Ayob #2

Gaya rambut Ayob macam gini lah. Tapi kaler hitam lah.



"Pok Long... woi Pok Long. Bangun ke idok lagi? Woiii!!! Pok Long. Dia kabor pukul 10 pukul 10... entoh dia bangun ke idok ni? Woii!!!," laung Ayob sebaik tiba depan rumah Pok Long. Lantang suaranya mengalahkan askar berlevel sarjan.

Dia berani laung sebab semua keluarga Pok Long pergi makan laksa dekat rumah sedara belah ayah Pok Long dekat Terengganu. Cuma Pok Long sorang saja tak ikut sama.

Pok Long ini salah sorang daripada member dia sejak kecil lagi. Lagi sorang Leman Panjang. Mereka tu kalau keluar mesti bertiga. Kadang-kala Amri Shaz ikut. Tapi Amri Shaz itu kutu malam. Pagi-pagi mana boleh ajak dia keluar sama. Amri Shaz ni pula tak seberapa rapat dengan Pok Long dan Leman Panjang. Ayob kenal Amri Shaz masa belaja di U. Baru pindah dekat kampung Ayob. Ayah Amri Shaz baru bukak restoren nasi kukus.


"Amboi, tak reti nak bagi salam? Keh solat Dhuha la tadi," Pok Long menerjah dari pintu tingkap.


*wajah bersih dan suci masih kelihatan*


"Astaga. Cilake. Boleh kena testis berlubang keh ni woi Pok Long. Aok ni solat betei-betei ke?" Ayob seakan tak percaya.

"Kakakaka... baru nak. Baru. Tapi setan berlevel 2,000 sampai... terus tak jadi... KahKah," Pok Long gelak sorang.

"Cilake. Padahal baru mandi. Mesti dah guna pencuci muka rembat dekat tandas awam makwe semalam kan?"

"Mana aok tahu? Setan betei! Aok ni king of setan lah. Gerak geri keh mesti aok tahu,"

"Udoh tu berseri semacam tu," balas Ayob ringkas.

"Hehehehe..." gelak Pok Long.

"Aok curik jugek ke mask makwe tu?"

"Hehehehehe..." gelak Pok Long lagi.


Satu beg tertinggal dalam tandas awam dekat pantai Lagenda Pendekar Keris Emas Bersalut Perak. Di kebasnya Pok Long benda berguna yang boleh dia guna mentah-mentah malam tadi.

"Leman amik tak gincu makwe tu?"

"Hehehehe..." gelak Pok Long sambil tarik zip seluar.

"Gilaaaaaaaa!!!... Ochhh!!! Sakit!!!" laung Pok Long deras.

"Tersepit?" tanya Ayob.

"Aa'ah..tolong..." Pok Long meraih simpati.

Pesen tak suka pakai bokser atau seluar dalam memang susah sikit nak ajar. Biar je lah ye dak?

"Cilake. Benda asas ni kalau nak keh handel memang cilake. Tu la, guna lagi barang haram. Kan dah kena," Ayob berceramah.

"Hehehe..." slow-slow Pok Long ejas.

"Dah! Jom pergi!!!" bersemangat Pok Long.


Lepas kunci semua rumah dan pekena spek hitam, Pok Long melulu laju mengejar Ayob yang sudah di atas jalan bertanah dekat cabang nak masuk rumah Pok long.


Bersambung...



Ayob #1

Pemandangan kampung Ayob dari Gunung Piah Tak Bercabang.



Di pagi yang indah. Angin dari ufuk timur mula menerjah uruk selatan. Selang seli dengan sinaran mentari yang mula memanaskan suasana. Orang Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang mula bertindak sibuk membuat kerja dan kehidupan seharian.

Nyayian dari dapur kedengaran. Burung turut bernyanyi sama. Bangau, ayam, itik puyuh, burung unta dan sebarang unggas di sekitar rumah Ayob keriangan.

"Sedak suara Mok. Dari bilik dengor Mok nyanyi lagu Dendang Perantau. Sedak sangat ke lagu tu Mok?," Ayob yang tiba dari bilik terus bertanya lalu duduk di meja makan.

Bihun goreng, keropok keping dan sedikit kuih hasil tangan Mak Piah terhidang kemas.

"Haa... Ayob... awal bangun. Lagu tu la arwah Abah menang suara emas tahu. Menang tempat keempat jelah," balas Mak Cik Piah sambil kacau-kacau kopi kasi sebati.

"Tak awal menda kalau dari tadi duk memanggil manggil nama keh," bisik Ayob sendiri.

"Ooo..." Ayob angguk ambil hati.

Dia tak berapa nak fokus seratus peratus mahupun 10 peratus dekat Mok dia. Lapor kemain perut dia.

"Ni bangun awal ni nak pergi mana ni Ayob?," soal Mok Piah caring.

"Ayob ingat nak pergi bandor dengan Leman Panjang dan Pok Long. Nak cari baju raya. Mok, nak duit sikit..." suara Ayob sedikit simpati.

Amboi, awak tu umur dah 25. Duit mitak dengan Mok lagi? Banyak Mok nak guna duit ni. Mok nak pergi bayar letrik lagi. Dari tadi tak ada letrik ni. Mok rasa Mok dah bayor dah," terang Mok Piah.

Ayob telan air liur sikit. Baru teringat pagi tadi lepas nonton bola komuniti England, dia dengan Amri Shaz pekena curi kabel. Habis satu kampung terputus elektrik. Entoh macam mana budak Amri Shaz potong tidak la dia tahu. Yang dia tahu. RM50 hasil daripada jualan kabel tu ada dalam dompet dia. Ada lagi kabel dalam bengkel Pak Mail Deraman hujung kampung tu. Buat stok. Karang pergi jual terus, timbul syak wasangka pula penduduk kampung budak Ayob jadi orang kaya.

Lamunannya terhenti bila Mak Cik Piah tuang air kopi.

"Glupp glupp glupp" bunyi teguk Ayob minum kopi.

"Puhhh puhhh puhhh!!!"

"Mok... masinnya kopi ni" Ayob sedikit marah.

"Gula dah habis..." jawab Mok Piah tenang.

"Habis Mok buh garam?"

"Garam sama gula tu adik beradik je. Putih sama putih. Halus sama halus. Mok minum sedak je," balas Mok Piah rilek.

"Mok ni. Nasib baik keh tak minum sekali teguk," rengek Ayob.

Terus hilang selera makan Ayob. Fikir-fikir balik, baik Ayob keluar cepat. Karang banyak tanya pula Mak Cik Piah padanya. Balik pukul berapa pagi tadi misalnya. Tak ke perlu guna kejuruteraan alasan untuk jawab.

"Kikiki...," Mok Piah gelak manja.

"Mok, keh nak keluor dah ni. Nanti keh pergi bayor bil letrik tu. Mok duk rumah je. Buat kuih makmur sama kek cokelat,"

"Aikkk? Tak nak pekena bihun dulu? Mengajuk ke apa ni? Yela-yela. Suka sangat kuih makmur tu"

"Keh nak pergi pekena Nasi lemak daun pisang dekat Warung Samad Kelantan tu dengan Pok Long dan Leman," jawab Ayob.


Selepas pekena kasut yang baru di beli dekat pasar malam, Ayob berjalan gagah menuju rumah Pok Long. Dari rumah Pok Long, Ayob akan pergi ke rumah Leman Panjang. Dari situ mereka akan tunggu bas menuju ke bandar.


Bersambung...

______________________________

SukaNeka:

Drama ini sempena hari raya bakal tiba. Ikuti Ayob dan ibunya, Mak Cik Piah dan orang Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang.

Gua akan update sejam demi sejam. Okay? Kakakaka. Tipu je. Mana boleh ikut perangai budak minat kumpulan 4U2C ye dak?

Kbai.




Berubah

Gua nak kabor kaler baju dia ni gua minat. Tu je.




Tadi gua pergi pasar raya. Masuk-masuk je pasar raya tu, gua terpandang satu makwe. Cun. Cun. Cun. Kenapa cun sampai tiga kali?

Mukanya yang cun. Cilake tahu. Make up punya la tebal. Lu orang pernah tengok orang buat jalan raya? Dia punya buat lapisan tu berapa kali? Tak pernah? Gua pun tak sempat nak kira. Kalau salah taip nanti, apa pula kata Kementerian Kerja Raya nanti.

Dadanya yang cun. Gampang! Dia punya tudung yang sedang-sedang saja. Bak kata Iwan. Dia tak jelek mak, yang sedang-sedang saja. Pesen belit belit tapi tak tutup dada punya.

Pahanya cun. Gua tambah paha sebab tadi gua pekena kentaki dekat pasar raya tu. Alah. Ini paha kentaki. Tak ada kaitan dengan makwe tu sebenarnya.

Lepas keluar dari restoren kentaki baru gua sedar duit gua tinggal RM1. Nak menitik jugek air mata gua ni. Tapi sebab gua tergolong dalam 25 orang paling kacak Asia gua berkeras tak kasi air mata ni menitik. Mengalahkan pendatang asing pun ada gaya miskin gua sekarang ni.

Apa yang gua nak kabor dekat sini. Makwe tu keluar dengan laki. Pakwe dia atau suami dia mungkin. Yang peliknya; pakwe dia tak nasihatkan dia suruh pakai molek sikit ke? Punya la bertudung belit belit tapi baju ketat jugek. Bentuk paha nampak.

Kalau gua berpaling nengok bontot makwe tadi, memang gua boleh kabor dah. Tapi nasib baik masa tu duit tengah kering. Itu sebab tak berapa nak tak nak usha bontot makwe tu. Spirit nak nengok sampai terkeluar anak mata macam budak Kampung Sekadar Pinggiran tak ada.

Kalau tak, mesti gua dengan spontannya berkata.. "Geyrammmnyaaaaaa.. sambil mengetap bibir"

Kalau 10 tahun lepas, gua gua tengok makwe cun tak la spontan sedemikian rupa. Inilah orang kabor otak dah rosak ye dak?

:(


Tapi ada gua tanya pada seorang makwe ni. Jawabnya;

"Saya akan bertudung dan pakai sopan-sopan setelah bernikoh nanti"

"Errr... kak, selama ni sayang kat pakwe lebih dari sayang kat ayah ke?" jawab gua dalam hati.

Gitulah makwe sekarang. Jarang sayang ayah lebih dari sayang pakwe. Kalau tak, tak adalah scene lari dari rumah ikut pakwe, lambakan video sedak, korban anak luar nikah dan masalah sosial yang lain.