Konsep Cinta Sejati


Detik bermula satu kehidupan baru. Dulu tak ada bunga api sambut merdeka pun meriah.



Merdeka, Merdeka Merdeka... Semangat betul gua tengok sorang brader tadi. Semangat padunya sangat membanggakan. Rokok ada dekat tangan. Mulut saja cakap merdeka. Tapi pemikiran masih belum merdeka. Mengapa gua cakap begitu? Gua pun tak tahu kenapa. Keh Keh Keh.

Dekat gua lepak, gua ada nampak seorang yang boleh dipanggil datuk. Gua cuba menghayati konsep kemerdekaan dengan berbual dengan datuk tu. Tapi datuk tu tak berminat sangat. Dia cuba tekankan konsep cinta sejati dalam perbualan kami.

"Kamu tahu ke cinta sejati tu apa? Anak muda sekarang memang kata saja cinta-cinta. Tapi lama-lama dah bosan. Putus itu lah. Ini lah. Sampai dah bertunang pun boleh putus,". Panjang datuk menghuraikan konsep kesejatian.

Dalam hati gua berkata, putus tali coli time berkapel itu perkara biasa sekarang.

"Dulu atuk ada kenal dengan seorang perempuan. Atuk memang mahu kawen dengan dia. Tapi tak ada jodoh. Sebab halangan orang tua. Sampai sekarang atuk sayang dia. Akhirnya atuk buka hati pada perempuan lain. Perempuan yang sudah tak dara. Kianat orang juga."

"Biarlah atuk bahagiakan dia. Sebab mungkin orang lain akan pandang perempuan ini jijik. Kotor. Sampai bila dia tak akan bahagia. Menjadi bualan orang kan. Tapi atuk bukan kasihan kan dia. Atuk pun tak faham macam mana atuk terus setuju mahu kawen dengan dia ne."

"Kalau kamu di tempat atuk, kamu akan terima perempuan tak dara?"

Pehh. Agak mantap soalan atuk tu pada gua. Memang gua serba salah. Gua rasa ini atas penerimaan diri sendiri. Perempuan yang tak dara cukup jujur kalau dia bagitahu dia tak dara sebelum kawen. Baru lelaki ini boleh terima atau tidak.

Tapi kalau gua... Ok jap, gua mahu solat subuh berjemaah. Kui Kui Kui.



Erti Kemerdekaan

Sampai bila kita boleh pastikan Jalur Gemilang terus berkibar bebas?



#1 Ogos. Opss silap, 31 Ogos. Setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan. Sedar tak kita sudah 53 merdeka? Bangga tak lu orang? Nak cakap bangganya, ada sesetengah makwe, yang baju dalamnya berkain bendera Malaysia. Mantap bukan? Itu tak kira boxer dan skirt bendera Malaysia lagi.


Gua cuba selami erti merdeka dalam jiwa anak muda sekarang. Kata mereka erti kemerdekaan adalah:


Mat Ate: Biase bro. Fitrah ketika 31 ogos. Seks bebas. Emm... bagi gua. Boleh ngentot makwe gua. Sebab dia merdekakan dirinya dari belenggu iman. Gua rasa begitu la kot. Makwe gua merdeka daripada cengkaman keluarga dia. Merdekakan dia dari pakaian depan gua. Mendalam juga teori gua kan.


Budak Muka Agak Comel: Cuti la broooooooo..

Budak merayau malam: Mer deka--mungkin orang zaman dahulu guna merdeka untuk mereka. Lama-lama dah bosan guna merdeka jadi mereka. Ataupun pendekar. Lama-lama jadi merdeka. Apa tah aku merepek ne.

Mat dadah: Gua start tagih dadah sejak tengok orang duk baris-baris dlm TV. Gua nak baris-baris jugak. Tapi dapat dadah-dadah. Keh Keh Keh.

(Monolog dalaman)
Gua: Celake, dah la mulut busuk, ketawa nak buat mata stim. Cess.

Kawan Mat Dadah: Baik lu amik dada-dada, jangan amik dadah-dadah macam kami. Kah Kah Kah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Sambil berlari kencang untuk memanjat tiang bendera. Oh. Orang gila rupanya.

Gadis tak boleh puasa: Merdeka merenung kembali ke zaman silam Malaysia.

Penggemar Surya: Buat apa sambut merdeka, macam orang tua doe.


Begitulah. Itu gua tak tanya siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 32 lagi. Gua sedikit gusar. Adakah anak muda zaman sekarang tak tahu erti merdeka? Jika Sarjan Hassan tahu pasal ini, memang dia menangis syahdu.


Kepada guru Sejarah dan tukang kebun sila pandang isu ini dengan serius. Persoalanya, bolehkah kita jamin Malaysia boleh terus merdeka?




Kerana Dia #3




"Wei, aku dengar ada budak baru masuk sekolah kita... makwe free hair ooooo," cakap Hamzah bersungguh pada Aryan. Muncung-muncung mulutnya.

"Emm," balas Aryan ringkas.

"Jom la wei kenal dengan makwe tu. Tolong aku. Guna kehenseman wajah ko untuk dapatkan nombor tepon dia," Hamzah kelihatan terdesak.

"Malaslah aku. Aku nak tumpu SPM. Nak belajar Biologi," mata Aryan bersinar harapan.

"Cess... bila pulak ko minat Bio? Sial. Siot je," Hamzah mula marah.

"Aku ada inspirasi baru. Semangat baru. Aku mula berminat pada makwe dekat kelas tuisyen aku. Cun," Aryan senyum-senyum sorang.

"Haaa. Tu dia makwe tu. Tuuuuu... " Hamzah tunjuk dengan bersungguhnya. Memotong percakapan Aryan.

"Jom la masuk kelas. Waktu rehat dah habis," Aryan langsung tak tengok makwe yang disebut-sebut Hamzah.

"Ko ne... tengok la. Rugi wooo," Hamzah paksa Aryan. Hamzah terus ikut Aryan yang berlalu pergi dari kantin sekolah.

***

Loceng berdering. Ada yang terus lompat pagar sebab tak sabar untuk menunggu pengawal sekolah buka pintu pagar. Aryan melihat dari beranda tingkat dua. Salah seorang dari mereka ikat tali leher sekolah dekat kepala. Aryan senyum sendirian.

Kereta Persona masuk kawasan sekolah dengan perlahan-lahan. Dari beranda tingkap dua itu, Aryan melihat seorang gadis yang sudah lama menunggu kereta Persona itu.

"Bukan ke dia ituuu," terus Aryan berkejar ke kereta itu.

Kereta itu sudah berlalu pergi. Aryan macam kenal gadis itu. Dia cuba amati gadis itu yang berada di tempat duduk belakang.

"Emmm," Aryan senyum lagi.


Bersambung...

Sangap


Remaja kurang penghayatan mengikuti perlumbaan F1- Micheal Angelo



Gua Sangappppppppppppp...

Amacam? Kalau gua laung macam ini dekat orang ramai. Contohnya dalam dewan kuliah ataupun dekat bazar Ramadhan. Mungkin orang akan pandang gua semacam kan. Berbisik sesama sendiri sambil menelefon pasukan pencegah kegilaan.

Mungkin ramai anggap sangap itu berkait dengan perkara yang tak elok. Biasanya kalau gua cakap. "Gua sangap ne". Ramai makwe jeling-jeling semacam. Gua rasa maksud sangap bukan apa yang kita fikirkan. Contoh:

Si Polan A: Gua sangap mahu mandi sambil main sabun.

Remaja B: Gua sangap tengok makwe kereta Myvi kaler silver je. Myvi kaler merah, kuning dan warna mencetus gelora nafsu gua tak berminat.

Bekas penagih C: Gua sangap mahu solat berjemaah. Tak sabar nak tunggu masuk waktu. Oh... indahnya.

Si D: I mengantok la U. Sangap sangat. Jangan kacau leh tak?


Ramai member gua kata sangap tu bermaksud gersang tahap gaban sebab kesunyian. Tak ada tempat nak bermanja. Maksud lain, sangap ni menguap atau mengantuk. Tapi mengikut daripada Legenda Laksamana Sunan, Sangap itu adalah nama kepada pedang Raja Hardiawan. Putera tunggal kepada pemerintah pada masa dahulu kala.

Gua rasa, mahu perjuangkan maksud sangap yang sebenarnya. Biar maksud sangap setaraf sama dengan hormati, baik hati, menawan, sedap dan peluk.

Ada mahu ikut?? Keh Keh Keh.



Kerana Dia #2

Sambungan Kerana Dia #1



Aryan tolong bukakan pintu untuk gadis 'free hair' tu.


"Terima kasih," sopan gadis itu. Pandai senyum melirik manja juga.

Terus Aryan duduk belakang gadis itu. Entah mengapa Aryan datang kelas tuisyen awal hari ini. Mungkin sebab minat subjek Matematik atau ada rancangannya tersendiri. Kalau siapa kenal Aryan, mungkin terkejut dengan dirinya hari ini.

Bangun pagi, terus menyanyi lagu berunsur cinta dan rindu. Makan mee goreng sampai dua pinggan. Biasanya, waktu makan pagi dipenuhi dengan main 'game' bola. Hatinya mungkin berbunga.

Pagi ini, kelas Matematik. Aryan sangat menyukai subjek Matematik. Kacang katanya. Dari tadi Aryan tersenyum sorang-sorang. Suka sangat melihat gadis free hair itu main-main kalkulator sambil garu-garu kepala. Mahu juga Aryan nak bagi tunjuk ajar.

"Ye Aryan? Kenapa duk sengih-sengih dari tadi? Ada masalah?," Cikgu Rosma menegur Aryan.

Gulpp. Aryan telan air liur. Gula-gula perisa stawberi masih terasa. Cikgu Matematik dia perasan. Kantoi.

"Erkk... tak ada apa cikgu," balas Aryan. Malu betul dia.

Sejam selepas itu, cikgu bertukar. Kelas Matematik Tambahan pula. Kepada yang tak minat subjek Matematik. Memang pening. Dua jam sekali gus.

"Ok. Cikgu mahu buat ulangkaji tentang sub topik perbezaan. Masih ingat semua? Tanya Cikgu Haliza.

Ada yang kata tak ingat. Ada kata tak pernah belajar. Ada yang memandang sesama sendiri sambil mengumpat pakaian Cikgu Heliza. Seksi sangat.

"Dah-dah. Cikgu buat soalan dekat depan. Kamu jawab bawah soalan ya. Okay, Mula dari yang tudung hitam tu. Lepas jawab, bagi je dekat sesiapa maker tu," jelas Cikgu Heliza.

Aryan senyum puas. Ligat otaknya mencari peluang.

"Weii... kalau ko kena jawab, bagi aku," bisik Aryan pada kawan sebelah kanan dan kirinya.

Aryan buat begitu sebab mahu tahu nama gadis 'free hair' itu. Lepas dia kena buat depan, dia mahu bagi maker itu dekat gadis itu. Nanti Cikgu Heliza sebut nama gadis itu.

"Oh yeahhhhh...," Aryan kena buat dekat depan.

"Ok. Aryan. Sila buat soalan nombor enam," kata Cikgu Heliza.

Aryan jawab dengan selamba. Senang sangat. Terus dia bagi maker kepada gadis 'free hair' di depannya.

"Ok. Iz, buat nombor tujuh," Cikgu Heliza menyuruh gadis itu.

"Hah? Iz je. Cessss... kenapa cikgu panggil Iz je. Panggil la penuh. Boleh la aku 'search' dekat fesbuk ka," getus Aryan dalam hati.



Bersambung...

Kerana Dia #1





Aryan duduk di barisan belakang dalam kelas tuisyen Biologi. Jam tergantung dalam kelas jelas menunjukkan pukul 11.45 pagi. Lima minit yang lalu, Aryan baru masuk kelas. Kelas Biologinya bermula dari pukul 11 pagi lagi.

Aryan masuk ke kelas tanpa menghiraukan cikgu tuisyennya sedang mengajar. Sikap kurang ajarnya memang sukar dibendung. Itupun nasib baik dia datang, selalunya dia ponteng. Dari tingkap aras 2, pemandu peribadi Aryan sudah siap menunggu. Aryan tak habis-habis melihat jarum jam jenama BUMnya.

Buku nota yang dibawanya, tidak terusik. Suci bersih. Lama juga mahu tunggu kelas habis. 15 minit dirasanya begitu lama. Dia memang tak berminat subjek Biologi daripada tingkatan empat lagi.

Cikgunya hari ini mengajar dan buat ulangkaji tentang subjek Biologi Tingkatan Empat. Banyak cikgunya conteng pada papan putih. Siap buat peta minda lagi. Aryan baca dalam hati tulisan cikgunya.

Introduction to Biology
Cell Structure and Cell Organisation
Cell Structure
Movement of Substances Across the Cell Membrane

Aryan pandang dan tenung papan putih di hadapan kelas. Memang dia tak ingat langsung akan apa yang dipelajarinya semasa tingkatan empat.

Matanya terpandang seorang gadis yang duduk di barisan hadapan. Fokus sungguh dia menyalin apa yang cikgu tulis dekat papan putih itu.

"Jarang makwe 'free hair' rajin belajar," getus hatinya.

"That's all for today, I hope can see You tomorrow. Class dismiss," laung cikgu tuisyennya dari depan.

Terus lamunan dia tadi hilang. Bila masa pula ada perkataan "Boring" pada notanya. Sebelum keluar kelas, Aryan masih sempat memandang gadis 'free hair'. Terdetik di hatinya mahu berkenalan dengan gadis itu.

Siapa dia?

Hatinya menjadi tanda tanya. Membuatkan alasannya makin kukuh untuk hadir ke kelas esok.


Bersambung...




Dugaan-Nya

Berdoa kepada-Nya, mampu meringkan beban masalah kita. Ye dak bro?




Kita sebagai manusia, tak terlepas daripada dugaan dari Tuhan kan. Dulu, gua ingat dugaan itu yang buruk-buruk saja. Namun, hidup kaya dan muka kacak serta punya buah yang mantap itu adalah dugaan juga. Adakah kita sedar hal ini?

Bila member kita dapat musibah, atau malapetaka. Kita sebagai member selalu bagi nasihat dan sokongan kan. Contohnya:

Si A: Sabar lah, makwe ko tu bukan cantik sangat. Dah lah buah macam nasi lemak harga RM2.

Si B: Arwah baik orangnya. Penyabar. Pandai main bola dan selalu ada stok porno untuk kita.

Si C: Dah la nangis tu. Pakwe ko yang macam bola ragbi tu pun ko nak kesalkan ka? Dia tak layak la ko cinta, sayang. Jom aku belanja ko makan cendol, nak?

Si D: Apa??? Suami U lemah tenaga batin??? Siannya... sabar ek. U bawak pergi jumpe bomoh. Kot-kot menjadi ke.

Si E: Menci la nyah. Mahu layanan sedap. Tapi bayar RM10 saja. Menci Menci Menci. (Errk. Macam bukan je ne).


Begitulah, banyak musibah dan dugaan yang menimpa member kita atau orang sekeliling kita. Persoalanya, kalau musibah dan dugaan kena pada diri kita, adakah kita mampu memikulnya?

Mungkin kita berada di zon selesa, bila kena musibah atau dugaan yang memeritkan, kita tak mampu memikulnya.
Adakah kita bersedia memikul dugaan yang berat jika iman kita tak kukuh?

Tapi kita mesti pegang satu ja, Allah tidak membebani kita melainkan sesuai dengan kesanggupan diri kita sendiri. Kan?

Jangan baca dengan serius. Tapi dengan penuh pedoman. Lu orang boleh cuba baca entri ini sambil dengar lagu Saat Terakhir daripada kumpulan ST12. Mungkin mesej gua mahu sampaikan dapat. Kih Kih Kih.



Sekadar Perkongsian

KLCC tidak dibina dalam satu hari. Begitu juga dengan mutu belog kita.




Orang berilmu kata, kalau mahu buat baik kena sebut Bismillahirrahmanirrahim. Baru berkat kan. Gua rasa mahu buat perkongsian sikit. Ye lah. Asyik buat entri yang tak memberi manfaat pada member je.

Ok. Gua mahu kongsi apa yang membuatkan Akal Tunjang maju. Salah-salah, bukan maju pun. Keh Keh Keh. Mungkin kita terlepas pandang. Main taruk saja dalam belog kita. Buat pembaca makin menyampah. Bukan kita pandang dan lepas dalam tandas atau memandang makwe terlepas kat lelaki lain. Antaranya:

1. Gajet jangan banyak.
Jika gajet banyak sangat. Mungkin akan memperlahankan belog kita. Ingat, bukan semua punya internet yang laju. Ada belog gua lawat tu, sampai kaku laptop gua.

2. Entri jangan banyak dalam satu muka.
Ini sampai 10. Gila mahu bagi tunjuk semua entri dalam satu page.

3. Tulisan kecik.
Mahu tulisan kecik. mewarna, kiut la konon. Tapi menyusahkan warga emas untuk membaca entri kita.

4. Ada word notification.
Ada yang letak word noti ne memang gua jarang nak komen. Hanya senyum melirik ataupun sedekah Al-Fatihah saja. Biasa gua malas nak komen, gua taip komen guna kaki saja, tapi kalau ade word noti ne, aiyoo.

5. Ada lagu.
Biasa ada lagu juga menyumbang kelembapan page mahu bukak. Kalau lagu sedap tak apa juga. Mungkin dia fikir kita semua suka lagu Fauziah Latiff ye.

6. Buat tajuk panas-panas.
Wadepak buat tajuk lucah-lucah. Oh. Maksud gua, wondepet. Bajet mahu tarik pembaca. Tapi entri hampeh.

7. Ikot suka.
Ada yang kata, 'Ikot aku la... belog aku'. Letak gambar cintan dan gambar pakwe makwe. Tapi banyak yang suh kita semua:

Saye komen entri awak sudah..jom ke blog saye..

Eh. Ada entri baru dekat belog saya. Jom singgah.

Ne apa kes?


Oklah. Itu saja perkongsian gua pada bulan yang mulia ini. Sebenarnya gua tak layak lagi mahu kongsi apa-apa berkait dengan mutu belog. Cikgu Mutu lagi layak kot. Maklumlah 'Newbie' katakan. Kui Kui Kui. Tapi, gua mahu kongsi jugalah.

Sapa yang 'addict' dengan Nuff tu, sila pastikan pengunjung 'Uniques' lebih 100 sehari. Ok. Gua rasa berbangga hari ini, dapat bagi manafaat pada member. Akhir kata, marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW kita. Wei orang berakal, gua kata berselawat dulu. Baru komen. Serius kesan daripada solat terawih lapan rakaat. Kih Kih Kih.




Ponteng Puasa

Member sejati selalu doakan kebahagiaan kita.




Selepas berbuka, gua dan member-member lepak dalm bilik. Berpuasa penuh gua hari ini. Terus gua bukak baju. Badan gua macam Jet Li, memang pujaan setiap gadis. Member-member gua cemburu. Sebab ada yang jeling tanda tak puas hati. Gua cuba bukak cerita, gua mahu tahu cerita dorang yang pernah ponteng puasa.

Bakaruden: Nama saya Bakarudeen, jadi kalau lapar, saya bakar lemang atas badan saya. jadi saya makan lah. Macam kita katakan, bukan lemang saja, ketupat, rendang dan dodol itu pun saya bakar lah.

Pak Esung: Gua buat air sambil tidur. Bangun-bangun sudah segelas air Sanquick gua minum.

Kyo forlan: Gua selalu sahur... tapi puasa kadang-kadang.

Mat: Puasa makanan ja. Rokok tak leh puasa.

Hiro: Gua ingat bila bersentuh dengan orang tak leh puasa, gua leh join tak puasa sama. Selalu gua sentuh akak gua. Leh makan cendol siang hari.


Begitulah, puasa memang banyak dugaannya. Gua pun selalu minum air paip semasa ambil wuduk ketika darjah enam. Entah subur ke tak gua sekarang kesan daripada ambilan air berklorin. Mau coba? Kui Kui Kui.




Bovel


Gua dipaksa baca novel omputih. Keh Keh Keh




Gua ni, tak boleh hidup tenang dan dalam kesangapan dan kegersangan kalau tak dapat buat entri baru. Gua juga sangap mahu mencarut dalam entri. Tapi gua hormat bulan Ramadhan. Jadi untuk membendung kesangapan ini. Gua ingat mahu tulis novel dalam belog.

Biasa novel tulis dalam buku, kalau tulis dalam belog jadi apa ya? Bovel? ke Bogel? Keh Keh Keh. Gua akan 'update' bovel setiap hari Sabtu, jadi sapa trauma baca novel, jangan baca entri gua hari Sabtu keyh. Haha.

Ok. Ini adalah watak-watak dalam bovel gua.


Izzyan Zafira binti Kamaruddin

Seorang gadis pandai. Cantik rupawan. Setiap jejaka melihatnya pasti tertawan dengan bulu matanya yang lentik. Berminat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang kedoktoran di luar negara.

Aryan Arjuna bin Kamal
Seorang jejaka kaya. Waris tunggal Syarikat Pemacu Berjaya. Berminat dalam bidang kejuteraan tetapi ayahnya menyuruh belajar dalam bidang berkait dengan ekonomi dan pengurusan syarikat.

Puteri Farah Suella binti Sulaiman
Gadis cantik. Kecik molek. Bertudung litup. Sopan satun. Baik budi pekerti. Pegangan agama yang kuat. Kedua ibu bapanya ustaz dan ustazah.

Chicarito
Tiada maklumat ditemui. Rahsia~


Gua masih rock lagi ya. Bukan terjerumus dalam kancah kepondanan mahupun kegay-an. Hehe. Gua masih mencari tajuk yang sesuai. Rupanya, sukar juga mencari tajuk sesebuah novel. Haha.


PS: Siapa sedang cinta sakan? Gua mahu pinjam gambar kapel korang jadi gambar tema. Kui Kui Kui.



Hantaran Kawen


Stailo juga hantaran kawen ada benda ne.



Petang itu, gua dengan makwe gua lepak dekat tasik berhampiran kolej. Mahu pergi bazar Ramadhan. Lepak dulu dekat tasik itu. Bersiar-siar dengan orang tersayang memang umphh. Kui Kui Kui.

Entah mengapa gua terfikir mahu bicara tentang hantaran kawen dengan dia petang itu. Mungkin gua ternampak ikan jantan sedang mengawan ikan betina. Lantas gua tanya dekat dia.

"Dinda, agak-agak Dinda, hantaran kawen nanti Dinda mahu apa?"

Tanya gua dengan suara romantik sambil menyembunyikan wajah yang kacak di sebalik pokok. Gua dengan makwe gua dah janjji. Bulan puasa ini mahu guna Kanda-Dinda. Sebab yang biasa guna Abang-Sayang mudah buat gelora nafsu gua memuncak. Dah la suara makwe gua merdu umpama bunyi pukulan orang bermain badminton.

"Oh. Hari itu, Mummy ada bagitahu. Kalau mahu cari laki, kena dapat bagi hantaran ne. Wang hantaran RM20000. Set barang kemas. Beg tangan berjenama. Kasut tumit tinggi yang mahal sangat dan yang penting mesti ada Iphone. Orang pakai Iphone dah sekarang," jelas makwe gua panjang lebar.

"Mak aihh. Banyaknya. Semua kena mahal ka. Kanda nak kawen dengan dinda lah. Bukan dengan Mummy Dinda" gua cuba minta 'discount'.

"Tahu. Tapi Mummy cakap begitu. Kena la ikut," makwe gua terus senyum melirik.

Fuhh. Sungguh mengharukan. Makwe cantik. Hantaran pun cantik. Mahu Iphone pulak. Getus gua dalam hati.

"Kalau macam tu, Kanda pun tak ingin lah Mummy Dinda jadi mertua Kanda. balas gua dengan senang hati.

Terus makwe gua tinggalkan gua. Tanpa kata apa-apa. Gua rasa dia mahu ke tandas.




Berpuasa Pertama Kali

Kali pertama sambut puasa dengan Akal Tunjang. Kui Kui Kui.




Ramadhan tiba lagi. Selamat berpuasa kepada semua gua ucapkan.

Petang tadi, member gua mesej.

Selamat menyambut bulan Ramadhan kali ke-53.

Itulah kata-kata member gua kepada gua. Mungkin dia ingat bulan Ramadhan sama dengan bulan kemerdekaan. Sungguh mengharukan. Tapi tak mengapa, sebab dia tahu esok puasa walaupun puasa tak pernah penuh.

Aktiviti makan dalam hutan masih gua ingat. Ketika itu gua tingkatan 1. Masih liat lagi nak puasa. Sekarang gua sudah berubah. Tapi dia lagi masih di takuk lama. Gua ingat mahu kenalkan dia dengan member kelas gua yang perempuan. Ada gaya ustazah. Boleh nasihatkan dia. Biasalah lelaki, nasihat yang bagi 'efek' hanya daripada gadis. Kui Kui Kui.

Ingat-ingat balik, bodoh juga ponteng puasa dulu. Macam tak berbaloi. Berbuka dengan mangga muda, megi mentah, gula-gula, air kelapa dan buah-buahan yang boleh dirembat dekat dusun Wak Suparjo Masjoko. Tak kenyang langsung. Pesanan gua kepada yang mahu ponteng, kalau nak ponteng tu, berbuka la dengan yang makanan sedap-sedap.

Tapi sekarang gua insaf. Puasa penuh saja. Hehe. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan lupa niat puasa. Rajin-rajinkan solat terawih juga.




Hidup Dunia Sendiri

Kalau hidup dunia sendiri, ada ke member ajak mandi air terjun?



Belum puasa lagikan? Boleh gua mahu lepas geram kejap?

Lu orang ada kawan yang baik? Soleh dan menurut perintah agama? Ok. Gua ada sorang kawan. Tapi gua tak anggap dia kawan pun. Lelaki. Dia ini baik. Alim. Solat Isyak pun dekat masjid.

Dia tak pandai bergaul dan tegur orang. Dia juga kurang sabar. Orang mahu bergurau pun tak boleh. Macam kita ne ahli neraka saja. Dia tak pandai jaga hati member. Cakap ikut sedap mulut saja. Rasanya, sabar separuh daripada iman. Dan tak sempurna iman jika tak sayang saudara macam sayang diri sendiri. Ye dak?

Member mahu bergurau pun dianggap serius. Ada ke rumet gua mahu gurau. Lantas dia balas.

"Baik belajar daripada bergurau"

Gua senyum melirik saja. Kensian betul dia. Tak pernah rasa keluar malam. Makan ramai-ramai dengan member. Naik motor bawa 140km/j. Hisap rokok yang tak ada pesanan kementerian, cakap dengan makwe, main badminton guna tangan kiri, makan megi satu periuk 20 orang dan layan EPL dekat kedai mamak.

Memang lah takwa itu penting. Amal jariah semua. Tapi hubungan dengan manusia juga penting. Rumet gua layan Canibal pun kena sound. Padan muka. Kui Kui Kui. Dia tak pandai tegur orang ke arah kebaikan. Macam perli. Itu yang gua dan member gua tak puas hati.

Nanti bila dah tua. Dia tak ada pengalaman untuk ceritakan kepada cucu. Kensian bukan. Hidup empat tahun dalam dunia mahasiswa tak dapat kenangan terindah. Persoalannya, adakah makwe-makwe yang baca entri ini mahu jejaka macam dia?



Mesej Sesat

Gua suka guna Digi Campus, mesej percuma dan tiada mesej sesat macam operator lain. Keh Keh Keh.




Gua dapat satu mesej. 'Tahniah... Sim Kad Anda Bernilai RM5000. Sila telefon nombor ini dengan segera untuk maklumat lanjut'. Sel otak gua terus berkembang. Mula senyum melirik. Gua urut dada pelan-pelan. Ah nikmat. Macam makwe Siam urut pula. Gila lu. Gua beli sim kad pun berharga kurang RM10. Macam mana boleh jadi RM5000 pun gua tak tahu. Mungkin sim kad gua diperbuat daripada emas yang bermutu tinggi.

Celake, lu ingat gua percaya ke? Mahu jugak gua balas mesej tersebut begitu. Tapi buat bazir kredit gua sahaja. Cukup lah dalam hati, gua doakan mereka terlibat bertaubat dan jangan ada orang percaya. Gua rasa mereka mungkin akan hantar pada banyak orang. Kensian kalau ada yang tertipu. Mahu-mahu yang tinggal di ceruk pedalaman. Mudah ditipu.

Pekerjaan yang halal di Malaysia ini sudah tiadakah? Brader luar negara pun datang negara kita mahu kerja. Siap beranak pinak pula di sini. Layan filem pun dekat pawagam dah sekarang. Memang mantap. Gua rasa yang dalang mesej-mesej gitu orang Melayu. Malas mahu cari kerja. Mahu gaji besar tapi kerja kuat malas. Ye dak?

Terus gua padam mesej tu. Risau member gua terpengaruh. Gua tanya kepada member kelas gua, memang dia orang ada dapat juga mesej-mesej macam gitu. Rasa macam dah lama penipuan macam ini. Mengapa mereka tak serik. Termenung panjang gua mengenang kaum sendiri.

Tak lama selepas itu, gua dapat pula mesej, 'Mahu Melihat Aksi Panas Empat Pramugari dengan Seorang VIP? Taip ON PANAS hantar ke...' Ah... gua hilang sabar. Terus gua balas mesej.

'Gua mahu melihat aksi panas mak lu dengan 10 jantan. Ada? Faking lu.'


Terus gua rasa menyesal. Operator lain-lain. Makan banyak kredit gua. Berdosa kah gua balas mesej begitu?




Aku, Dia dan Shawl

Hati mesti tenang macam ini, jika mahu mengayat makwe.



Seminggu sebelum gua masuk kolej, member gua yang perempuan mesej gua.

Ko balik kolej bila?

Terus gua check kredit. Kalau ada kredit atas RM2 gua balas. Jika tidak, gua tak balas. Gua dah buat janjji dengan hati gua. Kena simpan kredit sekurang-kurangnya RM2. Bukan apa, senang gua nak tanya khabar mak gua bila duk jauh nanti. Lagi pula, gua ingat pesan member gua, 'Carilah makwe yang berdada macam nasi lemak berharga RM2. Subur'.

Gua balas dengan agak mantap setelah fikir malas nak mencarut.

Bila ko datang bulan, aku gerak lah.

Agak celake tak? Itu memang habis sopan dah gua rasa. Biasanya,

Jika badanmu mahukan pelukan hangatku, serulah namaku. Akan ku berada dibilikmu. Moga-moga rindumu padaku dilepaskan menggunakan saluran laluan yang betul.

Bodoh. Balasnya manja. Gua tahu. Bodoh tu memang untuk orang hensem dan kacak sahaja. Sebab:

Si A: Bodohlah... muka hensem... tapi muka makwe macam celaka. Tak sesuai kan nyah.

Si B: Bodohlahh... kenapa kena makwe tu pilih budak tu. Apa kurangnya aku. Hensem apa aku ne.

Gua senyum melirik saja. Rindu juga gua kepada makwe kelas gua itu. Suka sangat gua sakat dia.

Lantas gua mahu pujuk balik.

Oit ganster. Sori2... ko pergi bila kolej? Ne mesti mau suruh aku beli pape ne. Cepat cakap. Dengan aku pun mau malu ka?

Lama juga dia mahu balas. Sempat jugalah jika gua tolong mak gua di dapur. Potong cili, buang insang ikan dan makan kuih semalam. Keh Keh.

Mesej masuk tiba-tiba.

Belikan orang shawl bleh?? ;)

Cesss... gua dah agak. Memang tiap buka semester baru. Ada saja dia suruh gua belikan. Kalau beli jersey tak apa lagi. Tahulah gua tinggal dekat tinggal dengan Thailand, shawl pun mesti murah. Jersi Malaysia pun keluaran Thailand.

Gua balas Ok. Gua tak peduli sangat. Gua layan ja. Mana tahu nanti dekat-dekat nak masuk kolej dia mesej.

Belikan orang coli ada bendera Spain ya?

Untung-untung gua dapat tahu saiz coli dia pakai. Haha. Kena la gua bawa adik gua yang perempuan pergi beli shawl tu. Pehh. Gua nak sebut pun lidah gua menggeliat semacam. Nama tudung mahu otai-otai je. Ada tak nama Tudung Muslimah? Kalau tak ada, memang gua nak reka tudung gitu. Nak sebut pun senang. Boleh mintak tolong brader Mus May promotkan Tudung Muslimah tu. Kui Kui Kui.



Kawen Muda

Semua ibu bapa mahukan anak mereka sihat dan comel macam budak ne. Ye dak?




Hari minggu itu, gua dah janjji dengan bini gua pergi beli barang dapur. Beras dah hampir habis. Nak beli makanan arnab juga. Anak gua pula merengek mahu beli buku mewarna baru. Tak habis-habis duk mewarna. Gua ingat mahu lukis gambar pokok dan awan pastu bagi dia kaler saja. Jimat pun jimat. Lukisan gua puas hati juga bila tengok dari jauh.

Gua ingat mahu beli CD game. Pehh. Perangai masa belajar dulu masih belum gua lupakan. Bezanya, dulu pinjam CD member dan download secara haram. Sekarang beli sendiri. Siap beli yang original lagi. Kalau masuk kedai CD, mungkin anak gua nak beli katun kegemaran dia juga. Cerita Barbie. Suka sangat dia.

Entah mengapa sampai saja pusat membeli belah, anak gua tak mahu jalan sendiri. Mahu gua dukung dia pula. Nasib baik comel. Hati gua terus setuju. Anak derrr... sapa tak sayang. Penat buat tu. Kui Kui Kui. Minggu depan ulang tahun kelahiran bini gua, gua ingat mahu hadiahkan coli pink. Asyik hadiahkan barang kemas saja. Kadang-kadang kena hadiakan barang 'exotic' juga.

Gua dukung anak gua dengan pimpin tangan bini gua sekali. Sweet tak? Ada makwe sekolah menengah usha gua semacam. Gua rasa dia nak laki dia buat begitu juga nanti. Pengaruh novel Alaf 21 betul budak pompuan zaman sekarang. Baru nak tumbuh bulu dah gian nak kapel. Cess. Baik tambah ilmu di dada seiring pertumbuhan besaran dada.

Oh. Romantik sungguh. Mungkin makwe tu berkata dalam hati. Gua tak kesah. Gua dah sah jadi ayah dan suami. Jadi pegang-pegang tangan memang patut pun. Menambah kebahagian dalam keluarga. Ye dak?

Rasanya. Cukup setakat itulah gua mengelamun. Kad undangan perkahwinan gua tutup kemas-kemas. Wangi sampulnya. Kawan gua kawen hari raya ketiga nanti. Seronok betul. Muda-muda dah kawen. Belum umur 25 tahun mungkin dah dapat anak. Jeles betul gua.




Kekasih Gelapmu

Dekatkan diri dengan masjid, pasti imanmu akan kukuh- Abah gua.




Tengah malam itu, kelibat sebuah kereta kancil berwarna coklat. 'Parking' betul-betul bawah pokok rendang. Bayu malam memang mengasyikkan. Gelora nafsu sama tinggi dengan gelora ombak laut. Jauh daripada pandangan orang ramai. Sudut tundukan dari burung hantu pun nipis. Kedengaran suara manja sepasang kekasih dalam kereta kecil itu. Samar tapi jelas.


Mat Ate: I Love U.

Gadis Buah: I Love U juga.

Mat Ate: Cantik baju Sayang. Rambut baru potong eh?

Gadis Buah: Emm. Petang tadi pergi salon dengan rumet.

Mat Ate: Ayang, Abang nak Ayang. Boleh?

Gadis Buah: Ne Ayang ada ne. Nak apa lagi?

Mat Ate: Alaaa. Cayang ne. Nak manja-manja lah.

Gadis Buah: Tak nak la Abang. Takut. Nanti Papa marah.

Mat Ate: Baby... kejap ja. Tak ada apa-apa. Ayang cayang Abang tak? Fine.

Gadis Buah: Cayang laaa. Nanti kalau apa-apa berlaku kat Ayang, Abang jangan lari taw. Kita sama-sama hadapi?

Mat Ate: Ok. Abang janjji. Lagipun ada kan sekolah hamil. Jadi Ayang masuk sekolah tu kalau termengandung. Papa tak akan tahu. Ne sayang Sayang ne.

Gadis Buah: Hee. Okies. Sayang Abang juga.

Burung hantu terbang meninggalkan kereta kancil itu.



Foreplay didahulukan, bahagian bawah diutamakan. Cilakak. Gua ada baca ada sekolah hamil bakal didirikan. Gua rasa nanti dekat fesbuk bahagian info, dekat 'Education' ada Sekolah Hamil. Pehh. Mantap. Gua tak berapa nak sokong, yakin kah boleh banteras masalah pembuangan bayi?

Kalau ramai masuk sekolah hamil, sekolah tamil sapa nak masuk? Sapa mahu kawan dengan Deva? Vijay? Muttu? Sigg? Deusdu? Faridku? Gua begitu serius dalam bab ne. Fine. Gua mahu turut sertai rondaan tengah malam cegah maksiat dekat kolej gua jika ada program macam itu.

Gua rasa media cetak mainkan peranan penting untuk menyumbangkan statistik pembuangan bayi. Mana taknya, muka depan tajuk nak lucah je. Gilos. Baca tajuk pun dah boleh mesej makwe suruh hantar gambar pakai coli saja. Memang merosakan akhlak. Kira boleh henti langgan majalah Playboy jika beli surat khabar tempatan kini.

Perlu ke tajuk muka depan panas-panas? Artis-artis? Filem dari barat? Pasal artis cerai? Pasal artis ada video porno guna hanset murah? menteri buat perangai macam siot? Tapi kalu buat pasal Tok Haji Ikram ada lima orang anak hafiz Al-Quran, pasal Akademi Al-Quran tak laku pula surat khabar dia orang. Ye dak? Agak ilmiah juga entri gua kali ini ya. Hehe.