M=Untuk bacaan umum. Bukan baju makwe bersaiz M. Ibu-ibu tak perlu mengawasi anak-anak mereka ketika membaca cerita ini.
Cerita tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Rekaan semata-mata. Tidak kena mengena dengan nama member gua, Muhamad Arjuna. Kepada makwe dia. Jangan perasan keyh. Kui Kui Kui.
Masa: 730 Tahun Tembaga
Arjuna Setiawan IcHellioz dan Indra Putra ReRazman berkawan baik. Dari kecik berkawan. Sampai menuntut ilmu seni silat dari Tok Guru Adira Mega Apekx pun bersama. Tok Guru itu adalah juara guru-guru seni silat pada masa itu. Memang dia paling kuat.
Kira bolehlah jadi wakil Pahang pada zaman sekarang main SUKMA jika beliau masih wujud. Tua tapi masih kacak bergaya. Beliau suka pegang tongkat sakti. Mungkin tongkat daripada dahan pokok kacip fatimah. Janggut semput putih menjadi idaman janda-janda pada masa itu.
Pada masa itu, Tok Guru ada anak perempuan bernama Cempaka Cempedak Si Bunga Bunga Love. Indra amat meminati Cempaka. Tanpa pengetahuan Indra, Cempaka menyukai Arjuna. Bukan Indra tidak kacak. Tapi Indra bukan 'taste' Cempaka. Arjuna, seiras Remy Ishak jika mahu lihat muka dan badannya di alam nyata kini.
Cempaka. Sebut sahaja namanya. Gadis-gadis lain terus cemburu. Ada cemburu anak-anak, cemburu berkadar terus, cemburu berkadar songsang, cemburu nasi kandar, cemburu peringkat ketiga dan banyak lagi jenis cemburu yang lain.
Ada naik meremang bulu roma, ada yang meracau mahu kawen dengan Cempaka dan ada yang berbisik sesama mak cik jika Cempaka lalu depan mereka. Wajah memang sesuai untuk mengalahkan pelakon, penyanyi Malaysia kini. Muka bersih dari sebarang jenis pembedahan dan suntikan. Terus daripada Illahi.
Akan tetapi, Arjuna tidaklah begitu kejam. Mahu merampas hati Cempaka daripada kawan baik dia sendiri. Dia menganggap Indra macam abang dia sendiri. Abang ipar atau abang angkat itu tak pasti. Arjuna tidak mahu Indra bunuh diri kerana terlalu kecewa dengan cinta pertamanya.
Pada masa itu, istilah bunuh diri masih dalam perbincangan para ilmuan bahasa Melayu bersama wakil Oxford. Sebelum ini, bunuh tanpa bantuan orang lain, bunuh dengan rela sendiri, bunuh menggunakan kudrat sendiri dan bunuh menggunakan tangan sendiri masih digunakan. Bunuh diri tak begitu dipopularkan kerana pada zaman itu, nyawa begitu bernilai.
Setelah bulan lari berganti-ganti, dengan bangganya Tok Guru mengumumkan gelanggang latihan ditutup. Maka mereka berdua tahulah sudah habis ilmu diturunkan kepada mereka. Seraya, tok guru mengumpulkan anak didiknya.
"Anak muda...tenaga tuan hamba sekalian amat bernilai kepada penduduk kampung yang dalam kesusahan", jelas Tok Guru.
"Janganlah tuan hamba sekalian menyalahgunakan ilmu silat. Buruk padahnya..." suara Tok Guru meninggi.
Kedua-dua mengangguk faham.
"Tok ada sesuatu mahu bicara sama kalian. Di atas gunung sana. Ada dua bilah pedang. Pergilah mengambilnya. Tapi susah sekali mahu mendapatkan pedang itu. Ilmu di dada kalian tidak cukup", jelas Tok Guru.
Mereka faham. Mereka harus berlatih lagi untuk mendapatkan pedang sakti tersebut.
"Tok ada satu lagi perkara penting mahu bicara sama kalian", serius kali ini Tok Guru bicara.
"Cempaka akan kawen dengan anak ketua kampung...cukup bulan mengambang nanti...kalian boleh buat pertunjukan silat?" tanya Tok Guru.
Arjuna dapat agak gelora di hati Indra. Cukup untuk membuat para nelayan takut untuk turun ke laut. Gelora gergasi mungkin. Tapi mungkin hatinya tabah. Jauh dari Arjuna sangka. Mungkin Cempaka minat sahaja pada Arjuna kerana budi pekertinya, tapi mencintai anak ketua kampung. Anak ketua kampung pun baik orangnya. Baru habis belajar ilmu agama dengan Tok Murad. Bakal ustaz. Pasangan baik mungkin melahirkan zuriat yang baik.
"Baguslah", getus hati Indra.
50 ulasan:
kenapa kau tak ceritakan kekacakan. ketampanan, kehenseman, dan kemachoan aku secara detail?
salam..
pnjgnye cerita..
arjuna ni best ke..?
blom ada ksmptn utk menonton..
hehe.. :)
brader razman--pehh..nanti2 di episod lain..keh3..kene kaji dulu efek kalu ceritakan semuanya kat sini..haaha
tot--best juge la..cte lawan2 memang gue ske dari tonton imam muda..haaahaa
tot dpt tau cte imam muda tu lam astro..
tot xde astro..lalala~~
cik--oh..xde eh..ok..esok i g kansel astro..ahhaa.
klasik btol cite .
HAHA ;DD
ayue--sungguh..gue ngan abah gue je tahu cerita ini...ahahaha
perghhhhh... mmg kakarot punye cite...
tp leh wt sengih2 time kol 5 pagi ni lalala
missrxz--kakarot tue karot? igt carrot <--penggunaan right click di situ..haha
bro.
aku tak paham ending die.
kreatif gak ko ye?
boleh jadik penulis skrip berjaya neh!
huhuhuh
omaigod!
gua kawen dgn anak ketua kampung yeay yeay yeay yeay yeay!
hensem tak anak ketua kampung tersebut?
aku nak jadi heroin boleh tak? bgi watak secantik cempaka aku terima dah
keh keh keh!
kekeke...sejak bila apek jd tok guru mega adira ni?kekekeke...hahaha..celita yg kleatif hilo...
saya lembap x paham ending dia !!!
huhuhuhu
nanges2
wakakakkakaka
keji indra!!!
sekeji rajenah dlm dunia sebenar!
adakah ustaz itu wa?? kah3x
>>___<<
reen--ending die, die bahagia dalam perpisahan la..haha
j--ensem ler....muka cam shahir AF8..kui3
syahira--bisa2 aja..
apekx--hehe..merapu222..
lya--die redha je..kot..haha..ikot la nk ending cmne.
frodo--adushhh..gue lupe nk link url lu kt Tok Murad..ahha
fiksyen sguh cerita ni..ahahhahaahaha!
sumpah tergelak-gelak bce..ank ketu akg tu kau ke ap weyh?
btw,link tu lu cr gune kpl lutut ke?org dh ltk la weyh..
iemah--ini sastera melayu laaa...alaa..dalam komsas tingkatan 4..tp a samad said tak kasi masuk cerita ne..ahaha..
kui3..lighting tak bpe nak bagus..tak nmpak..cori333.
alalalla...ni komsas negeri mne wk?sy xpnh bce pun..sy bru lps sekolah la wk..awk tipu sy ni..ahahahhaa!
lighting mmg bg malap2..bru romantik..aww =P
imah-ada..pada zaman 1997..tp sebab ramai pertikai..kenapa arjuna, tak raju? tak ah chong? chandra pun nak nme die juga..jd kena buang cerita dalam buku komsas..hahaha
kire tak 1malaysia arh eh?ahahhahaa!
imah--yup..pandai pun..itu lah..1Malaysia. 1Komsas..nak muntah belajar komsas..lebih2 cter melayu klasik.
tok guru dtg ni sambil menarik lisa maimunah kat blakang ekekeke..
apekx--pe kelasss..p bawak tgok super gt la..hahaa
aku x layan silat arjuna kat TV,, kat sini ak layan.. agagaga
pinqib--agagaga...terima kasih..best ke? tak faham...mak cik lisa maimunah kata tak faham ending..emmm..
Cemburu berkadar sonsang?haha...
ayat cantek punyer!
bhahahaha .
lawak laa .
tpi ending x bpe nk paham .
encik hiro , terangkn siket .
=p
ending die,, ade sape2 ley tlg xplen tak?huu
nsb bek si indra tu redha...hehe
nanti wa kene up cerita komsas jugak lah featuring lu. susah ni nak lawan. haih~
kah3 seb bek x ade to be continue lagi ekeke
hiro...u nk beralih arah ke bidang klasik kew...ehehe...
hiro...x pahamla...ape motif cerita ini...
salam ziarah, hiro.
wa boleh masuk jadi adik si cempaka tak?
muka wa pun sweet juga maa.
ratul--istilah cemburu berpagar dalam perahu pernah dengar?? haha
ecah--kan u belajar komsas...ce cari pengajaran..haaha..cam ne..Indra walaupun kuat, pandai silat..dia tak buat kecoh nak pergi lawan anak ketua kampung tue..jadi dia terima je keputusan si empunya badan...pehh..kena bagi upah ne.
cik macy--baca atas ne ek...hehe
ann--yeah...lu patut duk tepi gua jawab komsas..paham ceter klasik2 ne..ahahaa
j--lu manyak power maa...dpt A kan bahasa melayu karangan darjah 1 sampai sekarang..ahahaa
miss--hehee..alaa..continue tue time ngarang panjang sgt..t tadak orang baca..ehhee
shee--t time kite gayut kt nset i ceter yea...haha..tak de motif..saja teringat cikgu B.M gue...
balqis--bleh saja..nanti ada masa gue citer pasal Melor..adik Cempaka..keh22.
hohoh~ cerita klasik plak
memang pandai mengarang neh ;)
huda--keh2..merapu jerk.
gwa terharu
GWA JADIK PENDEKAR MAYA!
gyahahahaahahahaahahahah~
style sekali...
gyahahahaahahha~
bro hellioz--lu watak utama, keh2..nanti ada sambungan g..keh3.
kalau bunga cempaka tu malam-malam bau meremang.
hahaha.
qis--hiii..jgn laa...tkut neee..haha
sumpah xphm.
ika--bukan tuk di baca..tp di analisis..komsas 1997 tingkatan 4..ahaha
suke ar citer ni
bley buat bedtime story XD
aly--hehe..t cte kt anak..ehehe
anak ape?
anak tekak?
blum ber-anak la dude
:p
tau da..hiro wat citer ni sbb nak citer kat anak2 nti kan?
lalalalala~
Catat Ulasan