Tabung Keluarga






Umur sebaya aku rata-rata semua sudah mendirikan rumah tangga. Siap dah ada anak dah pun. Amboi pantas buat kerja. Tapi bab pengurusan kewangan yang berkesan tak berapa nak tahu.
Benda ni kena belajar. Masa dah jadi suami isteri, kitalah menteri kewangan, menteri pendidikan, jurutera baiki paip, jurutera baiki lampu mahupun jurutera membuat ampaian baju.
Realiti kehidupan kini, banyak konflik berlaku bila pasangan gagal merancang dan menguruskan kewangan dengan berkesan.
Jadi korang kena sediakan beberapa tabung untuk keluarga contohnya;

1. Tabung keperluan harian (60% daripada gaji) : Belanja makan, bayar bil pelbagai, ansuran rumah kereta, dan sebagainya.

2. Tabung kebebasan kewangan (20% daripada gaji) : Simpan di TH, beli emas, ASB, unit trust.

3. Tabung kegembiraan (10% daripada gaji) : Pergi jalan-jalan, tengok wayang.

4. Tabung kecemasan (10% daripada gaji) : Untuk pembayaran hal ehwal kecemasan. Kecemasan nak belanja bini bila terkantoi mesej crush dulu pun boleh guna tabung ni ye.

Amat beruntung jika dapat bini bergaji, pecahan gaji dia boleh buat tabung lain lagi untuk kegunaan bersama.
Sekian. Sekadar perkongsian tak seberapa ni.
Peh. Dah boleh kahwin la aku ni ye dak? Perlukah aku mengorak langkah masuk ke alam perkahwinan? Kah!

[ASY]