Puteri Gunung Buah sungguh cantik menawan. Seluruh pelusuk Tanah Melayu berbicara tentangnya. Masakan tidak, ada pedagang dari negeri China sanggup berdagang dekat istana untuk tahu di mana Puteri itu tinggal.
Sultan Hamzah. Sultan yang berhati rakyat. Seluruh rakyat di bawah naungannya hidup aman sentosa. Baginda begitu ingin berkawen dengan Tuan Puteri itu. Hasrat baginda tidak dapat dibendung lagi. Cukup bulan mengambang, baginda menghantar rombongan pinang dari pihak istana.
Pihak istana yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Hiro, Tun Parid dan pengikut yang lain. Mereka berdua ini sangat setia pada baginda. Kawan karib baginda semasa belajar di Engelang.
Semasa kecil lagi, Hang Hiro sudah pandai berkata-kata manis. Mungkin rundingan bakal berjaya. Hang Hiro juga selalu mencari ulam-ulaman dalam hutan Gunung Buah. Jadi, selok belok hutan itu beliau sudah biasa.
Akan tetapi, Hang Hiro tak dapat ikut pada hari mereka mahu berangkat. Di katakan Hang Hiro terpaksa di hantar ke negeri Kedah. Ada Sukan di-Raja. Kali ini, negeri Kedah menjadi tuan rumah. Hang Hiro menjadi ayam tambatan dalam pasukan sepak takraw.
Oleh sebab itu, Tun Parid diutuskan ke puncak Gunung Buah itu. Selama berminggu-minggu Tun Parid mendaki Gunung Buah. Biasanya beberapa hari saja, akan tetapi saiz badan Tun Parid agak cemerlang itu sebab mengambil masa berminggu-minggu.
Di pertengahan gunung, beliau menemui seorang nenek tua yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Buah.
Tun Parid menjadi teruja seketika. Walaupun wajah dimamah usia, bahagian exotic nenek itu masih padu. Selepas memperkenalkan diri, nenek itu dikatakan utusan Puteri Gunung Buah. Nenek itu bilang bahawa Tuan Puteri menolak pinangan Sultan Hamzah dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
* 1 eskelator berteknologi Jerman dari istana ke Gunung Buah.
* 1 Asimo berkaler pink.
* 7 dulang hati Pok Ke
* 7 dulang hempedu Pok Ke.
* 7 tempayan air mata perawan gadis dangdut.
* 7 tempayan air pinang dekat Kampung Sungai Pinang.
* 1 mangkuk darah Sultan Berd. Anak kepada baginda. Yang belajar sedang belajar tadika dekat negara sebelah Arab.
Riak muka baginda begitu pilu. Baginda sangat mahukan Puteri itu. Tapi nyawa anaknya bakal menjadi taruhan. Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan.
Seraya Baginda menghantar utusan supaya putera tunggalnya balik ke istana.
"Buat anak baru dengan Tuan Puteri Buah ye dak?"
Baginda ketawa senang diikuti Bendahara yang berkaca mata putih.
"Begitulah cu. Dulu atuk la Hang Hiro itu, kalau atuk tak ke negeri Kedah. Memang atuk dapat buat Sultan fikir dua kali. Putera Sultan sudah tiada. Masih kecil lagi ketika itu."
Gua bercerita pada cucu gua yang berumur empat tahun. Gua nampak mata cucu gua menjeling semacam. Memang sah. Budak zaman kini sukar ditipu. Baru gua nak cerita gua dapat jadi Perdana Menteri Mongolia. Cess. Huk Huk Huk... batuk kecil gua tak hilang lagi.
Haji Hiro
Akal Tunjang,
2061