Agak-agaknya kalau gua perempuan, gua bertudung macam akak ini tak?
Minggu ini, bermulalah semester baru. Azam gua pada sem ini, kalau nampak budak junior laki berambut pacak lalu tepi gua, memang gua tumbuk perut dia. Gua sorang saja layak buat rambut pacak dalam kolej. Ada faham? Kalau nampak makwe junior yang 'free hair' pula, gua nak bagi template mengenai Sahabat Masjid (SAHAM). Yang masih muda memang senang nak ajak masuk SAHAM tu. Kui Kui Kui.
Malamnya, gua 'check' apa yang gua sudah daftar subjek. Semuanya 15 jam kredit. Gua pun tak tahu apa itu makna jam kredit. Tapi yang pasti, bila kredit telefon gua tak ada, gua amik kredit subjek gua. Sem lepas gua buat gitu. Ambil sikit takpa. Brader senior gua bagitahu. Inilah subjek-subjek bakal gua belajar.
SIGNALS & SYSTEMS
ELECTROMAGNETIC FIELDS THEORY
ELECTRONICS SYSTEM DESIGN
ENGINEERING LABORATORY V
ETHNIC RELATIONS
ISLAMIC INSTITUTIONS
Tak reti baca tak apa. Jangan paksa diri. Memang susah nak sebut subjek gua. Gua pun tak reti. Guna singkatan saja. Gua nekad. Gua nak tidur awal. Nanti bangun lewat tak dapat tengok Farahin Nurazlin duk sikat rambut dekat bilik dia. Pukul 11 malam lebih terus gua tidur. Kejap saja gua sudah lena. Malangnya gua mimpi gua berada pada Zaman Viking. Gua jumpa dengan keluarga Viking. Gua kembali pada zaman lampau. Gua syak gua bakal mewaris generasi ke-29077 keturunan Viking.
Gua rasa roh Viking dulu kala tahu gua pandai. Itu sebab mereka datang dalam mimpi gua. Lagipun subjek-subjek gua belajar sekarang penting untuk kesinambungan keluarga Viking pada waktu malam. Mahu gua pasang letrik dekat rumah mereka. Antara perbualan keluarga Viking dengan gua.
Ayah Viking.
Lu bakal jadi pahlawan lanun yang unggul. Belakang kolej lu ada telaga minyak. Kalau minyak naik. Gali lah. Tunggu harga minyak naik dulu. Pergi melanun. Jangan melucah.
Ibu Viking.
Perempuan Viking suka orang romantik. Jadi. Beli buku romantik banyak-banyak.
Abang Viking.
Lorong Haji Taib bakal popular di antara lorong-lorong yang gelap seangkatan dengannya. Pergilah ke sana. Buka minda. Buka hati. Buka baju. Buka seluar. Lu bakal dilayan macam raja!!!
Adik Viking.
Orang Islam ramai nanti. Tapi mereka cintakan dunia dan takut mati. Maksiat merata-rata. Ada yang bertudung tapi tak bertudung dengan betul. Kamu, bertakwalah kepada Illahi. Tak akan sesat nanti.
Kakak Viking.
Gua tak pakai bra ne. Memang bra tak cipta lagi. Tak percaya? Mahu tengok?
Wooii... bangun-bangun... subuh-subuh. Gilos. Rumet gua potong mimpi gua. Kalau tidak, gua memang kena mandi wajib. Kui Kui Kui. Gua syak adik Viking itu peluk Islam senyap-senyap. Betul apa dia cakap. Pakai tudung macam tak pakai. Gua syak ramai berpegang pada 'Dari tak bertudung, baik bertudung. Nampak rambut sikit kira tak apa lah. Daripada perempuan lain tak pakai tudung langsung'. Ini serius faking. Eh. Kenapa gua mula berceramah. Gua syak gua mula minat untuk mendalami Islam dengan baik. Ke mana tumpah iman abah gua kalau tak kat gua. Ye dak?
Malam keesoknya. Gua lepak dekat kafe dengan rumet gua. Ramai sungguh orang dekat kafe gua. Kan cantik pakai tudung tutup gini. Macam Wardina Saffiyah pun ada. Bertuah betul laki itu. Gua puji dalam hati kepada makwe duduk depan meja gua. Gua senyum sorang. Tapi bawah meja, dia bagi pakwe dia pegang tangan dia. Terus gua teringat pada kata-kata adik Viking. Dalam kolej pun sempat buat maksiat. Celake.