7 Senarai Semak Anak Muda Sebelum Beli Rumah Pertama



1. CCRIS CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod pinjaman daripada institusi kewangan seperti 
pembiayaan kereta, kad kredit, pinjaman peribadi. Penting ada CCRIS ini untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran 
balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia. Boleh juga semak guna emel. 
Aku buat guna emel, hantar permohonan lengkap 22.1 dan dapat 28.1. Free Of Charge
 
 2. CTOS 
 
 CTOS ni Sistem Informasi Rujukan. Pastikan kau bebas daripada CTOS. Bahasa lain dia disenarai hitam. 
Kadangkala kau tak sedar pun kau kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik beradik 
ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang tertunggak.

3. DSR
Debt Service Ratio adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyak lah hutang / komitmen kau. 
Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan 
pembiayaan rumah kau boleh dapat. Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank namun konsep dia tetap sama. 
Kau ada DSLR belum tentu DSR kau cun. Kakakaka. 
 
 4. Kelayakan Jumlah Pembiayaan 
Kalau boleh, 'walk in' ke bank untuk tanya berapa jumlah kelayakan pembiayaan perumahan boleh beli dengan gaji /pendapatan. 
Jika pegawai bank kata kau banyak komitmen. Jangan risau. Tambahkan pendapatan ataupun kurangkan dulu komitmen. Jangan putus asa.

5. Dokumen Lengkap
Pastikan sudah siap sedia dengan dokumen berikut;
1) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
2) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: penjawat awam) (2 Tahun)
3) Surat Pengesahan Majikan (kalau kerja kerajaan boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
4) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau ada bulan tu terima bonus ataupun OT)
5) Penyata EPF (terkini)
6) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan, ikut nombor 4)
7) Dokumen sokongan:
i. TH, ASB 
ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank tiap bulan. Untuk perkiraan DSR.
iv. Sebarang dokumen boleh menampakkan kau mampu bayar ansuran bulanan.
v. Rekod CCRIS

6. Duit Pendahuluan
Sangat berminat tapi duit pendahuluan pun tak ada ni susah jugak. Nak beli rumah ni bukan serupa nak beli sayur kat pasar ataupun
nak beli pantun je. Pastikan ada tunai dalam 15% daripada harga rumah yang kau berminat tu.
Jadi tak reti-reti lagi nak menyimpan? 
 
 7. Baki Minimum Bulanan Dalam Bank
Kalau nak beli rumah tu pastikan dah dapat gaji, jangan biarkan baki minimum bulanan ada RM100 je tiap bulan. 
Pihak bank akan tengok kemampuan kau untuk membayar balik. 

Susah ke senang nak buat perkara di atas?  Kalau susah, banyak kan lagi menimba ilmu. Berkawan dengan orang berpengalaman. 
Jangan duk baca pasal Fakta Anak Bongsu la, Fakta Pakai Jam Tangan Kanan, Fakta Lelaki Kelantan la, fakta itu ini.

Lagi 5 tahun nak menuju Wawasan 2020 pun kau masih nak percaya fakta mengarut dekat media sosial ni. Kah!

P/S: Ini panduan asas sahaja. Untuk lebih lanjut rujuk pakar, pegawai bank dan ejen hartanah. 


Bersua Kembali

Salam Sejahtera kepada semua. Ada yang merindui gua ke tak? Kakakaka. Lama betul gua menghilangkan. Okay, gua ceritakan serba sedikit perkembangan gua. Sekarang gua sedang bekerja di sektor perkhidmatan awam. Sedang berbakti pada masyarakat Sarawak. Sudah 2 tahun gua ni bumi Sarawak ni. 

Sekarang gua dapat hobi baru. Belajar pasal hartanah. Jadi gua nak berkongsi ilmu sedikit sebanyak pasal hartanah dan pengurusan kewangan yang gua belajar. Semoga dapat memberi manfaat pada anak muda yang masih mencari jalan menuju kebebasan kewangan.

Blog ini khusus buat semua terutamanya kepada anak muda yang nak menimba ilmu mengenai pembelian rumah pertama, pelaburan hartanah (subsale/lelong/sublet) dan juga pengurusan kewangan.


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan gua sendiri.

 Terima Kasih Dan Selamat Membaca

#MYRumah
#MisiMencariRumah
#NotaAnakMudaUntukSemua

#Hartanah4All

Pergi Ke Kedai


   
   Aku ingat lagi masa aku darjah enam. Pukul 11 pagi dah serupa pukul satu petang... panas kemain. Bulan puasa yang mencabar bagi seorang remaja yang kacak dan maskulin macam aku ni.

Cuaca panas sehingga ada burung murai datang mintak air sejuk rumah aku. Belalang pulak berlumba-lumba nak masuk dalam peti sejuk rumah aku. Haaa... boleh bayang dia punya panas? Boleh?

Tengah sedap-sedap aku tidur, mak aku kejutkan aku suruh beli kunyit, santan dan garam. Nak buat gulai kancil katanya. Tengah malas-malas nak bangun aku layan jugek cakap mak aku tu. Sapa tak sayang mak iye dok? Lagipun masa tu, aku baru pandai bawak motor... spirit nak bawak motor tu tinggilah.  

Masa tu kat kampung aku ada satu kedai runcit. 100 meter saja dengan rumah. Nak jadikan cerita, mesin kelapa kat kedai yang dekat tu rosak. Terpaksa lah aku pergi ke kedai runcit yang jauhnya dua kilometer.

Tak jadi masalah lah sebab aku naik motor abah aku. Pulas je kuat-kuat handle minyak terus sampai. Budak kampung, umur sepuluh tahun ke, sebelas ke dah pandai bawak motor... ada umur lapan tahun dah pandai merempit.

Sikit je nak sampai kat kedai tu, motor abah aku habis minyak. Segala kata cacian yang engkau berikan... minyak motorku kosong... kosong ooo. Amboi, ter-Najwa Latif la pulak. Berbalik pada cerita aku tadi, aku parkir motor aku dekat kedai tu. Maka, terpaksa lah aku menapak dua kilometer balik ke rumah.

"Aaaaaaaahhhh... lega," kata aku selepas teguk jus epal berkali-kali. Habis duit mak aku kirim tadi, aku beli jus epal bersaiz besar. Santan, kunyit dan garam aku tak beli.

Gila enko nak jalan dua kilometer dengan cuaca panas tak minum air? Biawak pun berkira-kira nak melintas jalan inikan pula manusia nak jalan kaki dua kilometer.

Aku terus teguk-teguk jus epal itu, sambil melangkah dan terus melangkah. Tengah sedap meneguk jus epal, ada dua orang makwe naik motor lintasi aku. Aku sempat melontarkan senyuman madu pada mereka. Lantas mereka berbisik sesama mereka. Ngumpat aku tak puasa lettew. 

Tapi ada aku kesah? Berat tahu keputusan aku nak ambil masa tu. Sama ada nak beli barang mak aku kirim atau jus epal.