHA. Dia membuat pemeriksaan di sebuah kilang. Tapi terlibat dalam kecelakaan" tambah Suraya.

"Oh. Kesiannya. Mungkin dia tak dapat terima kenyataan suami dia sudah meninggal"

"Tak doktor. Dua bulan lalu. Okay ja. Lepas dia dapat tahu dia sudah peringkat akhir barah payudara. Dia jadi macam ni"

"Dia ada barah payudara?"

"Ye. Muda lagi"

"Usia muda pun belum tentu jaminan tak ada. Mungkin dia buka satu kotak imaginasi. Dunia dia dengan suaminya sahaja"

"Hah?"

"Hmm. Cik Suraya harus menemaninya untuk sementara waktu. Boleh?"

"Baik doktor"

***

Afiqah Najwa sebenarnya sudah bergelar janda. Suaminya sudah mati. Afiqah seakan tidak dapat menerima suaminya sudah pergi.

"Fiqah. Kau nak pergi Paris?" tanya Suraya selepas sampai rumah Afiqah.

"Ye Su" jawab Afiqah ringkas.

"Buat apa?"

"Bercuti"

"Kau tahu kau sakit kan. Kau kena terima rawatan. Jom ikut aku ke hospital"

Suraya terus menarik tangan Afiqah.

"Su!!! " betak Afiqah kuat.

Terus Afiqah menarik tangannya kuat.

"Kau sakit kan. Kau akan mati kalau kau tak pergi hospital. Aku tak mahu kehilangan kau Fiqah!"

"Aku memang akan mati pun! Tapi aku mahu memori cinta aku kembali. Aku mahu bersama suami aku, sebelum aku pergi"

"Fiqah..."

Ye Su. Aku sedar. Kau nampak aku pelik kan sekarang. Aku tahu suami aku sudah mati. Aku tahu Su. Tapi sebelum aku menutup mata. Aku mahu ulang semua memori aku dengan dia. Daripada kami mula kenal sehingga hari terakhir dia tinggalkan aku. Aku sudah tak ada masa Su," rintah Afiqah dengan nada sayu.

Mutiara jernih Afiqah Najwa mula menitis.

"Fiqah..."

Suraya turut menangis sama. Dia nampak Afiqah Najwa kian lemah. Terus dia peluknya erat-erat.

"Kenapa dia tinggal aku Su. Kenapa. Sekejap sangat dia tunjuk cinta dan setia pada aku Su. Aku tak puas Su. Kasih dia sangat mendalam Su. Aku lemah tanpa dia Su.

Suraya hanya mendengar keluhan Afiqah.

"Mana janjji dia nak jadi ayah yang bertanggungjawab Su. Mana. Dia sudah jadi suami yang baik. Suami yang paling sempurna"

Makin laju air mata Afiqah keluar.

"Sabar Fiqah. Ada hikmah tu" pujuk Suraya.

"Kenapa Tuhan tak ambil sahaja suami orang lain. Yang tak bertanggungjawab tu. Kaki botol, kaki judi tu semua. Kenapa mesti suami aku Su"

"Dah. Dah. Flight kau pukul berapa ni," pujuk Suraya sambil kesat air mata Afiqah. Air matanya masih belum sempat dia kesat.

"Lagi dua jam"

"Okay. Okay. Aku hantar ye. Korea kau pergi tak?"

"Pergi Su. Itu tempat 'anniversary' kami yang pertama."

"Okay. Kau jaga diri taw. Lepas balik Malaysia. Kau pergi mana?"

"Balik kampung. Rumah aku. Memori cinta aku dan dia mula tersemi di masjid kampung aku"

"Okay. Jom makan. Lapar la"

"Kau ni. Okay-okay je. Hehe. Tapi, buruk benar kau nangis." sakat Afiqah.

"Kau lagi buruk. Haha"

Mereka gelak sesama sendiri. Afiqah masih boleh ketawa dalam menangis. Suraya memang kawan sejatinya.

Selepas mengunci pintu rumah, kereta Suraya mula menghala ke KLIA.

"Abang, memori cinta Abang pada Sayang. Sayang tak pernah lupa..." hati Afiqah berbisik.



SukaNeka:

Para pencinta novel, apa salahnya sertai kontes ni;




Memori Cinta


"Abang baru balik kerja? Lambat betul" sapa Afiqah Najwa menyambut kepulangan suaminya.

"Oh. Pukul 4 petang ada meeting. Pukul 5.30 baru habis" balas suaminya ramah.

"Oh. Kesian Abang penat. Jom minum petang, Sayang ada goreng karipap"

"Hehe. Terima Kasih Sayang. Jom berlumba sapa sampai dulu ke dapur?" ajak suaminya.

"Eiiii... Abang. Tunggu Sayang!!!"

Afiqah Najwa. Bekerjaya sebagai kerani di sebuah syarikat di ibu kota. Dia sangat cinta akan suaminya. Cinta dia pada suaminya memang tak dapat disangkal lagi.

"Abang..."

"Ye Sayang"

"Ni Abang kan conteng?"

"Apa tuu..."

"Nih"

Perkataan 'Afiqah Bucuk!' terconteng di kertas kerja Afiqah.

"Abang tahu tak ini Sayang kena hantar ni kat bos esok?"

"Alahhh. Print la lain"

"Malas. Abang buat. Abang la kena print balik"

"Wekkk"

"Eiii. Nak kena cubit"

"Marilah. Abang rela nyah!"

"Eiiiiii!!!"

Ahmad Rohaimi juga suka menyakat isterinya. Dalam sehari. Mesti ada. Kepalanya memang tak betul mungkin. Paling tidak pun. Telefon isterinya guna telefon pejabat menyamar jadi pegawai bank. Kata Afiqah Najwa tak bayar lagi ansuran kereta.

"Abang.. Abang tak basuh pinggan lagi. Kenapa dah letak dekat rak?"

"Di jalan sendiri la Sayang.."

"Abang jangan macam-macam. Sayang tengah bad mood ni"

"Eleehhh. Bad mood konon. Malam nanti jangan tidur peluk abang"

"Alaaa. Tak mahu laaa. Abang. Okay. Bos marah Sayang tadi. Lambat hantar dokumen. Padahal Sayang dah letak atas meja dia"

"Abang suh duk rumah degil. Hehe. Meh dekat Abang"

"Pinggan tu sapa nak basuh?"

"Nanti la. Ni cerita ni. Best taw Sayang"

"Cerita apa?"

"Tengok la"

Ahmad Rohaimi pandai melayan isterinya yang manja-manja. Gaduh biasa-biasa tu kerap juga. Tapi mereka pandai menjaga hati masing-masing. Mereka memang mencintai satu sama lain. Mereka sandarkan cinta sejati. Bukan paras rupa. Itu sebab mereka masih kekal bahagia walaupun sudah dua tahun berkahwin.

***

"Afiqah.. doktor cakap dengan aku. Kau dah lama tak pergi hospital. Kenapa?" tanya Suraya.

"Hehe. Tak ada apa. Aku sibuk sikit. Minggu depan aku pergi ye" balas Afiqah.

Suraya merupakan kawan karib Afiqah sejak sekolah menengah lagi. Dia mula ragui dengan sikap Afiqah yang pelik sejak kebelakangan ini.

"Aku okay la Su. Jangan risau okay?"

"Yelah. Yelah"



Bersambung...esok ye? Keh Keh Keh.