Slot Cengkerama Siri 6 :Tersimpul Mati Di Kaki Banjaran (Akhir)


Maaf atas sebab kelewatan daripada Krew Cengkerama bikin cerita. Maaf sekali lagi. Keh Keh Keh! Bajet ada orang baca. Haha.

Macam biasa:

Episod 1: Chacha

Episod 2: Leplep

Dan slot yang sudah berjaya terbit: Slot Cengkerama Blog

____________________________________________________


"Hahahahahaha.." gelak Muiz rakus.

"Hahahaa..." Muiz gelak lagi.

"Kau ingat kau akan terlepas?"

Melihat jejak kaki mereka, Muiz dapat agak mereka bakal menuju ke arah sarang maut mereka.

"Kau orang bertiga tak boleh lari!!!" laung Muiz yakin.

Pengalaman Muiz dalam hutan ini sudah setahun. Selok-belok hutan ini memang dalam ingatan dia.


*******

Lans Koperal Bukhari berulang kali memeriksa peluru pistolnya. LK Bukhari tak mahu kejadian kehabisan peluru semasa latihan dia dalam hutan berulang kembali.

Pistol keramatnya yang sudah tujuh tahun di milikinya. Pernah menang pertandingan Counter-Strike semasa tingkatan tiga. Dan menang dua tahun berturut-turut memaksa dia menceburi bidang polis.

Dalam polis, dia antara penembak handalan. Paling persis dan tepat tembakannya.

Wahab, Amin dan John masih tidur. Matahari mula menegak. LK Bukhari bagi peluang mereka untuk dapat tidur yang cukup. Malam tadi mereka berjalan walaupun dalam keadaan gelap. Penat lelah hanya Yang Satu saja tahu. Berjalan tanpa henti dari senja sampai subuh.

"Kesian..." desus LK Bukhari dalam hati.

Wajah kepenatan kelihatan. Mereka bertiga terpaksa terbabit dalam hal ini. Mungkin mereka saksi. Saksi kepada apa? Haa.. yang tu LK Bukhari tak dapat pastikan.

"Woiii. woiii.." LK Bukhari mengoncang badan mereka bertiga. Mahu juga LK Bukhari guna kaki. Tapi integriti Polis dia kena jaga.

"Kita kena gerak sekarang" ujar LK Bukhari.

"Lapar...." sayu saja suara Wahab.

"Saya pun lapar Cik. Rindu nak update status dekat Facebook," Amin berkata-kata.

"Saya nak berak" bicara John.

"Macam-macam lah! Kita akan menyusur sungai. Nanti apa-apa kita cari makanan dekat situ. Okay?" balas LK Bukhari.

Mereka bertiga menganguk lemah.

Lantas mereka membuka langkah.


********

"Air...air..." laung Wahid.

Wahid bergegas terjun dalam anak sungai itu.

"Tunggu! Jangan minum lagi!" LK Bukhari bagi amaran.

Hampa di riak muka Wahid.

"Kenapa? Air ni... bukannya nasi briyani nak basi-basi," tanya Amin.

"Air itu nampak berminyak! Warna pun macam pelik je" terang LK Bukhari.

"Emmm" John cuba berfikir.

"Cik... macam lorong menuju ke ladang je tu" beritahu Amin yang masih ingat.

"Cik ini paip apa?" tunjuk John.

"Jangan bergerak! Tempat ini sudah di kepung!!!" ada suara dari belakang mereka.

"Tunggu! LK Bukhari di sini" sambil menunjukkan lencana polis.

Pihak polis lengkap bersenjata M-16 masih mengacukan kepada mereka berempat.

"Mahu gua bacakan nombor polis ke?" sambung LK Bukhari lagi.

"Kami dari pihak Polis Elit. Gerak khas cawangan Pahang" beritahu ketua dia sambil merapati LK Bukhari.

"Ehh..itu bukan Inspektor Haliza ke? Pehh korang buat reunion ke? ini drama Datuk Yusuf eh? Mana kamera?" soal Amin.

"Sayang, jika sayang lihat abang dalam TV nanti... percayalah Nor Hayati bukan awek abang. Cinta abang pada sayang masih utuh!" bermadah oleh Wahid.

"Betul ke ni hanya drama? Nak jugak nak jugak..Hello there, I'm john. I not terrorist. I animal lover. Keh keh Keh" gurau John.

"Tiga-tiga aku hatuk karang. Itu adik Abby Abadi lah. Dia kerja polis gak," balas ketua polis gerak khas itu.

"Oooooo..." mereka bertiga mula malu dengan awek polis.

"Jadi ni bukan drama?" soal Wahid untuk mendapat kepastian.

"Yes!" jawab ketua polis itu lantang.

"LK Bukhari, saya Inspektor Halim. Kami dapat maklumat mengenai ada rumah yang proses dadah berkualiti tinggi. Dadah ini akan di eksport di seluruh Asia Tenggara," ketua polis itu bersuara.

"Hoo. Patutlah mereka bertiga ni sangat bernilai" balas LK Bukhari.

"Mungkin hasil dadah mereka dalam 45 Billion US Dollar," sambung ketua polis itu lagi.

Terbeliak semua mata yang ada disitu.


*******

"Terima kasih. Terima kasih. Saya hanya menjalankan tugas. Sudah menjadi tanggungjawab saya menjaga nyawa orang tak bersalah," ucap Koperal Bukhari.

Beliau sudah naik pangkat hasil daripada tindakan beraninya tempoh hari. Ketiga-tiga saksi itu selamat.

Pommmm.

Kedengaran satu das tembakan. Dada Koperal Bukhari mula berdarah. Koperal Bukhari cuba menutup pengaliran darah. Tetapi masih laju alirannya.

Pemuda yang tembak Koperal Bukhari terus menghilang.


*******

"Haha. Puas hati aku," gelak Razif selepas mendapat berita kematian Koperal Bukhari.

"Kau memang terer... memang terer Muiz" puji Razif.

Razif yang dulunya Inspektor Razif telah meringkuk dalam penjara dan menghitung hari ke tali gantung. Dia dipercayai dalang di sebalik rumah proses dadah bermutu tinggi itu.

"Kau memang kena mati Bukhari. Sejak kau pindah, aku tahu kau bakal bawa sial pada aku. Rasakan"

"Hahahahahahahahaaa.." gelak tawa Razif masih berterusan. Puas di hatinya tak terkata.


*******

Ketiga-tiga saksi yang terselamat juga di jumpai mati kena tembak.

"Aku hanya menjalankan tugas," bilang Muiz selepas menembak John di kepala. John adalah orang terakhir selepas Muiz berjaya menembak Amin dan Wahab.

Lantas Muiz berjalan sambil memegang pistol yang masih berasap dengan rokok Wiston di mulutnya.




16 ulasan:

Raihana Izzati berkata...

Encik Amir,, sila tidur.

and selaku girl yang girlish lagi lemah-lembut,, ta uke la men2 pistol ni.

bahaye auww..nanti klo kena,,cian boyfie kitewr..

and,, suka ea letak character kat fb.hoho

Raihana Izzati berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amir Syahir berkata...

awak tak faham. awak tak faham. tanggunjawab ni. keh2

Raihana Izzati berkata...

Fine.taw la dh terdouble.delete dah=_=

Oh saya memang kanak-kanak tidak matang.sukar memahami.

sila tidur.

vampire's lovex berkata...

syok..bila nak buat filem??? nnti amek pelakon nsem2 bila nak wat filem...bosan tgk plakon kurg nsem nih..hahaha..

Amir Syahir berkata...

vampire--tengok dulu macam mana.

HEROICzero berkata...

keh3x. x selamat mana la kaaannn~

style!

ghost berkata...

polis elit pakai AK jer lar..mana ada M16.huh

Unknown berkata...

polis dah macam askor dah ni..m16 bagai

gadisBunga™ berkata...

takde c4 terlibat?

A.s.t.i.n.a berkata...

ape ending nehh? penjahat menang.. LPF, sila jgn luluskan tayangan cete ini..

cikpia berkata...

sila pilih aku sebagai............. (muiz bley tak? aku tanak watak yang mati)

izuddinrahim berkata...

cilakeko muiz! arghh! kenape hero mesti mamtik? mencikk ah ceni.. hahaha

Fateen Insyirah berkata...

Cinabeng ! Ambil idea dekat mana ni ? Harharharhar

Amir Syahir berkata...

keh keh keh.

guna M-16 baru nampak true..keh2

d berkata...

rindu nak update fb?? hahahaha. tesembur gelak. haha