Pengenalan Budak Muka Parut Jatuh Motor

Lu orang bayang lah, muka hensem ada parut. Dari bawah mata kiri lurus sampai mulut. Rock tu.


Dari tajuk mesti lu orang dia ni mat rempit kan. Betul la sangkaan lu orang. Gua malas lagi nak cerita kenapa dia jatuh motor. Nanti-nanti la gua cerita. Tapi dia bukan mat rempit yang tegar. Merempit time bangun lewat untuk kerja dan merempit time hantar ayam proses ke pelanggan. Muka di yang kucar kacir ada parut tu tanda dia memang 'power' merempit.

Ada banyak tawaran syarikat permotoran nak dia berlumba kat litar. Tapi dia tolak mentah-mentah. Tak berapa suka makwe litar ngorat dia. Lagipun dia tak pandai sangat nak cakap English. Gila lu nak ngorat makwe litar main senyum-senyum ja.


Fizikal dia memang mengalahkan fizikal Pak Ku Baharom time muda-muda. Ala-ala body Megan Fox tapi versi lelaki. Kui Kui Kui. Macam Christian Bale dalam cerita Batman tu, senang cerita. Makwe selisih dengan dia memang akan toleh sekali lagi. Perkara biasa. Gua jalan tepi dia pun rasa selamat dari ancaman Mat Ngepaw dan Mat Rambut Kerinting Warna Coklat.

Sejak muka dia ada parut, memang bertambah nilai keganasan di mukanya. Ada sekali Pendekar Pedang Lapan nak jadikan dia anak didik. Gua rasa pendekar ini mahukan pewaris untuk mewarisi jurus bermain pedang menggunakan lapan pedang. Gua dengar dia cakap time pekene teh tarik kat Warung Pak Mail Perak. Lepak kat situ lebih bagus dari bermain poker kat bangsal Tok Mudim Mahmud Misai. Boleh layan makwe balik kerja kilang.

Gua kenal dia dari kecik lagi time dia tak pandai sikat rambut lagi. Gua dah pandai dulu dari dia. Kui Kui Kui. Pergi tadika sama-sama, mengorat makwe comel ada lesung pipit kat tadika time rehat. Tunggu makwe main buaian dan main gelongsor. Tubuh kelab tak pakai baju selak dalam. Banyak lagi gua nak cerita pengalaman gua dengan brader ne. Membe rapat dari kecik katakan. Kui Kui Kui.




Makwe Kaunter Siri 2

Tengok dari jauh makwe kaunter macam ini la.



Semenjak dua hari makwe kaunter yang cun lagi melecun tak datang kerja, mood makan gua jadi lain semacam. Makan tak seberapa mahu lalu. Dah penat lalu lalang dekat kafe tu bagi lapar sikit. Bukan makan pun kat kafe dia jaga, cuma buat lauk mata sahaja sebelum mengisi perut. Tengok mak cik kleaner pun tak mampu buat selera makan semacam makwe kaunter tu. Sedih.

Nasi goreng daging menjadi kesukaan gua dah tak mampu nak habiskan. Menyesal tak minta nombor telefon, boleh suruh dia MMS gambar. Mesej-mesej belum tidur, ngayat-ngayat sikit-sikit. Kejut subuh ke. Tanya mak masak apa ke. Pakai baju warna apa ke. Menyesal tak sudah gua.

Arggghhh..gua meraung sambil hentak meja kafe. Semua orang ada kat kafe pandang gua semacam. Gua peduli apa. Gua bangun. Jalan dengan tangan gengam. Gua nekad. Sampai bila gua mahu macam ini, kesihatan terabai, pelajaran terabai, ikan-ikan, ayam belanda, lalang dan rumput semua. Gua rasa sudah tiba masanya gua perjuangkan hak gua.

Gua jalan dengan kaki hentak kuat. Agak sakit. Nasib baik gua pakai kasut yang curi dari Mat Bunga. Bekas geng Mat Brutal. Teringatkan Mat Bunga gua tambah geram. Memang jumpa dia gua nak tumbuk perut dia dengan kepala gua. Kasi padu sikit sakitnya.

Langkah terasa jauh pula untuk sampai ke kaunter yang biasa makwe itu jaga. Kini diganti dengan tokey kafe itu sendiri. Tengok muka memang gua rasa loya. Rasa mengidam buah mempelam pun ada. Gua mempercepatkan langkah.

Makwe baru balik kelas senyum kat gua. Gua tak layan. Gua nampak makwe pakai baju kurung tapi free hair bawa buku rujukan banyak. Nampak berat lagi terbeban. Sifat suka menolong gua hilang entah ke mana. Gua tunjuk ibu jari ja. Biasa gua tolong hantar sampai ke bilik.


Setibanya gua kat kaunter tu. Gua cuba usha lagi. Kot makwe kaunter itu dah di hantar ke bahagian masak-masak pula. Maklum la, cantik, bergaya dan pandai masak itu wajib. Tak ada juga. Gua nampak banyak yang berhalkum ja sedang masak. Gua terus tanya.

"Abang, mana gadis selalu jaga kaunter ni?", sopan pula percakapan gua, biasa cakap macam cakap dengan geng Mat Brutal.

"Oh..itu bini abang yang ke dua. Dah tak keje, abang tak bagi keje dah. Dia dah tiga bulan ngandung", jelas tokey kedai dengan penuh bangga.

"Oooooo..sebab lama tak nampak", gua kaver malu.

"Nak pesan nasi goreng pataya satu bang", gua sekali lagi makan nasi. Hampa punya pasal.


SukaNeka:
Pawang sekampung Semeon Sengeh pesan- kalu demo tok baca lagi kisah makwe kaunter, demo teke sini
.

Pakwe Jauh


Brader ne pernah cakap kat gua, penyanyi dan blogger sama-sama popular.


Gua ingat lepas peperiksaan akhir tahun, gua nak menuntut ilmu nyanyian dengan brader ne la. Dah la rambut ala-ala afro, hidung macung, harga topi dia mesti sama dengan harga dua tahun gua beli kredit telefon bimbit.

Suara dia memang kaw-kaw mantap, gua buat penggera telefon pun terjaga. Biasa lagu Hijjaz, mata tak berapa nak bukak. Misai dia dijaga rapi, kalah hero Melayu dalam cerita yang belakon sekali dengan teman wanita gua, Lisa Surihani.


Pandai nyanyi dan main bola bersatu. Berbakti untuk pasukan Afrika Selatan. Kenal Didier Drogba pula. Memang kalau dua-dua orang ini datang Malaysia mesti hari-hari pekene rojak dekat Warung Pak Mail Perak. Gua ingat mahu juga satukan dia dengan anak dara Pak Ku Baharom. Senang semasa majlis kahwin gua, jemput dia buat persembahan. Lagipun mungkin percuma.

Dah-dah. Brader, gua penat dah puji lu. Nak tiket World Cup. Dapat tiket tengok perlawanan bola sepak Perancis-Afrika Selatan pun kira bagus. Nanti-nanti gua belanja lu tengok perlawanan bola sepak Kelantan melawan Chelsea.


SukaNeka:
Pesanan dari brader bawa beca- hiro dah ada google tranlator? keh keh keh. Senang sikit bila cheq nak baca.
Gua- Celake, gua letak mahu Wayne Rooney baca semasa boring kat Afika Selatan nanti.
Cam serabut je letak google ne, ke guane?

Anak Dara Pak Ku Baharom

Minum air lapan gelas sehari menjana hidup bahagia.



Balik ja kilang, dia terus menghempapkan diri kat sofa ruang tamu. Penat dengan pening kepala kerja lapan jam bersatu. Nak juga laung, "bibikkkkkk..nak milo ais, cepat atau penampar cap serbuk kari angsa hinggap kat pipi kamu", jeritnya dalam hati.

Perasaan penat tak mampu dibendung lagi. Sampai ke tulang. Baru teringat mangkuk mengisi sup tulang yang dipekene semalam tak basuh lagi. Mak Cik Halimah mungkin membebel-bebel punya. Tah kenapa lepas makan malam semalam terus mahu tidur. Penat.


Kerja sebagai operator pengeluaran air botol proses osmosis berbalik dah lama dipikulnya. Dari junior hingga ke super senior. Pernah dia marah-marah pada budak baru masuk kerja kerana datang lewat. Seminggu lepas itu, jadi member kamcing pula. Kongsi hobi beli barangan kosmetik Avon. 10 minit berkial-kial atas sofa, baru lah berdaya nak bangun. Dia mengeluh panjang.

"Bila la aku nak ada laki ne. Mat kutu kampung selalu phewit-phewit, ngorat-ngorat dengan bagi surat. Tapi kenapa sorang tak berani masuk line", Tak gentle langsung", sesal dia sorang-sorang.

Pak Ku Baharom dengan Mak Cik Halimah tak balik lagi dari Surau Al-Raudah. Romantik dari dulu tak pernah hilang. Petang-petang bersiar-siar kawasan perumahan berdua-dua amalan biasa. Pak Ku Baharom juga menjadi tukang masak semasa Mak Cik Halimah dalam pantang melahirkan anak mereka.

"Arghhh... penat gini, umur dah 29 tahun. Aku nak berlaki. Apa-apa pun makan la dulu. Baju aku ne, mak tak basuh lagi?", marah dia selepas terpandang sebaldi baju kurung dekat TV.

"Mak-mak", Mak Cik Halimah pula kena.

Terus dia masuk bilik. Katil punya la berselerak. Cadar kalau Mak Cik Halimah tak basuh, memang tak berbasuh. Baju banyak. Yang tak basuh lagi banyak. Dia tengok kat cermin hias. Senyum riang hatinya. Kosmetik Avon tersusun kemas.




Pesanan mak cik klener- "Kalu hangpa tak tahu sapa Pak Ku Baharom, baca entri yang ini,tekan di sini".


Kerja Kosong

Si Micheal, ayam kesayangan Tok Haji.


Perusahaan Ayam Tok Haji Hussin. Papan tanda menjadi mercu kat kampung datuk gua. Berdiri megah. Menjadi mercu kebanggaan sedekad lamanya. Memang ayam Tok Haji memang menjadi tarikan seluruh penduduk kampung dan kampung sebelah.

Terkenal juga sampai empat kampung depan, belakang, kiri dan kanan. Ketika Raya Aidilfiri, Raya Korban, apabila kaum kerabat Ah Meng berkumpul dan keluarga Kamala mahu menjamu keluarga Gunalan Sigh. Maka, berduyun-duyun lah masyarakat berbilang kaum mencari ayam di jadikan lauk. Maka, sudah sampai masanya Tok Haji Hussin menambahkan pekerjanya. 20 orang tak memadai.


Sameon Sengeh. Pemuda kat kampung menjadi bualan ramai, tak macam pemuda lain, sangat aktif berpersatuan. Dengar saja Tok Haji Hussin mahu tambah pekerja, dia dengan sukarela mahu untuk membuat iklan. Tok Haji tak berapa setuju. Biar lah orang yang berminat datang sendiri minta. Tapi Sameon Sengeh berkeras. Mahu juga nak berjasa. Tok Haji angkat ibu jari tanda setuju.

Dua hari kemudian.

"Abang Haji, betul ke dengan iklan kamu nak cari orang?", Soal Pak Mail Perak di warungnya. Tok Haji hanya mengangguk.

"Tapi tak kan syarat sangat....eh..macam nak masuk AF pun ada, kerja pejabat pun ada", sambung Pak Mail Perak. Sambil menghulur sekeping kertas kat Tok Haji.

Lama juga ditatap kertas itu. Akhirnya, Sameoooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnn...gegar seluruh kampung.

Kertas iklan seperti dibawah. Kui Kui Kui.

Iklaneka..bukan mahu ajak bersukaneka. Budak-budak jangan baca.

Anda bosan? Anda sunyi? Tak tahu nak buat? Mahu kerja tetap bersama tokoh usahawan berjaya? Hensem lagi bergaya? Muka kacak dari muda tak pernah pudar. Ya. Tok Haji Hussin sedang mencari kamu yang berkelayakan seperti di bawah:-

-Berpendidikan. Ada ijazah dapat masuk terus.
-Fasih Bahasa Melayu dan English. Dapat menguasai Mandarin diutamakan.
-Ada sijil juara catur diutamakan.
-Bujang diutamakan.
-Islam dan warganegara.

Berminat?
Sila datang ke...anda tahu kan kat mana.

Lelaki-Baju kemeja lengan panjang siap pakai tali leher.
Perempuan-Baju kurung lengkap bershawl.

Habuan
Gaji- RM300 sebulan hujung tahun ada family day, makan-makan kat KFC, dan cabutan bertuah.

Yang menjalankan tugas,

Sameon Sengeh.
Setiausaha Perusahaan Ayam, Pemilik Tok Haji Hussin.

Cerita Rambut Pacak Kuning

Rambut member pacak kuning rambut camni la..tapi muka lain.


Member gua yang rambut pacak kuning hantar mesej.

Tuttt..tuttttt..

Brader, gua mahu pinjam duit seket, dah sengkek ne...
Gua balas, Makwe lu anak tokey kasut kan ada?
Laa..gua pinjam nak belanja dia la ne. Nak sambut anniversary kat Genting. Laju pula dibalasnya.

Ceh mamat ne..pandai lak dia taip anniversary, biasa nak sebut pun tak lepas. Jasa dapat makwe pandai cakap English memang berbaloi.

Gua balas, Lu nak brape?

Lima minit juga dia balas kembali.

200. Ringkas dan terus terang.

Gua terkejut pisang. Banyaknya.

Gua balas balik, Der, gua dapat bagi 100 je. Nak pakai juga. Pinjam dengan Mat Nor. Mat Nor adalah Si muka parut jatuh motor.
Dia balas, Ok gak. Malam ne gua amik lu kat umah.
Ok der. Balas gua.

Si rambut pacak kuning dulu hati punya la keras. Goreng lagu XPDC memang power. Tapi satu ja, dia tak pernah main hati makwe. Kalu menphewit kat tempat kereta atau time tunggu giliran jumpa doktor tu, lain kira lah. Sejak anak tokey kasut senyum kat dia, terus dah jadi romantik semacam. Baju yang makwe dia beli berwarna merah jambu sanggup dia pakai. Nak ajak ejas anak dara Pak Ku Baharom pun susah dah sekarang. Dengan makwe pasar malam dah tak berminat nak main mata. Kui Kui Kui.

Hari Bumi



Pagi tu lepas subuh gua tidur balik. Telinga gua rasa panas semacam dengan bebelan mak gua. Dalam pukul 9 pagi gitu. Dapat tidur dua jam mana cukup. Dah la malam tadi gua layan menjala ikan dekat Tasik Titiwangsa dengan Si muka parut jatuh motor. Memang dapat ikan yang agak mengembirakan kalbu. Buat lauk nasi kerabu pun sedap. Bising sungguh mak gua kat dapur tu.

Sebagai anak lelaki dan solehah. Gua terpaksa la bangun. Mak gua tengah goreng ikan bilis tu. Gua rasa tengahari nanti gua makan nasi lemak la. Harap-harap dapat la tidur balik. Bangun-bangun terus makan nasi lemak dah siap. Kui Kui Kui.


Mak gua duk layan radio sambil masak. Tapi siaran tak klear. Kena la gua pakar teknikal kesayangan mak baiki. Gua dah fikir dalam-dalam Buat cepat-cepat. Dapat tidur cepat. Rugi masa tidur ne. Sang mentari masih duk ngorat si anak dara embun lagi. Tak berapa nak panas. Terbongkok-bongkok gua dibuatnya. Dalam masa 10 minit selesai la tugas gua. Baru nak sambung tidur. Dah hampir nak langkah ke bilik. Mak gua sound.

"Semak samun kat belakang dah meninggi, bila nak tebas?" Pokok bunga mak tu pun dah lama tak touch up. Touch up tu gua saja tulis, nak bagi kick sikit. Kui Kui Kui. Lama juga gua tercari-cari alasan nak mengelak. Ligat otak fikir macam mencari jawapan selesaikan subjek Kajian Tempatan. Lantas kakak penyampai radio cakap.

"Ye, hari ini adalah hari merupakan Hari Bumi sedunia, di sambut setiap tahun. Seluruh dunia pada 22 April". Gua senyum riang.

"Hari ni Hari Bumi la mak", tak boleh sentuh tumbuhan hijau", terus gua lari masuk bilik. Nasib baik mak gua tak sound balik. Kamu jangan makan sayur hijau mak malam ne.Kui Kui Kui.

Budak Tiga Line Punya Cerita




Petang tadi gua pekene air kelapa kat pantai. Si budak tiga line pelik semacam ja ajak gua datang pantai. Tak pernah di buat orang. Dua laki jalan kat pantai. Kalu dia minta pimpin tangan memang gua paksa dia makan pasir, kulit dia gua toreh dengan kulit kerang. Daripada dapat azab akhirat baik sedar dari sekarang. Tapi tanggapan gua silap. Ada niat besar di hatinya. Gua rasa pelik, biasa muka dia tak seserius ini. Dia paling sengal di antara kami.


Gua rasa dia ada masalah besar. Putus cinta jauh sekali, sebab dia tak ada makwe lagi. Ada makwe politeknik minat, tak mahu pula layan. Serius. Angin pantai petang tak mampu buat muka serius dia berubah. Tak kan ada budak empat line mahu pukul dia. Dia pakar dalam silat cekak. Pernah dia cekik mat bangla tak bagi baki cukup semasa beli Surya.

Termenung panjang dia. Gua tunggu ja dia memulakan perbualan. Bengis tambah serius bersatu. Gua rasa ayah dia tak nak bagi duit saku dah.Taw dia pukul anak Haji Wak Kardo. Tak pun baju Adidas kesayangan di cilok adik. Gua penat pikir.

"Der...lu kena bantu gua. Hanya lu je gua harapkan. Kalu lu tak bantu gua. Kita putus kawan", serius dan terus terang.

"Apa? Kalu gua leh tolong gua tolong. Kalu bab duit, gua hanya mampu berdoa lu terjumpa duit tengah jalan je", jujur gua.

"Lu kene ajar gua berbelog", jawab dia sambil goncang bahu gua.

"Laaa...senang je laaa..kenapa mimpi nak nak buat belog?", soal gua mesra lagi sopan. Sambil usha makwe free hair pakai kaca mata hitam.

"Gua mahu takel makwe cun. Serius cun. Memang kalu gua dapat dia, gua tak cari lain", jelas member gua.

Muka dia dah lega seket. Sangat lain dari tadi.

"Ok..malam ne kita mula. Lu kene fikir nama apa lu nak letak. Tak kan nak letak Tengku Hafiz Haikal kot", jelas gua sambil membalas senyuman makwe naik kuda.

"Gua respek lu...nanti gua fikir". Hatinya berbunga.

"Sapa makwe cun tu", gua mahu follow siap-siap.

"Hanis Zalikha", jawab dengan senyum sampai ke telinga.

Terus gua berdiri. Habiskan saki baki air kelapa. Bukak pintu kereta. Hidupkan enjin kereta.


Kes SuperHiro 1 (Catatan Siti Nur Baizura)





Dari: Siti Nur Baizura.

Hari Sabtu. Mood--Suam-suam Langit, Cuaca-Malam daaa.. Waktu--Kat Londan ke kat Malaysia? Kalu kat Malaysia pukul 2 pagi. London saya tak tahu.

Malam itu sejuk semacam, saya rasa mahu buat unggun api dalam bilik ni. Baju kawan saya yang dah seminggu tak basuh boleh dijadikan bahan bakar. Saya senyum sorang. Terdetik juga dihati mahu kacau kawan saya yang dah lama tidur. Pakaikan lipstik kt dahi dia seronok juge. Buat bentuk love ke, pentagon ke. Desus saya dalam hati.

Rasa sejuk makin ketara. Mahu juge beli termometer esok untuk tahu suhu sebenarnya. Dah puas selimut guna kain selimut, saya cuba selimutkan badan dengan baju sejuk yang boipren kawan saya bagi pula. Ternyata kehangatan baju dia tak mampu menghilangkan sejuk saya. Kenapa sangat sejuk malam ne.

Kipas dah lama tak berkejar sesama sendiri. Rasa mahu pergi tandas pula. Tiba-tiba saya ternampak satu lembaga yang tak seberapa nak nampak muka dia. Berhampiran dengan tandas. Saya masuk bilik balik. Kunci siap-siap. Takut teramat. Riak muka dia macam mahu pekene roti canai saja. Saya diam. Apakah lembaga itu? Kenapa saya nampak? Biasa ada ke? Tolong....

Itu lah surat Siti Nur Baizura. Gua terjumpa dalam beg gua.. Hampeh. Ingat surat cinta tadi. Kenapa dia bersusah tulis surat, tak mahu taip. Tapi kenapa dia bagi kepada gua? Pening juga memikirkan. Gua kena adakan meting secepat mungkin. Mungkin ada rambut di sebalik tepung. Tunggu Siti Nur Baizuraaaa...gua akan selesaikan masalah kamu.

Bersambung...

Zaman Dahulu

Gua rasa rakyat zaman dahulu sangat harmoni dan aman sentosa hidupnya. Burung berkicauan manja, pokok menghijau bersama haiwan ternakan yang gembira berkejaran bergurau mesra. Gua pikir masa zaman abah gua muda tak ada lagi fesbuk. Kalu ada time tu, mesti banyak group kat fesbuk itu menjadi tarikan.

Antaranya, Geng suka pergi melastik burung, Geng suka main pondok-pondok atau Geng suka main sembunyi-sembunyi. Kalu tuk fans pula, Kami Peminat Tok Aji Deraman. Tok Aji Deraman tu ustaz ajar orang mengaji. Kui Kui Kui. Abah gua banyak pesan, cabaran masa kini tak macam sekarang. Gua rasa dulu tak ada cabaran teh tarik, cabaran mengumpul plastik kopi, dan cabaran memancing.

Gua rasa jika dulu dah ada YM, senang la mak gua tanya mak-mak kepada kawan gua kat mana gua. Hari minggu gua kalu tak lapar tak ingat nak balik rumah. Kui Kui Kui. Kat fesbuk pun senang nak berpersatuan. Tak payah kuar malam pergi balai raya suruh gua teman.

Makwe SPM

Gua bukan nak layan sangat makwe bawah umur ni, tapi sebab dia tu kawan kepada member gua, gua layan la juga. Tah cam mana dia tambah kawan YM gua, guna khidmat yellow pages agaknya. Dia tambah kawan YM gua petang tu, malamnya.

BUZZ.

Gua dibuzz, nasib baik gua bermood suam-suam langit ketika itu. Kalu tak memang gua buzz dia balik. Gua cuba la kenal-kenal. Dia cakap dia tengah tunggu keputusan SPM. Bosan cuti 3 bulan tak tahu buat apa. Amik lesen kereta tak mahu.

Gua tanya la dia dapat berapa pekse percubaan. Terbeliak mata gua tengok makwe taip "9a ja" took 10 subject tp score 9 je. Mummy dia bagi makan apa la. Kalu mummy TTT gua syak mesti bagi bijiran nestum pagi-pagi. Sebab TTT pandai lagi dari gua. Kui Kui Kui. Berbalik pada makwe SPM ne.

Mummy dia suh dia amik farmasi tapi dia minat dalam bidang cikgu. Suka mengajar katanya. Gua cuba la bagi nasihat, baik pilih yang dia minat, sebab nak belajar tuk jangka masa yang lama tuh. Nanti pilih yang mummy suruh. Tak boleh bawa pula. Kui Kui Kui. Betul ke gua bagi nasihat ne pun gua tak yakin. Tapi gua kena tunjuk gua ne dah matang. Dia setuju juga dengan gua. Gua senyum riang. Ayat terakhir dia.

ayna: tq..i want sleep now..tomorrow we chating again. C u.
ayna : bubbye.

Gua buka kamus tengok perkataan dia tulis tu. Kui Kui Kui.

Mat Brutal

Semenjak ada pekse akhir tahun ni, gua kurang bergaul dengan budak tiga line, rambut pacak kuning dan budak muka ada parut jatuh motor. Gua rasa mereka makan hati dengan gua. Mesej tak balas. Gua komen kat fesbuk mereka delete.

Nak juga gua ngadu kat Pejabat Syariah minta di bela atas kesempitan gua alami. Bukan gua tak mahu lepak-lepak, makan-makan, phewiiit-phewitt makwe atau pekene nasi minyak kat rumah terbuka pengantin yang gua memang tak kenal langsung. Gua rasa gua kena bagi perjelasaan sebaiknya.

Nanti lepas pekse gua rancang nak bagi tiket Ironman 2 dan pekene mee sizzling dengan mereka. Baru nampak macho sikit makan guna sudu dengan garfu. Nak phewit makwe tak la malu sikit. Biasa kat kedai mamak ja menphewit-phewit ne.

Cuaca Panas

Petang balik kelas gua sempat tumpang sepayung dengan makwe kelas gua. Cun tu kira boleh la kata cun. Tapi belum berpunya, gua senyum riang kalu dia ajak kapel dengan gua. Tapi makwe cam dia ini nampak tak hirau isu kapel mapel ini. Dia pernah cerita kat gua ada budak junior add YM dia. Tapi dia rejek.

Gua rasa dia tak layan budak bawah umur. Atau dia saja nak bagi gua cemburu sebab gua pun tak tambah lagi dia jadi kawan YM gua. Mahu juga gua nak ajak dia makan cendol kata kafe nanti. Tapi risau dia puasa ganti pula. Malam nanti la ajak makan malam. Macam-macam gua pikir. Dia diam ja. Gua rasa dia tunggu gua mulakan perbualan.

Baru gua nak mula cakap, henset dia bunyi. Dia baca mesej ne kat gua "dah2..ko jgn ngade nak mikat aku punye laki la betina" daripada, nombor tak dikenali. Celaka, sapa mahu jadikan makwe anta mesej tu sebagai bini!.

Makwe Kaunter

Darah hidung gua bila tengok makwe kaunter kat kafe kolej gua. Memang menjadi tarikan betul. Pergh..kalu gua pengarah filem memang gua amik dia berlakon cerita gua. Kalu gua kameraman, memang 2G kad memori digunakan untuk amik gambar dia saja.

Ramai gak budak laki yang muka dia, gua rasa mahu tumbuk makan kafe makwe tu. Heh, mereka ingat makwe tu berkenan ke kat mereka. Gua rasa makwe tu berhenti kerja kot bila gua mintak YM dia. Fokus tuk ber'YM' dengan gua ja. Kawan gua yang selalu lepak kat kafe lain pun datang makan kat kafe makwe ne. Menjadi sungguh taktik pemilik kafe tu.

Gua terpaksa makan kat kafe tu sebab makanan kat kafe gua selalu makan tak ada lauk yang berkhasiat untuk pertumbuhan gua. Cilakak, sekali makwe tu cas gua mahal. Nasi goreng RM3. Biasa RM2 saja. Gua rasa makwe tu cas sekali bagi gua tengok muka dia yang cantik serta tali bra die yang warna hitam.

Muka Mula


Macam mana mahu mula ye, gua tak reti sangat bab kata-kata aluan mahupun pengenalan diri. Itu pasal banyak kali kad pengenalan gua hilang. OK, gua mahu guna nama samaran sebagai Hiro, sebab gua dah jemu jadi superhero Malaya. Ade masa gua cerita time kawan dengan Serigalaman, dan Keliwonman.

Camna tah gua ada semangat mahu buat blog, biasa mandi pun gua malas. Kui Kui Kui. Gua rasa semangat tulis blog datang ketika gua kena tulis sebab tak datang kelas. Sedak juga merapu. . Gua akan tulis entri mungkin dapat jadi teladan dan cara kita berfikir.Yang baik fikir tuk ikot ye. Yang buruk buang lam tasik dekat Suria KLCC.

Akhir kata, marilah kita saling berkenal-kenal antara satu sama lain. Membentuk masyarakat yang aman sentosa serta semangat bekerjasama. Kui Kui Kui.