Anjakan Paradigma

Kadang-kadang beger resepi rahsia buat dalam 'air-con' tak se-kick beger resepi biasa brader tepi jalan.

Abang Samad dan Abang Usop memang di label kaki lepak kampung. Pak
Haji Nazrul Oji memang selalu lepak dengan mereka sebelum pergi ke masjid. Bukan lepak kosong, lepak mahu mengajak mereka solat berjemaah sama. Bukan jauh sangat dari tempat lepak mereka dari masjid. 25 kali kayuh rakit buluh saja. Tapi mereka tak biasa.

"Ada molek semoleknyo kito pakat maye sekali ne Mad, Sop", ajak Pak Haji Nazrul yang pekat loghat Kelantan.

"G la dulu Pok Aji, ambo nok g amik kain pelikat", balas Samad cuba berloghat Kelantan dan cuba mengelak.

Begitulah seharian hidup mereka. Melepak dari pagi. Tengahari balik makan. Tidur. Petang sambung balik. Time waktu petang itu kadang kala gua turut serta juga. Rugi wooiii tak lepak kat situ waktu petang. Makwe kilang balik kerja ketika itu.

Lepak kat situ ketika hujan lagi seronok. Sebab tempat lepak mereka adalah hentian bas. Bas kilang bawa makwe memang berhenti betul-betul dekat situ. Hari hujan macam bonus pada mereka. Makwe pakai baju kurung memang akan angkat sikit kain mereka. Tak kasi kena air hujan, tapi kasi abang Samad dan abang Usop layan betis mereka. Kui Kui Kui.

Hujung bulan lepas, gua lepak dengan brader-brader itu.
"Bang, sedap ke duk lepak sini? Tak penat ke asyik petik gitar kapak tu?", sindir gua dalam-dalam.

"Enko tak tahu...lepak kat sini best", dapat layan minah motor dari kampung seberang", laung abang Samad.

"Pehh.. dari duk sini... baik berniaga bang... dapat juga hasil..." gua bagi cadangan.

"Kami pun memang dari dulu mahu niaga... tapi kami bukan keturunan niaga... Nak sebut nombor dalam Omputih pun tak reti. Mana tahu time niaga tu, makwe omputih mai beli kat kedai kami...kah kah kah", balas abang Usop, nampak satu batang gigi depan dia patah.

"Hehehe...niaga la dekat
pasar malam dulu. Kecil-kecilan dulu", gua cuba beri idea sebernas mungkin berkat belajar kitab akal tunjang.

Abang Usop dan Abang Samad berpandangan. Pandangan mesra. Abang Samad senyum kambing. Abang Usop balas. Abang Usop kenyit mata. Gua tak sanggup lihat lagi agenda romantik mereka. Loya semacam. Gua mula beristigfar panjang. Kot mereka ajak gua main mata sama.


"Kami bersetuju...", laung mereka berdua.
"Terima kasih der", pekik abang Usop, suara macam hon lori pecah. "Esok hari rabu kan? Boleh lah niaga esok... gua beri cadangan lagi sambil petik gitar abang Usop. Dia pernah bagitahu pada gua. Gitar ini brader Amy Search pernah guna.


***


Esoknya... Petang rabu. Burung-burung pulang ke sarang masing-masing. Kelihatan burung gagak sahaja masih mengorat si janda tong sampah. Makwe-makwe, kanak-kanak, ibu-ibu, ayah-ayah dan pasangan hangat bercinta berduyun-duyun pergi ke pasar malam hujung kampung. Tapi tak kelihatan pula ikan duyung singgah kat pasar malam ini. Gua rasa mereka ada pasar malam mereka sendiri. Gua jeling kat pasangan sedang bercinta itu.

"Hek eleh...apa kelas dating kat pasar malam? Dating dekat pasar tani lagi elok. Dapat beli bunga pada makwe", gua cakap sorang-sorang. Mat Nor senyap sahaja dari tadi. Mamai tidur petang tak hilang lagi. Mungkin.

Gua guna motor Mat Nor ke pasar malam. Gua bawa. Mat Nor jadi pembonceng. Agak senonoh sikit jika gua bawa motor. Jika Mat Nor bawa, dia akan 'Wheelie' dari rumah dia sampai pasar malam. Tak bagus bagi budak pelapis samseng kampung tengok.

Sejam berkucar-kacir dalam pasar malam itu buat gua bosan. Semua makwe kat sini gua dah penat tatap. Mat Nor dah dapat dua nombor telefon makwe. Anak kepada pak cik jual tiub motor dan makwe jual air 'coconut shake'. Tetapi Abang Samad dan Abang Usop masih tidak kelihatan. Gua gusar mereka masih di takuk lama. Isu melepak di kalangan pemuda amat membimbangkan gua di kala ini. Tenaga muda membazir begitu sahaja. Kui Kui Kui.

Gua mahu kemukakan isu ini kepada Sameon Sengeh sebagai Ketua Pemuda
Kampung.

Bersambung....

21 ulasan:

tweety suwitt berkata...

beger spesel 1 bang. =P

Berd berkata...

lu memang yakin ke makwe tunjuk betis tu bukan neng indon. kang dapat yang takde gigi depan tambah pakai gincu tak rata. naya lu nanti.

naseb baik lu. kalau lah frodo dok tempat lu mahu nye dia turut join main mata. dasar gay!

shey berkata...

beger ayam 1 , tanak sayur , tanak roti , tanak beger :DD

-hazen berkata...

jaga mata tu der.. haha.

Miss ... berkata...

uh gedik ko ni sambung2 plak caitttt kah3

reen_sofee berkata...

asal laa ko nak wat sambung sambung neh??
haish

BalqisShafiqa berkata...

salam ziarah.
tak reti berniaga tak pe, berniaga aje.
mana tahu untung datang bergolek nanti.

Lya Colours berkata...

benjo 1 !! mayo lebih
hikhik

Cik SHiN~JU berkata...

Salam...

sambung citer ni cepattttttttt....

J. Love berkata...

ala. sikit-sikit sambung. sikit-sikit sambung. boring gua!

nasib baik naluri ke-ghey-an lu tak kuat.

ASaDa RyutaRo berkata...

bersambung la pulak.. layan giler cerita ni.. hahahaha..

ayat caption gambar tu best!

"Kadang-kadang beger resepi rahsia buat dalam 'air-con' tak se-kick beger resepi biasa brader tepi jalan. "

hiro berkata...

sweet..siapppppppppp..

berd--haha..tkot2..lawa pe makwe indon..mashanda. hehe

shey--ok..rm 20..

zen---hee..dh2..gua pakai lens kaler pink.

miss--sbb pnjg sngt gua karang..hehe..

hiro berkata...

reen--panjang ngat..nnt bosan lak bc..tak gtu? hehe.

qis--emm..jom jd bisnes partner..keh2.

lya--nah..amikk sebotol mayo cap ibu dan nenek..

cik--orait datin..

jenifer love--pehh..pantang tu..gua normal..hehe

ryu--tenkiu444

s h e e berkata...

hiyark...bersambung plak...

pape pon memang berger kt tepi jalan ade kick...ekeke...

Fina Fento berkata...

kalau mai langkawi, cari beger kedai ee beger tepi shell kelibang. superb.

oke, babai.

hiro berkata...

shee--btul233..murah pun murahhh..haha


fina--tq info...nnt ada masa gua terjah.

TTT berkata...

hehe ade gagak ngorat si janda sampah :)

ApekxHensem™ berkata...

hehehe...hilo...apek tggu sambungan

hiro berkata...

auntie ttt--gagak mengorat warga emas poslisteren pun ade..hii

hiro berkata...

alepek...toci2..hii

ain nadzirah berkata...

eh2..sempat g bersambug yer!!