




Pilih, jangan tak pilih. Tapi jangan pilih jalan hitam mahupun jalan belakang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa kabar dinda di sana? Kanda di sini baik-baik saja. Tettttt... ini bukan jenis karya gua. Terhasut daripada contoh Karangan A Bahasa Malaysia buku anak sedara gua. Pehh.. pertama kali gua bagi salam. Agak beristigfar panjang. Mungkin jika gua masuk dalam Program Imam Muda mungkin ada harapan menang kena gelak dengan mudir.
Berkali-kali 'check' ejaan salam tu. Kot-kot salah eja. Nampak sangat jarang guna. Naifnye gua ne. Sekurang-kurangnya orang dah tahu gua ini Islam. Sebenarnya ini bukan entri macam biasa-biasa. Ini macam edisi khas. Aduan khas jika dekat TV3 Zimbabwe.
Okey. Gua berterus terang. Entri kali ini ingin memaklumkan gua mahu memberi 'award' pada semua member-member setia gua. Sudikah kome mengambilnya? Letaklah di celah mana dekat belog lu orang. Gua tak kisah. Gua hargai semua member gua. Kot gua bersara tanpa sebab dunia belog ini, sekurang-kurangnya gua dah balas budi baik lu orang bertandang ke belog gua.
Gua buat beraneka 'design'. Kot-kot ada menepati cita rasa lu orang. Gua tak paksa ye. Manalah tahu, cucu gua datang pula belog lu orang. Jadi dia tahu lah kita member. Kui Kui Kui.
Jika lu orang dah ambil, bagitahu gua, senang gua nak 'Like'. Alamak, terpengaruh fesbuk la pulak. Terima kasih kepada Cik Tweety bagi idea tuk 'design' award. Akhir kata, kata-kata lu orang hanya mimpi di siang hariiiiiii..haha. Gurau saja. Sekian.SukaNeka:Kepada ada punya penyakit suka jawab tag, buat karangan tak lebih 180 patah perkataan. Akhir karangan, rupa-rupanya, Hiro adalah seorang pembunuh disegani. Tapi sayang dia hensem, patut dalam bidang modeling, bukan bidang pembunuhan.