Ceritera 13: Ica dan Pensel Warna

pelukis cilik [sumber google]




Hari ini gua kerja separuh hari,entah jin mana merasuk bos gua hari ini, baik hati sangat bagi gua balik awal. Mungkin sebab gua pekerja harapan beliau. Sudah lah kacak,pekerja harapan pula. kui kui

Selesai mandi,solat,gua melepak di sofa baru bini gua sementara tunggu makan malam. Baru beli,untuk raya nanti katanya sebab sofa lama dah kena conteng dek Ica.

Mata gua melilau juga mencari anak perempuan gua yang comel seorang tu,senyap je,tak nampak bayang.

"Mana pulak dia main,takkan dia pergi kacau mama dia memasak dekat dapur pulak ??" getus gua dalam hati sambil baring,baca akhbar Metro Harian semalam.

Membazir betul beli surat khabar ni,baca sekali je dah kena buang. Lepas ni gua ingat nak baca berita online je. urban sikit ye dak..keh keh keh

"Ica...." laung gua dari ruang tamu,malas betei rasanya nak bangun.

Haish,tak bersahut pulak..

"Ica.. ooo Ica.. ! mari dekat abah ni,Ica main apa tu...."

Gua panggil lagi sekali. Ini last warning gua bagi pada Ica. Pantang betul gua bila panggil tak bersahut ni.

"Bah...." terkedek-kedek dia datang ke arah gua sambil peluk teddy bear hadiah daripada gua dengan bini gua sempena dia berhenti minum susu dada. keh keh keh. Umur tiga tahun molek la tu berhenti kan.

"Ica buat apa, tadi bah panggil,ca tak jawab ?...." tanya gua sambil angkat dia duduk di riba gua.

"Ca pergi main lukis-lukis dekat dinding tu....." sambil muncung-muncung mulut tunjuk tempat dia main tadi.

Dari jauh gua dapat tengok hasil seni dia dekat dinding rumah gua. habis lah kalau mama dia dapat tahu nanti.

"Ica... Ica....."

Nak taknak, esok gua kena juga daftar dia masuk kelas melukis bawah 4 tahun.

Memasak

Rajin pula kalau nak sapu jem ada 'love' ye dak?


Di hari minggu yang tenang, burung puyuh sibuk belajar nada kicauan burung murai. Buang tabiat mungkin. Atau mahu sertai Akademi Burung Suara Merdu 2011? Arnab yang balik lewat ke sarangnya mula kesejukkan. Pesen kena tidur luar. Itulah, sapa suruh balik lewat, kan dah kena tidur luar.

"Sayang... pagi ni Abang rasa nak makan sandwich la. Dah lama tak mencekik. Tolong buat boleh?"

"Oh... boleh sangat. Ini... Abang tumbuk bawang merah ni. Lepas tu potong bawang besar. Semua bawang potong... ye?"

"Makk aih. Baru Abang nak bersahaja dan santai sambil menikmati titisan embun di kerusi luar tu"

"Tolong Sayang nanti... cepat la siap. Abang boleh makan sambil menikmati makwe kilang baru balik kerja nanti"

Oh ye... lupa pula... makwe kilang balik pukul 8 pagi nanti. Lalu depan rumah gua!!! Terus gua bersungguh menumbuk bawang merah guna lesung batu.

"Ini memang scene zaman mak ayah kita dulu. Guna lesung batu" getus gua dalam hati. Kalau cakap kuat-kuat nanti. Kecik hati pula bini gua. Mak dia yang kasi tu.

Setelah menghabiskan 7 HP pada pagi itu saja, gua bangga dapat bantu bini gua di hari minggu. Bukan senang nak suruh gua bangun pagi tahu.

"Okay... dah siap sandwich ni. Dengan air kopi sekali"

"Aikk... tak taruk bawang pun?"

"Bawang ni nak guna tengahari nanti. Senang la bila Sayang nak masak nanti. Hehe"

Mata gua mula berkaca. Nak senyum kecil atau angkat kening dalam dua. Mungkin bini gua tahu yang lepas Subuh gua bergegas tidur balik di hari minggu.

"Haaa... kalau tahu nak tidur kejak. Siap nanti kejut laa..."


Pehh..kalau zaman gua tak nikoh lagi, memang gua dah tendang mana dekat dengan kaki gua. Dalam rekod, gua pernah tendang tiang bola tapi sengaja buat tersasar sebab sakit pula kaki gua nanti. Bodoh tingkah laku gua itu.

Macam budak rasa rugi ais krim jatuh ke tanah, rugi itulah gua rasai. Rugi tak tidur lama pada hari minggu sebenarnya. Rugi jaga awal pagi. Semua rugi. Mula hari itu, gua mula berhati-hati dan berazam untuk ambil tahu soal masak-masak ni. Keh Keh Keh.




Tiket


"Sayang... tak sangka kita dah bertunang kan?" tunang lelaki memulakan perbualan.

"Emm... betul" tunang perempuan balas ramah.

"Jadi apa salahnya jika Abang berlatih jadi suami yang berhasrat untuk memberi nafkah batin dekat Sayang... tak salah rasanya"

"Waaa... gatal-gatal"

"Alaaa... lagi sebulan lagi kita nak nikoh. Kalau mengandung pun, kita dah nikoh ketika itu. Cepat sikit mak Sayang dapat cucu. Hehe"

"Yela-yela"

"Betul ni?"

"Yelaaa..kalau nak baik cepat...hehe"

"Apa salahnya mengintai di sebalik coli kan?"


Kereta buatan tempatan bergoyang selari dengan kukuran burung hantu.


Seminggu nak nikoh:

"Udah la tu... usah di tangisi pemergian Fendi tu. Dah nak eksiden. Nak buat macam mana..." maknya memujuk.

"Kalau la mak tahu aku mengandung anak Fendi tu..." keluh bakal pengantin tak kesampaian.


***

Begitulah kehidupan. Ada kalanya yang di atas sana nak tunjuk kekuasaan-Nya. Semuanya mustahil boleh berlaku. Habis macam mana dengan bakal pengantin nanti? Mana ayah nanti? Banyak lagi persoalan gua nak tujukan. Tapi memandangkan gua malas nak fikir dan lu orang tak akan jawab punya. Baik gua bagi sikit je. Haha.

Jadi, bertunang bukannya satu tiket nak melakukan maksiat.

Sabar sikit tak boleh ke bang? Hehe.

Lagi satu, perempuan ni kental macam mana pun... kena ayat sikit memang cair ye? Keh Keh Keh.



Jawapan


Masa gua tingkatan tiga, gua ada member perempuan. Nak kata rapat tak la juga. Kenal gitu-gitu je orang muda kabor. Tapi member gua yang ni memang suka bertukar pakwe.

Kemain lagi ke-utara dan ke-selatan atau bersiar-siar dengan pakwe. Dah macam laki bini pun ada gua rasa. Nikoh belum. Gua risau juga kalau pakwenya menggunakan pegangan;

"Apa salahnya jika mengintai di sebalik coli"

Gua ada juga tegur dia. Maklum lah, member kan. Karang tak tegur di kata member duniawi sahaja. Keh Keh Keh.


"Nak kapel boleh, tapi jangan la melampaui batas. Nanti mengandung camne?"

"Ikut aku la nak buat apa. Kau seboooook pesal?" makwe itu membalas.


Gua terkesima. Mata terkebil dengan kala dan nisbah yang kurang normal. Menunjukkan gua terpaku dan tak tahu nak kabor apa. Tahap cahaya UV masuk dalam mata gua pun tak berapa nak teratur. Fikir punya fikir, gua tak tahu nak balas apa. Selepas itu dia beredar pergi bersama pakwe dia.


Semasa gua tingkatan lima pula, gua boleh balas balik apa perbualan yang tergantung ibarat layang-layang putus talinya. Mungkin jawapannya begini;

"Celake, gua bukan nak sibuk pasal hal lu... tapi sebab lu bakal mengundang statistik pembuangan bayi, gua dengan sendirinya terbabit. Sebab cikgu BM gua suruh buat karangan, 'Isu Pembuangan Bayi Semakin Hari Semakin Meningkat Di Negara Ini. Apakah Punca Masalah Sosial Ini Berlaku? Dan Cara Untuk Tanganinya. Bincangkan'. Kemain susahnya.

Kalau tak ada masalah pembuangan bayi, mungkin soalan SPM senang sikit. 'Saya Seekor Landak' misalnya.




Anak II


Baca peristiwa sebelumnya di sini.

***

Selepas dua jam dekat kedai Mamak, gua balik rumah.

Tukk... tukkk... tukkk.

Pintu rumah gua ketuk perlahan tapi tinggi asonansinya. Gua cuba kol bini gua. Gua keluar tadi rasanya pintu tak kunci dari dalam. Gua dah la mengantuk kebetulan mengidam pelukan bini di kala itu.

"Tidur dalam kereta!!!" laung bini gua dari dalam rumah.

"Aaaa... Abang keluar kejak je"

"Kejak sampai nak tidurkan anak pun tak sempat?"

"Tak sempat... dah janji dengan kawan Abang. Abang tengok bola tu penting. Kot ada orang tanya berapa M.U menang lawan Chelsea tadi, Abang boleh jawab keputusan dia dengan M.U menang 18,0577 gol dan Chelsea 0. Ia akan meningkatkan ekonomi keluarga dan mewujudkan kemesraan di antara kawan-kawan"

"Yeke?"

"Esok-esok la soal siasat Abang. Kata nak pergi shopping esok, kalau Abang tak cukup tidur... camna nak teman Sayang 'shopping'. Hehe"

"Esok jadi pergi Shooping?"

"Ea!!! Bukan janji tapi pasti" jawab gua yakin.


*pintu rumah di buka laju sambil bini gua melempar senyuman manja*


Gua tunduk sambil kaki main kuis-kuis pasu bunga dekat pintu. Malu.

"Ada kerja kena gua laksanakan ni" getus gua dalam hati lalu tutup pintu laju-laju.


___________________________________

Pujuk bini ni kadang kala senang, kadang kala susah. Yang paling senang dengan guna teknik ajak 'shopping' ye dak? Keh keh Keh.






Ciri Suami/Isteri Pilihan Saya


Tajuk: Ciri Suami/Isteri Pilihan Saya

1) Sila letak header AKAL TUNJANG BLOG
Asyik taruk header abam je..nak taruk header sendiri boleh dak? Macam la ittew tak ada header... haha..gurau jerk...
SUDAH!


2) Ceritakan tentang ciri bakal suami mahupun isteri kalian.

i. LELAKI YANG PRIHATIN
Ittew suka lelaki yang prihatin. Cukeww sangat. Hik Hik Hik. Macam mesej ittew, dah mamam kew lom. Dah sampai umah ke elommm.. Sangat-sangat suka. Macam ittew sangat penting pada hidupnya.

ii. LELAKI YANG MENJADI PELINDUNG
Lelaki kan. Mesti kuat. Boleh jadi pelindung. Ittew kena bahan dekat Fesbuk. Dia boleh datang lindung. Ittew rasa selamat. Rasa terjamin gitteww. Memang nampak 'katang'. Hehe.

iii. LELAKI YANG MEMBERI RUANG
Haaa..ittew suka lelaki begini. Sukewww! Si dia tak kongkong ittew sangat. Jadi ittew boleh buat apa saja tapi tak terlampau batas.

iv. LELAKI YANG BERSIH
Euwww. Ittew tak shukeww lelaki yang pengotor. Bau longkang. Muka penuh jerawat. Misai macam misai kucing. Tak jaga. Baju punya tak basuh seminggu. Euwww.

Lagi satu ittew tak suka lelaki merokok. Busuk!!!

v. LELAKI YANG PEMURAH
Wah. Wah..Contoh;

"Minta derma bang..."

"Nah"


*RM10 bertukar tangan*


Euwww... sangat cool. Orang buta minta derma pun dilayan baik.

vi. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Biasa arrr. Orang perempuan macam ittew ni sering berubah anginnya. Kadang-kadang okay, kadang-kadang tak. Si dia kena bagi sokongan dan sentiasa bersama ittew selamanya.



3) Sudah jumpa calonnya?

Mestilah~


4) Soalan untuk Abang Hiro.

Tak ada~

___________________________________


Katakan entri ni, lu orang tulis masa habis SPM, tapi bila dah umur 22 ke atas, semua yang di senarai habis hilang ke mana. Persoalannya, di mana pendirian lu orang wahai golongan berkromsom XX, berdada mantap?

Daripada senarai 10, nak ada dua pun susah. Ye dak? Ke tetap pendirian sama punya keteguhan yang utuh? Keh Keh Keh.




Penegur


"Awak tak rasa pakai lengan pendek ni tak sedak mata memandang?"

"Pakai tudung tu molek-molek la sikit. Bonjolan dada masak ranum nampak lagi tu. Pakai tudung kasi lepas dada cecah pusat dah elok dah Abang rasa"

"Sedak pakai baju nipis nampak coli kaler pink ni?"

"Pehh, ketat betei baju U ni. Rasa nak buat balut buah nangka"

"Cuaca panas ni, pakai la skaf sket. Alang-alang nak pakai skaf... baik bertudung ye dak?"

"Ni apa pakai seluar nampak seluar dalam ni. Tahu lah seluar dalam Sayang tu beli dekat Gurka. Cubalah pakai seluar senonoh sikit"

"Mak aihhh... kemain panjang kuku. Ni nak buat 'part-time' bidang hantu ke hape?"



***


Lu orang bagi kaum kromosom XX yang hangat bercinta tu ni gua ada soalan nak tanya. Pakwe lu orang pernah tegur ke cara pakai lu orang? Ke selamber badak je pakwe lu orang;


"Nah G-string, istimewa untuk awak. Pakai ye. Kasi nampak"

"Eh, Yang..kita nak pergi 'clubbing ni'. Kasi bukak la ini punya tudung. Baru urban"

"Baik la U ni. Pakai la seksi-seksi sikit. Kasi member I puji. Hehe"


Ada tak dia tegur-tegur tu? Kalau ada tu, bagus la... boleh buat suami lettew. Keh Keh Keh. Ye lah, kalau mak bapak tegur... kemain liatnya nak dengar. Entah-entah dah tak dengar. Kalau pakwe tegurnya, dalam liat tu... makwe akan terfikir juga. Kata sayang, ye dak?

Sama-sama ada sifat suka tegur menegur menuju kebaikan kan molek. Barulah nampak dia punya misi, visi, wawasan, impian, cita-cita dan pelan nikoh-nya. Haha.



Peneman


Tuttt..tuttt..
Telefon makwe berdering.


"Eh, Abang... tak tidur lagi?" suara makwe di hujung talian.

"Err... Abang tengah ngigau telefon Awak ni. Hehe. Mesti la tak" pakwe membalas.

"Hehe... Abang kenapa 'kol' malam-malam ni? Esok kerja pagi kan..."

"Abang tahu sangat perangai Awak tu. Bila dah tengok cerita hantu... kemain susah nak tidur ye dak? Ni Abang telefon nak teman Awak tidur la ni"

"Heeee...malu-malu. Temankan kejak boleh?"

"Emm.. Tidur la. Biar telefon kat telinga. Abang ada ni. Dah, pejam mata"

"Takut cerita 'Jangan Kau Seru Pak Daud Bilal Lagi Di Malam Selasa Mahupun Di Malam Sabtu' tadi. Huuu.. takutttttt"

"Dah-dah. Tak yah nak ingat lagi"

"Hihi. Nak kawen dengan Abang cepat-cepat. Leh teman tidur bila takut gini. Hehe" makwe nakal kasi pendapat.

"Shuuuu... tidur"

______________________________


Banyak makwe suka tengok filem hantu, tapi penakut kan? Itu 'konfem-konfem' tidur tak tutup lampu tu.

Kadang-kadang makwe begini comel juga gua rasa. Dia punya semangat nak layan filem hantu tu mengalahkan pakwe. Akhirnya kita kena jaga dia bagi tenang. Baru dapat tidur.

Jadi, pakwe jangan mudah mengeluh mahupun mudah melatah bila makwe tu perangai pelik sikit. Sikit-sikit nak menyampah. Kita 'cool' je. Keh Keh Keh.




Generasiku


"Bie, Baby nak tulis pasal kita dah pernah MAEN bersama boleh? Boleh femes, boleh dapat 'follower ramai'. Blog Baby ada dua orang je follower. Itu pun Baby sendiri sama Bie je. Boleh la... boleh la" makwe mulakan bicara.

"Apa kebengap benor Baby ni. Nak kasi tahu semua orang? Gila apo" balas pakwe terkejut.

"Tapi kita kena jujur Bie. Maruah diri kena jaga Bie. Biar orang kata kita ni bohsia ke, cikaro ke, dah ditebuk ke... janji kita bahagia. Bie ada Sayang... Sayang ada Bie ye dak?"

"Tak boleh. Kita mesti ada harga diri. Tak baik bukak aib sendiri. Kita akan dapat malu jika orang tahu nanti. Kita juga tak boleh menunjuk kita dah pernah MAEN bersama. Pernah maen dalam rumah sewa Abang misalnya. Tak baik. Tuhan marah dengan sifat mazmumah tu Sayang"

"Hooo... gitu ye? Habis makwe tu?"

"Pakwe dia tak jaga makwe dia elok-elok. Tak molek perangai pakwe dia tu. Baby nak ke masa tengah beli tuala wanita jenama Caltex, orang tunjuk sambil berkata;

"Eh, dia ni la mengaku tak ada dara" makwe budak sekolah yang baru habis kelas lepak dekat Pavilion.

"Tak ada dara, masih boleh datang bulan ke mak?" tanya anak pada mak sedang membeli-belah di Pavilion.

"Haaa... nak nak?" gertak pakwe.

"Tak nak... tak nak... tapi kan Bie... bukan Caltex... tapi Kotex.." balas makwe.

"Ooo... kesah apa Bie, apa Bie kesah sekarang..cepat la naik atas katil ni...cepat! Hehe"

"Hohohoho..rakus yea... sabor, pin belakang ni lekat pulak"


***

Kesah apa kau dah tak ada dara? Bangang... belum kau nikoh sama pakwe kau tu, dosa kau di tanggung ayah kau la bangang! Eh, gua ni ayah kau ke? Tak... tak... tapi gua ni golongan tak pernah guna Kotex, tapi golongan pernah guna minyak RON95 Caltex. Gua tahu, ayah mana tak rasa kecewa... remuk hatinya bila dapat tahu mahkota anaknya yang dipelihara dan dijaga rapi selama 14 tahun di rampas orang tak layak.

Gua faham... gua faham perasaan itu. Masuk penjara seumur hidup pun sanggup lagi kalau dah dapat kepala pakwe yang celake tu. Betul, gua tak tipu.

Cuba bayangkan kalau perangai kita dah macam pasangan tu... 10 tahun lagi, kita nak perangai anak kita macam perangai ilmuan Islam? Yang ngaji pondok, hari minggu pergi tabligh? Kalau nak minum guna tangan kanan sambil duduk?

Ptuihhh. Mampos la nak suruh anak masuk Iman Muda bagai.

Gua rasa, kalau 30 tahun akan datang, makwe tu macam bidadari syurga. Dia kira alim dan okay post dekat blog gitu je. Yang lain, upload gambar lagi bagai. Siap tag 20 member yang lain suruh buat entri bertajuk "Saya Sudah, Anda Bila Lagi"

Semua itu bakal terjadi kalau kita semua berdiam diri je.






Berubah


Sebelum nikoh;

Pimpin tangan.

Tiap minit puji makwe cantik.

Belai rambut depan akak jaga kaunter kentaki.

Tolong bawa beg makwe kaler pink.

Pintu kereta ada pakwe bukak.

Hadiah hari jadi sama banyak dengan umur.

Tiap minggu tengok filem bersama.



Selepas nikoh;

Jalan pun dah tak pimpin tangan.

Puji pun sudah hilang.

Pipi bini sedas dua kena pelempang.

Beg bini penuh dengan kain lampin anak pun tak tolong bawa.

Pandai-pandai la bukak pintu kereta sendiri.

Hadiah hari jadi hanya "Selamat Hari Jadi"

Rugi duit saja tengok filem. Baik tengok rumput hijau depan rumah.


***

Gua perati, kalau dah nikoh tu... ada sesetengah pasangan kononnya dulu kemain romantisnya, bila dah nikoh... dah tak romantis pula. Yang dah jadi kekasih halal tak ada pula nak pegang tangan sama-sama.

Ada laki bila dah nikoh, malu pula nak panggil bini panggilan Sayang, Honey, Baby, Ayang, Anje semua tu. Misalnya;

"Pehhh, romantik betei lu ni... panggil bini Yang-Yang. Memang power luar power dalam!"

"Gila ape kau ni, malu la aku nak panggil bini Sayang-Sayang... 'time' kapel boleh la. Dah nikoh tak nak dah aku. Bini aku nama Izyan. Aku panggil la dia Yan. Tak kan nak panggi Iz kot. Urban betei bunyinya"

Tapi masa tengah manis bercinta, kemain;

"Baby... Baby... Baby dah makan? Baby mesti dah kan... Baby kan hidup untuk makan. Boleh kurus kejak kalau tak makan kan. Hehehe"


Jadi, kalau dah nikoh... sifat romantis, manis bercinta akan hilang begitu saja ke? Sebabnya mungkin dah BOSAN? Kalau makwe tu dah kasi apa yang macam orang nikoh.. nanti bila dah nikoh... laki dia akan bosan la jugak kan. Laki lu orang nikoh lain jangan terkejut la. Stedi je sambil menangis atau bawak kes ke mahkamah. Keh Keh Keh.

Itulah, biasa orang tua kabor... simpan sikit romantis untuk lepas nikoh, ye dak?