Boleh Layan-Layan


Ada pasangan bercinta sedang bicara untuk tonton filem bersama di Pavilion.


"Kita tengok 2 Alam ye. Sokong filem Melayu," bicara pakwe.

"Ok. Ok," balas makwe mesra.

"Eh... Abang lupa nak keluarkan duit lagi. Jap ye. Sayang tunggu kat sini. Abang pergi ATM jap," bilang pakwe itu.
 
"Ok. Jangan lama-lama. Rindu. Hee"
 
10 minit kemudian.

"Maaf lambat sikit. Ramai orang tadi," alasan si pakwe.

"Takpe. Takpe. Abang tengok ni... tiket wayang Harry Potter. Sayang belanje. Hehe," sambil senyum riang si makwe.


Dr R, bukan gua sengaja tak mahu tengok cerita lu, tapi tu la kan. Jiwa wanita ni lain kot. Tak mengapa, nanti kalau makwe gua dah beranak. Badan pun kencang-kencang mantap, gua janjji beli produk lu. Keh Keh Keh.



SDK#4: Gelabah Sawa



Barangkali masa itu, kami darjah dua. Sebab Prodo masih hisap botol susu dan Heck tak pandai butang baju sekolah lagi. Manakala Hamjah selamber tak zip seluar. Angkuh saja bila konek dia terjuntai bebas. Gua syak begitulah. 


Dalam bahasa kelantan, pertik sawa itu untuk baju yang ada bintik-bintik hitam.
Dan pada masa sama, ada cikgu luar datang mengajar kami. Dia sangat fobia dengan ular sawa. Dengar je ular, terus pengsan. Dengar je sawa terus histeria, kadang-kadang dengar rumah sewa pun boleh meracau.


Buktinya;
Cikgu Aina: Kenapa baju kamu ada bintik-bintik hitam ni. Tak basuh suci ye?
Gua: Oh. Ini pertik sawa cikgu.
Cikgu Aina: Hah?


Terus beliau lari sekencang mungkin.


Masa itu,
Prodo tak bernafsu lagi. Bernafsu buas jauh sekali. Makwe kelas yang pakai baju sekolah saja tak pakai pape pun baju dalam dia tak stim. Tenang menuntut ilmu sambil main puting botol susunya.


Heck juga begitu. Tak dikenali sebagai player lagi. Oh. Mungkin malu sebab tak pandai butangkan baju sendiri.


Hamjah dulu dan kini sama. Sifat riak masih terbawa hingga hari ini. Dari kecil sudah pandai sebut konek-konek. Bila besar sebut conec. Maju.


Hari Rabu. Hari yang amat bosan. Ada ke patut kelas Matematik dua jam? Mau bunuh gua ke? Keh Keh Keh. Prodo dengan gua memang tak minat Matematik masa kecik. Dah besar tu minat pula. 


Gua: Prodo, kalau kau tak tahan dah, kau tahu kan nak buat apa.


Prodo: Yea-yea. 


Prodo mengangguk faham.


Gua dah siap-siap kemas. Buku Matematik gua sudah simpan kemas dalam beg. Hamjah tidur dalam kelas lepas berjaya lukis muka Cikgu Aina berbaju Barbie. Heck pula buat muka mahu mintak kaki gua.


Gua pandang tingkap cermin. Ada satu saja cermin tinggal. Paling atas sekali. Berdebu hitam. Jasa abang-abang atau kakak-kakak yang guna kelas ini dulu.


Lantas Prodo,


"Cikgu....Ular Sawa besar tepi meja!!!!"


Kelam kabut Cikgu Aina. Terus lari keluar kelas. 


Prodo: Setel. Jom.


Gua: Ikut tingkap ne. Botol susu kau jangan lupa.




Budak nakal. Budak bijak. Jangan halang mereka nakal- Mak gua. Keh Keh Keh.



Bicara Sang Pungguk pada Sang Bulan

Tunggu dan terus menunggu, jika aku pergi jangan menyesal- Sang Pungguk.



Kau sana jauh
Sangat jauh
Entah mengapa kita harus jauh
Tak terperi aku menanggung jarak jauh

Ku kirimkan RINDU aku pada kau
Dengan bantuan Sang Angin
Sang Angin tak sanggup

Ku kirimkan SAYANG aku pada kau
Dengan bantuan Sang Awan
Sang Awan menolak mentah

Ku kirimkan CINTA aku pada kau
Dengan bantuan Sang Mentari
Sang Mentari benci akan kau

Aku punya sapa lagi
Untuk merembeskan bicara hati aku pada kau

Hanya kau yang aku RINDU
Hanya kau yang aku SAYANG
hanya kau yang aku CINTA

Ketahuilah
Aku tak pernah pantas untuk kau
Tapi aku tahu aku bakal punya 
KAU!



Nukilan,
Hiromeo



ABC

Cantik pemandangan ketika Subuh.



Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 6 pagi. Bergegas Sang Suami bangun selepas mendengar loceng daripada telefon bimbitnya.

"Sayang, bangun Subuh Yang," sambil usap-usap rambut isterinya.

"Liatnya pulak dia hari ni," fikir Sang Suami dalam hati dan terus pergi mandi.

Usai mandi, suami kejut lagi.

"Bangun sayang. Dah lewat ni. Sayang tahu kan tinggal Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka"

"Dua rakaat je. Kejap je. Nanti sambung tidur lagi," tegur suami sopan.

"Abang, Sayang datang bulan la"

"Oh. Yeke. Hehe. Maaf. Maaf. Meh Abang selimutkan Sayang. Sambung tidur ye"



Pengajaran: Kita tak sama dengan mereka la der. ABC=Allah Bagi Cuti. 


SDK#3: Relaku Comolot

Susah senang bersama. Itu lah member sejati.



Hamjah: Gua gaduh dengan makwe gua lagi lah.

Gua: Gua cakap sama lu lama dah an. Tinggalkan dia an. Dia tu bukan leh caya sangat an. Lu bodoh an.

Prodo: Yeah-yeah. Manusia bercinta banyak ragamnya. 

Heck: Shit giler. Gua ada cara. Lu comolot dengan dia. Peluk dia rapat-rapat dan terus cium mulut. 

Gua: Yup-yup. Gua suka. Lu kalau tak pancit, bagi yang 60 saat. Pasti boleh berdamai.

Heck: Betul tu, artis Melayu pun dah amalkan. Lu kenal Mabil? Dia pun comolot gak dengan makwe dia. Pastu terus baik balik.

Gua: Lu tak payah la gigit bunga ros, melutut, pastu menyanyi lagu Relaku Pujuk. Itu kuno keyh.

Prodo: Kalau hadiahkan makwe coli baru?

Gua dan Heck: KUNO!!!!!

Prodo: Aigooo. Gua tanya saja. 

Hamjah: Okeh. Gua try. Har Har Har.

Gua: Lu boleh. Yakin boleh. Tak elok gaduh lama-lama.

Heck: 3GP la kalau pemurah. Keh Keh Keh.

Prodo: Gua doakan lu. Nanti. Sebelum comolot, ucap Bismillah. Moga berkat.

Hamjah melangkah dengan penuh yakin menuju ke arah mentari terbenam.


Nota: SDK=Sehari Di Kelas.

Haji

Gua ingat nak taruk nama bakal anak gua Haji Adam Zafran Tasnym. Keh Keh Keh.




"Tahniah, dah jadi haji dah demo"

Semua member gua puji gua. Hati gua sedikit girang. Senyum simpul tak terkata. 

"Bila nak pergi haji lagi?"

"Tengok la bila tak sibuk lagi," balas gua tanpa berfikir panjang. 

Alasan semua orang. Kita yang patut mengatur masa, jangan masa mengatur kita.

Pehh. Menang lima dam aji berturut-turut terus dapat gelaran Haji. Kalau menang tujuh kali mau dapat Haji Mabrur ye dak? 

Ini member gua punya pasal la. Ajak lepak kedai Pak Che Weng. Pastu terus ajak gua layan dam ni. Ingat gua tak reti ke. Kalau la mak gua tahu. Terus drama berlaku;

"Ma hantar kau ngaji U bukan suruh belajar dam, suruh belajar Engineering," sambil mengesat air matanya guna lengan baju.

"Tapi maaaa..." Gua tak terdaya nak teruskan kata-kata gua. Gua simpan dalam-dalam. Tak mahu hatinya terguris lagi.

Sebenarnya niat gua baik. Mahu pelihara sukan tradisional Melayu. Remaja kini duk layan PS3, XBOX, Catur, tapi gua tak. Keh Keh Keh.

Gua ingat nak pergi haji betul-betul lah. Hehe.



Belia Dan Masa Depan

Budaya lepak haruslah di bendung.




Kitalah Belia Masa Depan.
Mendukung Amanah Bangsa.
Kita Harus Bersatu Padu.
Semua Kita Sama.

Janganlah Ada Sifat Dengki Diri.
Iri Hati Jangan Sesekali.
Mari Erat Silaturahim.



Saya mulakan ucapan saya dengan sedikit puitis. Moga ada yang tak terasa hati.
Saya dan semua sebaya saya adalah warisan bangsa. Denyutan jantung kami semua amat bermakna untuk negara. Belia dan hala tuju negara memang berkait rapat.

Belia haruslah tunjuk sifat semangat cintakan negara. Belia harus jaga maruah. Maruah harus dijaga dengan kemas. Cukuplah generasi dadah. Cukuplah generasi maksiat. Kita semua generasi baharu. Generasi penuh motivasi.

Maka, 1Daerah 1Rokok harus disokong. Di amalkan baik-baik. Balik kampung jika masuk daerah baru. Wajib pekene rokok sebatang. Ekonomi pasti akan pesat. Kesihatan harus dijaga. Jangan lebih dari itu. Ingat, 1Daerah 1Rokok.

Marilah. Kita semua harta paling bernilai buat pertiwi. Jangan persia hidup. Jangan persia masa. Isilah dada kita dengan ilmu pengetahuan, kelak dirimu pasti berguna.

Hidup 1Daerah 1Rokok!!!



Pengorbanan Itu Indah

Senyum itu sedekah. Sedekah itu pahala.



Ada seekor kambing dengan seekor kucing sedang berbicara dekat padang sekolah.


Kum Bing: Esok aku dah tak ada lagi wahai Ku Cen Ku Parsi.

Ku Cen Ku Parsi: Hah? Mengapakah?

Kum Bing: Esok tuan aku nak potong kepala aku.

Ku Cen Ku Parsi: Oh. Itu ibadat haji. Eh. Ibadat korban.

Kum Bing: Sedih aku. Selama ni, aku yang basuh pinggang tuan aku, tolong beli makanan, tolong update status fesbuk, tolong tolak kereta, cuci habuk dekat spek, hantar surat cinta dekat Janda Anak Tujuh. Dia tak sedar pengorbanan besar aku pada dia.

Ku Cen Ku Parsi: Releks-releks. Mungkin ada kau buat apa-apa kot.

Kum Bing: Ada. Aku tolak bila dia lamar aku dan ajak aku nikah dekat Siam.

Ku Cen Ku Parsi: Emm. Aku pun tak tahu nak kata apa. 

Kum Bing: Kau tolong la beritahu semua kawan-kawan aku yep. Sob Sob.

Ku Cen Ku Parsi: Sabar ya.


Bunyi detak kaki yang sedikit bergegas kencang. 

Fuhh. Masih ada kambing aku. Terus senyum lebar tuan dia. Lantas;

Alhamdulillah. Dapat juga aku buat korban tahun ini.


Ku Cen Ku Parsi: Ehh.Tuan kau ni, macam alim je, kau tipu aku yea?

Kum Bing: Aku terpaksa. Aku nak kau kesiankan aku. Dan lepaskan ikatan tali pada pokok ni.

Ku Cen Ku Parsi: Demm.

Kum Bing: Tungguuuuu.. Sob Sob.


Tak ada motif. Sekadar mahu ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Tidur itu juga dapat pahala. 

Calon Bini

Gua ingin bini dunia akhirat.



ADAKAH ANDA WANITA BERUNSUR TANAH??

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Ada perkataan SUBUR tu penting. Hue Hue Hue.

MACAM MANA NAK TAHU?

Anda anak pertama, kelima, kesembilan.


Sila serah diri pada gua. Maksud gua, sila berkenalan rapat dengan gua. Please.

Ceritanya begini. Gua ada mesej mak gua.

Ma, susah la exam ni, rasa nak berenti ngaji.

Molek la tu, ado orang nak masuk minang. Ma gua balas kencang-kencang.

Gulpp. Terkejut gila gua.

Tidaakkkkkkk. Terus gua rajin study balik. Haha.

Bukan mak gua percaya ke apa, tapi bak kata orang tua-tua. Dari dulu mak gua kata gua kena cari bakal bini berunsur tanah.

Gua rasa mak gua dah pandai bergurau sekarang. Mak gua ada baca akal tunjang kot. Mungkin hari-hari mak gua layan Astro Mustika. Arghhh. Gua cuba sedapkan hati. Tunggu jela balik kampung esok. Kah Kah Kah.



Manusia Berubah

Ni apa kes anak sedara gua ada fan page, gua tak ada lagi...grrr.



Hari ni ulang tahun perkahwinan gua dengan bini gua. Anak gua pun dah besar-besar belaka. Semua sudah punya blog sendiri.

Anak pertama gua perempuan;
Nama belog dia putericomelabah.

Anak kedua gua lelaki;
Nama blog dia perantaukehidupan.

Anak ketiga gua perempuan;
Nama blog dia pinky-pinky.

Anak keempat gua ada blog juga. Cuma tak aktif. Dia minat bola dan main game saja.

Anak kelima gua baru nak belajar kenal laptop. Sampai laptop gua pun kena serang oleh robot anak gua.

Anak keenam gua masih menyusu. Tapi gua mahu buat akaun blog untuk dia. Taruk nama blog budaksukanagis. Comel sangat, ikut muka mama dia.

Subur bukan gua ni? Kah Kah Kah.

Gua sedang lepak dekat luar rumah. Menghirup udara petang. Bini gua tak bagi gua pekena kopi dah sekarang. Jika mahu jugak, gua kena merempit ke kedai makan Pak Faris Kulup lah.

Gua bagi anak gua ada blog. 'Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?' Gua sekarang dah sopan. Entri pun berunsur islamik kadang-kadang. Kalau tak, masa muda dulu mesti gua tulis 'Ke mana tumpah daki peluh kalau tak ke coli ye dak?' Keh Keh Keh.


Haji Hiro
21 Mei 2050.


SukaNeka:
Selamat Menyambut Hari Lahir Buat: Jambz dan Deus. Sila pergi belog dorang kencang-kencang. Bufdei boy tu. Keh Keh Keh.



Sehari Di Kelas #2

Hamjah, Heck, Gua, Prodo.



Episod: Sukan Yang Menyihatkan


 
Heck: Shit giler, court futsal dah penuh. Lu la Hamjah, kejadahnya pakai bedak sejuk petang-petang.

Hamjah: Biarlah. Mak gua marah kalau tak pakai. Sunburn nanti. Har Har Har.

Prodo: Habis, macam mana sekarang. Jogging? Boleh usha makwe bercoli pink.

Gua: Gua ada satu idea. Jom ikut gua.

Heck: Shit la. Pergi mana?

Selepas 2340211304 langkah kaki ke hadapan.

Prodo: Wow, itu 34 cup B. Itu 36 cup C itu...ituuuuuu...ituuuu...38 cuppp...

Terus gua menekup mulut Prodo.

Gua: Gila. Senyap-senyap sudah. Dah. Have a seat.

Heck: Shit giler. Bagus juga bersukan macam ni. Lompat lagi. Lompatttt.. Keh Keh Keh.

Gua: Yeah. Lompat tinggi-tinggi. Jangan terbang tinggi-tinggi.

Hamjah: Sekali sekala tengok makwe-makwe main bola keranjang ni, mata boleh jadi keranjang juga. Har Har Har.

Gua: Ciot tol Prodo, senyap terus. Woi nate, tutup la mulut.

Prodo: Aaaa... Aaaaa... Aaaaaa.

Demm.


Mereka Punya Kegemaran Juga

Teringat masa gua muda-muda dulu.



Ada pasangan baru kawen rumahnya dekat Pavilion sudah pindah rumah duk dekat KLCC.
 

"Alhamdulillah...Sedap sungguh Sayang masak"
 
"Hehe. Terima Kasih Abang"
 
"Abang nak tidur dah ni"

"Eh. Awalnya Abang (Sipu-sipu malu tapi mahu)"

"Bukan-bukan. Bukan seperti Sayang sangka"

"Abis tu?"

"Abang nak tidur awal, ada match Barcelona lawan Real Madrid pagi nanti. Rugiii ooiii tak tengok. Pinggan tu esok ye Abang basuh. Nite"

Hah??


Pengajaran: Bola dan lelaki tak dapat dipisahkan. 



Dinginnya Subuh-Mu

Maha Suci Allah.



Rintik hujan lagi di bumi Pahang.
Memudahkan tugas Sang Iblis.
Mereka hanya goyang ekor.
Kadangkala mereka tak perlu bekerja keras.
Sudah menjadi tabiat kita.

Sayup-sayup azan Subuh.
Seperti belaian mengulit jiwa.
Lenanya tak bersepi.


Ampuh.
Mana perginya golongan selalu pergi gim?
Mana perginya golongan selalu mendaki gunung?
Mana perginya golongan bersukan?
Mana perginya golongan berilmu?

Kuat mereka hanya di mata manusia.

Terima Kasih kerna menjemput aku ke rumah-Mu.


XY dan XX

1. Gua tak pasti mana laki mana perempuan. 
2. Cuti sem ni, gua mahu buat rambut macam budak pakai baju putih tu.




Situasi: Tetiba terbangun pukul 3 pagi. Sebab lapar.


XY (Gua)
Bangun.
Rasa lapar gila. Lambat bangun leh gila kalau tak makan.
Tengok ada megi rumet port baik punya. Rumet tidur sambil peluk megi.
Paw terus. Esok la gua beritahu.
Tengok mangkuk tak basuh lagi. Semut dengan lipas tengah buat rundingan damai dalam mangkuk tu.
Air dalam heater tak ada. Mangkuk tak basuh. Nafsu makan terbantut.
Berebut biskut dengan tikus. Dapat jugak. Yeyy.
Dapat makan biskut pun jadi lah.
On9. Kot-kot ada match bola.
Tertidur sambil pegang tetikus.

XX (Makwe seangkatan dengannya)
Bangun.
Rasa lapar.
Ada banyak stok makanan. Biskut, megi, cekedes, twistis, roti, dan coli-coli. Eh, coki-coki.
Tengok mangkuk tak basuh. Rumet pandai guna tapi tak pandai basuh.
Membebel sambil basuh mangkuk.
Tengok macam berminyak lagi. Basuh lagi.
Air dalam heater masih takat maksimum. Panaskan saja.
Bukak drama Korea sambil tunggu air panas.
Layan dengan begitu asyik sekali. Beraigo-aigo sakan.
Terlajak panas sampai air dalam heater masak dua kali.
Makan sambil tengok Korea lagi.
Megi sudah sejuk pun tak habis makan lagi.
Drama Korea memang mengenyangkan!!!
Habis satu episod baru tidur.


Beza kan ada testosterone dengan progesterone? Sekali gua cakap bahasa Biologi daa... Keh Keh Keh.



Fesbuk

Tak ada budak U, tak maju Fesbuk ni.



Sebenarnya gua kini sedang bercinta dengan Amira Syahira.

Eh silap, dengan Alesyaa Amani Misbah. Oh no.

Dengan Cik Piqa. Eh. Bukan-bukan.

Dengan Fatin Ros, eh. Itu makwe tak jadi kapel.

Mungkin dengan Natasya Aina Nabilah. Erkkk. Itu makwe rejek gua.

Aisyah Aigoo... Oh. Itu dalam proses.

Dengan Lydia Miza? Ah gila lu. Bini orang tu.

Ah. Dengan sapa gua bercinta sekarang???

Jap gua check Fesbuk.

In a relationship with Cik Platipuz. Keh Keh Keh.

Berdasarkan hujah di atas, jelaslah;


PERANAN FESBUK KE ARAH PASANGAN BERCINTA BERINTEGRASI.



Namanya Bukan Begitu


 Peperiksaan keadaan macam ni mesti pelajar Malaysia protes.



Beberapa minit sebelum dewan peperiksaan dibuka, gua borak-borak dengan member kuliah.

"Mana Tengku Faris Misbah?"

Gua sedikit tercari-cari.

"Siapa Tengku Faris Misbah?"

Kebanyakan member kuliah gua terpinga-pinga. Kencang sangat belajar sampai nama member pun lupa.

"Alahh. Faris Misbah... yang tinggi-tinggi tu"

"Sapo tu nate?"

Semua member gua tak kenal.

Lantas gua.

"MAT FAK"

"Oooo.. Mat Fak"

Semua member gua kenal.


Demm. Nak jawab pekse pun paksa gua mencarut.



Kesukaan Mereka

 Window Shopping pun jadilah--Isteri.



Ada pasangan dah lama kawen punya sorang anak perempuan rumah dekat Pavilion.

 
"Sayang, bangunlah. Kata nak jogging petang ni"

"Malas la Abang, penat. Tak puas tidur lagi"

"Alahhh. Jalan-jalan dekat taman ja. Sian anak kita tu"

"Nak tidur lagi Abang"

"Betul ni? Ingat lepas pergi taman mahu shopping sikit"

"Fuhhh. Kita pergi shopping terus la Abang. Lipstik Sayang dah nak abis, make-up sume, pampers anak, barang dapur, Bla Bla Bla...



Pengajaran: Kalau perempuan tu, perempuan la jugak. Keh Keh Keh.


Penangan Cinta

Kena belajar buat kopi kaw ni. Suami saya suka--Isteri.


 
Ada suami isteri baru lepas kawen, rumah dekat Pavilion.

"Sayanggg, cepat lah. Dah lambat nak pergi rumah ummi ni"

"Abang kejap"

"Alahhh. Dinner je la Baby"

"Dah siap!!"

"Erkkkk"

"Kenapa Abang?"

"Abang nak pergi solat taubat dulu"

"Nape?"

"Dulu Sayang tak bertudung. Hari ni bertudung?"

"Kan abang suka perempuan bertudung"

 
"SAYANG NAK SELALU CANTIK UNTUK ABANG"



Pengajaran: Bila dia sanggup buat apa saja untuk kita, itulah CINTA.



Keputusan Pemenang EGBB





Setelah sekian lama menganjurkan kontest ini. Maka inilah keputusannya.

Tahniah gua ucapkan.



Pertama : Miza Yusuf 




Ketiga: Eiffel


Keempat: Cik Tom


Kelima: Molmolla



Hadiah-hadiah:
1.Pertama : Duit RM50 atau di tukar kepada top up.
2.Kedua : Duit RM30 atau atau di tukar kepada top up.
3.Ketiga : Duit RM20 atau atau di tukar kepada top up.
4.Keempat: Duit RM10 atau atau di tukar kepada top up.
5.Kelima: Top up RM5.


Mesej gua di






Bila Cinta

Cinta hadir tanpa diduga!



Ada pasangan sedang hangat bercinta di Pavilion.


"Awak ni, tak romantik la. Bekas pakwe saya selalu bagi bunga dekat saya bila dating"

"Awak ni, tak sweet la. Bekas pakwe saya selalu bagi hadiah bila sambut hari jadi saya"

"Awak ni, tak kemas la. Bekas pakwe saya selalu nampak kemas even dia tengah bersukan"

"Awak ni, tak pandai la. Bekas pakwe saya selalu dapat Dekan"

"Awak ni, tak ada wawasan la. Bekas pakwe saya selalu kata dia nak bekerja dekat Qatar"

"Awakkk... Nak pergi mana tu..."

"Bekas makwe saya ajak kapel balik. Awak pergi la dekat bekas pakwe awak tu. Bye"

"Hah???"



Pengajaran: Hargailah pasangan kita. Yang dah lepas tu. Lepas la.

 

Sehari Di Kelas



Kringgggg...

Loceng berwarna merah memekak lagi. Menandakan sudah masuk waktu belajar.

****

"Hamjah... Hamjah, gua tak siap lagi kerja sekolah yang Cikgu Shara bagi semalam. Nak pinjam"

"Bagi gua jentik conec lu 200 kali dulu"

"Babiiiiiiiii"

****

"Prodo-Prodo, gua lupa nak siapkan kerja sekolah Cikgu Shara. Pinjam-pinjam"

Bagi gua coli merah dulu. Nanti. Pastikan saiz 38A. Nanti. Pastikan baru beli. Nanti. Pastikan dari luar negara. Nanti. Kalau dapat coli milik Melah punya, seminggu gua buat kerja sekolah lu. Okay?

"Fakingggggg"

****

"Heck, gua nak pinjam kerja sekolah yang Cikgu Shara bagi"

"Shit lu. Kena sistem barter. Bagi VCD porno Mario Aigoo Volume 23. Rasanya Volume 12 gua tak layan lagi. Deal?

"Celakeeeee"


Budak-budak sekolah zaman sekarang memang begini ye?



Sekadar Perkongsian 2

Kamu mahu jadi blogger terbaik? Inilah masanya.


Pehh. Tak sangka Akal Tunjang dapat membesar dengan matang sekali. Hampir masak ranum. Besar membulat. Ok. Salah. Gua maksudkan ialah buah tembikai.

Berbalik pada tajuk, gua ingat mahu kongsi apa yang gua rasa perlu untuk memantapkan blog lu orang. Ini perkongsian, mahu baca tak pe. Gua bukan perli yep.


SILA RINGANKAN BLOG

Gua terpaksa tulis besar-besar. Kot lu orang tak nampak. Ingat, tak semua pengunjung punya talian intenet yang laju.
Ada lembap cam siput dan laju macam babi. Ok. Buang la wiget apa yang tak patut. Lagu ke. Pandai-pandai lah korang.

Check dekat sini
Bawah 100KB tu laju la.


JANGAN UPDATE ENTRI BODOH

Berlagak betul. Entri bodoh disini ialah, contohnya;

I tak lalu makan. Sekian.

Aku tertekan.

Sayer Rindue Awak Sangat-Sangat.

Wadepak. Dah la, nak masuk blog lama, tengok-tengok tulis tu je. Sapa tak panaskan. Tahu lah itu blog lu orang. Lu orang punya suka. Baik tak yah berblog. Tulis blog persendirian. Baik update kat status Fesbuk. Demm.


JANGAN CARI FOLLOWER SANGAT

Sedar lah. Lu bukan femes pun. Kah Kah Kah.

Jadi carilah member berblog, bukan folower. Kalau blog lu orang best, orang dengan sendiri polo. Ok. Hue Hue Hue.

Jadi, belog lu orang dah hampir sama dengan blog idaman gua. Bolehlah gua taruk dekat Kaum Bapa dan Kaum Ibu tu. Keh Keh Keh.

Gua nak berkencing berdiri dulu. Looolaaa. Cess. Ikot Platipus la ni.


Yang ni Sekadar Perkongsian.

Bicara Sang Embun Dengan Sang Pokok

Biarkan ia terus menghijau.



Sipi-sipi sinaran Sang Mentari dari orbit timur kian menendang Sang Bumi. Seluruh Sang Bangau berkuak rentang mencari rezeki. Sang Burung Hantu bergegas berlari kencang ke tempat lebih redup. Sang Kelawar termenung panjang kerna Sang Pokok sudah lambat berbuah.


Sang Embun: Selamat pagi Sang Pokok. Semoga hari kamu indah ya hari ini.

Sang Pokok: Entahlah Mak Embun. Saya tak berapa selesa semenjak kebelakangan ini.

Sang Embun: Mengapa kamu berbicara hal demikian? Apa yang kamu gusarkan?

Sang Pokok: Manusia.

Jawab Sang Pokok ringkas.

Sang Embun: Sang Manusia bajingan itu lagi? Kaum kamu ditebang serakus-rakusnya lagi? Anak kamu dicabul tanpa belas kasihan? Laki-laki kamu di rampas dan anak perempuan kamu dirogol?

Sang Pokok: Begitulah.

Sang Pokok seakan tak dapat menahan sebak.

Sang Embun: Sabar ya Sang Pokok.

Indah sungguh Sang Mentari menyinari. Entah mengapa lebih indah daripada biasa. Tapi sayang. Seluruh kaum Sang Pokok tak dapat melihat senyuman Sang Mentari seperti biasa. Kawasan keluarga Sang Pokok sudah habis diratakan. Tinggal dia keseorangan. Kawasan menjadi padang jarak padang tekukur.

Sang Embun: Manusia. Biasalah Mak Kok. Mereka lebih pentikan pembangunan daripada menjaga alam. Okaylah. Sang Mentari sudah hampir menjemput saya. Esok kita borak lagi. Adiosssss.


"Manusia Kejam" fikir Sang Pokok sambil mengembuskan nafas yang segar tapi kian berkurangan.



Gua, Perempuan dan Coli

Demm, Gambar coli tak lulus nak siar. Demmit. Keh Keh Keh.



Apa gua akan buat jika gua jadi perempuan selama satu minggu?

Lu orang mesti ingat gua akan pergi beli coli kencang-kencang lepas tu pakai kan?

Kencang weh pemikiran lu orang. Agak-agak la weih.

Pastu ada fikir gua akan amik gambar pakai coli saja guna henset murah. Taruk dekat MySpace. Buat mucung-mucung mulut. Haha.

Bukak akaun facebook taruk gambar posing baeekkk punya.

Pastu update status;

Sapa Cayunk Saya?

Rasa nak di peluk la...

Hari ni nak pakai bra kaler apa ek.

Nak nangis kejap boleyh?


Demm la. Bukan-bukan. Itu andaian tak berasas. Gua nak ngorat lelaki laaa. Gua nak uji sejauh mana setia cintanya pada makwe dia. Lebih-lebih lagi gua nak goda Hamzah. Nak tengok dia ni jenis setia ke tak. Keh keh Keh. Gua nak kawan baik dengan Shara. Nanti gua dengan Shara boleh main ukur-ukur dada. Haha.

Goda What The Hacks. Alahhh. Dia ni macam kaki senang kena pancing ni. Haha. Gua gurau je bhai.

Muah... muah dengan Ayul. Serius shit lepas ni dia terus jual kambing-kambing dia. Untuk belikan gua BlackBerry dan teddybear.

Dengan Abe Farid pun gua nak test power. Erkk. Tapi dia ni cam setia. Ah. Belum cuba belum tahu.

Dahla mengarut. Tapi jadi perempuan memang cabaran yang sukar. Gua akui itu. Makwe yang terlanjur dengan pakwe setan, perempuan yang kena padah. Ishh... mencabar juga ya.


Jadi, hargailah dirimu wahai PEREMPUAN...



Pencoli,
Horrow.


Jika Benar Dia Untukku

Terima kasih kerna memenuhi ruang di antara jariku.




Nama gua? hmm... rahsia. Umur gua? rahsia. Gua hensem? emmm... rahsia jugak. Gua ada guna produk dr Rozmey?. Serius shit tak. Ok. Ini cerita cinta gua.

***

Abang, Sayang dapat sambung belajar. Dekat Mesir.

Gulppp. Telan air liur gua dapat mesej dari makwe gua. Gila lu, pasni jauh la dengan dia. Dating pun jarang-jarang. Eh... bukan jarang-jarang, tapi kadang-kadang. Lebih tepat satu tahun sekali. Nanti dia lupa cakap Melayu macam mana? Gua dah la khatam Quran tak lagi, nak suruh belajar bahasa Arab. Kirim salam la weih.

Bila pergi?  Gua balas balik mesej dia.

Hujung bulan ni. Yeyy. Ceronoknya.

Pehh. Dia ni macam suka pula duk jauh-jauh dengan gua. Tapi dia memang dah lama impikan nak sambung belajar luar negara. Dalam bidang perubatan pulak tu.

Ok. Balas gua ringkas.

Gua ingat lagi ketika dating minggu lepas.


"Abang... nanti Sayang dapat sambung oversea, Abang bagi tak?"

"Napa tanya Abang? Tanya la family"

"Dah. Dorang bagi. Abang pulak?"

"Kalau ikutkan Abang, Abang memang tak nak bagi. Sapa nak makwe duk jauh. Nanti kena kebas dengan budak Arab camne. Dah la dorang hensem. Tak suka makan nasik pulak tu"


"Hehe. Abang ni. So, bagi tak?"

"Dah itu impian Sayang kan. Pergi lah"


Gua tersentak bila ada orang buzz gua dekat YM.

Nadia_Putri: Awak wat pe tu?

Perempuan ni selalu chat dengan gua bila gua Online. Nampak macam dia sukakan gua. Bukan nak bangga apa, tapi gua dapat rasa. Mungkinkah nanti perempuan ini bakal merampas tahta hati gua?

Makwe gua duk Mesir enam tahun tu. Apa-apa pun boleh jadi kan. Piala dunia yang empat tahun sekali tu pun berubah pemilik. Ini kan pula hati manusia.

Akan ku setia pada kamu. Fikir gua dalam hati. Sambil buka fesbuk makwe gua. Terus gua sign out YM. Malas nak layan.

Kalau ada jodoh adalah
Gua dah ada dia
Kasih dia
Sayang dia
Sepanjang gua terikat ngan dia
Gua cuba penuhkan tanggungjawab gua

Dia jauh mana pun
Gua dan dia percaya satu sama lain.
Itu sudah cukup
Lambat laun dia akan lengkapi hidup gua


"Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"

Dalam Islam pun mengajar kita supaya setia. Yelah. Setia pada agama Islam. Dunia yang penuh pancaroba sekarang ni, ramai keluar Islam. Tak setia. Gua akan cuba setia selagi dia pun setia. Enam tahun je pun. Keh Keh Keh.

Itu saja gua dapat kongsi. Tak kan nak cerita jugak gua dating pakai baju apa, keluar dating kat mana, makan suap-suap tak, gilerrr apa. Haha.




Disaat Aku Merinduimu


Aku kosong
Aku lemah
Aku keseorangan

Entah mengapa hari ini berduka murka

Serba tak kena
Mahu baca entri member jauh tersasar
Oh. Mungkin sebab menanti itu memeritkan

Menanti itu menyeksakan
Menanti itu separuh nafas
Menanti itu menghela nafas panjang
Menanti itu tangisan

Aku menanti kau
Kau menunggu dia
Dia datang pimpin tangan kau
Kau bersuka riang
Lama kau tunggu saat itu bukan
Aku?


Aku rindu kau




Demm. Ini bukan perasaan gua dikala ini. Grrr.


Oh Indah

Gua dalam dilema. Keh Keh Keh.



Gua bangun pagi pukul 3 petang. Gua terjaga dek Sang Mentari kejut. Sang mentari sudah lama memancarkan cahayanya kena katil gua. Bahangnya turut kena badan gua. Gua jeling Sang mentari balik, sedap saja dia senyum kat gua. Grrr. Ejek gua la tu.

Gua jenguk kat luar tingkap. Sang burung kakak tua hinggap sebelah sang burung raja udang. Pehhh. Gua tak pasti sama ada itu gagasan 1Burung atau si burung kakak tua tu lebih mementingkan kedudukan jika mahu ngorat dia. Raja tu. Terus gua pergi mandi. Ahh. Malas nak layan perasaan.

Dalam tandas ada budak cina mandi sambil nyanyi. Muhibah betul. Gua pun turut nyanyi sama. Lagu Fauziah Latiff. Erkkk.. nyanyi dalam hati.

Siap mandi dan solat semua, terus gua turun ke kafe. Makwe kafe yang cun tak kerja petang. Malam je. Nak beli makanan pun tak ada feel. Banyak sungguh pasangan bercinta sedang lepak dekat kafe. Cemburu betul gua. Tsskk.

Gua makan kat bilik, sambil layan ceramah. Keh Keh Keh. Lepas makan, gua Online kejap. Baca surat khabar kejap, Fesbuk kejap dan main Football Manager kejap.

Rasa mengantuk pula. Terus gua mahu tidur balik. Indah betul 'study week' gua ye. Macam mana nak dapat Dekan. Grrr.

 
"Esok gua stat study," getus gua dalam hati sambil tarik selimut.


Dia Juga Punya Perasaan


Semua manusia dihadapan Allah adalah sama, kecuali taqwa.



Situasi 1

Shiah Jalil: Haa... tengok la tu, tergedik-gedik.

Rosmah: Memang ikut perangai mak dia lah.

Shiah Jalil: Ko nasihat anak ko baik-baik Rosmah. Budak tu kotor, nanti anak laki ko dapat dosa.

Rosmah: Eeeeeiii... geramnya aku. Anak aku juga dia kacau.



Situasi 2

Mat lepak: Aii. Cik adik. Jum kapel. Mau?

Kawan Mat lepak suka hisap rokok murah: Ehh. Sombong lak dia. Mau p mana.

Suraya: Balik rumah.

Mat lepak: Alaaa. Jom la borak kejap.

Suraya: Tak boleh. Ada keje.

Mat lepak: Weiii... sombong la ko tu. Ko ingat ko suci sangat ke. Dasar anak haram. Buat cemar kampung ja.


Situasi 3

Makcik 1: Ehh. Anak haram datang. Jum pergi kedai lain.

Makcik simpan duit dalam coli: Tak ingin nak beli sayur kat sini kalau ada anak haram.



Suraya. Bukan nama sebenar. Dia merupakan anak luar nikah. Semua orang dekat kampung dia tahu yang dia anak luar nikah. Dengki orang pada mak dia, maka cerita tentang mak dia lahirkan anak luar nikah tersebar.

Dari kecik Suraya di panggil anak haram, anak sial, anak pelacur dan anak setan. Pedih bukan. Gua pun tak tahu, mana jijiknya Suraya itu. Dia satu dalam seribu. Kalau tak, dia dah lama sudah mati.  Yelah. Ada dekat, tong sampah, masjid, longkang, jamban mahupun ditanam hidup-hidup. Kita patut bagi semangat pada dia.

Sapa tak gundah gulana. Setiap hari dihina dan dikeji. Tak boleh tersentuh, salam-salam bagi perempuan. Nampak macam Suraya itu mengidap AIDS la pulak. Kalau kita di tempat dia, kuatkah kita untuk menghadapi hari mendatang?