Selangkah Ke Akademi Fantasi II



"Dipersilakan Hiro...."

Seperti biasa, gua yang berpengalaman nyanyi di atas pentas memang suka goyang-goyang dulu. Biasanya gua goyang kaki ke belakang dan ke depan. Entah mengapa semasa gua goyang kaki gua kena anak jin yang turut sama menonton Akademi Fantasia daripada belakang tirai.

"Wa bilang sama mak wa..." anak jin yang berketurunan Cina bicara. Air matanya mula menitik di sebabkan padunya penangan kaki gua.

"Maaf la. Gua tak perasan. Woitt..jangan lupa AFUNDI HIRO yep? Bilang sama toyol, hantu galah, pocong, langsuir dan puaka-puaka yang lain. Kalau boleh beritahu juga seluruh tenaga kerja Lembaga Hantu Pantai Timur Se-Malaysia ya?"

Gua yang cukup arif selok-belok pasal persatuan hantu ini bicara ramah.

"Kami ada Akademi Nyanyian Antara Kami. ANAK. Kami tu golongan makhluk halus" balas anak jin itu.

"Ooo..." gua mula faham.


"Hiro ooo Hiro" Aznil memekak.


"Okaylah. Nanti ada masa kita borak lagi" cadang gua.

Lantas gua menerjah ke pentas.

"Apa kabar semua? Sihat? Dah makan ke belum? Tanpa melengahkan masa. Gua persembahan lagu pertama gua... Andainya dirimu di rampas orang. Aku akan rampas balik. Cintamu hanya untuk diriku. Semoga kita kekal bahagia sentiasa lalu dikurniakan anak yang comel dan soleh!!!!"

Dalam hati gua;

"Cilakak! Komposer mana buat lagu ni. Kemain panjang lagunya. Letak tajuk Andai Ada Cinta sudah," bicara gua dalam hati.

Fikir-fikir balik, itu lagu gua buat sendiri. Keh Keh Keh. Gua gelak sendiri.

"Nanti nanti nanti" halang Aznil.


"Sebelum buat persembahan. Kita borak-borak la dulu Hiro" bicara Aznil.

Gua terlupa pula. Bangang!

"Ini ye calon pertama anda. Hiro Kacak Punya. Dikatakan beliau akan cuba menyanyi lagu hasil ciptaannya sendiri. Berbeza dengan peserta lain. Ada bakat menyanyi, menulis lirik dan pandai bergaya"

"Penyokong awak nampak macam sikit lagi. Apa komen awak?"

"Penyokong saya akan datang sendiri jika kita jujur dan berniat ikhlas mahu menghiburkan mereka" balas gua sekacak mungkin.

Lalu tepukan gemuruh buat gua.

Macam biasa, kita saksikan sedutan klip yang kami sediakan untuk Hiro Kacak Punya.


"Wahh..dekat kampung ada bilik khas untuk main muzik? Siapa banyak bagi sokongan?" tanya Aznil selepas video habis.

"Ibu bapa. Kawan-kawan. Keluarga"

"Comelnya budak main dalam bilik tu. Siapa dia tu?"

"Ica" jawab gua ringkas.

"Jadi awak dah kahwin? Mana isteri awak?" tanya Aznil

Cilakak! Banyak tanya pula dia ni.

"Itu..." gua tunjuk ke arah penonton lalu balik ke hati gua.

Gua harap Aznil terkena. Aznil tenung gua semacam. Memang tak ada dalam skrip yang produser sediakan.

"Bijak bijak. Nakal juga awak ni" gelak kecil Aznil.

"Hehehehe. Biasa bang. Nak cari makan"

"Okay. Lagu apa awak mahu nyanyi kali ini?" soal Aznil.

"Andainya dirimu di rampas orang. Aku akan rampas balik. Cintamu hanya untuk diriku. Semoga kita kekal bahagia sentiasa lalu dikurniakan anak yang comel dan soleh"

"Lagu ini khas gua tujukan kepada jiwa peramas yang suka nak rampas awek orang. Serta gua selitkan juga unsur Ketuhanan sebab jiran kepada jiran gua minat Maher Zain" sambung gua lagi.


"Terimalah..." gua menutup mata sekejap lalu...


"Bang...dah habis baca akhbar tu?" ada suara seakan manis bicaranya dan gua dapat agak itu daripada seorang awek.

"Errk...okay okay. Dah nah" sambil gua bagi akhbar kepada awek tu.

Lantas gua keluar daripada perpustakaan. Dengan muka steadi. Cilakak. Lama sangat gua tenung peserta AF tadi sampai berangan.


AF?... Fakkk Tuihhh!



SukaNeka:

Antara Selangkah Ke Akedemi Fantasi yang lain;





35 ulasan:

Brader Chacha berkata...

nak jugak?

saljihitam berkata...

mak aih. tu tajuk ke lirik lagu. sadis sungguhh ! hakhakhak

NARDtheNERD berkata...

sama la..
fakk tuihh.
hehe.

Amir Syahir berkata...

faking tol..update ketika intenet tengah babi memang sayu.

Melle Abadi berkata...

"Andainya dirimu di rampas orang. Aku akan rampas balik. Cintamu hanya untuk diriku. Semoga kita kekal bahagia sentiasa lalu dikurniakan anak yang comel dan soleh"

panjang gila tajuk lagu

Amir Syahir berkata...

makin panjang makin mendalam kesannya.

d berkata...

hahaha. tue tajuk lagu or novel??!!

- elina - berkata...

hiro nak sainnnn

Lydia Miza berkata...

hihi...tajuk lagu cukup panjang , rupanya update dlm kelembapan intenet..^_^

Tanpa Nama berkata...

ok, boleh pon akhirnya :)

Melle Abadi berkata...

"faking tol..update ketika intenet tengah babi memang sayu."

sabar der, sabar

missepafazwin berkata...

cool ah hiro.hee :)

Tanpa Nama berkata...

fakk tuuii tp berangan jgk ko ;) kahkah

Yuyu berkata...

pengkritik jemputan:saya tak suka dengan kasut awk.tak kena la dgn lagu..mgu dpn sy nk awk pkai kasut sekolah n nnyi lgu sekolah awak jer..

utk thap awk ni sesuai lgu sekolah je kot..

Duniakuabstrak berkata...

tajuk je dah menarik kalbu belum lagi nyanyi..hahaha

Unknown berkata...

selamat maju jaya

Bidadari Syurga berkata...

huhuhuhuhhu.......... ica ada? perghhh.... part lu goreng aznil cam real... weeeeeeeeeeeeeeeeeee...

Encik Psychopath berkata...

mengigau ke.

@amabanzai berkata...

alert juga kau dengan perkembangan semasa. kehkeh

AAINA berkata...

panjang kemain tajuk lagu diaaa. haha
nak sign pleaaaaseeeeeee. hahaha

Unknown berkata...

tajuk nak panjang2 saja..

"Andainya dirimu di rampas orang. Aku akan rampas balik. Cintamu hanya untuk diriku. Semoga kita kekal bahagia sentiasa lalu dikurniakan anak yang comel dan soleh"

camtaek, tahu!hahahahahahaaaa

♛ Rose Wolfsbane berkata...

AF ade lagi ke? hohoh~

Pyka Rahmat berkata...

afundi hiro

faktuih. haha

Mashe berkata...

hahaha... x bole blah!~

Unknown berkata...

gua memang nk jumpela komposer lgu tuh,giler berbakat..tjuk pn bikin gempak ! ;D

NAJ HEBAT berkata...

hiro hensem punya

qwert. berkata...

tajuk lgu kemain ~

.Am-OH-Am. berkata...

hiro yang kacak? hak tuihhh.
kehkehkehhh

Cikgu Jaja™ berkata...

hahahahaha~ hiro..hiro.mcm2.

zarifahmr berkata...

kalau hiro masuk AF, pakai tagline ape?

keh keh

Amir Syahir berkata...

tagline: Lu tak undi..lu mati.


gua harap boleh buat peserta lain dan para juri gerun.

keh keh keh.

lady-D berkata...

kito main tanding mugo lainlah hiro..dekchok ko..lg sedak

Amir Syahir berkata...

D_la--hehe..terbaik!

ika berkata...

gile panjang tajuk lagu . heheh . x sangka , minat AF rupanya . kehkeh :D

Iena Arshad berkata...

abam hiro weh! hahaha. gua baru tgok af td. bole tahan laaaa. tp ada suara itik la pulekkkk.