Giliran Lelaki



Ada pasangan yang baru berkahwin kini menetap di ibu kota berhampiran dengan Pavilion.

"Sayang...nak rasa kopi yang Abang buat ni?"

"Nak" jawab isteri itu ringkas.

Bininya minum kopi.

"Sedapnya.. Abang taruk apa?" soal bininya.

"Kopi, gula dan sedikit kasih sayang"

Isterinya sedikit tersenyum lalu menikmati secawan kopi bermutu tinggi.


Motif: Tak salah jejaka buat kopi untuk orang tersayang. Hue Hue Hue. Nak tahu bakal suami lu orang ada ciri ini dengan tanyakan 'pernah kah dia buat air tak kiralah kopi ke, susu ke, milo ke, neskepe kepada orang tua dia.

Sekali sekala kita yang lelaki ni, buat kaum punya sepasang dada ni terkesima memang dia akan ingat sampai bila-bila. Sediakan sarapan pagi misalnya.

Gua pulak?

Belum gua sempat nak buat untuk mak sama abah gua, mak gua dah buat dah.

Niat tu ada. Betul ni.

Keh Keh Keh.


SukaNeka:

Akal Tunjang sudah ada butang Like! Yahuuu.. Majulah sikit sebab dah nak setahun nyawa blog ni. 23 hari bulan ni hari jadinya. Cukup tiga tahun baru boleh tahu Akal Tunjang ni jantan ke betina. Kah Kah Kah.

Mungkin setahun lagi, gua taruk lagu pula. Gambar awek, dan wiget untuk membebankan lu orang bukak blog ni.

Okay. Dah puas melalut.



Selangkah Ke Akademi Fantasi II



"Dipersilakan Hiro...."

Seperti biasa, gua yang berpengalaman nyanyi di atas pentas memang suka goyang-goyang dulu. Biasanya gua goyang kaki ke belakang dan ke depan. Entah mengapa semasa gua goyang kaki gua kena anak jin yang turut sama menonton Akademi Fantasia daripada belakang tirai.

"Wa bilang sama mak wa..." anak jin yang berketurunan Cina bicara. Air matanya mula menitik di sebabkan padunya penangan kaki gua.

"Maaf la. Gua tak perasan. Woitt..jangan lupa AFUNDI HIRO yep? Bilang sama toyol, hantu galah, pocong, langsuir dan puaka-puaka yang lain. Kalau boleh beritahu juga seluruh tenaga kerja Lembaga Hantu Pantai Timur Se-Malaysia ya?"

Gua yang cukup arif selok-belok pasal persatuan hantu ini bicara ramah.

"Kami ada Akademi Nyanyian Antara Kami. ANAK. Kami tu golongan makhluk halus" balas anak jin itu.

"Ooo..." gua mula faham.


"Hiro ooo Hiro" Aznil memekak.


"Okaylah. Nanti ada masa kita borak lagi" cadang gua.

Lantas gua menerjah ke pentas.

"Apa kabar semua? Sihat? Dah makan ke belum? Tanpa melengahkan masa. Gua persembahan lagu pertama gua... Andainya dirimu di rampas orang. Aku akan rampas balik. Cintamu hanya untuk diriku. Semoga kita kekal bahagia sentiasa lalu dikurniakan anak yang comel dan soleh!!!!"

Dalam hati gua;

"Cilakak! Komposer mana buat lagu ni. Kemain panjang lagunya. Letak tajuk Andai Ada Cinta sudah," bicara gua dalam hati.

Fikir-fikir balik, itu lagu gua buat sendiri. Keh Keh Keh. Gua gelak sendiri.

"Nanti nanti nanti" halang Aznil.


"Sebelum buat persembahan. Kita borak-borak la dulu Hiro" bicara Aznil.

Gua terlupa pula. Bangang!

"Ini ye calon pertama anda. Hiro Kacak Punya. Dikatakan beliau akan cuba menyanyi lagu hasil ciptaannya sendiri. Berbeza dengan peserta lain. Ada bakat menyanyi, menulis lirik dan pandai bergaya"

"Penyokong awak nampak macam sikit lagi. Apa komen awak?"

"Penyokong saya akan datang sendiri jika kita jujur dan berniat ikhlas mahu menghiburkan mereka" balas gua sekacak mungkin.

Lalu tepukan gemuruh buat gua.

Macam biasa, kita saksikan sedutan klip yang kami sediakan untuk Hiro Kacak Punya.


"Wahh..dekat kampung ada bilik khas untuk main muzik? Siapa banyak bagi sokongan?" tanya Aznil selepas video habis.

"Ibu bapa. Kawan-kawan. Keluarga"

"Comelnya budak main dalam bilik tu. Siapa dia tu?"

"Ica" jawab gua ringkas.

"Jadi awak dah kahwin? Mana isteri awak?" tanya Aznil

Cilakak! Banyak tanya pula dia ni.

"Itu..." gua tunjuk ke arah penonton lalu balik ke hati gua.

Gua harap Aznil terkena. Aznil tenung gua semacam. Memang tak ada dalam skrip yang produser sediakan.

"Bijak bijak. Nakal juga awak ni" gelak kecil Aznil.

"Hehehehe. Biasa bang. Nak cari makan"

"Okay. Lagu apa awak mahu nyanyi kali ini?" soal Aznil.

"Andainya dirimu di rampas orang. Aku akan rampas balik. Cintamu hanya untuk diriku. Semoga kita kekal bahagia sentiasa lalu dikurniakan anak yang comel dan soleh"

"Lagu ini khas gua tujukan kepada jiwa peramas yang suka nak rampas awek orang. Serta gua selitkan juga unsur Ketuhanan sebab jiran kepada jiran gua minat Maher Zain" sambung gua lagi.


"Terimalah..." gua menutup mata sekejap lalu...


"Bang...dah habis baca akhbar tu?" ada suara seakan manis bicaranya dan gua dapat agak itu daripada seorang awek.

"Errk...okay okay. Dah nah" sambil gua bagi akhbar kepada awek tu.

Lantas gua keluar daripada perpustakaan. Dengan muka steadi. Cilakak. Lama sangat gua tenung peserta AF tadi sampai berangan.


AF?... Fakkk Tuihhh!



SukaNeka:

Antara Selangkah Ke Akedemi Fantasi yang lain;





Bekas Kekasih Saya


Tajuk: Segmen Bekas Kekasih Saya

1) Sila letak header AKAL TUNJANG BLOG
Sudah!!!


2) Ceritakan tentang bekas kekasih kalian. Nak cerita pasal kekasih kalian sesama lelaki, bekas kekasih itu sesama perempuan boleh juga ataupun pasal bekas makanan hadiah hari jadi bekas kekasih bagi pun boleh.

Eloooo. Nama Ittew...tengok la dekat profile tu. Facebook pun ada. Add la ye. Twitter pun ada, Nuffnang, Churp Churp, Coli On9, Legging Murah, Tudung Manyak Cantik Ah, Macam-macam iklan lain lagi sila la klik jika berkenan. Kalau tak berkenan? Hado ittew kesah???

Hehe... ittew gurau jerkkk. Alolo. Jangan la tekan X lagi. Baca la habis. Pasti komen yerrrrkkkkkk.

Okay Okay. Ittew ada pakwe. Lebih tepat lagi, bekas pakwe. Nama dia. Izmir Izuddin. Psst. Bukan nama sebenar. Hehe.

Ittew dengan dia sudah tiga tahun bercinta, tapi entah mengapa, ittew putus dengan dia.

Ittew tak faham mengapa harus ada perpisahan di kala hati di ulit kebahagian di semi benih cinta di bajai kasih sayang dia.


Pakwe ittew dulu pernah berpuisi pada ittew. Ittew ingat lagi;

Aku bukan seperti jejaka lain;

Yang selalu bermain kata cinta,
Yang sering bermadah indah,
Yang asyik menabur janji,

Aku akan tunaikan sumpah bahwa.

AKU AKAN JADIKAN DIKAU ISTERI YANG SAH.

Tapi kini.....

Ewwww. Ittew sedih. Dah tak leh karang da. Bye Bye.


3) Mengapa berlaku perpisahan?

Abang Hiro kejam. Ittew sedih balik dah! Nak tisu, nak tisu!


4) Soalan untuk Abang Hiro.

Abang Hiro dah follow ittew blom? Hehe.


___________________________________


Kawan ittew pun banyak kisah percintaan di sekerat jalan. Opss. maaf. Kawan gua.

Pelbagai faktor boleh menyebabkan perpisahan antaranya;


Masih tak mempercayai pasangan walaupun sudah berlama.
Pasangan yang melafazkan kata cinta atau lebih tepat lagi 'I LOVE U', mesti sudah tersedia kepercayaan yang penuh buat si dia. Ada faham?


Masih sangsi dengan pasangan.
Pakwe/Makwe keluar dengan kawan kelas pun masih curiga. Keluar sambut hari jadi pun nak kongkong kemain. Tak boleh ambil gambar berdua dengan kawan contohnya.


Masih tak berubah.
Okay, andai mula mengorat kononnya sang jejaka berjanji manis bahawa akan berhenti merokok. Akan tetapi jejaka itu tak boleh berhenti. Lama kelamaan jejaka itu tak boleh tahan dengan bebelan makwe. Lantas berakhir lah kisah cinta sebab rokok je.


Itu pada pendapat gua. Pendapat lu orang apa? mengapa boleh putus cinta? Ce kongsi sikit. Boleh adik-adik baru nak tumbuh sepasang dada tu boleh belajar. Hue Hue Hue.

Jadahnya gua jadi doktor cinta?


Wadepak!