Jangan Marah


Pagi yang indah. Mentari mendayu memancarkan sinar harapan. Burung berkicauan riang dari segenap arah. Indah suasananya di kala itu. Awan masih memutih suci, langit masih membiru indah. Syukur.

***

"Sayang, pagi tadi Abang angkat coli Sayang dekat ampaian. Lepas tu tali coli sangkut dekat paku. Tarik punya tarik, sampai putus tali coli Sayang dibuatnya. Marah la Abang... Marah la" bicara gua.

"Ea? Takpe... yang tu lama dah Sayang nak buang. Dah 'expired' dah pakai. Ekekeke. Ni, tadi Ica duk main laptop Abang. Sayang nak alih... lepas tu terhempas pulak. Camne? I'm Sorry k? Marah tak?" balas bini gua ramah.

"Nice try Sayang... nice try. Tak marah. Abang ada back-up dalam extenel. KahKah. Semalam lepas Abang tolong gosok coli Sayang, Abang gosok baju kurung raya Sayang. Alaa, yang harga RM200 tu. Dah berlubang dekat dada. Mungkin panas sangat kot suhu seterika tu"

"Eh, takpe... takpe... baju tu dah lama dah. Memang kain tak power dah kot. Petang semalam masa Sayang amik Ica kat tadika. Sayang langgar tiang letrik. Kemek jugeklah bahagian bontot kereta tu. Maaf Abang? Sikit je kot"

"Maksud Sayang, kereta Honda Civic biru Abang tu?"

"Yelah... kereta mana lagi kita ada?"

Daripada muka kacak dan caring, terus berubah ke muka kacak dan bengis. Kacak tu tak boleh berubah sebab gua kacak. Tapi bengis gua ni, bengis mengalahkan bengis Hulk punya.

"Sayang! Kenapa tak hati-hati. Kan Abang dah pesan hati-hati. Sayang tak tengok ke belakang ada apa?"

Terus gua berlari menuju ke kereta.

"Hehehehehe" suara manja gelak daripada belakang.

Cilakak! Gua kalah. Hebat jugek kejuruteraan lakonan dan kejuruteraan emosi bini gua rupanya.

"Yeyy! Dapat RM200. Boleh beli beg baru. Lepas tengok muvi kejak lagi, teman Sayang pergi beli beg ye Abang"

***

Malam sebelumnya.

"Sayang, nak kita main sapa marah kena bayar RM200? Nak? Eleh, tak nak lettew..." ujar gua dengan muka kacak sedang.

"Sapa kata tak nak! Jom... pagi esok setat. Abang jangan main kotor pulak" balas bini gua.

"Set" jawab gua yakin.



Nota: Bini nombor dua lelaki ialah kereta woi!





Menari Sang Puteri



Tersebutlah kisah ada sebuah negara bernama 'Sepohon Kayu Daunnya Lebat, Apa Gunanya Jika Hidup Seribu Tahun Kalau Tak Mandi'. Nama negara itu sedemikian rupa dikatakan Raja-Raja zaman dahulu kala tidak suka mandi dan teguran Raja Ketujuh Belas untuk mentitah supaya Raja selepasnya mandi.

Adapun puteri kepada Raja Ketujuh Belas itu umpama dewi kayangan yang mempunyai rupa paras dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Rupa paras puteri Raja Ketujuh Belas negara itu bagaikan purnama menjelma di kala malam. Menyinar kelam di kala malam mahupun bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang cantik lentik dan ekor mata bak teratai bunga indah di tasik tenang airnya.

Kononnya suara puteri itu sungguh merdu seperti seruling bambu. Sang haiwan di hutan turut menyanyi sama tika sang puteri menyanyi. Di khabarkan puteri suka mencari cendawan yang boleh di makan di hutan sambil menyanyi. Maka indahlah suasana di hutan di kala puteri menyanyi.

Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain di bibir. Senyuman mampu menyurutkan lautan. Senyuman mampu meredupkan mentari, senyuman mampu menjinakkan ombak dan senyuman mampu mencairkan hati dan jiwa teruna.

Adapun diceritakan ada pahlawan yang juga ketua panglima perang selaku Ketua Perang Arah Timur. Sungguh tertib dan sistematik corak pertahanan negara di kala itu.

Diceritakan nama ketua panglima perang itu ialah Hiro Achemelego Aguero. Sungguh hebat namanya. Desas-desus mengatakan kalau beliau tumbuk muka orang. Memang sampai tak cam. Hilang seluruh salsiah rupa manusia di bahagian muka. Kadang-kadang sampai melarat sampai ke perut. Begitu sekali kata orang kampung mengenai ketua panglima itu.

Sungguhpun kejayaan negara itu menang dalam pertandingan harmonika seluruh Negara Punya Raja, Raja Ketujuh Belas mengadakan jamuan makan dan tari-menari di dewan istana. Adapun di jemput seluruh rakyat jelata dan tentera perkasa.

Melihat rupa paras anggun puteri di dalam dewan istana, Panglima Perang Hiro Achemelego Aguero menegur puteri yang lengkap pakai baju kebaya bersaiz sedang.

"Dinda... jika sudi kata sudi... tidak Kanda ternanti-nanti... marilah... marilah menari"

Di datangi puteri itu penuh kelembutan. Di urutnya dada ketua panglima itu. Di tarikya rantai perak hadiah daripada Raja Ketujuh Belas kemas-kemas. Tercekik ketua panglima itu. Tanpa belas kasihan. Di tariknya rantai itu lama.


"Aduhhhh!" laung gua sekuat hati.

Cilakak! Tadi gua tertidur masa gayut dengan makwe. Punya sedak gayut. Tidur sampai leher terbelit wayar headfon. Sakit betei leher. Habis nak makan kurma macam mana ni? Itu tak apa lagi. Apa lebih penting, nak makan nasik pun risau tak ada feel.

Gua urut leher. Baca doa tidur dan sambung tidur. Esok-esok la cari wayar headfon entah dekat mana gua campak.

"Kalau nak terjaga pun, bior la sampai dapat cium puteri tu," bisik gua lalu tarik selimut laju-laju.


Senyuman manis macam ini puteri itu.




Panduan Bini-Bini: Meminta Pertolongan Laki



Kebanyak 70.67 peratus pembaca blog gua ialah golongan makwe dan 0.67 peratus daripada makwe tak asli. Maka, terdetik la alveolus gua ni nak tulis satu panduan buat makwe bakal jadi bini mahupun sudah mendapat pangkat bini. Fuhh, power power!



1. Minta Sekali
Laki ni ego nya power kemain. Kalau mahukan pertolongan. Kabor satu kali pun tak apa dah. Kabor baik-baik. Supaya laki anggap bukan suruhan mahupun arahan.

"Abang, tolong basuh coli Anje ni. Kena sos cili... tolong Abang. Sakit tangan nak berus. Lenguh dah. Pelisss Abang... Pelishhhh... huuu"

"Siap!!!" *mata bersinar*

Lu orang kena belajar teknik merayu jugek gua rasa dan teknik memujuk dengan berkesan.


2. Berterima Kasih
Berterima kasihlah pada laki lu orang kerana menolong buat kerja. Bukan mudah nak menyuruh laki buat kerja lebih-lebih lagi bila dah nonton bola.

"Abang, terima kasih lah susah-susah berus bahagian tali coli Anje tu. Dia kena sos cili tadi masa masak. Tenkiu kay? Tenkiuuuu sooo much. Meh Anje lap peluh kat dahi Abang meh."

"Hehehehe... tak apa, Abang suka basuh bahagian dalam Anje sebenarnya"

Tengok, yang terasa terpaksa pun jadi rajin kalau bini berterima kasih dan hargai apa laki buat.


3. Bagi Hadiah
Tak salah bagi hadiah, tips, ganjaran pada laki sendiri. Tulisan nota dan lekat dekat kereta dia pun dah kira romantik dah gua rasa. Apa yang penting, cara kita nak kasi perhargaan tu.

"Di sebabkan Abang rajin cuci coli dan pekakas dalam Anje petang tadi. Taddaaaaaa!!! Anje belikan bokser Ben 10 baru. Suka tak suka tak?"

"Shukewwww nyewwww Sayanggggg... makasih Anjeeeeeee... nak peluk skettt..."

Lain kali, tanpa meminta pun... laki sendiri dengan rela hati tolong.



***

Begitulah serba sedikit panduan gua. Gua bukan reti sangat. Fikir logik dan tengok cerita-cerita drama dekat tibi je.

Ini tidak, kalau laki malas sikit... mula la mesej member rapat,up status dekat pesbuk;

Laki aku pemalas bak hang...

Eeeiii... geramnya dekat dia. Nak suruh tu malas, suruh ni malas. Mencik ><

Gila dulu bukan main rajin belom kawen..bila dah kawen pemalas betei! Dushhh Dushhh.


Sebenarnya bukan malas, lu orang warga berdada mantap je tidak reti nak minta. Bukan dengan cara mengarah dan menyuruh tapi meminta. Cuba cara baru yang efektif dan berkesan. Kalau nak tambah, tambah la dekat bahagian komen. Sama-sama kita membentuk keluarga muhibah dan harmoni. Hek Hek Hek.