Ceritera 16: Ica dan Borak Lawak



Hari minggu terutamanya hari Sabtu, gua, bini dan anak lepak-lepak dekat rumah. Cas tenaga orang kabor. Hari Ahad barulah jalan-jalan. Pergi beli barang dapur atau pergi tengok wayang misalnya.

Pagi Sabtu yang redup, sesudah makan bihun goreng hasil sentuhan bini gua dan gua tukang kacau serta potong sayur, gua berkata kepada bini dan Ica;

"Semalam tengok Maharaja Lawak Mega kan? Apa kata kita main cerita lawak-lawak. Tapi kena berkisahkan lawak berkait dengan haiwan. Siapa lawak, dia menang. Mau?"

Ica: Nak! Nak! Ica nak hadiah barbie baru...

Gua: Amboi... tak menang lagi dah kabor nak hadiah apa.

Bini: Boleh la Bang... Abang setat dulu. Lepas tu Sayang dan Ica akhir sekali.

Selepas setuju dicapai, gua memulakan cerita lawak.

Gua: Ada satu laki bini serta anak seorang mengalami gangguan nyamuk yang kronik. Dah pasang kelambu, guna ubat nyamuk tapi tak menjadi. Maka, semua ahli keluarga bermusyawarah fikir jalan penyelesaiannya. Pelbagai kaedah diguna tapi semua tak menjadi. Akhir sekali anak mereka berkata;

"Apa kata kita sembunyikan selipar dan kasut dalam rumah? Dengan itu nyamuk akan fikir kita tiada di dalam rumah? Lantas nyamuk tertipu dan berlalu pergi ke rumah orang lain? Nak?"

Maka berderailah ketawa tak henti-henti daripada ayah dan maknya.. Tamat..

Gua : Lawak tak? Kakaka. Giliran Sayang pulak.

Ica dan bini gua tepuk-tepuk tangan tanda cerita gua sedak.

Bini: Begini, ada satu mak cik ni ada kedai serbaneka. Pada suatu hari, ada janda datang nak beli gula. <

"Mak cik, gula ada?" tanya janda itu

"Ada, ada... hujung sana tu," jawab mak cik yang sibuk buat kira-kira.

"Ok... saya ambil ye,"

"Tak ada la mak cik. Habis kot?"

"Mana ada habis lagi... baru sampai stoknya,"

"Mana ada ni.."

"Ada... ko tengok betul betul"

"Tak ada... yang ada kotak dengan tulisan garam,"

"Haa... dalam kotak itulah. Mak cik saja nak tipu semut. Maka, semut ingat kedai mak cik ni tak jual gula... tapi jual garam. Nanti tak rosak la gula mak cik. Hehe,"

Bini: Begitulah ceritanya..

Gua: Emm..boleh tahan lawaknya.. Ica pulak..

Ica: Pada petang Jumaat yang lalu, Abah datang amik Ica di tadika. Lepas tu Ica nak makan aiskrim. Di kedai aiskrim, tiba-tiba Abah terserempak dengan kawan perempuan Abah. Kawan lama kata Abah. Cantik. Kawan perempuan Abah tu belanja Ica dua eskrem. Mama tak pernah. Mama kedekut. Kakak tu mahu mencari haiwan belaan, iaitu hamster. Akhirnya Abah rela hati tunjuk jalan ke kedai itu. Siap Abah bayar lagi hamster tu Mama. Ica nak hamster tapi Abah tak bagi. Dia kata rumah kite ada rebit da.. tamat cerita lawak tentang haiwan... lawak tak Mama? Abah?

Gua menunduk pandang lantai. Gua tak berani pandang mata bini gua. Gua tahu, bini gua sedang merenung tajam ke arah gua ni. Gua terbayang cubit ketam singgah ke perut gua ketika gua sedak layan betis makwe masa dekat pasar malam tempoh hari. Sampai sekarang lebam ada lagi ni hah. Syahdunya.

Dalam hati, gua berdoa kepada-Nya semoga bini gua tak marah gua... kehkeh.

Lantas gua kabor; 

"Pemenangnya ialah Mama! Hadiahnya ialah pakej tak payah masak petang nanti dan malam. Sila beri tepukan gemuruh!"

Ica dan gua bertepuk-tepuk tangan tanda girang di hati.

Bini gua masih merenung tajam gua. Terus gua undur diri buat-buat mahu jemur baju di ampaian.

"Mampos gua malam karang!!!" getus hati gua berserta linangan air mata mula mencurah. 






Melawat Kota Korea


Pada cuti akhir tahun yang lalu, saya berpeluang melawat Kota Korea dengan kornea saya sendiri. Indahnya tak terperi, sedaknya bagaikan mimpi.

Kami bertolak dari rumah tumpangan lebih kurang jam 11.30 pagi. Untuk ke pusat membeli belah yang terkenal di Kota Korea ini mengambil masa hanya 30 minit.

Sepanjang perjalanan, banyak pemandangan menarik yang boleh dilihat. Kebanyakkan bangunan tinggi mencakar melangit. Suhu masa tu sejuk boleh tahan sejuk… sekitar -15° Celcius. Entah la, saya pun mana reti baca suhu semasa ni. Saya main agak je. Kakakaka.

Sekitar jam 12.15 petang, kami pun tiba pusat membeli belah yang saya teringin pergi. Pusat membeli belah dalam bahasa Korea di sebut "sangga" kalau saya tak silap.

Inilah pertama kali saya berpeluang merasai dan menikmati suasana warga Korea membeli belah. Pakaian mereka ini usah diragui. Tip top punya fesyen. Gadis belasan tahun pun dah pandai pakai skirt dan legging. Yang pakai baju nampak pusat pun ada. Itu saya tak cerita pasal makwe tindik dekat hidung lagi tu. Maka, berguguranlah pahala saya ibarat gugurnya sehelai daun daripada pokok cempedak.

Namun, disebalik kehampaan dan mengenangkan dosa semakin bertambah, saya dan rakan taulan teruja bila terlihat seakan artis yang ada dalam siri Running Man, Kim Jong Kook.

Saya bersama rakan taulan tak berniat malukan rakyat Malaysia di rantau orang. Maka, perbualan kami secara automatik bertukar menjadi bahasa orang putih.

"Look that, that is Kim Jong Kook rite?," Brader Leplep mula berbicara.

"Yes-yes... but he look small," jawab Brader Chacha.

"Oh yeah? I dono wat really he look... emmm..." kata saya yang tak berapa reti cakap English.

Maka kami pun berlalu meninjau ke tingkat lebih tinggi lagi. Kami sempat berjalan di sekitar pusat membeli belah itu. Beberapa deretan kedai kecil menjual pelbagai barangan seperti cenderahati dan makanan. 

Selesai menjamu mata dan berjalan-jalan, kami begitu kagum melihat seni bina pusat membeli belah ini. 

"Sungguh padu kejuruteraan binaanya," getus saya dalam hati.

Sudah menjadi kebiasaan jika datang pusat membeli belah di sini wajib mengambil gambar untuk dijadikan memori terindah yang tak mampu dilupakan. Maka, menurut arus perdana anak muda, kami berlima berjalan menuju tempat di mana pelawat mahupun pengunjung wajib bergambar di situ.

Selepas sampai di lokasi wajib jika bercuti di Kota Korea, Brader Chacha terus mengeluarkan kameranya.

"Lepas ni gua nak gambar sorang depan Pavilion, nak buat gambor DP Fesbuk!," ujar Brader Leplep dalam tandas.

Selesai mengambil gambar dalam tandas. Maka kami berlima pun belah. Maka, saya dapat simpulkan itu percutian menarik saya!


Pusat mengambil gambar dan belah. Itu semoleknya dari pusat membeli belah. Sebab kami tak membeli apa-apapun. Maklumlah, hujung tahun. Kering dompetnya. Keh Keh Keh! 



Dari kiri, Brader Chacha, Amirull Bozu, Brader Leplep dan yang depan sekali tu, saya ingat-ingat lupa nama dia, Paeh rasanya. Kebetulan masa ni mak saya kol, maka saya tiada dalam gambar :(







Cuba

Gua sebenarnya tak ada menda nak update, cuma tertekan ruangan New Post, tengok dah lain macam sikit. 
Ni dah lama ke baru ni?  


*Nampak sangat lama tak update* 


Ni tengah test power la ni. Facebook dah tukor baru, dia pun nak ikut arus perdana jugak. Takpun, ini azam 2011 baru selesai dibuat.  


Okay bye. 


Haiii...
saya winduww awark cangat-cangat. hqhq. Hai semua... sihat ke tak? Emmmm.. 


*** 


Okay, inilah di namakan entri sampah kalau lu orang nak tahu. Tak tahu nak update tapi berlagak nak update. Dah banyak blog gua jumpa entri begini. Kemonlah, sekali dua tu boleh la.  


Hari-hari pembaca baca entri awok yang entah apa-apa, lama-lama pembaca jadi bosan. Barulah, sibuk nak tayang statistik pembaca blog makin kurang.

*Dah sikit owang bacey blog saia.JPG* 

Hehh, nasib baik ada butang pangkah (X). 

Sekian bebelan hari ini sebab gua tak makan nasik lagi. Kahkah! 

*ni mana nak tekan publish ni* 

Bunuh Syaitan


Serekkkkkkk.

Bunyi tayar kereta berhenti di depan kilang botol kicap. Perkataan 'Kilang Cong Li Kicap' terpampang besar. Dulu Cong Li nak buat kilang coli, tapi tak jadi. Kos mahal katanya.

Sebaik sahaja ada makwe masuk dalam kereta, lalu seorang jejaka memulakan perbualan.

"Anje, Anje nak tau tak, tadi dekat fesbuk, Bebi ada terbaca pasal ada ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu atau bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan"

"Amboi, rajinnya Bebi baca pasal hal ehwal agama?"

"Grrrrr" Bebi buat muka garang yang dibuat-buat.

"Hehehehe.. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak Bebi" kata Anje sambil ketawa.

"Tapi kita tak nikoh lagi... tak pe ke?" tanya Anje.

"Takpe... janji kita ikhlas. Nawaitu kita betul untuk bunuh syaitan. Kan?" balas Bebi yakin.

Anje hanya tersenyum panjang.

"Bebi bukak coli dulu ye?"

Kelihatan kereta di bahu jalan tempat gelap sedang goyang-goyang berirama sehati sedansa, kadang kala kereta itu goyang gerudi.

Selang dua hari kemudian, Bebi berkata;

"Anje, jom kita bunuh syaitan..."

Anje hanya tersenyum manja.

Selang dua hari kemudian lagi, Bebi hantar mesej ke Anje.

Lepas keluor makan malam, jom kita bunuh syaitan... Anje.. hehe.

Aummmmm...nak! nak! okay!! balas Anje laju-laju.

Esoknya, lepas ambil Anje balik kerja, Bebi berkata "Anje, jom kita bunuh syaitan... "

Anje terkedu lalu mengangguk lemah.

Esoknya lepas Anje masuk dalam kereta terus Bebi berkata "Anje, Syaitan tunggu nak dibunuh!!! Ayuh kita berjuang untuk bunuh syaitan... "

Anje dengan tiba-tiba marah dan berkata ;

"Bebi ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh Anje!!!"


*bunyi cengkerik*


________________________


Pehhh... niat nak bunuh syaitan. Murni dah harmoni betei niatnya. Tapi bila iman senipis kulit bawang, yang halal dan haram jadi tungang-langgang.

Setan! Setan! Setan!




Gambar Kegemaran Saya



Tajuk: Segmen Gambar Kegemaran Saya (Edisi Untuk Follower Perempuan/Makwe/Gadis/Mereka Berdada Mantap/Organisma Berdada Pink)

1) Sila letak Header AKAL TUNJANG BLOG





Sudah bang... Sudah.



Hee -,- soryy , tak comeyy :D


2) Ceritakan tentang gambar pilihan awak. Mengapa suka gambar ni.

Tak secantik korang yang lagi cantik. Apew-apew pun , ittew bersyukur ape yang ade . PEACE (Y). Gambar ni ittew shukeww sebab lama gila nak dapat hasil yang terbaik. Mula-mula ittew duk depan cermin, ittew beliakkan mata macam mak ittew marah ittew mandi lewat, Hehe..tettt... jangan gitahu orang ya? Ittew kembungkan pipi. Lepas tu ittew muncungkan mulut. Ittew tahan nafas..pewww. Itu susah tu..part tahan nafas. Nak tercirit pun ada... hikhik.

Akhirnya jadi!!!

Yeyy! Ittew up dekat fesbuk dapat 2,262 likes dan 3,049 komen, 954 share tahu? Power tak power tak?


3) Ada edit tak?
Amboi, soalan nak kasi ittew merusuh keww? Jaga-jaga. Ittew ni ada darah pahlawan Pavilion tahu tak? Darah mudah panassssssss... hewhew. Gambar ittew tu 1000 peratus asli. No photoshop, no photoscape okay?


4) Kasi ke pakwe ke gambar tu?
Bilaaa cintaaa...kini..tak lagi bermaknaaa.. Errr..errr... ittew baru klash la abam. (╥﹏╥). Cedihnyeww. Tapi bagi aaa dulu... dieww buat wallpaper~ dan juga simpan belakang almari. Buat halau tikus dan lipas katanya. Ittew tahu dia gurau, tapi ittew tacing aaa...


5. Soalan Untuk Abang Hiro.
Abang Hiro nengok tentang Dhia? Ittew la Dhia tu. Hikhik. Bila lagi Abam nak follow blog ittew? Mencik aaaaa... sedih ittewwww..
(╥﹏╥)(╥﹏╥)(╥﹏╥)

_____________________


Terlebih dahulu, gua kasi sensor sikit dekat mata budak tu. Nanti ada yang ralit nengok tak siapkan kerja sekolah pulak. Gua kelih kat pesbuk, blog dan alam maya yang lain banyak tayang gambor pelik-pelik posingnya.

Gua nak komen lebih-lebih karang tacing pulak. Yelah, budak-budak kan. Ke ada yang berumur 20 ke atas buat gitu? Astaga, ada menda tak kena tu. Baik cek balik dengan doktor. Kadar pertumbuhan besaran dada ke, organ pembiakkan ke. Ada tak kena tu. Kehkeh.

Yelah, kalu budak besar buat jugek, memang lu orang ni pesen terencat gamaknya. Badan membesar, otak mengecil.

Alam maya ni, sekali dah up. Boleh timbul fitnah orang. Susah dah nak dilitnya. Ada yang dah share sana, dah save sini. Haaa... jangan kasi malu orang kita la dik.

Faham? Pergi tengok balik gambor patut dilit dekat fesbuk ke, blog ke, dilit la. Tak nak dilit tu rezeki gua dan puaka lain la nanti. Kakakaka.

Tak faham? Tak faham sudah!



Tenang Hadapi Masalah



Abang ni ada problem dengan bini Abang ni. Suka sangat dia merajuk. Kalu merajuk je tak apa. Ini tiap kali merajuk suruh Abang tidur luar. Amboi, katil tu Abang beli. Alih-alih Abang kena tidur luar. Atas sofa. Emmm. Siapa tak sayang bini ye dak? Nak tak nak, Abang folo je lah. Salah Abang jugak masa tu.


***

"Abang, angkat kain jap. Nak hujan. Sayang nak masak malam ni," laungan bini Abang dari dapur.

"Alaaa... Sayang la angkat. Abang nak nengok cerita 'Oh, Manisnya Kurma Tersebut Lalu Dimasaknya Ayam Masak Kurma,"

"Pergi la kejak..."

"Nak angkat coli Sayang je boleh?"

"Abangggggggggggg!!! Tidur luar!"

=.="

***

Gitulah kisah Abang antara mengundang Abang kena tidur luar. Lantas memikirin masalah ini. Rugi Abang bayor hantaran RM10 ribu itu hari. Rugi.

Abang punya fikir punya fikir, Abang dapat idea. Abang cuba nakot-nakotkan bini Abang tu. Punyalah power dia. Hantu dia tak takut. Punya akidah dan pedoman yang tinggi betei.

Akhirnya, Abang temui senjata rahsia bila Abang ingat dia tak boleh masuk bilik mandi bila ada seekor labah-labah sedang molek bergantung di tali coli basah kepunyaan bini Abang.

Lantas, Abang pergi cari labah-labah, tikus dan lipas. Pasti berjaya! Fikir abang.

Selepas seminggu, bini Abang tak berani dah nak merajuk lalu suruh Abang tidur luar bila Abang kabor.

"Sayang nak tidur dengan tikus? Eiii... geli nya," gertak Abang.

Terus bini Abang peluk Abang daripada belakang sambil melontarkan senyuman manja dan pandangan memberahikan.

Kini tiap-tiap malam Abang ternoda...


Testimonial dari;
Wan Zeck Haikal.
Bekas Pengerusi Bundle Coli Wilayah Pantai Timur.

_____________________________________


Tidak semua penyakit/masalah dapat di selesaikan dengan mata wang beribu ringgit. Gunakan otak, pengalaman dan juga nasihat pasti boleh setel masalah.



Menguji

Power jugek lepak gaya gini ni. Lepas nikoh gua nak cuba.



Errr... macam mana nak mula ye? Nak taruk pendahuluan tak berapa nak reti. Terus pada isi la ye? Awak tolong buat pendahuluan untuk saya boleh? Tak boleh? Boleh laaa.. boleh laaa... Kahkahkah! Okay-okay. Amboiii... nak gedik sikit pun tak kasi can. Kakakaka.

Okay, begini... pernah tak dapat pasangan yang suka uji cinta lu orang? Kalau suka uji sikit-sikit ni tak pe. Tapi yang obses nguji nya pernah? Apa, dia ingat bercinta ni macam ujian nak naik pangkat ke?

Contohnya;

1. Makwe: Abang, napa tak mesej... balas mesej Ayang? Kol pun tak angkat?

Pakwe: Saja... nak uji cinta Ayang dalam ke tak.


2. Pakwe: Abang mahu berpisah dengan Anje buat sementara waktu. Kita masih muda. Kalau ada jodoh ada la. Kita harus uji sejauh mana kuatnya cinta kita.

Makwe: Errr... errr... *air mata mula menitis*


3. Pakwe: Kenapa asik layan laki lain? Ingat saya tak jeles?

Makwe: Saja... nak uji awak jeles ke tak... sayang saya ke tak.


Rasanya cukup tiga ni. Kalu nak lebih sila langgan Akal Tunjang Premium. RM200 sehari. Hekhekhek. Okay, gua gurau.

Bukan apa, terlalu menguji cinta dan pasangan ni tak molek jugek gua rasa. Bahaya. Maunya pasangan bosan camna?

Di akui setiap pasangan selalu nak uji pasangan masing-masing untuk rasakan dia sentiasa disayangi. Kejuruteraan merajuk juga sebahagian daripada ujian pada pasangan. Maunya dapat makwe kuat merajuk. Memang padan muka la gua ucapkan. Kakakaka.

Tapi jangan sampai pakwe nak nguji sedalam cinta lu orang empunya dada mantap mahupun dada pink macam ni lu sedia terima jugek. Contoh;

"Sayang, Abang nak uji cinta Sayang kat Abang. Sanggup tak Sayang buat demi Abang. Mari Sayang... mari. Abang bukak coli dulu ye?"

Kalau itu pun terima ujian, itu bangang namanya. Harap je bercinta lama-lama, bangangnya mengalahkan budak tadika.

Kehkeh!




Kucar-Kacir


"Saya benci awak!!!" *baling nset*

"Saia cayunk awark. Tapi awak lukakan hati saia~" *baling pasu bunga*

"Benci!! Benci!! I hate You!! " *baling bingkai gambar*

"Jantan tak guna! Haaaaaa! Arghhh!" *baling teddy bear jauh-jauh*

"Bodoh!!!! Sial!!! Jantan celake!!" *tarik tali coli lalu diisi alatan make-up lantas dilastik cicak di syiling*

"Waaaaaa...waaaa..nak nangis" *koyak gambar segala bagai*


***

Haa... lu orang pernah masuk ke alam ini? Pesen marah dekat makwe/pakwe baling benda, koyak itu koyak ini, selerak katil? Buang bear hadiah pakwe jauh-jauh?

Pernah?

Haa... bagus. Bagus! Kenapa bagus? Sebabnya lagi bagus daripada lukakan diri sendiri. Sakitkan fizikal sendiri. Macam hantuk kepala dekat almari penuh coli. Makan ubat penenang 23 biji, minum klorok, lukakan diri sendiri macam budak hingusan.

Kata nak bercinta, bercinta ni kena budak matang. Bercinta dengan budak dadanya baru nak membesar itu bukan cinta namanya. Itu gedik.

Gua ingat lagi. Satu member gua ni. Golongan makwe. Hikhik. Punya la marah dekat pakwe sambil koyak gambar mereka berdua sampai nak bakar. Tengah siap-siap nak bakar ni. Pakwe kol. Entoh pujuk menda la pakwe dia sampai cantum balik gambar guna pita lekat. Marah tu boleh hilang gitu je? Pelik.


Jadi jangan buat menda bodoh la sebab marahkan pakwe/makwe. Bukan apa. Kot tengah nak terjun bangunan tingkat 67 tu. Tengah di tingkat 16 pakwe kol pujuk. Tak ke kucar-kacir menyesal nak mendarat balik? Hekhekhek.

Menangis satu tempayan untuk pakwe/makwe? Ah, tak berbaloi! Kalu bagi makwe, tak berbaloi sangat. Rugi woi rugi. Tak mekar dada lu orang nanti sapa rugi? Gua dan kaum berhalkum jugek. Kakakaka.



Tazkirah Jumaat


Memandangkan gua penat menaip sehari dua ni, gua ngepost jelah ada seorang makwe kasi emel dekat gua. Kita tengok macam mana powernya makwe ni kasi pandangan.


***

Salam.

First, aq nk ckp, blog ko mmg bgs la, wlpn kdg2 bahase cm xbope nk normal, tp msg tu ade la. Aq mmg bengang ngan laki spisis jantan ni, n ngan pompuan yg spisis betina. Nape aq ckp jantan n betina, sbb jantan ngan betina ni slalu org gune utk binatang je kan, org xckp kambing lelaki, tapi kambing jantan. Sbb spisis mcm ni la ikot perangai binatang yg suke2 hati je nk membiak kat mane2 die suke, tanpa etika, tanpa malu. Tp kdg2 binatang ni lg mulia dr spisis manusia jantan n betina ni, sbb dyorg pon tau syg ank, protect ank. Manusia? Suke2 hati je nk campak anak merata2 tnpa ade sifat perikemanusiaan tu, at least skit pon jd la. Ish2..

Aq xnafikan mmg susah nk cari lelaki yg betul lelaki zaman skang ni, sbb lelaki skang lebih kpd jantan dr lelaki. Mmg xlayak nk jd khalifah keluarga spisis jantan ni, apetah lg khalifah kat muke bumi.. lagi harem, musnah trus bumi ni.

Perosak.. Ni la yg aq leh simpulkan utk spisis2 ni..tp bg aq perosak ni lg kejam utk jantan dr betina.. Mmg due2 perosak. Mcm betina ni perosak rmhtgga org (tu pon kalu yg jantan ni layan la kan), materialistik, amek ksempatan mcm kikis duit, mulut jahat sampai rosak kan hubungan (kwn, sedara), rosakkan hati laki mcm curang. Tapi bg aq, seperosak2 betina, perosak yg sgt terserlah perosaknye adalah jantan. Sbb jantan ni die boleh jd perosak mcm yg betina buat, n yg plg sial perosaknye, rosakkan perempuan/ank dara yg mane boleh merosakkan mase depan n menggelapkan mase depan. Yg betina layan jantan perosak tu x de hal la sgt, ni yang jantan perosak merosakkan perempuan, kanak2 n seangkatan dgnnye yg xbdose tu ape hal, mmg syaiton la. Selayaknye, pedang yg suke2 hati hunus tu dibakar je, biar cair lebur, kuat2 besi pon kalu dileburkan dlm api akn cair gak kan.

Dh la, dh byk melalut. Tp blog ko ni mmg bgs utk segenap lapisan masyarakat. Aq pon sentap gak bace part2 yg xde dara, yg aq rase terkene ngan aq. Huhu.. harap jantan ngan betina, lelaki n perempuan yg bace blog ko ni akn dpt sikit sinar keinsafan dan kesedaran dari Allah..amin


***

Cilake! Satu minit je siap satu entri. Maka tak hairanlah ada orang boleh update sampai nam belas sehari ye dak?

Fikir-fikir balik, gua ni baik ke puaka sebenarnya. Hekhekhek.


Ayob #7 (Akhir)

Beraya di Paris, New York, Hong Kong dan juga di Pavilion tidak menjamin kemeriahan di pagi raya tanpa beraya dengan ibu bapa sendiri dan keluarga sendiri.


***

Tok Jarjis ni bekas penghulu kampung. Dia sangat di hormati dengan sifatnya yang baik hati tapi pelupa. Itu sebab hanya setahun dia memikul tanggungjawab sebagai penghulu.

Pagi itu, Ayob macam biasa. Lepas kasi lembu minum, dia mahu lelap sekejak atas rumput di bawah pokok yang rendang dan redup. Ayob buat-buat tidur, ada kelibat manusia sedang perhati dari jauh.

Ayob, Pok Long dan Leman Panjang telah berpakat untuk menyiasat akan hal ini. Selepas guna otak, hanya satu kemungkinan saja lembu Tok Jarjis boleh hilang.

"Ni kerja aok Kemal? Ni lembu ayah aok ni," teriak Pok Long sambil libas-libas kepala Kemal.

Pok Long yang stedi tunggu belakang pokok dekat semak meluru menerjah dua orang yang cuba ikat tali dekat hidung lembu Tok Jarjis. Ada darah pahlawan Pahang apa Pok Long ni berani kemain. Oh lupa, level budak sekolah boleh pergi lagi.

Leman Panjang pula kemas pegang kawan Kemal. Tak tahu asal usul. Budak sama sekolah dengan Kemal mungkin.

"Tok Jarjis kedekut. Keh mintok RM 50 sehari dia tak kasi," Kemal bernada sedih.

"Kau ni... nak tak nak aku kena bawa jumpa Tok Jarjis," Ayob yang baru tiba dengan dada berkocak laju. Penat berlari ke arah lembu selepas dengar suara Pok Long.

"Tolong keh Ayob... Tolong... keh janji tak buat lagi," ujar Kemal meminta-minta.

"Bukan tak nak tolong Kemal... tapi ni soal maruah. Habis seluruh kampung kabor aku curi lembu ayah kau... alih-alih anak sendiri yang kebas,"

"Aku pun dah lama syak kau ni hisap dadah. Kau amik dadah kan?" laung Leman Panjang buat-buat garang.

"Ngaku la cepat," tegas Pok Long lalu dicubit perut Kemal.

Kemal menunduk lemah.

"Aku tolong kau dan kau tolong aku. Kau kena ngaku kau curi. Dan aku tak akan cakap dekat Tok Jarjis kau amik dadah. Kalau Tok tahu, lagi naya kau," ugut Ayob.

"Yee... jangan gitahu Yob... jangan... dicincang keh nanti," rayu Kemal.


**

Amri Shaz yang baru bangun tidur terus bergegas ke rumah Tok Jarjis selepas mendapat panggilan dari Ayob. Pesen kutu. Asar baru bangun. Malam berjaga. Tapi kawan dalam kesusahan dia korban kan waktu tidur dia kejak.

"Ni Tok... pencuri lembu Tok sebenarnya.. Anak Tok sendiri," bersungguh Pok Long kabor ke Tok Jarjis.

"Gila kau!!! Anak Tok pergi sekolah tambahan," Tok Jarjis tak percaya.

"Tak Tok kami ada bukti," bicara Leman Panjang macam gaya detektif.

"Apa bukti kau?"

Duit dalam kocek seluar Kemal dikeluarkan Ayob. Lalu dikasi dekat Tok Jarjis. Kira-kira dalam RM1000 jugeklah duit tu.

"Mana dia dapat kalau bukan dari hasil jual lembu kan Tok?" duga Ayob.

"Apa nak jadi dengan kau ni Kemal... Mok hantor pergi sekoloh untuk kau jadi pandai. Belajar elok-elok. Ayah kau pun sanggup jual lembu untuk bayar yuran kau Kemal," nangis Bidan Bidoh. Ibunya si Kemal.

Menitik jugeklah air mata Amri Shaz ni bila nonton scene sedih. Dia ni pesen cepat tocing sikit.

"Maafkan Tok, Omar. Eh Ayob. Tok tuduh kau dan sebar pada orang kampung yang kau ni curi lembu Tok. Maafkan Tok," sebak di dada Tok Jarjis.

"Takpe Tok. Saya sedar saya tak ada kerja.. tapi bukan semua penganggur tak ada kerja tu jahat Tok," bicara Ayob.

"Ye ye... Maafkan Tok. Nanti Tok bersihkan nama kau. Tok akan beritahu orang kampung. Tok akan buat korban lima ekor lembu sempena raya korban nanti. Buat makan-makan kampung kita," ujar Tok Jarjis.

"Makan? yeyy," bersorak Pok Long dan Leman Panjang.

"Hehehe... owsem Tok... owsem," sengih Amri Shaz.



TAMAT


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

BERKORBANLAH APA SAJA KE ARAH KEBAIKAN, NESCAYA KITA TEMUI KEBAHAGIAN SEJATI.



Pengajaran:
1. Pikir la menda yang boleh di jadikan pengajaran. Kan dah belajor dekat sekolah masa kelas BM? Kakaka.





Ayob #6

Rumah Tok Jarjis.


"Yelah Tok... 18 ekor..." kata Ayob dengan nada bermuram durja.

"Kan aku dah kata!!!" teriak Tok Jarjis.

"Kau ni kau ni!!!" jerkah Tok Jarjis lagi.

Tok cuba pukul Ayob guna tongkat dia. Marahnya boleh tahan. Sangat sayang akan lembu-lembunya. Kandang yang penuh lembu itu kini cerah benderang.

"Mana saya perasan Tok. Baru je ni," Ayob cuba elak dari dipukul.

"Pagi esok la kita kira macam mana... kau Salleh pergi balik dulu. Pagi esok datang sini,"

Tok Jarjis fikir tak ada gunanya salahkan budak Ayob ni. Mungkin sebab lembu terlalu banyak sampai dia tak perasan ada lembu tak cukup. Reda sikit marahnya bila nampak Kiah Gelang balik dari balai raya kampung. Ada mesyurat mungkin.

"Nasib baik Kiah Gelang lalu, kalau tak... lumat jugek kau ni Rahim," bisik Tok Jarjis dalam hati.

Ayob bergegas lari ke rumahnya dengan membuka langkah dua ribu. Satu ribu kaki kanan. Satu ribu kaki kiri. Power betei dia.

"Cilake. Macam mana boleh hilang ni," dibenaknya berfikir-fikir macam pakar kaji permukaan tanah Pahang.

"Tadi time hangin betei pulak dia sebut nama aku. kahkah," Ayob cuba hiburkan hati. Lalu badannya dihempas kuat atas katil.

***

Bunyi ayam berkokok. Bunyi burung dari belakang rumah buat dia sebak. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Mok Piah ke pasar pula beli barang dapur. Tak ada orang kejut dia.

"Mampos aku! Mesti Tok Jarjis syak aku punya," terus dia berlalu deras menuju bilik air.

Tibanya dia rumah Tok Jarjis. Terus Ayob bercerita.

"Masa tu saya kat bukit.. pukul satu petang, saya kasi air dekat lembu... tengah sedap tengok lembu minum air, angin sejuk datang. Kemain sedak. Mendung pulak tu. Akhirnya saya tertipu dengan tipu daya cuaca. Lalu saya tidur la kejak. Bangun-bangun dah Asar. Terus saya halau lembu balik. Tanpa kira berapa lembu ada," terang Ayob panjang.

"Jadi kau tak kira la John?"

"Amboi kemain dia ber-John John...kikiki," Ayob cuba menceriakan keadaan.

Tok Jarjis mengecilkan bebola matanya tanda dia sedang serius.

"Errr... tak. Maaf Tok...," Ayob cuba yakinkan Tok Jarjis

"Kau la curi kan kau buat cerita nak cakap lembu hilang. Nasib baik aku kira malam tadi,"

"Tak tok... tak," Ayob terkilan dengan sikap Tok Jarjis menuduh bukan-bukan.

"Beginilah Tok. Bagi saya peluang siasat," suara Ayob jelas bersemangat.


***


Lagi Lagi Sambung Sambung...hikhik.



Ayob #5


Dekat sini lembu Tok Jarjis selalu lepak.




"Tok. Ni saya serahkan lembu Tok," cakap Ayob sopan.

"Macam mana kerja Rahman? Sedak?" ujar Tok Jarjis caring.

"Arghhh... Ayob Tok Ayob. Nama saya Ayob. Anaknya Mok Piah. A.Y.O.B" bersungguh Ayob kasi Tok Jarjis ingat.

"Ye... Tok tahu la nama kau Ayob. Jangan kabor banyak kali. Tok ni bukan pesen pelupa,"

"Nah upah kau Din. Kau ni esok datang la lagi. Nak dekat nak raya ni, risau jugek kalau lembu Tok kena kebas,"

"Banyak jugek lembu Tok ni. 20 ekor semuanya," puji Ayob.

"Tengok tuan dia la Semeon. Power Power," bangga si Tok Jarjis.

Ayob menggeleng kepala. Bukan sebab sikap Tok Jarjis yang riak dan takabur. Tapi sikap pelupa Tok Jarjis makin menjadi-jadi. Orang tegur marah. Bior la dekat dia.

"Saya balik dulu la Tok,"

"Kau tu jalan elok-elok Roslan. Budak kampung ni bukan boleh harap sangat. Sebaya kau pun dah jadi pencuri," pesen Tok Jarjis.

"Ye Tok ye... Saya ada tendangan tanpa bayang Tok... Hehe," gurau ayob

***

Di suatu malam yang sepi sesudah azan Isyak. Tok Jarjis laju-laju melangkah menuju ke rumah Ayob. Marahnya berkobar. Dadanya berkocak kencang kawal amarah.

"Ayobbb...woo Ayoobb!!!" laung Tok Jarjis dari jauh. Dua Meter nak dekat rumah Ayob.

"Menda Tok datang rumah malam-malam?" tanya Mok Piah dari muka pintu tingkap.

"Haa Piah. Anak kau dah curi lembu aku ni. Dah jd 18 ekor dah. Semalam elok je 20 ekor!" teriak Tok Jarjis.

"Ada apa ni Tok?," Ayob membuka pintu rumah.

"Kau cakap, masa kau hantar berapa ekor?" marah Tok Jarjis sambil acu-acu tongkat dia. Kemain marah dia ni.

"20 Tok," jawab Ayob sambil menelan air liur.

"Kau bilang betei-betei!!!" jerkah Tok Jarjis.

"Ha betul Tok" berpelu Ayob kini.

"Tadi Tok bilang 18 ekor. Bini Tok bilang 21 ekor. Bini Tok tu mana reti mengira. Entoh sebab dia suka nombor 21 tu dia kabor 21 ekor gamaknya," jelas Tok Jarjis.

"Habis nak saya pergi kira ke Tok?"

"Boleh jugek," jawab Tok Jarjis ringkas tapi dadanya masih kencang bernafas.

***


Lagi-lagi bersambung...




Ayob #4

Tok Jarjis bercadang nak beli lembu pesen ni seekor.



Tibanya di rumah Tok Jarjis. Dalam sinar petang, suara terketar-ketar alunan orang bagi salam. Maklumlah, tak biasa.


"Ye Halim, kau nak amik upah jaga lembu Tok ye?" tanya Tok Jarjis.

"A'ah Tok. Eh Tok nama saya Ayob Tok, Ayob..." balas Ayob sopan.

"Ya Atok tahu la. Tapi kan Saleh, kau ni bukan mat kutu ke. Macam mana kalu kau curi aku punya lembu?" duga Tok Jarjis.

"Tok yakin la dengan saya..." mata Ayob memancarkan sinar keyakinan.

"Ooo... anak muda macam ni la kebanggaan kampung kita. Bila kau nak setat keje ni Samad?"

"Lantak Tok la nak panggil saya apa pun. Dah Tok ni pelupa. Nak buek guane ye dak?"

"Kau ni... jangan kabor gitu. Kecik hati Tok. Macam ni lah, Tok boleh bagi RM20 je sehari ok tak Sam?"

"Boleh la gitu Tok," jawab Ayob ringkas.

"Esok pagi bawa la lembu-lembu ni pergi bukit sana ye Mat Lang. Dalam pukul 9 pagi gitu. Kasi air amik dari sungai dekat situ. Nak dekat Asar, bawa lembu-lembu masuk kandang balik," Tok Jarjis kasi arahan.

Selepas faham akan arahan Tok Jarjis, terus Ayob bergegas pulang. Risau Mok Piah risau pula.

"Tok ni ikut sedak mulut dia je nak panggil orang apa. Patut pun selama ni dia duk panggil Sayang Sayang kat bini dia. Keh syak dia dah lupa nama Bidan Bidoh sebenarnya... kikiki," cakap Ayob sorang-sorang sambil kaki deras melangkah.


Malamnya;


"Mok. Keh amik upah jaga lembu Tok Jarjis," bicara Ayob lepas makan malam.

"Haa... molek la tu. Tok Jarjis dengan atuk aok dulu memang sahabat baik. Datuk aok la kasi nama kampung kita ni. 'Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang'. Nama Piah entoh macam mana datuk aok kasi kat Mok jugek," terang Mok Piah.

"Ooo..patut orang kampung hormat keluarga kita ye Mok?"

"Yep... datuk aok la penghulu yang pertama kampung ni..." jawab Mok Piah tenang.

"Hehehe" senyum panjang Ayob tahu latar belakang salsiah keluarganya.


***


Bersambung lagi...





Ayob #3

Nasi lemak paling sedak di kampung Ayob.



"Lama bebenor gua tunggu ni. Penat tahu," keluh Leman Panjang sebaik melihat mereka berdua tiba di rumahnya.

"Ni hah, Ayob datang rumah keh lambat," seloroh Pok Long.

"Eh, keh pulek kena?" mencebik si Ayob.

"Hehehe..." gelak Pok Long sedang.

"Dah tu. Nak sarapan dulu ke idak?" tanya Pok Long.

"Sarapan la dulu. Baru sedak jalan-jalan," jawab Ayob.


***

Sebaik tiba di Warung Samad Kelantan, mereka bertiga pesan nasi lemak daun pisang. Nasi lemak paling sedak dan terkenal di kampung mereka.

"Dengar cerito... Tok Jarjis nok cari ore jaga lembu dia tu. Sebab dio tok larat dok nok jago. Mu tok se ke Ayob? Mu doh la tak ado kejo. Ke guano?" Pak Samad mulakan perbualan. Pekat betul loghat dia.

"Berapa sehari?" soal Ayob ringkas.

"Tok tahu la kawe tu. Tok oyak pulok. Dio pese jah kawe suroh oyat ko anok mudo tak dok kijo. Mu gi la rumoh dio kecek kiro guano," bicara Pak Samad lagi.

"Hoo... nanti keh gi la," balas Ayob.

"Kalau dapat RM 20 sehari orait jugek. Boleh belanja Rozana makan kentaki lepas raya nanti," fikir Ayob.

Pok Long sama Leman Panjang ralit menikmati nasi lemak.

Ayob. Lepasan diploma pertanian dan peternakan dekat ibu kota. Bukan Ayob tak nak cari kerja. Cuma dia nekad nak jaga ibunya dulu, Mak Cik Piah. Biar lah kerja kampung biasa-biasa je dulu. Mok dia bukannya sihat sangat. Tidur lewat mula pening-pening.

Ada je tawaran kerja dari ternakan ikan wilayah pantai barat tu. Dia tolak. Dan ada juga tawaran daripada pasukan kelapa sawit nak dia main bola sepak. Ayob ni power main bahagian tengah. Walaupun dia tak sekacak Fabregas, tapi orang kampung gelarnya Fabregas jika dia di atas padang sebab corak permainannya mantap sebijik Fabregas.

"Amboi... termenung panjang nampak?" tegur Pok Long.

"Hehe. Dah. Jom makan. Kol 11 setengah nanti ada satu bas pergi bondor. Jangan terlepas pulek,"

"Okay-Okay," jawab Leman Panjang serentak dengan Pok Long.


***


"Cilake punya lawa makwe kerja dekat Myding Ding tadi ye? Mengalahkan Yuna," bicara Ayob semangat.

"Aok kena ke Yuna tu sapa?" tanya Pok Long.

"Yuna, bekas ratu boling negara ye dak?" duga Leman Panjang.

"Aok ni... perkembangan artis tak peduli dah. Keh bukan nak peduli sangat... tapi sebab Yuna ni lawa. Keh buat-buat peduli. Yuna ni budak bintang kecil menang baru-baru ni. Tengok la dekat tibi," borak Ayob panjang.

"Hooo..." Leman Panjang sama Pok Long mengangguk faham.

"Keh Keh... senang betei tipu dorang ni," bisik Ayob sendiri.

"Penat betei la. Ayob, tak beli baju raya baru? beli kain tuk mok lu je?,".soal Leman Panjang caring.

"Baju raya keh tahun lepas molek lagi," jawab Ayob.

"Ooo..." Leman Panjang angguk sedang.


Mereka berbual sambil gelak-gelak balik rumah masing-masing. Lepas semua pecah laluan ke rumah masing-masing, Ayob tukar haluan lalu menuju ke rumah Tok Jarjis.


Bersambung...



Ayob #2

Gaya rambut Ayob macam gini lah. Tapi kaler hitam lah.



"Pok Long... woi Pok Long. Bangun ke idok lagi? Woiii!!! Pok Long. Dia kabor pukul 10 pukul 10... entoh dia bangun ke idok ni? Woii!!!," laung Ayob sebaik tiba depan rumah Pok Long. Lantang suaranya mengalahkan askar berlevel sarjan.

Dia berani laung sebab semua keluarga Pok Long pergi makan laksa dekat rumah sedara belah ayah Pok Long dekat Terengganu. Cuma Pok Long sorang saja tak ikut sama.

Pok Long ini salah sorang daripada member dia sejak kecil lagi. Lagi sorang Leman Panjang. Mereka tu kalau keluar mesti bertiga. Kadang-kala Amri Shaz ikut. Tapi Amri Shaz itu kutu malam. Pagi-pagi mana boleh ajak dia keluar sama. Amri Shaz ni pula tak seberapa rapat dengan Pok Long dan Leman Panjang. Ayob kenal Amri Shaz masa belaja di U. Baru pindah dekat kampung Ayob. Ayah Amri Shaz baru bukak restoren nasi kukus.


"Amboi, tak reti nak bagi salam? Keh solat Dhuha la tadi," Pok Long menerjah dari pintu tingkap.


*wajah bersih dan suci masih kelihatan*


"Astaga. Cilake. Boleh kena testis berlubang keh ni woi Pok Long. Aok ni solat betei-betei ke?" Ayob seakan tak percaya.

"Kakakaka... baru nak. Baru. Tapi setan berlevel 2,000 sampai... terus tak jadi... KahKah," Pok Long gelak sorang.

"Cilake. Padahal baru mandi. Mesti dah guna pencuci muka rembat dekat tandas awam makwe semalam kan?"

"Mana aok tahu? Setan betei! Aok ni king of setan lah. Gerak geri keh mesti aok tahu,"

"Udoh tu berseri semacam tu," balas Ayob ringkas.

"Hehehehe..." gelak Pok Long.

"Aok curik jugek ke mask makwe tu?"

"Hehehehehe..." gelak Pok Long lagi.


Satu beg tertinggal dalam tandas awam dekat pantai Lagenda Pendekar Keris Emas Bersalut Perak. Di kebasnya Pok Long benda berguna yang boleh dia guna mentah-mentah malam tadi.

"Leman amik tak gincu makwe tu?"

"Hehehehe..." gelak Pok Long sambil tarik zip seluar.

"Gilaaaaaaaa!!!... Ochhh!!! Sakit!!!" laung Pok Long deras.

"Tersepit?" tanya Ayob.

"Aa'ah..tolong..." Pok Long meraih simpati.

Pesen tak suka pakai bokser atau seluar dalam memang susah sikit nak ajar. Biar je lah ye dak?

"Cilake. Benda asas ni kalau nak keh handel memang cilake. Tu la, guna lagi barang haram. Kan dah kena," Ayob berceramah.

"Hehehe..." slow-slow Pok Long ejas.

"Dah! Jom pergi!!!" bersemangat Pok Long.


Lepas kunci semua rumah dan pekena spek hitam, Pok Long melulu laju mengejar Ayob yang sudah di atas jalan bertanah dekat cabang nak masuk rumah Pok long.


Bersambung...



Ayob #1

Pemandangan kampung Ayob dari Gunung Piah Tak Bercabang.



Di pagi yang indah. Angin dari ufuk timur mula menerjah uruk selatan. Selang seli dengan sinaran mentari yang mula memanaskan suasana. Orang Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang mula bertindak sibuk membuat kerja dan kehidupan seharian.

Nyayian dari dapur kedengaran. Burung turut bernyanyi sama. Bangau, ayam, itik puyuh, burung unta dan sebarang unggas di sekitar rumah Ayob keriangan.

"Sedak suara Mok. Dari bilik dengor Mok nyanyi lagu Dendang Perantau. Sedak sangat ke lagu tu Mok?," Ayob yang tiba dari bilik terus bertanya lalu duduk di meja makan.

Bihun goreng, keropok keping dan sedikit kuih hasil tangan Mak Piah terhidang kemas.

"Haa... Ayob... awal bangun. Lagu tu la arwah Abah menang suara emas tahu. Menang tempat keempat jelah," balas Mak Cik Piah sambil kacau-kacau kopi kasi sebati.

"Tak awal menda kalau dari tadi duk memanggil manggil nama keh," bisik Ayob sendiri.

"Ooo..." Ayob angguk ambil hati.

Dia tak berapa nak fokus seratus peratus mahupun 10 peratus dekat Mok dia. Lapor kemain perut dia.

"Ni bangun awal ni nak pergi mana ni Ayob?," soal Mok Piah caring.

"Ayob ingat nak pergi bandor dengan Leman Panjang dan Pok Long. Nak cari baju raya. Mok, nak duit sikit..." suara Ayob sedikit simpati.

Amboi, awak tu umur dah 25. Duit mitak dengan Mok lagi? Banyak Mok nak guna duit ni. Mok nak pergi bayar letrik lagi. Dari tadi tak ada letrik ni. Mok rasa Mok dah bayor dah," terang Mok Piah.

Ayob telan air liur sikit. Baru teringat pagi tadi lepas nonton bola komuniti England, dia dengan Amri Shaz pekena curi kabel. Habis satu kampung terputus elektrik. Entoh macam mana budak Amri Shaz potong tidak la dia tahu. Yang dia tahu. RM50 hasil daripada jualan kabel tu ada dalam dompet dia. Ada lagi kabel dalam bengkel Pak Mail Deraman hujung kampung tu. Buat stok. Karang pergi jual terus, timbul syak wasangka pula penduduk kampung budak Ayob jadi orang kaya.

Lamunannya terhenti bila Mak Cik Piah tuang air kopi.

"Glupp glupp glupp" bunyi teguk Ayob minum kopi.

"Puhhh puhhh puhhh!!!"

"Mok... masinnya kopi ni" Ayob sedikit marah.

"Gula dah habis..." jawab Mok Piah tenang.

"Habis Mok buh garam?"

"Garam sama gula tu adik beradik je. Putih sama putih. Halus sama halus. Mok minum sedak je," balas Mok Piah rilek.

"Mok ni. Nasib baik keh tak minum sekali teguk," rengek Ayob.

Terus hilang selera makan Ayob. Fikir-fikir balik, baik Ayob keluar cepat. Karang banyak tanya pula Mak Cik Piah padanya. Balik pukul berapa pagi tadi misalnya. Tak ke perlu guna kejuruteraan alasan untuk jawab.

"Kikiki...," Mok Piah gelak manja.

"Mok, keh nak keluor dah ni. Nanti keh pergi bayor bil letrik tu. Mok duk rumah je. Buat kuih makmur sama kek cokelat,"

"Aikkk? Tak nak pekena bihun dulu? Mengajuk ke apa ni? Yela-yela. Suka sangat kuih makmur tu"

"Keh nak pergi pekena Nasi lemak daun pisang dekat Warung Samad Kelantan tu dengan Pok Long dan Leman," jawab Ayob.


Selepas pekena kasut yang baru di beli dekat pasar malam, Ayob berjalan gagah menuju rumah Pok Long. Dari rumah Pok Long, Ayob akan pergi ke rumah Leman Panjang. Dari situ mereka akan tunggu bas menuju ke bandar.


Bersambung...

______________________________

SukaNeka:

Drama ini sempena hari raya bakal tiba. Ikuti Ayob dan ibunya, Mak Cik Piah dan orang Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang.

Gua akan update sejam demi sejam. Okay? Kakakaka. Tipu je. Mana boleh ikut perangai budak minat kumpulan 4U2C ye dak?

Kbai.




Berubah

Gua nak kabor kaler baju dia ni gua minat. Tu je.




Tadi gua pergi pasar raya. Masuk-masuk je pasar raya tu, gua terpandang satu makwe. Cun. Cun. Cun. Kenapa cun sampai tiga kali?

Mukanya yang cun. Cilake tahu. Make up punya la tebal. Lu orang pernah tengok orang buat jalan raya? Dia punya buat lapisan tu berapa kali? Tak pernah? Gua pun tak sempat nak kira. Kalau salah taip nanti, apa pula kata Kementerian Kerja Raya nanti.

Dadanya yang cun. Gampang! Dia punya tudung yang sedang-sedang saja. Bak kata Iwan. Dia tak jelek mak, yang sedang-sedang saja. Pesen belit belit tapi tak tutup dada punya.

Pahanya cun. Gua tambah paha sebab tadi gua pekena kentaki dekat pasar raya tu. Alah. Ini paha kentaki. Tak ada kaitan dengan makwe tu sebenarnya.

Lepas keluar dari restoren kentaki baru gua sedar duit gua tinggal RM1. Nak menitik jugek air mata gua ni. Tapi sebab gua tergolong dalam 25 orang paling kacak Asia gua berkeras tak kasi air mata ni menitik. Mengalahkan pendatang asing pun ada gaya miskin gua sekarang ni.

Apa yang gua nak kabor dekat sini. Makwe tu keluar dengan laki. Pakwe dia atau suami dia mungkin. Yang peliknya; pakwe dia tak nasihatkan dia suruh pakai molek sikit ke? Punya la bertudung belit belit tapi baju ketat jugek. Bentuk paha nampak.

Kalau gua berpaling nengok bontot makwe tadi, memang gua boleh kabor dah. Tapi nasib baik masa tu duit tengah kering. Itu sebab tak berapa nak tak nak usha bontot makwe tu. Spirit nak nengok sampai terkeluar anak mata macam budak Kampung Sekadar Pinggiran tak ada.

Kalau tak, mesti gua dengan spontannya berkata.. "Geyrammmnyaaaaaa.. sambil mengetap bibir"

Kalau 10 tahun lepas, gua gua tengok makwe cun tak la spontan sedemikian rupa. Inilah orang kabor otak dah rosak ye dak?

:(


Tapi ada gua tanya pada seorang makwe ni. Jawabnya;

"Saya akan bertudung dan pakai sopan-sopan setelah bernikoh nanti"

"Errr... kak, selama ni sayang kat pakwe lebih dari sayang kat ayah ke?" jawab gua dalam hati.

Gitulah makwe sekarang. Jarang sayang ayah lebih dari sayang pakwe. Kalau tak, tak adalah scene lari dari rumah ikut pakwe, lambakan video sedak, korban anak luar nikah dan masalah sosial yang lain.



Jangan Marah


Pagi yang indah. Mentari mendayu memancarkan sinar harapan. Burung berkicauan riang dari segenap arah. Indah suasananya di kala itu. Awan masih memutih suci, langit masih membiru indah. Syukur.

***

"Sayang, pagi tadi Abang angkat coli Sayang dekat ampaian. Lepas tu tali coli sangkut dekat paku. Tarik punya tarik, sampai putus tali coli Sayang dibuatnya. Marah la Abang... Marah la" bicara gua.

"Ea? Takpe... yang tu lama dah Sayang nak buang. Dah 'expired' dah pakai. Ekekeke. Ni, tadi Ica duk main laptop Abang. Sayang nak alih... lepas tu terhempas pulak. Camne? I'm Sorry k? Marah tak?" balas bini gua ramah.

"Nice try Sayang... nice try. Tak marah. Abang ada back-up dalam extenel. KahKah. Semalam lepas Abang tolong gosok coli Sayang, Abang gosok baju kurung raya Sayang. Alaa, yang harga RM200 tu. Dah berlubang dekat dada. Mungkin panas sangat kot suhu seterika tu"

"Eh, takpe... takpe... baju tu dah lama dah. Memang kain tak power dah kot. Petang semalam masa Sayang amik Ica kat tadika. Sayang langgar tiang letrik. Kemek jugeklah bahagian bontot kereta tu. Maaf Abang? Sikit je kot"

"Maksud Sayang, kereta Honda Civic biru Abang tu?"

"Yelah... kereta mana lagi kita ada?"

Daripada muka kacak dan caring, terus berubah ke muka kacak dan bengis. Kacak tu tak boleh berubah sebab gua kacak. Tapi bengis gua ni, bengis mengalahkan bengis Hulk punya.

"Sayang! Kenapa tak hati-hati. Kan Abang dah pesan hati-hati. Sayang tak tengok ke belakang ada apa?"

Terus gua berlari menuju ke kereta.

"Hehehehehe" suara manja gelak daripada belakang.

Cilakak! Gua kalah. Hebat jugek kejuruteraan lakonan dan kejuruteraan emosi bini gua rupanya.

"Yeyy! Dapat RM200. Boleh beli beg baru. Lepas tengok muvi kejak lagi, teman Sayang pergi beli beg ye Abang"

***

Malam sebelumnya.

"Sayang, nak kita main sapa marah kena bayar RM200? Nak? Eleh, tak nak lettew..." ujar gua dengan muka kacak sedang.

"Sapa kata tak nak! Jom... pagi esok setat. Abang jangan main kotor pulak" balas bini gua.

"Set" jawab gua yakin.



Nota: Bini nombor dua lelaki ialah kereta woi!