Projek Sains

Gambar member ketika tingkatan lima. Gambar tingkatan satu putih hitam. Tak menarik.





Pagi nanti lepas rehat, ada pembentangan belanjawan 2010 dan Dasar Perangkaan Negara. Fine. Gua tak cukup matang untuk campur tangan brader-brader berkot dalam Parlimen.

Okey. Sebenarnya, selepas rehat nanti ada pembentangan projek Sains peringkat kelas. Cerita ini ketika gua tingkatan satu. Cikgu Sains gua suruh kami sekelas mereka bentuk rupa jambatan. Guna botol. Gua syak cikgu gua suka buang plastik-plastik, kaca dan kotak dalam tong yang disediakan oleh kementerian.


Petang itu gua mencari botol-botol sekeliling rumah. Malamnya, gua penuh rakusnya membelah dada si botol. Sangat rakus. Yang bentuk kurang mempersonakan gua buang jauh-jauh. Sambil berkata.

"Body mu bukan pujaan nafsuku...hahaha...," gua gelak jahat.

Hampir tiga jam juga gua bertungkus-lumus. Memang kalau arkitek tengok hasil kerja gua memang dia mahu bersara la kot. Kerja sekolah Pendidikan Islam gua tak sempat nak siapkan. Mata dah mengantuk. Terus gua simpan Buku Latihan Pendidikan Islam Tingkatan 1 dalam beg. Lantas Gua berkata dalam hati.

"Tiru buku Zainon Zainora Zakaria lah esok pagi," getus gua dalam hati. Nanti cakap kuat-kuat, abah gua bising pula.

Pagi itu macam biasa. Hari ini giliran gua mandi air panas. Gua senyum lebar. Adik gua minta segayung air panas. Gua buat tak endah. Makan pagi dengan roti bersalut telur. Makanan bijiran yang selalu keluar dalam TV, gua rasa nak makan. Gua tanya mak gua.

"Koko krunch tak ada ka mak?" jerit gua sambil tengok jam dinding. Agak lewat gua hari ini.

"Ada... jap... nanti mak ambil Friskies kucing kamu tu. Taruk susu sikit," laung mak gua yang sedang gosok baju adik gua.

Gua releks ja. Mak gua memang suka berseloroh dengan gua. Lepas makan minum semua, gua berlari-lari ke bas sekolah. Nasib baik sempat. Gua duduk tepi Zulhafiz Zulkifli. Member kampung gua selaku rakan sekelas gua. Memang dia datang awal dan tanda tempat gua sekali. 'Port' belakang sekali memang selalu gua dengan dia pilih.

"Ko dah siap kerja sekolah Ustazah Noraizah?" tanya beliau pada gua dengan muka ketakutan.

Gua cuba selami ketakutan dalam dirinya. Fuhh. Memang gua sanggup mimpi hantu dari tak siapkan kerja sekolah diberi Ustazah gua. Pernah sekali rakan gua kena marah sampai tak datang dua hari kelas. Denda berotan dan jalan itik itu memang jadi satu hiburan bagi budak-budak siap kerja. Diri atas meja memang acara 'grand' Ustazah gua.

Bas mula bergerak. Gua nampak seorang budak sekolah sedang kejar bas dari belakang. Lantas gua bisik dalam hati gua.

"Orang lambat selalu rugi," sambil lambai-lambai pada budak itu.

"Wooi... mana jambatan botol ko?" pekik Zulhafiz Zulkifli dekat telinga gua.

"Ah... sudah... gua tertinggal. Mampus gua," gua balas pertanyaan Zulhafiz Zulkifli.

Lantas gua terfikir.

"Orang lupa selalu rugi," getus gua dalam hati.

Nasib baik abah gua tak kerja jauh. Kerja cikgu sekolah rendah. Bolehlah gua suruh abah gua hantar nanti. Kelas Sains lepas rehat. Dan kelas Pendidikan Islam kelas akhir. Gua senyum sorang-sorang. Memang gua suka pergi sekolah kalau jadual kelas kena dengan diri gua. Kui Kui Kui.

Utusan Untuk S.W


Makanlah buah yang halal, baik untuk jasmani dan rohani.


S.W.
Jalan hutan berliku,
Tepi pokok epal merah,
Dalam hutan Gunung Tahan,
Pahang Darul Makmur.



Menemui kekasihku, adinda S.W. Adinda apa kabar di dalam hutan sana? Kanda ajak datang tinggal bersama Kanda di istana adinda menolak. Apa best sangat ka tinggal dalam hutan itu? Agak-agak, adinda mahu tunggu brader tarzan kah? Kanda di sini sangat gusar dan risau akan keselamatan adinda dalam hutan itu.

Walaupun begitu, kegusaran di hati Kanda dapat dikawal. Oleh kerana Kanda tahu, adinda tinggal bersama-sama tujuh budak kerdil dalam hutan itu. Kanda tahu mereka boleh menjaga adinda dengan baik sekali. Mereka tahu akan selok belok hutan. Itu yang orang suruhan Kanda bilang pada Kanda.

Tujuan Kanda menulis surat ini adalah kerana ingin memberitahu adinda sesuatu. Harap adinda tak ambil hati. Buah cempedak boleh Kanda ambilkan jika adinda mahu. Buah keranji pun boleh. Tapi jangan ambil hati. Begini, Kanda tak suka la adinda bawa tujuh budak kerdil itu ketika kita 'dating'. Tak berapa nak masuk. Kanda kekok la ada orang duk perhati je. 'Feel' berdating jadi hilang semacam.

Apa kata Kanda hantar budak-budak kerdil itu pergi main futsal. Memang dah cukup untuk buat team tu. Boleh sertai futsal dalam Liga-liga Bunian. Dalam hutan itu kan ada liga itu yang menjadi kegilaan remaja-remaja bunian. Jika meraka mahu tunjuk lagak pada 10 budak hitam, Kanda boleh hantar mereka pergi ke Slovakia. Main dalam Liga-liga Vampire. Kos penerbangan dan penginapan Kanda tanggung.

Tapi kalau budak-budak kerdil itu mahu belajar, Kanda boleh hantar mereka ke sekolah pondok. Kalau nak 'adjust' mereka masuk universiti melampau sangat la kan. Kalau mahu masuk tadika pun cun juga. Sebab saiz mereka macam sebaya dengan budak tadika. Haha. Geli hati Kanda. Maaf. Kanda terlebih.

Jikalau mereka mahu popular, Kanda boleh mengaturkan pertemuan mereka dengan Pak Ngah. Tubuhkan etnik kreatif berkumpulan. Memang boleh 'sale' la album mereka. Lagu Siram Pokok Bunga nanti Pak Ngah gubah menjadi Etnik Kreatif.

Okeylah. Sangat panjang juga kanda menulis. Kanda mahu pergi berburu kijang bertanduk telur di hujungnya. Dengar-dengar, memang wujud. Nanti Kanda hantar utusan lagi. Adinda bawalah berbincang dengar mereka. Ini untuk kebahagian kita juga.

Sekian, yang sentiasa mencintai dirimu, Senah Wahab a.k.a S.W.

Utusan Di-Raja Jeromy.


Ini adalah utusan Di-Raja. Gua terbaca. Apa jadi pada gua? Eh. Lu orang pun bersubahat baca sama. Memang sah kita semua kena hukuman Di-Raja. Gua dah kecut perut. Apapun, gua rasa budak-budak kerdil itu sangat bertuah dapat tidur sebumbung dengan S.W. Kui Kui Kui.


Zoo Negara

Burung ini gua pernah lastik ketika dalam pantang bersunat. Percaya tak?




Masa gua umur tujuh tahun, abah gua kata kalau gua dapat nombor 1, 2 atau 3 dalam pekse pertengahan tahun. Dia akan bawa gua ke Zoo Negara. Sangat girang lah hati gua di kala itu. Bersemangat lah gua belajar ilmu hisab dan ilmu duniawi yang lain. Nama haiwan gua cuba hafal dan tulis. Gua mula pandai eja T.U.P.A.I. Budak-budak lain sebaya gua masih terumbang-ambing di buai main robot bagi lelaki, dan patung bagi perempuan.

Siri Ultraman yang menjadi 'favourite' gua ketika itu terpaksa gua korbankan. Dua minggu gua tak layan. Sibuk belajar punya pasal. Buku Matematik yang gua sorok dalam almari gua amik balik. Buku Bahasa Melayu yang berhabuk gua kebas-kebas guna penyapu. Buku Bahasa Inggeris buat lapik akuarium gua jemur balik bawah mentari. Buku Agama Islam yang gua selitkan sekali dengan Buku Iqra adik gua. Gua rasa nak lempang je adik gua. Dia dah siap conteng-conteng buku gua.

Semua buku gua dah berkumpul semua. Bersatu menuju kejayaan. Mat Nor yang tak pandai zip seluar ketika itu ajak gua melastik burung. Memang menjadi hobi gua ketika itu. Menangkap belalang dengan pepatung jatuh ke tangga kedua dan ketiga. Dekat tangga Mak Cik Bedah Bidan pun gua selalu lepak untuk berteduh jika hari hujan. Tapi gua ada misi. Gua tak bagitahu Mat Nor. Nanti dia gelakkan gua. Apabila gua dengar bunyi selipar Mat Nor dari jauh, terus gua tutup pintu dan tingkap.

Berkali-kali Mat Nor panggil nama gua. Gua buat diam. Dua minggu saja gua berkorban. Kalau abah gua bagi, gua mahu ajak Mat Nor pergi zoo dengan gua. Dalam kelas gua fokus saja. Susah nak lihat gua fokus ketika itu. Petang lepas sekolah terus gua buat latihan Matematik. Banyak juga kerja sekolah yang dulu-dulu cikgu gua bagi gua tak siapkan.

Loceng berdering...

Keputusan pekse diumumkan. Hati gua berdebar. Ketika itu gua tak pernah pandai berdebar jika bab dengan pelajaran. Dengan Milah je gua selalu berdebar. Nak ngorat pun jeling-jeling sekeliling. Nombor satu dapat pada budak pompuan. Nombor dua pun pompuan. Nombor tiga pun pompuan lagi. Laki dapat nombor lima. Itupun bukan gua. Gua dapat nombor
sembilan.

Hancur luruh hati gua. Gua tak sabar nak tanya abah gua. Dia bagi jugak ke gua pergi zoo. Gua akan buat muka kensian ketika cakap keputusan gua. Sebelum itu gua dah rasuk mak gua siap-siap. Suruh 'back-up' gua. Mak gua selalu sayang gua.

Hari Minggu...

Gua sedang bersiap nak ke zoo. Abah gua setuju nak bawa gua tengok haiwan. Gua bangun pagi sendiri. Adik gua pun ikut. Mat Nor gua tak sempat ajak. Seronok punya pasal. Abah bawak motor saja. Jalan sibuk katanya kalau bawa kereta. Gua dah tanya Norhisyam Fadli. Dia dah pergi zoo negara. Dia cakap mahu 2 jam perjalananan baru sampai zoo. Jauh jugak tu. Muka gua tak lekang senyum sorang.

Tapi gua rasa sekejap ja duk atas motor. Kira-kira setengah jam. Gua agak saja ketika itu. Abah gua cakap dah sampai. Gua pelik. Adik gua duk tunjuk-tunjuk pada burung merpati. Gua cuba baca papan tanda atas zink.


"Kedai Burung Pak Uda"

"Hah... apalagi jom la tengok haiwan. Banyak lagi dalam tuh. Mari-mari masuk," abah gua bersuara sambil dukung adik gua.

"Tapi nak pergi zoo," gua sedikit merintih.

"Dapat nombor sembilan kan. Kat sini pun okay dah. Banyak haiwan. Ayam, itik, serati dan pelbagai spesis burung," abah gua buat penjelasan.

Gua terus buat muka masam.




SukaNeka:
Amacam penyokong Brazil? Best tak tengok Brazil dapat pergi akhir? Haha... Gua buat-buat muka simpati ne.