Konsep Cinta Sejati


Detik bermula satu kehidupan baru. Dulu tak ada bunga api sambut merdeka pun meriah.



Merdeka, Merdeka Merdeka... Semangat betul gua tengok sorang brader tadi. Semangat padunya sangat membanggakan. Rokok ada dekat tangan. Mulut saja cakap merdeka. Tapi pemikiran masih belum merdeka. Mengapa gua cakap begitu? Gua pun tak tahu kenapa. Keh Keh Keh.

Dekat gua lepak, gua ada nampak seorang yang boleh dipanggil datuk. Gua cuba menghayati konsep kemerdekaan dengan berbual dengan datuk tu. Tapi datuk tu tak berminat sangat. Dia cuba tekankan konsep cinta sejati dalam perbualan kami.

"Kamu tahu ke cinta sejati tu apa? Anak muda sekarang memang kata saja cinta-cinta. Tapi lama-lama dah bosan. Putus itu lah. Ini lah. Sampai dah bertunang pun boleh putus,". Panjang datuk menghuraikan konsep kesejatian.

Dalam hati gua berkata, putus tali coli time berkapel itu perkara biasa sekarang.

"Dulu atuk ada kenal dengan seorang perempuan. Atuk memang mahu kawen dengan dia. Tapi tak ada jodoh. Sebab halangan orang tua. Sampai sekarang atuk sayang dia. Akhirnya atuk buka hati pada perempuan lain. Perempuan yang sudah tak dara. Kianat orang juga."

"Biarlah atuk bahagiakan dia. Sebab mungkin orang lain akan pandang perempuan ini jijik. Kotor. Sampai bila dia tak akan bahagia. Menjadi bualan orang kan. Tapi atuk bukan kasihan kan dia. Atuk pun tak faham macam mana atuk terus setuju mahu kawen dengan dia ne."

"Kalau kamu di tempat atuk, kamu akan terima perempuan tak dara?"

Pehh. Agak mantap soalan atuk tu pada gua. Memang gua serba salah. Gua rasa ini atas penerimaan diri sendiri. Perempuan yang tak dara cukup jujur kalau dia bagitahu dia tak dara sebelum kawen. Baru lelaki ini boleh terima atau tidak.

Tapi kalau gua... Ok jap, gua mahu solat subuh berjemaah. Kui Kui Kui.



Erti Kemerdekaan

Sampai bila kita boleh pastikan Jalur Gemilang terus berkibar bebas?



#1 Ogos. Opss silap, 31 Ogos. Setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan. Sedar tak kita sudah 53 merdeka? Bangga tak lu orang? Nak cakap bangganya, ada sesetengah makwe, yang baju dalamnya berkain bendera Malaysia. Mantap bukan? Itu tak kira boxer dan skirt bendera Malaysia lagi.


Gua cuba selami erti merdeka dalam jiwa anak muda sekarang. Kata mereka erti kemerdekaan adalah:


Mat Ate: Biase bro. Fitrah ketika 31 ogos. Seks bebas. Emm... bagi gua. Boleh ngentot makwe gua. Sebab dia merdekakan dirinya dari belenggu iman. Gua rasa begitu la kot. Makwe gua merdeka daripada cengkaman keluarga dia. Merdekakan dia dari pakaian depan gua. Mendalam juga teori gua kan.


Budak Muka Agak Comel: Cuti la broooooooo..

Budak merayau malam: Mer deka--mungkin orang zaman dahulu guna merdeka untuk mereka. Lama-lama dah bosan guna merdeka jadi mereka. Ataupun pendekar. Lama-lama jadi merdeka. Apa tah aku merepek ne.

Mat dadah: Gua start tagih dadah sejak tengok orang duk baris-baris dlm TV. Gua nak baris-baris jugak. Tapi dapat dadah-dadah. Keh Keh Keh.

(Monolog dalaman)
Gua: Celake, dah la mulut busuk, ketawa nak buat mata stim. Cess.

Kawan Mat Dadah: Baik lu amik dada-dada, jangan amik dadah-dadah macam kami. Kah Kah Kah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Sambil berlari kencang untuk memanjat tiang bendera. Oh. Orang gila rupanya.

Gadis tak boleh puasa: Merdeka merenung kembali ke zaman silam Malaysia.

Penggemar Surya: Buat apa sambut merdeka, macam orang tua doe.


Begitulah. Itu gua tak tanya siapa Perdana Menteri Malaysia yang ke 32 lagi. Gua sedikit gusar. Adakah anak muda zaman sekarang tak tahu erti merdeka? Jika Sarjan Hassan tahu pasal ini, memang dia menangis syahdu.


Kepada guru Sejarah dan tukang kebun sila pandang isu ini dengan serius. Persoalanya, bolehkah kita jamin Malaysia boleh terus merdeka?




Kerana Dia #3




"Wei, aku dengar ada budak baru masuk sekolah kita... makwe free hair ooooo," cakap Hamzah bersungguh pada Aryan. Muncung-muncung mulutnya.

"Emm," balas Aryan ringkas.

"Jom la wei kenal dengan makwe tu. Tolong aku. Guna kehenseman wajah ko untuk dapatkan nombor tepon dia," Hamzah kelihatan terdesak.

"Malaslah aku. Aku nak tumpu SPM. Nak belajar Biologi," mata Aryan bersinar harapan.

"Cess... bila pulak ko minat Bio? Sial. Siot je," Hamzah mula marah.

"Aku ada inspirasi baru. Semangat baru. Aku mula berminat pada makwe dekat kelas tuisyen aku. Cun," Aryan senyum-senyum sorang.

"Haaa. Tu dia makwe tu. Tuuuuu... " Hamzah tunjuk dengan bersungguhnya. Memotong percakapan Aryan.

"Jom la masuk kelas. Waktu rehat dah habis," Aryan langsung tak tengok makwe yang disebut-sebut Hamzah.

"Ko ne... tengok la. Rugi wooo," Hamzah paksa Aryan. Hamzah terus ikut Aryan yang berlalu pergi dari kantin sekolah.

***

Loceng berdering. Ada yang terus lompat pagar sebab tak sabar untuk menunggu pengawal sekolah buka pintu pagar. Aryan melihat dari beranda tingkat dua. Salah seorang dari mereka ikat tali leher sekolah dekat kepala. Aryan senyum sendirian.

Kereta Persona masuk kawasan sekolah dengan perlahan-lahan. Dari beranda tingkap dua itu, Aryan melihat seorang gadis yang sudah lama menunggu kereta Persona itu.

"Bukan ke dia ituuu," terus Aryan berkejar ke kereta itu.

Kereta itu sudah berlalu pergi. Aryan macam kenal gadis itu. Dia cuba amati gadis itu yang berada di tempat duduk belakang.

"Emmm," Aryan senyum lagi.


Bersambung...