Sang Niaga

Bermula dari bawah mampu membina bangunan pencakar langit- Pengusaha Dodol.



Lu orang tak faham cerita ini jika tak baca ini dulu, tekan.




Azan Maghrib berkumandang. Ternyata Abang Samad dan Abang Usop tidak jadi berniaga di pasar malam. Hilang terus semangat gua nak tengok Abang Samad dan Abang Usop berjaya dalam perniagaan. Gua ingat mahu solat dekat masjid. Mahu berdoa bagi Abang Samad dan Abang Usop berubah.

Mereka berdua umur sudah 31 tahun. Kalau tak ada lagi makwe gua tak kesah, tapi nombor tepon makwe sorang pun tak ada. Makwe kilang yang selalu mereka phewit-phewit pun dah jadi makwe budak laki kampung seberang. Celake sungguh.

Pergilah bercinta dengan makwe kampung sendiri. Tahulah kampung gua berpontesi melahirkan makwe-makwe cun melecun. Sampai laki Kedah, Penang dan Selangor suka pada makwe-makwe dalam kampung gua.

Gua tengok Mat Nor sedang main 'Brick Game'. Hasil dari rembatan sorang budak tadika. Kecik-kecik dah main alat elektronik. Pastu, gasing, congkak, layang-layang dan batu seremban sapa mahu main? Gua sedikit merembeskan enzim marah.

Rugi betul kalau kecik-kecik tak pergi mandi tali air, main dalam hutan dan pergi rembat mangga dekat dusun Pak Cik Nawab.
Gua teringat pula masa lampau gua. Penuh dengan onak berduri. Kui Kui Kui.

Gua ajak Mat Nor solat dekat masjid. Mat Nor kata seluar dia kotor. Gua pun dalam dua juga. Badan gua berpeluh. Lagipun gua malu dekat Pak Bilal Sudin. Gua terngorat anak dara dia. Marah-marah dia dekat gua. Sebaik gua mahu hidupkan motor, gua dengar ada orang panggil nama gua.

"Woiii... tak kan nak balik dah. Kata nak tengok abang niaga", jerit Abang Samad.

"Haram jadah betul... orang datang pukul enam petang lagi. Ini dah nak masuk pukul lapan", gua buat-buat marah.

Mat Nor pun buat muka marah juga, walaupun tak jadi.


"Hehe... sori-sori. Nah surya. Kasi reda sikit lu punya marah", pelawa Abang Usop dekat gua.

"Tak apalah. Gua tak hisap rokok. Lagipun gua kidal. Nanti hisap rokok guna tangan kiri nampak tak sopan pula", gua tolak dengan berhemah.

"Hahaha... muka lu tak hisap rokok? Pelik-pelik. Tak boleh jadi laki sejati laa...", Abang Samad sedikit memerli.

Celake, muka menggambarkan personaliti kah? Kena hisap rokok baru jadi lelaki sejati? Fatwa dari mana ni? Pada ahli tertinggi Majlis-Majlis Masjid Kampung Batang Berjuntai. Anda harus mengadakan kempen kesedaran. Ini penting. Gua bermonolog dalaman.

"Okay. Gua tak solat lagi ini. Boleh gua tahu apa Abang Samad dan Abang Usop niaga apa? kalau nak niaga Surya memang tak laku", tanya gua.


"No No No... Hahaha...abang tak sebodoh itu", Abang Samad membela pasukan niaganya.


"Kami mahu niaga Lampu Suluh", jerit mereka berdua.


"Ahhh...", otak gua berpinar. Mahu pitam.


"Yelah... kami fikir, pasar malam kan. Mesti niaga pada waktu malam. Peniaga-peniaga lupa bawa lampu boleh beli dekat kami. Orang ramai pun lupa bawa lampu suluh, tapi takut nak balik rumah boleh beli...", Abang Samad menjelaskan pada gua.


"Orang putih datang pun boleh beli sebagai tanda kenangan datang pasar malam. Hehehe", Abang Usop mula merasakan mereka bakal untung besar.

Gua angkat ibu jari tanda bagus. Terus 'start' motor. Gua terus memecut laju. Orang macam gini, tak elok layan. Mungkin ada betul cakap Abang Samad dan Abang Usop. Peluang ada di mana-mana. Kita harus merebutnya kalau kita mahu. Umpama Di Mana ada Kemahuan, Di Situ Ada Gunung Daik.


TAMAT

20 ulasan:

adrinaqamarina berkata...

ala,,,tu la...tak bpe nak paham sebab dah lme tak singgah blog ne...
bz final...
huhu~

akan ku datang kembali selepas exam nanti...
chiao!
:)

Amir Syahir berkata...

q--do ur best keh..

Shey Lokman™ berkata...

org putih beli lampu sbg kenangan penah pergi pasar mlm kat malaysia lah ???? ngeh ngeh ngeh~

Amir Syahir berkata...

shey--keh..baik pe idealisme ne?
dasar pandang ke kampung,,keh3.

XYZ berkata...

yup mula dr bawah!!!

cbe hiro wt bangunan pencakar langit dr ats... bla leh siap agk2 nye... hahaha

Amir Syahir berkata...

missfadhillah--hehe,,kira asas perjuangan kena dari bawah jugak la..

Hellioz berkata...

kreatif
gyahahha~

Amir Syahir berkata...

hellioz--ce komen yg bermutu sket..ckp entri gile vabi tak best ke..tah apa-apa ke..merapu babeng ke..ahahaa

ape2 jer berkata...

wakaka kretip pe dorang tu jual lampu suluh kui3

Reen berkata...

ape pulak dimana ade kemahuan di situ ade gunung daik?
hahahhaa
weh aku nak gi jual mentol kat pasar malam tuh!
hahaha

Aly berkata...

hiro bg idea utk peniaga2 supaye lebih kreatif utk meniaga

tapi kenape misti ade gunung daik?

Amir Syahir berkata...

miss--btul2..ade minda klas pertama..ehehe


reen--salah ek? cis...gua memang kena masuk kolej cepat..ini serius.


aly--ini lah sebab tidor lepas subuh dan tak bekfes pagi..ahaha

K2r~90 berkata...

haha i2 eupenye kesimpulnye

ape hubgn ko dgn abg samad n abg usop tu?

XYZ berkata...

to hiroshoma a.k.a hiro

nk tau alamat kt nuff... cek kt tukar profil.... sebelah button logout...

akk da 2x dpt duit nuff ms depa byr gne cek... kira berbaloi la... akk da bwk pi joli kt singapore hi3

sori ye... lmbt bls... ujung mgu sibuk sket =P

Tanpa Nama berkata...

org putih heran ke ngan lampu suluh? hahaha

sugar2 kapas strawberry berkata...

matlamat ngn nawaitu da ad..tp npe nk jual lampu suluh.laku sgt ke?

Tanpa Nama berkata...

tolong nasihat enche abang berdua tu, biasenye orang gi masjid, paling kurang punb awak duit nak ngeteh je nak tgk WC kat gerai janda milah.


kang banyak plak orang beli lampu suluh on credit. mane leh untung camtu.

nasihat nasihat sikit kat diorang yek.

bukan penggoda berkata...

gua bukak kitab tau nk bace post lu yg ni. xbpe nk pokes. adoi.

Qib berkata...

bengong.. lurus bendul niii

ApekxHensem™ berkata...

Umpama Di Mana ada Kemahuan, Di Situ Ada Gunung Daik...kehkeh...dlm maksud