Dikejar Hantu Rambut Panjang Cecah Tanah


Saya berlari dari tadi. Lari dan terus berlari. Lari-lari anak. Penat lari anak, saya lari abah, lari mak dan lari datuk. Mahu juga saya lari harimau tapi ternyata saya di usia tujuh tahun tak mampu lari sekencang harimau.

Bila hantu nak dekat, saya pederas langkah. Begitulah teknik saya.

Arghhh. Hantu yang saya jumpa tadi masih mengejar saya. Hantu rambut panjang cecah tanah. Muka hodoh. Ada parut di pipi. Gampang. Rambut sedikit macam megi.

Pada mulanya saya tak mahu kacau hantu tu. Tapi akibat lewat balik rumah. Saya telah terlanggar hantu tu sedang main batu seremban sorang diri.

Saya minta maaf pada dia. Tapi dia;

"Makannn Budakkk..." jerit hantu itu.

Dari tadi dia laung ayat itu. Ternyata dia pandai cakap Bahasa Melayu.

Semasa hantu rambut panjang cecah tanah kejar saya, dia telah terpijak rambut dia sendiri. Lalu terjatuh. Bergolek-golek lepas empat pokok. Terkena taik babi dan taik gajah. Muka dia comot ada taik. Tapi dia tak berdarah.

Saya nak baling batu pada dia. Tapi saya takut. Saya masih berkira-kira nak gelak atau simpati. Tak sampai tahap nak geli hati lagi ni. Malah saya lebih terjurus kepada geli urat testis sebab terasa nak terkencing.

Saya teruskan larian kerbau. Pelan tapi 'steady'. Segala tenaga saya habis semasa main bola tadi.

Saya dengan hantu itu makin menjauh. Dari kejauhan, saya nampak ada pak cik jual kacang dal. Ternyata pak cik itu tak suka solat Maghrib berjemaah.

"Pak cik tolong saya. Ada hantu rambut panjang cecah tanah kejar saya. Tuhhhhh," tunjuk saya bersungguh.

"Iye?" balas pak cik itu ringkas.

"Yeee... yeee," jawab saya tercungap-cungap.

"Makannn kacang dalll..." jerkah pakcik itu lantas bertukar jadi hantu rambut panjang cecah tanah. Sebijik macam hantu di belakang saya tadi.

"Bukan makan budak ke pak cik?" tanya saya.

"Hoo. Lupo-lupo... makannn budakkkk," sempat hantu itu tukar dialog.

Makkk!!!... terus saya buka langkah tujuh ribu balik. Sampai rumah. Terus saya demam seminggu.

Lepas daripada itu, terus saya balik awal. Bila azan Maghrib berkumandang, saya senyum kecil. Saya sudah siap mandi. berbaju melayu untuk ke surau ikut ayah saya.

"Rindu juga main kejar-kejar dengan awak si hantu. Hehe.," bilang saya nakal.

***

"Haa. Begitu lah Ca. Pengalaman abah masa kecik-kecik dulu. Takut tak balik lewat? Azan Maghrib baru ingat nak balik?," gertak gua.

Ica balik lewat lagi. Asyik bermain di taman dengan Iqa dan Ima la ni. Dengan Syafikah dengar kata gaduh. Ain pula demam. Budak zaman sekarang tak boleh bagi muka. Kena cerita yang seram-seram sikit. Baru insaf.

"Tak pun. Nanti Ica bawak dia pergi salun la bah," balas Ica.

Terus Ica jalan releks ke dapur.

"Mama, nak air milo ais," jerit Ica.

Pehhh...

Tersungkur gua di pintu rumah sendiri...



49 ulasan:

Bella ♥ berkata...

hahahaha degil betul si ica ni ek? ishk ishk. hahha ;DD

Amir Syahir berkata...

pesen ikut baka mama dia. kah2.

Bella ♥ berkata...

hahhahaha baka bapak selalunye lebih handal!

ILA HonEyBuNNy berkata...

waduh...tgk tajuk da takot tadi..dah la lwt2 malam neh..heehhe

amiramukri berkata...

betul - betul tak makan saman budak Ica tuh . ish ! bagai mencurah air ke daun keladi .

Duniakuabstrak berkata...

camne budak nak takut woi cerita hantu kau ni tak seram langsung

hahaha

Aweyn berkata...

hahahahahaahaha.comel jee ayat ica...
padan muke abah die.
nk takotkn x jadikkk

ps: eh btw,taik babi tu cmne? hahaha

Balqish berkata...

cerita hiro kelakar tp x seram.
mesti bdk yg lemah semangat takut ni.

Annisa berkata...

hantu rambut megi ^__^

A.s.t.i.n.a berkata...

huahuahua makannn kacang dallll..

De' Nurul berkata...

salon kauuuuuu hahhahahhahahahah

NAJ HEBAT berkata...

naseb baik hantu rambut cecah tanah. Kalau hantu tetek cecah tanah. Ape cer?


pengsan...!


bawak gi bali la hagaknye.

kan hiro sayang.

Lu rindu gua tak? ececece.

Amir Syahir berkata...

aweyn--macam taik khinzir..kah2..tak tahu gak.



naj--haha..itu tajuk asal entri doe..haha.

mana menghilang.

Amiey White berkata...

kenapa hantu suka cakap makan budak?

sedap ke?
agagagaga

miera berkata...

hahahahaha! tak patot~ tak patot

Unknown berkata...

makan la kakak budak.lagi sedap.

♛ Rose Wolfsbane berkata...

haha , budak skang tak takot hanto dah ~

Brader Chacha berkata...

didik baik2 bakal isteri gua tu hiro..

Anies Anessa berkata...

nakal btoi ica nie..tp cute

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

hehhe..bwk g salun je,

Amirah berkata...

erk.
klu aku dgr cite ni pun mst last2 ak ckp cmni..

"seriously, cite abah sangat dongeng"
ahhahaha.

rosdud berkata...

agak2 menjadi dak teknik demo tu?

Myra Arshad berkata...

alahai. comel nya eca. kena kejar hantu :p

chittysarah berkata...

budak zaman sekarang xtakut cam budak2 zaman dulu

adakah aku pun da tua??
owh tidakkkk~~

Fateen Insyirah berkata...

Haha terbaik punya cerita .
Nasib baik tak cakap 'Mama , carrot susu satu' hahaha

s.y.a.r.q berkata...

ica x mkn saman.he he he

Fairuz Zainal berkata...

ica budak moden. rilek arrr. hahaahh

Cik Akma berkata...

hntu kak limah balik rumah

Pyka Rahmat berkata...

hantu comel gila haha

Yellow LEOpard berkata...

selamber je..haha

Unknown berkata...

meremang bulu ketiak aku

lady-D berkata...

STEADY LA ICA TUH !

Riki berkata...

hahahaha. klakar.

btw, i'm back. hiro, bak maih email boleh? blog sudah private atas sebab2 tertentu.

Noor Fatin berkata...

gila ar. sampai ke salun. nak aku suruh anak aku kawan dgn anak ko. ahahahha

dyba gula-gula berkata...

ish..ish.....npe ica otai sebegitu ek?hahahahahaha

qwert. berkata...

hahaha , ica superKOOL ! :)

Rara Farah berkata...

keh..keh..keh..pandai nasihat anak...

berlari-berlari teringat pulak member aku yang ex atlet berlari dulu..steady je berlari tapi perghh...laju siot

Ziro berkata...

Ica tak layan hantu-hantu ni semua. Kalau lu cerita perogol bersiri mungkin dia takut

ika berkata...

pandainye anak die . cayang ica !

bantalijau berkata...

seram aq bace cter ko..

hiro..

aq cakap btl nie ! ! !

wannurfazrini berkata...

waduh2 kejar smpai pijak rmbut sndiri ? hahaha

Unknown berkata...

ica kuat, xmcm pesen abah dia..penakut xP

Kay- berkata...

hantu rambut x seram sgt.
hantu tetek lagi rare.

citer kt ica,"hantu sorok budak celah tetek"

hahaha

Nurulbadiah Lai berkata...

nurul gelak sampai guling2 okey haha

King Of Single berkata...

haha bagus....aku suke ayat lari mak,abah,atuk nenek tuu..haha!

Siti Noor Aminah berkata...

ketegaq ni peseng baka bapak dia

Hidayati Farhan berkata...

cerita seram abah tak masuk akal okeh. bukan stakat ica, adik ica pun x mkn saman klau camtu citenya. kahkahkah

u made my day.

IMANSHAH berkata...

baru nengok citer kurafat..memang kena bodoh dek syamsul ..hehe

ashikinzulkefli berkata...

ica sengallllll doe. haha