Restoran Akal Tunjang

Ada restoran macam ini dah kira boleh buat muka kerek pada Pak Cik KFC.




Tengah malam itu, gua lapar semacam. Nak layan majalah Playboy edisi World Cup tak keluar lagi. Nak layan iLuvislam tak berapa nak masuk. Nak bukak buku ELECTROMAGNETIC FIELDS THEORY lagi lah. Terus gua dan kawan gua keluar makan. Gua memang cuba tak keluar malam. Kot ketagih merempit gua kembali lagi dan semangat pukul budak suka rayau malam.Tapi gua tak tahan. Macam gua tak tahan nak tengok makwe jogging dalam hujan.


Tak kan nak tidur dalam perut lapar?. Layan makwe-makwe berYM dan berfesbuk dalam perut sedang menari bogel? Riak perut gua yang sasa mesti di isi. Mahu makan megi, habis stok. Terus teringat makwe bermata stim. Rambut dia sama dengan megi. Kui Kui Kui.

Nak buat kopi Abang Boleh tak ada. Terasa nak minum kopi Jantan guna straw tak kesampaian. Jadi kena makan luar juga. Sampai-sampai gua ternampak macam member sekampung gua. Berambut macam Mawi. Tengok dari belakang memang sama. Terus gua tegur.


"Lewat demo make?" gua memulakan perbualan.

Sekali dia balas Sarawak daa. Dari belakang tengok memang sama. Rambut macam Mawi. Badan sedikit gempal. Nasib baik malam itu gua tak terfikir nak tegur macam biasa gua tegur dia.

"Wei faking, lamo hile? Kuat main sabun ko?" Sambil sekeh kepala dia.

Pehh. Baru nak suruh dia belanja makan. Malam tu, gua nampak iklan susu lembu. Jadi terus rasa mahu makan Nasi Goreng Daging. Dalam perjalanan gua janji nak makan nasi lemak. Janji pengakap gua buat untuk makan nasi lemak berharga RM2 tak tercapai. Sebab makwe tak ada dekat situ untuk bagi inspirasi untuk gua order nasi lemak.

Gua makan ikut sunnah Nabi. Kunyah makanan 40 kali. Member gua marah-marah. Apa taknya, gua duk bilang 40 kali, lupa. Gua kira dari satu balik. Dia kata gua makan lambat. Gua hanya senyum melirik saja. Dia tak tahu gua ini beriman dalam diam. Orang selalu tengok luaran. Bisik gua sorang-sorang.

Hampir habis gua mencekik, gua nampak macam tokey restoran itu. Baru sampai. Mungkin mahu tengok keadaan pekerjanya. Bagus juga tokey gitu. Ada sinar keusahawan dalam mata dia. Memang berbakat dia jadi tokey. Gua ingat satu hari nanti mahu buka restoran makan juga.

Restoran Akal Tunjang.

Pehh. Memang mantap. Nanti musim bola boleh gua layan dekat restoran gua. Free kalau nak minum sirap. Kui Kui Kui. Orang kata, orang Kelantan pandai masak. Masak apa pun sedap. Jadi gua akan amik tukang masak dari Kelantan. Kalu tak ada, ambil dari Thailand. Mungkin orang Thailand belajar masak dari orang Kelantan.

Dengan member gua tak bagi muka. Nanti rugi. Harga sama. Tak ada harga kawan. Kejam ek? Gua ingat lagi pesan Haji Bakril kepada gua.

Duit dan kawan bukan segalanya. Tapi rezeki halal punca keluarga bahagia.

Gua cuba mencungkil apa maksud tersirat beliau. Cikgu BM gua pun tak dapat huraikan. Tapi gua yakin, beliau nasihatkan 'Jangan gopoh dalam mencari cinta. Apabila dapat kekasih halal untuk buat keluarga, jangan sampai bercerai. Jika bercerai juga jadikan bekas isteri sebagai kawan dan jangan bagi duit kepada encik bernama Tapi'. Itu hanya bingkisan awal kajian gua.

"Demo tuuu... cepat la make...lewat doh ne," member gua menghapus lamunan gua. Wajah Haji Bakril menghilang dek suara mengjantannya. Cilakak. Nasib baik gua tak tersedak. Buruk benar apabila orang Perak cakap Kelantan.

Restoran Akal Tunjang. Sampai kolej nanti, terus gua mahu baca laman berkait dengan bidang perniagaan. Gua yakin restoran itu bakal wujud. Tunggu lah nanti. Tetiba gua semangat waja. Cuba buat mata penuh keushawanan.




Ahli Geng Mat Motor

Kalau orang kita rempit guna motor ne, baru orang Jepun 'respect'. Ye dak?




Ingat lagi, masa gua mula-mula pandai bawa motor. Rajin saja pergi beli santan, ikan dan apa yang mak gua suruh. Rajin juga pergi ambil adik gua dari sekolah. Kerja menghabiskan minyak motor abah gua saja. Lewat juga gua pandai bawa motor. Ketika cuti tingkatan dua. Pada masa itu juga gua di dedahkan dengan Mat Motor dan Mat Rempit. Gua tengok templete yang di edarkan kepada gua. Ada dua.

"Mat Rempit Raja Jalanan"

"Mat Motor Makwe Ramai"

Gua rasa, baik gua menjurus kepada Mat Motor, dapat makwe ramai. Baru nampak macho ada makwe. Boleh juga pandai tukar tiub motor kalau bocor. Lalu gua pun mendaftarkan diri pada pihak pengurusan Mat Motor. Lagipun, yuran tak kena bayar. Macam nak daftar mengundi juga. Tapi gua kena bawa surat beranak.

Pehh. Lepas seminggu permohonan, gua dapat keahlian Mat Motor. Siap ada kad ahli lagi. Setakat ini gua tak ada lagi kad ahli. Gua tunjuk dekat member gua yang tak bersunat lagi, terus dia cemburu. Sampai dia buat kad ahli palsu guna manila kad kaler merah.

Pada hari minggunya, gua keluar lepak dengan geng Mat Motor. Memang meriah. Motor superbike pun ada. Ada gadis bohsia juga dekat sana. Terus gua rasa semacam. Berdebar-debar pula tengak gadis bohsia tu. Duduk lepak dekat kedai makan. Memang mengharukan. Gua dah la ada RM 2 saja. Terpaksa la beli sirap ais je.

Ada brader geng motor cabar gua, katanya gua bakal mewarisi empayar Mat Motor. Gua macam insan terpilih tambahnya lagi. Gua antara yang termuda sertai geng Mat Motor. Gua apa lagi. Terus sahut cabarannya. Dia suruh gua bawa motor sambil ada makwe duduk belakang gua. Kiranya, gua bonceng makwe tu.

Makwe pula mesti lah 'free-hair', baju ketat, cantik. Ramping. Ehem mantap. Senang citer macam gadis bohsia lah. Pehh. Mana nak cari gadis bohsia ne. Gua tolak. Gua kata gua tak berapa kenal dengan mana-mana gadis bohsia. Lama juga brader yang cabar gua fikir. Lantas dia suruh gua bawa makwe dia. Fuhh. Terus gua jeling dekat makwe dia yang mata lentik tu. Cantik sungguh.

Dalam hati gua, napa dia suruh gua buat gitu. Adakah dia mahu dedahkan gua kepada kemasyhuran Mat Motor? Ataupun makwe dia berkeras nak peluk gua dari belakang? Ataupun makwe dia mahu buat 'love bite' dekat leher gua? Mungkin juga makwe dia pontianak ataupun obses cerita Twilight? Runsing juga gua. Dia suruh gua bawa motor pergi bandar. Teman makwe dia beli tuala wanita. Cilakak. Gua rasa kena tipu pun ada.

Berani juga gua ketika itu, tak ada lesen motor dah pergi bandar. Mahu tunjuk hebat konon. Terus gua hidupkan motor. Motor Yamaha SS je pun. Kui Kui Kui. Gua suruh makwe brader tu pegang baju gua. Jangan peluk pinggang. Gua geli. Nasib baik jarak ke bandar dekat saja. Gua nampak ada mak cik jual nasi lemak. Petang-petang pun ada jual lagi. Saiz bungkusan nasi lemak macam.... Ah. Malas gua nak pikir lucah.

Sepanjang jalan dia tak cakap apa pun dekat gua. Mungkin dia marah dengan pakwe dia atau sebab gua ne budak hingusan itu gua tak pasti. Tapi yang pasti, cermin motor gua dah set biar nampak muka dia. Memang muka dia tengah layan dengan angin petang yang membelai.

Selesai sudah tugasan gua. Terus gua pecut laju-laju balik kedai makan. Hantar makwe ne pada pakwe dia. Haram jadah sungguh pakwe dia. Senang-senang saja bagi orang lain bawa makwe dia. Gua rasa pakwe dia banyak makwe. Itu pasal tak kisah pun. Akhirnya gua dengan dia sampai. Sebelum dia turun dari motor gua. Dia pesan. Betul-betul dekat telinga gua.

Semua jejaka baik, selalu sudah berpunya. Awak jangan jadi sampah masyarakat. Tak sesuai- Gadis Bohsia.





Diari Gua Hiro

Gua sedang belajar mengurus masa dengan baik.




Ini diari gua pada hari bekerja. Walaupun gua tak bekerja. Hari minggu gua tak boleh bagitahu. Tapi yang pasti, hari minggu gua ada tolong John the Don buat roti john. Kadang-kadang kami pergi tembak budak suka buat onar di Lorong Haji Taib.


6-7 Pagi.
Abang, bangunlah... dah lewat ne, nanti Bos marah kan. Abang nak Ayang 'kiss' dulu baru Abang bangun?
Fakta--Orang kejut gua adalah jam telefon ataupun rumet gua.

7-8 Pagi.
Best juga pandu Honda Civic Hybrid ye.
Fakta--Gua naik bas pergi kuliah.

9-1 Petang.
Fokus belajar. Catit apa pensyarah ajar. Kawan ajak main jentik-jentik dan teka nombor ekor, gua tak layan.
Fakta--Kadang-kadang mata mengantuk. Lukis gambar bakal keluarga, anak-anak dan raket badminton.

1-2 Petang.
Rehat. Solat. Makan.

2-5 Petang.
Sambung kelas lagi. Masih bersemangat. Jawab kuiz dengan kadar optimum.
Fakta--Gila pergi kelas petang-petang, baik tidur. Ponteng.

5-6 Petang.
Balik. Beriadah.
Fakta--Gila penat, kelas penuh. Naik bas dari tempat kuliah balik ke kolej kediaman hampir sejam.

See? Cewah. Tetiba berbahasa Inggeris. Tengok lah. Betapa penuhnya jadual harian gua. Itu gua tak selitkan pergi tolong warga emas lintas jalan dan tolong Pak Hamid basuh pinggang dekat kafe. Kalau sibuk macam ini, makwe gua pun boleh lari tinggalkan gua. Persoalannya, kenapa dia kena berlari untuk tinggalkan gua, berjalan sudey. Kui Kui Kui. Gua akui gua memang sibuk memanjangkan.

Gua mula gusar. Ramai bagitahu gua, makwe perlukan perhatian. Tapi gua sibuk, sampai meeting dengan PM Negara Arab-Arab Bersekutu pun gua terpaksa batalkan. Gua kena baca buku pengurusan masa ne.

Malamnya pula, gua mentelaah pelajaran sampai tertidur. Buku rujukan gua buat bantal peluk. Jadi bila masa gua untuk mengejas makwe? Bagi bait-bait puitis karangan gua sendiri? Pergi berdating? Mesej cintan-cintan? Pujuk-memujuk? Memang gua tak ada masa untuk bercinta gua cakap lu. Jadi, jangan bercinta dengan budak engine, tak syok!!~





Jangan Benci Bilang Tidak


Jangan vandalisme, nanti kementerian rugi. Minyak naik, lu orang bising.




Ketika itu, gua tingkatan Tiga Maju. Gua pun kurang pasti mengapa gua boleh masuk kelas Tiga Maju. Nak katakan gua ini maju seperti budak-budak lain tak lah sangat, maju macam lagu Malaysiaku Maju pun tak juga dan maju seperti motto dalam buku porno, Majulah Porno pun tak juga. Malah, gua bukanlah pewaris kepada Syarikat Maju Holding. Tiap malam minggu layari MelayuMajuPanas pun jauh sama sekali.

Gua baru sahaja 'check-in' masuk balik dalam asrama selepas 'fly' pergi pasar malam. Aktiviti kegemaran setiap hari rabu. Usha makwe, beli satay dan beli baju bundle. Kui Kui Kui. Tapi gua pergi petang. Namun pasar itu masih di panggil pasar malam. Gua berharap mak cik jual satay bagi gua beli pada waktu petang. Gua ingat pesan senior gua.

"Kalau nak 'fly', kena 'fly' petang saja. Malam kena belajar dan solat Isyak berjemaah".

Begitulah pesanan senior gua. Sampai sekarang gua pegang. Sebaik saja selamat masuk dalam kawasan sekolah, gua nampak makwe kelas gua. Nama dia Natasha. Gua tengok dia sungguh murung. Lalu gua pun turut lepak dengannya di Teratak Asmara. Budak sekolah gua gelar Teratak Asmara kerana ramai budak duk 'dating' dekat situ. Gua duduk tepi dia. Wangi sungguh bau rambut dia.

"Natasha, kenapa ni? Murung saja?" tanya gua sopan.

"Baru putus cinta," jawab dia ringkas.

"Oh... biasalah," gua cuba pujuk.

Sampai sekarang gua masih berusaha mencari formula berkesan untuk menghilangkan luka orang baru putus cinta. Susah juga. Gua rasa mesti ada tips-tips paling berkesan. Jadi tak perlulah murung sampai abaikan hidup. Mungkin ketika gua tengah sidai coli bini gua, gua dapat fomula berkesan untuk mereka yang murung akibat cinta. Gua yakin itu.

Walaupun gua tahu dia sudah solo sekarang, gua langsung tak mahu takel dia jadi makwe gua. Mungkin gua selesa berkawan dengan dia. Dia pun begitu. Gua tak rasa dia calon bini gua. Tapi serius gua bukan gay.

Natasha. Makwe kelas gua. Sangat cantik parasnya. Body mantap juga. Suka 'free-hair' ketika bukan waktu belajar, ketika petang-petang dan ketika keluar pergi bandar. Dalam kelas pakai tudung kaler putih. Suka pakai minyak wangi mengikut kaler baju. Kalau baju oren, botol minyak wangi pun kena warna oren juga. Suka sangat makan buah-buahan. Gua rasa dia suka makan buah untuk perkembangan buahnya. Ini gua main teka saja. Kui Kui Kui.

Pehh. Gua kenal dia tiga tahun. Maka, gua tahu juga kesukaan dan kegemarannya. Tapi dia selalu tak begini. Jak anak Jin pun pernah kapel dengan dia ketika tingkatan satu dan mereka putus. Tapi tak la sampai murung sampai begitu sekali. Sifat periang dia dah hilang. Lebih teruk dari muke toye. Kensian sungguh.

"Pastu, rumet pula selalu perli, dalam kelas pakai tudung, luar kelas dan 'time' keluar bandar tak. Selalu kena ceramah dengan rumet. Penat lah. Sedih," Natasha merintih tiba-tiba.

"Sabarlah, kalau Natasha rasa tak selesa pakai tudung, tak payah lah pakai. Jangan paksa diri," gua yakin itu ayat paling kemas gua balas.

"Ada budak kacau Tasha. Mintak gambar pakai coli saja. Dia dah top-up kan RM30. Tapi Tasha bagi balik. Ramai duk mesej, kacau Tasha. Mesej lucah pun banyak. Rimas lah," mengadu Natasha pada gua.

"Tasha tukar nombor tepon ye?" gua cuba bagi cadangan.

Tapi dalam hati gua, fakingson tol mamat sekarang, boleh mintak gambar Tasha. Cilakak. Patut pun abah gua pesan.

"Hanset boleh dicari, Ilmu boleh dibawa sampai mati".

"Ok," jawab dia dalam sedih. Lama juga dia mahu balas balik.

Sebab itu, abah gua tak bagi gua beli hanset ketika masih belajar sekolah. Melalaikan. Gua guna telefon awam sahaja ketika itu. Hari makin gelap. Lalu gua ajak Natasha masuk asrama.

Hujung minggunya...

Hari minggu itu, budak-budak asrama dapat balik ke rumah. Termasuk gua. Gua dah pesan dekat Natasha. Balik rumah. Tidur puas-puas. Mungkin dapat lupakan bekas pakwe dia. Dalam bas mahu balik rumah gua, gua duduk belakang rumet Natasha. Yang selalu suka bagi ceramah dekat Natasha tu. Cantik. Pakai tudung. Dia duduk tepi laki. Gua rasa itu pakwe dia.

Bukan main gembira lagi dalam bas itu. Main suap-suap. Main picit-picit hidung. Urut-urut bahu. Gurau senda. Suap menyuap keropok. Minum air guna satu botol. Bukan gua usha ye. Dah pasangan itu duduk depan gua. Gua pula duduk tepi budak laki India. Nasib baik budak India itu tak mintak gua suapkan gula-gula untuk dia. Kalau tak, gua rela terjun dari bas ikut tingkap. Dia punya ceramah hilang kat mana. Kira boleh sentuh-sentuh. Asalkan pakai tudung. Tak gitu?

"Jangan benci bilang faking," getus gua dalam hati.




Cinta Pandang Ke-2907

Bunga mawar hanya untuk makwe yang bernama Ros. Ye dak?




Dirimu,
Mata sungguh menawan,
Darah jenis AB,
Senyuman bak Jabulani.

Diriku,
Hati bergoyang dangdut,
Mata terpesong 90 darjah,
Suhu badan meloncat 7 Celcius.

Kuyakin,
Hembusan nafasmu menjadi pujaan sang pokok,
Kegilaan sang unggas,
Kerinduan sang matahari.

Semua berubah,
Sifat alkali,
Sifat hidrogen
Sifat sudoku.

Kucuba,
Mendekatimu,
Menyayangimu,
Mencintaimu.

Pehh... gua rasa ini cukup power dah. Gua karang puitis ini khas untuk budak junior baru kolej gua. Banyak yang cun woo.
Tapi yang banyak tu, ada makwe sorang ne. Cun habis. Kalah makwe omputih. Gua tak tahu lagi nama dia sapa. Tapi gua panggil dia makwe bermata stim. Memang stim sungguh matanya.

Dah lah rambut 'free hair', kerinting pula tu. Agak-agak, makwe rambut keringting ini subur tak? Kui Kui Kui. Mungkin dalam dua tiga hari proses pemejalwapan dan pergosmokawal aturan ginjal gua berlaku. Sebab asyik duk teringat dekat dia saja. Adakah ini angau?

Celake, gua rock. Tak kan orang rock berjiwa jiwang? Nanti brader Awie tak bagi gua pergi konsert dia dah. Apa pun tiap malam gua selalu nampak dia dengan mata dia yang stim. Cis, bila gua nak cuba tanya mata dia yang empunya mata dia tu nama sapa.

Gua guna akal tunjang, gua post kat sini. Kepada makwe bermata stim. Sila tinggalkan nama sebenar 'U' dekat sini. 'I' tunggu. Selepas ini, tak kan gua nak tulis I dan U pulak dalam belog gua? Layan lagu Fauziah Latiff? Beli buku Pa & Ma? Taip On Name Baby ? Tulisan belog ada kaler Pink? Tahu saiz coli makwe mata stim tu? Gilos. Kui Kui Kui.

Semester Baru

Agak-agaknya kalau gua perempuan, gua bertudung macam akak ini tak?




Minggu ini, bermulalah semester baru. Azam gua pada sem ini, kalau nampak budak junior laki berambut pacak lalu tepi gua, memang gua tumbuk perut dia. Gua sorang saja layak buat rambut pacak dalam kolej. Ada faham? Kalau nampak makwe junior yang 'free hair' pula, gua nak bagi template mengenai Sahabat Masjid (SAHAM). Yang masih muda memang senang nak ajak masuk SAHAM tu. Kui Kui Kui.

Malamnya, gua 'check' apa yang gua sudah daftar subjek. Semuanya 15 jam kredit. Gua pun tak tahu apa itu makna jam kredit. Tapi yang pasti, bila kredit telefon gua tak ada, gua amik kredit subjek gua. Sem lepas gua buat gitu. Ambil sikit takpa. Brader senior gua bagitahu. Inilah subjek-subjek bakal gua belajar.

SIGNALS & SYSTEMS
ELECTROMAGNETIC FIELDS THEORY
ELECTRONICS SYSTEM DESIGN
ENGINEERING LABORATORY V
ETHNIC RELATIONS
ISLAMIC INSTITUTIONS

Tak reti baca tak apa. Jangan paksa diri. Memang susah nak sebut subjek gua. Gua pun tak reti. Guna singkatan saja. Gua nekad. Gua nak tidur awal. Nanti bangun lewat tak dapat tengok Farahin Nurazlin duk sikat rambut dekat bilik dia. Pukul 11 malam lebih terus gua tidur. Kejap saja gua sudah lena. Malangnya gua mimpi gua berada pada Zaman Viking. Gua jumpa dengan keluarga Viking. Gua kembali pada zaman lampau. Gua syak gua bakal mewaris generasi ke-29077 keturunan Viking.

Gua rasa roh Viking dulu kala tahu gua pandai. Itu sebab mereka datang dalam mimpi gua. Lagipun subjek-subjek gua belajar sekarang penting untuk kesinambungan keluarga Viking pada waktu malam. Mahu gua pasang letrik dekat rumah mereka. Antara perbualan keluarga Viking dengan gua.

Ayah Viking.
Lu bakal jadi pahlawan lanun yang unggul. Belakang kolej lu ada telaga minyak. Kalau minyak naik. Gali lah. Tunggu harga minyak naik dulu. Pergi melanun. Jangan melucah.

Ibu Viking.
Perempuan Viking suka orang romantik. Jadi. Beli buku romantik banyak-banyak.

Abang Viking.
Lorong Haji Taib bakal popular di antara lorong-lorong yang gelap seangkatan dengannya. Pergilah ke sana. Buka minda. Buka hati. Buka baju. Buka seluar. Lu bakal dilayan macam raja!!!

Adik Viking.
Orang Islam ramai nanti. Tapi mereka cintakan dunia dan takut mati. Maksiat merata-rata. Ada yang bertudung tapi tak bertudung dengan betul. Kamu, bertakwalah kepada Illahi. Tak akan sesat nanti.

Kakak Viking.
Gua tak pakai bra ne. Memang bra tak cipta lagi. Tak percaya? Mahu tengok?

Wooii... bangun-bangun... subuh-subuh. Gilos. Rumet gua potong mimpi gua. Kalau tidak, gua memang kena mandi wajib. Kui Kui Kui. Gua syak adik Viking itu peluk Islam senyap-senyap. Betul apa dia cakap. Pakai tudung macam tak pakai. Gua syak ramai berpegang pada 'Dari tak bertudung, baik bertudung. Nampak rambut sikit kira tak apa lah. Daripada perempuan lain tak pakai tudung langsung'. Ini serius faking. Eh. Kenapa gua mula berceramah. Gua syak gua mula minat untuk mendalami Islam dengan baik. Ke mana tumpah iman abah gua kalau tak kat gua. Ye dak?

Malam keesoknya. Gua lepak dekat kafe dengan rumet gua. Ramai sungguh orang dekat kafe gua. Kan cantik pakai tudung tutup gini. Macam Wardina Saffiyah pun ada. Bertuah betul laki itu. Gua puji dalam hati kepada makwe duduk depan meja gua. Gua senyum sorang. Tapi bawah meja, dia bagi pakwe dia pegang tangan dia. Terus gua teringat pada kata-kata adik Viking. Dalam kolej pun sempat buat maksiat. Celake.

Akademi Belog


Gua memang tak reti main benda ni. Susah nak kena tengah.





Jimmy Hasyimie: Kini... pencarian blogger terhebat bermula. Semua blogger junior yang nak amik pangkat otai kena masuk akademi ini. Jadi, siapa yang layak? Siapa terkubur? Siapa menangis di malam hari? Semuanya terletak pada undian anda. Anda menentukan layaknya blogger ini bergelar blogger otai. Minggu ini, seorang lagi. Blogger Hiro. Akal tunjang menjadi taruhannya. Apa kabar Encik Hiro?


Gua: Sihat. Saya dah sedia.
Dalam hati gua, berdebar sungguh. Banyak pula pengkritik. Gilos ke apa. Rasa nak terkencing pun ada. Nasib baik boxer gua serap air. Haha.

Jimmy Hasyimie: Okay. Kalau Hiro dah sedia. Kita terus kepada pengkritik tetap kita. Kita mulakan dari kanan.

Ziana Ayna: 'Not bad'... tapi napa gune bahasa gua lu... x manis la... apa pun menghiburkan.

Aimi Najwa Azmi: Loike it so much!!!!! Saya bagi full of stars. Sebanyak bintang di langit.

Adlin Aman Nazrul: Pening aku bace. Kalo orang lain dah lame aku tutup browser aku.

Aznil Azmawi: Ini belog kamuu? Muke baik, soft. Tak sesuai la nyanyi... opsss... tulis perkataan gua lu, kalau adik saya terikut cakap begitu camna? Malu la dekat cikgu Pendidikan Islam dia. Dah la cikgu dia cantik. Nanti susah lak saya nak masuk line. Apa pun bagus mencuba.


Anonymous 1: Cool.

Anonymous 2: Bullsh*t. Taruk la cerita sal seks Melayu sikit. Baru masyuk.

Anonymous 3: U ni, dah lama blogger? Kemas ja tulisan.


Si Polan 1: Boleh blah weiii... layan Blogporn lagi bagus.


Si Polan 2: Dah boleh jadi otai, tapi kena beli kain dari kedai akak dulu. Nanti akak mesej alamat kedai ek.


Si Polan 3: Sibuk. Tak baca pun. Tengok gambar.

Roslan Azlan: Saya tak nampak apa mesej awak sampaikan. Sila kemaskan bahagian header dengan backgound. Isi tak Islamik. Ilmiah. Rosakkan minda bangsa dan 1Malaysia.


Ning Rose: Belog u tak da soul la sayang. Maaf.


Jimmy Hasyimie: Ok. Begitulah para pengkritik tetap kita. Sungguh panas sekali ya. Jadi, apa tunggu lagi, undilah sekarang. Adakah Akal Tunjang menjadi pujaan pembaca di rumah mahupun di tempat kerja?


Gua:(Dalam hati) Celake, kalau gua tahu, dari awal lagi gua bawa dart. Sapa mulut sama dengan longkang, gua terus baling guna dart. Tak membina langsung komen. Babik sungguh.


Jimmy Hasyimie: Kita rehat sebentar. Kembali sebentar lagi dengan blogger, Shahkiera, TwettySuwitt, Aly,
Nuraimyasmin
, Nadira dan Ron.

Begitulah, ingat senang ke nak jadi blogger otai. Penuh pancaroba. Haha. Gua tulis belog ini pun sekadar suka-suka saja. Tak ada niat nak sakitkan hati orang dan melucah. Opsss... kenapa gua cakap skema sangat ne. Gua rasa ini berkat gua pergi kelas tadi. Emm. gua yakin itu.

Projek Sains

Gambar member ketika tingkatan lima. Gambar tingkatan satu putih hitam. Tak menarik.





Pagi nanti lepas rehat, ada pembentangan belanjawan 2010 dan Dasar Perangkaan Negara. Fine. Gua tak cukup matang untuk campur tangan brader-brader berkot dalam Parlimen.

Okey. Sebenarnya, selepas rehat nanti ada pembentangan projek Sains peringkat kelas. Cerita ini ketika gua tingkatan satu. Cikgu Sains gua suruh kami sekelas mereka bentuk rupa jambatan. Guna botol. Gua syak cikgu gua suka buang plastik-plastik, kaca dan kotak dalam tong yang disediakan oleh kementerian.


Petang itu gua mencari botol-botol sekeliling rumah. Malamnya, gua penuh rakusnya membelah dada si botol. Sangat rakus. Yang bentuk kurang mempersonakan gua buang jauh-jauh. Sambil berkata.

"Body mu bukan pujaan nafsuku...hahaha...," gua gelak jahat.

Hampir tiga jam juga gua bertungkus-lumus. Memang kalau arkitek tengok hasil kerja gua memang dia mahu bersara la kot. Kerja sekolah Pendidikan Islam gua tak sempat nak siapkan. Mata dah mengantuk. Terus gua simpan Buku Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 1 dalam beg. Lantas Gua berkata dalam hati.

"Tiru buku Zainon Zainora Zakaria lah esok pagi," getus gua dalam hati. Nanti cakap kuat-kuat, abah gua bising pula.

Pagi itu macam biasa. Hari ini giliran gua mandi air panas. Gua senyum lebar. Adik gua minta segayung air panas. Gua buat tak endah. Makan pagi dengan roti bersalut telur. Makanan bijiran yang selalu keluar dalam TV, gua rasa nak makan. Gua tanya mak gua.

"Koko krunch tak ada ka mak?" jerit gua sambil tengok jam dinding. Agak lewat gua hari ini.

"Ada... jap... nanti mak ambil Friskies kucing kamu tu. Taruk susu sikit," laung mak gua yang sedang gosok baju adik gua.

Gua releks ja. Mak gua memang suka berseloroh dengan gua. Lepas makan minum semua, gua berlari-lari ke bas sekolah. Nasib baik sempat. Gua duduk tepi Zulhafiz Zulkifli. Member kampung gua selaku rakan sekelas gua. Memang dia datang awal dan tanda tempat gua sekali. 'Port' belakang sekali memang selalu gua dengan dia pilih.

"Ko dah siap kerja sekolah Ustazah Noraizah?" tanya beliau pada gua dengan muka ketakutan.

Gua cuba selami ketakutan dalam dirinya. Fuhh. Memang gua sanggup mimpi hantu dari tak siapkan kerja sekolah diberi Ustazah gua. Pernah sekali rakan gua kena marah sampai tak datang dua hari kelas. Denda berotan dan jalan itik itu memang jadi satu hiburan bagi budak-budak siap kerja. Diri atas meja memang acara 'grand' Ustazah gua.

Bas mula bergerak. Gua nampak seorang budak sekolah sedang kejar bas dari belakang. Lantas gua bisik dalam hati gua.

"Orang lambat selalu rugi," sambil lambai-lambai pada budak itu.

"Wooi... mana jambatan botol ko?" pekik Zulhafiz Zulkifli dekat telinga gua.

"Ah... sudah... gua tertinggal. Mampus gua," gua balas pertanyaan Zulhafiz Zulkifli.

Lantas gua terfikir.

"Orang lupa selalu rugi," getus gua dalam hati.

Nasib baik abah gua tak kerja jauh. Kerja cikgu sekolah rendah. Bolehlah gua suruh abah gua hantar nanti. Kelas Sains lepas rehat. Dan kelas Pendidikan Islam kelas akhir. Gua senyum sorang-sorang. Memang gua suka pergi sekolah kalau jadual kelas kena dengan diri gua. Kui Kui Kui.

Utusan Untuk S.W


Makanlah buah yang halal, baik untuk jasmani dan rohani.


S.W.
Jalan hutan berliku,
Tepi pokok epal merah,
Dalam hutan Gunung Tahan,
Pahang Darul Makmur.



Menemui kekasihku, adinda S.W. Adinda apa kabar di dalam hutan sana? Kanda ajak datang tinggal bersama Kanda di istana adinda menolak. Apa best sangat ka tinggal dalam hutan itu? Agak-agak, adinda mahu tunggu brader tarzan kah? Kanda di sini sangat gusar dan risau akan keselamatan adinda dalam hutan itu.

Walaupun begitu, kegusaran di hati Kanda dapat dikawal. Oleh kerana Kanda tahu, adinda tinggal bersama-sama tujuh budak kerdil dalam hutan itu. Kanda tahu mereka boleh menjaga adinda dengan baik sekali. Mereka tahu akan selok belok hutan. Itu yang orang suruhan Kanda bilang pada Kanda.

Tujuan Kanda menulis surat ini adalah kerana ingin memberitahu adinda sesuatu. Harap adinda tak ambil hati. Buah cempedak boleh Kanda ambilkan jika adinda mahu. Buah keranji pun boleh. Tapi jangan ambil hati. Begini, Kanda tak suka la adinda bawa tujuh budak kerdil itu ketika kita 'dating'. Tak berapa nak masuk. Kanda kekok la ada orang duk perhati je. 'Feel' berdating jadi hilang semacam.

Apa kata Kanda hantar budak-budak kerdil itu pergi main futsal. Memang dah cukup untuk buat team tu. Boleh sertai futsal dalam Liga-liga Bunian. Dalam hutan itu kan ada liga itu yang menjadi kegilaan remaja-remaja bunian. Jika meraka mahu tunjuk lagak pada 10 budak hitam, Kanda boleh hantar mereka pergi ke Slovakia. Main dalam Liga-liga Vampire. Kos penerbangan dan penginapan Kanda tanggung.

Tapi kalau budak-budak kerdil itu mahu belajar, Kanda boleh hantar mereka ke sekolah pondok. Kalau nak 'adjust' mereka masuk universiti melampau sangat la kan. Kalau mahu masuk tadika pun cun juga. Sebab saiz mereka macam sebaya dengan budak tadika. Haha. Geli hati Kanda. Maaf. Kanda terlebih.

Jikalau mereka mahu popular, Kanda boleh mengaturkan pertemuan mereka dengan Pak Ngah. Tubuhkan etnik kreatif berkumpulan. Memang boleh 'sale' la album mereka. Lagu Siram Pokok Bunga nanti Pak Ngah gubah menjadi Etnik Kreatif.

Okeylah. Sangat panjang juga kanda menulis. Kanda mahu pergi berburu kijang bertanduk telur di hujungnya. Dengar-dengar, memang wujud. Nanti Kanda hantar utusan lagi. Adinda bawalah berbincang dengar mereka. Ini untuk kebahagian kita juga.

Sekian, yang sentiasa mencintai dirimu, Senah Wahab a.k.a S.W.

Utusan Di-Raja Jeromy.


Ini adalah utusan Di-Raja. Gua terbaca. Apa jadi pada gua? Eh. Lu orang pun bersubahat baca sama. Memang sah kita semua kena hukuman Di-Raja. Gua dah kecut perut. Apapun, gua rasa budak-budak kerdil itu sangat bertuah dapat tidur sebumbung dengan S.W. Kui Kui Kui.


Zoo Negara

Burung ini gua pernah lastik ketika dalam pantang bersunat. Percaya tak?




Masa gua umur tujuh tahun, abah gua kata kalau gua dapat nombor 1, 2 atau 3 dalam pekse pertengahan tahun. Dia akan bawa gua ke Zoo Negara. Sangat girang lah hati gua di kala itu. Bersemangat lah gua belajar ilmu hisab dan ilmu duniawi yang lain. Nama haiwan gua cuba hafal dan tulis. Gua mula pandai eja T.U.P.A.I. Budak-budak lain sebaya gua masih terumbang-ambing di buai main robot bagi lelaki, dan patung bagi perempuan.

Siri Ultraman yang menjadi 'favourite' gua ketika itu terpaksa gua korbankan. Dua minggu gua tak layan. Sibuk belajar punya pasal. Buku Matematik yang gua sorok dalam almari gua amik balik. Buku Bahasa Melayu yang berhabuk gua kebas-kebas guna penyapu. Buku Bahasa Inggeris buat lapik akuarium gua jemur balik bawah mentari. Buku Agama Islam yang gua selitkan sekali dengan Buku Iqra adik gua. Gua rasa nak lempang je adik gua. Dia dah siap conteng-conteng buku gua.

Semua buku gua dah berkumpul semua. Bersatu menuju kejayaan. Mat Nor yang tak pandai zip seluar ketika itu ajak gua melastik burung. Memang menjadi hobi gua ketika itu. Menangkap belalang dengan pepatung jatuh ke tangga kedua dan ketiga. Dekat tangga Mak Cik Bedah Bidan pun gua selalu lepak untuk berteduh jika hari hujan. Tapi gua ada misi. Gua tak bagitahu Mat Nor. Nanti dia gelakkan gua. Apabila gua dengar bunyi selipar Mat Nor dari jauh, terus gua tutup pintu dan tingkap.

Berkali-kali Mat Nor panggil nama gua. Gua buat diam. Dua minggu saja gua berkorban. Kalau abah gua bagi, gua mahu ajak Mat Nor pergi zoo dengan gua. Dalam kelas gua fokus saja. Susah nak lihat gua fokus ketika itu. Petang lepas sekolah terus gua buat latihan Matematik. Banyak juga kerja sekolah yang dulu-dulu cikgu gua bagi gua tak siapkan.

Loceng berdering...

Keputusan pekse diumumkan. Hati gua berdebar. Ketika itu gua tak pernah pandai berdebar jika bab dengan pelajaran. Dengan Milah je gua selalu berdebar. Nak ngorat pun jeling-jeling sekeliling. Nombor satu dapat pada budak pompuan. Nombor dua pun pompuan. Nombor tiga pun pompuan lagi. Laki dapat nombor lima. Itupun bukan gua. Gua dapat nombor
sembilan.

Hancur luruh hati gua. Gua tak sabar nak tanya abah gua. Dia bagi jugak ke gua pergi zoo. Gua akan buat muka kensian ketika cakap keputusan gua. Sebelum itu gua dah rasuk mak gua siap-siap. Suruh 'back-up' gua. Mak gua selalu sayang gua.

Hari Minggu...

Gua sedang bersiap nak ke zoo. Abah gua setuju nak bawa gua tengok haiwan. Gua bangun pagi sendiri. Adik gua pun ikut. Mat Nor gua tak sempat ajak. Seronok punya pasal. Abah bawak motor saja. Jalan sibuk katanya kalau bawa kereta. Gua dah tanya Norhisyam Fadli. Dia dah pergi zoo negara. Dia cakap mahu 2 jam perjalananan baru sampai zoo. Jauh jugak tu. Muka gua tak lekang senyum sorang.

Tapi gua rasa sekejap ja duk atas motor. Kira-kira setengah jam. Gua agak saja ketika itu. Abah gua cakap dah sampai. Gua pelik. Adik gua duk tunjuk-tunjuk pada burung merpati. Gua cuba baca papan tanda atas zink.


"Kedai Burung Pak Uda"

"Hah... apalagi jom la tengok haiwan. Banyak lagi dalam tuh. Mari-mari masuk," abah gua bersuara sambil dukung adik gua.

"Tapi nak pergi zoo," gua sedikit merintih.

"Dapat nombor sembilan kan. Kat sini pun okay dah. Banyak haiwan. Ayam, itik, serati dan pelbagai spesis burung," abah gua buat penjelasan.

Gua terus buat muka masam.




SukaNeka:
Amacam penyokong Brazil? Best tak tengok Brazil dapat pergi akhir? Haha... Gua buat-buat muka simpati ne.