"Kau nak tunggu bila ni Bal?" soal Alyah caring.
"Tengok la dulu..." Iqbal mencebik.
"Kang terlepas kang. Rugi je usaha kau selama ni"
"Dah tak ada jodoh. Nak buat macam mana..."
"Menjawab... menjawab. Kau tak cuba. Mana tahu... perempuan ni nak kan kepastian. Sekurangnya kau beritahu dia. Dah dua tahun kau pendamkan," cadang Alyah.
"Emmm..."
"Tahun ni kita SPM. Lepas tu semua bawa haluan masing-masing. Aku risau kau tak sempat beritahu dia"
"Tengok la nanti"
"Eiiiii... nak bercinta tapi takut nak bilang?"
Iqbas kuis-kuis kulit gula-gula dikakinya. Itulah Alyah. Satu-satu kawan perempuan yang tahu Iqbal sukakan Intan.
***
Malam itu Intan sedang asyik memerhatikan kek cawan khas sempena hari jadinya. Berbeza sedikit dengan yang biasa. Ada simbol hati di tengah-tengah kek cawan tu.
Dia belek-belek setiap nota ringkas. Setiap bawah nota tu ada huruf. Baru dia perasan! Ada huruf L, I, B, Q, A. Semua 17 nota ringkas itu ada huruf ni. Intan dapat satu ideal. Dia cuba mereka satu nama dengan huruf tersebut.
I.Q.B.A.L. Nama tertera di atas katilnya. Bersungguh dia gunting huruf di kertas itu untuk meneka.
"Iqbal?" Intan tercenggang.
***
Tiada kek cawan pada pagi itu. Intan sedikit kecewa. Bukan kecewa sebab tak dapat makan kek cawan. Tetapi kecewa tiada kata-kata penyeri paginya.
"Eh, Intan... kau tak tahu ke pasal Iqbal berhenti sekolah sebab dia kecewa bercinta?," tanya Alyah.
"Intan... Sebenarnya Iqbal bagi kek cawan tu. Dia sukakan kau. Dah dua tahun di menanti kau. Keluarga dia pindah ke U.K pun dia masih tinggal di sini. Alasannya nak habiskan SPM di Malaysia dulu. Tapi hakikatnya dia nak dapatkan cinta kau," sambung Alyah lagi.
"Errr... saya tak tahu pun"
"Kau yang tak pernah ambil tahu. Kau tak buka pintu hati kau untuk dia kan?"
Soalan itu terputus disebabkan cikgu BM masuk.
***
"Awak nak lari ke U.K pun... tak kan tak beritahu saya?" suara gadis dari belakang.
"Intan... awak buat apa dekat sini?"
"Dengar cerita ada orang kecewa kena 'rejek' sampai berhenti sekolah. Hehe"
"Ehh, mana ada..."
"Alaahh... Alyah beritahu saya... "
"Cilakak Alyah" bicara Iqbal dalam hati. Alyah memang tahu pasal Iqbal selalu ke U.K setiap akhir bulan. Itu sebab dia sengaja buat cerita.
"Hehe. Tak adalah, saya setiap akhir bulan memang pergi U.K. Pergi lawat keluarga saya. Daddy saya buka kedai kek kat sana," terang Iqbal.
"Oh, itu kek cawan dari kedai keluarga awak ye?"
"Hehe... mana awak tahu?"
"Alyah"
"Emm... jadi awak dah tahu saya suka awak?"
"Hee... kenapa tak beritahu saya?"
"Malu"
"Ea?"
"Saya suka awak Intan Umie Afiqah binti Nashir. 930530-08-5460!!" Hampir semua tenaga jugalah dia guna untuk lafaz tu.
"Amboi, IC saya awak ingat?"
"Hehee..."
"Tapi Abang saya tak kasi bercinta selagi tak dapat ijazah. Awak sanggup tunggu?" tanya Intan.
"Ahh, Daddy saya pun tak bagi bercinta selagi saya tak dapat PhD tahu... hehe," Iqbal tak mahu mengalah.
"Yela tuu.."
Mereka berbual-bual mesra. Menanti waktu pelepasan kapal terbang Iqbal. Iqbal merasakan satu titik mula yang paling bahagia dalam hidupnya. Ada cerita cinta baharu dalam kamus hidupnya nanti. Kenangan yang indah bakal berlaku dan yang paling penting pujaan hatinya sudah tahu isi hatinya.
'Lembab!' mesej dari Alyah.
Ditaipnya laju-laju 'Hehe..tenkiu my fren!!' terus dia balas.
TAMAT.