Myra bangun pagi itu. Ada lima mesej dari jejaka itu.
Awak dah tidur? Selamat malam.
Bintang. Awak bintang saya.
Sebanyak bintang di langit. Ada satu bersinar indah. Itu adalah awak.
Pagi esok. Makan pagi.
Selamat belajar pagi nanti.
Myra kesat-kesat matanya sambil menguap.
"Memang orang gila. Main puitis-puitis lagi. Gila," monolog Myra sendiri.
***
Hari ini sudah dua hari 'Orang Gila' itu tak hantar mesej pada Myra. Ada secebis rindu berputik dihatinya. Myra sekarang pantang bunyi nada mesej. Terus berkejar mahu baca. Harap dari OG.
"Mana Orang Gila ni...," mengeluh Myra sakan.
Dia pandang siling. Baring dalam bilik sendiri. Baca balik mesej dari OG. Memang indah bahasanya. Berpuitis. Memberi semangat. Penuh motivasi. Harinya kini kian indah. Umpama ros sedang mekar di taman bunga.
Awak. Buat apa?
Myra secara sepontan hantar mesej pada OG. Sepi. Tiada respon.
***
Hehe. Awak kangen sama saya?
Sender:
OG
Yahuuuuu... Myra melompat sakan. Gembira tak terkata. Senyumnya Tuhan saja tahu. Suka betul bila dapat mesej dari OG.
Pelik, kenapa aku suka dia mesej aku? Bukan aku tak kenal dia? Dia ni perogol ke, jual dadah ke. Tapi kenapa aku rasa dekat saja dengan dia. Rasa kenal dia. Pelbagai soalan menjentik mindanya.
Awak sakit ke? Myra balas mesej pada OG.
Tak lah. Demam je. Tak daya mesej awak. Maaf ye? balas OG balik.
Tak ape. Awak makan la ubat. Sekarang dah ok? Pergi jumpa doktor tak? Lelaki. Sakit tapi tak jumpa doktor. Gagah la konon. Hehe.
Awak la doktor saya. Mahu awak rawat saya. Hehe.
Eh, macam mana awak tahu saya belajar medik?
Hehe. Kan saya kata saya kenal awak. Ok. Awak dah makan?
Dah.
Ok. Saya akan kol awak japg.
Mereka berbalas mesej. Gelak tawa Myra. Masih kedengaran walaupun hanya bermesej.
***
Myra mengimbau memori lama. Kenangan 13 tahun yang lalu dikuak kembali.
"Anuar... awak nak tinggal saya?" sedu tangis Myra kecil.
"Tak. Saya ikut Papa dan Mama saya ke Jepun," balas Anuar berhemah.
"Awak pasti akan lupa saya," keluh Myra.
"Awak kan bintang saya. Mana boleh lupa awak. Jangan la begini. Tak nak sedih" pujuk Anuar.
"I Promise U. Ingat tu," sambung Anuar lagi.
Myra senyum sendiri. Puas. Anuar. Jiran pada zaman kecilnya sudah kembali menunai janjji. Tak sangka dia pegang pada janjjinya. Lepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mereka berpisah.
Anuar berjanjji akan kembali. Menunaikan janjji zaman kanak-kanak. Jadikan Myra sebagai isterinya.
Anuar. Lelaki yang dikenalnya semasa umur lima tahun lagi. Masa itu Myra di taman permainan. Sedang main buaian. Ada budak nakal curi gelang tangan Myra. Anuar lah yang dapatkan balik walaupun kena penumbuk sedas dua.
"Nanti besar, kita kawen ye"
Banyak kali Anuar membisik ucapan ini depannya. Indah. Sungguh bererti. Entah mengapa hati Myra tertutup kemas-kemas untuk jejaka lain. Dia begitu yakin Anuar akan kembali. Dia hanya berkahwin dengan Anuar sahaja. Tak kesah berapa lama dia akan tunggu.
"Nak tahu, saya letak nama kenalan Abang dekat hanset OG," Suara Myra di hujung talian. Selepas tahu perihal jejaka tersebut.
"Apa tu?" bicara Anuar melalu telefon.
"Orang Gila.. haha"
"Awak jahat"
"Abang lagi jahat... mainkan Myra. Hehe"
"Awak lah. Ada ke kata dah tunang. Esok Abang datang rumah ye?"
"Hmm. Esok tak ade kuliah"
"Tahu. Abang dah pergi rumah awak. Jumpa Mama awak. Dah bincang pun pasal pertunangan kita. Mama Abang ada sekali. Hehe"
"Yea? Betul ke?"
"Yelah. Mana leh main-main. Papa masih dekat Jepun. Hari minggu ne balik. Awak ada satu tahun lagi kan? "
"Yeaaaaa. Tak sabar nak habisssss..."
Hati Myra berbunga.
"Kenapa?"
"Nak kawen dengan Abang"
"Gelojoh"
"Biarlah. Abang ajak kahwin dari kecik tu, tak gelojoh?"
"Hehe"
Mereka berbual panjang sampai dua-dua tertidur.
"Terima Kasih Tuhan"
Myra sampai terngigau-ngigau. Hatinya tak sabar menanti esok.
TAMAT.