Gua Pergi Berakit Seminggu

Mula-mula berakit, lepas itu baru Cruise, ye dak?



Pagi itu, dalam pukul 9 pagi, ada panggilan masuk. Arggghh..kenapa tiap gua nak manjakan diri ada saja yang menganggu, time main game, time nak mengusha betis makwe, time nak dapat nombor makwe kilang. Gua lemah la begini.

"Kenapa dunia ini kejaaaaaaammmm", laung gua sesorang.

Time mak gua suruh beli gula, tak ada pula mahu mengacau. Kui Kui Kui Kui. Gua nekad. Jika nama terpampar kat skrin telefon bimbit gua nama makwe, gua jawab. Jika tidak. "I'm Sorry". Hampeh. Nombor tak dikenali. Hehe..kena jawab ne. Mungkin makwe baru. Kui Kui Kui.

"Assalamualaikum", jawab gua memulakan bicara.

"Wasalam, emmm... muka awak ne hensem kan?", balas suara di sana.

"Yea", jawab gua tanpa ragu-ragu.

"Ok. Kami sedang mencari peserta berakit ne, dekat Sungai Pahang, seminggu, berminat tak?", suara itu bertanya.

"Ermm..boleh juga. Percuma ke?", tanya gua cepat-cepat untuk habiskan bicara secepat mungkin.

"Di jamin percuma. Free of charge, dapat baju pula", balas orang di sana.

"Ok. Berminat", balas orang di sini, gua la tu.

" Ok. Terima Kasih. Nanti mesej nama penuh, no matrik, I.C dan falkulti", balasnya dengan ramah.

"Baiklah", terus gua letak.

Sapa lu orang ingat? Makwe? Bukan..Pak Cik Kerani kolej gua mungkin. Tetiba gua sebak. Teringat Halim Ayam. Sampai bila dia tak boleh sertai program macam ni jika paras di titik beratkan. Biarlah. Mungkin mereka perlu orang yang hensem sahaja. Kui Kui Kui.

Kenalah gua buka balik kitab yang di hadiahkan oleh Tarzan kepada gua. Kebanyakan 'skill' yang diajarnya gua sudah lupa. Lompat pokok ke pokok, menjinakkan harimau, menangkap kelawar semua gua lupa. Yang gua masih ingat nak kupas kulit pisang yang ada tiga bahagian. Gua sambung tidur balik lepas set jam pukul 3 petang.


SukaNeka:
Gua tak ada seminggu. Kalau rindu nak baca entri gua, baca yang ada berkali-kali, rindu jugak=hafal, rindu sampai tak boleh tidur=baca dari bawah ke atas. Kui Kui Kui. Bancian jangan lupa tau.

21 ulasan:

tweety suwitt berkata...

berakit-rakit dahulu...
ber"cruise"-"cruise" kemudian...

Cik SHiN~JU berkata...

Salam Hiro...
XPDC Berakit Sg Pahang best...
sya dah join dulu,seminggu weh...
Org Singapore n minah salleh pun ade...
paling best ade jamuan kg n persembahan kebudayaan kat setiap hentian...nk joget lambak pun boleh...

.zulaikhabukanpenggoda. berkata...

bengong gle. sape ler yg nk rindu kamu tu.

smg pulg dgn slmt! :)

ApekxHensem™ berkata...

gudluck sama hilo....

RaMa2UnGU berkata...

hahahaha....lawak la..

well, smoga slamt pergi dan kembali ek..

Pensel Kontot berkata...

hahahaha...
lawak la ko neh...

selamat berakit ye....

Lya Colours berkata...

ok nanti aku rindu kau, aku akan bayangkan fahrin ahmad
sebab kau ckp kau nsem
hikhikhik

cinta wardah berkata...

adoiii..rindu? hurm..kena pikir byk kali nih..haha

btw hati2...jga diri2..
kata ummi; "cepat2 balik ya..nnt ummi rindu~~"*ummi yg kata okeh!*

redplasticbag berkata...

okey, jaga diri ! kiu kiu kiu

-hazen berkata...

mmg tak boleh blah lah kau.

LeyLi Lily berkata...

ensem sgt ke kau ni??hahaha

|arieza| berkata...

pergh berakit? huhuh ada jugak games berakit ek.. igtkn kayak yg lg glamer.. rindu mau berkayak!

sAsyA berkata...

hahahaha sngt perasan la u ni
tp peh pulg dr berakit comfirm da jd cm udg rentung wakakaka

Frodo Baggins berkata...

hahahahhaha ....
mau berguru ngan tarzan jugak.


>>__<<


selamat berakit2 kehulu
berenang2 ketepian

Miss ... berkata...

lorh ko golongan esnem gak la nih ekk sama la plak dgn berd wakaka

Miss ... berkata...

silap type >>esnem = ensem hehe

Berd berkata...

wa suka betol kawan dengan orang-orang hensem.

miss biol. esnem tu apa yer?


oitt! lu bila nak update ni sengal??

Linglung berkata...

derrr...lu sampai kat Pekan, lu kirim salam kat mak bapak gua..cakap gua rindu sama mereka

Nurul Harun berkata...

hiro kutuk halim ayam ehh? report kat dia!!! ah pedulikkkkk.

nk ikut naik rakit. naik cruise pun nk ikut. hehehhhee

hiro berkata...

nurul--only for u...keh3.

Siti Nur Aminah berkata...

apsal expedisi berakit kene guna muke..kang terlibas dahan xke calar gak..n tak hnsem??