Ini Tak Adil

Gambar curik dari Abe Farid.



Gua ingat nak komen entri kat belog Hamzah camni.


Sayang...
Ai memang teringin sangat nak layan porno sama-sama dengan yu~
Tapi mase dan kesempatan tak de...
Dulu pernah awak post majalah Playboy dekat saya.
Memang cantik dan unik. Belahan dedua model tu sungguh menawan.
Saya suke posingnya... suke colinya...

Ohh... awak selalu cool dan encem.. muahhxx..



Grrr... kalau gua tulis gini, memang kena banned. Dilabel gay nanti. Kenapa? Gua bukan la cinta dekat Hamzah tu, cuma tali persahabatan gua dengan dia begitu erat sekali. Kalau dengan Abe Farid tali persahabatan itu boleh ditukar kepada tali perperutan. Keh Keh Keh.

Argggh. Kenapa dunia ini kejammmm? Kenapa perempuan je boleh tulis sayang-sayang ni.

Ini semua pemikiran kita. Gua kena ubah. Gua kena bermula sekarang. Kalau mereka di luar sana terbiasa gua bersayang-sayang dengan Hamzah dan Farid, tak lupa juga dengan Tikus mahupun dengan Hazen serta Cidak tapi kami semua ada makwe, mungkin persepsi berubah. Gua yakin itu.
 

Grrr... Geli shial. Haha.


Akal Tunjang 100

Bersyukur walau dimana pun kita berada.


Bismillah.

Serius entri kali ini. Kalau tak, gua tak tulis Bismillah.

Ini entri gua yang ke-100. Yeyyy. Dabooommm... dooommm.... (bunga api). Poyo bukan?

Sebenarnya, gua mahu berterima kasih pada lu orang yang menyokong Akal Tunjang. Kiranya gua telah mencapai separa matang dalam dunia blog. Kalau dunia perempuan, sudah lama tumbuh bulu dan dada mula membulat mahu masak ranum.

Kepada yang sedang menduduki peperiksaan, selamat maju jaya gua ucapkan. Kalau nak meniru tu, sebut Bismillah dulu. Kurang sikit dosa. Hue Hue Hue.

Gua juga mahu minta maaf kepada hati yang pernah gua lukai, entri-entri yang menyakitkan hati. Ya. Awak... awak yang masih berdendam dengan saya tu. Ada buat salah secara langsung atau tidak. Kepada yang ada suruh gua jawab tag, gua minta maaf. Memang gua suka tulis entri guna akal gua sendiri. Bukan sombong.

Terima kasih kepada selalu bagi komen membina untuk gua baik pulih mutu entri. Yang selalu duk Har Har Har je tu. Sudi datang kira gua terharu dah. Haha. Tak lupa kepada semua "Silent Readers". Member gua yang tak ada blog semua. Terima kasih juga.

Kepada yang selalu berkunjung belog gua, tapi gua tak pernah lawat pun. Beritahu cepat-cepat. Supaya gua sekencang-kencang pergi blog lu. Atau nak password Akal Tunjang ne..Hehe.

Ada yang tak bagi gua tulis pasal coli dah. Baik lah. Gua tulis pasal bra pulak. Keh Keh Keh.


Terima Kasih Semua!!!

Persoalanya, adakah kasih gua diterima?







Ini jadual exam budak-budak kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Andai Kau Tahu

Cinta jika tidak dijaga juga akan gugur.




Nama gua Rahmat. Gua berusia 22 tahun. Gua anak tunggal. Kedua ibu bapa gua sudah lama meninggal dunia. Dan ini kisah cinta gua.

Gua punya seorang makwe. Dia cinta pertama gua. Gua sayang dia sangat-sangat. Hubungan percintaan kami bertahan hanya dua tahun saja. Mungkin faktor keluarga dia yang tidak suka akan gua. Ye lah. Gua belajar hanya setakat PMR saja. Mungkin mereka mahu orang lebih terpelajar.

"Tak apa ke Abang hanya ada PMR?"

"Abang ni, Ayang tak kisah la. Janjji Abang cinta Ayang"


Gua sedikit senyum simpul. Dia kini berada di menara gading. Keluar nanti bakal jadi Cikgu. Gua pula kerja dekat pusat membeli-belah tempatan.

"Abang, Ayang bahagia ada Abang taw"

Kata-katanya buat gua bersemangat bekerja. Kumpul duit, masuk meminang dia cepat-cepat.

Satu petang, gua dapat mesej daripada kakaknya. Macam mana dia dapat nombor telefon gua pun gua tak pasti. Mesej yang berbunyi;

Salam. Saya ni kakak Arissa. Saya tahu kamu berdua bercinta, saling sayang satu sama lain. Tapi kami sekeluarga mahukan yang terbaik untuk dia. Agar dia dapat hidup bahagia. Saya tahu sangat perangai Arissa, dia tak boleh hidup susah. Apa yang dia mahu, mesti dia akan dapatkan. Mak Ayah Arissa tak sanggup lepaskan Arissa pada orang yang tak mampu nak ikut kehendak dia. Macam mana nanti jika dia mahu rantai emas? Boleh kamu belikan? Saya harap kamu faham. Semua mahu yang terbaik untuk dia. Jadi, tinggalkan dia. Itu yang sebaiknya.


Gua tak pernah rasa berdebar macam ini. Sangat berdebar selepas baca mesej ini. Gua tahu Arissa bukan jenis yang materialistik. Tapi, ada betulnya kata Kakak Arissa. Gua nekad. Gua akan tinggalkan dia. Gua akan buat dia sakit hati. Sampai dia meluat dengan gua.

Gua pernah dihina kawan Arissa. Bahawa gua ini lelaki murah. Gua tak layak bersama Arissa. Gua nampak jijik depan mata kawan-kawannya. Semuanya berpunca daripada gua merosakkan hubungan ini. Gua tak ada pilihan lain. Gua pura-pura ada perasaan cinta pada seorang perempuan lain.

Gua tahu. Perempuan punya sifat cemburu sangat-sangat. Jadi gua bercinta dengan perempuan lain. Dengan harapan, Arissa boleh lupakan gua. Cari pengganti gua cepat-cepat. Gua pura-pura bahagia dengan makwe baru. Tapi di hati gua hanya ada dia. Arissa sering bertahta dihati. Wajahnya sering bermain di fikiran.

Selepas dua bulan, dia sudah dapat pengganti. Lagi kacak daripada gua. Sudah bekerja. Gajinya mungkin mewah daripada gua. Maklumlah, seorang jurutera berjaya. Gua tak kesah. Gua selalu doakan kebahagianya. Kini dia nampak lebih gembira.

Kakaknya mesej pada gua;

Terima Kasih Rahmat. Arissa sudah ada pengganti. Dia kata dia bahagia sangat. Semoga Tuhan berkati jasamu.

Gua sebak. Gua tak tahu apa patut gua buat. Gua rasa sudah bosan berpura-pura cinta pada makwe gua yang baru. Sudah tiba masanya gua berpisah dengan makwe baru. Lantas gua minta putus. Dia tanya kenapa. Gua tak bisa memberi alasan yang kukuh.

Awak Kejam.

Bekas makwe baru gua hantar mesej. Gua tahu, memang gua bersalah. Memberi dia harapan dan menghancurkan kembali. Tapi apa gua boleh buat? Cinta gua hanya pada Arissa. Sampai mati gua tak berniat mahu cari lain. Gua bodoh. Tuhan jadikan gua bodoh. Belajar tidak pandai.

Hari ini 29 hari bulan. Tarikh ulang tahun percintaan gua dengan Arissa. Entah dia ingat atau tidak. Gua tak pernah lupa akan tarikh tersebut. Semoga dia bahagia. Tapi satu saja gua mahu Arissa tahu, gua masih gunakan dompet yang dia belikan untuk gua. Minyak wangi berjenama Bvlgari. Susah gua nak sebut. Gua bodohkan. Mungkin gaji gua dua bulan baru sama dengan harga minyak wangi itu. Gua guna sikit-sikit saja. Risau habis cepat. Ada tu, bila gua rindu dia saja gua pakai.

"Abang, mucuklah bau Abang. Taraaaaa... ini ada hadiah utuk Abang!!!"

"Apa ni?"

"Bukak lah"

"Ehhh. Minyak wangi"

"Buuuuvagaari.

"Susahnya nak sebut"


Dia ketawa saja tengok gua duk sebut-sebut nama minyak wangi itu. Kenangan itu masih segar dalam ingatan gua.

"Abang, nak beli baju boleh? Satu jeee"

"Gaji Abang tak masuk lagi la Sayang"

"Takpe-takpe. Guna duit biasiswa Sayang. Hehe"


Lagi satu, dia suka sangat beli kasut. Berlambak kasut tapi beli lagi. Katanya, rugi tak beli ketika ada potongan harga.

Gua simpan rahsia ini ketat-ketat. Biarlah hati gua berduka. Tapi, gua tak boleh terima gua terpaksa tipu hati seorang gadis. Bekas makwe gua yang gua pura-pura cinta tu. Jadi gua ambil keputusan untuk bunuh diri. Gua sudah tidak ada sesiapa lagi dalam dunia ini selain Arissa. Gua sudah cuba cinta pada makwe nombor dua tu, tapi tak boleh. Hati gua tak boleh terima dia.

29 haribulan. Tarikh sesuai untuk gua ke Sang Neraka. Gua bodoh. Dunia sekarang mencabar. Gua nasihatkan kepada yang baca ini, belajar la dahulu. Lengkapkan diri dengan ilmu. Jangan bercinta sebelum kecapi impian hidup.


Selamat tinggal kepada dua perempuan yang pernah sayang gua. Gua doakan kebahagianmu di sana.


Rahmat.
1.21 Pagi.
29hb2008.


Pengajaran: Ramai tahu bercinta, tapi tak tahu erti cinta yang sempurna.

 
SukaNeka: Amacam? Kencang tak? Gua reka saja ni. Hehe. Panjang bukan. Hamzah, sah-sah tak baca. Demm.



Gua Cari Pemilik Coli Abadi

Cintailah Cinta.




Gua bukan cari makwe cun melecun
Untuk hidup di puji

Gua bukan cari makwe berdada bulat
Untuk hidup bahagia

Gua bukan cari makwe kaya
Untuk hidup mewah

Gua cari mana dia Kejujuran
Gua cari mana dia Keikhlasan

Kita saling mencintai
Cari kepercayaan di hati
Kita saling memaafi
Cari kepercayaan hakiki

Gua cinta dia sampai mati
Dialah puteri
Dialah penyeri
Dialah melengkapi

Bersama Pujaan Hati
Bersama Pemilik Coli Abadi



Janjji Padamu

"Abang, mahu rumah cam ni"




"Abang, Abang balik lewat lagi malam ni. Kenapa bang?"

Gua diam seribu bahasa. Lantas;

"Erkk. Makan malam dah siap? Abang lapar. Hehe"

Gua cuba lari daripada soalan bini gua.

"Dah... dah sejuk dah pun"

Jam dinding jelas menunjukkan pukul 10.30 malam. Jam dinding hadiah perkahwinan daripada Kila.

Keesokannya, gua balik lewat lagi. Bini gua marah-marah. Sangat marah. Dia kata gua main perempuan lain. Pasang lagi satu.

Gua tahu, bila dia marah sangat, gua kena peluk dia erat-erat. Lepas tu bisik "Maafkan Abang" walaupun gua tak buat silap apa-apa.

"Abang, Abang dah makan kan dengan perempuan lain kan? Saya tak masak"

"Oh. Ok. Tak apa. Abang dah makan dengan kawan. Sayang dah makan?"

"Dah. Dengan Jenab tadi. Makan kat luar. Saya bosan sangat-sangat"

Perut gua bernyanyi kencang. Lapar sungguh tak terkira. Sejak daripada tengahari lagi perut gua tidak diisi.

"Macam mana mahu makan ubat. Harap-harap roti ada lagi la," getus gua dalam hati.

***

Gua cuba tutup pintu rumah dengan perlahan. Gua balik lewat lagi. Gua tak sedar sudah pukul satu pagi. Gua sudah tidak punya banyak masa lagi.

"Abang"

Suara mendayu dari arah ruang tamu.

"Sayang tak tidur lagi?" gua bertanya pada bini gua.

"Saya dah tak tahan Abang. Apa abang buat saya tak tahu.  Balik lewat. Dulu Abang tak macam ni. Napa bang?"

"Sayang. Jum tidur. Abang penat," cepat-cepat gua alih topik.

Dia sedikit merajuk. Dia mengantuk, tapi mahu membebel juga. Memang sifat perempuan mungkin.

Gua kucup dahi dia sebelum tidur.

***

"Abangggggggg....kenapa Abang tinggalkan Sayang...."

"Abanggggg...bangun Abang..."

"Sabar Puan Farisha. Faris Rosli memang sudah lama mengidap Leukimia. Dia minta supaya dirahsiakan daripada Puan,"
jelas Doktor Junaidi.

***

Seminggu berlalu. Farisha masih sedih atas pemergian suaminya.

"Puan Farisha, saya peguam yang dilantik oleh suami Puan untuk membaca wasiat dia kepada Puan"

"Ini pelan rumah yang dia telah berjaya siapkan sebagai cintanya pada Puan. Dia balik lewat malam kerana bertungkus-lumus menyiapkan pelan rumah ini"

"Dan ini geran tanah untuk membina rumah tersebut. Betul-betul dekat dengan tasik. Seperti yang Puan impikan semasa Puan bercinta dengan arwah kan"


Farisha tengok pelan rumah itu dengan sebak. Suaminya memang arkitek yang berjaya. Suaminya berjanjji mahu buat rumah untuknya. Ada juga suaminya mengajarnya dia baca pelan rumah.

Farisha&Faris terukir di atas bumbung pelan rumah tersebut.

"Abanggggg..."

Air mata Farisha gugur juga akhirnya.




Pengajaran: Jangan Meragui Cinta Sejati.

 
SukaNeka: Gua reka cerita ni. Best pulak buat cerita cinta ne. Ye dak?


Mereka Punya Perasaan



Kau gadisku yang cantik
Coba lihat aku di sini
Disini ada aku yang cinta padamu

Kau gadisku yang manis
Coba lihat aku di sini
Disini ada aku yang sayang padamu

Walau kutahu bahwa dirimu
Sungguh dah ada yang punya
Namun kan kutunggu sampai kau mau

Woo, woo, jangan jangan kau menolak cintaku.

Petikan Lirik Puspa ST 12.

 
Perempuan mempunyai potongan badan menawan, cantik, dan barang A, sering dipuji dan dipuja.

 









Comel betul makwe berbadan besar ne
(Tulisan tebal tidak ada kena mengena dengan saiz makwe)












Kebanyakan lelaki mahu makwe yang hot, cantik, ramping dan menawan. Itu lumrah alam. Jadi gua tak kesah, tapi yang gua kesahnya, mengapa perlu golongan tak berapa nak ramping ini selalu dijadikan bahan kutukan. Contoh:

 
Lelaki 1: Woi gemuk, hang halang pandangan aku kenapa? Aku nak usha makwe bajet artis ne.

Lelaki 2: Kalau kurus nak free-hair takpe la. Ne gemuk. Bwueeek... Loya gua.

Lelaki 3: Ko ore gemok ne, kito v maha la sket deh. Mugo bade besar.

Lelaki 4: Mintak-mintak la jodoh den bukan dengan orang gemuk. Buat perabih beras ja. Aminnn.


Ingat, mereka tidak pinta punya saiz sebegitu. Mungkin ikut gen keluarga. Mereka juga punya perasaan. Malah lebih sensitif.

Gua juga punya member berbadan besar. Member sekampung. Selalu kena belasah dengan dia ne ketika gua bersekolah rendah. Memang padu betul tumbukan dia. Dia anak tokey kantin sekolah. Kuat la makannya. Sekarang member gua dah... CUN SIOTTT... Keh Keh Keh. Gua rasa dia guna Dr. Rozmey punya produk la. Makwe berbadan besar bila kurus, mengacam juga ye?


Dengki

 Hidup dengan harmoni


Dalam kehidupan ini, memang perkataan dengki sering kedengaran. Sinonim itu, dengki adalah sifat yang paling bahaya. Sifat dengki boleh membuatkan huru-hara rumah tangga atau lebih dasyat lagi, boleh mengakibatkan kematian. Ah malas la gua tulis karangan SPM. Contoh dengki yang sering berlaku;

Gadis A: Ko tahu tak, makwe Hamzah tu bukan cantik sangat, Over je lebih... argh... napa Hamzah tak pilih aku.
Gadis B: Enko cuba la tekel Hamzah tu. Ko cantik lagi. Body solid pe.

Jejaka A: Aku tak puas hati dengan Pak Faris Kulup, asal kedai makan dia popular hah?
Jejaka B: Ko pergi la taruk lipas malam nanti.

Auw 1: Mak punye kecik la. Yang dia punye besar. Dengkinye Mak tengok.
Auw 2: Tak laku kita nanti Nyah.

Kan? Sifat dengki akan bertindak balas dengan kadar halaju lebih tinggi jika ada member yang suka cucuk-cucuk. Tak hairanlah jika member baik boleh berbalah disebabkan sifat dengki member lain, pasangan hangat bercinta putus sebab manusia berjiwa kedengkian.

Macam mana mahu elak diri daripada dengki orang? Gua masih tercari-cari formula berkesan. Tapi gua ada pegang kata-kata abah gua.

Biarlah kita hidup sederhana, asalkan tak menyusahkan orang.

Kata-kata member gua pula,

Orang tak kacau gua, gua buat baik dengan orang itu.

Kata-kata Janda tepi rumah Mie Ibrahim,

Gua lupa. Maaf.

Dengki sesama manusia gua tak kisah lagi, sebab itu adalah sifat manusia. Ini dengki sesama Melayu tambah lagi sama agama Islam. Pehh. Sedap pulak karang entri berunsur kesedaran ne. Hue Hue Hue. Jadi, patutkah kita berdengki sesama sendiri lagi?

Jangan Tinggal Daku


Selagi Mentari masih mampu menyinari Bumi,selagi itu cinta aku kepada kamu.



"Sayang... Sayang... Ayanggggg..."

Panggilan gua tidak bersahut. Bilik berselerak, baju dalam baldi sudah penuh tapi tidak dicuci.

"Sayang kenapa tidak kejut Abang, lewat dah nak pergi kerja. Sayang ooii"

Gua tengok almari, baju kain bini gua sudah tiada. Coli-coli yang selalu kemas berlipat atas almari pun tiada. Gambar dia dalam bilik pun sudah hilang.

Gua termenung. Oh. Gua dengan bini gua sudah bercerai. Salah gua juga, panas baran. Siapa masih sanggup hidup dengan gua. Darah muda gua yang selalu cepat panas.

Hari ini. Hari pertama gua dilabel duda. Memang terasa kehilangannya. Selalu, pagi-pagi dia dah naik atas badan gua. Cara paling berkesan untuk kejut gua daripada tidur. Rindu pada dia makin terasa. Sarapan pagi siapa mahu sediakan. Baju kerja gua masih berkedut. Bilik pula bersepah.

Kalaulah dulu gua bersabar sikit. Saat ini, semua kenangan bersama dengan dia menerjah dalam benak gua. Kenangan terindah bersama kekasih terbaik.

Teman setia ketika tiada elektrik.
Teman ajak bertekak ketika gua bosan.
Teman ajak minum air kopi walaupun dia suka milo ais.
Teman ajak tonton M.U walaupun dia selalu tidur di riba gua.

Sayang...

Gua mengeluh panjang.

Sayang buat apa sekarang. Rindukah Sayang pada Abang? Adakah perasaan sayang pada Abang masih wujud?

Gua jalan ke arah pintu dengan lemah.

Adoiiiii. Sakitnya. Cess. Gua mengigau rupanya.

Sayang!!!

Terus gua buka pintu bilik cepat-cepat.  Gua nampak bini gua sedang ke arah gua. Gua sedikit berlari menuju ke arahnya. Gua peluk dia erat-erat. Sangat erat daripada biasa.

"Jangan pernah terfikir untuk tinggalkan Abang"

"Jika Abang cakap mahu cerai. Itu bukan Abang. Tapi sifat panas baran Abang"


Gua kucup dahi dia puas-puas.

"Maafkan Abang ya Sayang"

"Abang, Mama dan Abah ada la. Adik pun ada sekali. Lupa ke yang kita balik rumah Mama? Ishh, Abang ne. Sehari tak tidur katil sendiri pun mula ngigau-ngigau"


Pehh. Gua berboxer saja. Itu kira nasib baik gua pakai boxer. Kalau tak pakai apa-apa??? Kan malu besar gua.

Lepas senyum pada mak dan ayah mertua gua, terus gua masuk bilik balik.

"Abang, nah towel"

"Terima kasih Sayang"

 
Kenapa mimpi cerai-cerai ne. "Biasalah mendirikan masjid memang senang. Tapi nak mempertahankannya memang susah. Perlu ada kesabaran". Tetiba nasihat Ustaz Haji Hafiz Baharuddin menerjah ke telinga gua.



Pengajaran: Hargailah Orang Yang Sayang Pada Kita. 


Lupa Daratan

Lupa pulautan..ada? Keh Keh Keh.

Dulu

Hai, saya budak baru berblog. Jum follow-follow. Saya dah folo awak.

Followers
3


Sekarang

I benci la sapa mesej dekat Shoutbox tu, kata suruh folo-folo. I akan folo jika  I suka. Okay?

Followers
1230



Wadepak. Dulu baru nak naik, cari follower mulut manis saja. Lepas dah maju, kerek pula. Jangan lupa daratan la, sokong la orang baru nak naik macam lu dulu. Tak kan tiba-tiba femes kan. Bila dah femes seket, mula hina bloggers picisan cam gua ne. Tolong la, gua memang pantang orang berlagak bagus ne.

Ok dah. Malas gua nak kutuk panjang-panjang. Sedar diri k.

Oh lupa, kepada gengster gua, Platipus. Lu nanti bila dah femes, jangan lupa daratan. Cool je. Lu sudah besar, conec atau dada lu sudah padu, pandai fikir, buat entri baik punyee tapi jangan cepat lupa diri.


 
SukaNeka:
 
19hb. Hari lahir Kiki Lala. Budak suka pakai coli ketat-ketat. Eh silap, suka sayang ketat-ketat, dan juga member gua Shey Lokman.


Siapa Tak Sayang Bini Oiii


Nyum Nyum.




"Abah... Abah... bangun la. Lama dah Abah tido"

"Shuhh... sshuhh... Ca p tengok Ceria dengan Tok Ma k. Penat Abah bawa kereta tak hilang lagi"

"Oke abah"

 
"Abang Mir, adik nak beli tudung baru ne. Jom la g pasar Jumaat jom. Naik keta baru"

"Arghh. Ne sorang lagi. Ajak la Daha nuh. Tak larat bangun lagi ne"

 
Tuttt... tuttt. Hanset gua berdering.

"Siotnyee... Silap. Ciotnyeee... Sapa kacau ne,"
gua dengan malas capai hanset.

"Hello, ko nak pe?"

"Petang ne futsal jom?"

"Tengok dulu, kalau gua bangun jap g gua roger lu balik"

 
"Mir, bangun... bangun. Jom makan sama-sama. Ma dah siap masak gulai daging ne. Kegemaran Mir"

"Ok Ma. Lima minit k. Lima minit je lagi"

 
ZZZZzzz...

 
"Hah? Gulai daging? Bini gua tak makan daging"

Sepantas kilat gua amik anak kunci kereta sambil dukung Alisaa.

Zroommm.

Terus gua ke pekan beli ayam KFC untuk dia.



Belajar Piano

Piano dan Biola, dulu gua tertukar.



"Selamat datang ke Bunyi Piano Studio. Boleh saya bantu?"

"Em. Saya mahu daftar anak saya belajar piano"

"Boleh... boleh... Nama Encik?"

"Amir Syahir bin Yaakob"

"Ok... Nama anak Encik?"

"Alisaa Raihana binti Amir Syahir"

"Ok. Boleh minta anak Encik datang minggu depan. Ini jadualnya. Erkkk... mana dia?"

"Tuu..."


Anak gua yang berusia dua tahun terkedek-kedek jalan sambil hisap botol susu.

"Gila".
Terus makwe kaunter itu blah sambil laung "Pak Guard, Pak Guard"


Ekceli, memang budak-budak umur dua tahun  tak boleh belajar piano lagi? Bukan melentur buluh biar dari rebungnya? Gua mahu anak gua belajar main piano dulu. Nanti bila besar sikit, baru gua suruh anak gua belajar memanah dengan berenang serta menunggang kuda. Seruan Nabi kita, mana leh tinggal, ye dak?


Surat Khabar

Sulat kabar lamaaaaaa.....



Hari minggu ini gua tak keluar bandar. Gua termenung panjang tengok dompet gua makin nipis. Tabung Machester United gua pun dah banyak habuk daripada duit syiling. Gua lapar sangat. Sudah bosan makan sisa kuih raya pemberian makwe.

Gua tak tahan lagi. Lapar. Gua nekad mahu ke kafe. Salah satu sebab gua ke kafe kerana ada makwe kaunter yang cantik. 'Come Lote' kalau sebelah negeri Kelantan. Dia punya cantik memang boleh hantar tanding untuk Makwe-Makwe Tercantik Kafe peringkat Komanwel. Gua malas nak pakai baju. Pakai boxer saja turun ke kafe. Gua harap makwe kaunter tu cakap; 

"Oh abang. Lama saya tunggu jejaka pakai boxer saja. Saya pun nak bercoli saja. Jum kapel?"


Okay. Gua tipu saja. Gua tak gila lagi. Walaupun minggu ini penuh dengan 'assignment' dan periksaan, pemikiran gua masih lagi waras. Lepas gua beli nasi kosong dengan air kosong, gua tak boleh naik ke bilik tanpa mata kosong. Gua buat-buat mahu beli surat khabar. Mesti ramai makwe sangka gua suka membaca. Makwe suka akan sifat jejaka itu.

Gua selak muka pertama surat khabar. Surat khabar nombor satu Malaysia. Entah macam mana dapat gelaran nombor satu pun gua tak tahu. Muka surat satu sampai akhir semua pasal politik. Rimas gua.

"Sebab itu ramai anak muda suka beli akhbar Metro," getus gua dalam hati.

Terus gua berlalu pergi tanpa rasa ingin main mata dengan makwe dekat kafe.


Liku-liku Hidup

Islam selamanya.



Mat Jaq , 7 tahun. Bukan nama penuh.

Dulu pantang tengok al-Quran, terus rasa nak mengaji.
Dulu pantang dengar azan, terus rasa nak solat berjemaah.
Dulu tak pernah ponteng Fardu Ain.
Dulu pantang nampak masjid, terus rasa nak lukis gambar masjid.
Dulu pantang tak ada kerja, terus berzikir.


Mat Jaq, 17 tahun. Nama glamour Mat Koy-Jaq.

Sekarang pantang tengok majalah Playboy, terus nak selak.
Sekarang pantang nampak disko, terus nak goyang.
Sekarang pantang ada internet, terus nak layari porno.
Sekarang pantang nampak coli di ampaian, terus rasa nak curi.
Sekarang pantang tengok berkamera, terus nak rakam aksi merempit.

 
Begitulah kehidupan. Hidup kecilnya berbeza dengan besarnya. Iman yang disemai dari kecil tak mampu berkekalan sehingga meninggal dunia. Mengapakah hal ini terjadi menjadi tanda tanya. Mungkin didikan dulu sudah tak relevan pada budak-budak zaman sekarang.

Persoalanya, adakah 10 tahun mendatang, gua akan jadi perogol bersiri? Pakar judi? Mencuri dalam pusat membeli pakaian dalam wanita Coli Complex (CC) ataupun jadi bintang porno? Minta-minta jauh la. Hue Hue Hue.


Harga Sebiji Bola

Main elok-elok ye.



Apabila penganut agama lain kutuk pasal Islam, ramai yang kutuk-kutuk.

Apabila isu bakar al-Quran timbul, ramai yang marah-marah.

Apabila isu kekejaman Israel keluar berita, ramai yang boikot-boikot.

Apabila berita gadis Melayu jual tubuh keluar dalam akhbar, ramai yang pesan pada anak supaya jangan jadi macam itu.


Akan tetapi,

Kerana tak puas hati selepas menonton perlawanan bola sepak, manusia sanggup menumpahkan darah sesama Muslim. Berlaku pergaduhan dan kutuk mengutuk. Mengejek tu perkara biasa lah.
 
Tak malu ke kepada orang barat? Mereka menonton perlawanan bola sepak betul-betul belakang tiang gol. Pasukan mereka kalah 6-0 kepada pasukan pihak lawan, mereka masih tak merusuh lagi.

Tahukah lu orang salah satu cara untuk merapatkan jurang perpaduan antara kaum ialah melalui SUKAN? Jika tak, mengapa wujud Sukan Malaysia? Sukan Olimpik? Piala Dunia dan Sukan Komanwel serta sukan-sukan yang lain.

Sudah 53 merdeka pun pemikiran masih terkongkong. Kata Islam, tapi perangai lebih teruk daripada orang bukan Islam. Lu orang setuju?


Istilah Bercinta


Cinta itu anugerah.


Seminggu yang lalu.
Woi bangsat!!! Ko nie pe hal ha??????? tiba2 ko nak kaitkan aku dalam konflik ko... pukimak punya budak. Ko jgn sampai aku cari ko... jaga sikit tingkah laku ko 2..ko ingat aku ni budak2 x cukup umur cam ko ke bangsat... aku ingat kan ko skali lagi.jangan ko kaitkn masalah ko dengan aku!!!!!

Sebulan yang lalu.
Awak, kita terpaksa berpisah. Maaf. Kita dah tak serasi. Kita bawa haluan masing-masing ya. Harap-harap kita masih berkawan.

Empat tahun yang lalu.

Abang... abang, abang akan bahagia dengan sayang. Sayang cinta abang sepenuh hati sayang.
Nak tahu tahap cinta sayang kat abang? Selagi matahari masih mampu memacarkan cahayanya bang.



Tak faham bukan? Hue Hue Hue. Okay, begini ceritanya. Member gua lelaki. Dia ditinggalkan oleh makwe dia. Yang 'Seminggu yang lalu' adalah dari pakwe baru bekas makwe member gua. 'Sebulan yang lalu' adalah dari tulus ikhlas dari bekas makwe member gua dan 'Empat tahun yang lalu' semasa mereka bermadu asmara.

Apa yang gua tak puas hati di sini, pakwe baru bekas makwe member gua dah la cilok makwe dia, pastu mesej marah-marah pula, berpuki-pukian pula. Harem jadah tol.

Tambahan pula, sebab mereka putus adalah bekas makwe bagi alasan pakwe baru dia adalah calon keluarga dan lebih beriman daripada member gua. Iman melangit mende jika suka cakap berpuki-pukian? Ada logik tak? Kalau suka cakap bab coli-colian boleh terima lagi. Keh Keh Keh.

Lagi satu gua nak tambah, pasangan putus atas sebab mahu fokus belajar, tengok-tengok salah sorang dah pasang lain. Arghhh... memang gua angin dengan orang cengini. Nak tahu kenapa gua angin semacam? Sebab Kelantan seri dengan Selangor. Haha.


Anak Perempuan

Anak gua mungkin secomel ini.



Petang itu gua sangat bosan. Bini serta anak perempuan gua yang baru berumur dua tahun keluar ke pasar malam. Gua tak tahu nak buat apa dah. Terus terasa mahu berbakti pada bini gua. Tolong basuhkan coli kegemarannya. Sedang asyik memberus bahagian tali, gua teringat kata-kata abah gua.

"Menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang"

Ketika itu gua berusia sembilan tahun. Gua ingat, syarat sah menjaga lembu perlu ada anak perempuan. Rupanya apa yang abah gua pesan itu adalah perkara benar. Anak gua kecik-kecik sudah comel. Ikut gen gua mungkin.

Gua mula risau, anak gua yang comel ini mesti akan banyak peminat bila besar nanti. Ramai yang mahu kenal-kenal. Add anak gua punya Fansbook, Myfren dan Frenstar semua. Kawan laki dia mula menggatal. Usha baju anak gua macam boleh tembus nampak coli kaler apa.

Nanti bila anak gua perasan ramai ngorat dia terus abaikan pelajaran, keluar malam balik subuh dan tak minat belajar silat. Gua pikir macam mana mahu mendidik anak gua jadi budak baik, pakai senonoh dan pandai makan guna tangan.

Arghh. Gua mula tensen. Gua tak boleh tensen-tensen ne. Terus terasa mahu pekena kopi. Lantas gua merempit menuju ke kedai makan Pak Faris Kulup. Gua gantung coli bini gua dekat pagar rumah. Dengan harapan bini gua tahu yang gua keluar pekena kopi.



Angan-angan 1

Kereta Impian gua.



Apa yang gua akan buat jika dalam akaun Nuff gua ada RM 81 Juta. Mesti tak ada 'feel' kan. Baik, kita guna sudut psikologi pula. RM81 0000000.00. Nampak macam kaya kan? Semua member kolej gua bagi sokongan pada gua. Supaya kuatkan usaha dalam berblog. Maka sebab itu, jika gua ada RM81 0000000. 00 gua akan;

-Penuhi angan-angan member gua yang dia mahu jadi tokey stesen minyak.

-Penuhi angan-angan member gua yang dia mahu beli kereta Ferarri.

-Penuhi angan-angan member gua yang dia mahu beli kapal layar untuk pergi memancing.

-Penuhi angan-angan member gua yang dia mahu latih pasukan bola sepak.

-Penuhi angan-angan member gua yang mahu bukak butik coli.

Mendalam juga angan-angan gua ini. Mahu penuhi semua angan-angan member gua. Jika angan-angan gua berjaya, gua mampu mengembirakan semua orang. Hue Hue Hue.

Bukan gua sengaja berangan-angan taw. Mahu bagi harapan pada member gua yang selalu suka berangan-angan. Jadi sedarlah wahai kaum Melayu, jangan berangan kuat sangat. Tak logik betul angan-angan member gua.

Oh Ibu

Bagi lelaki, baik jadi imam di rumah daripada makmum di masjid. 
Dulu
17 September 1989.

Si polan A: Dah berapa bulan ne kak?
Si polan B : Nak masuk lapan dah ne.

Si polan C: Mesti anak akak comel. Akak pun cantik. Anak ke berapa kali ne?
Si polan D: Syukur. Yang ne anak ke-3.


Perkataan Klinik Desa yang lusuh tetapi masih boleh di baca.

Sekarang
17 September 2010.

Si gadis A: Eh ko, dah berapa kali ko ngandung hah?
Si gadis B: Babi la ko tanya gitu, baru sekali doe.

Si termengandung C: Lepas ne aku nak insaf ne.
Si termengandung D: Aku pun. Astaghfirullah al-Azim.


Papan tanda Sekolah Harapan tersergam indah.

Kelas Pagi

Kalau dekat kolej gua ada lanskap gini kan mantap.



Pagi tadi gua bangun pukul 7.30 pagi. Terus  gua duduk bersila atas tilam. Agak cemerlang. Bisik gua dalam hati. Lepas solat Isyak berjemaah gua terus tidur. Segala kerja sekolah gua tak siap lagi. Tiba-tiba perbualan gua dengan Imam masjid menerjah.

"Lama tak nampak kamu datang masjid,"

"Saya sibuk sikit," gua bagi alasan. Malas nak gitahu yang gua sibuk layan game atau sibuk pancitkan tayar motor Pak Guard.

Seperti biasa, Man Tinggi bangun awal daripada gua. Seperti biasa juga, tiap kali gua bangun tidur, mesti dia sudah terpacak depan cermin. Sibuk duk sikat rambut. Gua bangun dengan malas.

Ah fak... tuala yang gua rendam semalam tak basuh lagi. Gua terus capai jersi netball makwe gua. Ganti sebagai tuala. Selesai mandi, Man Tinggi masih terpacak lagi depan cermin. Sikat rambut belah tepi je. Tapi ambil masa lama untuk mencapai sudut belah yang paling optima.

Jarak ke kelas ambil masa sebatang rokok. Tapi kena hisap sambil lewa. Dekat sangat. Siapa yang ponteng kelas memang boleh di pandang keji. Hue Hue Hue.

Gua dengan Man Tinggi sampai kelas tepat pukul 8.05 pagi. Kelas masih kosong. Kalau pensyarah dah masuk tadi, memang gua salahkan makwe yang pakai shawl berbaju kebaya punya tali coli kaler hitam. Boleh pulak dia merayu minta nombor telefon gua.

Pukul 8.15 pagi. Gua rasa pelik. Makwe-makwe kelas tak datang lagi. Mat Zink yang selalu datang awal pun tak muncul-muncul.

Tett tett tett. Ada mesej masuk.

Woi, kelas kansel. Anak letrr sakit.
Sender: Mie Ibrahim

Terus gua balas.

Shit lu. Tak gtw awal2. Demm.

Tett tett tett.

Mesej masuk lagi. Cepat betul Mie balas. Memang sangap nak kena pelempang Siam ne.

Abg hiro, kelas batal. Nisha baru tahu ne. Dah siap dah pakai sume.
Sender: Natasha Nisha

Gua dengan hati berbunga terus balas.

"Ok. Takpe. Nisha dah sarapan? Jom makan sama"

"Jum3..Nisha lapo ne. Jumpe kat kafe ye. Skan"
Sender: Natasha Nisha

Gua terus blah tinggalkan Man Tinggi yang sambung tidur dalam kelas. Rambutnya masih kemas belah tepi. Cemerlangnya tak terhingga.



Untuk Si Dia

Terima kasih ya awak!



Awak ingat lagi tak tarikh 21 Ogos? Hari ulang tahun percintaan kita kan. Mana boleh saya lupa. Seminggu sebelum tarikh itu saya dah fikir apa hadiah yang mahu bagi dekat awak. Walaupun tak seberapa. Sekurang-kurangnya sebagai tanda saya masih sayang awak.

Malamnya saya mesej awak.

"Awak, esok anitakpakaisari kite"

Terus awak balas,  "Anniversary la. Yup"


Saya senyum sendiri. Awak selalu betulkan English saya. Walaupun awak belajar Matematik tapi awak pakar English. Saya sudah siap sedia jika malam pertama kita, awak speaking English dengan saya atas katil. Oh. Saya mula berfikiran kotor. Awak tak suka kan tentang itu. Maaf.

Dalam pukul 11 pagi kita jumpa. Subuhnya, awak kejut. Sungguh naif saya rasa. Burung berkicauan riang baru saya terjaga. Maaf awak.

Awak nak makan Mekdi. Mungkin perempuan pembawa budak suka makan fast food. Ok. Saya turut saja. Saya suruh awak duduk. Tak manis jika awak yang beli makanan. Lagi pula, saya tak mahu pandangan liar laki jika mereka tengok susuk badan awak. Walaupun awak tak pakai susuk. Saya tahu itu.

Tepi meja makan kita ada pasangan bercinta juga. Saya jeling makwe tepi meja kita. Cantik. Macam artis. Free hair lagi.
Tapi bagi saya;

Biarlah makwe orang lain cun melecun;

Biarlah makwe orang lain hidung mancung;

Biarlah makwe orang lain putih melepak;

Biarlah makwe orang lain pandai memasak;

Biarlah makwe orang lain ramping serampingnya;

Biarlah makwe orang lain pakai G-string
.

Saya tetap akan setia dengan awak. Saya janjji akan jaga cinta kita. Tapi satu saja saya pinta, jangan la cubit ketam saya acap sangat. Sakitttttttt. Nak balas balik tak sampai hati pula. Hehe. Boleh ye awak? Cubit manja la pulak.



P/s: Hiro cuti. Haha.


KengKawan

Jangan amati gambar ini, gua tak ada dalam ne.



Masa cuti raya yang lepas, mak gua mahu tengok gambar member-member gua. Mak gua kan prihatin lagi terbaik, dia mahu saja tahu gua berkawan dengan siapa. Gua sambil lewa buka laptop. Riak muka mak gua berubah. Mungkin dia mengimbau zaman kemasyhuran gambar dalam album bukan dalam laptop. Nasib baik gambar-gambar yang menjolok mata dah gua padam siap-siap sebelum balik kampung.

"Mak aih, apasal sume kawan kamu gitu. Yang ne duk hisap shisa, pompuan yang ne tak pakai tudung, yang ne pulak duk merokok. Muka yang ne cekung je. Hisap dadah ke. Jaga la pergaulan baik-baik. Kawan dengan orang perangai elok sikit"

Gua angguk-anguk saja. Malas nak cari pasal. Hue Hue Hue.

Tapi dalam hati gua,

Gua lebih suka kawan dengan mereka. Yang suka merokok, merayau malam, main futsal tak pakai kasut, Playboy, Playgirl, free-hair ataupun yang suka merempit. Mereka ini lebih tahu erti persahabatan berbanding dengan mereka yang 24 jam mengadap buku, pagi petang lepak perpustakaan atau yang selalu dengar ceramah agama.

Memang lah budak-budak kutu ini semua tak dapat bimbing kita ke jalan yang lurus, sekurang-kurangnya dorang tak cakap belakang, tulis entri mengutuk walaupun cemerlang akhlaknya. Fuhh. Dah lama gua tak usha blog makwe suka kutuk gua. Nice ah konon. Hiro Malaya apa menda entah lagi propornoganda dia. Arghhhh. Maaf. Bersin pula. Gua mula meragui silibus institusi perguruan sekarang.

Memang erti persahabatan yang sebenar tiada dalam buku. Hanya mereka tertentu saja dapat kuasai ilmu persahabatan. Pernah tengok cerita Budak Kelantan? Dalam filem itu, Danny sanggup bagi makwe dia pada member sekampung, dengan harapan member dia akan berubah. Danny percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia. Lu orang sanggup buat gitu? Kalau gua... mestilah tak. Keh Keh Keh.

Persoalanya, lu orang pasti ke jika lu kena belasah, member lu yang berbudi pekerti mulia berani selamatkan lu? Gua rasa member lu yang selama ne lu anggap tak guna, mat rempit atau yang suka layan porno datang selamatkan lu dulu. Tak gitu?



Kemahiran Teragung

Blog bebas daripada gambar artis, model terbaru gua. Kui Kui Kui.



Gua ade kenal seorang senior. Kenal semasa bersama-sama mendaki Gunung Nuang. Selepas ekspedisi itu, gua masih rapat lagi dengan dia. Tambahan pula, dia semester akhir. Banyak pengalaman dia dalam dunia kejuruteraan ini. Petangnya lepas bermain futsal bersama, gua borak dengan senior gua. Tetiba,

"Jika empat tahun lu tak dapat menguasai satu kemahiran ini, memang hidup lu bakal beronak lagi berduri," tenang senior gua lafazkannya.

"Apa kemahiran itu?" Gua berminat mahu tahu.

"Kemahiran meneka. Kemahiran teragung yang patut dikuasai jejaka jurutera," sedikit serius senior gua berbicara.


Soal hidup di masa depan tak boleh main-main. Agaknya begitu. Hati gua berdebar. Meneka nombor ekor kah?

"Lu mahu gua ajar kemahiran itu?" Senior gua bertanya.

"Ya. Mahu. Mahu. Tolong la ajar," gua senyum simpul.

"Boleh. Dengan satu syarat mudah, syaratnya ialah belikan gua dua kotak rokok Dunhill. Kenapa dua kotak? Lu pikir la sendiri," sambil mengesat peluh di dahinya.


Terus gua bergegas pergi stesen minyak Petronas, belikan senior gua rokok Dunhill. Gua mahu belajar kemahiran itu. WAJIB.

Pehh. Gua merempit dengan kelajuan 140km/j, tapi sempat lagi gua senyum simpul. Gua bakal belajar kemahiran meneka. Meneka saiz coli gadis-gadis. Itu penting untuk mengetahui tahap kesuburan wanita. Senang nanti bila gua mahu hadiahkan coli pada makwe gua sempena Hari Coli Sedunia. Kui Kui Kui.



Tanggapan


Selama ini gua anggap jejaka ini adalah seorang perempuan.



Gua selalu terfikir, kita sebagai manusia selalu suka buat tanggapan sendiri. Tanpa mencari kebenarannya. Tengok yang pelik-pelik sikit terus buat spekulasi ikut suka. Kalau pakai spek putih buat tanggapan tak apa lah. Hehe. 

Langsung tak guna otak, untuk mengkaji kebarangkalian yang lebih logik. Inikah generasi yang bakal wujud pada Tahun 2020?

Kesian pula pada kawan gua, Salahuddin. Selalu namanya diguna untuk segala perkara yang disalah anggap. Salah siapa? Salahuddin. Keh Keh Keh. Contohnya;

Gosip A: Menyampah aku. Dah la gemuk. Gedik. Pakai ketat-ketat. Fesyen nak stail-stail.
Hakikatnya: Kita tak tahu yang dia itu model kepada Dr. Rozmey.

Gosip B: Lelaki tu perangai macam harem. Dia dah tinggalkan makwe dia.
Hakikatnya: Mereka berdua tak bahagia. Lebih baik berpisah daripada si perempuan merana di kemudian hari.

Gosip C: Hek elehhh. Tetek kecik je. Beli coli saiz 38 B.
Hakikatnya: Sebenarnya dia mahu beli coli itu untuk ibunya. Sempena Hari Ibu.

Gosip D: U tau x? Muke makwe dia cantik. Tapi muke pakwe macam celake. Tengok lah tu...
Hakikatnya: Muka celake, tapi beriman. Hati suci, dan minat pasukan bola sepak Malaysia.

Adakalanya tanggapan yang kita buat betul, mengikut pengalaman kita dan orang sekeliling kita. Jadi macam mana sekarang? Mahu buat anggapan bukan-bukan lagi? Kenapa kita tak tanya saja, daripada buat anggapan yang mengarut. Tak gitu?


Bercinta


Cinta Tapi Benci.




Aku BENCI dia. Benci dia buat aku teringat dia. Teringat dia buat aku rindu dia. Rindu dia buat aku sayang dia. Sayang dia akan buat aku CINTA dia.

Amacam? Power tak? Keh Keh Keh. Lumrah manusia. Benci dan Cinta. Lebih-lebih lagi pada remaja baru tumbuh bulu. Memang tak lari daripada dunia percintaan dan perbencian. Perbencian? Haha. Kan?
 

Tapi satu saja gua tak faham, mengapa jika percintaan itu tak berjaya, mengapa harus ada kebencian?

Ramai member gua putus cinta. Gua tanya pasal bekas makwe dia;

"Camne makwe? Ok?"

"Pergi mampus laa dia tu"


Aiih... bukan dulu kata sayang? Cinta sampai mampus? Papa Mama? Raba-raba? Cumbu-cumbu?
 

Dulu bukan main berkepit. Belajar bersama lah, makan sepinggang lah. Pakai secoli lah. Tapi lepas putus dah tak ada apa-apa. Bukan dulu mula dari ikatan ukuwah persahabatan?

Lepas putus cinta terus lupa akan ukuwah persahabatan yang  terjalin sebelum bercinta. Tak kan terus cinta kan. Mustahil. Hehe. Ini gua takut bercinta ne. Haha.

Saat terakhir gua, pada bekas makwe member gua tu, fikirlah balik. Putus cinta bukan satu penghinaan bagi kaum wanita. Tapi merupakan laluan untuk mencari lelaki yang lagi baik. Lagi sesuai.
 

Ok. Selesai kerja gua. Gua give up dah. Lepas ne jangan guna Akal Tunjang nak baik-baik dengan bekas makwe lagi. Geli gua. Haha.